ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, December 30, 2015

DocLab : Koleksi Testimoni

testimoni Doclab ini dari adik blogger dan juga online seller

testimoni DocLab nie pula dari  ex officemate dulu
 Testimoni DocLab nie nie dari member blogger dan comper 

Testimoni DocLab ini pula dari member satu sekolah

 
 Berminat?

Oh nak tahu detail apa itu DocLab?
(klik di link ini ya)

Wassup 017-3201998




Saturday, December 26, 2015

Kitchen Cabinet And Wardrobe by Intech Kitchen

  
 Assalamualaikum semua
Salam sabtu
Jom sementara ada masa dan waktu
saya nak share kontraktor kegemaran saya
(klink untuk ke website rasmi Intech Kitchen)

Kenapa saya kata kegemaran saya?
Sebab semua almari &kitchen kabinet sebelum nie pun by Intech Kitchen
Almari Besar saya di link ini
Kitchen Kabinet saya di link ini

Okey jom kita tengok hasil kerja terbaru Intech Kabinet di rumah saya


 Tall unit yang baru
Gunakan 3G
Nampak kemas
Kalau tak mata saya sakit je tengok barang2 kering bersepah


Sebelum ada tall unit
 Ha tengok sakit mata tak?
Kalau korang tengok tak sakit mata tak taulah
Mak saya datang rumah tempat nielah yang dia sibuk kemas haha


 nie almari amana
Amana yang pilih color macam nie
Saya tak akan pilih color gelap2 untuk perabot dalam rumah nie
Pengajaran masa kat rumah lama di puchong dulu
Pilih almari gelap dah macam gergaji tertonggok dalam bilik tidur :p
Kalau bilik besar tak pelah
ini bilik dahla kecik ..pilih warna gelap
membuatkan bilik jadi kecik dan sempit
So saya sepakat dengan Amana pilih warna putih nie

Corak macam nie ada warna biru lembut
macam warna jeans biru lembut
cantik jugak tau
sesuai untuk bilik anak lelaki

 
  Jeff (towkay Intech Kitchen) cakap almari saya tak boleh buat rapat ke dinding 
sebab ada besi tingkap tue
  
Terus saya mintak Jeff buatkan rak2 buku macam nie
So Amana bolehla letak buku atau anak2 patung dia kat situ
Kretif tak?


Keadaan bilik amana sebelum ada almari
Nampak tak besi tingkap tue..
Itulah yang Jef maksudkan

 
Jeff lukis
Total up untuk tall unit di dapur dan almari amana adalah RM4K(termasuk GST)
Saya ada juga quotation yg Jeff beri
tapi pada saya tak sesuai saya letak disini
cukuplah saya letak lukisan yang Jeff lukiskan untuk saya

Kenapa saya tak letak quotation yang Jeff beri?
Ada sesetengah customer yang kurang pertimbangan akan gunakan quotation orang lain utuk dapatkan harga murah. Dah  murah.. nak murah lagi sampaikan peniaga tak ada untung langsung. 
Walau saya tak meniaga mcm Jeff ..tapi saya dapat rasa apa yang Jeff rasa kalau quotation dia untuk customer A digunakan pula oleh customer B untuk tekan dia beri harga yang sangat2 murah. 

Peniaga nie pun manusia biasa
Ada masanya dia berikan harga murah gift etc etc sebab mungkin return customer, mungkin customer nie kenalkan ramai pelanggan etc etc.. so sebagai customer kali pertama janganla mintak macam2 . bertimbang rasala sikit ye... hari nie mungkin ada pembeli tapi esok lusa mana tau anda pulak peniaga.. tak pun anak cucu jadi peniaga.. so bertimbang rasala ketika menjadi pembeli kerana anda tak tau mungkin anda pulak akan jadi peniaga satu hari nanti..

