ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, September 30, 2011

Sapa ada anak comel meh join contest ne..



The Prize
RM150 eCash Voucher from BBdressy
Check out BBdressy’s Quality Baby and Kids Clothing range for 0 to 2 year olds on their Facebook page
To participate in the contest, you must be:
  • a Malaysian citizen residing in the country
  • a mamababyworld.com member
    If you are not a member yet, click here to register.
    Please make sure that you enter your contact details (full name, NRIC No, address, tel no, etc) correctly.

How to participate in the contest
Email the following particulars with email title as Best Dressed Baby Contest to admin@mamababyworld.com
  • attach your baby’s photo
  • your baby’s full name and date of birth
  • your full name and NRIC No
  • Please note that your baby must be between 0 to 2 years old

     

Selection of contest winner
  • Photos will be posted to the album entitled “Who is the Best Dressed Baby?” on our Facebook page
  • The photo with the highest number of LIKEs will win the contest-syarat ne yang buat lomah!!

Contest Rules
  • Each participant is allowed to submit one photo only
  • Cut-off date for photo submissions will be 15th October 2011
  • Cut-off date for voting(Liking) will be 31st October 2011
  • Our announcement of the winner is final - any dispute will not be entertained
  • The prize of RM150 eCash Voucher is valid for purchasing products from BBdressy online only and is not exchangeable for cash
  • In the event of a tie(s) in votes(Likes), the prize of RM150 eCash Voucher will be shared equally amongst the winners
  • We reserve the right to disqualify participants who are found to have cheated or violated any of the contest rules

Saya?? Tak mo join.. FB.FB..Like..Like ne..Lotih makcik..

Diri rasa tua bila..

1) bila naik menyampah tengok realiti TV spt American Idol, AF..

2) bila naik menyampah tengok citer-citer dengki khianat, sumbang mahram, bunuh2, gangster sana-sini. Biasanya saya akan terus tukar chanell  dengan berkata "Amana baik tukar citer cartoon". dan saya bersyukur bila Amana pun dah pandai menilai..Bila tengok citer yg merepek-repek kat tv dia bawa remote & cakap "mama baik tukar citer cartoon" Sejuk perut mama mengandungkan Amana..

3) bila dah tak dapat lagi mengikut citer bersiri dek kekangan masa..alohai suhaila busynya kamu.. Siapa berani cakap jadi ibu tak busy? Saya bukan ada maid hokayyyyyy

4) bila tengok mak kita makin meningkat usia mengingatkan kita, kita pun makin tua

5) bila tengok kawan-kawan seangkatan berubah ke arah lebih baik

6) bila makin minat tengok siaran yang memberi pedoman mcm talk show Dr Fadzilah Kamsah

7) bila Amana makin tinggi dan melebihi paras pinggang saya

8) bila tengok citer Mekah rasa nak menitik air mata sebab tertanya2 "entah sampai ke kat sana"

9) bila asik terkenang seronoknye sembahyang jemaah kat masjid dengan mak masa bujang-bujang dulu masa tunaikan solat tarawih

10) bila asik terkenang seronoknya masa kat umah mak dulu tiap-tiap khamis boleh kata bersambung-sambung bacaan Yassin dari kami adik-beradik. Ada org kata bidaah baca yassin hari khamis , malam jumaat tue tapi itulah masa yg selalunya kami free. jadi baik baca dari tak baca..

11) bila saya makin tak kenal artis-artis baru kat Malaysia/oversea sebab tak ikuti perkembangan sangat kecualilah Wardina Safiah sbb saya ikuti FB dia, Dynaz sebab dia selalu ada dalam parenting workshop.. semua orang dok cakap Justin Beiber tapi mana satu lagu dia pun saya enggak tau..

12) bila merasakan pengisian rohani itu lebih penting dari material

13) bila merasakan masa ne cepat sungguh berlalu

14) bila saya melihat diri mak dalam diri saya. Dulu mak bangun pagi untuk buat pelbagai keja umah sebab hari-hari lain keja opis. Hari Sabtu Ahad umpama tiada rehat. Kekadang kami masih tido lagi. Tapi sekarang macam tuela saya..Macam mak.. Dalam kepala dah beratur segala macam keja yang nak dibuat.. Sebab lepas tengahari mesti nak ke umah mak/mil/kenduri/dsbg

15) bila makin suka menyimpan rasa dari meluahkannya.. Sebab mula berfikir susah nak mengubah orang;  baik ubah diri sendiri sahaja..Lagipun penat nak menerangkan dari A-Z..dah besarkan? Takkan tak boleh fikir..

