ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, November 9, 2016

EKSTRAK KACIP FATIMAH UTM : Ketika berpantang dan baby kuning boleh makan EKF-UTM?


Saya dah janji nak share bil HUKM bersalin Adam kan? Tapi saya tak jumpa bil tue kat mana hahaha.. kesian betul.. bila bersalin semua benda berterabur. nanti saya tanyalah kat papa si Adam kot-kot ada copy ke.. Tapi yang saya ingat bil average RM8.5K bersalin emergency ceser, duduk wad 4 hari 3 malam, bius epidural, suntik yg elakkan beku darah tue entah berapa kali.. nantila saya usahakan jugak untuk kawan-kawan ya..saya tahu ramai yg nak bersalin di HUKMSC sebab service bagus dan pada saya masih murah compare dgn hospital swasta lain.. HUKMSC nie walau swasta ia masih di bawah UKM sebab pakar2nya semua doktor di HUKM.. nantilah saya carik ye bil tue..bolehla kawan-kawan anggar nak belanja bersalin nanti..saya nie pun lari budget haha... ingatkan bersalin normal rupanya ceser..emergency pulak tue.. tapi alhamdulilah... masih boleh korek..koreklah duit ke emas ke yang ada haha... Allah tahu saya nie bersalin ceser ...tetiba ada pulak duit sebanyak tue jatuh dari langit untuk bersalinkan Adam..alhamdulilah.. Eh saya nak share tentang saya berpantang. Cakap banyak2 pasal bil HUKMSC pun tapi takde bilnya kat sini buat apa ye tak? Habis air liur je haha



Saya  dah share sebelum nie saya makan apa untuk berpantang.. 
Boleh baca semula kat PERSEDIAAN BERPANTANG. 


Adam ada kuning masa awal-awal berpantang tue.. Doktor Zubaidi tak syorkan consume Ekstrak Kacip Fatimah UTM  jika baby masih kuning. Pada mulanya saya follow. Memang saya tak makan EKF-UTM masa baru-baru Adam kuning tue.. sampailah hampir 2 minggu saya berpantang perut saya masih keras. Nurse KK yang datang rumah cek dan bagitau perut saya nie masih tinggi dan kemungkinan ada darah beku. Pad saya pun bersih tak ada darah..huwaa... sahla ada darah beku nie.. Dah 3 anak saya bersalin lum pernah jadi kes darah beku tau.. Nurse suruh saya pastikan kat hospital. Dah la masa tue raya haji mana ada hospital yang bukak. Nak ke HUKM semula ya allah jauh.. saya tak larat.. jadi kami pergi hospital berhampiran rumah. Tak hampir jugakla..haha.. Doktor yang duty masa tue sahkan ada darah beku tapi syorkan saya ke HUKMSC semula sebab saya pun tak bersalin di hospital tue.. saya fahamlah diorang pun tak nak amik risiko sebab saya bukan bersalin kat situ.  So doktor tue buat surat refer semula untuk ke HUKMSC. Tau kalau darah beku apa yang akan dibuat? Kalau bersalin normal bersihkan darah beku  ikut bahagian peranakan.ikut bawahla..tempat baby keluar tue..paham tak? tak paham memang saja jelahhh.. .kalau operate kena bedah balik perut!! WHATTTT???? Ya allah sakit ceser belum habis nak potong perut nie balik? Nak nangis rasa...

Saya call mak  nangis-nangis bagitau.. mak cakap..makan Ekstrak Kacip Fatimah tue.. mak cakap darah tak keluar sempurna sebab saya langsung tak makan jamu ..dah hampir dua minggu berpantang.. pastu mak cakap tuam kerap-kerap.. mak siap cakap..kalau diri tak sihat macam mana nak jaga baby? oh lupa nak bagitau 2 minggu pertama saya berpantang dirumah bersama 4 anak! Can u imagine? Husband adalah tapi anak-anak yang lain kecik-kecik jugak..apa yang diorang tahu? Amana je boleh diharap..yang lain? wakakaka.. terutama khairy yang tak habis-habis manja... asik nak tidur kat celah ketiak mak dia..