Untuk pembeli pertama dah ada rakan blogger yang dah gunakan khidmat Jeff. Rasanya hampir 9-10K rakan blogger saya tue buat kabinet dgn Jeff Intech Kitchen nie. Nampaknya rakan blogger tue pun puas hati..
Boleh baca kat link ini pula

Kenapa saya beria2 promote Intech Kitchen?
Dia bayar advertotial ke? TAKLAA

Sebagai pengguna saya dah merasa deal dgn supplier yang menyakitkan hati dan memeningkan kepala! Dahla dah bayar full..service kalahkan budak2. Dah lambat lagi macam2 alasan. Maaf pun tak ada ..siap buat muka. Kalau service macam tue mintak maaf ..tak ada dah nak berurusniaga lagi.

Dengan Jeff nie dah masuk 2 kali
kali pertama 3 tahun sebelum nie
dan ini adalah kali kedua
Sevice tetap sama
Pandai ambil hati pelanggan
Ontime



Proses pemasangan almari amana 

 
 cermin tak lap dah sibuk amik gambar
staff Intech tue dah lap
tapi tangan saya nie ha yang dok usik2
satu lagi  yang saya suka atitute  Intech KItchen nie
Lepas install kabinet
diorang tak biarkan rumah kita bersepah2
diorang kemas and sapu balik


  Nie bahagian dalam

Saya buat 3G 
dari dulu teringin nak pasang 3G 
masa tue budget tak cukup
buatla melamin je
bahagian3G kemasan dipasang begini utk bahagian dalam
 adik Jeff kata kalau pasang gini
3G tue tak mudah pecah

 
 Jeff service semula kitchen lama saya
tukarkan benda atas nie
saya tak tau apa namanya
yang lama dah kotor & berkarat
so Jeff beri baru dan percuma :) :)
siap betulkan rak nie
 supaya bila tolak rak nie ia masuk sendiri dan tak berbunyi
tak taulah apa namanya
 
staf Intech tengah putihkan  balik melamin lama saya
warna putih
dah 3 tahun memang dah jadi color kelabu :P

nampak tak tempered glass kat dinding tue?
saya yang request supaya bila memasak
dinding dapur tak kotor
bila pasang tampered glass tue mudah nak lap & bersihkan
ada banyak pilihan warna tau
so bolehlah padankan dengan warna 3G kabinet
 
 kat ruang depan staff tue buat keja

 arief memang peramah
sibuk dia interview semua staff Intech

 HP JEFF : 012-6252528

Tips berurusan dengan Intech Kitchen:

1. ambil gambar warna kayu/3G/tempered glass  yang telah anda pilih untuk simpanan sendiri. sebab nanti Jeff akan confirmkan sekali lagi sebelum nak potong kayu/3G/tempered glass

2. Kalau anda teringin nak buat 3G tapi budget tak berapa nak ada
anda boleh mintak Jeff buat dua quotation berapa perbezaan kalau guna 3G dan melamin.kadang2 bezanya tak banyak mana pun

3. Boleh minta Jeff tulis apa yang Jeff nak beri sebagai gift di lukisan atau quotation supaya tak perlu inform pada staff dia. Takut lupa..saya lainlah sebab kilang Jeff dengan umah saya belakang umah je haha 


Kalau ada lagi nanti saya tambah
Selamat bershopping di Intech Kitchen!!





Friday, December 18, 2015

Jigar Cafe @Bangi Sentral

 assalamualaikum semua
dah lama tak ada entry makan-makan kan?
 mohla kita buat entry makan-makan
JIGAR CAFE
adik bongsu nie yang sibuk promote
"jom ngah nasi goreng dia portion besar,
 ayam ada
 udang ada
 sotong ada
.. fuhh puas hati...
paling best takde GST'
haha
okey jom


 saya suka cafe nie 
santai
nak je tanya mana dapat papan tulis sebesar satu dinding tue?
lawa gak letak kat umah nie

tak ada major renovation dalam restorant nie
bijak owner restaurant nie
so takla modal banyak keluar sangat
ada sesetengah restaurant beria2 renovate
tak sampai beberapa bulan
tutup
sedihkan?

