ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, January 26, 2018

Pandora emas / pandora 916 by Geliga Gold

Rumah mampu milik di Kajang






🔥 HOT DEAL 🔥

BANDAR TEKNOLOGI, KAJANG 

✅ NEW PROJECT
✅ LOW DENSITY (214 units)
✅ FREEHOLD 
✅ Floor area: 890 Sq.Ft
✅ 3 Beds & 2 Baths
✅ Unit with balcony
✅ 2 Car Park

- Maintenance fee: RM0.20 ~ RM0.25 per sqft (max estimation)
- Swimming Pool
- Wading Pool
- Gymnasium
- Multi Purpose Hall
- Playground
- Kindergarten 
- Public Surau

RM282,000 ONLY
(After discount)

Booking *RM1000 ONLY*
Balance of 1% upon signing SPA 

✔Booking REFUND if loan rejected.
✔Booking FULLY REFUND if cancel before signing sign SPA

❗HURRY UP BEFORE TOO LATE ❗

Direct contact: 
*INA PIAN | 017 259 4029*

Lembutkan hati pasangan

PETUA LEMBUTKAN HATI PASANGAN

Pagi tadi lepas Solat Jemaah, belum sempat wirid tau2 wife saya dah landing atas riba. Mungkin penat sangat jaga Baby semalam kot. Takpela saya pun teruskan wirid dan doa sampai habis.

Lepas doa, saya nak bangun, tapi bila tengok balik muka wife yang keletihan ni, tak sampai hati nak kejut. Maka saya biarkan lah dia tidur kejap.

Tengah duk termenung sambil tenung muka bidadari saya ni, saya terfikir, macamana budak ni boleh jadi baik sangat ya?

Fikir punya fikir, akhirnya saya dapat. Rupanya Jawapan pada Solat Jemaah. Dulu kami jarang solat Jemaah. Masing2, kalau tak sependapat kira nak gaduh je. Saya pun Ego jugak, kira nak betul kita je kan.

Tapi bila dah mula berjemaah, cakap apa pun semua boleh cakap baik2. Cakap apa pun semua dia ikut. Rupanya Solat Berjemaah ni memang Power!

Ada beberapa concept yang ramai tak faham dalam rumah tangga. Antara basic nya ialah, lelaki ni dia nak Di HORMATI. Manakala wanita pula dia nak di SAYANGI. Apa yang terjadi pada ramai pasangan. Diorang expect dapat benda2 itu dari pasangan mereka dulu.

Maksud nya, kalau u sayang i, i hormat u. Macamtu jugak lah pada lelaki. U hormat i, i sayang u. Sebenarnya, the key is kita kena mula dengan diri kita dulu. Kalau kita lelaki, kita yang mula tunjuk kasih sayang pada Isteri kita dulu, nescaya isteri akan timbul rasa hormat pada suami. Automatic!

Dan yang best nya, benda ni ada dalam SOLAT JEMAAH. Bila solat jemaah, Automatic Sense of HORMAT pada suami tu akan terbentuk dalam Jiwa Isteri. Sebab suami jadi Imam, apa suami buat semua isteri ikut, patuh dan taat. Bila suami doakan apa2 hajat pun semua isteri amin kan. Maka dua2 ada matlamat yang sama, ada doa yang sama. Senang nak capai Kejayaan & Matlamat kalau sama2 berdoa ni.

The cycle will continue, Bila suami Dihormati, dia Automatic akan rasa bersalah kalau tak mencintai. Isteri bila di Cintai Automatic timbul rasa Hormat. Begitu lah seterusnya kitaran Emosi dalam Perkahwinan, asbab Solat Jemaah.

Jadi, kalau ada pasangan yang asyik2 nak gaduh, asyik2 tak sependapat, asyik2 suami nak marah. Ajak dia solat Jemaah. Susah lah kalau dah solat Jemaah hari2, nak gaduh jugak. Tak percaya cuba dulu 40 hari.

Bila kasih sayang ada dalam rumah, Rahmat Allah tu turun mencurah2. Allah Redha suami isteri yang berkasih sayang. Rezeki melimpah limpah2 Allah turun kan InsyaAllah.

