ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, May 31, 2018

Takde bonus raya?

Memang sengsara kalau dah biasa ada bantuan raya tiba2 tak ada
Tipulah kalau cakap saya tak rasa haha
Nak tau kami bukan bonus ratus2 ye..kami bonus ribu2 okeyy.. bukan rm500 bukan rm700 tapi sebulan gaji! Takkan nak bagitau gaji saya kat sini pulak.. camana pun banyak atau sikit pun gaji kita semoga ia menjadi berkat sebab ia adalah untuk parent, anak2.

Ahamdulillah Allah selalu atur yang baik2 utk kami anak beranak.. lagi sekali sejak Khairy lahir apa pun terjadi alhamdulillah ada backup plan yg Allah aturkan dan beri jalannya untuk saya..tanpa saya sedari

Lagi satu kejadian bonus tak ada Nie Allah nak mengajar ..benda yang tak ada janganlah diharapkan.. semuanya kuasa Allah.. bila Allah nak beri tak ada satu makhluk pun boleh halang tapi kalau Allah tak nak bagi satu sen pun tak dapat😅

Okey aturan Allah yang pertama. Saya baru belajar main kutu sebenarnya haha.. saya nak no awal..tapi mak kutu cakap.."kak akak amiklaaaa bulan 6 sebab masa tue nak raya" dalam hati saya "eh raya ada bonuslah" tapi dipendekkan cerita saya setuju saja amik giliran masa raya.. alhamdulillah terima kasih ya Allah..kalau amik giliran awal tahun memang menganga raya nie nak beli baju raya anak Kiki..

Aturan yang kedua Nie..saya dah mulakan sejak tahun lepas... Savingla gold..setiap bulan 1g.. paksa diri..kalau rasa 1 gram berat..simpanlah setengah gram which is rm100.. sikit2 lama2 jadi bukit.. pepatah melayu dicipta bukan nak jadi bahan ketawa tapi untuk diguna pakai sepanjang masa..
Kalau mula dari awal tahun masa raya nie dah ada 6g bagi yg menyimpan 1g sebulan.  Kalau yang menyimpan setengah gram dah ada 3gram.. kalau sesak sangat nak raya Nie bawaklah ke ar-rahnu.

6g boleh dapat dalam rm1k
3g boleh dapat dalam rm500

Okeylah kan? Nanti tebuslah perlahan-lahan semula.
Emas dapat
Raya tenang
Takde maki hamun kat FB

Malu wei kita dah tua kan..dah jadi mak bapak tue kira tua lah.. bawak bertenang dan bersabar.. mulakan merancang financial kita bermula dari kejadian tiada bonus raya pada tahun 2018 Nie. 

Kalau saya dan suami perlu ketepikan tiap2 bulan duit gaji untuk treatment dan appoiment anak sakit jantung di IJN.. apa lagi anda2 yang tiada komitmen tinggi sebegitu..ye lah anda ada komitmen lain juga..habis kami takde ke? Kami ada rumah keta..yuran van sekolah anak..parent yg wajib diberi tiap2 bulan demi mengenang jasa mereka.. makan minum anak2 juga tapi tambahan treatment jantung anak.. tapi sampai bila nak beralasan..sebab anak2 ini tanggungjawab kita..takde org nak amik alih pun..jadi berusahalah untuk berubah..anda mampu melakukannya..cewahhh

EMAS ADALAH SAVING&PENGHAPUS HUTANG
SUHAILA SALEH
DEALER PUBLIC GOLD
PG00097831
www.wasap.my/60173201998

Wednesday, May 30, 2018

Naturel Kiss Energy Mist & Micclear Cleanser

5 Keistimewaan Naturel Kiss Energy Mist:

🌹Steam distilled ROSE water
Mengimbangi PH kulit, mengurangkan sebum berlebihan dan anti inflamasi

🌹Bee Venom & Asid Hyaluronik
Anti penuaan, anti kedutan , melembapkan dan menyegarkan kulit

🌹Minyak pati
Kaya anti oksidan, mengurangkan bintik-bintik kecelaan, dan kulit tampak makin berseri ("glowing")

🌹Membersihkan pori pori

🌹Aromaterapi
Memberi efek pada "mood" , mengurangkan "anxiety", membantu menstabilkan emosi dan memberi keyakinan

KELEBIHAN MICELLAR CLEANSER NATUREL KISS

🔹 Dirumus khas untuk mengimbangi kelembapan kulit. Ia mampu merawat kulit kering.
🔹 Menanggalkan makeup dan kotoran pada kulit tanpa perlu dibilas.
🔹 Mengandungi minyak yang berkhasiat dan nutrien penting untuk kulit lebih anjal.
🔹 Peptida dari Bee Venom merangsang pengeluaran kolagen dan elastin.
🔹 Asid hyaluronik menghidrat dan menghalang kehilangan lembapan pada kulit.
🔹 Kelembapan kulit seimbang menghasilkan tona sekata, memulihkan dan juga melembutkan kulit.

Berminat?
www.wasap.my/60173201998

Monday, May 28, 2018

KWSP 2%.ini rasanya pandangan paling ok dan sesuai pandangannya..

Di tempat kerja semalam, saya berbual dengan rakan-rakan wanita. Tentang cadangan mewujudkan caruman KWSP untuk suri rumah. Saya kata baguslah. Untuk masa depan para isteri, mereka juga tunggak kemajuan sesebuah negara dan negeri. Kita tidak tahu apa akan berlaku di masa hadapan nanti. Sekurang-kurangnya walaupun berjawatan surirumah, biarlah mereka berpeluang merasa lega dengan adanya simpanan persaraan sendiri.

Tiba-tiba seorang lelaki, teman tidak sejawatan yang sudah lama duduk di kaunter berhadapan dengan kami meluah kata. Lebih tepat lagi mengherdik. Fokus utamanya kepada saya. Saya ingat sepatah-sepatah apa yang diucapkannya.

"Hang kalut pasaipa. Hang gaji basic dah blablabla. Laki hang ada PhDkan. Hang gred 44 laki hang gred berapa 51? 52? 54? Pendapatan isi rumah ampa belas-belas ribu, dah masuk T20. Hang belum masuk skim pencen lagi KWSP hang dah puluh-puluh ribu. Orang duk cerita pasai orang macam kami ni, orang B40, nak makan tak cukup nak kena bagi KWSP untuk bini lagi".

Saya terdiam. Sedih diherdik. Tapi kagum juga dengan tahap pengetahuan am lelaki itu. Saya sendiri pun baru kelmarin tahu apa kebendanya B40, M40, T20 semua 😂.

