ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, April 28, 2022

Berehat di Majlis Ilmu


Saya tak ingat sejak bila saya berkeinginan nak selalu hadir majlis ilmu.

Saya rasa turning point hidup saya lepas khairy lahir.
Sebab sy diuji mcm2 masa tue.
Tapi sebelum tue pun saya dah suka tengok kat tv bila ada habib Ali Zeanal.
Saya mesti duduk depan tv mengadap kuliah Habib Ali.

Lepas khairy lahir..
Sy memang duduk rumah..
Selalu sy mengomel dgn khairy yg baby di tepi sambil tgok habib ali di tv.
"Nanti one sweet day kita akan hadir majlis mcm nie.kita akan tengok habib ali live depan mata kita!"

Alhamdulillah
Selepas beberapa tahun khairy lahir..
Suami pula berubah..
Masa khairy lahir tue dah berubah..tapi slow motion.
Nampak sgt struggle suami nak kembali pd fitrah
Sy tak tegur langsung apa yg suami buat
Tapi sy doakan suami siang malam
Semoga dia diberi kekuatan untuk lawan yg batil dlm diri sendiri.

Alhamdulillah 
Usia 40 suami dah pecut berubah selepas pulang umrah.
Dan sy tak mampu nak follow dah..haha
Sebab suami nie daya ingatannya kuat dan dia jenis detail..
Sy nie jenis main2 agaknya
Sy selesa buat yg sy suka dan pelan2 baru pandai..ala senang citer sy nie lambat menghafal haha..
And sekarang sy ikut je mana2 kuliah yg suami hadir.

Antara perkara paling happy adalah bila suami bawa saya kuliah live habib ali Zeanal.
Bukan sekali tapi setiap Jumaat!
Dan semuanya terhenti bila kubido!

Sebelum kubido tue sy sgt puas hati sebab suami tunaikan impian sy nak pergi semua majlis ilmu asatizah yg saya minat. 
Dan paling sy happy adalah dpt duduk satu majlis ilmu dengan USTAZ ADI HIDAYAT DARI INDONESIA.

Alhamdulillah sekarang kami nak duduk lepak lama2 sampai tengah malam utk majlis ilmu pun tiada apa nak dirisaukan..
Takde risau esok lambat pg kerja..baju opis tak gosok..baju anak g nery tak siap bla bla bla

Now masa dlm gengaman kami
Duit?yelah dah tak kerja kan?
Dua-dua pulak tak kerja haha..
Tapi kami yakin rezeki tue hak Allah
Kami bertawakal utk hidup di jalan Allah.

Smlm rasanya majlis ilmu nie plus suami sembang2 dgn ustaz hampir 12 mlm kot
Tapi dulu kami pergi kuliah Habib Ali pun sampai rumah kami around 1 pagi juga.
Tapi dulu kami nak berlama2 di majlis ilmu kena pilih hari tak kerja tapi sekarang tidak lagi.
Hari2 boleh lepak dan berehat dlm majlis ilmu.
Best!

Sy doakan kawan2 yg teringin lalui bahagia duduk dlm majlis ilmu pun diberi kesempatan sebelum dipangil Allah.
Doa saja sentiasa..
Allah faham keinginan hamba2NYA..

Sunday, April 10, 2022

Thermal Printer Best







Thermal Printer Portable Comel Easy Peasy 😀

Benda pertama yang saya mintak suami carikan untuk business online nie qdalah thermal printer. 9tqhun lepas sayq meniaga hanya dengan menulis consignment note. nak kurangkan penat menulis saya beli cop dan hanya perlu tulis nama customer sahaja.

Tapi sekarang dah canggih. Semua print je. Kalau takde thermal printer boleh print kat J&T, poslaju etc etc cuma kalau kita memang fokus online tak practical nak print awb di tempat kurier. Rugi masa beratur lama-lama.

Thermal printer nie suami yg carikan baca review etc etc. Sy tau guna je hahaha..benda-benda mcm nie memang saya pening nak fikir. So ini tugas suami dan saya puas hati sebab sangat mudah nak gunakannya. 


https://shopee.com.my/product/402492715/12122013529?smtt=0.122395164-1649346423.3

korang kena install apps Print Lable nie ye.. baru boleh beroperasi thermal printer nie dengan jayanya


Saturday, April 9, 2022

Peringatan Allah di dalam Al Quran

Salam Jumaat semua..

Fahamkan baik2..
Al Quran adalah panduan untuk keselamatan kita.
Sejak kita kecil inilah kalam yg kita baca.
Masihkah tidak mahu percaya kata-kata Allah di dalamnya?

