ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, June 29, 2011

Yabedabedu.. Syoknye dapat barang free!!

Apasalle gambar ne terbalik? Biarla.. Masa dalam hp  tak terbalik pun.. Nak free sling beg kecik yg comel ne? Sila login kat sini. Like & ikutle arah & pergila tukar kat mana GNC Live Store. Saya tukar kat IOI Mall Puchong. Tak banyak citer & tak banyak pot pet/ promosi yg bukan-bukan terus SA tue bagi je beg ne selpas saya bawak keratan confirmation dari GNC tue. Saya dapat dua sebab guna FB En.Papa. Beg ne buat apa? Amanalah buat main...


Horeyyyyyyyy.. Dapat 2 pek susu 650g Dutch Lady free. Sebelum ne Arief minum Anmum. Sekarang dah nak masuk 2 tahun bolehla tukar susu. Tak risau dia terberak2 kalau tukar susu. Dengan kempen ini saya boleh test,try,cuba adakah Arief "LIKE" Dutchlady ini..hihi


Dapat lagi vocher RM2.50. So lepas ne kalau Arief ok. nak beli lagi dapat jimat RM5.Tapi kena beli kat store yg kita buat pertukaran susu ne ye..


 Sempat lagi amik gambar. 

Eh.. eh.. kenapa saya dapat susu free & voucher. Intro takde apa takde pastu tayang-tayang je. Sakit ati tak? Ekeke.. besarkan gambar ne ye.. Ada terms&conditionya. Ala tak susah pun tak perlu bawak tin bawak container pun ok dah cukup.Tapi mesti lebih 350g. Tapi mesti tukar kat store yg ada list kat sini je tau. Saya tukar kat Hero Puchong. See kat Puchong macam-macam ada.Kalau nak beli umah sila beli kat sini ye En.Papa sayang...

p/s: Tima kasih pada Madam Ayu. I lap u. Kalau ada yg best-best jangan lupa share ye..hihi

Wordless Wednesday : Kelahiran













Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh fazya nisa'"


Kelahiran adalah satu proses yang amat bermakna. Kelahiran anak-anak membuatkan saya sedar saya perlu tolak ke tepi semua rasa dan perasaan untuk membuat mereka gembira dan membesar dengan sempurna. Insya-Allah...
Note: Kali pertama rasanya koleksi gambar kelahiran anak lelaki kesayangan saya dipaparkan. Baru sahaja keluar dari perut waktu gambar ini diambil . Sekarang berumur 1 tahun 8 bulan. Alhamdulilah.. Entry ini saya buat khas untuk entry contest di blog contest saya. Terasa entry ini mempunyai pengertian yang mendalam ..lebih-lebih lagi mengenangkan kepayahan melahirkan seorang anak.. Sakitnya.. Allah je yang tahu.. Tapi bila yang dikendong dengan susah payah selama 9 bulan lahir 1001 kesyukuran rasanya. Oleh itu saya paste sahaja di blog personal ini. Semoga kita sama-sama menghayati&menghargai rasa proses kelahiran itu...

Tuesday, June 28, 2011

List blog yang tak boleh komen

Berikut adalah list blog yang saya tak boleh komen. Kalau sesiapa ada cara utk mengatasi sila tinggal komen ye. Ada kawan-kawan yang ingat saya tak jenguk blog mereka. Weekend selalu saya jenguk tau.. Baca semua citer yg tertinggal..

1. http://ezna-daniayasmine.blogspot.com/ (ala ezz sedih tau..baca je boleh)
2. http://dhiyaz86.blogspot.com/
3. http://danish-full-of-luck.blogspot.com/
4. http://naturalparentinglove.blogspot.com/
5. http://lizayati.blogspot.com/ (ila jenguk asal ada entry baru tau)
6. http://hadiahuntukku.blogspot.com/
7. http://suziehoney.blogspot.com/