Waktu kerja tamat tidak lama kemudian. Beberapa rakan menasihatkan saya supaya tidak mengendahkan lelaki berkenaan. Saya cuma membalas dengan senyuman.

Saya juga ada kisah untuk diceritakan. Mengapa saya bersetuju dan menyokong tindakan kerajaan mahu suri rumah mempunyai caruman KWSP sendiri. Sedangkan saya wanita berkerja, caruman bulanan KWSP dari gaji saya sendiri jauh besar berbanding yang disarankan kerajaan untuk golongan suri rumah melalui potongan gaji suami ini. Saya sepatutnya boleh buat tidak peduli, spare myself from being said nasty thing. Tapi saya peduli.

Kerana saya pernah menjadi suri rumah. Saya tahu perit rasanya tidak ada pendapatan sendiri. Tidak ada simpanan sendiri, jika adapun semakin susut lama-lama habis atau kejap ada kejap tiada. Lebih-lebih lagi bila dahulu kau pernah berkerjaya kemudian kau berhenti kerana mahu memberi tumpuan untuk urusan rumah tangga. Saya tahu bagaimana rasanya setiap pagi bila kau salam cium tangan suami, dia berbau wangi, pakai kemeja rapi, tapi kau hanya berdiri tepi pintu, dalam uniform dapur kesan susu anak, kadang-kadang melekat bau kari. Kau lambai suami, kau hantar dia pergi cari rezeki, kau pamer senyuman yang terpaling manis sekali, tapi kau menangis dalam hati, kadang-kadang tanpa sedar kau "sobbing" sendiri walaupun tiada air mata yang turun di pipi. Kau ada rasa hiba yang datang tiba-tiba. Entah dari mana.

Saya pernah rasa itu semua. Sebab saya pernah tidak berkerja. Selepas saya balik Malaysia 2 tahun lalu setelah bertahun tinggal di luar negara. Waktu itu saya rasa, saya fikir, saya redha. Saya ingatkan dengan tidak berkerja saya akan gembira. Tapi ada satu perasaan dalam hati - rasa takut, rasa tidak pasti. Saya tahu jika saya cerita begini orang akan cakap "Ah kau tidak percaya qada qadar, konsep rezeki". Atau, "Faraid ada, kebajikan anak-anak akan terjaga". Atau, "Rezeki dari Allah bukan dari KWSP".

Tapi tuan-tuan, puan-puan, hari ini ramai orang sudah tidak takut Tuhan. Tidak takut tegahan agama. Berapa kerap kita dengar anak-anak yatim terabai, para balu terpaksa keluar mencari kerja kerana faraid disalahguna. Keluarga suami berebut segala harta peninggalan arwah, akhirnya anak-anak dan isteri terhantar ke jalanan, tidak berumah.

Saya juga pernah mendengar kenalan rapat bercerita tentang kerabat jauh suaminya (bukan keluarga dekatpun) yang sudah merancang dan "menolong" buatkan rancangan untuk simpanan KWSP suami kenalan saya ini apabila beliau masuk ke skim pencen nanti (bagi kakitangan kerajaan, selepas diserap ke jawatan tetap, jika memilih untuk masuk ke skim pencen, mereka boleh mengeluarkan caruman KWSP). Saya namakan kenalan rapat saya ini Puan H. Banyak yang pakcik onion ini tolong rancangkan untuk suami Puan H itu. Antaranya, dia mahu suami Puan H tolong belikan rumah kedai untuknya, suruh mereka upgrade kereta sekarang kepada Hyundai Starex, suruh mereka bawa orang itu orang ini buat umrah dan melancong ke luar negara padahal tuan punya badanpun tidak minta begitu begini. Semua rancangan ini dibuat oleh saudara kerabat suami Puan H tanpa bertanya dahulu kepada Puan H dan suaminya pun, sewaktu suami Puan H masih hidup, sihat walafiat (sekarangpun masih hidup dan sihat alhamdulillah). Kerana alasannya, sewaktu suami Puan H ini mengumpul lebih separuh daripada KWSPnya dahulu, Puan H belum berkahwin dengan suaminya lagi. Boleh bayangkan apa akan berlaku sekiranya suami Puan H tiba-tiba pulang ke alam abadi sewaktu anak-anak mereka masih kecil dan Puan H yang sememangnya tidak berkerja tidak ada simpanan sendiri?

Nasib yang menimpa Puan H ini membuatkan saya berasa sedikit khuatir. Bukan tidak percayakan suami sendiri, saya berkongsi bantal selimut dengannya, mengandung dan melahirkan anak-anaknya. Tapi saya rasa perlu mengambil sedikit langkah berjaga-jaga. Pada suami dan juga kaum kerabatnya. Kerana suami saya berketurunan manusia, bukan malaikat atau makhluk kayangan yang tiada nafsu pada harta donia. Hari ini mungkin masih kudus tulus mulus, esok lusa tidak pasti, mungkin sampai masa dia pergi, terputus rezeki saya dan anak-anak untuk meneruskan hidup dengan warisan hartanya kerana tewasnya yang hak kepada nafsu manusia.

Jadi setelah berfikir masak-masak, dengan izin suami saya kembali berkerja. Bukan kerana tidak cukup apa yang suami beri tapi kerana saya mahu ketenangan hati. To put my mind at ease.

Ini cara saya. Lain orang lain caranya. Tapi saya yakin pada akhirnya tiada lain yang diperlukan seorang isteri. Mereka hanya mahukan rasa yakin dan diyakini, dipercayai (that someone closest to her does believe in her dream and capability), rasa disokong walau apapun keputusan yang mereka ambil. Jika mereka ambil keputusan untuk berkerja, mereka mahu disokong. Jika mereka ambil keputusan untuk menjadi suri rumah juga mereka perlu perkara yang sama, sokongan. Juga rasa selamat, jaminan, sense of security, baik pada masa ini atau pada masa yang akan datang nanti.

Bagi saya secara peribadi, sense of security saya adalah apabila saya boleh ada simpanan sendiri sekiranya sesuatu terjadi. Bagi wanita lain mungkin caranya berbeza namun matlamatnya tetap sama - demi sebuah rasa keterjaminan, ketenteraman jiwa. Dan keperluan ini juga berkadaran dengan masa. Dahulu, mungkin seorang suri rumah tangga itu merasa cukup dengan KWSP suami sahaja, jika suami meninggal dunia penama adalah isterinya, namun hari ini, setelah banyak perkara tidak terjangkau akal telah berlaku dan tidak mustahil bakal berlaku (parti yang memerintah sejak merdeka pun boleh tumbang, rasa kebal pun boleh hilang - contoh), keperluan itu mungkin berubah seiring dengan waktu, bukan kerana hasutan atau ajaran sesiapa tapi kerana kehendak dalam dirinya setelah mendapat maklumat yang dia percaya. Jika 2% caruman KWSP dari suami ditambah RM50 dari kerajaan adalah apa yang isteri perlukan, para suami tolonglah pertimbangkan, jika mampu raikan.

