ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, July 27, 2019

Sememangnya hadiah yang indah dibungkus dengan ujian yang perit


Saya listkan antara "hadiah" Allah beri sepanjang "didikan" Allah berlangsung. Bukan niat menunjuk2 tetapi yakinlah dengan janji Allah "setiap kesusahan pasti ada kesenangan". Allah tak pernah menipu.. Semuanya ada dlm Al-Quran. Yakin sahaja dan rasakan keajaiban setiap ayatnya.. Ulang-ulang sampai yakin dan meresap dalam hati kita.


1. Online business. Masa tue betul2 online mengganti gaji saya yg "lesap" dek cuti tanpa gaji. Alhamdulilah anak2 sampai cakap mama lagi kaya niaga online dari kerja opis😂.



2. Seingat saya pernah saya nangis sebab saya rasa sengkek gile. Ko dah rasa sejak umur 23 ada gaji tetiba takde.. Haha.. Saya nangis masa solat isyak. Anak2 semua dah tdo. Esoknya customee bank in 2k.rasanya 2 kali jadi mcm nie. Sgt2 bersyukur lebih2 kalau masa tue appoiment jantung atau mata khairy dah dekat.


3. Dengan online business saya dapat tunaikan nazar bawa khairy ke mekah. Tak silap saya bayar dekat 12k.. Saya, khairy dan depo 2.5k. Mak sponsor Amana sedangkan sy tak nak bawak sebab tak cukup budget. Mak cakap anak2 yg lain mak dah bagi bahagian masing2 utk ke mekah cuma saya sahaja yg tak ambil lagi. Jadi bahagian tue pindah kepada Amana sebab saya perlu jelaskan nazar utk ke mekah sendiri. mak juga cakap bahagian Amana nie adalah duit yg sy bagi tiap2 bulan pd mak sejak saya kerja dari umur 23 tahun. Masa ke mekah nie umur sy 34 thn. Almost 15k belanja ke umrah termasuk shoping ank2 dan makan2.. Sy tak tau mana datang 15k tue.. Semuanya melalui online business. Happy sgt sampai tak nak balik rasanya. Tapi satu anak tertinggal kat Malaysia.. Saya tahu "urusan" saya belum habis selagi semua anak tak ada di samping saya. Masa di umrah sy cakap dengan mak.. Duit angah semua dah habis mak. Tabung haji habis. Maybank habis.. Tetapi jejak sahaja Malaysia hp saya berbunyi non stop. Sy memang tak on hp selama 2 minggu tue. Rupa2nya customer bank in nak beli barang. Terkejut saya bila bukak Maybank ada 5k++ dan yg paling happy customer semua sudi tunggu saya balik umrah. Takde caci maki langsung walau 2 week barang mereka tak sampai. Subhanallah baik2 sgt customer saya😍




4. Beberapa ketika balik dari umrah. Saya perlu masuk office. Masa nie betul2 di persimpangan. Kalau saya masuk office camana khairy? Khairy kurang 2 tahun masa nie. Sy rasa nak resign. Insya allah dengan online business saya boleh hidup. Tapi sy dh melalui ujian. Yg penting bukan yg saya mahu tapi apa yg Allah mahu saya buat. Saya pun takut nak buat keputusan sendiri. Sy yakin keputusan sy baik utk hari ini tapi baikkah utk hari esok? Kalau dapat jawapan istiharah saya akan pegang jawapan itu sampai akhirnya tanpa sesal sebab itulah yang Allah mahukan. Saya buat istiharah dan jawapannya sgt menyedihkan.. Sy perlu masuk pejabat!


5. Dengan hati yg sedih sya ke pejabat. Dijaga oleh org yg sama menjaga anak buah saya. Air mata toksah cakap. Tapi sy yakinkan diri.. Allah takkan sia2kan saya dan anak2. Saya juga bayangkan nabi ismail yg ditinggalkan oleh nabi ibrahim yg tempatnya kering kotang kerana perintah Allah.. Tetap juga nabi ismail dlm jagaan Allah.

Alhamdulilah 6 bulan berikutnya sy dapat kerja dari rumah. Majikan izinkan supaya dpt jaga khairy. Bekerja dari rumah byk juga liku dan cabarannya. Tapi biar saya simpan sendiri kerana inilah yg Allah atur. Saya cuma ikut dan laluinya keranan hikmahnya Allah yg tahu . Dah masuk 4 tahun sy berkerja dari rumah ketika saya menulis status ini. Selain sy dapat kerja dari rumah, pangkat dan kenaikan gaji saya dikembalikan semula. Masa saya cuti menjaga khairy saya dalam proses kenaikan pangkat dan lead satu department yg KP ketika itu baru wujudkan dan nak saya uruskan. Demi seorang anak saya lepaskan semuanya. Saya tak kesal pun sebab hikmahnya jauh lebih besar dari yg saya lepaskan. Nampak tak hikmah kita tetap ikut petunjuk istiharah? Tak ada sesalan melainkan ketenangan dan kebahagiaan..