Allah yang cipta kita.
Dia tahu kelemahan kita.
Kerana itu dicipta yg halal, haram, syubhah.
Bukan hanya utk melihat tahap keimanan hamba2NYA yg mana satu akan  berpegang kukuh atas perintahNYA
Tetapi juga kerana kasih sayangNYA sebagai Pencipta kita.
Allah  lebih tahu apa yg memudaratkan kita.
Jadi pegang betul-betul halal haram syubhah ini.

Dan jangan lupa musuh-musuh Islam menunggu masa untuk menghancurkan kita
Tak dapat cara kasar dibuat cara halus sampai kita terima.
Kuatkan iktikad masing-masing.
Kita tak alim mana tapi bab iktikad nie pastikan kukuh.
Kerana itulah yg akan menyelamatkan kita.

Dipermulaan kita nampak bodoh menolak segala ciptaan "mereka".
Tetapi masihkah kita yang menolak ini kelihatan bodoh sekarang?
Penipuan tak akan kekal lama.
Kebenaran akan timbul sendiri.

Salam Jumaat semua.
Semoga kita semua dilindungi Allah sampai masa dipanggil nanti

SAMPAIKAN LAH WALAU SATU AYAT


Arief dan Madrasah Baru


Pandai juga ustaz Fendi memanah.
Cuma bukan pemanah dunia mcm ustaz lama Arief..

Sebab discriminate yg berlaku nie mama terpaksa pisahkan Arief dari madrasah lama.
Kadang2 Arief menyebut juga madrasah lama dia..

Alhamdulillah bila saya dan husbd pun dah duduk sekitar sini
Boleh selalu tengok Arief..
Takla Arief rasa sedih sangat..

Ustaz lama di madrasah Arief awal2 dah bagitau..tiada halangan itk arief terus di madrasah lama tapi sy lebih selesa anak2 berada berhampirqn sy dlm keadaan discriminate yg tak menentu ini.

Arief bersama kawan-kawan baru berlatih memanah

Tuesday, April 5, 2022

KEMANISAN HIJRAH



Budak madrasah tengah makan..
Seronok sangat duduk dlm suasana mcm nie..
Tak sangka diusia mcm nie Allah beri nikmat duduk dikalangan org yang berada dalam jalan agama..

Usia saya dah 42 
Usia Baginda Rasullulah wafat sekitar 63
Nak kena kejar balik usia yg selama ini dah dihabiskan untuk urusan dunia sebelum dipanggil kembali oleh Allah.

Bila dah benar2 duduk dijalan ini..
Walaupun tak pernah terfikir jadi begini..
Teringat kesungguhqn suami dahulu ketikq ingin "membetulkan" dirinya dan keluarga kami..
Tiap2 Jumaat balik dari pejabat di Bangsar..
Suami pecut balik ke rumah di kajang.
Saya yg ketika itu wfh akan siapkan anak2 dan bekalan makanan.
Lepas magrib terus bergerak ke masjid di setiawangsa utk dengar kuliah Habib Ali Zenal.
Anak2 pun happy sangat bila tau kami nak pergi kuliah Habib Ali Zeanal. 

Penat?
Ya penat..lebih2 lagi suami..
Dari Bangsar balik ke Kajang
Pecut ke Setiawangsa
Balik ke Kajang semula.
Biasanya selesai kuliah dan kami sampai ke rumah hampir 1 pagi.
Anak2 terlentok2 di seat belakang.

Bila kenang hari ini..
Telah berada dan duduk terus di kalangan org agama..
Syukur sangat2 kami sekeluarga berusaha "melawan" nafsu sendiri untuk berdikit2 dekat dengqn agama..
Terasa usaha yg sgt  sedikit itu pun "diraikan" Allah.

Malu pd Allah
Dosa banyak
Amal sedikit.
Tapi kurniaan dan kasih sayang Allah sangatlah melimpah ruah😭

Monday, April 4, 2022

MasyiMee Tanpa Asid Borik Yang Merbahaya

 

Masih ramai yang belum tahu tentang bahaya asid borik yang terdapat di dalam mee. Terdapat fakta daripada Dr Zubaidi tentang asid borik.
.
Asid borik digunakan sebagai pengawet di dalam sesetengah makanan. Fungsinya untuk menjadikan makanan tahan lebih lama. Selain itu, Asid borik juga memberikan tekstur yang kenyal pada makanan tersebut.
.
Terdapat kajian yang dilakukan oleh University Putra Malaysia, terdapat asid borik ditemui dalam sampel makanan seperti mee kuning, bebola ikan, kuey teaw dan mee wantan dengan kepekatan kandungan yang berbeza. Penggunaan asid borik dalam makanan adalah melanggar Sub seksyen 13 (1) Akta Makanan 1983.
.
Antara kesan dan mudarat yang berpunca daripada asid borik adalah, loya, muntah-muntah, cirit-birit, dermatitis dan fungsi buah pinggang yang tidak normal.
Sebab itulah MasyiMee dicipta. Untuk memberi alternatif yang lebih sihat dan selamat untuk semua lapisan umur.
Masyimee adalah Mee tanpa pengawet, tanpa asid borik dan tanpa peluntur, tanpa sebarang pewarna sintetik di dalam mi. Di sertakan sekali dengan perencah tanpa MSG yang sedap. Walaupun tanpa asid borik, rasa mee tetap kenyal dan lazat.
.
RM12 sekotak yang ada 3 pek Masyimee.
Nak order terus dan di pos ke rumah anda klik link ini