Percayalah, isteri itu hanya mahu ketenangan. Some peace at mind. Bukan dia buta-buta ikut-ikutan. Bukan juga dia mahu menyusahkan. Sebab kalau suami susah, isterilah yang akan jadi teman menghadapi kesusahan. Barangkali diapun tidak perlu 2% itu, dia cuma mahu tengok kau ikhlas atau tidak hendak membantu, apakah engkau, suaminya sendiri, mengiktiraf pentingnya kerjaya dia sebagai isteri dan ibu.

Bukan duit sedebuk atas tangan hari ini atau sewaktu berusia 50, 55 tahun nanti yang dia hajati, cuma dia hendak tahu, apakah engkau, suaminya jenis tidak berkira atau spesies yang kedekut nak mati. After all it is the gesture that counts, the effort, doesnt matter by the end of the day it can finally happen or not, dia cuma hendak tahu kau ini jenis sanggup atau tidak beri lebih sedikit untuknya atau baru orang cakap hendak duit sikit sudah merungut.

Jadi para suami, gembirakanlah hati isteri mudah-mudahan bertambah-tambah rezeki.

Semua bermula dari fikiran by dr hamid arshad

SEMUA BERMULA DARI FIKIRAN

Bila saya ada peluang untuk bertafakkur dan memikirkan kehidupan saya, dengan mengimbas kembali peristiwa2 lampau, mengenangkan laluan jalan kehidupan yang penuh liku2 dan cabaran sehingga akhirnya dapat mencapai kejayaan dan kebahagian, saya dapat satu kesimpulan, iatu kesemuanya bermula dari minda dan fikiran. Kejayaan adalah hasil minda dan pemikiran yang positif, optimis, kreatif, innovative, imaginatif dan sentiasa terbuka luas.
Lebih penting lagi ialah berkat doa ibubapa kita serta usaha gigih dan kerja keras tanpa mengira waktu dan kaedaan, pintar mengurus wang dan masa.
Begitu juga kegagalan dan kemiskinan adalah berasal dari minda yang lemah, malas, pesimis serta tertutup dan tidak berupaya menerima idea2 baik dari orang lain.

Keluar Dari zone selesa.

Dalam peringkat awal hidup saya, pemikiran saya banyak dipengaruhi olih budaya dan caragaya hidup orang melayu kampung. Selain dari belajar disekolah atap, belajar ugama dan mengaji quran, otak saya tidak ada sumber rangsangan yang lain. Muklumat dan ilmu masuk kedalam otak saya, diperoses sedikit dan kemudian disimpan dalam kawasan ingatan (memory) . Apa bila menduduki peperiksaan , maklumat yang disimpan dalam otak , diluahkan untuk menjawab soalan. Olih kerana daya ingatan saya baik, saya dapat markah yang tinggi.

Pada zaman kanak2 dan remaja, munkin ada juga sedikit ciri2 kreativiti dan innovasi dalam otak saya,  bila saya buat bolah sepak dengan sekerap getah dan buat senapang buluh dengan menggunakan mancis dan valve tayar basikal sebagai peletup senapang. Pada zaman kanak2 dan remaja saya, kita cipta sendiri alat2 permainan berbanding dengan zaman sekarang kesemuanya dibeli.

Pengaruh budaya dan caragaya hidup.

Sering saya berfikir mengapa orang2 cina dan yahudi sangat berjaya dalam perniagaan, perusahaan serta akedemik. Orang2 yahudi dan orang putih pula bijak pandai dalam bidang sains dan teknoloji, dan ramai diantara mereka jadi pemenang hadiah Nobel.
Memang tidak bolih disangkal tamaddun mereka lebih awal dan lebih tinggi dari kita.
Mereka telah berjaya mencipta berbagai2 kemudahan hidup, kapal terbang, kereta api, motokar, talipon, talivesyen, radio, komputer, internet, smartphone dan bermacam2 lagi. Kita orang Islam hanya menjadi pengguna sahaja. Adakah otak kita kurang cerdas, atau kurang kreativiti?

Saya percaya pasti ada dalam budaya dan caragaya hidup mereka yang menyumbangkan kepada kebijaksanaan mereka. Rahsianya ialah dengan membina dan membangun otak dan pemikiran dari kandungan ibu, dari dalam rahim dan berterusan sehingga umor tiga tahun. Pembangunan tersebut menjadi asas atau cerucuk binaan otak dan pemikiran ketika dewasa kelak. Disamping itu caragaya keibubapaan yang pintar serta budaya dan caragaya hidup berdisiplin menjadi panduan dalam pembangunan insan.

Bina minda, fikir positif

Allah beri akal untuk kita berfikir, terutama tentang kebesaran dan kekuasan Allah, namun hanya sebahagian kecil  sahaja yang menggunakan akal fikiran mereka dengan betul. Allah SWT yang maha berkuasa menciptakan 7 lapisan langit dan bumi dan terus menerus mentabirkan pergerakkan, malam berselang siang dengan detik waktu yang amat tepat. Malangnya kebanyakkan manusia tidak terfikir untuk menyembahNya.

Otak kita adalah satu komputer terbesar ciptaan dan kurniaan Allah dan tiada tolok banding. Malangnya hanya 2% sahaja yang digunakan. Otak adalah ibusawat bagi semua aktibiti pergerakan, pancaindera, (penglihatan, pendengaran, sentuhan, bauan dll), berfikir, emosi dan perasaan, nafsu dan shahwat, dan berbagai2 fungsi lain.
Otak juga adalah setor penyimpan terbesar untuk ilmu pengetahuan, kemahiran, kepakaran: satu sumber imaginasi dan kreativiti. Otak perlu rangsangan terus menerus melalui peroses pembelajaran, dan ia juga perlu digunakan: sangat penting kita gunakan otak, jika tidak kita akan kehilangan keajaibannyan.

