ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, September 15, 2019

Isteri mencari nafkah

https://youtu.be/KFkDD_TBAjw

Dato Fadzilah - Bila duot selalu tak cukup

https://youtu.be/xAoxN8oUU4g

Dato Harun Din.. Nafkah suami

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2281728528754822&id=605785416121870&sfnsn=mo

Nafkah isteri

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2281728528754822&id=605785416121870&sfnsn=mo

Suami Tidak Menafkahi Keluarga Karena Bayar Hutang Ke Bank - Buya Yahya ...

Isteri memang tak sakit ya?

Perasan tak? Wanita yang bergelar ibu ni jarang sakit. Tapi kalau sekali dia sakit, memang teruk.

Sebab apa?

Bukan sebab antibodi dia kuat.
Bukan sebab dia makan vitamin beraneka.
Bukan sebab dia gagah perkasa.
Bukan sebab dia ada saka.
Bukan bukan bukan.....

Sebab dia tahu...
Kalau dia sakit, segalanya berterabur.
Kalau dia sakit, semuanya jadi tak tentu hala.
Kalau dia sakit, anak² mcm hilang pedoman.
Kalau dia sakit, suaminya spt tak keruan.
Kalau dia sakit, rumah jadi sepi, lesu & bisu.

Kerana itu, dikuatkan semangatnya, sakit sikit tak mengapa. Sebenarnya dia bukan tak sakit, tapi dia lupa akan sakitnya sbb fokusnya lebih kpd keluarga. Fokus pada keluarga hingga hilang fokus kpd diri sendiri. Bila lama diri tak terurus, sekali dia sakit, sakit yang teruk, bertindan tindan. Kerana ALLAH nak bagi dia rehat.

Maka, pada anak², pada suami, buatlah kerja sepertimana ibu/isteri buat. Ambillah tahu barangan rumah letak kat mana, baju anak dok kat mana dan lain² supaya tak kelam kabut bila isteri sakit terbaring tak bermaya.

Atau, jagalah isteri sebagaimana dia menjaga kamu supaya dia tak jatuh sakit, mental mahupun fizikalnya.

Jangan bila dia dah takde, baru sedar betapa perlunya isteri dalam hidup kamu.

Credit :Nor Ami Roslee

Friday, September 6, 2019

SELAMAT HARI RAYA HAJI 2019

 

Cerita dah basi pun kita letak jugak.. Esok lusa nak scroll jugak balik.. Cerita Raya Haji yang dah lepas tue..




Kami solat raya di kawasan rumah. Bantu2 org korban di sini sebab husbd tolong melapah korban. Sy tolong2 potong bawang dan daging korban je. Nak tolong2 masak tak pandai utk volume yg ramai2 nie🀦‍♀️.. Masak utk anak beranak lainlah.. So buatlah kerja2 potong memotong je..


Lepas magrib terus pecut pergi Melawati. Tahun ini Hari Raya Haji di sebelah mil. Mil pun duduk dekat Melawati Mall kita raya sinilah bawak mil makan2. Bawak 3 anak lelaki yg lasak mana boleh berenti membebel . Orang pulak boleh tahan ramai. Syukur kat tempat makan nie tenang juga. Pendapat saya kita mak2 nie time makan kat luar je dapat rehat. Dapat chill.. Dapat borak2. Rehat sikitlah itupun dok memerhati anak2 yg lasak. Masuk je dlm rumah mcm2 benda nak buat.

Tahun lepas mak yg daftarkan urusan korban saya. Buat korban di luar negara. Tahun lepas pertama kali saya joint korban. Tahun ini saya buat di EziQurban. Saya daftar sendiri. Insya Allah tahun depat niatnya nak buat di satu Madrasah dan saya juga nak lihat sendiri korban saya disembelih. Semoga Allah mudahkan niat saya.. Kena menabung dari awal tahun. Dengarnya korban seekor kambing harganya 1 dinar emas dari dulu sampai sekarang.. So Kena carik org yg jual kambing dengan guna dinar emaslah jawabnyaπŸ˜† kena gigih menabung utk korban tahun depan!