Sunday, June 26, 2011

From Bangkok With Love

Ada officemate (Kak Wa)  ke Bangkok. Berjumpala dengan my BFF masa kat Korea. Sapa lagi kalau bukan Kittyaporn delegate Bangkok. Kitty siap beli untuk saya present dari Bangkok. Walau bukanlah designer handbeg .. tapi ingatan tue buat saya terharu sangat..  Lagi-lagi bila Kak Wa bagitau Kitty sanggup jumpa Kak Wa masa Ka Wa dah nak balik ke Malaysia sedangkan hotel Kak Wa boleh dikira jauh dari office si Kitty ne. Wah terharu sangat.. Nanti kalau ada officemate nak pg Bangkok lagi bagitau ye.. Nak bagi present kat Kitty. Apa?? Takkanla nak bagi cencaluk pulak hehe


 Magic tak? Jadi 3..Nak bagi Amana satu untuk buat beg makeup dia..hehe

Kittyaporn. Lawakan? Macam pelakon Malaysia Raja Farah bak kata BFF saya si Linda. Dia pun dah jumpa Kitty ne. Office saya mmg selalu collobrate dgn office Kitty di Bangkok. Bila nak pg sana ye? Sekali je saya penah pergi masa 2003/2004. Time2 muda remaja..time2 baru2 keja hihi..


 Ececeh.. Sejuk gila kononya.. Mmg sejuk pun

Bagi besar sikit gambar.. Cuba tengok apa si Kitty buat? Buang tebiat kot..hihi

Saturday, June 25, 2011

From PARIS With Love


Thanks pada Im yang belikan hadiah comel untuk Amana/ Arief tapi mcm biasa pastila Amana yg conquar. Nak buat camana " Aku kan kakak!!" Im berjalan jauh ne.. Sampai ke PARIS!!  Bila rezeki anak-anak nak jalan jauh macam tue?? Takpelah ye.. anak-anak mama baik, dapat jalan ke pool & taman pun dah happy..jimat duit mama..hihi.. Tapi nanti one day mama bawak AmanArief naik flight. Eh Amana dah.. Arief je belum..  Tak acikan mama,papa,kakak dah naik Arief belum pun.. Naik LRT dulu jela ye?? hihi

Friday, June 24, 2011

Entry saya dalam Mami & Baby Jun 2011


Thanks pada MZ sebab alertkan saya. Muka surat 45 tau  bertajuk "Hari Pertama Anakku Ditinggalkan Di Nurseri". Hadiah lum amik lagi.  Quick update je ya sbb clichqe punya alasan tapi mmg sibuk dong... Ini pun tak boleh nak temankan BFF jumpa client dia. sorry ye.. Jenguk blog kesayangan sbb dah fenin... Satu event tapi mcm2 kena buat. Lagi-lagi bila yang membuatnya tak sampai bilangan sebelah tangan pun.. Jemputan dekat 300. Aduhai sungguh risau takut ada yg tak datang.. Ada jugak surat bila faks bounce back.. Debar-debar rasa mcm jemput org datang kenduri kawin Amana /Arief je gayanya.. Bye..


p/s: Kemenangan ke 16 untuk 2011

Wednesday, June 22, 2011

Yummy...Ngap..Ngap.. Bagi papa yang Love


Tak taulah kenapa gambar ne terbalik
Saja hadiahkan untuk En.Papa. Bukan perempuan je sukakan kejutan.Lelaki pun mesti suka bila isteri &anak-anak ingat hari penting jugak. Saya cakap dengan anak-anak "Yang love tue papa punya okey"


Siapa yang punya coklat ne? En.Papa  ke budak-budak ne? Haha serampang dua mata.. Beli utk En.Papa tapi saya & anak-anak pun tumpang 6 kaki (yela ada 3 org-so 6 kakikan?)

p/s: Boleh call 0193069447-Kak Fiza untuk order. Kat sini saya pernah buat review.

Monday, June 20, 2011

Arief win conso Cutest Baby of the Planet | May Contest Result @ Mom Bloggers Planet



Quick update before masuk meeting after lunch. Alhamdulilah Arief menang contest di atas. First time menang undi "LIKE" walau cuma dapat conso. Thanks a lot pada kawan-kawan yang sudi vote. Gigh tue saya personal massage pada kawan-kawan utk vote. First time sampai sanggup msg inbox kengkawan.. Ekeke.  Tengah pk nak guna ke eVoucher tue. Sebab bila tgok kat situ mostly barangnya RM100 above. Tapi saya belum habis belek lagi. Tak sempat..