6. Saya menang party bernilai 50K beberapa bulan lepas pulang dari umrah sponsored dari Tan Choong Motor.. Saya buat majlis akikah khairy yang tak pernah dibuat. Tumbang 6 ekor kambing. Dapat juga 4 tab apple.


7. Sy menang home decor. Buat di bahagian ruang makan. Ruang makan yg tersangat dull jadi berseri dengan sentuhan deco tue. Sy masuk je rumah nie sybterus dapat "ujian" berturut2.. Jadi sy tak amik pusing urusan menghias rumah. Anak2 masih hidup dan bernqfas pun dah 1000 syukur. Deco rumah saya nie masuk dlm rancangan tv. Wallpaper, carpet, meja consul, framen lampu2 free. Alhamdulilah jimat duit.

8. Sy menang peti ais dan tilam jenis mahal. Kalau sy nak beli sendiri lum tentu haha.


9. Sy dikurniakan adam ziqri. Kira tezeki jugakkan? Adam juga budak magic mcm khairy. Cuma hal kesihatannya tak pernah sy share. Juga dikesan masa dlm perut lagi. Cuma saya lebih kuat walau hati sy hancur masa doktor bgitau. Menangis depan doktor dan saya kesat air mata sendiri dan saya cakap dengan doktor.. Doktor yg sama pantau saya masa khairy.. Jadi dia tahu rekod anak-anak saya.. "takpe doktor saya terima ujian nie lagi. Cuma kita treat as normal kan? Bukan ceser?" doktor plan adam bersalin normal tetapi ceser jugak akhirnya... Saya dah lalu dengan khairy. Konsep yg sama juga akan sy lalu dgn adam tapi dengan iman dan pergantungan pd Allah yg lebih kuat. Sy percaya ada hikmahnya. Sepanjang berita itu sy terima sy belek2 al quran dan baca setiap ayat yg disyorkan baik utk bayi dlm kandungan. Ye saya menangis. Nangis setiap kali baca quran. Panjang doa saya supaya anak sihat dqn saya kuat mcm jaga khairy. Mestilah saya ibu. Hati mana tak hancur bila laporan kesihatan mcm tue. Tapi sy juga tahu Allah uji sesuai dengan kemampuan saya. Sebab itu saya sgt bersyukur masa tempoh bekerja dari rumah dilanjutkan 2 tahun lagi menjadikan tempoh bekerja dari rumah 4 tahun. Bekerja dari rumah bukan utk khairy sahaja tetapi untuk Adam juga. Alhamdulilah adam membesar dengan baik dan sihat setakat ini. Malah comel dqn keletah. Syukur sgt2.. Saya lepasi lagi satu ujian Allah.. Lepasi disini maksud saya.. Saya tidak mengeluarkan kata2 yang menghancurkan iman saya.. Allah ingin lihat lagi bagaimana reaksi saya diuji dengan anak yg lain pula selepas khairy. Masihkah saya bertahan dan patuh? Cuma ketika Adam lahir suami faham hati sya tak mampu lagi handle dengan mcm2 urusan terutama hal pejabat. Suami beri modal dan katanya "tambahlah utk niaga. Awak nak resign kan?" tetapi Alhamdulilah sy masih bekerja.. Hasil istiharah juga..

10. Suami dan anak lelaki saya pula tunaikan umrah. Umrah/haji bukan untuk orang kaya atau orang miskin tetapi umrah/haji adalah untuk orang yang dijemput oleh Allah. Sampai hari ini saya teringat kata-kata mutawif yang  mengiringi rombongan saya ke Umrah 2015 dahulu.

Ada banyak lgi rezeki yg Allah turunkan dari langit ke 7 dan tidak terhitung... Setiap saat saya cuba dan bersyukur dengan setiap yang Allah beri .. Semuanya rahmat dan jika ujian, saya tukar ia jadi didikan jadi  saya akan lebih kuat .. Semua ini didikan kerana kasih Allah.. .. Bersama2 kita ambil hikmahnya lebih2 utk mereka yg sedang diuji. Allah uji sebab Allah sayang tetapi Allah nak tengok sejauh mana reaksi kita menghadapi ujian..
 