Paling bagus pergi masjid bawak anak2 sekali. Tapi kalau sibuk sangat mulakan di rumah dulu Subuh, Maghrib, Isya. Yela, waktu lain masing2 dah busy dengan urusan masing2 kan. Waktu ni lah nak berkumpul family pun.

Macam kes kami, Alhamdulillah laki bini takyah kerja. So, kami ada plenty of time together.

InsyaAllah itu jela perkongsian harini. Moga bermanfaat selamat beramal. 😇

Apa lagi? Ajak hubby solat jom. 😉

          -Afnan Rosli-
Exclusive Calligraphy Artist

Wednesday, January 24, 2018

Hadiahkan isteri MASA

Dulu seseorang pernah nasihatkan saya,

"Jarang tau suami berazam nak hadiahkan isterinya MASA. Tapi, kau tahu tak salah satu MASA TERMAHAL yang boleh dibeli?"

Saya geleng.

Dia jawab, "Masa Berpantang Isteri."

Mungkin ada suami yang mampu bawa isteri melancong ke hujung dunia. Ada yang hire orang gaji, isteri cuma jaga dapur jaga perut suami saja. Atau asyik berbonus belikan rantai gelang untuk anak isteri.

Tapi, macam mana nak BELI MASA dan hadiahkan pada isteri?

1) Kerja gila-gila 11 bulan, BELILAH cuti 1 bulan untuk jaga isteri berpantang. Negara sejuk pun boleh kerja 10 bulan cuti 2 bulan. Takkan kita tak boleh, ye dak?

2) Kalau outstation sana sini 321 hari, ikhtiarkan 44 hari layani permaisuri lalui tempoh pantang. 12% je tu dari 365 hari.

3) Kalau ada anak 2, 3 orang, cubalah belajarlah untuk jaga isteri berpantang masa lahirkan mana-mana 1 anak dulu.

4) Kalau ada niat nak poligami, boleh HADIAHkan tempoh 1 bulan jaga isteri yang satu tu berpantang dulu, mana tahu dah ada 2, 3 isteri nanti mereka juga dapat HADIAH yang sama. Baru boleh kata diri tu betul-betul berduit, ye dak.

5) Ada suami dah beli 12 jam setiap hari selama setahun menghadap isteri (sebab habis kerja balik rumah jumpa isteri). Namun, 4,380 jam setahun itu, masih tak boleh lawan 'harga' 44 hari jaga isteri usai bersalin.

MASA adalah rantai buat isteri,
yang berloketkan KENANGAN.

Ia tak nampak, tak disentuh,
namun ia akan tersimpan utuh.

Al Irfan Jani

Gambar: engkuartini

Monday, January 22, 2018

Kerana khairy saya memandu😉

Antara perkara yang sangat saya syukur sejak anak ketiga disahkan maslah jantung dan saya cuti tanpa gaji dua tahun adalah saya mampu memandu sendiri!

Sebelum kawin; mak adik-beradik lain yang selalu bawa saya ke sana sini..kat universiti ada je rakan baik dan kakak angkat hantar atau saya sanggup je jalan kaki ke kelas... bila kerja kalau outstation pun driver atau ada rakan hantar sampai balik rumah.saya memang bernasib baik ada je orang nak layan kerenah saya yang tak reti memandu walau ada lesen Nie🤣

Alhamdulillah sejak jaga Khairy memang saya bawa kereta sendiri dan pernahlah accident dengan Khairy sampai bumper depan tertanggal🙄 tapi alhamdulillah memang Allah selalu pelihara saya dan Khairy walaupun pernahla saya memecut selaju2nya bila anak kedua Arief masuk hospital sebab sengaja telan guli!

Dan paling syukur boleh drive ke rumah mak ayah terus bila dengar mak tak sihat. Mak mengadu kebas-kebas satu badan.. darah tinggi naik banyak.. tadi anak buah si Aisya pun demam siap muntah atas lantai..ya Allah sian semuanya..

