ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, August 18, 2017

Subuh

_Saya tertarik dgn nukilan ini jd saya copy & forward pd grup ini_... 

JIKA SUBUH ...
Jika subuhnya sentiasa dipelihara
Tanda akan selamat dari neraka
Jika subuhnya tiada dia tinggal
Allah melindunginya dari aral
Jika subuhnya didahului sunat
Berganda isi dunia dia mendapat
Jika subuhnya bergelapan ke musolla
Di kegelapan akhirat mendapat cahaya
Jika subuh ke cerah berwirid lagi
Mendapat pahala umrah dan haji
Namun...
Jika subuhnya tiada dijaga
Pada wajahnya tiada cahaya
Jika subuhnya sengaja terlupa
Tanda imannya tiada bernyawa
Jika subuhnya terasa berat
Tanda munafik sudah mendekat
Jika subuh tiada dipeduli
Tanda iman menghampiri mati
Jika subuhnya tiada berjama’ah
Tanda hidupnya akan hilang barakah
Jika subuhnya tiada ke masjid
Tanda imannya ada penyakit
Jika subuhnya selalu terlewat
Tanda imannya semakin cacat
Jika subuhnya di akhir waktu
Tanda iman semakin kelabu
Jika subuhnya hari dah siang
Tanda rezekinya sudah hilang
Jika di subuh masih berdengkur
Tanda syaitan memeluknya tidur
Dan...
Jika subuh berjama’ah diringan-ringan
Dapatkah dia memimpin perjuangan.

Wednesday, August 16, 2017

Pandora 916: Dapat hadiah Top dropshipper





Assalamualaikum semua
Lama dah nak share dapat hadiah nie
Tapi tak sempat-sempat nak share
almaklum mak khairy & adam nie busy
Dalam rumah je pun keja tak habis-habis tau
Bukannya merongeng kat IOI Mall pun haha
letih betul mak khairy jadi SUPERMAK
 
RUTIN SAYA:
 
1.subuh
 
2. siapkan adam bagi susu, mandi makan
 
3. mandikan khairy dan bagi susu
 
4.sapu rumah bersih-bersih  sebab adam dah merangkak.
 
5. siapkan makan khairy maksudnya memasak untuk khairy atau beli..kebiasannya saya masak sebab khairy makan banyak kalau mak dia masak
 
6.kain baju kena sidai,lipat etc etc
 
7.siapakan diri sendiri. tak ke pening sampai tengahari tak mandi2? GRRR
serius masa cepat betul berlalu bila dok umah nie.. sedar-sedar dah tengahri..aikkk
 
8. buat keja pejabat.. buat keja pejabat nie automatik akan naik ke no 2 kalau budak2 nie semua tak bangun lagi. kalau diorg tidur itulah masanya saya akan mengadap keja opis non stop. diorang bangun memang kena tinggal dan layan diorang.. khairy bangun takpe lagi..dia akan tgok tv..main lukis2 tepi saya..atau tengok tab..tab hadkan..lagipun tab saya sekarang asik off tiba-tiba..70% bateri masih ada tapi dah tak boleh nak tgok movie..haha..rasakan khairy..masa tue mulalah dia mengacau saya "mama..mama.."
 
9. aman sikit bila lepas zohor.. dalam kul 3/4 diorang akan tidur semula..saya buat keja balik..
 
10. nak masak utk makan malam pulak..kekadang sy masak je lauk tengahari tue untuk malam sekali.mayb tambah2 lauk je.. sebab saya utamakan makanan utk khairy bukan utk perut sendiri. so tengahari tue masak ala2 utk bebudak je. jadi mak biasalah kena dulukan anak. anak tue tanggungjawab kitakan? lagi2 kalau magic
 
 
mekasih bos.. saya nie kalau beli lipstick..sampai habis satu lipstick baru beli yang lain..kalau bos tak bagi hadiah jangan harapla ada banyak lipstick dalam begmakeup yang juga beg alat tulis tue haha
 
 
 
 
niela yang menyebabkan dapat lipstick dan perfume free tue
saya ada share kat link TOP DROPSHIP PANDORA 916
mekasih bos ye
nanti bagi lagi yeeeeeee
 
 
kalau ada yang minat nak cuba-cuba merasa BAHAGIANYA memakai Pandora 916
 
JOM CUCI MATA
JEMPUT LIKE FB SAYA BERKAITAN EMAS
017-3201998
 
 
 

Monday, August 14, 2017

En matt lagi..jangan jemu..

Bagaimana untuk HARGAI dan SETIA kepada pasangan?

Saya akan bagi points dahulu.

•Sentiasa perbaiki niat. Kahwin kerana Allah,sayang dan cinta pasangan kerana Allah,suami cari rezeki kerana Allah. Isteri kerja untuk bantu ringankan beban suami kerana Allah.

•Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan.
-Jika dengar perkabaran tidak baik terhadap pasangan,selidiki terlebih dahulu.

•Sentiasa tunaikan janji,bukan banyak berjanji.
•Sentiasa hadiahkan pasangan setiap bulan walaupun sekuntum bunga.
•Sentiasa berbual  dan mendengar dengan penuh perhatian.
•Sentiasa memuji pasangan.

"Bertuah abang dapat kahwin dengan sayang. Cantik,menyenangkan hati,rajin,baik hati"

"Bertuah sayang dapat suami hensem,baik,prihatin seperti abang"

Sentiasa berada dalam JEMAAH.

•Baca Al-Quran Bersama
•Solat-Solat sunat bersama.
•Zikir 300 pagi 300 petang bersama
•Kemas rumah,masak,sidai baju,mandikan anak,layan anak Bersama.

•Out station bersama.
•Sentiasa kongsi apa jua masalah termasuklah urusan dipejabat bersama.
•Sentiasa bersembang,ngeteh bersama pasangan.
•Selesaikan segala masalah bersama.
•Jangan wujudkan pihak ke 3 untuk selesaikan masalah kecuali jika ia perlu.

•Raikan sesuatu kegembiraan bersama.
•Saling menasihati antara satu sama lain.
• Berterus terang dalam semua hal dengan lemah lembut dan hikmah. Tiada lagi ayat-ayat kiasan,atau sindiran.
•Jangan memperkecilkan usaha dari pasangan walaupun suami sebulan sekali mandikan anak walaupun isteri sebulan sekali sikatkan rambut kita.

•Jangan dipendam hasrat hati. Luahkan apa yang terpendam.
•Jika mahu marah diam dan berwuduk. Guru daurah Al-Quran pesan kepada saya,nak marah isteri,anak terus peluk mereka.
•Apabila dimarahi diam walaupun dipihak yang benar.
•Jika PJJ,setiap hari,setiap masa berhubungan dengan pasangan. Jangan bersendirian nanti syaitan bersama. Sentiasa sibuk dengan majlis-majlis agama,dengan jemaah masjid,jemaah dakwah. Bersahabat dengan mereka yang sibuk dengan urusan agama.
•Sentiasa doakan kebaikan untuk pasangan. Selepas solat doa,selepas zikir doa,selepas mengaji doa,ketika masak doa,ketika basuh baju doa dan selepas azan sebelum iqomah doa kebaikan untuk pasangan.

Dan terakhir

ANGGAP DALAM DUNIA INI SIDIALAH YANG TERBAIK DAN SEMPURNA BUAT KITA.ORANG YANG PALING KITA SAYANG DAN CINTAI.ORANG YANG PALING BANYAK BERJASA KEPADA KITA.
ANGGAP SIDIA RAJA,PERMAISURI KITA.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Friday, August 11, 2017

Berpantang..dah habis cerita tapi share dari seseorang

Saya mahu mengingatkan semua pasangan suami isteri, terutamanya saya yang menulis ini, rumah ibubapa bukanlah confinement place for free & bantuan mereka menjaga semasa berpantang pun bukanlah khidmat sukarelawan masyarakat, wahai anak-anak. 

Ada ramai dari kita, hanya menjenguk kampung apabila mahu beranak semata, sebab mahukan penjagaan rapi semasa berpantang tanpa perlu mengeluarkan kos penjagaan ribu-ribuan. 
 Astaghfirullah, moga Allah ampunkan kita kalau pernah berniat macam tu.

Lelaki sebagai suami & menantu.. ingatlah sebenarmya tanggungjawab menjaga isteri sepenuhnya atas bahumu. Ibubapa yang sukarela mahu menjaga anak perempuan mereka semasa berpantang perlu dihargai, diraikan tetapi bukan bermakna tempoh itu kamu boleh berlepas diri & bersenangan laksana bujang. Sedangkan di kampung, ibubapa yang uzur tadi terkial-kial mengangkat air panas buat isterimu mandi & hampir pitam mengendong anak kecilmu yang meragam dari malam hingga dinihari-setiap hari.

Hal berpantang jangan diambil remeh. Suami isteri perlu duduk berbincang dengan mak ayah tentang segala persediaan & keperluan yang patut dipersiapkan. Seperti ibu saya akan pesan pada suami saya untuk menyiapkan barang keperluan untuk dibawa ke hospital, barang untuk menguruskan uri dan sebagainya. 