16) bila lebih suka buat sahaja sendiri kalau boleh buat ; dari mengharapkan orang. Bila saya tak mampu buat, saya biarkan sahaja.. chill..

17) bila tak sabar menunggu Arief menjadi imam kecil pada saya..

18) bila saya tak kisah untuk meminta maaf sebab saya tak tahu esok masih ada atau tidak untuk saya. Walau kadang-kala saya merasakan kesalahan itu bukan 100% dari saya tapi saya selalu teringat cerita-cerita yang saya baca..cerita kita melepaskan satu hari yang bermakna sedangkan itulah hari terakhir kita/dia di dunia...

19) bila mula merasakan tanggungjawab sebagai ibu tue terlalu berat terutama dalam keadaan semasa sekarang. Selalu berdoa Amana tidak melakukan kesilapan-kesilapan yang pernah saya buat& kesali sehingga kini & Amana akan melakukan kebaikan yang saya buat. Selalu berdoa Arief menjadi lelaki yang dapat melindungi kakaknya & menjadi lelaki yang tahu menilai,menghormati&menghargai wanita. Dan paling penting anak-anak dapat khatam Quran & tidak meninggalkan solat.

20) bila hati rasa tak tenteram buka Quran & baca Yassin..rasa mcm kejap je dah habis.. Di sepanjang-panjang membaca tue kadang-kala menitik-nitik air mata tapi bila habis baca rasa sedikit beban hilang. Dulu selalu tengok mak baca Quran & menangis sendiri.. mmm.. saya pun macam mak?

p/s: dah 20 ne..cukupla..kang banyak sanagat terus jadi nenek kebayan..hihi

Thursday, September 29, 2011

Keja kosong di MARA : Khas untuk Eli Dianna & adik manjaku

Sebenarnya entry ne khas untuk elizadianna. & adik manja ku. Saya terbaca di wall FB eli yang eli mencari kerja as leturer. Almaklum orang dah habis master hehe. Dah cuba komen kat blog dia tapi entah kenapa tak dapat so saya buat entry lagipun boleh share ramai-ramai kan? Eli cuba tau jangan lambat tarikh tutup 07/10/11. Cepatttttttttt






Wednesday, September 28, 2011

Lipice dari Auntie Wan




Biasalah anak dara walau baru umur 4 tahun keinginan nak bersolek mesti ada. Dah namanya mama sporting; saya calit-calit jugakla kat Amana kalau dia dok merenung saya pakai make up. Baru-baru ne saya dapat lipice free!! Jadi saja saya war-warkan "ini gincu Amana ye, jangan amik gincu mama" Oh sikit punya suka!!  Betapa teruja seorang budak kepada alat solek sehingga ada soalan-soalan yang mengeletek hati saya sebagai mama..

Masa mula-mula pakai
Amana: Mama, minum air ke? Boleh ke?
Saya: Aahla.. mama tengah minum airla. Kenapa pulak?
Amana: Nanti..kalau minum air gincu Amana ne hilang sebab kena air..
Saya: (tergelak-gelak dalam hati je..kang kecik ati lak budak ne. patutla dari tadi tak minum-minum air) Takpe boleh minum... tak hilang lipice Amana kat mulut tue
Amana: Oh ye ke?? ..Amana minumla..

Saya nak bawak dia ke kedai tapi masa tue dia lum mandi. Baru bangun tido. Alah kedai mamak je pun. Cuci muka sikit dahlakan.. Keluar je dari bilik air lepas cuci muka..
Amana: Mama, kalau keluar kena makeupkan? Mana lipice Amana?
Saya: (tepuk dahi) Ala dekat je.. Ama kan dok dalam keta je..
Amana: (Muncung sedepa!)

Saya nak ke rumah sepupu untuk majlis pertunangan.. Saya belum makeup tapi saya tengok Amana macam kucing hilang anak. Resah gelisah. Sikit-sikit selongkar beg saya.. Bila saya tanya kenapa.. Diam je.. Sampaila saya naik angin
Saya: Apa Amana selongkar beg office mama tue. Kang hilang tag mama, kad mama. Camana mama nak masuk opis
Amana : (Dengan muka sedih..) Amana carik lipice..
Saya: (Adoi..anak..anak..)


Masa ne Amana pakai lipice. Itu yang buat senyum lebar tue..


Borang-borang contest ne juga dihantar bersekali dengan lipice yang membuatkan anak dara kecik ne asik nak ber "lipice" je bila keluar. Thanks Wan.. ila memang nak beli tup-tup Wan dah pos sebijik!!
Agaknya ini part of hadiah yang Wan menang kat sini kot.. Mekacih ye Wan.. Suka anak dara ne.. Opss maknye pun tumpang semulut..hehe

Tuesday, September 27, 2011

Akibat tak membaca arahan contest betul-betul...