Berfikir satu kerja ringan tetapi kebanyakan dari kita malas berfikir.
Kebolihan untuk berfikir satu nikmat besar. Berfikir dulu sebelum bertindak, sebelum bercakap dan sebelum membuat sesuatu keputusan.
Amat penting berfikir untuk merancang masa depan kita, merancang pembanguan fizikal dan pasarana, menentukan arah tujuan hidup kita, dan menentukan sasaran2 yang perlu dicapai.
Hidup kita penuh dengan berbagai2 cabaran dan masalah, gunakan fikiran untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah.
Gunakan akal fikiran untuk mengawal nafsu yang mengajak berbuat masiat.
Guna akal fikiran untuk kawal emosi2 dan sikap negative, marah, benci, dendam, bakhil, dll
Guna akal fikiran untuk mengawal tabiat buruk, merokok, minum arak, hisap dadah, mencuri, dll
Guna akal fikiran untuk mengawal perangai buruk ,hasad dengki,  buruk sangka, khianat, mencaci, mengumpat, menyebar fitnah.

Pemikiran orang yang berjaya

Latih minda kita agar sentiasa berfikiran optimistic, berfikir perkara2 yang terbaik, dan gambarkan atau bayangkan kita hidup senang, mewah dan ceria saperti kita sudah berada didalam syurga Allah. Inshallah impian saperti  ini bila menjadi cita2 dan  menjadi sasaran dan akhirnya menjadi destinasi hidup, insha Allah ia akan tercapai.
Apa sahaja yang kita idamkan apabila disertai dengan semangat yang meluap dan sasaran yang tepat, diranchang dengan teliti dan teratur segala tindakan serta terlaksana segala kerja dan tugas2 nescaya ia akan mencapai ketahap cemerlang.

Orang2 yang berjaya sering fikir jauh kehadapan, memikirkan jadi senang , sihat dan ceria bila tua.
Mereka berfikiran optimistic, positif, dan yakin akan capai kejayaan. Atas dasar ini mereka sentiasa menggunakan imaginasi, mencetuskan kreativiti dan innovasi dan sentiasa membuka luas minda dengan angan2 dan impian.
Mereka mencapai tahap keyakinan diri yang tinggi dengan meningkatkan ilmu dan kemahiran secara berterusan.

Ilmu pengetahuan menjadi batu asas bagi pembinaan daya fikir yang tajam , meningkatkan kecerdasan otak (intelligence) dan daya kreatif dan innovatif. Jadikan amalan menimba ilmu satu tabiat dan budaya hidup. Belajar terus belajar, mengikut keperluan tertentu.

Cetuskan kuasa minda bawah sedar

Minda kita ada dua peringkat iaitu, sedar (conscious mind), bawah sedar (subconcious mind). Kebanyakkan kita hanya menggunakan bahagian minda sedar, sedangkan yang lainnya, iaitu minda subconscious jarang digunakan. Minda bawah sedar adalah bilek setor terbesar yang menyimpan ilmu dan pengalaman lampau, tetapi untuk mendapatkannya, ia perlu diterokai dan dicari gali dengan kaedah2 tertentu. Ia bolih mengeluarkan khazanah2 maklumat yang penting dan berguna untuk kehidupan kita. Orang yang berjaya sering berhubung dan berkomunikasi dengan minda bawah sedah.

Dengan menggunakan berbagai2 teknik, saperti autosuggestion, self affirmation, bercakap kepada diri sendiri setiap hari dan berulang2 kali, otak kita akan mengarah dan menggerakkan anggota kita bertindak dengan segera.

Saturday, May 26, 2018

KWSP

Mutakhir ni semua giat membincangkan isu 2% KWSP untuk para isteri, hasil manifesto kerajaan Pakatan Harapan yang nak dilaksanakan.

Ada yang bangkang dengan alasan yang mencadanglah kena laksanakan dengan dana daripaa mereka.

Ada yang bangkang sebab memang dah hari-hari bagi nafkah kepada isteri dan belikan isteri macam-macam.

Yang isteri mestilah sokong sebab akan ada simpanan untuk hari tua.

Tapi sebab bulan Ramadhan ni bulan tak nak gaduh-gaduh, kita nak ‘bunuh dua ekor burung dengan sebiji batu’. Kill two birds with one stone la maknanya.

Apa kata, bulan ini kita jangan fikir dlu nak bagi ke tak bagi.

Bulan ni sebagai pemanas badan, 2% tu, atau sekadar mampu, kita sumbang dulu ke Gaza.

Kebetulan kami tengah cari sumbangan untuk belikan baju raya untuk 350 orang anak yatim dan 350 balu syuhada’, para ibu mereka.

Yelah, suami puan acah-acah tak nak bagi pun nanti raya belikan juga baju baru.

Isteri tuan, acah-acah marah pun dia tahu suaminya tetap akan manjakan.

Last-last tidur sebantal, tarik selimut yang sama juga.

Tetapi anak-anak yatim ini, mereka dah tak ada bapa untuk belikan mereka baju raya. Emak mereka kalau sejuk malam-malam bangun cari stokin 'spare'.

Sahabat-sahabat ada yang tanya, penting ke belikan mereka baju raya?

Saya jawab, bagi saya penting. Saya sedih kalau anak-anak orang lain beraya dengan baju baru, dan anak saya pakai baju lama.

Lagi-lagi untuk kebanyakan anak ini, inilah peluang mereka dapat baju baru setahun sekali, masa raya.

Sama juga dengan emak mereka.

Emak-emak anak yatim ni tuan-puan, merekalah yang paling banyak berkorban. Mereka kalau ada duit sikit, akan belikan untuk anak-anak dulu, barulah fikirkan untuk diri sendiri.

Semua NGO buat projek baju raya baru untuk anak yatim, tapi kami satu-satunya yang buat untuk ibu-ibu mereka tau.

Tahun lepas bila kami maklumkan NGO akan taja baju raya bukan untuk anak mereka sahaja, malah untuk mereka juga, terperanjat mereka. Terlompat-lompat gembira. Nasib baik saya dah berkahwin dan orang rumah jeling-jeling tajam sampai mereka takut nak ucap terima kasih lebih-lebih.

Tulah untungnya saya berada di Gaza, kahwin dengan isteri syuhada’. Sakit mereka saya rasa dan kongsi. Airmata mereka saya kesat dan sekat. Apa yang orang lain tak nampak, kita nampak dan buat.

Jadi kepada para suami, balik renung isteri dan hargai pengorbanan mereka. Nampak je asyik tidur tapi tidur tu lepas penat berhempas-pulas mengatur rumah dan bersilat dengan anak.

Kepada para isteri, jangan pula merasakan bahawa suami kedekut dan tak nak berkongsi. Korang bukan nampak dia curi-curi pandang masa korang tengah memasak, bersyukur sebab dapat isteri lengakp serba-serbi.

Kalian pelengkap satu sama lain, takkan nak gaduh sebab KWSP.