Umur makin banyak.. Urusan duniawi memang takkan habis selagi hidup.. Usahakanlah jugak utk urusan akhirat kita. Dulu saya tak terfikir jugak tentang korban nie.. Tapi saya terbaca status doktor yg jadi bos krim semambu yg saya jual nie tentang ibadat korban. Terus "terjentik" hati utk buat korban.. Insya allah kita cuba buat setiap tahun.. Semoga Allah mudahkan.. Insya Allah. Amin..

 


Hari pertama raya haji 2019.paling awal sampai selepas imam. Beria2 nak takbir raya

Anak sulung nie tengah makan buat muka. Rupanya tengah sakit hti dengan Arief.. Adoii mcm2..
 
Mak mertua saya makan sikit je ye.. Takdenye makan seekor ayam tepi tue..Haha.. Mak mertua pun kita sayang mcm mak sendiri.. Dah 13 tahun kawin dah 13 tahunlah mak suami jadi mak kita.. Semoga dimurahkan rezeki saya supaya  saya dapat hiburkan mil saya mcm saya hiburkan mak saya..


 Ayam ala2 korea nie untuk khairy. Nak lepaskan kempunan khairy. Sebelum nie khairy pernah makan ayam lebih kurang gini kat fast food korea. Tapi kami hold dulu utk makan tempat tue lagi lepas tau takde halal jakim. So order kat sini utk Khairy.. Beria2 makan..

 Kemain Adam makan sup mushroom. Sampai tak pandang mak amik gambor.. Khairy dah nakal ye.. Cuma kurang sikit dari AriefπŸ˜‘

 Ayam tue rasa fresh sgt. Sy yg potong guna pisau ala2 pisau sandwich je.. Tajam.. Sennag gile nak potong. Ayam tue jenis French Toast. 

 Arief kemain request nk makan aiskrim padahal selalu je makan aiskrim. Sup mushroom pun semangkuk habis. Kalau habis saya tak kisah. Tak habis tue yg saya marah

 Alahai terlupa bawak.. Ada kat peti ais mil.. Sy pack bawak balik. Sy sorang je makan sayur2 nie

 Sibuk nak tunjuk buku yg dia baca.. Menu makanan je pun 😝

Anak bongsu yg disayangi semua. Boleh tahan lasak nie.

Tuesday, September 3, 2019

KASIHNYA ANAK

 



 Snap gambar cepat2 terus dukung and peluk Adam. Bersalah sgt rasa😭

Saya dah kemas rumah, masak, siapkan Adam and bagi makan. Matahari dah nak cecah kepala turn saya pulak mandi. Mcm biasa perlukan me time. Tak lama pun. Saya tutup pintu bilik. Ingatkan Adam main dengan Khairy sebab Khairy dah balik....

Rupa-rupanya Adam menunggu maknya buka pintu. Puas mengintai mak dari bawah pintu sampai tertidur.

Bersalahnya rasa bila buka2 pintu tengok Adam tertidur menunggu mamanya bukak pintu mcm nie😭

Saya rasa semua mak pun mcm nie. Pantang mak hilang dari mata anak mesti carik. Mak baru naik tangga setapak dah mengekor beramai2.. Belum lagi tengok Mak sarung tudung. Kelam-kabut semua sarung seliper nak mengekorlah tue.. Padahal mak nak angkat kain je pun🀦‍♀️🀦‍♀️


 


Friday, August 30, 2019

Mana ada perempuan mcm nie sebelum kawin

Si anak tiba-tiba menjerit tidak mahu keluar dari lif. Maka si ibu menarik kasar tangan si anak untuk dipaksa keluar dari lif sambil turut menjerit. 'AKU BENCI LAH!'. Tetapi mata si ibu ketika itu sedang memandang tepat pada suaminya.

Seolah-olah yang dimarah sebenarnya ialah si suami, namun dilepaskan kepada anak-anak. Terkejut juga aku dan lain-lain yang turut sama berada di dalam lif ketika itu.

Persoalan yang timbul ialah, di manakah salahnya? atau soalan yang lebih tepat lagi, mengapa si ibu yang fitrahnya penuh kelembutan boleh bertindak sedemikian?

Kerana hakikatnya,

Mana ada perempuan macam ini sebelum kahwin. Perempuan ini lemah lembut, tetapi mungkin kerana tekanan hidupnya, membuatkan dia berubah menjadi seorang yang panas baran.