Kekuatan Hijrah Kami


Hari ini Allah izinkan solat subuh berjemaah dengan anak madrasah.
Serius inilah kekuatan jiwa saya buat masa ini.
Melihat anak madrasah buat saya rasa seronok.
Lebih2 lagi rasa seronok bila anak2 saya yang kecil iaitu khairy dan Adam pun seolah-olah sebahagian anak2 madrasah ini.
Mereka solat bersama, zikir bersama malah bermain bersama.

Adam nampak mamai bila abang madrasah nak mula sembahyang.
Sy izinkan Adam tidur tapi Adam terus ke depan dan berbaris solat bersama khairy dan abang2 madrasah yg lain.
Lepas selesai solat subuh berjemaah Adam & Khairy terus datang kepada saya di tempat saf wanita.
Ambil bantal, mintak cium2 dan teru terlelap sampai pagi dengan halwa telinga mendengar zikir abang2 madrasah.
Nyenyak sungguh budak berdua nie tido sampai ke jam 8 pagi.

Suasana mcm nie dah lama saya impikan
Tak tau berapa lama saya berpeluang rasa begini.
Hidup ini singkat dan peluang begini juga tak datang selalu...

Assalamualaikum

Adam & Papa

Budak paling mengada2
Bapak dia suruh mengaji dia bantai melalak.
Bisik2 kat mak "mama.. Adam ngaji dengan mamalah.. Papa tue Tiger" 🤣🤣🤣

Maknya sejak2 bapaknya dah hijrah nie suka bagi bapaknya uruskan semuanya..
Ini masanya.mak nak relek-relek😁
"Ala adam ngaji dgn papa. Mama tak pandai sangat. Ngaji dengan papa ye.." 

Dengan air mata menitik mengadap bapaknya..
Tapi alhamdulillah ok je Adam baca..
Tak kena marah pun..
Rasanya Adam scam bapaknya.
Dia bagi page yg dia dah hafal 🤣🤣🤣

KOKOADIK BLOGSHOP KATALOG WASUP.

WASSUP KATALOG

Ramai dah tanya..
Ila tak daftar shoppe or lazada ke?
Ada niat nak daftar tue..
Tengah godek-godek tapi dek busy dengan mcm2 aktiviti hijrah nie sampai sekarang belum dapat buat elok2..
Tak berani nak publish lagi😂

Btw takkan nak tunggu lengkap baru nak niaga kan?
Customer tak boleh tunggu..
Modal yang dah dikeluarkan pun perlu di kembangkan cepat2..
Projek tamak nak tambah stok mcm2 pulak tue 🤣

Btw dari awal2 nak niaga semula tue memang suka sangat kat wasup catalog.
Mula2 tau ada wasup catalog tue memang suka sebab simple je.
siap belikan amana phone baru untuk monitor sebab masa tue saya kerja lagi..
Btw sekarang saya dah guna kuasa veto saya amik balik hp business nie🤣

Cuba kawan-kawan  tengok screenshot catalog wasup nie.
Simple je kan?
Korang nak beli pun mudah.
Boleh buat pembahagian kategori.
Saya bahagikan kepada 3 kategori
1. SUPPLEMENT & HERBA
2. SUMBER MAKANAN SIHAT
3. SKINCARE & HYGINE

Kalau yang berminat nak tengok semua  produk yang saya jual :
Habatusauda, zaiton, lotion zaiton, kacip fatimah, tongkat ali, cendawan susu harimau utk batuk asma, krim kunyit untuk selsema, liposomal untuk lawan kubik, Gula tebu organik, Gula kelapa organik, garam sihat, masyi mee dll
Boleh klik link https://wa.me/c/601156896377 and terus ke katalog Kokoadik Blogshop



Btw sapa nak cadangkan website atau apa2 yg lebih mudah.. Now tengah godek2 PGall jugak..