Alhamdulillah juga malam2 buta pun saya dapat drive sekarang.. jam 11malam lebih kurang sampai rumah dengan Adam dan Khairy..

anak perempuan saya nanti pun kena pandai drive jugak!

gambar2 Nie semua gambar kenangan saya cuti tanpa gaji dan berniaga online.. kehadiran Khairy betul2 mengajar saya erti sebenar "cekalnya hati ibu" . Saya dah tak peduli apa pun asalkan saya survive dengan anak-anak. Saya tak heran pun sesiapa nak menyakitkan hati saya sebab saya tahu Khairy selamat lahir pun demi nak saya terus kuat dan hidup. Jadi perlu kita pedulikan orang yang tak menyayangi kita atau yang nak menyakitkan hati kita dan anak-anak? Ramai lagi yang sayangkan kami terutama keluarga saya.. makayah saya..adik-beradik saya..

Dalam hidup nie memang banyak yang kita nak ubah dan patah balik kalau lah boleh naik mesin masa sebab banyak kesilapan yang kita buat terutama dalam memilih satu dalam banyak pilihan dan perkara.. Tapi perkara yang saya tetap nak adalah 4 orang anak ini tetap di samping saya... Saya sangat tak sangka bila fikir-fikir sendiri... Tak sangka saya ada 4 anak.. semoga mereka jadi org beriman dan boleh doakan bila saya tiada seperti mak saya hari2 bacakan doa untuk arwah nenek saya..

Otak letak kat lutut!

Kenapalah cantik sangat ?Pandora emas / pandora 916

Wednesday, January 17, 2018

Bertahanlah dengan sabar dan solat

Rezeki Allah berikan selepas kelahiran Adlan Khairy dengan jantung magic

Dapat menjaga Adlan Khairy dan Adam Ziqri dengan tangan sendiri walaupun masih bekerja. Dahulu Dalia Amana dan Amirul Arief membesar dengan pengasuh dan taska. Terlepas banyak momen2 sebagai ibu. Semuanya serba kecoh sebab kejar punch  card. Tipulah kalau tak ada termarah anak yang terkial-kial bangun. Lepas tue tinggal je anak kat pengasuh dan taska.  Semoga  tak perlu lalui momen mcm tue lagi..sedih..
Setiap ibu pasti rasakan yang sama ingin melihat perkembangan setiap anak.

Benarlah janji Allah itu benar
"Setiap kesulitan ada kemudahan'
"Cukuplah Allah bagimu"

Puasnya hati bila kita tahu yang kita sentiasa ada tempat mengadu dan permintaan kita akan dipenuhi.Cuma lambat atau cepat sahaja.Kuncinya sabar dan solat.Top up dengan yakin.

Renungan utk isteri

Andaikata, satu hari anda berputus asa pada suami anda, yang tanggungjawabnya ada, cuma perangainya menjengkelkan mata, telinga dan seluruh jiwa, lalu anda memutuskan untuk mencari-cari apa jua cara agar dia benci pada anda, dan menceraikan anda kerana kebencian yang sengaja anda bina dan reka, kemudiannya satu saat nanti di kala anda berada di antara syurga dan neraka, pahala dan dosa anda sama tara sama timbangannya, hanya pahala sabar yang sekelumit itu menjadi penentu pemberat timbangan. Apakah hari ini anda akan terus melepaskan peluang itu? Apakah anda akan teruskan dengan hasrat meminta dan memaksa diceraikan atas alasan tak mahu suami terus menanggung dosa kesalahan yang anda sendiri ada-adakan?

Sekecil zarah sebuah kesabaran penentu syurga atau neraka seorang isteri.

Ingatlah, saat anda menangisi hati yang tersiat terluka di dunia, Allah ada membela seluruh jiwa anda. Namun saat anda menerima akibat beban dosa di akhirat nanti, yang tinggal hanyalah anda dan syaitan yang berlepas diri dari anda.

Derita di dunia ada penghujungnya, derita di akhirat, tak terbayang dek minda.