Nikmat mana yg kau ingin dustakan wahai manusia? Jika engkau reda dan bersyukur aku tambah nikmat. Tetapi jika engkau kufur seksaanku amatlah pedih.

Mengugurkan bayi yang bermasalah? Dengar dahulu kuliah ini.

Rakan2 yg sedang mengandung
Dengarlah kulian ustaz adi hidayat nie
Sangat bermanfaat
Persoalan seorang doktor tentang kandungan yang bermaslah. Apa yg perlu diberitahu pada si ibu. Kupasan penuh yg sgt menarik. Semoga kuat semangat ibu2 utk teruskan kandungan.


Saya dah melalui 2 kali khabar tentang bayi bermaslah.
1. adlan khairy.
Dengan khairy doktor ada memaklumkan supaya saya bersedia kerana bayi ini mungkin tidak mampu bertahan. Saya perlu tiap2 minggu ke hospital untuk pastikan bayi masih bernyawa. Masa tue dalam 6 bulan dlm kandungan . Untuk memastikan bayi mqsih bernyawa ye bukan melihat berat bayi atau perkembangan Bayi dll seperti ibu2 lain.. Doktor pun siap cakap.. Pantauan perlu dibuat sebab jika "mayat bayi" dibiarkan dan tidak dikeluarkan nyawa saya pula berisiko. Ini semua kerana jantung khairy yang terlalu laju dan tidak normal. Kelahiran juga adalah pembedahan yg dirancang. Jadi faham2lah maksud doktor.. Kandungan ini sgt berisiko. Tapi pastilah doktor tetap bagi semangat utk teruskan. Tiada apa boleh dibuat sebab dlm kandungan. Doktor cakap saya perlu kuat. Bila baayi berjaya keluar kita akan usahakan utk maslah jantungnya. Ya sehingga kini masih kami bertahan dan berusaha utk khairy.

Hati remuk tapi sy teruskan dengan hati yg kecewa. Masa ini iman saya tidak kuat. Sy sendiri tak berapa ingat usaha saya dari sudut islamic. Saya lebih banyak nangis dan termenung. Baca quran ada tapi baca sahaja.. Kelahiran khairy adalah permulaan sy "dididik" oleh Allah. Alhamdulilah dengan kelahiran khairy.. Berjuang dengan segala masalah di keliling.. Saya lebih kuat.. Pergantungan pada Allah lebih kuat dari dulu sebab saya makin yakin semua maslah sy Allah akan selesaikan.

2. Adam ziqri
Doktor bagitau adam tiada maslah bersalin normal. Tetapi apabila lahir ada "defect". Hati remuk tapi sy dah diuji bertalu2 sebelum dan selepas khairy lahir. Saya balik sahaja sy terus buka alquran. Baca setiap ayat yg elok utk bayi. Masa itu saya cakap pada diri sendiri "selagi bayi ini belum lahir, usaha saya belum habis. Banyak ayat dlm quran boleh saya amalkan jadi kenapa sy perlu berhenti berharap kesempurnaan utk bayi saya"

Sedekah atas bayi yg belum lahir.. Solat2 sunat saya giatkan.. Dan sy tak bercakap langsung hal ini dengan suami lepas balik dari hospital. Sy bagitau adik saya dqn adik bgtau mak. Bila mak call saya cakap saya okey. Tapi bila mak nangis.. Saya kalah.. Saya nangis jugak.. Bila mak cakap "angah anak yg baik. Tapi banyak sgt ujian angah" masa itu saya nangis. .dengan sahabat baik saya myza sy tak dapat sorok. Sy cerita dan nangis. Suami pun tak mampu nak cakap apa2 bila tengok saya. Tiap kali dia buka bilik sy pandang kosong dan terus baca quran. Bila suami bagi rm "nah nie tambah modal awak utk niaga. Awak nak resignkan?" ayat itu je pun dah cukup buat saya rasa kuat. Bila Adam lahir sy pantau perkembangan Adam. Syukur sy masih kerja dari rumah. Alhamdulilah Adqm hampir 3 tahun. Sihat dan insya allah sempurna.. Alhamdulilah sangat2..


Ibu2 yg mengandung tolonglah dengar kuliah ini. Bagus sangt. Ada ayat2 yg ustaz adi bagi utk diamalkan bagi kandungan yg bermaslah. Ustaz Adi juga beri panduan untuk hadapi situasi nie. Walaupun saya hanya dengar kuliah ini selepas Allah menguji saya..saya sangat bersyukur Allah beri saya "cara" untuk saya hadapi semua ini untuk dapat bantuan Allah..