Jika suami jenis clueless, isteri mainkanlah peranan untuk ingatkan suami hal yang perlu dia ambil tahu, fikir & sediakan sebelum & semasa kita berpantang. Kadang suami ni bukan dia selfish melainkan dia tak terfikir hal remeh temeh yang bakal berlaku dalam tempoh itu. Mungkin kerana kurang membaca, kurang bertanya & mungkin juga terlalu ambil mudah. Terutamanya untuk kelahiran pertama.

Jadi para isteri untuk suami jenis begini, beritahu dia & ingatkan dia yang selain keperluan bayi, kita juga perlukan set berpantang, upah bidan mengurut, standby pam susu kalau terkena bengkak susu, serta jangan lupa beri mak ayah yang menjaga isteri;

- duit bajet untuk lauk sepanjang berpantang yang perlu diberi kepada mak ayah. Nak beli makanan berkhasiat untuk kembalikan tenaga isteri seperti ikan jenis tertentu, daging, susu, buah, biskut, & lain-lain. Tanya mak tentang kos kasar barang keperluan itu & sediakanlah siap-siap. Jangan lupa nafkah isteri sepenuhnya dibawah tanggungjawab suami. Ada bajet extra, asingkan juga duit belanja dapur untuk mak ayah.

- duit bil air & elektrik, kerana biasanya jumlah bil akan naik sedikit atau mungkin berganda semasa tempoh berpantang. Kalau jenis pasang air-cond 24jam pasti bil eletrik naik mendadak, jadi jangan buat-buat lupa bayar semula pada mak ayah. 

- duit minyak kereta mak ayah ke hulu hilir hantarkan isteri & anak check-up klinik/hospital/beli barang urgent. 

- duit standby incase tiba-tiba perlu belikan pacifier, baju lebih, pampers jenama lain jika tak sesuai jenama tertentu, krim ruam. Kita tidak tahu kerenah bayi seperti mana. Setiap bayi lain-lain ragamnya.

- duit extra : jika ibubapa turut menjaga anak-anak yang lain, tentulah perlukan duit untuk beli makanan, permainan & sebagainya. Jangan ajar anak pow atuk nenek pula!
Last but not least, jika ada bajet lebih lagi selepas habis berpantang & anak sudah besar sedikit, bolehlah ajak mak ayah berjalan-jalan makan angin & belanja makan tempat-tempat yang bagus sedikit. Untuk meraikan penat lelah mereka (untuk membayar kita tidak layak & tidak mampu - hanya Allah yang mampu).

Terus terang.. mak ayah memang tidak akan meminta directly, tetapi sebagai anak yang baik, peka & sedar diri, faham-fahamlah sendiri tanggungjawab kita. Dah beranak pinak pun kan.. harapnya bolehlah lebih bertimbangrasa. 

Mak ayah memang tak pernah berkira dengan anak-anak, sebaliknya anak-anak selalu sangat berkira dengan mak ayah. Walhal memang sudah tanggungjawab kita. Jadi, janganlah asyik ambil kesempatan. 

Jangan zalimi ibubapa yang duit bulanan kamu tak pernah beri, tetapi bila tempoh kritikal begini kamu tambahkan pula beban lagi. Jagalah adab kita sebagai anak. Takut mak ayah kecil hati dalam diam, jadi tak redha, kita yang berdosa.
.
Sekiranya ibubapa berterus terang sudah tidak mampu menjaga, mungkin atas faktor uzur & sebagainya, suami sepatutnya sudah merancang hal isteri berpantang sejak dari awal kandungan lagi. Mungkin suami sudah mula berfikir patut ambil cuti lebih lama selepas isteri bersalin dan mula mencari info tugas yang perlu dilakukan jika mahu berpantang sendiri, atau jika tak boleh cuti lama, boleh mula menabung untuk upah confinement lady serta bayaran daycare untuk anak yang lain sementara isteri berpantang. Sekarang dah moden, semua info ada di hujung jari. 

Ibu selalu cakap pada saya; "dah beranak & jadi ibu ni barulah kamu lebih faham ibu kan. Bukan senang jadi ibubapa ni.." fuh memang sebak rasa. Rasa macam sangat kerdil dibandingkan dengan kasih sayang ibu ayah yang melimpah ruah. Terima kasih ibu ayah..

Maka anak-anak, janganlah ambil kesempatan atas kasih sayang mereka. Ibubapa cuma ada seorang atas muka bumi ini. Jika Allah ambil mereka kembali tentulah tiada lagi galang gantinya. Kita juga bakal menjadi orang tua kelak. Santunilah mereka semampunya, kerana Allah tahu apa di dalam hati kita.

Wallahu 'alam.

Penulisan ini berdasarkan pengalaman & pandangan peribadi diri ini sahaja. Boleh tambah di ruang komen jika ada cadangan lain. 
.
.
#selfreminder
#notabaitulmuslim
#intandzulkefli
Diizinkan & dipersilakan share tulisan ini jika bermanfaat, dengan menekan 'button' share. No copy & paste on fb, please. Terima kasih.