Macam tak percaya tapi ada. Isteri-isteri yang entah macam mana, hari demi hari jiwanya semakin rapuh, berdepan dengan kerenah sang suami yang bermacam gaya, menuntut ketaatan isteri bermacam cara. Sedang dirinya sendiri kerenah tak tentu hala. Segalanya menuntut kesabaran buat isteri yang mengidamkan syurga.

Isteri begini kena belajar lebih kerap memejam mata, andaikan syurga semakin mendekat. Belajar menelan sebuah derita jiwa, perlahan-lahan membayangkan ia hilang dan semakin surut. Bila dibuka mata semula, segalanya bagai tiada, dihilangkan Allah entah ke mana.

Syurga itu bukan pasaraya, yang boleh dimasuki oleh sesiapa. Syurga itu buat mereka yang cinta pada Tuhannya, yang sedia berkorban apa sahaja untuk sampai ke sana, meskipun perlu bertahan atas nama sebuah kesabaran.

Notakaki: jika isteri dizalimi dengan penafian hak zahiriah dan batiniah, dizalimi dengan penderaan yang jelas, termasuk dalam erti kesabaran ialah bertindak mengikut lunas syarak dan perundangan.

#kaunselingSAS
#repost

Tuesday, January 16, 2018

Kau ayahku tapi kau tak layak menjadi suami ibuku

Kala jari jemariku menulis kalimat kalimat ini ...
Mataku yg tak sanggup lg menampung perihnya airmata..
.
Aku diberi Allah pendamping yg sempurna, rajin dan sangat solehah, sebut saja namanya Aisyah, hidupku sangat bahagia apalagi Aisyah telah memberiku dua orang putra dan satu orang putri..
.
Rumah tanggaku sangat bahagia.
Suatu hari hatiku di uji oleh Allah Aku jatuh cinta pada seseorang gadis yang sangat cantik dan lebih mudah, sebut saja namanya Fatimah yang lebih membuatku semakin kuat ingin menikah lagi dgn Fatimah karena ia sangat sholehah dan bersedia menjadi istri kedua ku.
.
Akhirnya aku putuskan untuk menikah dengan Fatimah, aku sudah memberi tahu istriku namun Aisyah tidak menjawab apa apa..
.
.
.
Yg kulihat hanya airmata yang tiba-tiba jatuh saat ku sampaikan itu, aku tak peduli.. Lama kelamaan nanti jg dia akan menerima..
.
Terjadilah pernikahan antara aku dan Fatimah.. Awal awal nya memang agak susah tp lama ke lamaan akhirnya baik-baik saja hanya saja Aisyah sedikit lebih pendiam dari setelah aku menikah lg.
Waktu terus bergulir tidak terasa aku sedah membina rumah tangga dgn Fatimah sudah satu tahun dan dikurniakan seorang putri yg sekarang berusia 6 bulan, semantara Aisyah tidak banyak yang berubah darinya,..
.
.
Hari demi hari berganti dan aku mulai bosan dan jenuh ,
sehingga terjadilah dugaan dalam keluargaku, aku ingin menceraikan salah satu isteriku, akhirnya terjadi pertengkaran dalam keluargaku dan jatuhlah talak ku pada Aisyah, kulihat ada airmata di wajahnya namun dia terus diam dalam kebisuan air mata..
.
.
Ku anak anak ku ikut dengan Aisyah karena aku tahu mereka pasti akan memilih ibunya..
.
.
Tahun berganti tahun..
Hidupku dengan Fatimah pun mulai goyang, sebenarnya aku sangat bahagia dengannya namun sifat manja dan tidak memahami perasaanku membuatku tidak selesa, dan tak jarang rumah tangga kami mulai diterpa pertengkaran.
.
.
Suatu ketika kami pernah bertengkar besar dan membuat aku enggan pulang ke rumah, akupun masuk disebuah masjid, kularutkan diri dlm solat..
.
.
Dlm mesjid itupun aku rindu dengan Aisyah dan anak-anak ku.. Tp dimana mereka?
.
.
.
7 tahun yg silam saat aku mentalak Aisyah...
hingga kini aku tak pernah mananyakan kabar mereka apalagi mengirimkan mereka biaya hidup.. Sungguh semakin membuatku menderita memikirkannya .
.
.
.
Saat itu hujan turun dengan lebatnya..
Aku pelan pelan dan diam diam mulai mencari Aisyah dan anak-anak ku, namun hasilnya tak berhasil, aku mulai menanyakan kiri kanan pada keluarganya atau pada teman teman Aisyah tp tetap tidak kutemui  ..
.
.
.
Mereka hilang bagai ditelan bumi..
Dimana mereka ya Allah.. Doaku dalam hati. Aku semakin ketakutan manakala tak mendapat  apa apa tentang mereka.. Pikiran ku semakin tak menentu.. Di sisi lain Fatimah hidup denganku dengan sejuta tuntutan.
.
.
.
Hari-hari pun terus berlalu..
Bahkan hampir 6 bulan aku mencari mereka.. Hingga pada suatu hari sehabis mengikuti kajian..
Tiba-tiba seorang ustadz mendekatiku
"Abdullah... Apakah kau sudah bertemu Aisyah dan anak-anak mu......?"
.
.
.
ku geleng kan kepala dgn air mata.. Kerinduan..
.
.
.