Bak kata ustaz adi.. Ibu-ibu mengandung jika berjaya melahirkan adalah mujahid. Jika wafat dapat syahid. Tugas ibu2 adalah mengandung bukan menentukan nasib kandungan. Al Quran adalah shifa. Amalkan dengan yakin ayat2nya. Bayi di dlm kandungan konsepnya adalah tawakal (di awal kuliah ada dinyatakan. Masa ini menitik air mata saya. Tiada upaya kita manusia kecuali Allah yg menentukan )
 

Kuatkan hati ibu2 ya.

Wednesday, July 24, 2019

Ceramah Perdana Ustaz Adi Hidayat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya 13/07/2019


 

Alhamdulilah
Syukur Allah izinkan kami berada bersama Ustaz Adi Hidayat
Kalau yg fb friend dengan saya mesti perasan sy selalu share kulian online Ustaz Adi Hidayat.
Tak sangka Allah Maha Mendengar.....
Impian sy ingin dengar kuliah live ustaz Adi Hidayat. 
Setiap kali saya degar kuliah Ustaz Adi Hidayat selalu cakap "bestnya kalau dapat dengar live"

Selalu saya cakap dengan husbd "bang terror tau Ustaz Adi nie tiap kali dia bagi kuliah dia akan sebut surah mana ..ayat mana..paling best dia boleh sebut...bahagian atas paling tepi..atau bahagian bawah sudut kiri etc etc..hebatkan dia Allah bagi kelebihan. Nampak kot Quran depan mata. Saya check tau apa yg dia sebut betul. tak tipu.."

 Alhamdulilah. Bila saya bagitau Ustaz Adi Hidayat ada kat Putrajaya
Allah melembutkan hati suami membawa saya ke sini.

 Dahulu bertahun2 saya menunggu suami bawa saya ke Kuliah Habib Zeanal yg sgt sy gemar. Saya tak pernah ajak pun. Dok bebel sorang2 je.. Masa jaga Khairy.. Bebel-bebel  dengan Khairy yang masa tue baby "one day nanti mama mesti nak pegi Kuliah Habib Ali Zeanal live"
Sampai masa suami yang cari tempat kuliahnya dan bawa kami semua. Insya Allah kini hampir setiap minggu suami bawa kami semua ke kuliah Habib Zaenal jika tiada aral.

 Mungkin ketika dahulu dosa terlalu banyak sehingga tidak makbul doa saya.. Kini bukanlah dosa sudah tiada atau semakin sedikit tetapi kehadiran anak2 dengan "magic" yg tiada taranya dan yg tiada dosa ini mungkin memudahkan makbul doa saya.
 
Alhamdulilah sekarang jika saya sebut ingin hadir kuliah yg saya gemar kini insya allah suami akan bawa dengan segera.. 
 
 
 
(klik link nie ye)
 
Bahagian yg sempat sy rakam sbb dpt duduk depan. Lepas tue anak dah bising nk mkn terus ke belakang.  Alhamdulilah dpt rekod bhgn penting. Semua yg keluar dari mulut ustaz adi penuh dgn ilmu.. Untuk sy sangat happy dpt dengar live dan dapat ilmu begini.
Boleh dengar sambungan di official fb ustaz adi hidayat.
 
Tingkatkan takwa
Tekankan nafsu...
Maka kamu akan bersatu.
 
Kalimat org bertakwa disebut muttaqin. Maka cari kalimat itu di dlm al quran dan anda akan bertemu formula org bertakwa.
(Al Baqarah Ayat 2-4)
 
Isi al quran jgn pernah diragukan kandungannya. Ia adalah petunjuk bagi org bertakwa.
Org yg bertakwa itu adalah org yg beriman pd perkara ghaib.. Allah yg tak nampak pd pandangan mata dan org yg mendirikan solat.
Yakin pd yg nampak adalah ilmu.
Yakin pd yg tidak nampak/ghaib itulah iman.
Org yg beriman kpd Allah akan buktikan dengan amalannya.
Amalan yg pertama adalah solat!
 



 
 
Kuliah Ustaz Adi Hidayat kali ini kami pergi tanpa Amana.  Amana tak ikut sebab dia ada bengkel UPSR di hotel Uniten.  Sebenarnya sy risau jugak Amana tak ada sebab Amana yg rajin kejar adik2nya. Cuma dah beberapa kali hadir kuliah ada beberapa perkara yg sy pratikkan supaya tak meroyan dan dapat tumpu kuliah.