Muka depan katalog wasup



boleh set ikut kategori



produk2 supplemet sunnah dan berasakan herba yg sy jual.semuabready stock

sumber  makanan sihat. 
Saya dah plan nak tambah beberapa produk makanan sihat lagi

skincare and hygine

Sunday, April 3, 2022

KENAPA TAK V PUN SIHAT DAN TIDAK POSITIF? GULA TEBU ORGANIK, GULA KELAPA ORGANIK DAN GARAM SIHAT

Ketika pejabat saya seolah-olah di serang zombie.
Satu demi satu kena covid
Dan sampai satu masa berpuluh-puluh orang di isytihar positif
Contact rapat sahaja memakan hampir separuh staf
Saya dan suami masih sihat dan bertahan dari diisytiharkan positif.

Ketika itu ada orang bertanya pada suami "u tak V pun U sihatkan?"

Marilah saya beri jawapan ilmiah sedikit:

1. Semuanya atas kehendak Allah. Jika Allah berkehendak pasti berlaku. Jika tak berkehendak tak akan berlaku. Kita nie hamba2NYA. Iktikad kena kukuh. Bukan Vyg melindungi kita tetapi hanya Allah melindungi kita.

2. Iktiar. Cakap bab iktiar. Iktiar kami bukan mcm kamu. Kamu kata iktiar kamu V. Ok silakan. Iktiar saya pula berbeza.

3. Iktiar saya adalah menjaga apa2 sahaja yg masuk dlm badan saya dan anak2. Saya tak mampu buat semua tapi saya tak akan tinggal semua. Saya akan pastikan sumber masakan halal, tidak syubhah dan sampai tahap saya lihat siapa penjualnya. Saya lebih gemar membeli dari orang yang saya kenal. Saya juga bukan jenis yang teruja dengan makanan viral terutama luar negara.

4. Saya kerap masak. Dari awal kwin lagi sebab suami saya memang jenis suka makan di rumah. Jadi saya boleh menjaga apa yg masuk dalam badan kami melalui urusan dapur. Walaupun anak ada jugak makan di luar dan  sesekali makan fast food. Tapi kekerapan makan di luar atau fast food tetap tidak dapat mengatasi kekerapan makan makanan yg dimasak oleh saya sebagai ibu mereka. 

5.  Saya akan buat perkara2 basic. Sejak saya faham kepentingan "real food". Maksud real food pun berbeza2. Jgn gaduh tentang maksud real food pulak dengan saya🤣.
Saya akan pastikan sumber masakan saya adalah dari bahan-bahan yg sihat. Tiada campuran kimia. 

6. Perhatikan bahan utama masakan kita di dapur. Garam dan gula kan? Mcm cerita Ahmad Albab. Masih amalkan gula putih ke? Tukar. Ganti yg lebih sihat gula tebu atau gula kelapa organik. Garam.. Mmmm.. Maaf ya saya tak suka garam yg dicampur-campur kimia. Sy akan carik garam "sihat". Bila kita cari pasti jumpa.

7. Selepas itu cari pula sumber-sumber sihat utk  bawang, ikan dan ayam. Yg suka buat kuih pula cari tepung organik.

8. Bila badan dah biasa dengan sumber makanan dan masakan yang "sihat". Pertahanan badan akan kuat. Insya allah. Makanan dari sumber yang sihat tak akan melemahkan imuniti. Malah menguatkan imuniti. Bila diserang jangkitan.. Imuniti yg kuat akan mampu bertahan dan melawan serangan. Kalau terkena jangkitan pun kesannya tidak seteruk mereka yg tidak menjaga sumber2 makanan mereka. Insya allah.

OLEH ITU HARAPNYA TERJAWABLAH PERSOALAN KESIHATAN KAMI. BERTUKARLAH KEPADA SUMBER-SUMBER MASAKAN YANG SIHAT DAN REAL FOOD TERUTAMA GARAM, Gula, BAWANG DAN SETERUSNYA. 

Dalam gambar nie hanya ada gambar gula kelapa organik dan garam sihat sahaja. Gula kelapa organik dah habis stok.  Saya baru order lagi dengan suppl

Botol tinggi - gula tebu organik RM12/kg
Botol rendah -gula kelapa organik RM20/500g atau RM35/kg

Garam sihat halus/kasar -rm10/kg

Free gift - sebotol garqm sihat
Amana cakap saya kena buka kedai runcit untuk makanan sihat. "Mama jual je semua makanan2 sihat yang mama masak untuk kitaorang.mesti laku" haha..

Baikla amana..mama mulakan dengan garam dan gula sihat. 
Sebelum nie pun sebenarnya saya dah beli 25kg gula tebu organik dan habis dibeli rakan2 yg memang ingin bertukar pd sumber masakan sihat.. 
Gula kelapa organik dah 30kg saya beli pun habis dijual.
Nampak gaya kena restok lebih banyak.
Nanti sy share lagi sumber-sumber masakan sihat ya..
Boleh wasup di https://wa.me/c/601156896377