Mengandung rupanyq latihan utk seluruh hidup

Semalam sebak tengok seorang wanita berjalan dekat parking bawa 4 orang anak. Semuanya kecil-kecil lagi. Seorang sedang didukungnya. Suaminya laju ke depan dan bawa satu plastik barang kecil dan sebelah tangan tengok phone..

Bila tengok 2 anak tadi tak pegang tangan ibunya dan biasalah anak-anak cuit-cuit dan bergurau dengan adik beradiknya. Saya berhenti kenderaan dan suruh mereka lintas. Saya tunggu sampai mereka dekat dengan keretanya dan masuk kereta. 

Suaminya jerit dan marah isterinya. Apalah awak ni, kan kereta tu tengoklah anak sikit. Kalau apa-apa jadi macam mana. Kan parking.. Itupun tak reti. Lambat sangat.. cepatlah sikit kereta nak jalan tu...muka suami merah marah dan macam nak baling barang dalam kereta dan tutup pintu kuat-kuat...

Sedih saya tengok. Ya Allah berilah kelembutan pada suaminya...Betapa wanita itu tabah dan diam jer. Sedangkan dia pegang baby dalam pangkuannya..anak ada 3 lagi. Nak pegang guna apa agaknya..biarlah kereta lain tunggu. Memang sepatutnya yang perlu diutamakan ibu mengandung dan bawa ramai anak kecil..cuba kita try uruskan. 

Ya Allah sebak sebab anak-anak saya pun kecil lagi. Saya kadang-kadang ada ceramah di luar. 4 orang anak kecil-kecil bidadari saya uruskan..hanya Alllah yang membalasnya segala kebaikan dan pengorbanannya..

Isteri mengandung 9 bulan..rupanya latihan mengandung seluruh hidupnya..

hargailah ibu. Hargailah isteri..
Sebab tu saya benar-benar selalu doakannya dan selalu telefonnya dengar luahan bidadari saya mengenai anak-anak. Walau saya tahu. Saya takkan pernah dapat membalas kebaikannya dan pengorbanannya sampai bila-bila.

Begitulah selalunya..
Keluhan lelaki. Tunggu awak bersiap saya sempat keluar beli barang balik, awak belum siap lagi. Cepatlah sikit...kalau 15 tahun kahwin. 15 tahun mengeluh.
Bila keluar pampers anak tertinggal. Laa kan abang dah cakap keluar bawa anak kenalah bawa pampers susu dan semua yang lain-lain...
Laaa itu tinggal...ini tinggal...apa awak ingat.

Bagi setengah lelaki siap tu siap..bagi wanita siap tu maknanya mandikan anak, basuh berak anak dulu, buat susu anak, bawa bekal lain anak lain, siapkan baju suami, siapkan baju anak, buang sampah dulu, matikan lampu, bawa pampers, baju lebih takut anak berak muntah, kunci pintu rumah...

Sepatutnya tolonglah buat semuanya sama-sama. Kalau tak nak tolong pun jangan mengeluh dan jangan sakitkan hati pasangan. Sebaiknya belajarlah buat semua sama-sama dengan kasih sayang dan rendah diri..pimpinlah dengan bersama-sama melakukannya. Tunjukkan contoh terbaik. Pemimpin yang baik tugas yang berat saya buat. Orang lain bantu. Isteri pembantu kita. Tetapi ramai isteri mereka urus semua. Ada yang tak berterima kaseh. Di marahnya pula. Ya Allah..

Kita marah bila isteri dan anak-anak tak dengar dan buat macam kita nak..isteri dan anak kita Allah yang punya. Kita semua Allah punya. Kita sampai hari ini banyak perintah Allah belum sempurna. Akhlak kita belum macam Allah nak. Kita bukan sesiapa, tak boleh buat apa-apa. Hanya Allah segala-galanya..

Belajarlah melihat dengan hati. Sayangilah isteri dan anak-anak. Berlemah lembutlah. Berkasih sayang-ebit lew

#www.keluargasunnah.com #7oktober2017 #matradeKl #daftarPromosiSebelum31Julai #whatsapp0173666848  #semuaYangNakBelajarSunnahDalamKeluarga #luvTillJannah
#prokidsSehari #7oktober2017 #matradeKl

Wednesday, August 9, 2017

Pandora 916 : bead dan dangle sold

 
  Assalamualaikum
Sharing citer-citer Pandora 916
Saya dah terjebak minat kat bead Pnadora 916
Sebab dah terjebak minat ..terjebak jadi seller
Biasalah minat dulu..pakai dulu baru jual
Alhamdulilah minggu nie 2 lagi bead customer dah terima
Mekacih bos tolong deliver kat customer
 