Saya asikla memandang si Adam.. Adam masih kuning..patut ke tak patut makan Ekstrak Kacip Fatimah UTM nie.. Saya dah amalkan Ekstrak Kacip Fatimah UTM nie hampir 3 tahun lebih..saya amalkan selepas sebulan bersalin Khairy..2013 dulu.. Boleh baca pengalaman saya kali pertama consume Ekstrak Kacip Fatimah UTM.   

kebaikan Ekstrak Kacip Fatimah ..jemput baca sendiri :P

Masa saya makan Ekstrak Kacip Fatimah UTM waktu Khairy dulu si Khairy dah habis kuning... Dalam dok berkira-kira tue..saya akhirnya telan je EKF-UTM.. Adam masih ada sedikit kuning. Saya makan sebab saya nak sihat.. Nak sihat sebab nak jaga Adam.. Boleh tak saya telan 4 biji sehari terus? 2 biji masa siang dan 2 biji masa malam.. Berdenyut-denyut perut saya.. Takpe saya boleh tahan..Kalau kena belah balik perut nie lagi saya tak tahan. Kalau setakat sakit perut ala-ala sengugut tue insya allah saya boleh tahan.. sedangkan ceser pun dah lalui 2 kali takkanlah sakit2 perut ala2 sengugut tue saya tak boleh tahan ye tak? Yes!! Betul seperti yang  di sangka dan seperti yang diketahui.. EKF merawat dan mengecutkan rahim selepas bersalin.. Pad saya yang bersih dah beberapa hari terus ada warna.. alhamdulilah.. beberapa hari jugak darah keluar.. perut saya pun rasa lembut sikit... 3 hari kemudian nurse KK datang semula dan ukur perut saya.. dah turun katanya.. syukur sangat-sangat..Nurse tue siap tanya saya makan apa dan apa yang saya buat? Saya bagitau je saya makan Ekstrak Kacip Fatimah UTM..

gambar lama masa meniaga jaga khairy 2013 dulu
seronok baca entry lama nie


KEPADA IBU-IBU YANG NAK CONSUME EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM KETIKA BERPANTANG DAN BABY MASIH KUNING , IA TERPULANG PADA KEBERANIAN SI IBU YA.. SAYA YANG AMBIL KEPUTUSAN SENDIRI NAK MAKAN MASA BABY MASIH KUNING.. BABY SAYA KUNING PUN BUKAN KUNING YANG TAHAP MASUK DARAH TUE.. BABY SAYA MASIH DI RUMAH SAHAJA.. SAYA JUGA MAKAN EKF-UTM KERANA NAK CEPAT SIHAT DAN NAK MENYUSU BAYI..KALAU SEBAB DARAH BEKU TUE SAYA KENA POTONG PERUT LAGI..BILA SAYA DAPAT JAGA BABY ADAM DENGAN SEMPURNA? 

KES SAYA MUNGKIN TAK SAMA DENGAN KES ANDA..
KES SAYA BOLEH DIJADIKAN PANDUAN BUKAN IKUTAN.. 
BAK KATA ORANG TUA-TUA "SENDIRI BUAT; SENDIRI KENA TANGGUNG"

Jika anda makan EKF-UTM ketika baby masih kuning dan berlaku prolong jaundice jangan salahkan saya ye.. Baby Adam alhamdulilah sihat dan tembam je.. hasil maknya cepat kuat dan sihat..  hasil adam minum susu badan ibunya..insya allah nanti saya share gambar full Adam ye...


 
"LIKE" ramai-ramai ye :)
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH-UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK TONGKAT ALI -UTM?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
  
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK UTM YANG LAIN?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

 
Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK BIDARA WORLD?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 


Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK MINSYAM (HABATUSAUDA &ZAITUN)?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI

Nak baca pelbagai INFO tentang PRODUK-PRODUK SUTRA?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI 

UNTUK CONSULTATION : 
 017-3201998 (ILASALEH)








No comments: