ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, August 12, 2018

Ekstrak Kacip Fatimah UTM

Tadi ada loyal customer share feedback jirannya lepas consume Ekstrak Kacip Fatimah. Feedback boleh baca sendiri kat gambar tau..

Sebenarnya nak share produk nielah yang buat saya survive masa jobless. Mula-mula saya beli produk Nie..sebab saya ada maslah lepas lahirkan Khairy sebab bersalin ceser tetapi langsung tak jaga diri selepas bersalin sebab Khairy ada maslah jantung tue.. pantang pun sempat dalam wad dengan stokin bagai..haha..nasib i tak pakai polis Param tau..

Saya makan Ekstrak kacip Fatimah Nie alhamdulillah.. masalah pulih dan paling penting badan sihat dan cepat kuat.tenaga banyak untuk jaga semua anak sebab tak hantar nursery masa tue. Khairy pulak kena extra care..so memang kena ada tenaga kuasa kuda😤

Pertama kali saya beli 20 kotak.kurang 2  minggu habis dijual. Saya beli lagi 20 kotak seminggu je habis. Saya beranikan diri beli 50 kotak pun habis.. akhirnya mak pujuk saya pinjam duit mak. Mak bagi modal 6k untuk beli stok lebih banyak supaya saya dapat banyak untung. Dalam tempoh sebulan saya pulangkan duit mak semula dan rolling niaga dengan duit untung tersebut. Dengan keuntungan tuelah saya pusing jadi modal semula, saya bayar hutang credit card, personal loan, insuran anak-ank, bil hospital Khairy etc etc..pendek kata sama macam kerja dulu.. saya cuma stop bayar PTPTN sahaja.. tapi saya tak ralat sangat sebab dah 10 tahun saya bayar PTPTN masa tue..  dan paling saya terasa keberkatan meniaga bila mana duit tue juga yg bawa saya tunaikan nazar bawa Khairy ke Mekah.. memang kenangan indah dalam hidup saya..

Sampai hari nie walau saya dah tak sefokus dulu dalam meniaga customer-customer lama tetap cari saya..kalau saya takde stok atau busy sama ada supplier poskan atau saya beri sahaja rakan niaga yg uruskan terutama customer baru..

teringat masa saya nak bersalin kan anak bongsu si  Adam , hari nak beranak tuelah berderet2  wasup customer nak beli Ekstrak Kacip Fatimah UTM Nie.. saya pass pada rakan niaga sebab produk supplement Nie kena guide dulu customer..kena tanya apa maslah dan guide cara makan.. lepas tue selepas jual pun customer akan contact semula.. bukan  jual pastu ko lesap. Kalau customer dah makan biasanya mereka akan wassup semula tanya mcm2 soalan.. manalah saya boleh sempat nak jawab dalam labour room haha..

Bila keadaan tak mengizinkan memang saya share je rezeki dengan rakan niaga lain. Bukan produk Nie je.. produk lain pun sama.. masa dulu ..eh sekarang pun sama.. saya bukanlah seller yang mampu COD.. saya kena jaga Khairy dan dua anak lagi.. pernah sekali saya COD jumpa pulak customer ala2  mak Kasim selamat .. i is serik.. Khairy sampai tercungap-cungap.. cukupla pengalaman cod tue.. jadi saya cuma pos atau customer sendiri datang rumah saya.. alhamdulillah satu pengalaman dalam hidup saya..

By the way ada yg tanya..sebulan berapa saya mampu jual Ekstrak Kacip Fatimah UTM Nie? Masa tue 100 kotak sebulan..tak termasuk produk lain seperti Minsyam dan Sutra Manjakani Feminine Wash.. sekotak Ekstrak Kacip Fatimah harganya RM90. So sebulan 100 kotak berapa ye? Kira sendiri 😜 Tue termasuk modal dan untung.. Untung..biarlah rahsia.. itulah rezeki anak2 saya yang Allah tak putuskan walaupun saya takde payslip selama dua tahun..

Macam mana saya promo? Saya update blog je..blog personal yg dulunya jadi blog saya bercerita tentang anak-anak, contest dan hobby saya menulis novel.. dan saya rasa ini semua memang bantuan Allah bukan kerana saya pandai meniaga.. cuma Allah kasihan pada saya.. Allah beri pelbagai ujian tetapi dilapangkan rezeki..sebab Allah tahu nanti saya sedih takde duit sendiri mcm selalu XOXO.