Bead nie namanya senrose
Kalau yang ada cincin Pandora bolehle sarung bead nie kat cincin Pandora tue
bukan gelang je Pandora tau..cincin pun ada
 
nie pulak bead hello kitty
syukur Amana tak request haha
 
Geliga Gold keluarkan Pandora 916 ya
Kalau pakai memang cun
Kalau pajak di arrahnu pun dapat loan yang tinggi sebab emas 916
tue tengok surat pajak tue
selain untuk perhiasan
Pandora 916 nie simpanan kalis inflasi tau
 
 
Dari segi ketahanan.. 
Saya memang jenis lasak dengan bead2 pandora 916 by Geliga Gold
Basuh kuali , basuh bilik air mengemas satu rumahlah sennag citer
 rantai tangan bersama bead -bead pandora 916 memang tak penah tanggal dari pergelangan tangan
Malas nak bukak
Takde satu batu pun pada dangle reben yang tertanggal
Color pink pada dangle love pun tak turun warna pun

 
 
Nie lagi satu yang buat saya tak tidur lena
Bos cakap bos besar akan bawak ke pameran emas di penang
itu pun 10 bijik je tauuuuu
Customer dah mula Tanya
matilah mak nak
bos akak takde dapat lagi..inikan pulak akak
 
 
Berminat wassup akak 017-3201998 atau nak joint group wassup boleh bagi no hp
Tapi bersedialah ye bila akak send gambar2 Pandora 916 yang cantik2 ye

Mak khairy
Seller Pandora 916 by Geliga Gold
017-3201998
 
JEMPUT LIKE YE
 
 

Tuesday, August 8, 2017

Saja suka sharing suka baca..seriau bab heprin

 
ASSALAMUALIKUM SEMUA
 
saja nak cerita saya nie memang peminat Muhammad Ahmad nie
Tak mainlah minat-minat artis nie
mak khairy dah kertu haha
 
Suka baca FB mereka yang sangat mengispirasikan
sebenarnya Muhammad Ahmad nie seorang doctor
saya kurang pasti kenapa belia meninggalkan lapangan kedoktoran
sekarang beliau giat meniaga
Cita-cita beliau nak buka kilang keropok yang sihat
Keropok yang sihat?
jangan gelak ye
keropok beliau tak ada msg, guna gula kabung bukan gula putih
nie followlah kedai alam maya beliau iaitu KEDAI ENCIK MATT
 
baca catatan beliau yang terkini tue
macam sama je hah
1. perut dibelah
2.anak sakit jantung
3.heprin
 
hahahaha
I kenot tahan dah
sebenarnya kan walaupun masa lahirkan khairy tue saya rasa cuku-cukup sudah..tapi kenyataannya saya mas atue takut nak mengandung lagi sebba risaukan keadaan anak..risau kesihatan anak ..bukan takut sakit bersalin
 
tapi masa adam saya rasa paling serikkkk
dah lalui  kontraksi menggila
dah seluk2 nak pastikan bukaan berapa cm
sekalinya tak boleh bersalin normal sebab jantung baby drop
rupanya sebab berbelit tali pusat dua pusingan
nasib baiklah Allah selamtkan adam
 
sykur alhamdulilah nurse yang berjaga malam tue cekap
Nampak pun macam nurse yang dah lama-lama berkhidmat
macam mak-mak je
nurse tue terus bagitau prof  azurah yang kontarction saya sangat kuat walupun bukaan belum banyak plus jantung bayi makin lemah
sian adam agaknya berhempas -pulas nak lepaskan diri dari belitan tali pusat sendiri
 
dan sebenarnya saya rasa dah 2 minggu adam terbeli tali pusat
sebabnya saya dah rasa kontraksi 2 minggu sebelum tue dan dah ke hospital pun
2 kali pulak tue pegi hospital bagitau dah rasa kontraksi
tapi doctor ketika itu cakap belum ada bukaan (bukan prof azurah) doc lain
alhamdulilah ada selamat
 
tapi memang serik
kontraksi
seluk-seluk cek bukaan CM
emergency ceser
suntikan heprin!!!!!!
 
masa dalam wad 4hari 3 malam tue
ya rabbi saya pun pelik
apasal asik-asik kena inject nie
belas-belas kali tak silap saya
dahla perut sakit kena bedah
yang kat bahu pun asik kena cucuk sampai Lebam
tapi saya kena cucuk kat wad
saya bersalin di HUKMC (HUKM private wing)
saya dengar yang bersalin hospital government siap bawak balik heprin tue
kena suntik sendiri kat rumah
betul ke?
 
