ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, December 31, 2018

Azam / wishlist 2019

Azam 2019?
Memang malas nak berazam tapi nanti hujung tahun kalau panjang umur boleh tengok semula yang mana dah berjaya ditunaikan. Dan mak selalu cakap kena ada impian baru kita berusaha ke arahnya

1. Lebih menyayangi mereka semua walau sedar mesti ada termarah, terbebel, terkecil hati,tergeram, tersakit hati dan segala jenis ter😂

2. Menahan diri dari menambah hutang di saat payslip membenarkannya 🤣

3. Lebih istiqamah saving untuk menjelaskan hutang sedia ada. Pengalaman mengajar. Hapuskan hutang untuk ketenangan jiwa dan memudahkan diri jika perlu membuat keputusan yang tak terjangka. Target utama hutang kereta🤗. Caranya saving emas, bayar hutang lebih, beli hanya keperluan dan tambah income.

4. Lebih istiqamah menutup aurat (Ibu Myza Mohd Dan help me😣)

5. Khatam quran dengan tafsir. Puasa sekurang-kurangnya 3hari sebulan. Tahajud selalu terbabas. Banyak dosa Plus waktu tidur perlu diperbaiki. Beranak kecik memang payah sgt nak tidur awal. Satu hari uruskan rumahtangga dan tugas pejabat memang penat gile badan😭. Kena konsisten semula makan supplement dan makanan sunnah kerana sedar diri dah kertu😔

6. Menguruskan potongan Tabung Haji dan zakat  menerusi payslip.. Masa cuti jaga Khairy semuanya terputus dan saya transfer sendiri. Kurang disiplin. Perkara ini akan diwajibkan buat mulai Januari 2019. Insya Allah.

7. Minimalis konsep. Nak buang segala tukun dalam rumah nie.. Lagipun bahaya nanti diakhirat bakal ditanya "adakah segala benda yg banyak nie digunakan?"

8. Mengabaikan hal dan perkara yang tak perlu.Nanti terjerumus ke dosa dan lubang biawak..

9. Mendeco rumah supaya jadi rumahku syurgaku. Tengok budget dan siapa conteng dinding mama jentik tangan dia😡

10. Kurangkan makan hahaha... Susah wei ..dah masak takkan tak makan pulak😫

Wish list
1. Satu ruang santai untuk anak-anak
2. Dryer
3. Food processor
4. Apa benda nama pemutar buat kek TUE
5. Mop+penyapu elektrik
6. Pandora bead tema gold (hahaha part of saving okeyy😆)

Haha wish list semua kelengkapan rumah untuk isteri solehah dan rajin🙄 Semuanya  secara cash.kalau tak mampu kita bawa ke tahun 2020 hahahaha. Apa susah?😆

Friday, December 28, 2018

Day 1 - Amirul Arief di Mekah

Perangai sama je tak berubah
Sempat lagi jelir lidah kat mama dia😂

Arief call
Dekat nak magrib
"Mama kaki Arief sakit.. papa pun. Penat .acik Linda sakit pinggang jugak.. ramai sangat orang mama. Arief pusing 7kali(tawaf) "

Siap tunjuk kat tv betapa ramainya umat manusia yang ambil umrah pakej musim sejuk.. tv hotel boleh nampak jemaah yang ada di Masjidil haram..memang penuh yang amat..

Risau pulak saya bila dia mengadu  sakit dan penat..terus saya tanya ."Arief tak suka ke pergi sana? Tak best ke?"

Secepat kilat Arief cakap "BEST SANGAT!"

Alhamdulillah anakku.. semua tue perjuangan untuk agama .memenuhi tuntutan agama.. Allah "memandang" setiap yang Arief korbankan dari tenaga, masa dan kewangan. Allah akan gantikan setiap satu dengan ganjaran yang lebih baik..

BTW akhirnya simpanan Tabung Haji Arief digunakan untuk kegunaan belanja di sana.. terima kasih untuk yang pernah bagi duit raya dan sebagai nya..pemberian tersebut Arief guna untuk belanja di sana..semoga sama2 mendapat tempias keberkatannya..insya Allah..

Khairy tetap anak yang paling special.. Khairy pergi umrah walaupun tanpa simpanan Tabung Haji. Tak ada akaun tabung haji pun. Tetapi Allah tetap jemput.. Percayalah rezeki tetap ada.. Manfaatkan untuk tujuan yang baik-baik setiap rezeki yang Allah berikan.

Thursday, December 27, 2018

Impian saya sebagai ibu

Setiap ibu ada impian
Inilah impian saya
Saya berdoa dan berharap setiap anak dapat tunaikan umrah ketika mereka masih kecil dan masih totally anak-anak saya
Alhamdulillah walaupun saya tak banyak wang tetapi Allah jemput anak-anak dengan pelbagai cara.

