ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, January 27, 2014

Tanda-Tanda EKF telah memberi kesan kepada seseorang

Saya selalu ditanya oleh customer..apakah tanda-tanda EKF telah beri kesan pada badan seseorang yang telah mula amalkan EKF. Mereka bagitau tak ada baca dalam nota kat FB EKF pun.. Dalam nota FB EKF tue ada dinyatakan tapi anda kena rajin membaca setiap artikel . Kadang-kadang ada info penting terselit di setiap artikel.. So saya akan cuba buat entri berkenaan soalan-soalan yang selalu dan pastinya akan ditanya oleh setiap customer.. Selepas nie saya akan buat entri cara memakan EKF. Bukan main makan je tau. Bergantung kepada permasalahan anda juga.. Ok baca dulu full artikel di bawah & saya dah bold info yang selalu ditanya oleh customer ye...

***********************************************************************************



As salam mu alaikum doctor,
Untuk pengetahuan doktor sebelum ini kitaran haid saya normal. Selepas kelahiran anak pertama saya mengamalkan makjun untuk mencegah kehamilan dan merancang keluarga. Pada bulan Julai yang lepas saya tidak lagi mengambil makjun kerana merancang untuk hamil semula. Pada bulan Ogos saya tidak mengalami haid dan pemeriksaan doctor mengesahkan saya tidak hamil, saya diberikan ubat turun haid. Pada pertengahan September, haid saya turun setelah memakan ubat itu.

Sebulan lepas itu pada 30/10 haid saya datang walaupun agak lewat. Selepas habis haid saya amalkan EKF dan haid saya pada bulan December masih belum datang. Sudah lewat 2 minggu.

Saya juga mengalami keputihan, rasa sakit pinggang dan sakit badan. Perut saya terasa buncit dan keras. Pemeriksaan UPT pada hari ke-5 miss period adalah  negative. Hari ini hari ke 12 dan saya tidak melakukan pemeriksaan  UPT kerana takut kecewa.

Adakah perut buncit dan keras itu disebabkan penyakit lain? Boleh doctor jelaskan selain kehamilan ade sebab penyakit lain yang menyebabkan perut saya menjadi keras dan buncit?
Terima kasih.

Wa alaikum mus salam.

Saya percaya puan mengalami masalah ketidakseimbangan hormone sehingga menyebabkan puan mengalami gangguan kitaran haid.

Gangguan kitaran haid ini disebabkan oleh puan baru saja melahirkan anak. Ini diburukkan apabila puan mengamalkan makjun untuk mencegah kehamilan. Pengambilan “ubat turun haid” juga menambahkan masalah kitaran haid puan.

Seperti kebiasaan apabila tidak lagi mengamalkan ubat itu, kitaran haid puan akan menjadi tidak normal semula kerana ubat itu mempunyai hormone.

Cara terbaik ialah puan melakukan pemeriksaan hormone di mana-mana klinik kesuburan.

Bagi wanita yang tidak bersedia untuk melakukan pemeriksaan hormone, pengambilan suplemen herba Ekstrak Kacip Fatimah dapat membantu puan mengembalikan kitaran haid yang normal.

Oleh kerana ia bersifat suplemen, bukan ubat maka kesan positifnya perlahan dan mengambil masa.

Di samping itu bagi sesetengah wanita, tanda proses kesembuhan bermula apabila beliau mengalami tanda-tanda seperti keputihan yang banyak dan keluar darah hitam untuk beberapa waktu.

Rasa sakit pinggang dan sakit pada ari-ari juga menandakan kesan positif EKF “membersihkan” rahim.

Untuk masalah perut yang keras dan buncit, selain pemeriksaan hormone saya mencadangkan puan melakukan pemeriksaan ultrasound untuk melihat imej kelenjar ovary puan.

Namun saya menasihatkan puan tidak mengambil apa-apa ubat hormone yang mungkin menjejaskan semula kitaran haid dan kesburan puan.