DALIA AMANA YANG JADI MANGSA..

geng-geng contest mesti tau ada contest ice cream Magnum
siap beli & pujuk Amana untuk posing
rupa-rupanya kena posing dgn crown bagai rasanya
pastu dah malas nak amik-amik gambar lagi
bukan senang nak pujuk budak2 bergambar
nak dapat tempat yang menarik lagi..
lotih makcik
nasibla aiskrim tue sedap
dapt jugak makan aiskrim tue..
hihi
tengok jelah gambar ye..








takpela nanti mama belanja makan lagi satu aiskrim ye..
ada contest jugak..
rasanya tak payah amik gambar
tapi mahal benorla pulak RM50++ ke atas
nanti kita pegi beli ye..
makan senyap-senyap janagn bagitau papa..
blueekkkk.. boleh ke rahsia dengan En.Papa?
tak boleh punya..hihi

Saturday, September 24, 2011

Panduan suami/isteri yang baik

Sama-sama kita renungkan adakah kita sudah menjadi pasangan yang terbaik untuk pasangan kita (bagi suami isteri)..info dari Facebook Ustaz Azhar Idrus. Tapi saya dapat dari sini

Panduan Suami baik..
  • Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
  • Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah  pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
  • Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
  • Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
  • Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
  • Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
  • Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
  • Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
  • Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

Isteri Yg Baik

  •   Nikahi suaminya bukan kerana harta atau dunia
  •   Sentiasa sedar syurga dibawah tapak kaki suaminya
  •   Taat semua perintah suami yg bukan maksiat
  •   Tak bangkang kata2 suami dan tidak meninggi suara
  •   Meminta ampun setiap kali suami keluar pergi bekerja dan waktu pulang
  •   Menyediakan semua keperluan suami seperti memasak dll
  •   Menemani suami makan sekalipun dirinya berpuasa
  •   Tidak menjamah makanan melainkan setelah suami mula dahulu
  •   Sentiasa memasak makanan yg digemari suami
  •   Sentiasa berada disisi suami bila suami dirumah
  •   Rumah sentiasa kemas dan bersih
  •   Berhias hanya utk suami dgn solekan dan pakaian tercantik
  •   Tidak suka mengungkit
p/s: selalu berdoa jadi isteri,anak & mama yang baik tetapi kekadang keadaan buat kita seolah-olah jauh dari itu...

Friday, September 23, 2011

Oh syoknyeee dunia belogku..........

Apa sebabnya anda berbelog? Apa jawapan anda? Jawapan clichqe "Minat". Jawapan sebenarnya "show off!!" Eh tak baik cakap macam tue tau. Dulu saya tak le addicted sangat dengan berblog sbb blog saya yang first tue private. Tapi lepas open blog ne, mmg addicctedle sesangat sebab saya tahu ada kwan-kawan yg follow blog saya walau jauh panggang dari Hanis Zalika..hehe.. Kenapa saya suka berbelog?
  • saya jarang keluar berjalan-jalan; hidup saya pejabat, rumah saya, rumah mak, rumah mil, TESCO? dan anak-anak. Jadi bila saya BW saya suka tengok kawan-kawan saya melancong-lancong walau saya tak ke situ. Happy bila tengok tempat yang geng-geng blogger lawati  walau cuma saya tengok menerusi PC
  • saya kenal ramai kawan baru. seronoknyeeeeeeee.. walau ada antaranya tak penah bersua muka cuma menerusi blog tapi rasa bestnyeeeeeeeeee dapat kawan baru..
  • kenal kawan yang ala-ala satu line-MZ boleh ila menuntut ilmu ye.. Kot-kot kuat semangat nak sambung study.Boleh bagi tuition free? 
  • saya dapat banyak info memacam tentang PTPTN, hotel, info ilmiah  etc etc 
(6 bulan stok susu)


(3 bulan stok Pet-Pet)