Mana ada perempan macam ini sebelum kahwin. Perempuan ini penuh dengan kasih sayang, tetapi mungkin ada faktor lain yang membuatkan kasih sayangnya menjadi kering kontang.

Mana ada perempuan macam ini sebelum kahwin. Perempuan ini sentiasa cermat dalam tindakannya. Mungkin kerena terlalu banyak yang perlu difikir dan diuruskannya sendirian telah mengubah tertibnya.

Mana ada perempuan macam ini sebelum kahwin. Perempuan ini sifatnya memang pemalu dan lemah lembut. Tetapi mungkin kerana sering tidak mendapat penghormatan dan penghargaan sewajarnya membuatkan dia penat dan terlalu kecewa.

Maka menjadi tanggungjawab kita sebagai suami untuk memastikan isteri yang kita kahwini BAHAGIA hidup bersama kita.

Kesimpulan yang ringkas tetapi besar pengertiannya.

p/s : Lihatlah isteri kita dengan penuh kecintaan dan berusahalah untuk mengekalkan segala yang baik tentang fitrah kewanitaannya.

#najminawawi

Thursday, August 29, 2019

BIG TAS TEA REKO SENTRAL


Hai org2 Kajang dah datang ke @Big Tas Tea
Now kalau mama stress mama dah tak payah drive jauh2 sampai town Bangi nak carik kek kat Secret Recept.
Big Tas Tea nie dekat sikit dah.. Kat Jalan Reko je.. mcm2 kek ada.. Western ada.. Ayam korea pun ada.. Makanan melayu pun ada..

Muka bebudak baru bangun tido
Kena warm up dulu
Makan kek dengan air besh ye?
 

Ke mana-mana pun kena bawak si mungil dan manja nie.
Adam pulak jenis suka rasa semua jenis makanan. Lebih2 lagi kalau presentation nampak menarik..


Mula2 beli satu je.. Tapi  khairy dah nangis sebab si adam asik penyekkan kek dia.. Mcm dlm gambar tuela.. Terpaksa beli 2.. Alhamdulilah habis jugak.. Tinggal sikit2 je utk mak rasa.. Selalunya  memang tak habis. Saya memang tak suka buang2 makanan. Sama ada yg saya masak atau yg saya beli. Kek satu slice RM9.80



Yang saya beli tue Milky Tea Brown Sugar RM7.80
 Yang budak2 punya Ice Blended Oreo RM7 rasanya


Saya makan nasi kukus chicken grill rm10.80

Korean Chiken RM11.80
 
Khairy pernah makan sekali kat restaurant viral korea. Suka sangat ayam korea nie. Tapi saya dah tak berani nak makan kat restaurant korea tue sebab Khairy tegur "mama restaurant nie halal ke?" yang kelakar dia pegi tanya lepas habis makan.. dan saya sebagai mak pun satu.. tak tengok2 label halal..
Korean Chicken nie saya bawak balik sebab Khairy kenyang makan kek. Bawak balik yg makan bersungguh2 dan asik cakap sedap adalah si Amana haha.

 
 
Anak2 saya sekarang pun dah pandai tanya.. "Ehh kita makan tadi ada halal ke? Takde pun logo halal" Walaupun anak soal lepas makan πŸ˜… saya sebagai ibulah yg bertanggungjawab memerhati pemakanan anak2. Sungguh rasa bersalah itu datang bila anak dah telan makanan yg ada keraguan. Sy mintak maaf pada anak2 dan janji semua nie tak akan jadi lagi. Khairy lagi teruk "mama bagi kita makan benda haram ke? Camana nie nak muntahkan ke?" Allahu akbar.. Maafkan mama ye nak.. K
 
Kalau restaurant Melayu/ Muslim.. insya allah tak perlu logo halal pun kita yakin. Tak semestinya takde logo Halal makanan tue tak halal tetapi kalau dah restaurant oversea sah2 bukan Melayu punya dan kita ada rasa ragu2. Kalau dah ragu2 nak makan ke?
 