Teruskan pengambilan EKF. Banyakkan berdoa di dampingkan kekalkan pengambilan air yang mencukupi.

Wallahu a’lam.

Info dari Nota Fan Page EKF 



Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI


Berminat untuk mencuba Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM? 
Contact ILA-0173201998 (msg/wasap/call)




Wednesday, January 22, 2014

Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) : Testimoni Dari Seorang Isteri & Ibu


Salam kengkawan
Haha..sorilah ye blog nie akan dipenuhi dengan pelbagai testimoni Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM. Kalau ramai sekarang yang pilih medium FB. Saya gunakan both tapi  saya lebih prefer blog sebab saya suka membebel. muahaha.. Kat FB tue sikit2 je bolehlah.. lagipun kat blog lebih banyak kita boleh bincangkan & saya suka link macam2 untuk mereka yang nak cari lebih info. Cuma klik je kat mana-mana perkataan yang ada garisan & color lain dari tulisan lain.. For sure adalah info terdahulu atau website yang berkaitan.


Sori ye semua reader..semua testimoni nie memang saya takkan reavel siapa orangnya. Tapi semua testimoni saya adalah customer saya.. Takkan korang tak kenal gambar tue saya & arief..hihi. Takmo amik testimoni orang lain..Tak syok..

Ok berbalik ke[pada customer saya..Masa beli EKF customer nie langsung tak bagitau apa masalahnya.Kebanyakan customer bagitau saya dulu. Tapi saya tak kisahla.. nak bagitau boleh tak mo bagitau pun boleh.. Saya COD macam tue je kat customer nie..Saya cuma bagitau cara makan je.. Satu kapsul untuk masalah keletihan dan 2 kapsul kalau ada masalah kewanitaan. Makan dulu satu kapsul maybe untuk seminggu untuk elakkan badan terkejut.. Minum banyak air. Masa period&Pregnant tak boleh makan. Itu sahaja.. 

Kami dah jadi geng dalam FB. Lepas beberapa minggu saya tanyalah perkembangan kat FB. Saya pun cakap berkias. "Ok tak?.. Yang beli dengan ila ?"  Ada setengah orang memang tak nak sesiapa tahu diorang makan supplement apa.. Dan jawapan beliau memang buat saya happy bangat!! Korang baca kat atas tue ye.. I AM ENERGETIC & HEALTHIER!



Pastu sambung kat pm (private massage) pulak.. Alhamdulilah.. Selain mengurangkan keletihan membantu beliau jugak dari masalah kewanitaan yang lain.. Kalau kawan-kawan tengok perkataan yang saya delete tue..sebabnya itu adalah masalah "rahsia perempuan". To make it short pada saya masalahnya mungkin lendir yang berlebihan. Itu je saya boleh cakap.  Dia kongsi dengan saya komen suami dia sejak amalkan EKF. Alhamdulilah semoga makin sihat ek..

Kenapa saya delete pm tersebut? Blog saya nie blog parenting.. Nanti Amana akan baca. Saya tak mo Amana baca & tanya saya benda2 pelik.. Nanti bila dia besar dia pahamlah tapi bukan masa sekarang yang dia masih bertatih membaca..bertatih nak hidup ..Dan sebenarnya sampai sekarang saya tak paham kenapa kalau jual supplement atau ubat2 yang berkaitan dengan masalah kewanitaan/kelakian mesti nak buat iklan lucah/separa lucah. Tak malu ke? Seriously saya takkan beli produk yang macam tue..disebabkan iklan itu.. bukan produk itself..Bila baca iklan2 kat FB rasa malu nak baca . Yang post iklan2 tue tak rasa malu ke? Saya malu .. Kalau saya yang post iklan-iklan macam tue .. pasti yg akan membaca tue ada kawan2 atau sedara-mara ..malu memikirkan pandangan orang pada kita..dahle kita ne pegang status mak & isteri..nanti tempiasnya kena pada suami & anak-anak kita..  Kalau ye pun cukupla sekadar tulis  "memperbaiki hubungan suami/isteri" nak je type apa yang saya baca kat FB tue tapi nanti dah sama pulak dengan si pengedar iklan tue.. dengan gambar-gambar separa lucah&sepenuhnya lucah.. Haiyaaa...Malu i tengok tau..