Sejak Khairy lahirlah saya mula sedar saya kena atur financial saya baik2. Saya kena segera selesaikan hutang secepat yg boleh..bukan bayar ikut time sahaja seperti dalam agrement. Dulu masa saya jahil.. saya cuma fikir tak nak bebankan org yg hidup dengan hutang saya kalau saya mati..jadi saya ada ambil takaful untuk setiap loan. tapi sekarang pandangan saya berbeza..jika saya mati awal dan Allah bertanya tentang hutang..boleh ke saya jawab YE SAYA BERHUTANG TAPI SAYA AMBIL TAKAFUL.. habis kena rodok masuk dalam tanah sampai ke perut bumi.. wahhh takuttt..

Sejak Khairy lahir memang dia mengubah banyak pandangan saya tentang kehidupan.. sehinggakan masa saya masuk kerja ada seorang bos tegur saya " u lain betul sekarang" ye saya lain.. tapi yg pasti saya tetap ibu yang sayangkan anak2.. saya boleh lepaskan apa sahaja dalam dunia Nie tapi takkan mengalah untuk kehidupan anak2 saya..

Friday, March 9, 2018

Ekstrak Kacip Fatimah UTM dan Dr Zubaidi Hj Ahmad

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada yang mungkin tertanya siapa Dr Zubaidi Dr Zubaidi Hj Ahmad yg saya kerap sebut tue.. Inilah Doktor yang secara tak langsung membantu saya "survive" semasa bercuti tanpa gaji dulu.

Pertama kali cuba Ekstrak Kacip Fatimah UTM selepas bersalin Khairy.memang terasa ada yang tak kena pada diri sendiri sebab saya lebih banyak jaga khairy.berpantang pun kat hospital. Mak suruh berurut panggil orang datang pun saya tak nak sebab saya takut Khairy menangis. Mak suruh buat appoiment dengan pakar gyne saya dulu pun saya tak nak.. sebab serius dah cukup penat pegi hospital.cukuplah pergi kerana rawatan khairy. Walau mak offer nak jaga Khairy tapi kalau anak ada maslah jantung memang kita tak akan yakin sesiapa pun nak jaga anak selain diri sendiri.

Jadi saya goggle search "peranakan jatuh" terjumpa blog Dr Zubaidi. Baca artikel beliau terus order Ekstrak Kacip Fatimah UTM. Lepas guna terasa kebaikan dan perubahan.. Guna beberapa lama ...

Terbaca Doktor Zubaidi perlukan Dealer untuk Ekstrak Kacip Fatimah UTM. Istikharah berulangkali sebab memang takut nak keluar modal lebih2 lagi kami perlu allocate kos utk medical Khairy. Alhamdulillah tak silap percaturan income melalui produk Ekstrak Kacip Fatimah UTM bantu saya survive selama cuti tanpa gaji menjaga Khairy. Thanks sangat pada mak yang pinjamkan modal 6K untuk start niaga dan sy pulang balik dalam tempoh sebulan... Keuntungan dr modal mak bagi tue sy rolling untuk beli produk, monthly expences, bil Khairy etc etc. Tak sangka sungguh survive! Alhamdulillah 😓

Pengalaman meniaga yang serius pertama kali adalah melalui Ekstrak Kacip Fatimah UTM dan sangat berharga pengalaman tue..Income melalui Ekstrak Kacaip Fatimah bukan sahaja utk monthly  ekspenses tapi juga melaluinya jadi modal untuk produk-produk lain dan paling bahagia bantu saya tunaikan nazar menunaikan umrah di Mekah untuk Adlan Khairy.

Allhamdulilah
Dalam kesulitan ada kemudahan
2 kali Allah sebut dalam satu surah
So Don't give up
Allah kan ada..

Saturday, April 15, 2017

Ekstrak Kacip Fatimah UTM : Testimoni Customer Baru Keguguran

 
 
Assalamualikum semua
Asik-asik emas
Asik-asik emas
KAN?????
 