 
 buku2 yang banyak
meja makan tue kan.. kalau korang boleh tengok sampai bawah
mesin jahit zaman dulu2 
amana yang amik gambar nie so dia amik ikut cara dia lah
ikut paras ketinggian dia dan pandangan mata dia 

tetiba teringat mesin jahit mak dulu
menyesal pulak buang
kalau tak mungkin ada yang nak beli 
sebab now konsep kembali ke zaman dolu2 :p

 simple tapi chill


 
 mana2 saya pergi mesti si bongsu nie mengekor
kenapa?
sebab dia duduk belakang rumah haha
yang saya pulak sedaya upaya kalau nak kemana2
mesti nak ikut timing adik bongsu free
dia pandai drive
akak dia pandai kuar duit belanja haha
so sesuai kan?

yang paling kelakar..ada sekali tue..pegi makan lunch
kat kedai lain
akak tue macam tau je
bil akak  tue selit kat pinggan saya
eh mana akak tue tau saya yang bayar?
haha

adik bongsu dgn selamba cakap
"walau tokey kedai selit bil  kat pingan adik, adik selit balik kat pinggan angah"
choiii sangat
 
 chicken cordon bleu : rm19.90
saya yang order tapi amana yang belasah makan
 
 mocha blanded  rm11
nie air amana

 
 salted caramel latte blended rm11
tapi order 2 gelas


 
 churros rm8
kegilaan zaman sekarang
pestime saya makan
comment?
nyumm sedap.. alaaa mcm auntie annela
ada yg cakap ala cekodok goreng.. tapi bila makan..senyap tak berbunyik jugakkan?
muahahah


 

wild mushroom soup rm13.80
beli dua sebab anak buah si aisha nak jugak 
sedap mushroom sup nie
saya rasa beberapa sudu
saya pun memang suka mushroom soup
arief sampai hirup terus
tak mo tinggal setitik pun haha
 
 
 budak nie tak reti dok diam
lagi2 kalau dia lawan mata tak mo tido
tahap melompat dah kalah gaban
penat tau mak dia membising


 oreo cheese cake
aikkkk dalam resit takde harga
haiyooo
nanti saya pergi lagi saya bagitau tokey tue
halal ye dik 
akak pun tak perasan korang tak kira

 semangat amana makan
asik cakap sedap
udah2la perli mama yang tak reti buat kek ya

  adik bongsu saya marah amana
"amana nie makan langsung tak offer mama, tak baik tau"
terus amana bagi kat mama dia
bila saya cakap "takpela"
laju2 masuk kek dalam mulut ehhhh? 


 apasal gambar nie macam nie
okla jugak closed up chorros
nanti ada rezeki korang datang sini ye
tak pun korang buatla sendiri 
tanya je pakcik goggle
korang rajin 
saya malas
kihkihkih 


 mesti tertanya mana khairy kan?
dia lena diulit intan kat dalam stroller tepi tue

saya suka bawak anak2 makan
makan benda2 mcm nie
yg saya tak reti masak 
nak rehat2 
nak relese tensen 
bila anak2 gembira rasa mcm2 makanan
rasa kepuasan
walau keletihan mulut nie asik membebel kat arief
yang tak reti dok diam
tapi saya nak anak2 saya biasa berada di  luar selain kawasan rumah
tapi kalau saya nak bawak anak2
selalunya saya akan pilih cafe yg tak ramai orang
kena pilih waktu
janganlah datang pack hours
supaya org tak tergangu dgn keletah anak2 saya
kecualilah kalau tempat tue memang jenis bising..ok jom tambah bising haha

amana pulak sekarang memang pemakan
semua benda dia makan
suka sangat tengok
nanti nak cuba zawara coffe pulak
nak cuba paramount coffe yang ustaz ebit lew promote tue