Kalau betul orang berminat dengan supplement awak; customer  akan pm & cakap sendiri apa masalahnya.. So bincangla secara verbal & kongsilah berdua antara pengedar & customer. Tak yahla letak gambar lucah..perkataan lucah..malulah..kita bertanggungjawab atas apa yang kita tulis& gambar yang kita post.. esok2 anak-anak pulak baca apa yang awak type tue..malu tak?  Ok itu pandangan saya ye.. Tak payah nak hentam saya pulak.. Saya tau saya kolot.. Sekian, terima kasih

Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
 Kalau berminat untuk mencuba Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM:
ILA-0173201998 (msg/wasap/call)



Thursday, January 16, 2014

Ekstrak Kacip Fatimah: Testimoni Customer Saya

Alhamdulilah stok EKF saya hampir habis dan insya Allah akan restok tak lama lagi. Saya ambil stok  hujung bulan November. Tapi bulan 12 tak dapat nak promote sangat sebab busy jaga 3 anak.. muahaha memang tak kemana-mana sebab celik mata sampai tutup mata menguruskan rumahtangga. Bukan mudah nak berbusiness sambil jaga anak. Tabik betul kat WAHM sekalian. Tapi start bulan satu nie insya allah boleh laju sikit promote sebab anak-anak semua dah sekolah dan hantar ke taska.. Laju saya tue kat mana? Depan lappy je haha.. takkan saya nak kendong Khairy jual dari rumah ke rumah.. Agak-agaklah.. Melalak khairy tak tahan panas..  Lagipun ini untuk income sampingan  di samping berkongsi produk yang baik, selamat dan halal dengan semua. Saya dah guna so berani cakap.. Diri sendiri tak amalkan then jual kat orang..mana bolehkan? Tak jujur namanya.. lagi-lagi produk yang berkaitan dengan kesihatan dalaman.. kalau bukan disyorkan doktor (drzubaidi.com) i pun seram uolls...

Ok meh kita kongsi testimoni customer saya..Ini customer saya ye ..Bukan curik testimoni orang lain.. Background tue saya letak gambar EKF yang saya sendiri ambil & edit.. Dah letak watermark ye.. Kat tengah-tengah seperti yang dicadangkan seorang reader semalam.. katanya jangan letak watermark kat hujung kak..orang boleh je croup gambar akak..letak tengah2.. betul jugak cadangan tue..guddd idea.. mekacih ye..


Miss Y ne customer saya. Sanggup datang umah malam-malam semata-mata nak beli EKF. Datang dengan suami pulak tue. Saya ada cerita tentang customer nie sebelum nie kat sini. Baguskan bila  suami  turut merasai masalah isteri. Sama-sama bantu isteri untuk pulihkan kesihatan isteri. Jangan buat tak tau je ye dengan masalah kesihatan isteri. Kalau isteri tak sihat ceria ke rumahtangga? Mood isteri pun asik ke laut sebab risaukan masalah dalaman dia.. Ambillah tahu sikit..Hulurlah bantuan kewangan dan emosi bla isteri mengadu.Pada  sapa lagi isteri nak mengadu kalau bukan suami. Takkan dah kawin nak mengadu kat mak.Pastu ibu mertua pulak susah payah carik ubat untuk isteri awak. Baik isteri awak pegang title anak je tak payah pegang title isteri .. Ok sori emo.. emo kalau ada suami yang amik mudah nie.. 