  • part ne paling best!!! Saya kenal geng-geng contest melalui blog!! Sifu Ayu, Mira, Ezz, MZ, Wan  Kalau bukan sebab berblog saya tak dapat merasa rezeki dari sumber ini. Sejak melibatkan dengan contest-montest ne saya dah menang 2 big wining  dan adalah small2 winning yang buat saya rasa "oh syoknyeeeeeeee dunia blogku.." ekeke. Pulak tue ada pulak yang tak kedekut mengepos borang contest!! Wan.. TQ sesangat. Kalau wan tak pos memang ila tak akan dapat borang-borang tue. Pelbagai borang tauuuuu.. Ada borang boleh dapat melalui online tapi ada sesetangah tak ada.. Saya pulak jenis jarang keluar memerap je kat umah dgn lambakan tugas.. Backlog sokmo kain baju haiiiiiiiiiii....  Kalau tak keluar , mana nak dapat pelbagai borang yang ada kat shopping complex tue? Oh Wan, ila akan  beli barang-barang syarat contest tue.Mana tau ada luck kan? 
Antara hasil kemenangan & saya jual di label " Mummy Department"
  • menjana kewangan dari blog . Mula-mula saya buka online shop memang sebab saya jadi pengedar cloth diapers tapi sekarang kalau ada item-item yang saya menangi saya nak let-go inilah tempatnya melalui littlemummydaddy-online shop saya. Dulu untuk bayi je tapi sejak-sejak menangi barang-barang kosmetik ne jadi saya open juga untuk barangan mummy. Lagipun seronok tau kalau dapat duit dari business ne lain rasanya walau tak banyak mana..hehe
  • tempat berkongsi perkembangan rakan-rakan . Jumpa teman-teman pun bukan selalu. Menerusi blog saya tahula oh anak kawan saya tue dah besar, dulu kecik je. Oh dulu anak satu sekarang dah masuk dua.. Oh dulu satu isteri sekarang dah ada tiga..kiki.. takla..gurau je..
  • tau barangan murah/program yang menarik..ada kawan-kawan yang tak kedekut tau berkongsi info-info best. Kat mana ada program petukaran susu, ada dapat diapers free,..isk memacamla..
  • takla rasa mcm katak bawah tempurung. Siapa yg sempat tonton berita? Saya?? Tak sompek dik.. Balik terus keja memasak.. mengemas..apa-apa yg seorang ibu buat.. Rasa mcm bionic women pun ada cuma sekarang kena kurang-kurangkan sebab nanti diri sendiri yang merana..hihi. Kerana blog banyak isu semasa yang saya tahu..Walau kekadang lewat tahu..hihi. Biasanya hari Sabtu Ahd saya sempat BW sebelum anak-anak bangun. Time rehat org lain relex-relex tapi saya berkejar makan cecepat & BW. kurang dosa mengumpat..kiki..
  • tempat melepas tekanan.. hurmmmmmmmm...
  • tempat berkongsi cerita anak-anak saya yang makin membesar
  • tempat berkongsi barang-barang best yang dibeli.. kalau tengok geng blogger beli & dapat harga best saya pun nak join sekali hihi
  • tempat menghabiskan duit..haha..beli barang pun online sekarang..tak payah susah-susah ajak org teman..kuikui
Banyak yang menyebabkan saya suka berbelog. Semalam saya dah cakap dengan BFF nanti Amana dah besar dah pandai membaca&menulis saya akan ajar dia buat belog.. Geleng kepala jelah BFF ku itew..haha..advance anak mama... Sekarang pun Amana dah tunjuk ciri-ciri seorang blogger. Bila saya sibuk snap-snap gambar Amana akan cakap "cepat dik (Arief) mama nak amik gambar masuk blog.." Bila En.Papa buat muka menyampah bila  saya snap-snap gambar yang saya rasa boleh buat entry di blog; Amana akan backing "biarla papa ne , mama nak masukkan dalam blog.. papa mana ada blog" hihi.. Bagus-bagus tapi yang paling tak tahan bila saya bawak balik majalah "mama nak masuk contest?" Bila saya bawak bungkusan macam hadiah "hadiah contest ye mama?" TULUS & JUJUR SUNGGUH SOALAN MU TUE NAK....perli ye?


ANDA PULA BAGAIMANA??

Thursday, September 22, 2011

Maksud sebenar akad nikah, kalau faham betul2 mesti lelaki takut..

Renungan besama utk yg dah berkahwin dan yg bakal berkahwin.



 Semua adik-beradik saya ustaz ne yang nikah kan


"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM....”
Itu adalah tersurat.

Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah,

“Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemuMu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."

Takut tak wahai lelaki? Tak takut? Oh mentang-mentanglah neraka tue tak boleh nampak sekarang.. isk..isk..  Betapa berat tanggungjawab yang kamu-kamu pikul.Jadi jangan amik mudah & enteng. Penah saya baca kalau suami masuk neraka belum tentu isteri masuk neraka tapi kalau isteri masuk neraka berkemungkinan akan menarik suami masuk neraka..mmm.. Didikla isteri dan anak-anak anda paling mudah anak-anak & isteri didik di atas tikar sejadah selepas salam-bersalam tue bagila tazkirah sikit.Nasihatla sikit-sikit..Betul tak?

p/s: Penah baca tag di FB tapi lupa nak letak. Hari ne ada jumpa lak kat sini .

