ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, October 25, 2019

Akhirnya baru tahu nilai isteri lepas Allah beri penyakit.. Setiap pentakit bukan musibah tetapi mengandungi hikmah

HIV bukan bukan pengakhiran. 

Ada sorang kenalan. Kami pernah jumpa dalam beberapa program. Terakhir jumpa beliau 2014. 2 bulan lepas beliau datang jumpa saya di pejabat. Nampak benar beliau tidak sihat. Katanya ada kencing manis. 

Dulu orangnya ‘berisi’,dalam pertemuan itu agak kurus. Saya kongsi beberapa tips untuk kencing manis. Namun agak pelik apabila beliau tanya soalan tentang HIV. Kata beliau,kawan suruh tanya. Saya cerita sikit sebanyak tentang HIV. 

Malam tu beliau nak sangat jumpa saya. nak jemput saya dirumah. Saya akur. Kami keluar menuju ke kedai makan. Dalam perjalan tu beliau berhenti ditepi jalan dan  menangis. 

“Matt,aku positif HIV,aku banyak dosa,ini hukuman buat aku kerana terlalu seronok dengan maksiat,dengan perempuan”. Sambil  menghulurkan segala laporan dan ubatan dari hospital. 

Saya terkedu hanya mampu menyebut 
“Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un”. Berderau darah,rasa nak gugur jantung. Jika orang lain mungkin biasa dengar,tapi ini kenalan sendiri. 

Saya baca setiap helaian laporan dari hospital. Memang sah beliau HIV positive. Saya mula beri semangat demi semangat. HIV bukan hukuman mati,bukan pula satu penghinaan buat kau sahabat. Teruskan ubatan yang Doktor bekalkan. 

Saya fahamkan sedikit mengenai HAART,apa itu viral load,apa itu CD4 supaya dia faham terma terma ini. 

Namun tetap bertanya. Allah ampun ke dosa aku? banyak dosa aku mat,puluhan wanita aku bersama,tak kira siapa hatta isteri orang sekali pun. Sebab itulah Allah bagi aku hukuman paling berat sekali. Saya kata Cukup! Allah dah tutup aib kau,jangan dedahkan lagi,Allah tak suka! Beliau diam. 

Saya teruskan bicara. Allah ni baik. luas pengampunannya. Hatta kau bunuh 100 orang  sekali pun tetap Allah ampunkan. Selalu kita menadah tangan mohon bertaubat,selagi itulah Allah menyambut baik taubat kita. 

Saya bacakan surah az-zumar 53-54. Allah pujuk kita dengan panggilan yang baik,yakni panggilan wahai hambaku...supaya kita bertaubat,jangan berputus asa dari rahmat dan pengampunan Allah. 

Selesai makan. Saya ajak beliau pergi masjid. Sama sama solat taubat. Dalam solat tu menangis je beliau. Kami duduk dalam masjid hingga jam 3 pagi. 

“Dah lama aku tak solat matt. Lapang dada bila solat,terima kasih Allah beri penyakit ni,jika tidak sampai bila bila aku hidup dalam maksiat”. 

Sekarang boleh dikatakan setiap hari jumpa beliau,Nampak mula redha pada wajah beliau. Solat jemaah,majlis ilmu sentiasa hadir. 

Syukur katanya anak isteri bacaan negatif. Isteri pun dah maafkan aku matt. Aku redha jika isteri nak berpisah. Tapi sekarang isteri segalanya untuk aku. Rumah rumah,segala aset semuanya aku dah tukarkan kepada nama isteri. Aku takda apa apa pun takpa matt,janji aku ada keluarga. 

Allah. Sebak saya dengan tindakan beliau. 

Begitulah. Allah datangkan setiap ujian sebagai peringatan buat kita,tanda Allah sayang nak kita kembali kepadanya. HIV bukan pengakhiran buat mereka dan HIV bukan tiket untuk kita hina,cerca dan pinggirkan mereka. 