Orang2 beriman berhenti sebelum HALAL. Apakah berhenti sebelum Halal? Iaitu syubahah. Boleh dengan klip video Ustazah Asma Harun di link ini ye
 
 
  
 
 


 
Korang followlah









 

 

 

 

 

Monday, August 5, 2019

Kau bukan ibu yang baik bila cakap penat?


https://www.facebook.com/KristinaKuzmic/videos/1798216846908692/UzpfSTEwMDAwMDAxNTc3MTYyODoyNjY1NzI3OTkzNDM3NzAw/

Hahaha..
I like it😍😍
Eh salah ke cakap penat?
Kita bukan mak yg baik bila cakap penat?...
Kita tak bersyukur bila cakap penat?
Sesuka hati je judge..


Jadi org bujang pun ramai yg komplen penat. Komplen heatic dengan life..
Ini pulak mak okey.. Bawak 4 anak sekali dalam kehidupan.. Opss terlupa sorang lagi.. Bapaknya.. Dan saya pun tak meninggalkan parents.. Nak bawak semua sekali dlm satu kehidupan yg indah nie.. Heatic tapi bahagia. Indya allah.. Ujian biasalah.. Opss didikan Allah je.. Change it.

Ye saya penat..
Tapi im happy mother. Insya allah.
Kain baju, kemas mainan, kemas habuk, pergi pasar, masak, , membebel, mengemas etc etc biasalah tue. Itu mmg hidup sebagai ibu. Tambah lagi ko kerja..

Paling seronok adalah hujung minggu. Ke sana sini joint aktiviti riadah anak. Hantar amik anak tuisyen dan mengeteh dengan salah sorng anak walaupun secara curi2 takut anak2 lain nak ikut. Paling kecoh bila bawak semua. Tapi practice make perfect. Dah biasa.. Kalau nampak i dok bebel2 tue bior je ye.. 4 anak 4 perangai. Belum mata kena awas tengok anak3 yg lincah. Mulut kena cepat menegur. Walau ko pok pet pok pet sepanjang bawak semua anak i dah biasa je. Mak2 yg telah lalui pengalaman yg sama.. Senyum sambil sengih.. Dan ada acik2 yg cakap "acik dulu pun sama mcm kamu. Enjoy saja. Bebel saja"πŸ˜†

Yang acah2 good tue.. Sampai tak boleh luahkan dan always nak tunjuk perfect mom tue.. Takpe.. Im not alone. Maybe uools yg alone sebenarnya bak kata mak dlm video yg kelakar nie🧐
Btw saya belum pernah sorok coklat dlm tampon box. Letak dlm meti ais.. Sesaat licin! 😜😜

 
Amacam kari ikan saya? Nampak saya yang masak. Tapi tau tak beli ikan nie saya ke pasar tani dengan 3 anak berderet2? Satu anak main bola.. Oh selamat yang main bola tue paling lasak.. Setiap lauk yg saya masak semua ada bahagian.. Nasi pastilah suami yg beli. Sayur2 yang saya masak dari pasu belakang rumah  anak2 yg siram pokoknya.. Sayur2 yg saya beli adalah bersama anak2.. Proses Moterhood jugakkan?


 Kalau senyum kemain mcm nie masihkah bukan kita ibu yang baik?

 Hujung minggu selalu masak nasi lemak. Senang sampai ke malam. Tapi kdg2 malam kami ngeteh kat luar. Sekadar amik angin..

 Curi2 dating dengan Amana. Anak sulung banyak membantu ibunya. Dari segi emosi dan fizikal. Kena sayang anak sulung lebih supaya dia tak rasa terpinggir sebab asik kena marah bila adik2 buat hal..  Kita jangan cakap je kita sayang.. kena tunjuk dengan perbuatan.. Baru dia tau betapa kita saying dan dia sangat penting dlm hidup kita

 2 anak bongsu tidur kiri kanan saya. Tiap2 malam bergaduh sebab berebut mak.
 Masihkah bukan ibu yang baik walau saya cakap saya penat?

 Ini anak paling lasak. Lasak tue kita pindah ke padang bola.

 Kau tukang masak, kau cikgu, kau bibik, kau pekerja, kau mak kucing, kau mak manusia..
tak penat ke?