Alhamdulilah.. total rezeki hari ini RM210++.


Kalau ada kawan-kawan yang ingat saya ada buat entry saya menang hadiah ini menerusi PA&MA. Selepas itu saya jual secara online di blog online saya di  littlemummydaddy  dengan harga yang murah dari harga asal dan dicampur dengan postage cost jugak. Selepas dua bulan ada yang berminat nak beli. Dari Sabah pulak tue.. Semalam dia call hari ne terus transfer duit. Siap tanya kalau kat Sabah postage free ke? Kalau saya tulis postage free memang  freela seluruh Malaysia. Kalau oberc tue lainla..kiki.. Alhamdulilah.. Saya tak penah pos barang ke Sabah. Saya anggap kos postage dalam RM20la.. Saya dapat RM100lah kiranya.. Saya nak pos laju sebab barang ne fragilekan mana boleh nak pos biasa. Kang sampai kat client , lain pulak jadinya.. TQ ye Nurashikin jenguk blog saya


Semalam ada geng kat MARA call nak set A cloth diapers pulak. First time saya buat set mix + ada diskaun. Sengaja saya  mix pelbagai jenis cloth diapers supaya client dapat rasa semua jenis CD ne.. Satu set RM100 (ada 4 mix CD). Ok setel satu set ada lagi 3 set sahaja.. Cepat-cepat grap!!  Alhamdulilah.. Rezeki anak-anak.. Allah beri saya banyak perkara gembira.. Patut rasa bersyukur dan ketepikan rasa yang tak best kan?

  • semalam pun dapat msg menanag produk Safi dari Cosmo. Alhamdulilah walau small winning je.
  • hari ne jenguk maybank kenapa banyak sangat duit? oh dah gaji ke?? haha.. Alhamdulilah duit raya lepas masih berbaki. Jadi saya akan bayar CC dengan banyak. Kalau kita menggunakan CC kenalah pandai manage jangan terlupa itu adalah satu hutang &liability!!

Meleleh Air liur...

Godek-godek gambar ternampak gambar ini.
Gulai Lemak Ketam Cili Api!!
Lapar je rasa perut ne..



Bahan-bahan:
-cili api ikut suka hati & ketahanan perut
-kunyit ikut suka hati
-bawang (utk sedapkan)-tak letak pun takpe
-mesin semua kat atas
-serai tumbuk-tumbuk manja
-santan pekat & cair

Cara masak:
 Masuk ketam& bahan-bahan mesin tadi
Biar sampai ketam kecut, masukkan santan cair
 Dah agak2 ok, masuk santan pekat
Campur garam secukup & sesedap rasa
Makan dengan lahapnye
Burpppp

Masak tak le pandai mana. Tapi okla nak bagi suami & anak-anak makan. Cuma satu benda je yg saya tak confident nak masak. Rendang!! Saya rasa saya  masak tak sedap. Penah sekali saya masak utk En. Papa. En.Papa kata teringin. Gagah bawak keta (masa tue tak teror pun) pg pasar malam yg saya tak penah jejak utk beli daging (isteri ne asal suami sebut mencicit masak.. betul tak? Beruntung jadi suami zaman sekarang..) Bila balik, masak rasa ada yang tak kena. Entah apa yg terkurang, entah apa yg terkebih..enggak tau dong..Pastu dah malas nak masak.. Sebab nanti tak sedap & at the end masuk tong sampah & takde sapa nak makan. Masak jela benda2 yang saya tahu & expert..

Walau lauk cili api tue dah pedas tapi kena ada jugak lauk color merah. Apa lagi sambal le..
ikhlas dari isteri aka mama aka chef aka bibik
Noktah

p/s: ada  lagi?? Kata dah noktah?
Hari ne mcm nak masak hati masak lemak cili api + nangka..
Meleleh lagi air liur
The End

Wednesday, September 21, 2011

Bila tau info best mari kita kongsi-kongsi terutama dapat barang free :)

SYARAT-SYARAT PENTING!!
Anda mesti perempuan
Anda mesti mengandung upon registration
Anda mesti beranak dalam tahun 2011

haaa.. Amacam ? Memenuhi syarat?
Kalau penuhi;  sila teruskan
Kalau tak penuhi pun apa salahnya baca
Walau hati itu jeles sejeles-jelsnyeeeeee
Ngeh..Ngeh..Ngeh..
Wawa..Wawa..

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
comelkan question mark color pink?

?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
warna biru ne sakit matakan?
okla malas nak main-main lagi..