Ustaz itu berkata " insyaallah mereka baik-baik saja" perkataan sang ustadz membuatku menatap wajahnya lekat lekat..
Wajah sang ustaz seolah tersirat ia mengetahui keberadaan Aisyah dan anak-anak ku... Ternyata benarlah dugaan ku sang ustadz memberi tahu setelah ku desak dimana Aisyah dan anak-anak ku..
.
.
.
Aisyah menghilang dalam hidupku dan menetap di sebuah kota yg sangat jauh dari tempat yg pernah menjadi kota tempat kami saat membina rumah tangga.. Jauh dan sangat jauh...jarak tempuhnya 4hari perjalanan....
Di sebuah pondok pesantren dipelosok desa tepat dilereng gunung...
.
.
Saat itu aku berangkat bersama sang ustaz sebagai petunjuk dan  mempertemukan aku dgn dia Aisyah.. Perjalanan yg panjang membuat aku dan sang Ustadz ingin beristirahat sejenak..
Mampirlah kami disalah satu mesjid di tempat itu.. Dada ku bergemuruh, perasaanku tak menentu, aku jd ketakutan manakala anak anak ku tdk mau melihatku apalagi menerima ku.. terus ku yakinkan hatiku..
.
.
Tiba-tiba lamunanku hilang oleh merdunya suara adzan, airmata ku menitis menghayati kalimat sang mu'adzin..
.
.
Saat itu waktu magrib.. Aku dan Ustad memutuskan bermalam dimesjid tersebut.
Allahu Akbar... Suara imam menggema aku tenggelam dalam solat oleh tartil nya bacaan imam.. Menunjukkan sangat fasih dlm melafalkan Al Quran.. Setelah selesai solat sang imam memberikan tausyiah singkat tentang hargailah orang yg selalu bersama Kita.. Lisan sang imam benar-benar mengiris hatiku...
.
.
Keesokan hari dikala subuh menjelang aku berdoa ya ALLAH pertemukan aku dgn Aisyah dan anak-anak ku... Adzan subuhpun berkumandang.. Sebelum sholat sang ustadz berkata insyaallah pagi ini kau akan bertemu dengan putra pertamamu...
Semakin bergemuruh hatiku ditambah lg suara sang imam membuat para jama'ah memecahkan tangisan.. Sungguh desa dan tempat yg dipilih Aisyah benar-benar sangat damai dari kebisingan dunia.
.
.
Benar lah pagi itu aku bertemu dengan putra sulungku yg tiada lain adalah imam yang dari tadi malam membuat jemaah menangis karena tartilnya membaca Quran... Hatiku bergemuruh..
.
.
.
Dalam usia yang sangat mudah ia telah memiliki ilmu setara gurunya.. Hatiku kembali bergemuruh mana kala melihat nya tumbuh menjadi penghafal Quran...
.
.
Menitis air mata ku kepeluk di erat sekali kutanyakn kabar ibu dan adik adik nya.....
.
.
.
Dgn gaya bahasa yang sangat sopan menceritakan perjalanan ibunya menanggung ketiga anaknya tanpa ada sosok ayah.. Anak sulungku telah di dewasakan oleh ilmunya walau ia baru berumur 14 tahun...
.
.
Kisah perjalanan isterinya di dengar dgn airmata tak terbendung...
.
.
.
Hati Ku semakin merinding kala anak sulungku mengatakan bahwa adiknya yg usia beza setahun dgn anak sulungku telah berangkat ke madinah krn prestasi cemerlang ..
.
.
.
Disisi lain anak perempuan ku yg berusia sembilan tahun telah selesai mengikuti program kelas tahfidz.. Anak sulungku dgn tegas mengatakan kami semua dapat seperti yg abi dengar kerana sosok ibu yang telah abi tinggalkan..
.
.
.
Umi membesarkan dan mendidik kami untuk lebih mencintai Allah..
.
.
Umi memberi kami makan dr hasil kerjanya sebagai orang yang mencuci piring di dapur pondok ini.. Abi..
Umi tak pernah mengajari kami untuk membencimu tp ketahuilah kau adalah ayah kami,tp kau tak layak jd suami dr ibuku.. Kalimat itu terdengar bagai petir..
Dunia terasa gelap.. Wajah ku menunduk.. Aku tak tahu harus berbuat apa.
.
.
Untuk mu yang sedang membaca tulisan ku..
Jgn kau berbuat seperti ku..
Seseorang yg ada disamping mu sekarang adalah orang terbaik yg di pilih Allah untukmu maka jangan sia sia kan...
Aku tak bs melanjutkan tulisanku ini karena airmata ku menghalangi pandangan ku....
Untukmu istri ku Aisyah..
Walau aku tak layak untukmu... Kini kau bukti kan bahwa sikapmu adalah cerminan dari namamu..
Hal terindah dalam hidupku kau telah menjadikan anak anak ku sebagai jundi jundi sejati....
.
.
Untukmu istri ku Aisyah..
Dikala Allah mempertanyakan diriku tentang anak anak ku.. Apa yg hendak aku jawab ...?
.
.
Untukmu istriku Aisyah...
Aku telah membuang berlianku..sungguh anak anak kita tumbuh menjadi anak anak mutthaqiin.. Satu hal yang ku mohon pd Allah.. Aku diberi kesempatan untuk berkumpul dan menembus dosa dan kesalahan dgn kalian.
.
.
.