 Anak 4 macam2 peel tau. Sorang nak jadi ustaz, sorang nak jadi pemain bola, sorang nak jadi pemanah.. diorg tak tau mak dia dah pegang macam2 kerja sejak jadi "ibu"

 Jadi mak nie makan sayur je..Haha.. Caya tak?

 Anak kucing pun sayang ko. Walaupun ko tak mo layan dia. Anak ko sendiri dah ramai. Lagi ak tambah anak kucing.Tak habis2 kucing beranak..  Haishhh

 Joint aktiviti anak-anak paling best

Mak saya tak baik sebab komplen penat? Kamu tue tinggal dengan mak saya ke?


Ini sebenarnya waktu saya berehat.

Pestime buat bubur durian. Fuhh puji melangit anak-anak. Termasuk adik-adik. Saya sayang semuanya. Saya nak bahagiakan semua di sekeliling saya. Adik2 membesar bersama dengan saya masa saya kecil. Anak2 pula membesar bersama saya bila saya dewasa dan tua.

entah berapa kali curi2 keluar dengan Amana. Bapaknya buat dek je. Sebab tahu saya takde nak keluar dengan sapa2. Anak2 nielah kawan2 saya. Lagi satau adik2 saya.. Soalan suami saya bila Nampak adik saya husbd cakap dengan adik "haaa dah habis gossip?" haha
 
 
Kalau nak tau mak saya baik ke tak baik.. Tengoklah muka saya nie. Nampak bahagia ke muka stress? Mak saya nie memang suka bebel. Suka komplen penat. Sebab memang penat pun. Saya pun penat tgok mak saya tak reti duduk diam. Tapi itulah mak kesayangan saya. kalau mak merajuk saya pujuk sampai mak ketawa. Saya kecik lagi tau.. Tapi saya tak boleh tengok mak merajuk... (Adam kalau saya merajuk dia akan paksa muka saya mengadap muka dia. Dia akan cium berkali2. Sampai saya ketawa baru dia beralih main dengan kakak abang)
 
Penat itu tak boleh dipisahkan dengan ibu.. Dengan ayah pun. Suami pun penat. Cuma camana kita cover balik kepenatan kita. Camana saya cover penat saya? riadah dengan anak-anak. Keluar sana sini dengan anak2.... jadi ibu mana boleh pisah dengan anak-anak...
 
 

Thursday, August 1, 2019

Kasihan anak.. Kasihan isteri..

Orang yg lemah lembut pun boleh jadi pemarah dan baran jika dapat suami panas baran, kasar, bengis. Kenapa? Si isteri nak pertahankan dirinya.. Setahun dua mungkin diam.. Lama2 jadi dendam.. Bila meletop jadi pemarah...

Kalau masa mula2  kenal isteri anda lemah lembut dan lepas tue jadi pemarah.. Tanya diri sendiri.. Apa aku sbg suami dah buat pada isteri ini? Mana perempuan yg lembut dahulu? Kalau dari awql isteri tue jenis kasar pemarah takkan si suami nak buat jadi isteri kan?

------------------

"Dah? Doktor tak check pun!"

Budak 5 tahun ni, dari mula masuk bilik konsultasi doktor tadi, dah buat hati aku berdebar. Ada sahaja benda dia nak sentuh dan usik dengan kasar. Risau aku dibuatnya.

Buka  sahaja perilaku dia kasar, bahasanya pun boleh tahan juga. Bila mak dia tegur, dia menjawab dengan nada dan cara yang agak kasar. Jika tak tahu kesnya, mungkin timbul bibit marah.

Ayah budak ni seorang yang panas baran. Si ibu ada sebut perkataan "pukul" "cekik" "baling" serta perkataan lain yang menggambarkan betapa panasnya baran ayahnya itu.

Selain budak ni, emaknya juga jadi mangsa keganasan berkenaan. Si ibu cuba bertahan, cuba optimis, cuba mengharap, tapi akhirnya terpaksa juga memilih jalan untuk berpisah.

Dah tak sanggup menyorok bengkak dan lebam, menahan sakit, namun paling tak sanggup adalah lihat anak sendiri menjadi punching bag.

Namun, damage is done. Perpisahan itu sudah agak terlambat, kerana apa yang berlaku sebelum perpisahan itu telah meninggalkan kesan.