1) Pergi kuliah pastikan bawak kudapan. Biasanya kuliah start lepas magrib. Ada yg start lepas isyak. Kalau kuliah Habib Ali Zeanal. Kuliah start lepas isyak. Hampir 12 mlm baru tamat. Anak2 takkan tahan. Biasanyanya sy bawak nasi dan lauk. Tapi smlm tak msk seharian jadi bawak buah. Kdg2 bawak biskut. Paling best kalau bawak nasi, Arief yg mesra alam nie mesti akan bawak sorang kawan baru mkn bersama. Dah mak dapat pahala free.😍



2) bawa wet tisu.
Anak2 kdg2 makan sepah lantai masjid. Laplah bagi bersih takut org terpijak2 pulak.

3)bawak air kosong yg banyak.
Berjam2 di Masjid. Pulak tue seronok ramai kawan mmg cepat haus akibat maraton keliling masjid.

4)baju lebih terutama utk anak kecik.
Adam mmg saya selalu bawak baju lebih. Sedang kita sibuk amik air sembahyang. Sedar2 dia dah lencun. Kalau di Masjid setiawangsa ada paip utk kaki tau di pintu keluar toilet. Airnya separas kaki.. Pemutarnya pun rendah jdi adam mmg blh capai sendiri. .. Memang gembira adam main air.. adusss.. Pernah dia pergi toilet dengan kakak abang. Sampzi depan saya dengan sengih2 bangga. dah basah baju seluar semua. Mcm mandi kolam. Oh jgn lupa bawak tuala kecik ye. Nk lap anak yg "mandi" di masjid. Dapat anak mcm Adam ko istigfarlah banyak2.
Kejadian semalam dlm toilet arief campak seluar khairy dlm air. Sudah lencun. Jadi khairy terpaksa pakai seluar adam yg mmg saya bawak extra. Dah mcm seluar gimnastik😝syukur jubah khairy pakai sampai ke lutut. So takle lawak sgt.

5)mintak suami on wassup sentiasa.
Kalau anak nakal kemain htr je kat suami. Setel. Taulah diorg jaga perangai. Kita pun boleh belajar dgn aman.

6)bawa alas tilam utk baby
Ramai je yg bawa baby dengar kuliah. Bawalah alas tilam supaya baby selesa dan anda pun tak lenguh mendukung atau memangku. Tilam dewasa tak payahlah bawak. Melampau sgt😆
Hari demi hari anda mesti boleh biasakan diri. Tiap2 kali dtg mesti dpt ilmu baru. Ilmu dari ustaz atau ilmu handle anak di Masjid.
Jujur sy cakap sy jarang dtg surau. Kecuali hari2 tertentu dan bila suami ajak. Kenapa? Surau kecil. Anak2 yg sedang membesar mungkin gangu jemaah lain sebab tak ada tempat mereka nak "berkawan2" kita sebagai ibubapa pilihlah tempat ibadah yg sesuai dengan keadaan anak2 kita.
 
Anak2 sy mengaji di surau tapi husbd tunggu sampai habis. Anak2 tgok papa diorg ada sekali gerun sikitlah. Mcm saya lebih suka duduk di rumah dengan adam kalau tiada kuliah. Sy solat di rumah sahaja. Terawih hari tue pun hanya di rumah. Adam nie boleh tahan jugak melompatnya. Kalau bergabung dgn 2 abang bertambah meletop. Meletop surau dikerjakan 3 budak lelaki aktif nie😆
 
Di masjid kawasan luas. Projektor utk kuliah pula kiri kanan. Pilih nak duduk mana. Santai2 saja dengar kuliah. Anak2 biasanya ada satu port duduk dengan kawan2. Mcm amana dia selalu bawak buku. So dia study di masjid. Adik2 dia bawak mainan.. Haha.. Cari geng main kat satu sudut dengan kawan2. Bila dah letih datang baring kat saya dan dengar kuliah sekali. Jadi semua insya allah terkawal dan tak gangu jemaah lain..
 
Apa pun jika kita hadir atau tak hadir di sesuatu tempat atau event adalah utk menjaga perasaan org lain dan juga perasaan kita sendiri. Mungkin tempat itu tak sesuai utk anak2 kita atau kita nak jaga perasaan org lain yg mungkin nanti tidak senang dgn sikap anak2 kita yg belum matang nie.


 
Selalunya lepas kuliah kami akan reward anak-anak dengan makan-makan. Kadang2 anak-anak tak nak makan kalau dah ngantuk atau kalau dah kenyang dengan makanan yg saya bawak.
 