Dulu saya pernah masuk satu contest jugak dapat voucer utk buat spek. Tak silap bingkai free tapi lens kena bayar. Sampai ke sudah tak buat haha.

Result penuh di sini


p/s: Kemenangan ke 15 untuk 2011

Saturday, June 18, 2011

Membantu seseorang dalam "Parenting Skill Tesis"

Baru-baru ini ada seseorang tinggalkan komen di blog contest saya untuk membantu beliau dalam tesis. Dan dibawah ne antara soalannya, Jawapannya tak payahla saya letak di sini ye.


 
Assalamualaikum puan,
Diharap puan sihat disamping keluarga tersayang, mohon kerjasama dari puan untuk menjawab soalan survey saya untuk tesis saya. Kerjasama dari puan amat diperlukan. Melalui blog darwishndarwisha, saya mendapatkan email puan dan juga memilih puan di atas keprihatinan puan terhadap pendidikan agama anak puan terutamanya dalam mengajar mereka menghafal kalam suci Ilahi..Kerjasama puan didahului ucapan ribuan terima kasih

Berikut adalah soalan-soalan yang perlu puan berikan jawapan berdasarkan pengalaman puan dan pengetahuan puan;
1)            Secara ringkas mengenai biodata, latar belakang pendidikan, pekerjaan, umur anak dan bilangan, hobi dll.
2)            Bagaimana puan mengetahui mengenai blog darwishndarwisha?
3)            Pada pendapat puan, kenapa kita perlu mengajar anak kita menghafal Quran dan apa kelebihannya?
4)            Apakah pendapat puan mengenai cara yang beliau gunakna untuk mengajar anak beliau menghafal Quran?
5)            Apakah kepentingan mengajar anak menghafal Quran berbanding belajar subjek-subjek lain, pada pendapat puan?
6)            Apakah cabarab yang dihadapi puan dalam mengajar anak puan menghafal Quran?
7)            Adakah dengan mengajar anakk menghafal Quran akan memberi kesan kepada kecemerlangan anak puan dari segi akademik?
8)            Apa pendapat puan mengenai menghafal Quran tanpa mengetahui makna ayat tersebut?
9)            Apakah langkah yang puan lakukan untuk mengajar anak puan menghafal quran?
10)          Apakah pendapat puan mengajar kanak-kanak menghafal quran dalam usia yang sangat muda?
11)          Apakah bezanya kaedah yang digunakan oleh Puan Lina untuk mengajar anak beliau menghafal Quran berbanding lain-lain kaedah?

Di kesempatan ini saya menjemput kawan-kawan jenguk blog darwishndarwisya. Insya Allah banyak yang boleh kita sbg ibubapa praktikkan. Saya amat kagum dengan Puan Lina. Ada beberapa entry saya buat khas untuk Puan Lina di atas rasa  kagum saya dengan cara beliau mendidik anak-anaknya. Antaranya disini. Dan kini Puan Lina mengorak langkah dengan mempunyai online yang menjual beberapa alat bantu mengajar anak-anak mengenal Al-Quran iaitu di islamicparentingnetwork. Pn. Lina pun ada buka kelas cara-cara mengajar anak-ank mengenal al-quran. Saya ne tak berkesempatan nak pergi... Tapi  saya dah beli satu item.. Nanti nak beli lagi. Lagi pun Amana dah kenal alif sampai ya tau...Alhamdulilah...


p/s: Kadangkala kita terleka kerana mengutamakan ilmu duniawi. kerana mengikut tuntutan semasa Kebanyakkan parents berlumba-lumba mengenalkan anak-anak dengan Bahasa Inggeris. Bagaimana pula dengan alif, ba,ta? Ingatan ini juga untuk saya dan En.Papa.