Setelah berpisah dengan suami, si ibu ingat hidupnya akan jadi aman. Jadi normal. Rupanya tidak!

Si anak telah mewarisi sifat kasar itu daripada si bapa. Cenderung untuk merosakkan barang, atau mencederakan diri jika tidak dilayan atau kemahuannya tidak dituruti.

Dulu, ada ayahnya, si anak mungkin takut nak tunjuk perangai. Bila ayahnya tiada, dia jadi sifat negatif itu menyerlah. Tak salah anak tu juga, dia membesar melihat kekasaran dan keganasan. Dia anggap itu perilaku normal.

Bila jadi begitu, si ibu menjadi terguris hati. Perangai anaknya itu mengingatkan dia kembali pada apa yang dilakukan bekas suami pada dirinya. Dia jadi geram. Jadi marah!

Lama-lama tak dapat bendung marah tu lagi. Akhirnya dia lepaskan geram dan marah terhadap suami, pada si anak. Habis diherdik dan dipukul anaknya. Seteruk mana? Entah.

Nampaknya, kes ini kembali ke petak pertama. Back to square one.

Bezanya, dulu ayah pukul, sekarang ibu pukul, anak pula pukul diri sendiri dan rosakkan barang. Jadi satu rantaian yang entah mana akhirnya. Jadi vicious cycle.

Nasib baik si ibu masih punya kewarasan. Dia datang jumpa saya(doktor) dan memohon si anak dan dirinya untuk dirujuk kepada kaunselor dan pakar psikiatri. Dia mahu kesengsaraan ni hentikan.

Saya rasa dia wanita yang cekal dan bijak. Dia tahu apa masalahnya, dia tak berdolak dalik, dia sendiri datang serah diri. Mungkin demi masa depan anaknya.

Sekarang kalian faham kan, bagaimana keganasan boleh diwarisi. Bukan dari genetik sangat, tetapi daripada pendedahan. Pendedahan yang berpanjangan terhadap keganasan.

Mangsa mungkin jadi pemangsa jika cukup pendedahan. Jika cukup dendam. Paling menakutkan mangsa tak balas pada pemangsanya, tapi orang lain.

Sebab itu, jika anda dibesarkan dengan kekasaran, jika boleh jangan anggap ia sesuatu yang "Alah biasalah, masa kecil pun aku kena macam ni. OK je!"

Kita mungkin OK, mungkin orang yang kita kasari tu tak OK. Ada yang jadi trauma, dan ada yang mungkin jadi lebih ganas dari kita. Tak rasa bersalah ke kerana kita membentuk perilaku ganas pada orang lain?

OKlah. Berbalik kepada kisah anak beranak tadi. Aku harap mereka berdua tadi akan dapat rawatan, dan dapat ubah hidup mereka. Aku doakan mereka boleh hidup tenang selepas ini.

Baran ni perlu dirawat. Perlu ditangani. Perlu dihentikan. Tak ada istilah "aku memang baran" atau "dia memang baran". Jika ada baran, maka hulurlah tangan, mintalah bantuan.

Ada yang sudi membantu!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Sedia membantu

Saturday, July 27, 2019

Sememangnya hadiah yang indah dibungkus dengan ujian yang perit


Saya listkan antara "hadiah" Allah beri sepanjang "didikan" Allah berlangsung. Bukan niat menunjuk2 tetapi yakinlah dengan janji Allah "setiap kesusahan pasti ada kesenangan". Allah tak pernah menipu.. Semuanya ada dlm Al-Quran. Yakin sahaja dan rasakan keajaiban setiap ayatnya.. Ulang-ulang sampai yakin dan meresap dalam hati kita.


1. Online business. Masa tue betul2 online mengganti gaji saya yg "lesap" dek cuti tanpa gaji. Alhamdulilah anak2 sampai cakap mama lagi kaya niaga online dari kerja opisπŸ˜‚.



2. Seingat saya pernah saya nangis sebab saya rasa sengkek gile. Ko dah rasa sejak umur 23 ada gaji tetiba takde.. Haha.. Saya nangis masa solat isyak. Anak2 semua dah tdo. Esoknya customee bank in 2k.rasanya 2 kali jadi mcm nie. Sgt2 bersyukur lebih2 kalau masa tue appoiment jantung atau mata khairy dah dekat.