Besday Adlan Khairy Yang ke 6 tahun 16/07/2019







Selamat hari lahir yg ke 6 tahun Adlan Khairy yg magic..
Alhamdulilah dah 6 tahun umur Khairy..
Bersykur Allah pinjamkan usia yg panjang utk Khairy..
Semoga khairy stabil dan kekal magic selama2nya..
Semoga selepas ini khairy ketawa dan bahagia selalu.....
No more tears..
Papa dah belikan kek..
Mama dah belanja makan..
Jangan request beyblade lagi ye😆
 
 
 
 
 
Kami belanja khairy makan di Mixwell Garage
 
Khairy, bulan depan kita pergi situ tau.
Okey mama.
Tau ke tue tempat apa?
Tak tau.
IJN. Lama tak pergi lupa ye?
IJN tue apa ye mama?
Institut Jantung Negara. Jumpa doktor jantung khairy lahh. Tak rindu doktor IJN?
Tak nakkkkkk!
Seramlah tue dah 6 bulan tak jumpa doktor. Dulu kerap pergi IJN. Ini kali pertama jarak 6 bulan baru ada appoiment baru.
 
Dulu bila pergi IJN, khairy yg jalan sendiri masuk bilik ECG. Terus baring atas katil. Selak baju sendiri. Tunggulah tampal2 kat dada dia. Tgu print out keluar result ECG. Pastu sama2 tengok geraf jantung.
khairy tanya "laju lagi ke jantung khairy?. Mcm Superman?"
 
alhamdulilah.. Dah 6 tahun lalui. Khairy makin stabil.. Setiap kali tengok Khairy saya tau anak ini yg mengajar saya sepak terajang dalam hidup. Selama nie hidup saya penuh dengan rasa percaya pada semua.. saya pandang semuanya baik-baik belaka tapi  lepas Khairy lahir baru saya tahu sepenuhnya "warna satu kehidupan". Berharap dan bergantung hanya pada Allah dan tak ada siapa yg akan jaga kita kecuali Allah dan diri sendiri. Jangan harapkan manusia sebab manusia  ada keterbatasan dan kelemahan terutamanya pada iman.
 
 
 
 
 
 

Tuesday, July 23, 2019

Bila Khairy demam


Bila khairy demam memang seram.
Awal tahun 2019 khairy demam sampai warded di high depency unit HUKM. Masa tue khairy demam denggi tetapi warded bukan disebabkan dengi tetapi sebab bacaan Jantungnya tinggi. terus warded. Sy keberatan nak warded khairy sebab sy tahu khairy mesti tak tahan kena iv. Sy mengalah sebab doktor bertegas. Lagipun doktor lebih tahu. Bak kata doktor by hook or by crook khairy mesti warded. Di hospital memang doktor beri lebih perhatian kepada jantung...nya sehingga call IJN bertanyakan ubat jantung khairy. Khairy warded di wad dan di katil yang sama ketika pertama Kali masuk masa khairy masih bayi. Mengimbau kenangan sungguh..
 
Doktor khairy yg pertama pernah cakap. Kalau khairy demam sakitnya lebih teruk dari anak org lain yg normal sebab bila khairy sakit jantungnya berkerja lebih keras. Jadi sy kena usaha supaya khairy tak sakit. Tapi khairy bukan malaikat takkan takde demam langsung. Dulu bila khairy sakit sy mencari2 di mana silap dlm penjagaan saya. Sudahnya sy stress sendiri. Dengan masa saya belajar terima yang khairy pun ada masanya sakit!
 
 jam 3 pagi mata celik lagi jaga khairy. Lap satu badan. Beri air zam2. Khairy sebut je "mama" terus saya pegang tangan khairy. Adam yg mengamok2 nak manja masa nak tidur pun saya biarkan dulu. Bila perlu dipilih dengan anak2 yg lain memang sy kena dulukan khairy. Amana dengan arief memang dah faham sekarang tapi Adam belum pun cecah 3 tahun. Manalah dia faham.
Doakan khairy sihat ya..




 
Dalam hp saya ada satu folder khas utk khairy. Anak2 lain tak ada folder. Khairy sorang je ada. Dlm folder nie antaranya ada gambar report ECG setiap kali appoiment. So saya boleh pantau perkembangan rate jantung khairy. Sy tak reti nak baca ECG nie sepenuhnya. Saya cuma baca pada rate jantungnya. Dulu rate jantung khairy 170++..180++ pun ada.. Last rate di HUKM sebelum pindah ke IJN rate jantungn...ya 156.

Tapi sejak tukar ubat dan tambah ubat dengan dos yg lebih tinggi di IJN..Alhamdulilah.. below 100 dah rate jantung khairy.syukur sgt.. Walau doktor cakap geraf jantungnya masih tak cantik saya tetap bersyukur tak terkira. Bayangkan dari rate 170 boleh turun below 100. Dah mcm budak2 normal.