TAK CAIR DI TANGAN TAPI CAIR DI MULUT

Siapa suka coklat? Anak-anak memang hantu coklat.macam-macam jenis dibelinya. Ini antara kegemaran anak-anak.Mesti syok bila kita suka makan/guna barang tue then kita menang contest berkenaan barang tue kan? Contest ne senang je tak le sesukar mana.. Mehla join 



Ini hadiahnya. Sapalah yang bertuah agaknya.. 
Maklumat lanjut klik sini

Friday, June 17, 2011

Hatrik Winning From Cosmopolitan Magzine

Orang kata kalau jaringkan gol 3 kali berturut-turut namanya hatrik. Kalau dapat anak selang setahun 3 kali berturut-turut pun hatrik jugak so kalau dapat hadiah 3 kali berturut-turut dalam bulan yang sama + dari sponsored yang sama jadi saya nak panggil HATRIK!! Hadiahnya tak le sebest Wans yang dapat jam guess (jeles ne wan!!nak jugak) tapi okla ..Alhamdulilah.

2 hadiah menerusi SMS.Mula saya terdetik..ne SPAM ke apa? Bila call katanya betul..Horeyy!! Balik umah kat post box ada surat inform dapat hadiah lagi. Yehaaaaaaa... Jadi En.Papa yang setia menghantarla saya kutip hadiah di ACP Magzine. First time sampai office ne.


Rasa-rasa pernah tengok Ayu amik gambar berlatar belakang gambar dalam office ne.


Hadiah SMS
Hadiah ke 3 X-Men (Jun 2011)


 Hadiah SMS
Promo Raihana (Mac 2011)


Hadiah melalui surat
Promo Red Riding Hood (April 2011)


Sebab menang 3 hadiah dapat 3 tiket wayang!!
Dah 5/6 tahun tak jejak wayang tau.En.Papa kata susah nak handle anak-anak nanti. Nak tinggalkan anak, En.Papa tak sampai hati. Sudahnya tak penah ke wayang selepas anak-anak lahir. Tapi kalau dah dapat free ne jumla tengok.Lagipun hadiah Amana masuk coloring contest dapat wayang cartoon pun belum tengok. Jomla papa...


Topi tue En.Papa dah cop. Tapi biasalah Amana mmg suka mama amik gambar dia dengan hadiah-hadiah yg dimenangi. Yg set pensil limited edition tue Amana dah cop.Kalau Arief dah faham jangan harap Amana dapat.

Semoga saya & anak-anak makin murah rezeki. Kot-kot dapat IPAD 2 free ke??


p/s: Kemenangan ke 12,13,14  untuk 2011

Thursday, June 16, 2011

Abah = Ayah = Daddy = Abi = Papa

Katanya berdosa sambut Valentine Days, ada orang kata tak boleh sambut Hari Ibu tapi lum terbaca tak boleh sambut Hari Bapa. Kalu uolls ada terbaca link kat sini ye. Nak jugak baca.. Tapi saya bukanla nak citer tentang nak sambut Hari Bapa ne cuma saya nak share why my En.Papa is best papa for our child. Bukanlah nak cakap papa yang tiada kekurangan but alhamdulilah papa yang menyayangi anak-anak walau ada masanya kurang sabar jugak dengan anak2.Manusiakan?? Saya sebagai ibu pun naik angin jugak dengan anak-anak kadang-kala..mmm.. Tak mo la type panjang2 tengok gambar lagi best. Pada saya gambar menceritakan segalanya...


Tak segan menunjukkan kasih sayang dengan anak-anak. Tapi kenapa dengan mama anak-anak segan ye?? Oh masa courting kalau boleh nak semua tau saya dgn dia..haha


 Melayan anak-anak. Tak kuasalah saya nak buat aksi mcm ne dengan budak2 ne. Patah leher saya


 Amana kalau posing dengan papa bukan main. Kalau dengan mama... kim salam!!


 Tengok?? Betulkan?


 Dari kecik memang anak papa..


 Masa ne kat Colmar Tropical

 Flight  ke Langkawi

Amboi sama2 berkaca mata


 Meneman anak menggunting rambut

 Alahai mengadanya muka Amana


 Hari raya singgah ke pantai di Melaka. masa ne Arief lum ada lagi


Event Santai Bersama Pa&MA


Family day office di Sunway Lagoon



Gambar ne diambil secara curi-curi
Bukti kasih seorang papa...