Allah Maha Baik. 

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Wednesday, October 23, 2019

isteri tag suami di FB pun trigger? adalah tue terasaaa..sy? takde masa nak tag.. Doa semoga Allah yg "tag" haha

Dia beginilah. Jika kita tak boleh tengok orang update pasal keluarga bahagia,pasal kejayaan,kekayaan,melancong sana sini,makan sedap itu ini. Lebih baik kita deactivate sahaja FB dan pergi main friendster sana sorang sorang. 

Tak gunalah kita login facebook semata nak sakitkan hati sendiri. Bukan jadi bahagia pun kita dok kondem kehidupan dan cara penulisan orang lain. 

Dah namanya media sosial. Tempat orang nak bersosial,nak berkongsi dan bercerita. Takkan nak update apa apa kena setting onlyme? . 

Ada lagi satu hal. Takkanlah isteri tag dalam penulisan hal rumah tangga pun kita dah nak sentap? Facebook yang tidak bermulut,bertelinga,bermata kita dah tak ambil kisah,tidak peliklah isteri bersuara kita buat pekak,berbuih mulut isteri nasihat berhenti merokok,jangan melepak sampai larut malam,ajak bantu uruskan hal rumah tangga. 

Akhirnya isteri terpaksa guna perkataan minta tolong basuhkan pinggan,tolong jemurkan baju,tolong cucikan tandas. Terpaksa tag suami dalam penulisan difacebook. 

Takkan pinggan yang kita makan dah bertahun tahun tu tak reti nak basuh sendiri? Please la. Isteri ini bukan orang suruhan untuk kita petik jari semuanya terhidang depan mata. 

Isteri tag kita demi kebaikan bersama. Kadang kadang isteri ini tak tahu bagaimana lagi nak tegur sikap kita. Sekurangnya dengan penulisan begitu tercapai matlamat apa yang isteri ingin sampaikan. Jadi kita kena fahamlah. Jika kita tak buat salah,mustahil kita nak sentap. Bahkan kita jadikan pengajaran dan pedoman. 

Jika sentap,itu bermakna kita ada kekuranganlah tu,dan kita cubalah perbaiki dan menambah baik. Sebab bahagia perlu disemai sentiasa,kadang kadang boleh jadi kurang. 

Takkanlah pasal isteri tagged dalam penulis 'suami kena cuci tandas,pasal rokok,basuh pinggan,bawa isteri pergi shopping' kita anggap isteri demand atau aibkan kita? Habis tu jika bukan kita siapa lagi isteri nak tag? 

Ada pula yang kata. Tak usahlah tag,hantar je mesej ke suami. Jika tag pun bukan dia baca. Habis tu hantar mesej tu dia baca tak? Silap silap bluetick je. Sekurangnya bila tagged akan sentiasa dapat notification. 

Mungkin tadi suami rasa isteri demand macam-macam,mudahan terbuka hati suami apabila baca orang komen  nak sama sama hidup bahagia,nak sama sama baiki yang kurang. 

Adakalanya Kita dah rasa segalanya kita buat,rupanya banyak lagi yang masih belum kita buat. Isteri hanya memendam rasa,pendam segala kesakitan jiwa. Isteri minta pun kadang kadang kita bagi jawapan yang mengecewakan. 

Tengok posting ustaz ebit lew,program keluarga sunnah beliau. Setiap hari beliau update penulisan hal rumahtangga. Saya tengok ribuan orang tag suami isteri termasuk saya juga. Semuanya nak bahagia. 

Ramai yang dapat manfaat,ramai suami mula sedar tanggungjawab mereka bukan sahaja sediakan makan minum sahaja, sebaliknya tanggungjawab kepada jiwa seorang isteri. 
Yang tak dapat manfaat tu kita kita yang dok kondem ni,yang sentap tak habis habis ni. 