Cuma ya.. khairy bergantung ubat. Seminggu tak makan ubat terus naik rate 130. Takpe insya allah one day tak perlu lagi makan ubat.

Doakan ya..

Khairy lum sihat sepenuhnya. Tadi request nak makan ayam. Tapi end up di kutil2 je ayam tue. Nasi pun tak luak. Khairy request nak ais krim pulak. Esok mama belikan. Kalau kutil2 jugak nampak gaya adamlah perabiskan aiskrim tue 😑
 
 
 
 
 
 

Monday, July 15, 2019

Nasi Dulang Daun Pisang Sungai Ramal Al-Mubarakah

 

 
Cerita last week
Lepas balik amik arief training mmg plan nak makan.
Lagipun tau sgt perangai arief. Lepas main bola dia bising lapar..
Ajak husbd makan kat tempat viral nie.
Nasi Dulang Daun Pisang Sungai Ramal
 
 
Review
-kuah lemak dia mmg berlemak. Sedap. Tak pedas melampau. Just nice.
- kuah nasi ganja sedap. Sy dpt rasa sikit sebab husbd tak makan sayur. So bagi bendi kat saya. Dpt rasa kuah2 kat bendi tue mmg mabeles. Nasi ganja nie bukan ayam je.. Uolls boleh tukar nak udang ke ikan ke sotong ke..
-masa order kena ingat no meja ye.
-kalau jenis suka makan bertambah. Siap2 order terus nasi tambah. Kalau tak uols kena beratur balik.
-beratur mmg panjang time ramai org tapi order cepat gile sampai kat meja.
-yang paling mahal ikan talapia tue rm18 tau! Talipia merah katanya tak hanyir. Saya siap gigit2 tulang. Nasib tak tercekik sbb makan sambil "menyanyi" kat bebudak 😆
-lain kali tak try menu2 lain.. Nak bawak mak and adik2 try
-landmark... Kalau yg selalu makan kat masthar.. Jalan ke depan depan lagi tau. Mesti nampak..
 
Total makan dekat RM50.50
 

Khairy sampai tak tau nak minum air mana satu
Air nie harganya RM3.50 setiap satu (jagung dan keladi)
Ada pesan jugak  jus mango RM6
Husbd mintak air nestlo
 

 Muka letih sebab dari training bola
set dulang ayam RM8

 set dulang talapia merah RM18
Ikannya tak hanyir

 Lepas nie mmg nak test set nasi ayam ganja nie rm8
Sedap je tengok husb makan . siap bertambah


Thursday, July 11, 2019

Adam Ziqry- The last hero

 


  Assalamualikum semua
Lama tak mengomel kat sini
Dah puas megomel hari2 kat anak
Jadi takde benda nak citer kot
Hari nie rasa nak update blog
Jadi kita updatelah tentang Adam Ziqry- The Last Hero
Selalu story citer Khairy je
Saya da lagi sorang anak
Yang bongsu dan paling menawan
jeles khairy kalau dengar
Tahun depan dah 4 tahun
Insya allah boleh masuk tadika
Semoga Allah mudahkan semua urusan keluarga kecil kami

Jangan salah paham.. Adam lum pakai spec mata.. Isk korang nie baru 3 tahun.. Biasalah dia suka curik2 amik spec org lain.. Kali nie Adam amik spec kakaknya pulak.. Al-ala Clark Kent in the house
Adam lahir masa semuanya makin reda. Alhamdulilah.Memang dia anak yang bertuah.Lahir dalam suasana yang baik..Insya Allah. Jauh berbeza dengan abnagnya Khairy. Kalau Adam mengigau .. Ngigaunya dalam ketawa.. Khairy dulu ngigaunya dalam tangisan.. Begitu juga Arief.. Syukur semua "tangisan"  dah makin berlalu dengan masa..



 Memang peneman setia nie.. Nie pun sama mcm Khairy..Manja ya rabbi tapi lebih berdikari dari Khairy.. Khairy kalau malam2 dah melekat dengan saya tak de nya dia nak turun cari papanya.. Tapi Adam kalau tengok saya mcm dah mengantuk Adam okey je turun bawah main2 dengan papanya.. Yang pasti sama Adam & Khairy  kalau nak turun ke bawah pun akan mintak izin saya..Biasanya Adam dalam pelat akan cakap "Adam nak pg kat papa boleh?"


 Zaman sekarang sibuk dengan beyblade.. Tapi bebudak nie kejap je mainnya. Kejap tak kejap pun entah dah berapa banyak beyblade kat rumah nie.. grrr..