Nak free stok huggies setahun??
Nakkan?
Mestilah nak..
Berbaloi-baloi..
Sempat lagi sebelum tahun 2011 berakhir
Masih ada 4 mama yang boleh jadi yang bernasib baik
Apa lagi?
Registerlah...

gambar kecik sorilah ye.. Tapi i bagi link sekali
Tak susah pun.. Register je..
Hepp..Jangan malas!!
Mana tau rezeki anda..
i kongsi-kongsi supaya kita sama-sama dapat merasa..
Eh i tak dapat rasa pun..muahaha..
Tak prgnt pun..
Arief tetap yang bongsu si jantung hatiku..
Nak balik rindu si comel ini..


 p/s: Thanks pada Wan yang amat baik ati pos memacam kat i
i nak buat entry khas nanti!!
i mabuk hari ne selalunya gunakan ganti diri saya hehe

Raya tak habis-habis- Umah Ex Bos..

Tak habis-habis cerita raya!! Raya sebulan ye dik non.. Kali ne kami beraya di rumah ex- bos kami iaitu ex-Timbalan Ketua Pengarah . Lama jugakla Prof Rohazar di pinjamkan oleh UiTM kepada office kami ne. Rasanya tahun lepas barulah Prof kembali dengan sepenuhnya ke UiTM. Kiranya dalam IP field ne Prof adalah pioneer. Oh ada lagi satu Prof Lim Heng Ghee-leturer UiTM jugak. Memang inilah nama-nama glamor  yang akan naik kalau ada event kat office kami. Semuanya kat finger tips je.Terorkan diorang... Tabik spring lorrrr...

Lupalak nak amik gambar umah Prof dari luar. Adalah beberapa kali saya datang ke rumah Prof. Tapi macam biasa saya memang tak hafal jalan. Setiap kali pun jadi co-pilot je. Keta pejabat yang hantar untuk urusan keja. Tahun lepas Prof buat open house besar-besaran hari Sabtu, ajak En. Papa katanya "ok je. Awak tau jalan? Awak dah banyak kali pegikan? " Jawapan co-pilot "erkkkkkk... kat Gombak" kiki.. Memang kena bebellah  "Awak ingat Gombak tue kecik, landmark pun tak tau, lain kali bila pegi mana-mana hafal..bla bla bla.." Uwekkkkkkk..


Boleh kata tiap-tiap tahun Prof buat open house yang besar-besar cuma tahun ne jamuan raya ne Kak Aida yang organize bagi pihak Prof. Kak Aida pun ajakla yang terlintas di hati dan fikiran untuk memeriahkan suasana di uamh Prof. Prof masak memacam tapi malu nak snp-snap gambar. Saya je blogger tegar kat situ haha. Prof masak sambal udang, nasi tomato, daging hitam(sedap gilos!!) mcm2la lagi. Kenyang betul!! Eh.. saya ada snap satu gambar tak senonoh tau..

Dah makan separuh baru nak snap? Tak senonoh. daging hitam tue Prof masak tau.. Sedap.. Saya tak malu..Tambah 2 kali. Buat mcm umah sendiri.Makan depan tv sambil tengok bola. Bentang paper..
Pastu nak tambah pegi kat dapur. Amik atas meja. Tak cukup Prof kata amik kat periuk nasi..haha... Pastu makan banyak-banyak dah ngantuk..Muahaha

Yang prgnt baju putih tuela PA Prof dulu. Kak Aida..


Dimana ada Linda , di situ ada saya;  kata BFF!
Haha ganti tempat duduk dgn Kak Aida je tadi.
Lepas ne dia lak bjangkit preggy mcm Kak Aida.. Opsssssss


Inilah muka-muka terakhir kat umah Prof. Umah Prof best!! Tanahnya lapang. Sesuai untuk lepak-lepak kat luar untuk amik angin sambil makan cempedak goreng & mangga!! Prof ada pokok cempedak & mangga tau... Yummy!! Prof jangan lupa saya nak mangga yang sedap tue ye.. Cempedak kalau dah goreng post kat opis ye..Muahaha


Gambar last untuk kenangan. Entah boleh bersua untuk raya tahun depan ke tidak ye. Prof dah kurus dari dulu. Katanya advice doctor sebab lututnya sakit. Dunia ne terlalu kecil rupanya. Selepas kawin dengan En.Papa berjalan-jalan ke rumah keluarga aruah papa (ayah En.Papa) rupanya adik arwah (Busu)  rakan sekelas dengan Prof masa study law dulu.hehe. Kalau saya ke umah Busu mesti Busu akan tanya "Bos kamu apa kabar" kiki Semoga Prof sentiasa dilimpahi kebahagian & kegembiraan dalam apa yg Prof buat ye.. AMIN.....

p/s: Sebelum balik sempat lak Prof tapaukan nasik utk En.Papa. Prof tapaukan coklat untuk anak-anak. Tapi hampir separuh saya yang makan dalam keta masa nak balik umah. Itu pun puas tahan sebab coklat-coklatnya  sedappppppppp & variety tauuuuuuu.. Dapat upah lebih sebab tolong Prof basuh pinggan..kiki..