Dalia Amana &Adlan Khairy- 2015 tunaikan bersama saya, mak dan adik lelaki

Amirul Arief -2018 tunaikan umrah bersama papa, mak saya, mak mertua, adik ipar dan 2 lagi rakan mak saya.

Semasa saya tunaikan umrah 2015..mutawif selalu sebut "umrah/haji bukan untuk orang kaya atau orang miskin tetapi ia adalah jemputan dari Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNYA"

Walau sedar takde RM yang mencukupi dalam tangan tetapi saya tetap niat, tetap berdoa selepas itu saya lepaskan pada Allah untuk memakbulkannya. Alhamdulillah.. betul orang tua cakap niat baik-baik, sebut baik-baik insya Allah makbul walau jalannya kita tak nampak.

Sabar anak bongsu mama Adam Ziqri. Yang paling comel, montok dan murah senyuman...Insya Allah sampai masa Adam nanti. Adam pasti berpeluang pakai ihram berwarna putih seperti abang Arief dan Khairy. Mana tahu Adam lebih beruntung berpeluang terus tunaikan haji sekali bersama mama dan papa.

Tetapi sangat berharap dapat tunaikan umrah/haji bersama suami dan semua anak sekali. Teringin nak melawat Taif..Mcm biasa congak-congak duit memang tak pernah cukup hahaha... Insya Allah nanti pasti Allah cukupkan 😍

Nabi pernah bersabda "sesiapa yang menziarahiku selepas kewafatanku wajib syafat keatasnya di akhirat"

Adlan Khairy 2015

Dalia Amana 2015

Amirul Arief 2018

Adam?


Sy plan 10 tahun lagi
Tapi rezeki Arief 
Allah cepatkan
Bersyukur sangat
Alhamdulillah

Tuesday, December 25, 2018

Day 2- Amirul Arief di Madinah

Mama, esok Arief nak pergi Mekah dah..

Cepatnya.. Arief tak jalan mana-mana ke kat Madinah. Dulu mama pergi sana mutawif bawak jalan-jalan tau.

Takdelah mama..kat sini Arief pergi masjid je..

Tak sampai 15minit adik ipar hantar gambar nie. Cett.. mentang-mentang mama tak ada kat sana bolehlah  Arief cong mama🙄

Actually touching sungguh tengok gambar nie.. selepas 5 tahun Allah jemput pula papa budak2 nie dan Arief ke sana.. Terima kasih sangat pada mak dan mak mertua yang rancangkan semua ini.. 

Amana asiklah cakap "best ye mama kalau kita pergi sekali😭" insya Allah nanti kita akan pergi semua sekali.. kena doa banyak2 supaya Allah izinkan..

Amboii suka sgt nampaknyee

Kita semua kenal anak-anak kita
Kelebihan dan kekurangan mereka
Betul tak?

Antara semua anak, Amirul Arieflah anak yang saya rasa ada skill PR
Campaklah dia kemana pun dia senang membina kawan dan membawa diri tak kira tua muda
Dia berkawan dengan semua orang
Tak kira siapa
Pakcik jaga..pakcik kantin.. 
Pernah saya ke kedai..saya tegur dia jangan ganggu pakcik tua berambut putih sedang makan..
Selamba je Arief cakap "eh ini kawan Arieflah. Pakcik jaga sekolah Arief"
Terus saya ketawa..
Kami ke hutan bercuti..Arief berbual2 dengan satu group professor veteran bercamping.. entah apa di gebang kat profesor tue semua tahla😂
At the end professor itu berkata " how lucky u are..got this clever anda independent boy" 

Yup dulu saya sangat stress dengan pelajaran dia. Dengan sikap dia...tapi kini saya menerima setiap anak ada sisi istimewa dan rezeki yg kita tak nampak atau pura-pura tak nampak😑kita akan lebih reda dan bahagia dengan anak itu. Cuma sebagai ibu kita tak boleh putus asa dan berusaha (membebel😜) jugak

Inilah anak yg pada pendapat saya..insya Allah boleh hidup dan berdikari dimana-mana sahaja compare anak-anak yg lain..insya Allah. Disebalik kekurangan pasti ada kelebihan.. si sebalik kesusahan pasti ada kesenangan.. insya Allah..