Ok berbalik kepada citer Miss Y.. Masalah beliau adalah period yang berpanjangan dan rasanya datang lebih dari sekali dalam sebulan.. Kalau asik period je mestilah tak selesa.. Alhamdulilah ada perubahan walau baru 3 hari makan.. Macam saya dulu 2 hari makan EKF  pun dah ada perubahan dari segi mengurangkan keletihan..  bacalah msg yang saya tepek tue ye.. Itu baru baca msg ye..belum lagi uools dengar suara dia yang happy bila call saya.. saya yang dengar pun suka sangat.. Sebab dapat berkongsi produk yang membantu orang.. Ok.. ok... masalah period biasa sangat masalah tue ye..bukan besar sangat pun masalah period banyak nie.. cuba awak pulak rasa kalau sebulan bergelumang dengan darah? Selesa ke? Boleh bayang? 


Ini pula customer saya Miss L. Miss L nie pulak masalah dia period dia jadi sedikit dan hanya 3 hari..Haii jadi perempuan macam nielah ..banyak sangat period susah hati.sikit pun susah..yela..mestilah nak kitaran yang normal barulah itu tandanya sihat..betul tak akak-akak semua? Alhamdulilah sejak makan EKF period dan banyak seperti normal semula.. cuma bilangan hari masih dalam proses untuk dipulihkan. Tak sampai sebotol lagi Miss L nie makan EKF.. 

Saya cadangkan kalau ada yang nak makan EKF nie mulakan dengan makan satu biji.  EKF nie perubatan herba .manalah tahu badan terkejut pulak .. makan satu-satu biji.. at least selama seminggu ke.. mmm.. tapi saya hari ke 3 dah up ke 2 biji kapsul..hihi..Paling penting minum banyak air..

Sedikit perkongsian dari blog Dr Zubaidi.. berkenaan berapa lama tempoh sesorang wanita perlu mencuba keberkesanan sesuatu supplement.. Kalau 3 bulan kawan2 dah try makan dan tiada perubahan.. so berenti je makan..ia membazir wang sahaja.. kalau kawan-kawan makan EKF nie dan 3 bulan pun tiada perubahan ..okla jangan makan lagi.. Saya ambil sedikit petikan dari blog Dr Zubaidi tue ek..
Jika puan telah berumur 30an, jangan membuang masa dengan mencuba pelbagai produk supplemen terutama yang dijual tanpa nasihat yang betul. Mereka yang menjual produk suplemen ada kalanya tidak memahami fisiologi kitaran haid pada seorang wanita dan memberikan janji manis untuk melariskan produk. Saya nasihatkan puan melakukan pemeriksaan doctor jika puan telah mencuba produk-produk itu untuk 3 bulan kerana dikhuatiri puan mengalami masalah yang lebih kompleks. Entri penuh di link ini
 
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
 Kalau berminat untuk mencuba Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM:
ILA-0173201998 (msg/wasap/call)



Friday, December 27, 2013

KACIP FATIMAH MENGUATKAN FARAJ SELEPAS MELAHIRKAN ANAK



pada 3hb Mac 2013 pukul 11.04 ptg
"Salam dr..saya baru melahirkan anak pertama...skunk ni saya dah 50 hari...saya nak tanya...saya punya faraj ni macam ada benda terkeluar...saya dah jumpa dr pakar...dr kata itu otot yg pegang rahim...dia suruh saya kemut...tapi dr saya rasa agak takut kos bila saya berdiri saya rasa macam nak jatuh je benda tu..lagipun lubang tu macam besar jek...macamana nak jadikan seperti dulu..ada cara ke dr?otot tu masih berada di pintu lubang tu.. macamana ye dr.."


Dr Zubaidi Hj Ahmad :  Wa alaikum mus salam.

    Apa yang mungkin berlaku ialah jahitan pada faraj selepas melahirkan anak tidak kemas sehingga menyebabkan permukaan dalam agak terjuih (terkeluar dari kedudukan asal).