Tuesday, September 20, 2011

PIZZA CHUNKY LOADED.. YUMMY!!

Dah teringin sejak berminggu-minggu, teringin punya pasal; duit kat tangan, kunci keta kat tangan terus bawak keta pegi Jaya Jusco Equin Park. Kalau takde duit camana ye bila tekak ne teringin nak makan macam2 agaknya??

Arief happy dapat duduk dalam stroller keta.
 Jadi rebutan dua beradik yg buat saya pening

Bergurau senda sementara menunggu order sampai.
Setengah jam digunakan untuk menenangkan dua beradik. Tak mudah!!
 Tapi di mana ada kemahuan di situ ada jalan..


Pizza idaman hati.. Yummy..


Makan satu je?? Tipu saya makan semua slice kecuali dua potong. kiki.. Baru namanya teringinkan. Kalau budak2 tak buat peel habis semua tue saya makan. Sedap tau. Tak muak.. Sebabnya roti dia sikit tapi isi banyak. Saya rasa mcm makan makanan arab pulak sebab banyak tomato dalam tue.. Yummy...


Amana: Mama , mana air amana?
Mama: .. ala Amana minum air kosong je
Amana: Nak ne.. (Tunjuk gambar ais blended)
Mama: Tak payahla.....
Amana: Nak jugak!!
Mama: eee.. Dik budak ne nak air ice blended ye..
Sekian.


Lepas makan tolak troli beberapa tapak saya tengok orang-orang keliling sibuk tengok Arief..
Laaaaa dah terlentuk rupanya..

Di samping memenuhi keinginan saya yang sibuk nak makan piza, saya jugak nak habiskan masa dengan anak-anak. Budak-budak pun tahu bosan tau dengan rutin mereka yang hari-hari ke umah babysitter/taska. Sebab itulah ada cuti weekend untuk habiskan masa dengan keluarga, beriadah dengan anak-anak. Takkan Amana asik nak mengadap tv cartoon je.. Rosakla mata anak-anakkan?. Diorang pun kena hidu udara luar yang nyaman sesekali. Oh dah lama tak bawa ke pool pagi-pagi. Selepas raya ada sahaja eventnya. Ok this week mama cuba bawa ke kolam waktu pagi ye..

 Mengutip batu-bata
Level 1, Bayar RM4 untuk 2 jam..Okla

 Memanjat dinasor

 Hai mama..

Menggelongsor.. Eh mana Arief?

 Membuta kat sofa di luar

Selepas itu bergegas ke rumah mak. Hujan renyai yang buat jalan jem sedikit..Saya plan nak tido di rumah mak. Untuk membendung rasa bersalah sebab tak ikut satu family ke kenduri kawin di rumah sepupu di Negeri Sembilan. Lagipun esoknya mak ada buat makan-makan dengan kengkawan dia. Mesti mak suka anak-anak + cucu-cucu dia ada jugak.

Arief yang dah bangun melayan kerak chungky loaded. Sedapkan Arief?

Habis citer last week yang penuh suka duka,masam manis pahit.
Teruskan kehidupan yang penuh warna-warni sebab hidup ne sekejap je..
Gembirakan anak-anak & ibubapa sebab hidup ini sementara sahaja..Betul tak?
Lainlah kalau hidup menongkat langit mcm zombi/ hantu kak limah..hihi


p/s: Eh napa saya tak amik gambar makan-makan kat umah mak? Sibuk melayan orang yang datang.. Sibuk melayan anak-anak..

Monday, September 19, 2011

Betul ke kalau anak mula hisap jari dia nak dapat adik?


Selalu tak kawan-kawan dimomok-momokkan dengan kata-kata "haa anak kecik u dah hisap jari? ohhh nak dapat adikle tue..." Selalukan? Kalau tak penah dengar ayat ne mesti uolls duduk kat planet Apes.. Oh untuk makluman Arief dah hisap jari start lum pandai merangkak tau.. cuba tengok gambar-gambar ne. Masa ne Arief lebih kurang 8 bulan ye..  Kalau ikut ayat keramat tue dah lama Arief ada adik tau & Amana makin stress sebab ada pesaing yang baru. Baru sorang pesaing pun Amana dah tak tentu arah peelnya.. Nak tambah lagi sorang dalam masa terdekat? No..No...