Tiap kali tengok gbr Arief dan husbd di sana menitik air mata
Sejak Khairy lahir banyak saya dan  anak-anak tempuhi
Pernah saya rasa tak mampu nak teruskan semua ini
Tapi alhamdulillah selalu Allah tunjuk jalan supaya sabar dan bertahan

Alhamdulillah 5 tahun berlalu
Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini  pelbagai peristiwa yang baik telah berlaku mengganti rasa derita yang lepas
Lebih tepat lagi selepas saya pulang tunaikan umrah pada 2015
Balik sahaja dari umrah pelbagai rahmat dan rezeki diberi Allah
Syukur alhamdulillah
Tak tertulis rasanya pelbagai rezeki yg Allah dah beri
Pastilah rezeki yg paling besar adalah kehadiran Adam Ziqri yang jadi kesayangan semua
Dan kini panggilan umrah untuk Amirul Arief dan husband benar-benar buat saya rasa bahagia dan lengkap sudah rezeki Allah beri selepas ujian.
Allah dah ganti semuanya
Malah lebih baik dan 1000 kali lebih baik
Benarlah seperti di dalam Al-Quran
Disebalik kesulitan ada kemudahan 
2x Allah sebut
Dan bertuahlah saya dah merasakan sendiri kebenaran ayat-ayat AlQuran 
Tiada yg dusta melainkan benar belaka

Bila melihat Arief dan husbd tunaikan umrah rasa terlepas semua rasa derita yang lama
Serasa Allah dan ganti segala pengorbanan yang lepas
Semoga Allah selalu memimpin kami sekeluarga 
Semoga ditetapkan iman dan ditunjukkan jalan yang lurus
Selepas ini saya berharap dan menunggu pula berita baik dari IJN. Manalah tahu doktor cakap Adlan Khairy sihat dari sakit jantung pulakkan?

Nanti kita sambung part di Mekah pula
Tq pada adik ipar yg gigih jd reporter untuk shared cerita Arief disana


Friday, December 21, 2018

Day 1 Amirul Arief di Madinah

Dapat video call dengan Arief.
Tengah seronok berbual2 dengan Arief tiba2 Arief menjerit..

"KAKAK BARU NAK SEMBAHYANG? SEMBAHYANG APA TUE? SUKA LAMBAT-LAMBAT SEMBAHYANG"

Terus Amana menyorok.kihkihkih.. saya sendiri pun tak perasan Arief nampak kakak dia baru nak pakai telekung.. tapi soalan Arief lepas tue buat saya tergelak.. 

"MAMA TUE ABC LAGI KE?

hahaha.. sapa yg kawin dengan Arief nanti siap sedialah ye.. korang tau tak ABC tue apa? 

"ALLAH BAGI CUTI "



Alhamdulillah sampai juga Amirul Arief ke bumi paling aman- Madinah Al Munawwarah. Saya suka sangat Madinah.. orangnya lemvut-lembut. Terasa kelembutan mereka ketika saya di sana.. Sayu pulak hati tengok gambar yg adik ipar kirim..kalau mama ada sekali kan best😭

Teringat masa saya tunaikan umrah 2015.. di airport Arief menangis.. rasa nak patah balik.. masa itu anak saya Dalia Amana, Amirul Arief dan Adlan Khairy. Adam Ziqry belum ada masa tue.. saya tak bawa Arief masa tue budget tak mencukupi lebih2 lagi masa tue saya cuti tanpa gaji dan hanya bergantung semata-mata dengan online business. Budget cukup2 untuk tambang saya, Khairy dan belanja kami bertiga di sana. Amana mak saya sponsor. Amana gunakan bahagian saya.. mak saya sponsor semua anak pergi umrah.. Kalau tak guna sponsor mak untuk bahagian saya memang Amana pun kena tinggal jugak masa tue..haha.. 

Masa tue saya tak boleh tunggu lagi sebab nazar saya dah lebih tempoh. Nazar saya masa itu "jika Khairy hidup sehingga setahun saya akan segera bawa Khairy tunaikan umrah" ketika itu Khairy dah setahun++.. saya dah tak boleh tunggu lagi dan terus tunaikan umrah dan terpaksa tinggalkan Arief.

Arief pun masa tue lasak ya Rabbi. Baru 5 tahun..Ustaz di tadika Arief pun masa tue syorkan jangan bawa Arief tunggu dia besar dan lebih matang. Tadi adik ipar pun cakap "aktif Arief kat sini" haha.. bertabahlah ye nenek,maktok, acik Linda dan papa.   

Mama tunggu Arief balik ye sayang... Balik nanti kalau nakal-nakal tetap kena bebel 😝

Arief dah sampai Madinah
Gambar ehsan adik ipar yang pergi umrah juga
Dapat wasup video tadi tapi terputus-putus

Rumah tenang sikit Arief takde😜
Tapi adik-beradik walau selalu bercakar
Bila sorang takde ..terasa..