Allah bagi rezeki untuk anak-anak jugak
kalau saya asik simpan
tak jugak jadi berjuta
anak pun tak merasa
tengok2 sy mati dulu
pgla amanah raya duit simpanan tue haha

Ada bahagian  untuk parents
di situ keberkatannya
lebih baik kita memberi sementara mereka hidup
nak tunggu kaya
boleh bagitau bila anda2 akan kaya?
dah kaya pun sentiasa rasa tak kaya
kalau segan nak memberi sebab sikit
masuklah senyap2 ke akaun parents
terharu bila kawan saya share dgn saya
dia masukkan duit pada parents dia senyap2
maybe dia rasa segan sebab sikit dia beri
so dia tak inform pun makabah dia
baikkan kawan saya nie?
semoga allah merahmati dan beri kemudahan pada kehidupan dia...

anak yg ikhlas.. allah pandang yg sikit itu banyak
saya doakan kawan saya tue dimurahkan rezeki kembali
dugaan kewangan insya allah akan berlalu
antara lambat atau cepat sahaja

ada bahagian juga untuk org islam yang lain
memberi ikut kemampuan
jangan tak beri langsung
sebab nanti di akhirat nanti ditanya apa sumbangan kita sesama islam
insya allah kita tak miskin dgn menghulur
kita akan rasa sentiasa cukup

**********************************************

JOMLA KE JIGGAR CAFFE
TAKADA GST!!
SUKEEEEEE

JOM
JIGAR CAFE
1-51-1
JALAN MEDAN PUSAT BANDAR 7A
BANGI SENTRAL
013-3685570






Tuesday, December 15, 2015

Work From Home (WFH)


 Assalamualaikum semua
Rasa rindu kat blog sendiri
macam lama je tak hapdate
mehla story sikit2 ye

Apa maksud work from home?
Pejabat saya ada program "work from home"
Program nie ..bekerja dari rumah..means set up workstation di rumah. buat keja opis dari rumah.. 
 sebelum saya cofirm terpilih.. HR dah datang rumah nak tengok bilik saya nak letak peralatan pejabat

Alhamdulilah saya terpilih untuk join program ini
dengan syarat2 "special" dari ketua unit
saya lepas nie pun sebab khairy 
apa2lah janji saya boleh keja kat umh and jaga si khairy
seperti saya menjaga khairy sejak dia lahir 

antara syarat  WFH 
 datang office seperti yg diarahkan dari masa ke semasa
kena kerja 40 jam seminggu..sama je mcm org kat opis
setiap hari mesti log in (ala2 punch card)
tak log in maksudnya cutila atau ada bukti bawak anak g checkup ke (utk kes2 yg anak tak sihat)
statistik kerja naik 30%-40%
 
 inilah namanya work from home haha
saya buat kerja saya
khairy buatlah kerja dia
saya letak tilam kat lantai
so khairy baring2 kat situ
dia main ipad..dia main mainan2 dia
kejap2 dia kata
"ma nak cucu (susu)" "ma nak do(tdo)
saya buat kerja sesuaikan dengan masa khairy
dia tdo atau jadi "budak baik" 
bolehla saya buat keja
amana & khairy saya hantar nsery
kalau saya jaga semua
memang sah jadi  mak lampir siang hari!
 
 saya sentiasa pastikan tepon ada kat tepi saya
saya pakai cordless phone
so saya naik atas saya bawak tepon
saya kat bawah pun saya bawak
sebabnya public/ org awam akan call saya di rumah
kalau saya handle fail public tue so diorang akan call saya untuk tahu perkembangan application mereka
dah ramai jugak yg call saya di rumah :)


 carik2 spec mata rupanya si kenit nie yg pakai haha
 
  office saya ada bagi peruntukan untuk beli peralatan untuk set up workstation di rumah
so saya ada belilah beberapa barang
barang kecik2 di ikea
 