Silakan SHARE....

Cuci mata dengan Pandora Emas / Pandora 916

Sekarang charm pandora emas banyak warna warni macam charm pandora silver..syok sangat.. dah makin Colorful dan nilai emasnya tetap ada walaupun ada enamel..

Monday, January 15, 2018

Khairy Tadika!! Horeyyyy

 
 
Assalamualikum
Dah masuk minggu ke 3  sekolah baru nak share tentang Adlan Khairy masuk tadika
Alhamdulilah..pejam celik pejam celik dah tadika anak magic saya
nanti pejam celik pejam celik saya terima menantu
HOREYY!!
 
Tapilebih horey bila dapat cucu
ahaksssss
 
Dahla jangan nak dok merapu sangat
 
 Sempoi je hantar anak magic pg tadika hari pertama
Letak je dia kat tadika
Lepas tue pandailah dia bawak diri
Hahaha
...
Balik ingatkan nak suruh naik van je tapi rupanya hari nie semua balik awal.
Jadi hari pertama mama amik.
Pagi2 pun senang nak suruh mandi.kejut sekali terus masuk bilik air siap pesan
 "tak payah..tak payah Khairy mandi sendiri"
Yang bapaknya bising2 suruh mandikan..
Anaknya pulak bising2 tak payah mandikan..
Last2 mak melongo depan bilik air..
 