Bila dapat buat wassup call walau kejap
Semua menjerit2 nak masuk diri masing-masing dalam HP yg kecik nie
Sudahnya langsung tak dengar apa2 pun
Sebab semua menjerit "ariefff. Nenek..Arief nenek"
Tiba-tiba putus....
Semua diam...
😑

Arief dengan mak mertua saya
Tadi video call pun Arief asik ketawa ..asik cakap best..semua best..makan best..sembahyang best.. pastu saya cakap nanti mama nak pergi Madinah dengan Adam pulak.. terus dia cakap nak ikut..padahal dia kat sana lagi haha

Saya rasa bahagia bila Arief dapat merasakan bahagianya berada di Madinah sepertimana saya, Amana dan Khairy pernah rasa.. bahagianya hampir dengan nabi Muhammad yang dikasihi.. setiap langkah di sana beroleh pahala..lebih2 lagi bila kita berselawat dan menghayati setiap perjuangan nabi sehingga kita merasa nikmatnya dalam ISLAM

Semoga Allah beri lebih rezeki supaya kami sekeluarga dapat pergi bersama-sama nanti

Tahap panas baran

BIla dah marah apa yang dimotivasikab semua lupa..

Apa yang ramai orang tidak ketahui, ini adalah satu langkah kepada kejayaan mengawal perasaan. Fahami ya...

Tahap Paling Teruk - Langsung tak sedar memarahi tanpa sebab dan tidak mengawal perasaaan dan melepaskan saja marah ikut suka hati...dan langsung tidak berasa salah malah bangga dengan sifat BARAN tu.

Tahap Pertama kepada kebaikan - Bila sudah marah, tersedar dan kesal. Ini ada harapan untuk berusaha memperbaiki.

Tahap Kedua kepada Kebaikan - Tengah marah, berhenti dan menghela nafas dan berhenti marah atau menukar stategi.

Tahap Ketiga kepada Kebaikan - Baru nak marah, terus bangun dan menarik nafas, lalu menukar kepada cara yang lebih baik.

Tahap Kempat kepada Kebaikan - Proaktif- terus memikirkan apa yang boleh dilakukan supaya anak-anak akan tidak melakukan perkara yang kita tidak suka. Contohnya, buat planning atau buat peraturan dan ajak dengan cara gembira agar anak-anak itu senang mematuhi peraturan itu.

Tahap Kelima dan Tertinggi - PROAKTIF dan MEMBAWA anak-anak untuk sama-sama merancang aktiviti harian mereka dan peraturan untuk mereka ikuti dan kita hormati.

So la Tahzan..jangan bersedih bagi anda yang baru tahap satu...you are on the way.

Yang perlu di 'ketuk' kepala tu yang pada tahap paling teruk tu...yang merasakan baran dengan anak-anak kecil dan besar itu satu perkara yang patut dibanggakan...kononnya mak bapak aku pun didik aku macam ni...aku jadi manusia juga...soalan ibu..MANUSIA MACAMANA? manusia yang asyik marah tak menentu dan mencederakan emosi orang lain????

Memang Ibu geram dengan orang seperti ini, kerana mereka banyak merosakkan anak-anak dan menyebabkan dunia hari ini dipenuhi dengan masalah sosial...

NAMUN, Ibu cuma geramkan perbuatan tapi orang yang melakukanya Ibu kasih dan tetap mendoakan agar cepat TERSEDAR..

Ibu Rose - Empower With Love.

Thursday, December 20, 2018

Selamat menunaikan umrah hero mama!

Hari ini Amirul Arief berangkat tunaikan umrah.. Arief akan ke Madinah dahulu dan  baru ke Mekah .

Semoga Arief dapat selesaikan umrah dan kembali ke pangkuan mama dan adik-beradik dengan selamat.

Insya Allah.

Antara ujian dan azab

Ada sesetengah orang, hidupnya sempit berpanjangan. Berpuluh-puluh tahun kahwin masih hidup susah dan melarat, nak kata pemalas tidak juga, kerjanya kuat, dari pagi sampai ke tengah malam, tapi rezekinya tetap tidak bertambah-tambah, hutangnya keliling pinggang. Cuba berniaga, 10 kali cuba, 10 kali lingkup..

Mengapa ya? Adakah ini dinamakan ujian hidup?

Menurut Ustaz Yusuf Mansur, di dalam hidup ini ada 2.... Pertama di panggil "ujian" dan kedua ialah "azab" yang Allah berikan.

Jika "Ujian", ubatnya adalah "SABAR". Dengan sabar, insyallah kita akan dapat mengharungi ujian tersebut dan akhirnya, pasti kita akan mendapat ganjaran dan balasan yang baik. Ujian ini tidak lama, selalunya sekejap sahaja.. mungkin 1-2 tahun, paling lamapun mungkin 7 tahun. (Nabi Ayub adalah nabi yang paling sabar di uji Allah dengan penyakit kulit selama 7 tahun).