rupanya suntikan heprin tue untuk elakan darah beku
dari pembacaan saya suntikan heprin dulu tak wajib
tapi bagi yang dah umur 35 dan bersalin ceser wajib kena heprin
sekarang nie kalau bersalin normal umur 35 ke atas pun kena suntik heprin tau
 
 
CUKUP-CUKUP SUDAH
I IS SERAM
DALIA AMANA
AMIRUL  ARIEF
ADLAN KHAIRY
ADAM ZIQRI
CUKUPLAH
INI SAHAJA YANG ALLAH IZINKAN UNTUK SAYA SEBAGAI BEKAL DI AKHIRAT
ALHAMDULILAH
 
 
 
 
 
 

Monday, August 7, 2017

Naik MRT dari Kajang ke Mutiara Damansara (IKEA)

Assalamualaikum semua
Meh kita citer santai-santai
Apa lagi citer santai yang hot muahaha
Naik MRT
MRT nie dekatla jugak dengan rumah saya
Tapi kena naik ketalah
Nak jalan kaki tunggulah betis macam tiang leterik dulu ye
 
Tengok muka adam
muka macam "mana mama nie? kenapa tak dukung saya?"
Adam dah 8kg++ ye
tengokla muka boolat tue pun dah tau tembam
so tak heranlah kalau belakang saya sakit semula
kalau dukung dia setengah jam je pun
siapla malam tue menahan  sengalnya tulang belakang
 
 
perjalanan dari MRT Kajang ke MRT Mutiara Damansara hampir sejam lebih
haishhh lama jugak
cuma yang untungnya dari MRT Kajang memang tak ramai orang
memang dapat dudukla
dari stesen Mutiara Damansara nak ke IKEA tue memang kena jalan jugakla
haus jugakla dibuatnya
 
khairy bukan main suka
lari sana..lari sini
tak larat dah nak halang
saya tengok je
nanti dia penat
dia datangla diam-diam bisik kat telinga saya
"mama, khairy penatla"
tau pulak kiki
 
budak-budak 7-12 tahun bayar separuh harga
tapi kena bawak IC tau
below 7 tahun free
saya bayar  amana(10 tahun) dan arief (8 tahun) total RM2.20
tapi masa saya naik nie ada 50% diskaun
 
 soalan KBAT untuk anda semua
" Berapa tambang MRT yang sebenarnya untuk seorang kanak-kanak  berumur 9 tahun jika ketika diskaun 50% jumlah harga untuk dua kanak-kanak yang berusia 8 tahun dan 10 tahun adalah RM2.20?
Tambang kanak-kanak 7-12 tahun adalah sama dengan syarat IC ditunjukan sebagai bukti.
(jawapan ..Tanya jelah staf MRT tueee  :p)
 
Arief kalau dia cakap lapar.memang betul-betul lapar
dia makan tak berenti-renti
dia paling banyak makan kat IKEA nie
sebelum naik MRT kitaorang dah makan nasi ayam penyet dulu tau
sampai ikea dah lapar balik?
lebih kurang 2 jam lebih je jarak perjalanannya kiki
ala tapi kat sini pun makan ringan-ringan je pun
 
 
dah pandai mintak mak dia dandan rambut dia
puas hati dia dapat duduk tepi mak dia
bukan selalu dapat duduk tepi mak kan?
 
Cukupla sampai sini ye
Yang penting dah tau nak ke IKEA dengan naik MRT
lain kali nak dating dengan sesiapa dah tau haha
cuma nak ke stesen MRT dari rumah tue kena naik GRAB atau bawak keta
tempat parking pun luas
parking bertingkat
okey byeee
lain kali sambung citer lagi...
(tak taula apa habuk yang melekat kat rambut arief nie.sibuk dia cakap dia pakai pomead..mcm-macamla budak-budak sekarang nie)
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday, August 6, 2017

El Hajj - Hadiah Untuk Bakal Jemaah Haji/Umrah

 Assalamualaikum semua
Sesuai dengan musim haji
jadi saya buat entri produk berkaitan dengan haji
 Produk ini sangat sesuai dijadikan cenderahati kepada ibubapa, rakan taulan yang ingin berangkat ke Tanah Suci sebagai tetamu Allah.
Anda juga boleh beli produk ini untuk kegunaan sendiri jika dijemput oleh Allah ke tanah suci.
Insya Allah

 Produk El- Hajj dicipta khusus untuk jemaah haji dan umrah.  
 *disahkan HALAL oleh JAKIM
*tidak mempunyai sebarang bau supaya jemaah umrah/haji tenang dan yakin untuk menjalani ibadah. 