Bukan bermakna saya dah lupakan Kokoadik Blogshop yang menjual pelbagai supplement seperti Ekstrak Kacip Fatimah UTM, Ekstrak Tongkat Ali UTM, VCO-UTM, Feminine Wash SUTRA, Baybie by Dr Zulkifli Sharif tapi kadang-kadang kekangan masa.. saya terlupa nak share feedback customer
 
Okey mehla kita share feedback from oven
 
 
Customer nie baru keguguran
Jadi beliau carik supplement yang boleh menambah tenaga dan menguatkan dalaman beliau
Beliau beli Ekstrak Kacip Fatimah UTM dari saya
 
Feedback beliau :
 
 darah banyak keluar:
ada sesetengah customer bila consume Ekstrak Kacip Fatimah UTM darah akan keluar lebih dari biasa tetapi itu adlaah permulaan.Lebih-lebih lagi dalam kes customer nie yang baru keguguran..elokla darah keluar supaya tak ada yang tertinggal kat dalam perut kan?
Tetapi monitorlah juga..jangan sampai rasa pening sampai na pitam masih tak pergi klinik.. Kita kena ambil tahu juga tentang kesihatan kita ..jangan ambil mudah..
 
badan rasa ringan
alhamdulilah..serasilah tue dengan beliau
 
jerawat tak keluar banyak seperti kebiasaan
-serasi sangat le tueeee
 
Alhamdulilah sangat suka kongsi feedback customer-customer di blog. sebabnya nanti akan ada potiential customer yang akan baca semua nie..mereka nak juga tau tindakbalas Ekstrak Kacip Fatimah UTM yang sama dengan masalah mereka..sama ada PCOS, period non stop , operate fibroid dan sebagainya. semoga yangs aya sharing memberi manfaat pada mereka yang encari info tentang Ekstrak Kacip Fatimah UTM.
 
 
 
017-3201998 (ILASALEH)
Di FB ini ada promo dan info-info tentang supplement yang ditawarkan seperti produk-produk Kleuaran UTM, SUTRA, MINSYAM dan BAYBIE &MOMMY BY Dr Zulkifli Sharif.
 
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK TONGKAT ALI -UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK UTM YANG LAIN?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

 
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK BIDARA WORLD?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 


Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK MINSYAM (HABATUSAUDA &ZAITUN)?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

 
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK SUTRA?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 

 
 DISCLAIMER: Kesan penggunaan Ekstrak Kacip Fatimah UTM adalah berbeza antara individu berlainan. Ia bergantung kepada tahap kesihatan dan juga  tempoh masalah yang telah dihadapi oleh individu terbabit. Masa lebih lama diperlukan untuk mendapatkan tindakbalas positif jika masalah kesihatan tersebut telah lama dihadapi
 
 

Tuesday, March 21, 2017

Ekstrak Kacip Fatimah UTM : Isteri dah cuba EKF, beli ETA untuk suami




Assalamualikum semua
Dah lama betul tak share cerita Ekstrak Kacip Fatimah UTM
 Kali nie nak share cerita isteri perihatin
Si isteri dah merasa sihat dengan Ekstrak Kacip Fatimah so belikan untuk suami
Ini contoh isteri mithali nak sihat dengan suami sekali betul tak?
Jom kita share feed back customer-customer saya sebelum nie tentang Ekstrak Tongkat Ali Utm









Tak nak cuba ke?
Kalau badan selalu rasa letih-letih
Boleh cuba Ekstrak Kacip Fatimah bagi wanita dan Ekstrak Tongkat Ali bagi lelaki
Jangan tertukar pulak 
Pernah ada customer saya tertukar
suaminya tak perasan  termakan Ekstrak Kacip Fatimah UTM 
terus wassup saya kenapa suaminya  pening-pening
adakah ia kesan masa mula-mula makan Ekstrak Tongkat Ali?
Kebanyakan lelaki yang makan Ekstrak Tongkat Ali UTM tak merasa simpton-simptom macam kita wanita yang makan Ekstrak Kacip Fatimah 
Lelaki biasanya cuma merasa pertambahan tenaga sahaja
Itu yang macam pelik kenapa rasa pening-pening pulak :)

So pada semua customer nak makan tue perhatikan botol betul-betul ya





 