Kalau bapaknya bising cakap je" dah habis mandi.nak lap je Nie"
Kalau anaknya bising cakap je "mama lapkan je.tak mandikan pun"

 Nampak tak camana mak nak imbangi arahan bapak dengan kemahuan anak😅
 
Balik tanya Khairy apa Khairy belajar hari nie "Khairy belajar pasal RIBA"
Adakah maknya salah dengar? Atau anaknya yang pelat sangat?
Haha..yela yela..mama setel semua hutang riba secepat yang boleh ye..jangan perli perli
 
 
 
Hari ke 2 sekolah Khairy macam tak sihat
malam tue Khairy bangun melalak-lalak
selalu kalau saya tepuk-tepuk Khairy mesti diam
Tapi nie dia melalak non stop
lama pulak tue
saya sampai panic
nie dah kenapa
pastu Khairy tdo balik
sekejap je lelap
Bangun lagi melalak-lalak
Sudahnya saya tak tidur
Esok terus saya pontengkan
Penat sangat ke?
 
Hari Jumaat saya bawak pegi rumah mak
Khairy asik sebut nak pergi rumah nenek sejak sebelum buka tadika
Berdesup saya bawak
Sampai umah nenek cium-cium nenek sikit..lompat-lompat dalam rumah..
main entah apa-apa
pastu siap tidur lagi..
agaknya macam perangai saya..kalau susah hati atau hati tak tenteram pergi umah mak
Bukan buat apa..saja nak duduk di rumah yang kita duduk dari kecil
Rasa aman
sebab kita besar kat situ
Tempat kita rasa bahagia walau bukan senang pun masa kecil dulu
Bukan mengadu apa-apa pun dengan mak
cuma borak-borak, pandang muka mak ayah, tengok rumah kita
rasa hilang semua masalah
Takkan khairy pun sama?
Anak omak betullah kamu nie khairy haha
 
Hujung minggu tue saya wassup tecer Khairy
Tecer Khairy tahu Khairy nie ada masalah jantung
Tapi saya bagitau macam tue je sebelum nie
Lepas Khairy melalak-lalak malam tue
Saya mintak tengok-tengokan Khairy & bagitau juga kat tecer lain keadaan Khairy
Kalau nampak dia macam letih sangat jangan paksa-paksa
Saya nak Khairy happy berkawan-kawan
Bukan dia stress sampai dia penat
 
Setiap ibu nak anak pandai
Sama juga macam saya
Tapi saya ada list paling atas lagi
Saya tak nak kehilangan Khairy
kecuaian saya tak remind orang lain tentang keadaan Khairy mungkin bahayakan Khairy
Khairy nampak sihat tapi untuk saya yang jaga dia dari kecil
Saya yang hari-hari kira jantung dia
Saya yang hari-hari tau jantung dia laju
Mestilah saya trauma
Khairy tak pernah tak tidur dengan saya
Adalah kot sehari dua sejak dia lahir dia tak tidur dengan saya
 
Insya Allah Khairy akan boleh belajar macam budak-budak lain
semoga dia mampu berdikari boleh membaca dan mengeja
saya tak harapkan terlalu tinggi tapi doa untuk Khairy magic tak pernah lepas dari mulut saya
 
Esoknya Khairy balik dari tadika
Khairy bagitau
"mama khairy penat..khairy bagitau tecer..tecer bagi Khairy tido.
Bila bangun Khairy sambung belajar"
Alhamdulilah..penat rupanya ye khairy..sian anak mama
Maybe terkejut sebab selalu duduk je dengan mak dia
 
 
 
Kenapa Khairy duduk belakang sangat
Khairy Nampak ke?
Nampaklaaaa.. Mata Khairy Nampak jee...
Amboii kemain
 
 
 
Seriusnya mewarna
 
Balik je mintak lego
hadoii
 
Hari ke dua sekolah
Waktu lunch amik Khairy and bawak makan-makan roti
 
Dah 3 minggu tadika Nampak Khairy makin ok
Happy pegi sekolah
Paling suka naik van
Balik dari sekolah senyum manjang dapat balik naik van dengan kawan-kawan
tapi memang balik sekolah lepas makan..main dengan Adam terus tidur
Penat agaknya
Camanalah sekolah rendah nanti :(
Penat sekolah pagi petang
Takpe nanti mama akan sama-sama "penat" dengan Khairy juga
 
GUD LUCK ADLAN KHAIRY MAGIC!!!