*Ia dirumus khas tanpa pewangi dan alkohol
*mudah dibilas untuk berwuduk
*Berasaskan air dan diperkaya dengan Vitamin E dan B5, herba yang terpilih serta kandungan pelembab yang tinggi, bagi menjamin keseimbangan semulajadi kulit agar ibadah dapat dijalankan dengan selesa tanpa ganguan kesihatan

Pernah dengar produk EL-HAJJ?
Saya tunaikan umrah 2015
kalau saya tahu lebih awal tak perlu saya susah-susah cari kelengkapan diri kan?
Ini saya sibukla mencari lip balm jenama lain, sabun mandi jenama lain..yang tak tahan tue sibuk cium-cium produk berlainan untuk pastikan ada bau ke tidak..

Pertama kali saya baca tentang El-Hajj adalah di status Ustaz Kharul Anuar Basri. Jadi saya screenshoot dan simpan kerana saya sangat teringin nak jadi meniaga produk ini. Di samping meniaga produk ini saya percaya saya dapat tempias pahala dan doa mereka2 yang nak mengerjakan umrah atau haji. Mak selalu pesan kalau nak meniaga ..meniagala produk yang bermanfaat pada orang lain.. Hasil niaga tue selain kita tambah income kita,  ia boleh juga jadi jalan kita ke syurga.Insya Allah.Amin

Macam kenal je? siapa nie ye? hihi


Eh dia lagi?

Dan lagi..
Jomlah kita baca beberapa feedback yang sempat saya screenshoot ye

Alhamdulilah
Ada antara kita yang tidak tahan cuaca sejuk
Ada yang tidak tahan cuaca panas
Masa saya tunaikan umrah yang kerap saya pakai adalah lip balm tapi jenama lain
Masa tue tak kenal lagi El Hajj
Puasla bila beli tue saya bau..nak pastikan tiada bau
saya tak nak perasaan  was-was membuatkan umrah saya tidak sempurna
 NO PERFUME! NO ALCOHOL! HALAL BY JAKIM!




Dah sampai ke bahagian yang ditunggu-tunggu
Berapakah harganya?
Ada promosi tau untuk tahun ini 
*sementara stok masih ada ye*

TRAVEL PACK RM99 (PERCUMA SHAMPOO DAN TASBIH TAWAF)
 El Hajj Facial Scrub 50ml
El Hajj Facial Cleanser 50ml
El Hajj Facial Moisturiser 50ml
El Hajj Hand & Body Lotion 50ml
El Hajj Heel Balm 50ml
El Hajj Facial UV Cream SPF 15 50ml
El Hajj Lip Balm 5gm


 

EL HAJJ MINI PACK RM75 (FREE TAWAF TASBIH)
 Elhajj Body Wash with Antibacterial Agent 100ml
Elhajj Hand & Body Lotion 50ml
Elhajj Heel Balm 50ml
Elhajj Lip Balm 4g


BERMINAT?
WASSUP 017-3201998
JEMPUT LIKE FB KOKOADIK BLOGSHOP 



Saturday, August 5, 2017

Window shopping buat mak2

Bila suami dapat gaji, benda yang paling best ialah pergi supermarket beli barang dapur. Walau cuma pergi Eco,tunas manja,tf valuemart tapi itulah.. rasa syok sungguh.

Sebab kadang dalam seminggu, terutamanya suami kerja lebih masa memang tak ada peluang keluar rumah. Itulah realiti seorang wanita yang menjadi suri di rumah. Jadi bila suami ajak keluar beli barang, dia punya feeling, yeay bestnya macam nak melompat bintang 3x. Sebab dapat rasa fresh air (fresh la sangat), cuci-cuci mata, & ada orang boleh tolong tengok-tengokkan anak-anak juga (beza dengan outing sendiri dengan anak-anak).

Jangan tak percaya, ramai je mak-mak yang tak berani nak drive keluar sendiri dengan anak-anak. Macam nak keluar, tapi nanti tak jadi bila mengenangkan kegetiran yang mungkin terjadi. Huuu... sayalah antara orangnya tu. Hihi.

Kadang kalau seharian anak-anak asyik mengamuk, sampai kita sendiri muka pun da takleh nak senyum, suami balik saya terus request kat dia, nak keluar satgi. Dia tanya nak pergi mana? Pergi guardian. Nak beli apa? Nak beli shampu. Lepas tu muka suami saya macam; "Eh bukan kat kedai runcit depan rumah pun ada shampu?" 😅 Tapi syukurlah dia tetap ikut je tanpa banyak soal. Haha.

Sebenarnya mungkin ramai suami tak tahu, ramai isteri (especially stay home mother) bila dapat keluar pergi watson sekadar dapat try tester perfume, pergi cuci mata kat Tesco tengok nonstick pan atau ke indexliving tengok decoration ruangan rumah, walau tak beli pun dah rasa happy sangat dah. Serius. Aktiviti window shopping ni ibarat terapi untuk mengurangkan stress & menceriakan emosi.