Fikirkan ibu-ibu tunggal di Gaza ini yang sudah hilang tempat bermanja. Fikirkan anak-anak yatim ini yang bukan macam anak kita, tak ada tempat meminta.

Sebab tu, untuk bulan ini, Ramadhan ini, KWSP tu kita nak tukar sikit. Jadikan KWSP kali ini, Keluarkan Wang untuk Saudara Gaza. KWSP juga.

InshaAllah, Allah berikan keberkatan kepada rumahtangga.

Isteri yang setuju, tag suami yang dikasihi. Suami yang setuju, tag isteri yang dicintai. Lepas tu transferlah sikit. Takkan tag je.

Sepasang baju untuk anak kalian di Gaza ni nilainya RM100 sahaja. Sehelai baju, kemeja dan seluar. Untuk ibu mereka pula boleh dapat jubah. Sasaran kita 700 penerima, dengan nilai RM70,000.

Sumbang melalui akaun rasmi NGO Persatuan Cinta Gaza Malaysia,

Maybank 5648 1050 7826
Maybank 5648 1050 7826
Maybank 5648 1050 7826

Kalau nak tanya apa-apa, whatsapp je saya di Gaza ni hah,

Nadir Al-Nuri +60197095092
Nadir Al-Nuri +60197095092
Nadir Al-Nuri +60197095092

Terima kasih sudi baca sampai habis. Terima kasih dua kali yang tag dan share. Terima kasih tiga kali yang sumbang sekali.

Semoga kalian dihimpunkan bersama anak-anak para syuhada’ yang kalian gembirakan ini di syurga.

p/s : Cuba tengok gambar budak ni sebelum dan selepas dapat baju baru tahun lepas. Tak ke ‘priceless’ senyumannya?

Nadir Al-Nuri,
26 Mei 2018
Gaza

Cerita baju raya

BILA KALI TERAKHIR BELIKAN ISTERI BAJU?

"Mahal la baju tu. RM150 sepasang. Pilih yang RM50 sudahlah!"

Keras seorang lelaki meninggikan suara pada isterinya yang meminta beli sepasang baju kurung untuk raya.

Si isteri patuh. Menunduk malu pada mata-mata yang memandang. Walau dihati berkenan, namun suami tidak izinkan.

*******

Jam empat pagi, lampu dapur dibuka. Sebatang tubuh halus mula memegang senduk dan kuali. Berperang dia dengan bawang dan api.

Tengah goreng ikan, si kecil menangis. Api diperlahankan, berlari dia ke bilik bersama botol susu pula. Sempat didodoikan seketika sebelum kembali beraksi didapur semula.

Jam lima pagi, dia mula kejut anak-anak yang mula belajar berpuasa. Akhir sekali baru sang suami yang berdengkur tak henti-henti.

Tabah dia memujuk anak, gigih dia mengejut si bapak.

Makanan panas tersedia. Nasi pula disenduknya. Air pun masih berasap. Maka makanlah mereka sekeluarga sebagai bekal untuk terus kekal bertenaga.

Usai sahur, suami ke beranda cucuh rokok main telefon sementara tunggu waktu subuh.

Dia pula mengemas pinggan mangkuk, basuh mana yang patut.

Azan berbunyi, bergegas dia kejutkan anak-anak bangkit solat. Itu kewajipan, wajib atas si si ibu dan bapa mendidik anak supaya sentiasa patuh suruhan Tuhan.

Suami kembali berdengkur, dan dia mengutip pula kain baju. Basuh dan jemur. Dalam bakul, banyak kain belum berlipat. Luang masa pula lipat mana yang sempat.

Jam 9 pagi, matanya tak mampu tahan lagi. Maka direbahkan badan, ingin rehat sekejap. Baru sahaja terlena, anak kecil bangun menggongcangkan badan.

Pampers sudah penuh, perut si anak lapar. Bangunlah perempuan ini tunaikan kewajipan. Walau masih penat dan mengantuk, dia terpaksa tahan.

Tengahari, mop lantai pula. Kejut suami solat Zuhur dan ajak ke pasar untuk beli barang mentah. Pulangnya dari pasar, urus anak lagi. Kemudian berperang pula di dapur untuk siapkan juadah berbuka.

Lepas Maghrib, dikala anak-anak bermain di ruang tamu dan suami ralit tengok berita, tugasnya belum habis di dapur.

Habis tugas di dapur, tugas menguruskan anak-anak pula menanti. Kemudian kemas rumah lagi, lipat pula baju yang masih berbaki. Lewat malam, baru badan dapat direbahkan.

Jam empat pagi, rutinnya kembali.

Hebat seorang perempuan bergelar isteri dan ibu ini. Hebat sekali.

Maka jika setahun sekali si isteri minta beli persalinan yang elok, cubalah tunaikan wahai suami.

Bukan dia minta hari-hari. Hanya untuk hari istimewa sahaja. Jika setahun sekali pun berkira, apa lagi nak dikata.

Tidak terbayang segala pengorbanan. Tidak terungkap segala lelah penat. Tidak tertulis segala jasa dan bakti mereka.

Cubalah raikan mereka sekali sekala. Jika tidak mampu, usah malukan mereka dikhalayak ramai. Cakap elok-elok, bisik perlahan-lahan.

Bacalah tulisan aku ini dengan mata hati. Kemudian cubalah untuk mengerti.

#MFS
- Satu kisah di suatu malam bulan Ramadan -

Friday, May 25, 2018

Selamat hari lahir Adlan Khairy. Bulan islam

Selamat hari lahir anak magic Adlan Khairy
Khairy lahir 9 Ramadan
Secara pembedahan
Dipercepatkan selepas 2tarikh sebelumnya juga dipercepatkan

Alhamdulillah 5 tahun telah berlalu
Khairy berjaya "melepaskan" diri dari sebarang pembedahan dan treatment yang "berat" buat masa ini dan juga harapnya seterusnya..
Insya Allah ..Adlan Khairy akan bertahan sampai mama tutup mata

Terima kasih sebab Khairy bawa mama terbang ke Mekah dan Madinah.
Khairy buat mama sedar banyak perkara.. tentang masa..masa bukan untuk disia-siakan.. tentang hutang..hutang perlu diselesaikan bukan ditangguhkan..
Tentang nyawa.. bila2 boleh diambil
Tentang umur..mama bukan muda lagi..

Paling penting tentang kasih sayang Allah.. nak apa2 mesti minta pada Allah dahulu..bukan orang..bukan makhluk.. Allah paling sayangkan hamba-hambaNya itu adalah kenyataan..janji Allah pasti dan Allah tak pernah menipu..

Semoga Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk Khairy.. semoga panjang umur dalam keberkatan..