Sunday, February 5, 2017

Ekstrak Kacip Fatimah: Pos ke Jepun Lagi


Assalamualaikum semua
Lama jugak saya berehat dari online business
Nie dah sihat balik
Keja office pun dah mampu buat
Rasanya dah bolehla online business kembali
Walaupun income tak semeriah masa jaga khairy dulu
Its okey sebab Allah tahu keperluan kita
Allah tahu sekarang saya ada income office so dia krangkan pada online business
Dulu masa jaga Khairy sahaja  income online memang "meriah"
Sekarang dah masuk office tak se"meriah" masa jaga khairy
tapi bolehla guna untuk beli beberapa "gram"
jadiklakan? asalkan ada tabungan untuk Khairy
 
Dah lama tak pos luar Negara
Customer nie dari Jepun
Orang Malaysia
Mungkin dia goggle dan terbaca blog saya
Alhamdulilah
customer nie order 3 Ekstrak Kacip Fatimah, 2 Ekstrak Tongkat Ali, 1 habatusauda dan 2 Feminine Wash Sutra




Paling risaukan Feminine Wash Sutra
Kemain saya bungkus
Berbalut-balut
Mula2 balut dengan kertas keras daripada kotak
Lepas tue dengan berlapis-lapis bubble wrap
semoga selamatlah sampai ke tangan customer tue

 Hamik ko..puas custumer nie nak membukaknya haha

 Berikan pamplet sekali

 Saya guna pos biasa
bukan poslaju antarabangsa..lagi mahal nanti
Ala dulu saya guna pos biasa nie jugak
sampai dalam seminggu
okla
janji sampai
janji murah
 
Kalau pos ke luar Negara nie ada dua cara
1.guna flexi pack.boleh baca di entry pos ke US dengan flexi pack
2. pos antarabangsa biasa .boleh baca kat entry step by step pos ke Jepun

  berbalut-balut
mekasih pada yang sudi poskan yeee

Kos postage ke Jepun RM95 untuk berat 1.620kg
Nie tak termasuk kos kotak seletip bubble wrap bagai ye
 
 

Sunday, December 18, 2016

Ekstrak Kacip Fatimah UTM: period celaru kerana injection dan jamu


Assalamualaikum
Salam hujung minggu
Jom share lagi feedback Ekstrak Kacip Fatimah UTM

Nanti saya lupa so cecepat upload
Ynag tersimpan dah banyak dlm hp
sam[ai tak sempat nak shae
so kita sharelah yang baru-baru dulu

 Customer nie dah lama consume tapi tak amalkan secara displin
lagipun customer nie amalkan satu lagi jamu
tak silap saya jamu tue bertujuan untuk menjarakan kehamilan
tapi saya tutup ye nama jamu tue
lepas tue customer amik injection perancang 
memang haywire period jadinya

Alhamdulilah customer consume EKF semula
Elok balik periodnya
Yang best customer nie beli supplement-supplement lain sekali dari saya
Habatusauda dan Zaiton Minsyam dah pakaging bau dengan harga yang baru
Lain kali saya buat entry

DERMAGS yang customer nie order pulak apa ya?
DERMAGS tue skincare keluaran UTM jugak
nanti saya buat entry juga

       

Wednesday, December 14, 2016

EKSTRAK KACIP FATIMAH UTM: KENCING TAK LAWAS


assalamualaikum semua
jom share feed back lagi
seronok pulak bila dah sihat nie
semua nak share
sebenranya banyak feed back dari customer yang beli Ekstrak  Kacip Fatimah UTM dengan saya
tapi saya kan bertapa sepanjang preggy
saya lebih banyak rehatkan diri
kesihatan sangat-sangat la teruk
so semua feedback customer saya simpan sahaj
dah sihat nie 
mohla kita share apa yang ada
supaya manfaat Ekstrak Kacip Fatimah UTM nie dapat dikongsi bersama
lebih banyak yang amalkan
dan lebih banyak yang bertambah sihat

Sebenarnya puan yang beli nie memang regular customer
dari hp lama bertukar ke hp baru 
masih setia membeli dengan saya
setakat nie 5 botol dah beli dengan saya
dalam hp lama tak taulah berapa kali dah akak nie beli



 