Tapi sampai sekarang pun belum ada adik lagi. Alhamdulilah... Memang saya tak merancang nak ada anak dalam masa terdekat ne. Ye bak kata org tua jugak "anak-anak tue anugerah Illahi dan setiap anak itu ada rezekinya" tapi kalau dok KL ne hantar anak kat nursery untuk baby baru lahir RM300 ye.. Ada sesetengah tempat dah RM350. Tak mampu mama korang ne..hehe..Nanti  anak-anak yg sedia ada ne yg tak cukup pulak.. (pandangan saya sahaja  bukan utk org lain ye..jangan kecik ati tau..) Bayangkan Amana yang baru 4 tahun pun dah pandai "Mama, Amana nak ice blended ye..".. Mama kedekut jawab "Ala minum jela milo ais " Anak demanding pulak jawab "Tak nak!! Amana kata Amana nak ice blended, nak ice blendedla.. " Sambil jeling marah.. Cucuk mata baru tau...  Ehhhh mama korang ne masa baya korang mintak milo ais kat mamak pun tak reti lagi tau!!

Dan yang paling utama sebenarnya saya kena bersedia dari segi kesihatan..Doktor dah warning kalau saya prgnt saya mungkin akan bed rest lama sbb sakit belakang ne.. Waaaaaaaaaa.... Kalau saya ne duduk kat umah je tak pe tapi saya ne bekerja. Kalau asik bedrest je camana? Belum lagi muntah-muntah yg sepanjang 9 bulan (experiance masa Amana&Arief dulu. Masa Amana; esok bersalin, hari ini muntah lagi penuh satu bilik air sampai tersumbat hokkay!!).

Paling tidak tunggulah Arief 2 tahun setengah.. barulah kurang rasa bersalah pada kawan-kawan sepejabat. Bagilah saya melangsaikan tugas-tugas dengan tenang tanpa mabuk-mabuk... Tapi ...Kiki.. Next month Arief dah  2 tahun tau!! Horey..Horey..Horey.. Big clap !! Alhamdulilah..Cecah jugak Arief 2 tahun tanpa adik.. Dah lepas my expectation.. Paling risau tak cecah setahun dah prgnt lagi.. Lepas je Arief setahun saya dah tarik nafas lega. Bulan depan 2 tahun pulak lagi tarik nafas  nafas lega panjangggggggg lagi!! 

Haa.. Oh saya tak pakai apa-apa pun.. Allah tahu kemampuan saya setakat mana kut.. Kemampuan dari mental &fizikal.. Saya mama yang serba tak sempurna... Bukan seperti mama lain yang serba sempurna...

p/s: Kulit Arief cantikkan? Tuela dah tau kulit anak cantik tak mo jaga.. Sekarang? Bertanda-tanda sebab Arief jenis kulit sensetif.. Hurmmmm..Punah harapan mama nak Arief masuk contest baby & nak jadi ahli sukan yg bijak pandai... Muahaha..

Saturday, September 17, 2011

Arief & Bendera Malaysia sempena Hari Malaysia

 Kelakar pulak tengok rambut Arief macam tempurung kelapa..kiki


 Mama ne bendera negara kita ye??


Nampak tak muka Arief?

Friday, September 16, 2011

Thanks Ms Amanda From Pet-Pet Malaysia

Lanjutan daripada entry kemenangan Pet-Pet Mum Choice, saya dah amik hadiahnya di Subang dekat je dengan umah makcik saya di USJ2. Dekat dengan MyDin.

Semua barangan di pamer di sini..Tak silap saya pampes Hey Baby pun ada dipamerkan


Saya bersama Ms Amanda yang amat-amat baik. Dari mula dia call sampailah saya arrange nak ambil hadiah, sampailah jumpa sangat-sangatla baik hati.. Bukan memuji sebab dia uruskan  pemberian hadiah tapi org yang macam ne memang sesuai keja yg melibatkan  dgn ramai orang sebab amatla soft spoken tau.. Sebab dia nampak ok je jadi saya ajak dia amik gambar sekali..hehe



Seperti yang dijanjikan; 3 bulan stok saiz XL. Dapat dua kotak yang mengandungi 6 pek XL56.. Rasanya worth RM230++. Alhamdulilah..



Dua gambar istimewa yang saya snap  khas untuk Pet-Pet

 Hai kawan-kawan sayalah model terbaru Pet-Pet



 Apa rahsianya mama saya menang?
Sebabnya mama ceritakan kisah yang benar yang berlaku pada anak-anaknya