😎sampai sekarang frust nama Khairy tak de letak ramadan..haishh

Tuesday, May 22, 2018

Anak2 lelaki yg rapat dengan ibu akan jadi lelaki hebat



 
 
Cariklah artikel pa& ma tue..
Update blog guna HP payah nak link bagai haha
 
Anak2 lelaki saya rapat dengan saya
Masih terlalu awal nak nampak kesannya tapi kalau nak tunggu kesannya memang tak terdidik lah anak lelaki tueee
 
saya selalu didik anak2 lelaki supaya menghargai dan berlemah lembut.. supaya bercakap lemah-lembut dengan wanita terutama ibunya.. kalau saya rasa cara anak cakap kasar dengan saya..saya tegur dan merajuk dengan anak2  lelaki saya jadi mereka dah tahu mereka berkasar..kalau dengan ibu pun cakap kasar apatah lagi dengan isteri nanti.. jadi didik cakap elok2 dengan ibu dahulu..sebelum ada isteri.. anak2 lelaki sibuk bagi kad hari ibu.. amana bagi hadiah.. alhamdulillah tau jugak
belajar menghargai.. 
 
Saya didik anak2 lelaki saya supaya kenal dan amik tahu  bila waktunya perempuan  tak sihat ..PMS.. dan lain2... anak2 sekarang Paham kalau nampak saya tak sihat sakit kepala..sakit belakang.. saya tak masak..diorg tahu saya tak sihat.. Alhamdulillah
 
Saya bagitau apa sebenarnya tanggungjawab suami dan isteri..saya berbesar hati kalau anak lelaki saya dapat tanggung sepenuhnya isteri2 mereka tapi kalau tak mampu ..hulurkan tangan ringankan beban.. urusan rumahtangga bukan isteri sahaja..kalau tak nak tolong "kerja2 wanita"  banyak cara lain gembirakan isteri.. bagi me time.. buat kerja2 lelaki..basuh bilik air..betulkan wayar tercabut..betulkan mesin basuh...basuh kereta.. eh buatlah apa2 asalkan isteri kau tak nampak kau melopong goyang kaki..di saat wife korang terbongkok2 buat kerja rumah dari depan ke belakang.. atau berbual dengan isteri.. dengar cerita isteri..urut kaki tangan isteri..bagi duit belanja utk isteri beli barang2 idaman dia.. bawak isteri makan2.. eh banyak cara nak gembirakan isteri antara nak dengan tak nak je..
 
 didik anak lelaki bantu urusan rumahtangga supaya menantu kita bahagia dgn anak kita yg ringan tulang..supaya anak lelaki kita sedar dari awal urusan rumahtangga adalah tanggungjawab bersama...
 
Yang lelaki pergi masjid surau ..jangan duduk bawah ketiak mak sampai tak kenal masjid surau.. anak lelaki kena kuat ilmu agamanya supaya anak isteri ada rasa hormat dan tenang setiap kali bersama suami. Lelaki yg beragama insya Allah tahu membezakan yg halal dan haram dan berusaha menjauhi yg haram.
 
Saya didik anak2 lelaki jadi cekal..selalu saya cerita macam mana saya bertahan dengan Khairy dulu..anak2 belum faham dan tahu sangat cerita sebenar tapi mereka tahu macam mana saya berniaga dengan Khairy yang sakit..dengan jiwa yg parah dulu saya cekalkan hati saya.. saya cerita macam mana saya ke Mekah dengan Khairy.. ya ditemani nenek dan pakcik mereka tapi pernah saya sendirian di tengah2 Masjidil haram tanpa nenek dan pakcik mereka.. bersama Amana dan Khairy.. pernah juga saya sendirian ke masjid di mekah dan Madinah kerana nenek mereka tak sihat dan pakcik mereka  seharian di masjid.. sedang di Malaysia sejak kawin sangat jarang saya  keluar sendirian. ini pulak di negara asing..  selalu saya cakap pd anak2.. kalau di Mekah  kita survive dgn izin Allah apatah lagi di tempat lain.. kuatkan hati cekalkan jiwa..jangan malu atau malas nak carik rezeki..
 
Org zaman dahulu sibuk menyediakan ank perempuan supaya sesempurna mungkin bila berkahwin sehingga terlupa ketua keluarga dlm rumahtangga adalah lelaki. Kuderat lelaki lagi kuat dan banyak jadi kenapa perempuan dikerah buat kerja rumah, belajar rajin2 , perlu bertatasusila sedang anak lelaki dikerah bermain sahaja? Lebihkan tanggungjawab pd anak lelaki sebab mereka bakal ketua keluarga
 
Dan umur anak2 lelaki saya baru 8 tahun,5 tahun dan 2 tahun.. tak taulah mana satu yg diorang ingat nanti🙄
 
Ke diorg ingat mak diorg mcm Hulk😪
Amirul Arief saya sealu gelar dia "hero mama"
 
Adam si tembam
 
Adam si tembam lagi
 
Adalan Khairy si magic mama
Dengan Khairy saya betul-betul belajar jadi ibu
perjuanga seorang ibu
Khairy sangat beerti  dalam hidup saya 
 
 
Hadiah hari ibu
anak-anak tepengaruh dengan rakan sebaya haha
bersungguh-sungguh arief belajar mengeja nama saya
 
amana belikan saya music box
sekejap je adik-adik lelaki hancurkan
pen tue amana belikan dengan ucapan
"mama buat keja opis laju-laju tau lepas tue kita boleh jalan-jalan bila gaji"
hahaha
taktik tak habis-habis
 
 

Monday, May 21, 2018

Bila mama memasak

 
 
Assalamualaikum semua
dah 6 hari puasa
ada yang dah ponteng ke?
haha
kalau yg dbenarkan tue takpe
yang saja2 ponteng tue kebenda pulak?
Nak naik van jenazah ke?
LALALALALA
 
Anak-anak suka main hp saya
paling geram hari nie saya jumpa hp saya bawah ampaian kain
adohai anak-anak
takpelah anak sendiri
sabarlah banyak2
 
 
saya nak delete gambar dalam hp
baru perasan banyaknye gambar makanan haha
bak kata ustaz ebit lew dalam entry saya sebelum nie
"Baru tahu sebab apa wanita suka upload makanan kat fb..yerlah sebab dia masak. Dia penat. Dia seronok. Tu jer...hee.."
 