    Cara terbaikl ialah dengan melakukan senaman kemutan. Selain itu saya mencadangkan puan mengamalkan Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) selama dua bulan.

Sumber :  KACIP FATIMAH MENGUATKAN FARAJ SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

Saturday, November 30, 2013

Ekstrak Kacip Fatimah (EKF - UTM) Review




Seperti yang dijanjikan di entry supplement-supplement saya, yang saya janji untuk review produk EKF nie kalau saya gunakan bagus. kalau tak bagus nak diam-diam je haha.. Boleh pulak gitu ye? Kalau dah buat entry nie apa maksudnya? Ye pandaiiii maksudnya berkesan untuk saya.. Tapi sebelum baca entry nie baca dulu entry supplement-supplement saya tue baru paham kenapa saya carik supplement tambahan. sedangkan sebelum nie masa bersalin amana & arief rilekkkkkkkkk je tak makan supplement kecuali jamu mak bidan.itupun masa pantang je.lepas pantang yang adoooooooo haha..langsung tak makan.. perasan kuatla katakan...

Lorrr malas nak klik entry sebelum nie? yelah yelah to make it short saya carik supplement tambahan sebab selepas lahir khairy; anak ke 3 nie saya rasa tenaga saya cepat sangat habis..buat keja sikit eh banyak laaaaaa (i rajin tau) selalunya tengahari je saya dah mula rasa nak pitam-pitam & berpusing2.. penah bawak keta dari kajang ke bangi je..alahai dekat gile. itupun pegi saya bawak & time balik adik saya pulak drive. sampai umah berpusing nak pitam.. hurmmm... bahaya ne kang pitam caner khairy yang masih bayi ne..takkan dia nak bangun buat susu sendiri and tukar lampin sendiri.. amana & arief budak lagi bukan boleh tolong sangat.. so saya kenalah carik alternative. lagipun saya tengok kawan-kawan saya bersalin anak sulung  je dah rajin makan supplement tapi i jugakkkkkkkk yang berlagak kuat sedangkan i lah yang paling lembek &asik nak pitam huwaaaa.

anak-anak saya yang sebelum nie lahir normal tapi bersalinkan khairy saya melalui proses pembedahan dan for me pembedahan tue mengambil masa yang panjang untuk sembuh ditambah dengan saya yang ada sakit tulang belakang nie ha.. proses pembedahan yang patutnya kejap je jadi lama sebab nak bius separuh badan tak jumpa rongga nak masuk ubat bius tue.. . lebih-lebih lagi ketika pantang kali ini saya tak menjaga pantang seperti sebelum ini akibat keadaan khairy. sudahla bersalin ceser..time pantang tak macam orang pantang.. lepas dua minggu en papa takde ..saya jaga anak sorang2 time malam..khairy melalak non stop dari kul 11mlm - 6pagi..ulang alik hospital untuk treatment khairy lagi.. bukan mengeluh ye..khairy anak saya..saya sanggup apa sahaja asal dia selamat..nantila kalau ada kekuatan and semuanya dah selamat,  insya allah saya akan kongsi keadaan sebenar khairy. mmm..gambar khairy pun takde yang clearkan? memang saya lum sedia nak share..nanti ye kawan2.. bila semua selamat saya share gambar khairy dari lahir sampai sekarang khairy nak masuk 5 bulan dah pun..

opsss panjang pulak intro tapi kiranya serba sedikit dah pahamkan kenapa saya carik supplement tambahan? 1) cepat penat 2) proses bersalin ceser tapi tak dapat jaga pantang due to my baby condition ada lagi tapi nantilah saya buat entry lain..panjang lebar sangat pulak nak story..




 ok now dah paham kenapa saya cepat penat. kurang sel darah merah ek?