 Alhamdulilah masalah kencing tak lawas akak nie beransur pulih
seronok menjadi seller yang menjadi orang tengah yang membantu beliau beransur pulih
saya guide cara makan yang sepatutnya
insya allah
kalau tak guide dengan betul mungkin tak rasa sebarang perubahan
disebabkan dos kacip fatimah di dalam ekstrak kacip fatimah utm nie rendah
dos kacip fatimah rendah supaya ia selamat untuk semua
jadi ia perlu diambil mengikut bilangan kapsul yang sesuai dengan berat,masalah dihadapi dan penerimaan individu itu sendiri

alhamdulilah akak nie yang takut nak makan supplement/herba  sebab tak tahan panas tapi dengan EKSTRAK KACIP FATIMAH UTM boleh pulak consume sampai 5 botol hihi
alhamdulilah

so anda di luar sana jangan main beli je ye
beli dengan "trusted seller" dan pastikan seller tersebut guide
sila tanya sebelum beli "kalau saya nak tanya apa2 puan boleh guide tak?" 

 
"LIKE" ramai-ramai ye :)
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK TONGKAT ALI -UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK UTM YANG LAIN?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

 
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK BIDARA WORLD?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 


Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK MINSYAM (HABATUSAUDA &ZAITUN)?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK SUTRA?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 

UNTUK CONSULTATION : 
 017-3201998 (ILASALEH)

 

Friday, November 25, 2016

Ekstrak Kacip Fatimah UTM: EKF dan Endometriosis

Assalamualaikum semua
Hari nie saya nak berkongsi pengalaman customer saya yang menjalani pembedahan endometriosis bersama Pakar Sakit Puan terkenal iaitu Dr Hamid Arshad. Terima kasih sangat sebab beliau selalu berkongsi masalah dan pengalaman dengan saya. Mungkin kita sihat dan tidak melalui pengalaman seperti beliau tetapi kita perlu juga mengambil tahu sebagai panduan.

Customer saya nie memang dah amalkan Ekstrak Kacip Fatimah UTM sebelum menjalani pembedahan endometriosis. Beliau juga sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.

Beliau jalani laparoscopy dan D&C untuk cuci rahim. Jangan silap faham tidak semestinya D&C hanya untuk keguguran ya.


Jemput baca gambar-gambar yang saya sertakan juga.
 Tulisan saya hanya mengambil rumusan sahaja dari perkongsian beliau bersama saya.
 
Beliau ambil Ekstrak Kacip Fatimah UTM 4 hari selepas pembedahan. Alhamdulilah sangat berkesan untuk beliau. Rasa ngilu dan rasa lesu tiada selepas consume Ekstrak Kacip Fatimah UTM. Malah wajah juga tidak pucat. Untuk makluman semua; Ekstrak Kacip Fatimah boleh diambil oleh pesakit yang menjalani pembedahan samaada ceser atau pembedahan seperti customer saya ini selepas pesakit telah boleh mula makan nasi,minum air dan sebagainya kecuali doktor yang merawat tidak membenarkan atas alasan-alasan tertentu. Tanyalah pendapat doktor yang merawat anda sebelum consume any supplement.Itu yang terbaik. 


 

 Inilah pembedahan yang dijalani oleh customer saya.
Boleh baca perkongsian Dr Hamid Arshad  yang lebih jelas di sini
Dr Hamid Arshad sendiri menulis tentang pembedahan ini di FB beliau.
Rupanya customer saya ini alami endometriosis stage 4.
Seperti yang customer saya kongsikan dengan saya pembedahan ini pada mulanya hanya dirancang untuk bedah kecil sahaja tetapi menjadi besar kerana darah banyak di dalam perut.


 
 Saya juga berkongsi pengalaman saya consume Ekstrak Kacip Fatimah UTM selepas pembedahan melahirkan anak saya yang ke 3 dengan customer ini. Anak ke tiga saya mengalami masalah SVT iaitu masalah pada jantungnya. Oleh sebab itu saya perlu melahirkan bayi saya secara pembedahan. Boleh baca pengalaman saya consume Ekstrak Kacip Fatimah di sini.

 
 Saya selalu teringat custumer saya nie jadi saya bertanya kabar pada beliau beberapa lama selepas itu. Alhamdulilah beliau seorang yang sangat positif. Mengakui sentiasa sihat dan cepat sembuh. Beliau juga merasakan Ekstrak Kacip Fatimah UTM banyak membantu penyembuhan selepas pembedahan tersebut malah kebanyakan yang mengenali beliau terkejut beliau sembuh dengan kadar yang cepat. Beliau juga mengakui perbezaan yang sangat ketara sebelum dan selepas consume Ekstrak Kacip Fatimah UTM.

 
 Beliau berusaha untuk mendapatkan cahayamata selepas pembedahan endometriosis tersebut. Beliau bercadang untuk menjalani IVF. Saya berterus-terang yang Ekstrak Kacip Fatimah UTM tidak digalakan diamalkan bagi yang menjalani IVF atau IUI supaya pesakit dapat menumpukan sepenuhnya rawatan bersama pakar. Beliau stop Ekstrak Kacip Fatimah selama 2 bulan untuk rawatan IVF. Walaubagaimanapun  beliau tidak dapat menjalani IVF kerana period beliau tidak datang selepas pembedahan endometriosis tersebut.

Beliau juga alami simptom seperti menepous..panas sejuk.panas sejuk.. Beliau amalkan kembali Ekstrak Kacip Fatimah UTM dan mengakui yang EKF UTM mempunyai fungsi untuk menghilangkan symtom menepous tetapi dalam kes beliau adalah disebabkan perubahan hormon yang berlaku.


Alhamdulilah
Akhirnya period beliau kembali semula selepas beberapa bulan menjalani pembedahan endometriosis. Selepas consume Ekstrak Kacip Fatimah UTM selama 15 hari period beliau kembali semula

Ekstrak Kacip Fatimah UTM hanya iktiar untuk masalah dalaman wanita. Selebihnya adalah aturan Allah. Sama-sama kita semua dokan semoga beliau dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata yang diidsan-idamkan. Amin.Insya Allah.


 
"LIKE" ramai-ramai ye :)
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK TONGKAT ALI -UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK UTM YANG LAIN?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

 
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK BIDARA WORLD?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 


Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK MINSYAM (HABATUSAUDA &ZAITUN)?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK SUTRA?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 

UNTUK CONSULTATION : 
 017-3201998 (ILASALEH)








Wednesday, November 9, 2016

EKSTRAK KACIP FATIMAH UTM : Ketika berpantang dan baby kuning boleh makan EKF-UTM?


Saya dah janji nak share bil HUKM bersalin Adam kan? Tapi saya tak jumpa bil tue kat mana hahaha.. kesian betul.. bila bersalin semua benda berterabur. nanti saya tanyalah kat papa si Adam kot-kot ada copy ke.. Tapi yang saya ingat bil average RM8.5K bersalin emergency ceser, duduk wad 4 hari 3 malam, bius epidural, suntik yg elakkan beku darah tue entah berapa kali.. nantila saya usahakan jugak untuk kawan-kawan ya..saya tahu ramai yg nak bersalin di HUKMSC sebab service bagus dan pada saya masih murah compare dgn hospital swasta lain.. HUKMSC nie walau swasta ia masih di bawah UKM sebab pakar2nya semua doktor di HUKM.. nantilah saya carik ye bil tue..bolehla kawan-kawan anggar nak belanja bersalin nanti..saya nie pun lari budget haha... ingatkan bersalin normal rupanya ceser..emergency pulak tue.. tapi alhamdulilah... masih boleh korek..koreklah duit ke emas ke yang ada haha... Allah tahu saya nie bersalin ceser ...tetiba ada pulak duit sebanyak tue jatuh dari langit untuk bersalinkan Adam..alhamdulilah.. Eh saya nak share tentang saya berpantang. Cakap banyak2 pasal bil HUKMSC pun tapi takde bilnya kat sini buat apa ye tak? Habis air liur je haha



Saya  dah share sebelum nie saya makan apa untuk berpantang.. 
Boleh baca semula kat PERSEDIAAN BERPANTANG. 