Tapi, jika sudah 10, 15 atau 20 tahun hidup, tapi kehidupannya tak pernah nak senang, rezekinya sempit sentiasa.. boleh jadi, ianya bukan lagi "ujian", tetapi "azab".

Azab dari Allah, disebabkan dosa-dosa besar yang mungkin pernah dilakukan. Antara 10 dosa besar yang menghalang rezeki Allah ialah..

1. Syirik (mensekutukan Allah SWT.)
2. Meninggalkan solat wajib
3. Derhaka kepada orang tua
4. Zina
5. Memakan rezeki haram
6. Minum arak
7. Memutus tali silaturrahim
8. Bersaksi palsu (bohong, dusta)
9. Kedekut  (tidak mahu sedekah)
10. Ghibah (menceritakan aib orang lain)

Cara untuk melepasi dari situasi azab ini bukanlah dengan cara "SABAR".. tetapi dengan cara "TAUBAT".

Buatlah solat sunat taubat selalu..

Insyallah, jika kita benar-benar bertaubat.. Allah akan ampuni segala dosa-dosa kita, dan selepas itu, barulah pintu rezeki akan dibuka seluas-luasnya kepada kita.

Wallahhuallam...

Tuesday, December 18, 2018

Tips memilih suami atau isteri

Tips utama nak tapis bakal suami atau isteri ialah pilihlah yang menjaga solatnya. Lelaki dan wanita  yang taat mendirikan solat dan menjaga solat saja yang mengerti apa itu sabar.

Perkahwinan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Bilamana dia gigih mengawal perasaannya saat menempuh pancaroba perkahwinan, tanggungjawab asasnya tetap dipelihara.

Mereka yang tinggalkan solat sudah tentu juga tidak teragak-agak meninggalkan kewajibannya pada waktu senangnya atau waktu sukarnya pada seseorang walau sedalam manapun kasih dan cintanya pada orang itu.

Asas logiknya ialah, jika dia boleh abaikan Allah yang memberi kehidupan padanya, tak susah mana dia tinggalkan anda yang memberi sedikit ‘kesukaran’ pada hidupnya.

#kaunselingSAS
#repost

Monday, December 17, 2018

Sebab tue saya suka belanja anak2 makan di luar

Pada yg kenal saya mesti tahu saya selalu masak untuk anak2.. saya mesti masak untuk anak-anak sebab saya nak perut anak-anak kuat bak kata org2 tua.. tetapi ada masanya saya suka belanja anak makan di luar syaratnya makan apa yg saya tak reti masak terutama dessert haha

Tiap kali saya makan sedap di luar atau belanja kawan makan mesti teringat anak2 saya.. jadi kalau saya makan kat luar dengan kawan saya akan ganti jugak dengan makan luar juga belanja anak2.. baru hati rasa tenang dan senang..

BILA MAKAN DI LUAR,INGATLAH MEREKA YANG DI RUMAH

Subuh suatu hari minggu lepas,saya membawa karipap dan bancuhan nescafe gold creamy latte untuk berkenduri kecil dg jemaah subuh di surau.Pada subuh esoknya, imam surau bercerita kpd saya yg dia minum nescafe yg dihidangkan separuh cawan shj,lagi separuh dia bawa balik(rumahnya bersebelahan surau).Katanya "Nak bagi Mak Long rasa juga,sedap".Saya terkedu mendengarnya.

Mari kita ambik iktibar dari peristiwa ini.Betapa dia begitu menyayangi isteri walau telah tua.Terasa apa yg dia makan diluar ingin juga dikongsi dg isteri.Bukan dia miskin kerana mereka suami isteri ada pencen,anak anak kerja professional,tetapi ingatan kpd orang dirumah menyebabkan ia ingin berkongsi dg mereka walau sekedar setengah cawan nescafe.

Bandingkanlah dg diri kita bila kita makan diluar,ditempat kerja,majlis,di hotel dsbnya.Apakah ada ingatan kita kpd anak,isteri semasa menjamah makanan yg sedap dan menarik itu.Jangan sesekali sekedar membawa sendawa balik ke rumah, membawa balik cerita kpd mereka yg dirumah.(Esoknya saya membawa beberapa paket nescafe gold creamy latte untuk imam surau,dia gelak besar menerimanya)

Saya perturunkan semula tulisan saya yg dulu yg menyerupai kisah ini juga tetapi makannya berlainan.

IKTIBAR DARI BELANJA MAKAN TOSE MASALA

Terjumpa seorang tua yg tinggal sekampung dengan saya di pekan,katanya nak ke setesen bas untuk balik,saya ajak balik dengan saya.Dia setuju.Mukanya berpeluh kerana berjalan dalam panas,datang ke pekan nak beli batu pengasah  dan pisau menebas rumput."Kita singgah minum sikit."kata saya mempelawa.Dia tidak menolak mungkin kerana terasa haus.Saya singgah di satu kedai nasi kandar.