3. Dengan online business saya dapat tunaikan nazar bawa khairy ke mekah. Tak silap saya bayar dekat 12k.. Saya, khairy dan depo 2.5k. Mak sponsor Amana sedangkan sy tak nak bawak sebab tak cukup budget. Mak cakap anak2 yg lain mak dah bagi bahagian masing2 utk ke mekah cuma saya sahaja yg tak ambil lagi. Jadi bahagian tue pindah kepada Amana sebab saya perlu jelaskan nazar utk ke mekah sendiri. mak juga cakap bahagian Amana nie adalah duit yg sy bagi tiap2 bulan pd mak sejak saya kerja dari umur 23 tahun. Masa ke mekah nie umur sy 34 thn. Almost 15k belanja ke umrah termasuk shoping ank2 dan makan2.. Sy tak tau mana datang 15k tue.. Semuanya melalui online business. Happy sgt sampai tak nak balik rasanya. Tapi satu anak tertinggal kat Malaysia.. Saya tahu "urusan" saya belum habis selagi semua anak tak ada di samping saya. Masa di umrah sy cakap dengan mak.. Duit angah semua dah habis mak. Tabung haji habis. Maybank habis.. Tetapi jejak sahaja Malaysia hp saya berbunyi non stop. Sy memang tak on hp selama 2 minggu tue. Rupa2nya customer bank in nak beli barang. Terkejut saya bila bukak Maybank ada 5k++ dan yg paling happy customer semua sudi tunggu saya balik umrah. Takde caci maki langsung walau 2 week barang mereka tak sampai. Subhanallah baik2 sgt customer saya😍




4. Beberapa ketika balik dari umrah. Saya perlu masuk office. Masa nie betul2 di persimpangan. Kalau saya masuk office camana khairy? Khairy kurang 2 tahun masa nie. Sy rasa nak resign. Insya allah dengan online business saya boleh hidup. Tapi sy dh melalui ujian. Yg penting bukan yg saya mahu tapi apa yg Allah mahu saya buat. Saya pun takut nak buat keputusan sendiri. Sy yakin keputusan sy baik utk hari ini tapi baikkah utk hari esok? Kalau dapat jawapan istiharah saya akan pegang jawapan itu sampai akhirnya tanpa sesal sebab itulah yang Allah mahukan. Saya buat istiharah dan jawapannya sgt menyedihkan.. Sy perlu masuk pejabat!


5. Dengan hati yg sedih sya ke pejabat. Dijaga oleh org yg sama menjaga anak buah saya. Air mata toksah cakap. Tapi sy yakinkan diri.. Allah takkan sia2kan saya dan anak2. Saya juga bayangkan nabi ismail yg ditinggalkan oleh nabi ibrahim yg tempatnya kering kotang kerana perintah Allah.. Tetap juga nabi ismail dlm jagaan Allah.

Alhamdulilah 6 bulan berikutnya sy dapat kerja dari rumah. Majikan izinkan supaya dpt jaga khairy. Bekerja dari rumah byk juga liku dan cabarannya. Tapi biar saya simpan sendiri kerana inilah yg Allah atur. Saya cuma ikut dan laluinya keranan hikmahnya Allah yg tahu . Dah masuk 4 tahun sy berkerja dari rumah ketika saya menulis status ini. Selain sy dapat kerja dari rumah, pangkat dan kenaikan gaji saya dikembalikan semula. Masa saya cuti menjaga khairy saya dalam proses kenaikan pangkat dan lead satu department yg KP ketika itu baru wujudkan dan nak saya uruskan. Demi seorang anak saya lepaskan semuanya. Saya tak kesal pun sebab hikmahnya jauh lebih besar dari yg saya lepaskan. Nampak tak hikmah kita tetap ikut petunjuk istiharah? Tak ada sesalan melainkan ketenangan dan kebahagiaan..

6. Saya menang party bernilai 50K beberapa bulan lepas pulang dari umrah sponsored dari Tan Choong Motor.. Saya buat majlis akikah khairy yang tak pernah dibuat. Tumbang 6 ekor kambing. Dapat juga 4 tab apple.