Adam ada kuning masa awal-awal berpantang tue.. Doktor Zubaidi tak syorkan consume Ekstrak Kacip Fatimah UTM  jika baby masih kuning. Pada mulanya saya follow. Memang saya tak makan EKF-UTM masa baru-baru Adam kuning tue.. sampailah hampir 2 minggu saya berpantang perut saya masih keras. Nurse KK yang datang rumah cek dan bagitau perut saya nie masih tinggi dan kemungkinan ada darah beku. Pad saya pun bersih tak ada darah..huwaa... sahla ada darah beku nie.. Dah 3 anak saya bersalin lum pernah jadi kes darah beku tau.. Nurse suruh saya pastikan kat hospital. Dah la masa tue raya haji mana ada hospital yang bukak. Nak ke HUKM semula ya allah jauh.. saya tak larat.. jadi kami pergi hospital berhampiran rumah. Tak hampir jugakla..haha.. Doktor yang duty masa tue sahkan ada darah beku tapi syorkan saya ke HUKMSC semula sebab saya pun tak bersalin di hospital tue.. saya fahamlah diorang pun tak nak amik risiko sebab saya bukan bersalin kat situ.  So doktor tue buat surat refer semula untuk ke HUKMSC. Tau kalau darah beku apa yang akan dibuat? Kalau bersalin normal bersihkan darah beku  ikut bahagian peranakan.ikut bawahla..tempat baby keluar tue..paham tak? tak paham memang saja jelahhh.. .kalau operate kena bedah balik perut!! WHATTTT???? Ya allah sakit ceser belum habis nak potong perut nie balik? Nak nangis rasa...

Saya call mak  nangis-nangis bagitau.. mak cakap..makan Ekstrak Kacip Fatimah tue.. mak cakap darah tak keluar sempurna sebab saya langsung tak makan jamu ..dah hampir dua minggu berpantang.. pastu mak cakap tuam kerap-kerap.. mak siap cakap..kalau diri tak sihat macam mana nak jaga baby? oh lupa nak bagitau 2 minggu pertama saya berpantang dirumah bersama 4 anak! Can u imagine? Husband adalah tapi anak-anak yang lain kecik-kecik jugak..apa yang diorang tahu? Amana je boleh diharap..yang lain? wakakaka.. terutama khairy yang tak habis-habis manja... asik nak tidur kat celah ketiak mak dia..

Saya asikla memandang si Adam.. Adam masih kuning..patut ke tak patut makan Ekstrak Kacip Fatimah UTM nie.. Saya dah amalkan Ekstrak Kacip Fatimah UTM nie hampir 3 tahun lebih..saya amalkan selepas sebulan bersalin Khairy..2013 dulu.. Boleh baca pengalaman saya kali pertama consume Ekstrak Kacip Fatimah UTM.   

kebaikan Ekstrak Kacip Fatimah ..jemput baca sendiri :P

Masa saya makan Ekstrak Kacip Fatimah UTM waktu Khairy dulu si Khairy dah habis kuning... Dalam dok berkira-kira tue..saya akhirnya telan je EKF-UTM.. Adam masih ada sedikit kuning. Saya makan sebab saya nak sihat.. Nak sihat sebab nak jaga Adam.. Boleh tak saya telan 4 biji sehari terus? 2 biji masa siang dan 2 biji masa malam.. Berdenyut-denyut perut saya.. Takpe saya boleh tahan..Kalau kena belah balik perut nie lagi saya tak tahan. Kalau setakat sakit perut ala-ala sengugut tue insya allah saya boleh tahan.. sedangkan ceser pun dah lalui 2 kali takkanlah sakit2 perut ala2 sengugut tue saya tak boleh tahan ye tak? Yes!! Betul seperti yang  di sangka dan seperti yang diketahui.. EKF merawat dan mengecutkan rahim selepas bersalin.. Pad saya yang bersih dah beberapa hari terus ada warna.. alhamdulilah.. beberapa hari jugak darah keluar.. perut saya pun rasa lembut sikit... 3 hari kemudian nurse KK datang semula dan ukur perut saya.. dah turun katanya.. syukur sangat-sangat..Nurse tue siap tanya saya makan apa dan apa yang saya buat? Saya bagitau je saya makan Ekstrak Kacip Fatimah UTM..

gambar lama masa meniaga jaga khairy 2013 dulu
seronok baca entry lama nie


KEPADA IBU-IBU YANG NAK CONSUME EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM KETIKA BERPANTANG DAN BABY MASIH KUNING , IA TERPULANG PADA KEBERANIAN SI IBU YA.. SAYA YANG AMBIL KEPUTUSAN SENDIRI NAK MAKAN MASA BABY MASIH KUNING.. BABY SAYA KUNING PUN BUKAN KUNING YANG TAHAP MASUK DARAH TUE.. BABY SAYA MASIH DI RUMAH SAHAJA.. SAYA JUGA MAKAN EKF-UTM KERANA NAK CEPAT SIHAT DAN NAK MENYUSU BAYI..KALAU SEBAB DARAH BEKU TUE SAYA KENA POTONG PERUT LAGI..BILA SAYA DAPAT JAGA BABY ADAM DENGAN SEMPURNA? 