 nie saya nak lekat2 nota etc etc 

tapi yg stressnya resit barang2 ikea nie dah hilang
huwaaa.. rasa nak cubit2 diri sendir sebab hilangkan resit
camana nak claim?
fadan muka haha
 
rak nie saya tak beli kat ikea
boleh je beli barang2  kat ikea sebab adik bongsu  saya sarina 
personal shopper ikea
tiap2 minggu memang dia ke ikea beli barang untuk client dia
 
tapi kalau saya beli rak ikea
entah kurun ke berapa nak siap pasang haha
so saya beli rak nie kat area umah saya

PERSONAL SHOPPER IKEA
SARINA
017-2594029
nak tau charge delivary ke apa ke whatsupla die ye
seminggu nie adik saya busy beli barang ikea untuk customer di melaka
almost 1.5K customer tue order 
adik saya hantar sampai ke melaka dengan husbd dia
customer tue bayar all transpotation charge 
rezeki orang resign demi menjaga anak :)
rezeki allah tue luas tau
pada yang dah merasa sahaja yang tahu
perasaannya meninggalkan gaji yang ribu-riban demi anak
terasa besarnya kasih allah 
bila allah gantikan rezeki dengan cara yang lain
 

saya paste gambar khairy nie kat FB saya
tetiba ada member FB nak beli rak macam nie juga
haha 
for me rak nie okla.. cantik..
cantik sebab sesuai dgn budget :P
lagi satu saya beli kipas
bilik yg saya jadikan workstation nie takde kipas siling
panas weiii
kat opis ada air cond
kat umh ada kipas pun jadilah

saya belum habis mengemas barang2 yg saya angkut dari opis
bayangkan barang opis  yang dah 12 tahun bawak balik umah  
itu pun kira sikit je
masa saya pindah office dari Dayabumi ke UOA Bangsar lagilah berkotak2
nie kira sikitla..
rasanya takde dah barang tertinggal kat UOA BAngsar tue
rasanya la mihmihmih


nantilah saya share lagi citer work from home
yg saya paling takut tak dapat capai statistik
sebabnya WFH nie naik 30-40% statistik compare dari yg keja di pejabat
kat opis pun mcm siput sedut 
kat umah bila bertambah statistik tak taulah jadi siput apa :p

insya allah
allahumayasir walla tuassir
rabbi tamim bil khoir

demi khairy saya usahakan
insya allah
doakan ye kengkawan


 

 
 
 

Tuesday, December 8, 2015

Amirul Arief & Adlan Khairy

 
 Salam semua
rasa macam dah lama sangat tak update blog
macam2 perkara berlaku
ecehceh
so masa sangat tight
dahulukan mana2 yg lebih penting dan mana yg lebih memeningkan haha
banyak nak share tapi meh share cite dua anak bujang yang bakal menjaga mak dia nanti
Amirul Arief & Adlan Khairy
 
 
Tengok gambar nie rasa suweet
entah apa yg suweet tah
Arief macam nak buat magic
Si Khairy macam nak halang magic kena dia :p
 
Arief ada hari konvo tadika dia
dah 2 tahun Arief kat situ
Cukup2la memeningkan cikgu2 kat situ haha
Kes telan guli paling cikgu2 tue akan ingat sampai bila2
TQ cikgu uruskan anak saya yang tak reti duduk diam nie
Kes telan guli tue boleh recall balik kat link nie.
 