Jom join sini untuk raikan papa2 kita nak?
Macam-macam ada.. Tshirt free pun dapat untuk 1000 terawal daftar tau..
Nak ajak En.Papa tapi this event En.papa ada hal pulak..


Wednesday, June 15, 2011

banyak entry nak buat tapi habiskan yang ne dulu

Sebenarnya banyak entry nak buat sbb banyak citer tau tapi buat satu entry satu hari cukupla.mana ada masa.. time rehat ne jela.. itu pun terkejar2 makan sbb nak jenguk jugak blog & kawan-kawan kejap. kat umah ada jugak especially SabtuAhad. Itu pun kena berperang dengan budak2 dulu hihi.. kalau sempat jenguk kengkawan bukan time rehat  itu sbb dah stressla tue.. otak jem.. tgok kawan2 lima minit pun jadilah ye tak?? 

Sambung citer BIL kawin kali ne side ppuan pulak. Tak letak gambar saya sangatla sbb masa ne saya takde mood sebab... and jugak sebab sakit belakang 7 jam punya perjalanan. Bayangkan dalam keta MyV yang kecik tue saya boleh baring sambil lipat kaki sbb dah sakit belakang. Dah tak boleh duduk lagi. Arief saya letak kat dada saya terus dia tdo. Dengan jamnya sampai tempture keta naik + tak boleh pakai air cond..aduyaiiiiiiiiii...

Sampai umah persinggahan Arief pulak muntah2 lepas kenduri. Satu keja nak mengelap, baju dia lagi, peel dia lagi.. En.Papa pulak dah sibukkan hal lain..memang..memang hilang sabar.. Kalau time2 ne kalau ada yg carik pasal or  menengking tak pasal2-pasal memang buat hal jelah.... Apapun BIL saya dah selamat jadi suami orang. Semoga ke anak cucu dan pasak dalam hati perkahwinan hanya sekali ok. Eh En.papa pun sama tak payahla nak ikut jejak SY (Salih Yakob) Sinar FM tue...

KENDURI SEBELAH PEREMPUAN AKA BIRAS
(MERSING, JOHOR)


Saya asik mengendong Arief yang asik berbunyi. Maybe dia mabuk..
Tak suka bedak yg saya pakai ne. Berbelak2..Menci!!

 Amana pun buat hal.. Aduhai anak dara sorang ne
Anak dara saya siap pakai stokin panjang. Tak reti panas agaknya


 Saya suka pelamin nya. Lawakan? Dengarnya kos pelamin je 7K. Gulp!!
Eh apasalahnya kalau cantik. Lagipun 3 pengantin sanding sekali..


 Tengok muka Arief yang sememeh. Tengok dahi dia lagi..Kena gigit
Kalau reader yg biasa mesti tahu kulit Arief memang sensetif


 Sepupu & anak buah En.Papa yang buat mood saya jadi ok sikit
Dengan budak2 memang saya kalah sikit. Terus ok je kalau diorang ajak borak


Amboi makan ingat sikit orang belakang ye.
Cian En.Papa paling last makan

 Dalam mabuk tue kalau kakak dia agah dia ketawa jugak
Lagipun dia sempat tidur kejap tadi


Amana sempat tidur kat sepupu En.Papa. Rajin budak2 ne melayan dia. Kalau Arief tue siap berebut2 nak dukung. Saya lagi suka tapi kalau time2 Arief mabuk memang saya tak bagi sapa2 dukung. Nanti dia ngamok je

 Kelakar memek muka Amana haha


 Apa yg dua beradik ne gosip agaknya?
Tengok kasut Amana..sesuai ke dengan baju kurung?
Dah cakap tapi dia tak mo dengar..mmm..


Ok dibawah ne gambar2 di rumah persinggahan

 Gambar kandid Arief memuntahkan isi perut hehe

 Anak Papa
Papa dia dok mcm ne dia pun sama. Nasib cover dengan mineral water.
Kalau tidak...Nampak yg bukan-bukan hihi


Alahai Arief kenyit matalah..Comelnye

Takde gambar gedik santai. Sebab takde mood. Enuf said!!