Saya order tosai masala dan teh o ais.Dia hanya order teh o ais.Bila disuruh order makan,dia menolak tetapi saya rasa dia hanya terasa segan.Lalu saya tanya dia,"Pak ngah,kita cuba tose masala,sedaaap!"Dia membalas,"Cikgu nak belanja saya,saya terima saja.Tekak orang susah macam saya ni mana boleh memilih."Saya senyum saja.Kami makan sambil berbual.Katanya,"Sedap cikgu.Saya tak pernah makan,ingat ini orang India saja makan."

Selesai makan dia bertanya,"Mahai ka tose ni,berapa duit sebiji.?"Saya membalas,"3.50 sebiji."Dia kelihatan meraba poket baju telok belanganya,mengeluar uncang plastik kecil yg berlipat.Ada beberapa not seringgit dan duit siling.Saya sangka dia nak bayar,cepat-cepat saya suruh dia simpan,kerana saya nak bayar.Tetapi dia berkata,"Saya rasa bersalah,rasa mengkelan, kerana saya dapat makan yg sedap hari ni,tapi anak bini saya tidak.Kami selalu kongsi susah senang.Bila makan sedap begini,saya teringat kat depa, saya nak beli bawak balik untuk depa juga,supaya saya tak rasa bersalah,rasa penting diri.Beli sebiji pun jadilah,depa boleh kongsi lima orang.Kalau tak kenyang pun,dapat rasa jadilah."

Ya Allah.Subhanallah!Saya tergamam,sebak mendengar kata-katanya.Betapa kuat ingatan kasihnya kpd anak isterinya.Betapa aku tidak pernah mempunyai ingatan sebegini bila makan diluar sendirian.Jernihnya  jiwa insan ini,kemiskinan mendidik mereka berkongsi segalanya,baik yg susah maupun yg menyenangkan.

Saya order 3 biji tose masala untuk dia bawa balik.Senyumnya ketika turun dari kereta membayangkan kepuasan dan kegembiraannya.Allah menunjukkan kpd saya hari ini bagaimana bersihnya jiwa mereka yg serba kurang dalam hidup,berkongsi segalanya,sedang kita yg mewah,membina sikap individualistik.Makan pun dah jarang bersama,makan pun tak sama,apa lagi berkongsi susah senang.Lihatlah betapa anak anak mengabai ibubapa,apa yg mereka makan,apa masalah yg mereka hadapi.Ada juga ibubapa yg tak peduli masalah anak,asal beri duit dah cukup.Ada bapa yg ke majlis sana sini,hanya membawa perut yg kekenyangan balik kerumah.Ada yg hanya bawa balik sendawa berbau durian bila dijamu diluar sedang anak isteri tak pernah merasa.

Perkahwinan itu perkongsian yg berterusan hingga ke liang lahat.Berkongsi dg isteri,anak bahkan cucu.Binalah ingatan bersama.Jika orang tua ini begitu terasa perlunya berkongsi walau hanya pada perkara makan,bermakna mereka berkongsi lebih jauh lagi dlm hal lain.Itulah yg membina keeratan ikatan kekeluargaan.

Ambillah iktibar.Jangan pentingkan diri.Rezeki yg diturunkan kpd kita sebenarnya ada didalamnya rezeki isteri,anak anak,jangan dipolok sendiri.Jangan kita saja sibuk bertukar baju baru,bini berpakaian lusuh,anak anak berpakaian koyak,jangan kita saja bertukar handphone,smartphone,anak tak ada satu permainan pun,jangan  kita saja bertukar kereta,anak berbasikal cabuk,isteri bergelumang didapur serba buruk.Berfikirlah lebih lanjut.Jika ada yg terasa,memang saya nak bubuh serbuk perasa,kerana sendiri tak mau rasa.abdghaniharon

Thursday, December 13, 2018

Isteri ada bom jangka sendiri hihi

Kalau setakat pergi shopping complex  tak perlu suami teman sebab saya boleh angkut semua anak-anak sendiri tapi kalau nak pergi masjid memang saya suruh suami bawak..sebab saya suka Ustaz Habib Zenal.. sejak Khairy lahir saya selalu tengok ustaz Habib Zenal di tv dalam rancangan Taman Syurga.. Kuliah Ustaz Habib Zenal di Setiawangsa.. memang saya tak reti drive sampai sana..

Melopong saya depan tv dengan Khairy yang masa tue baby.. dalam hati "bila mama boleh dengar kuliah ustaz habib zenal live ye?"

Alhamdulillah sekarang dapat hadir kuliah habib zenal.. sebulan dapatlah 2,3 kali..jadilah untuk meredakan bom jangka saya hahahaha. Saya dah makin tua..perlukan benda-benda mcm nie..baru rasa tenang.. setiap kali pergi dapat satu ilmu baru pun jadilah..