 
Gambar tak berapa clear sebab dalam dewan tue mcm blur je bila amik gambar
 
 
Hai encem boy
 
Alhamdulilah
Allah masih panjangkan umur Khairy
Ibu yang "bertuah" dikurniakan "anak2 syurga"  macam nie mesti alami yang sama seperti saya
 betapa setiap umur anak yang bertambah walau sehari sangatla dihargai dan disyukuri
bukan bermaksud bila anak sihat kita tak bersyukur bila anak masih bernyawa
tetapi kita tak terasa atau berdebar2 setiap hari
 
Kehadiran khairy memang buat saya sedar yang kita nie hanya hamba dan bila2 masa Allah akan amik nyawa kita
Sedaya upaya jauhkanlah dari dosa2
kalau tak sengaja and tak sedar tue tak apa
Kalau telah bertaubat ..jauhkan diri dari segala perkara yg libatkan dosa2 dahulu
 tolong peka & lebih banyak berfikir..
 
Tinggalkan sikap dan perangai yang menjatuhkan maruah kita sebagai orang Islam, sebagai suami, sebagai isteri, sebagai bapa, sebagai ibu, sebagai anak etc etc
Sikap apa yg menjatuhkan maruah kita dgn status2 yang Allah amanahkan seperti kat atas nie?
Allah bagi akal kan?
Fikirlah dengan bijaksana
 
Kalau masih tak mampu nak fikir
Bolehla selalu pg dengar ceramah kat masjid2 atau tempat2 yang berkaitan
kalau tidak ego membelenggu diri sendiri
rasa setiap dosa yang kita buat berpunca dari oaring lain
sedangkan dosa itu kita yang lakukan
adakah di akhirat kelak kita boleh "tunding jari" ?
"saya buat dosa kerana mak saya tak didik saya"
"saya buat dosa kerana isteri saya bla bla bla"
"saya buat dosa kerana suami bla bla bla.."
 
Orang lain mampu buat dosa..lebih hebat dari dosa yang kita buat..
Tetapi kenapa tak buat?
Kerana Allah bagi akal
Kerana Allah bagi iman
Kerana dengan akal dan iman membuatkan kita terfikir maruah yang bakal kita calarkan dengan dosa yang kita buat
Bukan sahaja maruah diri sendiri
tapi dengan dosa itu akan mencalarkan semua maruah yang berkaitan dengan kita
parents, adik-beradik. suami/isteri, anak2
 
Untuk diri saya
saya sangat sedih kalaulah saya memalukan makayah saya
semoga Allah menutup aib2 yang sedar dan tak sedar yang pernah saya lakukan
 
saya sangat sedih kalau anak2 tau saya buat dosa yang memalukan meraka
impaknya pada masa depan dan corak pemikiran anak2
moga2 mereka membesar jadi pejuang agama
hatta jadi cikgu mengaji atau cikgu tadika
saya bangga asalkan anak2 tau bezakan dosa dan pahala
 
apa guna pangkat berderet2
tapi nak beza dosa pahala pun tak reti
dah buat dosa tunding pulak jari kat orang lain
sangatlah gagal saya mendidik anak
kalau itulah cara pemikiran mereka
 
apa yang kita buat
dosa atau pahala
kitalah yang bertanggangjawab
benda paling simple dalam dunia tapi tak semua orang mampu akui
sekian tazkirah
 
"Khairy mama nak snap gambar"
terus pura2 Baca buku
kihkihkih
 
Tapi si arief paling hebat berlakon
habis je snap gambar terus cakap
"dah ..dah khairy, mama dah snap gambar jom kita tengok tv"
 
alamak apasal macam gitar je tulang2 khairy nie?
sibuk nak pakai songkok
now dah pandai usaha nak bukak baju sendiri
pampes sendiri pun dah pandai!
 
sorylah kalau tiap kali bukak blog nie terbaca ayat ala2 tazkirah
rasanya saya makin tua
lagi 5 tahun umur nak masuk 40 tahun
kalau umur 40 masih tak berubah
bersedialah kan?
neraka atau syurga
boleh pilihkan?
 
kalau rasa tiada /kurang  kepercayaan pada kehidupan selepas kematian
lihatlah ibu2 yang mengandung
kehidupan dalam alam Rahim
bila bayi dilahirkan
kehidupan di dunia pula
so mustahil ke ada kehidupan di akhirat?