KES SAYA MUNGKIN TAK SAMA DENGAN KES ANDA..
KES SAYA BOLEH DIJADIKAN PANDUAN BUKAN IKUTAN.. 
BAK KATA ORANG TUA-TUA "SENDIRI BUAT; SENDIRI KENA TANGGUNG"

Jika anda makan EKF-UTM ketika baby masih kuning dan berlaku prolong jaundice jangan salahkan saya ye.. Baby Adam alhamdulilah sihat dan tembam je.. hasil maknya cepat kuat dan sihat..  hasil adam minum susu badan ibunya..insya allah nanti saya share gambar full Adam ye...


 
"LIKE" ramai-ramai ye :)
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK TONGKAT ALI -UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK UTM YANG LAIN?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

 
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK BIDARA WORLD?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 


Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK MINSYAM (HABATUSAUDA &ZAITUN)?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK SUTRA?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 

UNTUK CONSULTATION : 
 017-3201998 (ILASALEH)








Monday, November 7, 2016

Ekstrak Kacip Fatimah UTM (EKF-UTM): Rasa panas bila makan EKF-UtM

Jom kita kongsi feedback ekstrak kacip fatimah UTM lagi ya
Seronok bila share feedback nie
Boleh jadi rujukan untuk semua
Betul tak?
Kadang-kadang saya beri sahaja link yang berkaitan dengan masalah pontential customer untuk customer baca dan pertimbangkan sama ada mereka patut purchase ekstrak kacip fatimah UTM atau tidak
Saya tidak suka memaksa .. badan sendiri.. sendiri yang tahu sama ada sesuatu supplment tersebut sesuai atau tidak dengan badan sendiri..sama ada customer yakin atau tidak dengan supplment tersebut..
Ada sesetengah customer tak berani nak makan herba/supplment berasakan herba kerana tidak tahan panas. terpulang kepada keperluan masing-masing. ubat atau herba atau supplemt bukan gula-gula bila makan rasa manis, sedap, nyaman hihi.. nak sihatkan? kenalah sabar dan tahan..

Ada customer pula seperti customer di atas sabar mencuba.. bila ada masalah, beliau wassup kembali dan apabila diberi konsultasi beliau ikut saranan.. alhamdulilah ..  badan beliau telah mula serasi dengan ekstrak kacip fatimah UTM dan beliau juga syor kepada adiknya. alhamdulilah beliau rasa BADAN RINGAN, SENDI KURANG SAKIT DAN MUDAH UNTUK SOLAT selepas amalkan ekstrak kacip fatimah UTM.

Pada mulanya customer ini amalkan Ekstrak kacip fatimah UTM sebelum tidur. beliau rasa panas.oleh itu saya syorkan consume selepas sarapan pagi. saya memang selalu sarankan customer amalkan ekstrak kacip fatimah utm selepas sarapan apabila baru pertama kali mencuba. selepas telah serasi dengan ekstrak kacip fatimah utm terpulang pada customer untuk susun jadual sendiri mengikut kesesuaian badan..  tetapi adalah lebih baik ambil selepas sarapan dan selepas makan malam. untuk mengetahui berapa biji ekstrak kacip fatimah utm perlu diambil adalah mengikut berat badan customer.. yang part berapa biji kapsul perlu diambil perlukan konsultasi selanjutnya.. nanti saya terang di sini berjela-jela pulak entry nie 😉

Saya share pamplet ekstrak kacip fatimah UTM yang kerap disyorkan Doktor Zubaidi Haji Ahmad dan Ustazah Norhafizah Musa. semoga membantu semua.


Ps: sangat sesuai untuk yang sedang berpantang..nanti saya share ye cerita saya yg terbaru semasa berpantang


 
"LIKE" ramai-ramai ye :)
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK TONGKAT ALI -UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK UTM YANG LAIN?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

 
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK BIDARA WORLD?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 


Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK MINSYAM (HABATUSAUDA &ZAITUN)?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK SUTRA?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 

UNTUK CONSULTATION : 
 017-3201998 (ILASALEH)