Jomlah scroll gambar apa yg ada dalam hp saya
semua saya yang masak ye
bukan copet gambar orang lain ye
JOM SCROLLL
 
 
udang butter
 
 
kawan-kawan kat FB cakap udang nie kena goring dulu baru masuk dalam gravy butter nie
Tapi ada sekali tue bos saya belanja makan shell out kat opis mcm tak goreng pun udangnya
sedap je hahaha
 
Arief suka sangat.. dia makan bertambah
tak bercakap-cakap makan tau
tapi malas kopek udang
sayalah yang kopekkan
 
 
tenggiri masak sambal
 
mehoon  goreng 
khairy makan 2 pinggan
 
 sup sayaur
selalunya anak-anak makan dengan ayam goring atau ikan goreng
 
sambal udang
 
lemak pengaga campur labu
 
 
nasi goreng
kalau time bersahur tue
malas saya nak menumbuk bagai
saya beli je sambal melgo nie kat member saya
sebekas rm10 je
jadi bila saya nak buat nak goreng atau ikan bercili saya guna je nie
rasa macam kita sendiri menumbuk
dah homemade kan?
012-3694054 Linda
 
 
lemak kobis sedap kan?
 
sarapan nie
 
adam dah besar
dia pun nak makan sama-sama atas meja
 
nasi tomato
 
haaa ini spesial
telur ikan bercili
cilinya saya tumbuk sendiri sebab masa nie sambal melgo takde
telur ikan tue fresh sangat
yang suka telur ikan papa bebudak nie
saya dulu mana pernah makan
saya ras apernah sekali mak nak masak telur ikan cili api
hancur telur ikan dalam kuah tue haha
 
ayam bercili
 
asam pedas yummm
 
asam pedas tenggiri
sedap
sendiri masak sendiri puji
 
lauk biasa..sambal..ikan goring ..sayur berkuah utk anak-anak
 
sedapnyeeeee
ika terubuk sumbat
resepi mak saya
 
kari ikan merah  
sedapnya kari ikan
 
udang bakar
bakar atas pan je
 
sambal sotong
 
kari kicap ikan tongkol
 
sotong kicap
 
ikan bilis kentang bercili
 
kuwetiaw goreng
 
mak saya suka lauk nie
udang cili api campur pucuk paku
 
ayam bercili
 
 
aeh keluar lagi ikan cencaru sumbat nie
saya bakar atas tempat masak je
 
 
nasi lemak biasanya sarapan
 
sambal petai
udang galah lemak nenas..mak bagi rasanya
 
 
 
BLUEEKKKKK
UDAHLE SCROLL MAKANAN TUE
POSA KE TAK NIEEEEEE????
 

Ebit lew memasak

Hari ini saya cuti ceramah 1 Ramadhan. Bidadari booking 2hari untuknya awal Ramadhan ini....balik ambil anak sekolah saya cuba buat-buat sibuk masak untuk bidadari dan anak-anak. Bersepah dapur kecil ini bila ebit lew masuk dapur. Macam lepas berperang kat dapur nie..hehe..cuba teka masak apa tu?itulah menu utama orang buat dakwah atau dekat masjid. Banyak kuah. ya Allah ampun. Biasa keluar jalan Allah jarang dapat masak. Orang suruh ceramah jer. Kat rumah pulak bidadari tak bagi. Kena merayu baru dapat masak..hee

Kelakar campur sedih sayu sangat.....sebab terbayang bidadari saya hari-hari masak. Mak saya dulu pun begitu.begitulah kebanyakan wanita...anak-anak kata ayah nak ini..nak itu..nak ini..menjerit-jerit. Dia tak tahu ayah dia bukan pandai macam umi dia masak.

Isteri lak senyum-senyum tengok suami..sibuk rakam suami dia masak. Ambil gambar..hehe...orang bercinta memang macam tu yer..duduk-duduk nak ambil gambar. Sayang, tunggulah di luar biar abang masak..nanti malu..tak jadi...Sayang rehat yer..tengok masa buka nanti..

Baru tahu sebab apa wanita suka upload makanan kat fb..yerlah sebab dia masak. Dia penat. Dia seronok. Tu jer...hee..

Cuba tengok isteri, sambil masak boleh layan suami..sambil masak boleh buat susu anak. Sambil masak boleh kemas rumah. Sambil onn mesin basuh. Kutip baju. Beribu kerja satu masa...

Saya masak macam mengaji. Solat. Betul-betul khusuk. Yerlah macam orang baru ambil lesen kereta. L....dapur pun bersepah..dah siap baru kemas..

Lihat seorang isteri mereka berpuasa sama dengan kita suami. Mereka bekerja, sama dengan kita cari rezeki. Jika tak kerja di luar, kerja di rumah 24 jam tak habis-habis.

Tapi bila sampai rumah kebanyakannya isteri jaga anak-anak. Kita sedap-sedap dapat solat isya dan Tarawih di masjid. Jumpa kawan-kawan di masjid. Isteri sibuk urus anak sepanjang malam. Buat yang anak-anak masih kecil.

Isteri sibuk uruskan anak-anak. Lepas tu mereka juga bangun sahur awal. Ada pula suami pesan isteri jangan lupa kejut sahur. Kalau tak kejut abang tak puasa. Jika tak bangun, marah isteri.

Kasihanilah ibu dan isteri kita. Sayangilah mereka. Mereka tolong kita cari duit tanpa harap balasan. Mereka jadi bibik 24 jam di rumah. Bibik pun ada gaji dan ada waktu bekerja.

Isteri jadi tukang masak yang pakar. Masakan mereka dengan doa dan bersih. Sentiasa cari menu baru dan fikir apa nak masak untuk suami..laku rancangan masak. Selebriti masak. Sebab nak beri yang terbaik buat suami. 24 jam fikir nak masak apa. Ya Allah...

Lepas tu jadi cikgu anak-anak kita. Mereka cikgu math. Mereka ustazah fardhu ain. Mereka guru mengaji. Mereka guru kaunseling. Mereka guru displin. Mereka cikgu bahasa. Semua mereka kena ajar anak-anak. Mereka cikgu adab akhlak. Berapa elaun nak bayar untuk semua subjek. Tapi mereka buat semua tu kerana cinta.

Lepas tu mereka pelayan dan menjadi hiburan anak-anak. Anak menangis mereka tahu nak apa. Anak kecil belajar cakap. Isteri kita faham. Mereka tahu semua bahasa anak-anak.

Mereka tidurkan semua anak-anak. Lepas tu mereka pakai cantik-cantik layan suami lagi. Macam-macam jenis suami ada. Nak macam -macam layanan. Isteri dah penat sepanjang hari..

Mereka jadi jam loceng. Suami ada hp. Tapi harapkan jam isteri bunyi. Suami dan anak-anak bangun waktu berbeza-beza.