7. Sy menang home decor. Buat di bahagian ruang makan. Ruang makan yg tersangat dull jadi berseri dengan sentuhan deco tue. Sy masuk je rumah nie sybterus dapat "ujian" berturut2.. Jadi sy tak amik pusing urusan menghias rumah. Anak2 masih hidup dan bernqfas pun dah 1000 syukur. Deco rumah saya nie masuk dlm rancangan tv. Wallpaper, carpet, meja consul, framen lampu2 free. Alhamdulilah jimat duit.

8. Sy menang peti ais dan tilam jenis mahal. Kalau sy nak beli sendiri lum tentu haha.


9. Sy dikurniakan adam ziqri. Kira tezeki jugakkan? Adam juga budak magic mcm khairy. Cuma hal kesihatannya tak pernah sy share. Juga dikesan masa dlm perut lagi. Cuma saya lebih kuat walau hati sy hancur masa doktor bgitau. Menangis depan doktor dan saya kesat air mata sendiri dan saya cakap dengan doktor.. Doktor yg sama pantau saya masa khairy.. Jadi dia tahu rekod anak-anak saya.. "takpe doktor saya terima ujian nie lagi. Cuma kita treat as normal kan? Bukan ceser?" doktor plan adam bersalin normal tetapi ceser jugak akhirnya... Saya dah lalu dengan khairy. Konsep yg sama juga akan sy lalu dgn adam tapi dengan iman dan pergantungan pd Allah yg lebih kuat. Sy percaya ada hikmahnya. Sepanjang berita itu sy terima sy belek2 al quran dan baca setiap ayat yg disyorkan baik utk bayi dlm kandungan. Ye saya menangis. Nangis setiap kali baca quran. Panjang doa saya supaya anak sihat dqn saya kuat mcm jaga khairy. Mestilah saya ibu. Hati mana tak hancur bila laporan kesihatan mcm tue. Tapi sy juga tahu Allah uji sesuai dengan kemampuan saya. Sebab itu saya sgt bersyukur masa tempoh bekerja dari rumah dilanjutkan 2 tahun lagi menjadikan tempoh bekerja dari rumah 4 tahun. Bekerja dari rumah bukan utk khairy sahaja tetapi untuk Adam juga. Alhamdulilah adam membesar dengan baik dan sihat setakat ini. Malah comel dqn keletah. Syukur sgt2.. Saya lepasi lagi satu ujian Allah.. Lepasi disini maksud saya.. Saya tidak mengeluarkan kata2 yang menghancurkan iman saya.. Allah ingin lihat lagi bagaimana reaksi saya diuji dengan anak yg lain pula selepas khairy. Masihkah saya bertahan dan patuh? Cuma ketika Adam lahir suami faham hati sya tak mampu lagi handle dengan mcm2 urusan terutama hal pejabat. Suami beri modal dan katanya "tambahlah utk niaga. Awak nak resign kan?" tetapi Alhamdulilah sy masih bekerja.. Hasil istiharah juga..

10. Suami dan anak lelaki saya pula tunaikan umrah. Umrah/haji bukan untuk orang kaya atau orang miskin tetapi umrah/haji adalah untuk orang yang dijemput oleh Allah. Sampai hari ini saya teringat kata-kata mutawif yang  mengiringi rombongan saya ke Umrah 2015 dahulu.

Ada banyak lgi rezeki yg Allah turunkan dari langit ke 7 dan tidak terhitung... Setiap saat saya cuba dan bersyukur dengan setiap yang Allah beri .. Semuanya rahmat dan jika ujian, saya tukar ia jadi didikan jadi  saya akan lebih kuat .. Semua ini didikan kerana kasih Allah.. .. Bersama2 kita ambil hikmahnya lebih2 utk mereka yg sedang diuji. Allah uji sebab Allah sayang tetapi Allah nak tengok sejauh mana reaksi kita menghadapi ujian..
 
Nikmat mana yg kau ingin dustakan wahai manusia? Jika engkau reda dan bersyukur aku tambah nikmat. Tetapi jika engkau kufur seksaanku amatlah pedih.