Anak-anak pun suka pergi sini.. mereka buat hal sendiri.. ada je kawan baru diorg jumpa..

Seronok anak-anak dapat ambil gambar dengan abang cocombie. Abang nie yg banyak record tazkirah ustaz habib zenal.jumpa di masjid Muaz bin jabal di Setiawangsa. Tiap2 jimat Ustaz Habib Zenal beri kuliah kat sini. Kalau tau papa nak bawak sini kemain melompat anak-anak macam pergi vacation. Lepas magrib kami bertolak ke Setiawangsa..selalu kuliah habis 11.30 malam.. lepas TUE kami makan kat mamak atau kalau semua dah letih balik terus tidur.  
Kadang-kadang saya siap bawak bekal untuk anak-anak. Memang lauk saya masak. Kadang-kadang beli tapi kat situ takde makanan yg buat anak2 kenyang.kena seberang jalan besar. Itu yang saya selalu bawak bekal sendiri. Suap sorang2 anak kat situ.lepas diorang kenyang and masing2 solat Isyak melompat diorg main dengan kawan2 baru.tiap2 kali datang dapat kawan baru

Wednesday, December 12, 2018

Bila mama ada oven

 
Assalamualikum kawan-kawan
Jomlah kita sembang
Bukan selalu dapat peluang sembang haha
 
Saya dah lama adore sangat dengan kawan-kawan yang pandai buat dessert. Saya kalau dapat buat yang sennag-senang pun dah happy ..dah rasa hebat sangat haha
Selalu sangat lalu-lalang klip Tasty, klip "buat orang lapo" yang tunjuk cara buat benda mudah-mudah
tapi kebanyakannya mesti kena guna  oven
terbantut rasa nak buat dessert huwaaa
 
Amana pun suka sangat tengok klip masakan..saya pandang je..
sampailah satu hari Amana cakap "mama kalau ada oven kan best"
 
TARA!!!!
terus saya ricky-ricky harga
Hati nak tapi tak beli
Tapi bila anak sebut mesti kita usahakan
Itulah kasih ibu dengan anak
 
walaupun selalu je saya bebel kat amana nie
biasalah jadi ibu nak anak serba-serbi tahu
dulu saya dengan mak saya macam nielah
seingat saya..masa sekolah rendah asik kena bebel je.. seram I haha.takut nak buat salah..
masuk sekolah menengah mak takde dah nak bebel2 lagi
sebab mak rasa dah besar tak patut kena bebel..dah boleh pikir sendiri mana salah..mana betul..
dan mak saya cakap "masa keciklah kita nak bebel nak nasihat anak sebab dia masih dengar. kalau dah besar baru nak bebel..kirim salamlah..kita balik kena marah!"
 
BTW oven nie saya beli RM309 50L
oklah kan?
adik ipar saya yang pandai buat kek tue yang nasihat beli terus Liter yang besar
jangan beli kecik-kecik
kalau dalam 20L ada je harga RM150++ gitu
kebetulan ada duit "terpijak" terus beli
Kat online murah dalam rm40 gitu dari yang saya beli nie
saya beli kat kedai
malas serabut nak beli online nanti sampai itu tak cukup..ini pecah..seram saya..
 
Papa bebudak nie Nampak je oven
"buat apa membazir beli..awak bukan reti guna..nanti jadi tukun"
 
Saya pandang amana..amana pandang saya
pastu sama2  buat "mata ke atas..flip rambut" haha
 
 
saya buat benda terpaling sennag yang saya tahu
dan benda nie saya memang suka
cramel crunchy
mula-mula buat ak reti nak adjust timer semua
jadi buatlah yang paling senang supaya tak frust haha
 
"Bang nak rasa?"
 
"Tak naklah nanti saya sakit perut..takuttt"
 
Tak lama lepas tue dah takde kudap-kudap kat rumah
"Amanaaa..mana yang mama ko buat tue..bagi papa rasa..kang tak makan ..mama ko kecik hati"
 
Hahaha.. nak makan cakap lah nakkkkk
 
ok nie benda kedua yang saya buat muffin nuttela
saya rasa tak sedap haha
sebab saya memang suka makan cake yg moist
 
Tapi bila tengok adam makan sampai 2,3 bijik
Happynya saya haha
 
amacam macam sedap sangat kan?
haha
 
Benda kedua yang saya buat lagsana
saya dah beli kulit lagsana tue
tapi bila tengok roti banyak so tukar plan buat lagsana roti jelah
nak buat isi lagsana nie senang je
saya dah biasa buat dulu sebab saya memang reti buat spageti
anak2 yg tak suka spegety
so saya malas na buat
 
 sendiri masak memang saya tabor semua benda banyak2
mewah lah kalau mak sendiri masak
cuba ko beli kat kedai?
rasa apa?
saya je  pernah rasa  lagsana sedap
papa bebudak nie beli kat kawan opis
rm15 ke rm12
sedap..
 