Buat saya dan semua suami. Jom kita buat semuanya sama-sama dengan isteri kita. Cintai dan sayangi mereka. Hargai mereka.

Ucapkanlah cinta dan sayang pada mereka. Pegang tangan mereka ucapkanlah. "Sayang betapa bertuahnya abang dapat sayang. Terima kasih sudi jadi isteri abang. Abang benar-benar bersyukur dapat sayang. I love u sayang. Abang betul-betul cintakan dan sayang sayang.."sedap sayang masak. Pandainya sayang. Ya Allah hebatnya sayang buat semua kerja ni..

Bantulah mereka bersama-sama buat kerja rumah. Sekali sekala atau selalu selalulah kita siapkan buka puasa. Kita siapkan sahur. Kejut isteri dan anak sahur. Buat surprise buat isteri dengan kita kemaskan rumah. Mop lantai. Kemas mainan anak-anak. Basuh tandas. Isikan minyak kereta isteri. Siapkan baju isteri dan anak-anak. Kemaskan buku sekolah anak-anak. Basuh baju. Jemurkan semuanya. Angkat baju. Lipat baju. Kemaskan katil kita dan katil anak-anak. Layan anak-anak.

Kita tidurkan semua anak-anak. Sekali sekala beri isteri rehat awal. Kita urus anak-anak. Nikmat bila kita dapat lihat isteri kita berehat. Wajahnya masa tidur nikmat buat seorang suami. Gembira campur sebak tengok wanita ini tinggalkan semuanya untuk bersama kita..berilah juga duit belanja dan apa yang kita ingin untuk kita berilah juga kepada mereka.

Doakanlah isteri kita. Doakan orang yang kita sayangi. Tiada hadiah paling berharga atas semua itu melebihi mendoakan mereka-ebit lew

#www.keluargasunnah.com #29september2018 #matradekl #jomDaftar

#jomBerbukaDiParamountCoffeeHouse #ada2cawanganBangidanShahAlam

#prokidsCutiSekolahDanJelajahSekolah

Monday, May 14, 2018

Street Churros @IOI Mall Putrajaya

Assalamualaikum semua
Perkara yang anak-anak tunggu setiap saya dapat gaji adalah bila mak bawak jalan-jalan
Tau je dapat gaji "mama jom kita jalan..IOI nak? Bangi Gateaway nak?"
Kalau khairy yang Tanya dengan mulut tejuih2 tue manalah sampai hati saya
 
Biasanya kalau bawak 4 anak jalan nie memang habislah rm200++ sehari
Masa tue saya ikut je cakap anak-anak
Nak makan apa dan nak main apa
 
Now anak-anak dah jadi hantu chuross
meh kita layan
 
Saya suka chuross yang dip dengan coklat
air tepi tue kalau pahit mintak adik tue tambah gula bagi manis
 
tengok mulut khairy
berparut
jatuh katil
 dia melompat2 kat kepala katil
terjatuh dan tergigit bibir sendiri
banyak gile darah keluar
bawak doctor
doctor cakap dalam
tapi kalau jahit lagi sakit
jadi saya pujuk khairy supaya tahan
khairy pun dah paham
dengar jahit je terus angkat tangan saya keluar  haha
tau pulak takut
masa melompat tak ingat dunia
dah berparut anak hensem magic mama
 
nyummm
posa2 tengok benda nie
fitam 
 
kami try yang filling coklat terus dalam tue
tapi anak2 tak suka pulak
kalau yg biasa tue sampai 4 kali kena beli
 
amboi tak padan kecik
semua benda nak rasa
 
sayang adam
adam yang tak pernah saya tunggu kehadirannya
tapi inilah buah hati kesayangan saya sekarang
khairy pun jeles!
 
sedap tau..
cubalah
adam tembam pun suka
 
oh lupa satu bekas tue rm9.90 tambah dip rm11.9 rasanya
anak2 saya kena beli 4 haha
makan nie kudap2 je..
nanti diorang nak makan benda lain pulak
layan je
 
saya sekarang dah sampai tahap
semua duit yang ada untuk anak-anak gembira
simpan sekadar terdesak sahaja
kalau simpan2 esok kita bernyawa lagi ke?
anak-anak kita masih ada nafas ke?
gembirakan anak-anak masa dia bersama kita dan kita bersama mereka
dan rezeki saya tak pernah putus sekarang
bila saya happykan org2 tersayang ada je rezeki datang entah celah mana
walau dah paras2 hidung haha
tetiba ada je yang masuk dan datang
 
kadang-kadang ada masa rasa penat nak bawak anak2 jenjalan
tapi bila teringat saya dah bazir umur amana dan arief sepanjang tinggal di puchong
saya tak nak ulang dengan adam dan khairy
penat ke apa ke
risaukan bil2 tak berbayar ke apa ke
saya tetap akan bawak jugak diorang happykan diri
 
saya percaya jika tak kedekut dengan org2 tersayang dan paling penting&rapat dalam hidup kita
kita takkan sedar allah murahkan rezeki dan berkatkan rezeki kita dalam pelbagai cara
 
itu salah satu sebab anak-anak rapat dengan saya walaupun saya garang
saya memang akan marah kalau diorang tak reti mengemas
bazir masa
melopong goyang kaki padahal saya nie terbongkok2 buat mcm2 kerja
kalau tak ditegur dah besar nanti kita pulak jadi "hamba" anak2
nak ke?
 
 
saya jugak garang masa saya tak sihat
 jika anak2 tak faham dan tak reti  menilai dengan hati
memang saya marah diorang
tapi anak-anak paham
dan mereka akan cakap lepas tue
"mama sakit ye? "
Amana paling bagus sekarang
bila saya cakap "mama sakit kepala..mama tak sihat"
terus amana angkut semua adik2 lari dalam bilik dia
amana faham bateri saya dah nyawa2 ikan
alhamdulilah
 
nyawa-nyawa saya
keluarga kecik saya  dan ibu
kalau mereka gembira
rezeki saya takkan putus
sebab mereka tak pernah berhenti doakan saya
terutama mak saya
melihat jatuh bangun saya
melihat air mata saya yang jatuh dalam hati
mak saya nampak
mak cakap  saya masa susah pun tak nak mak tolong
jadi mak dapat tengok je
mak nak bagi pun angah tak nak
kuat semangat angah
haha
tapi sampai hari nie saya ingat mak bagi saya 6K untuk modalkan online business
dalam sebulan saya bayar balik
saya berani amik pun sebab sebelum tue sale non stop
kalau tak saya takkan amikla duit mak saya
 
semoga saya murah rezeki untuk happykan mak dan anak2 kesayangan saya nie