 Tabiat dari dulu. Suka amik gbr tidur anak

 tdo lagi

 Adam nie badan dia tegap sikit. Dah hamper sama saiz dengan Khairy. Khiry tue kurus kecik je

 Kuali masak pun diorang kerjakan. Walaupun kuali tue dah kemek2.. tempat sangkut pun dah tetanggal. Itulah kuali kesayangan saya haha..

Dulu Khairy yang rajin teman saya
Sekarang Adam yang temankan saya 

Org kata bestlah kerja kat rumah.. Cuba duduk dulu baru ko tau berkerja dari rumah ini adalah pengorbanan. Keletihan melampau2.. Kecuali korang duduk umh tak jaga anak-anak. Korang hantar anak nursery,. Itu baru namanya best bila work from home. Tapi inilah kemudahan pejabat bagi untuk jaga Khairy. Syukur alhamdulilah.. Bila kenangkan dah 6 tahun saya lalu dengan Khairy.. Allah yg mengatur semuanya dengan cantik dan sempurna.. Dulu ye saya panggil semua nie ujian tapi sekarang saya tahu semua nie DIDIKAN Allah dan diberinya rahmat yang lebih banyak untuk keluarga kecil kami bila kami sabar dan reda..
 
Mula2 di ujian ya saya bertanya "kenapa saya?"
Bila saya dapat jawapannya ..saya tahu " Disebalik kesukaran ada kemudahan"
semakin lama saya faham didikan ini untuk saya memahami kekuasaan Allah "jika engkau sabar aku tambah nikmat dan jika engkau kufur seksaan ku amatlah pedih"
dan selepas itu saya faham erti "Nikmat Mana yg ingin kau dustakan?"
 
Dan saya sedar saya bertuah dididik bertalu2 oleh Allah dan sekarang saya lebih tenang dan bahagia.
Setakat hal kecik2 nie saya malas nak layan.
Ringan kepala.
Kalau saya rasa tak tahan sakit hati.. Saya tahu saya ada Allah tempat mengadu..
Masa saya dengan anak-anak, rumah kecik kami dan sayur2 yg saya tanam.
Nikmat dunia nie sementara je.. Penuhkan bekalan kat sana.. Kena bimbing anak-anak supaya boleh jadi penyelamat kami nanti. Insya Allah.
 
 
 
 
 
 

Sunday, July 7, 2019

Mudah melebel nuzyus

Melabel nusyuz itu mudah, memahami perjalanan jerih perih seorang isteri yang akhirnya dilabel nusyuz itu sungguh berat untuk dilakukan.

Asal keadaan seorang isteri pada detik dinikahi adalah taat.

Tahukah anda, sekurangnya ada dua punca yang mendorong isteri menjadi nusyuz:

1. Kerana beliau jahil tentang apa yang diperlukan untuk menjadi baik dan taat.

2. Kerana dinafikan keperluan asas zahiriah dan batiniah oleh si suami secara berterusan. Maka ini mencabar naluri kemanusiaannya dari terus bertahan, beliau memberontak dan meronta minta difahami serta dikembalikan haknya. Keperluan zahiriah ini termasuklah apa-apa keperluan asas yang seharusnya diterima bagi meneruskan kelangsungan hidupnya seperti nafkah makan pakai dan tempat tinggal yang bersesuaian dengan kemampuan suami dan taraf hidupnya.

Dia juga dinafikan keperluan batiniahnya termasuk bimbingan, didikan ,tunjuk ajar serta teguran secara berhikmah setiap kali membuat kesilapan atau kesalahan yang datang dari kejahilan beliau, atau perbuatan tanpa sengaja mahupun oleh kerana keletihan fizikal, mental juga emosi.

Istilah nusyuz itu memang benar ada. Namun seharusnya ia berguna untuk sang suami menjadi lebih ‘alert’ lantas mengambil langkah membetulkan kembali tingkah laku derhaka si isteri.

Bukan sebagai justifikasi penyedap rasa untuk si suami membuangnya.

Setiap suami itu samada dia suami yang masih muda ataupun sudah tua berusia, menceraikan isteri nusyuz di dunia memang melegakan, namun di akhirat Allah akan tanya kembali, apakah yang telah kamu lakukan hingga menyumbang pada nusyuznya isterimu, dan apakah yang kamu telah lakukan atau tidak lakukan bagi menarik kembali isterimu ke jalanKu?

Allah telah berikan kamu kuasa dan ketika itu Allah mahu kamu jelaskan bagaimana kamu menggunakannya?

#kaunselingSAS
#repost