.

Pernah sekali kami pergi beli barang di Econsave, saya berpisah dengan suami cari barang, ternampak seorang wanita yang juga sedang pilih-pilih barang, tup tup kena tengking dengan suaminya yang tiba-tiba muncul.

"Puas cari kat sini rupanya... Belek apa lagi tu! Menghabiskan duit je tahu. Dah jom balik lah!" Lepas marah terus dia berpaling pergi.

Air muka isteri yang ceria tadi tu terus berubah. Saya pun tiba-tiba serbasalah untuk respon bagaimana sebab saya sedar isteri itu rasa malu & nampak seperti sudah mahu menangis. Terus dia beredar.

Sedihnyalah... kadang hanya sebab isteri duduk di rumah, ada jenis suami yang sewenangnya pandang rendah pada isteri. Anggap isteri duduk rumah rehat-rehat, makan & tercongok depan tv saja agaknya. Bila isteri minta apa-apa dianggap menyusahkan & menghabiskan duit. Allah..

Ketika Mu’awiyah bin Haidah RA bertanya kepada Rasulullah SAW; “Wahai Rasulullah, apa hak isteri terhadap suaminya?”

Baginda menjawab,
“Engkau beri makan isterimu bila engkau makan & engkau beri pakaian bila engkau berpakaian. Jangan engkau pukul wajahnya, jangan engkau jelekkan (mencerca, mencela) & jangan engkau boikot kecuali di dalam rumah.” (HR. Abu Dawud & Ibnu Majah)

Maka hendaklah para suami sedar bahawa apa yang dia nafkahkan kepada isteri & anak-anaknya tidaklah bernilai sia-sia di sisi Allah.

Hargailah para isteri, isteri bukan beban. Bahkan jika suami berbuat baik kepada isteri, isteri senang hati sentiasa mendoakan. Doa tulus itulah magnet rezeki buat kalian.

Alhamdulillah 'ala kulli nikmah.

Kredit to : intandzulkefli

#sindromSAHM
#selfreminder
#notabaitulmuslim

Thursday, August 3, 2017

DinarPal : Belian 1G dan 3 Nisfu Dirham Aidil Fitri

Lama dah tak membeli dari Dinarpal
Kali nie saya beli 1G dan 3 Nisfu Dirham Aidil Fitri
Nanti saya share ye gambarnya
 
 
 Tue kali pertama saya beli 0.5G Dinarpal


 
BERMINAT UNTUK REGISTER DI DINARPAL?
 KEAHLIAN- TIADA BAYARAN
EJEN- BELI 1 GOLD BAR 2 KEPING SAHAJA
 
KLIK DI SINI-->> DINARPAL REGISTRATION
 
 
JEMPUT LIKE FB SAYA TENTANG INFO-INFO EMAS
017-3201998

Pandora 916..Tolong carikan yang ringan-ringan ya


 Assalmualaikum
Meh citer pasal Pandora 916 yek
Lama tak memunculkan testimoni jual beli Pandora 916

 
Lama rasa tak update jualan bead-bead yang comel nie
Nanti ada plak yang ingat akak dah pencen jual pandora 916
Disebabkan sibuk dengan Public Gold😎
Asal emas akak memang suka
Kalau akak tak dapat beli
Akak dapat belikan untuk orang pun dah lebih dari suka tau!!

Eh tapi bead yang love color2 nie akak dah ada la
Siap dah pajak kat Arrahnu pos lagi tauuu
Jangan ingat beli-beli bead Pandora 916 nie satu pembaziran tau
Ia asetttttt... jangan ingat wifey2 membazir dengan "benda-benda comel" nie
Wifey2 sedang buat simpanan kalis inflasi tau
Sila sokong wifey anda
Kalau nak beli senyap2 untuk wifey anda boleh wasup saya
Nah bukti akak dapat LOAN DARI ARRAHNU POS
Nak cuba tak?
Wassup akak 017-3201998
 
 
bead terkini
lum relese
kalau nak preorder boleh bayar deposit RM50 
nanti dah ada bayar full
RM199 per gram. Upah RM10 jerrr


nie pun sama boleh bayar deposit RM50 dulu

ini ready stock
RM199 per gram
2.05g
2.06g

kalau ada dalam list nie yang uools berkenaan wassup akak 017-3201998
nanti bos akak carikan khas utk akak yang special nie kiki
 
nie pulak segala jenis cincin yang ada
nak depo RM100
siap baru bayor

bawah nie ring yang tengah HOT
Jangan risau tak mahal pun
Anggaran dalam RM600 ++ je
Berat 2.5++



  

nak tengok update segala jenis bead, bangle dan ring @ KOKOADIK GOLD