 
bismillahhirahmannirahimm
punya lah doa semoga sedap
si arief dah asik Tanya
mana mama? dah siap? dah siap?
dia memang suka lagsana
 
alhamdulilah
jadi dari rupanya
 
sedap uoolsss
sebekas dah habis
lagi sebekas nak simpan
amana nak makan dengan anak jiran
kemain bangga mama ko pandai masak benda baru haha
semua yang saya buat guna oven nie..semua dia bagi anak jiran sebelah iaitu geng dia makan
I is malu haha
 
amana dah plan
"mama jom juall"
ya rabbi tak kosa mama nak oii
mama banyak keroja
setakat anak-anak nak makan okla
tapi kalau amana nak jual.. buat sendiri!
 
papa diorang makan ke lagsana nie?
Papa dia pandang je anak-anak dia perabih sebekas lagsana nie
Alaaa dah kenyang makan ayam masak merah I masak sebelum tue kan?
Nanti tengoklah ada yang buat statement ""Amanaaa..mana yang mama ko buat tue..bagi papa rasa..kang tak makan ..mama ko kecik hati"..
Masa tue dah habis ye haha
 
 

Monday, December 10, 2018

HFMD dan lotion semambu

Selamat malam semua,

Alhamdulillah satu lagi feedback untuk lotion semambu. Kali ini maslah HFMD.alhamdulilah walaupun target asal doktor Zulkifli & team adalah untuk masalah campak tetapi lotion semambu  yang bahan utamanya dari daun semambu ini rupanya juga membantu untuk maslah kulit yang lain. Kami juga terima feedback bagi yang ada masalah kulit yang lain.

Yang pasti saya gunakan untuk ruam lampin bagi anak-anak saya. Dua kali kena ruam lampin yang teruk. Alhamdulillah dalam tempoh dua hari baik.

Lotion ini sejuk jadi anak-anak tak rasa pedih. Insya Allah.

Harga mampu milik hanya RM40.

www.wasap.my/60173201998

Kudis buta dan lotion semambu

Selamat malam semua,

Alhamdulillah satu lagi feedback untuk lotion semambu. Kali ini maslah kudis buta.alhamdulilah walaupun target asal doktor Zulkifli & team adalah untuk masalah campak tetapi lotion semambu  yang bahan utamanya dari daun semambu ini rupanya juga membantu untuk maslah kulit yang lain. Kami juga terima feedback bagi yang ada masalah kulit yang lain.

Yang pasti saya gunakan untuk ruam lampin bagi anak-anak saya. Dua kali kena ruam lampin yang teruk. Alhamdulillah dalam tempoh dua hari baik.

Lotion ini sejuk jadi anak-anak tak rasa pedih. Insya Allah.

Harga mampu milik hanya RM40.

www.wasap.my/60173201998

Saturday, December 8, 2018

Arief sejurus selepas berkhatan

Tq pada Mira Caliph
Tak taulah mungkin jodoh kot
Dari dulu selalu si Mira nie nampak aje gambar Arief di media sosial
Dulu pernah jumpa gambar Arief digunakan di website untuk produk pampes
Kali nie Mira jumpa  lagi gambar Arief  di klinik yang Arief bersunat..padahal saya dah puas scroll tak jumpa pulak..

Habis muka mak pun dah belacan
Budak paling lama bersunat.sejam
Orang lain setengah jam je 😂
Banyak sangat sinetron
Tudung mak sikit lagi nak tercabut tau!

Masa nurse ambik gambar nie..
Arief bisik kat telinga saya "mama tak naklah amik gbr.. Arief kan tengah sakit nie"
Saya pulak ketawa..kelakar..
Budak kuat melompat nie baru faham erti sakit..

Alhamdulillah dah makin baik.
Insya Allah
Lega nak lepaskan Arief jalan jauh..

Wednesday, December 5, 2018

Berhati-hati di umur 35-40 tahun

Umur 35 tahun - 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapak (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula 35 tahun - 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.

Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan² dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak²

Usia 35 - 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah "al-Ahqaaf ayat 15" ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud,

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu)."

Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu2nya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan sebagainya.

Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.

Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita "ehh, tak sangkaaa...muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal..."

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.

Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.

Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.

Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:

“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].

Kalau sekarang kita rasa 35 - 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…

Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..

Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah kita mempersiapkanny.?!

Allah ta’ala berfirman (yang artinya):

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]

Credit : inspirasi dan Kesehatan.