sekarang ne dah nak habis sebotol saya makan.. alhamdulilah..sebenarnya saya dah rasa perubahan lepas 3/4 hari makan.. cepat jugak kesannya ek?saya sangat puas hati sebab tenaga tue rasa bertambahla sekali ganda. kalau sebelum ne tengahari je saya dah rasa penat gile. dah penat mulalah nak jadi mak lampir kat anak-anak. tapi lepas makan EKF nie kalau nak rasa penat pun bila nak magrib baru terasa penat. itupun masih ada sisa2 tenaga lagi. khairy pulak tak mo sangat dengan en papa walau lepas en papa dah balik keja. dia tetap nak saya yang layan dia. kalau kat tangan en papa melalak jelah kejanya. kalau anak-anak sebelum nie ok je.maybe sebab khairy nie dari celik mata sampai tido si khairy;  saya lah yang uruskan dia so dia tak molah kat en papa.. syokla awak ye en papa. memang rehat habis-habisan sejak saya cuti separuh gaji nekan? :p :p tapiiiiiiiiiiiii janganlah ingat saya ne bertenaga macam superman pulak. saya pun tau penat jugak.tapi lambat sikit lah nak rasa penat berbanding dulu.kalau dulu jadi mak lampir sekarang dah turun jawatan jadi pocong je hihi.. bila penat mesti asik marah anak-anakkan? tak molah gitu.. jadi bila kurang penat kuranglah marah anak-anak. pastu banyak tenaga  boleh layan anak-anak macam-macam.. kalau tidak asal penat je nak dok diam2 jangan sapa2 berani dekat kang ada je yang kena marah nanti haha..oh amana dah hafal niat sembahyang subuh, zohor,magrib tau? hikmah cuti tanpa gaji..

pastu saya ada jugak masalah kewanitaan (ecehceh skema pulak tetiba) malulah nak cakap sebab ada reader lelaki jugak..macam i tak tau..muahaha..mekacih ye baca tapi ne entry untuk perempuan je..haha.. takpe baca utk pengetahuan bersama..so sebab segan saya tak mo citer to detail.. masalah tenaga cepat habis dah ada perubahan. alhamdulilah.. tapi yg masalah kewanitaan tue tak pulak setel. hai manusia memang tak penyabor..baru makan kurang seminggu je masa tue; dah nak baik cepat..haha..masa tue baru makan satu kapsul je sehari. dah tulis kat botol makan satu kapsul je sehari.. tak beranilah makan lebih-lebih kang jadi lain pulak.. tetiba tergerak hati nak tanya kakak yang jual tue.. kalau makan ekf nie  lebih satu kapsul sehari boleh ke kak?  apa jawapan dia "ye dik kalau ada masalah kewanitaan disyorkan makan 2 kapsul sehari. satu pagi & satu lagi untuk petang/malam" GRRRR apasalah tak cakap awal-awal... nantilah sambung entry yang masalah kewanitaan tue.. kalau i tak seganlah... lagipun ayat kena pikir betul-betul kang sampaikan lain tapi maksud jadi lain pulak kihkih.. okla ..penat nak menaip . lagipun nak subuh nie. tadi terjaga menyusukan khairy. bye

p/s: saya search uncle google; memang tak ada sesiapa lagi yang buat entry review untuk EKF-UTM nie.so kalau sesiapa nak amik entry nie sila tanya i dulu ek & credit to my blog. mekasih daun keladi.

p/s/s: saya makan EKF nie dengan habbatusauda juga. habatussauda makanan sunnah so saya takkan berenti makan. saya pun ada buat review untuk habatusauda. boleh klik sini. susah jugak nak beli habatusauda nie kat kedai2. asik habis stok je. ada sekali carik kat pkns bangi ..kebanyakan stall & kedai cakap habis stok. oh saya makan yang jenis habbatussauda minsyam. 


  Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
 Kalau berminat untuk mencuba Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM:
ILA-0173201998 (msg/wasap/call)