Jangan sampai satu masa nanti tiada siapa lagi tag kita di facebook. Tiada siapa lagi pedulikan kita. Isteri tag sebab dia sayang,dia nak jadikan kita ketua keluarga yang terbaik. Dia nak sama sama perbaiki dan masuk syurga sama sama. 

Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w selalu nasihatkan kepada kaum suami supaya sentiasa berbuat baik kepada isteri. Nabi s.a.w dia punya sayang,romantis sampai kita tak boleh nak follow. Sehingga romantis nabi s.a.w ini tercacat dalam hadith Sohih. Punyalah romantisnya walaupun seorang Rasul yang paling sibuk di dunia,paling banyak tanggungjawab. 

Bersambung.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#IsteriAnugerahTerhebat

kembali ke pejabat

 
 
Gud luck for me & anak2
Tempoh 4 tahun dengan anak2 telah berakhir.
Actually 6 tahun anak2 membesar depan mata saya jika  dicampur dengan cuti bersalin dan unpaid leave sejak khairy lahir selama 2 tahun.

Satu tempoh yang sgt berharga diberi oleh Allah. Tak pernah terfikir bercuti tanpa gaji.. Dan paling tak terfikir bekerja dari rumah. Sangat hargai kerana pejabat turut memberi satu jalan keluar  yang lain ketika yg ada di fikiran saya  hanya "resign" ketika saya mengharungi "didikan" bersama Adlan Khairy. 

Pertama kali saya dengar program bekerja dari rumah adalah ketika saya hadiri short course hampir 3 minggu di Korea pada 2010. Ketika itu saya kagum kerana pejabat disana ada program WORK FROM HOME (WFH) 

Sesungguhnya tidak sangka selepas itu saya salah seorang yang dapat merasa apa itu WFH.

Alhamdulilah.. Allah juga sebaik2 perancang. Tidak akan bergerak satu zarah pun di dunia nie tanpa izin Allah. Ketika kita merasa tiada jalan keluar.. Allah pasti ada caranya! Cuma kita sebagai hamba perlu sujud dan memohon padanya semoga diberikan jalan yang paling terbaik utk kita sebagai hamba yang tiada daya upaya.

Monday, October 21, 2019

belanjawan 2020. akibat riba

 2020 – Untuk Rakyat Yang Masih Tidak Memahami....

Oleh Prof Mohd Nazari Ismail, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya.

19 Oktober 2019

Baru-baru ini menteri kewangan kita telah membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2020. Ramai yang teruja mendengar pembentangan beliau. Ini terutama sekali di kalangan yang mendapat `habuan’ daripada perbelanjaan tersebut. Dari segi kementerian, yang paling banyak mendapat habuan ialah Kementerian Pendidikan dengan peruntukan sebanyak RM64.1 billion disusuli oleh  Kewangan dengan peruntukan RM37.8 billion dan Kementerian Kesihatan sebanyak RM30.6 billion. 

Kumpulan usahawan bumiputera mendapat peruntukan sebanyak RM445 juta bagi tujuan membantu mereka dari segi kewangan, tapak perniagaan dan latihan. Ahli perniagaan di Kedah akan mendapat habuan khas kerana kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM50 juta untuk membangunkan Zon Ekonomi Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam seluas 100 ekar. Ini hanya sebahagian daripada senarai yang panjang kategori rakyat yang mendapat habuan daripada perbelanjaan kerajaan sebanyak RM297.02 billion. Kata Perdana Menteri, “Saya rasa rakyat gembira, hampir setiap orang mendapat sesuatu.” 

Namun apa yang kurang disedari oleh rakyat ialah belanjawan ini adalah berbentuk defisit di mana sebanyak 3.2 peratus daripada perbelanjaan adalah melebihi pendapatan kerajaan. Dalam erti kata yang lain, sebenarnya pada tahun hadapan kerajaan merancang untuk berhutang sebanyak RM53 bilion untuk membiayai perbelanjaannya.  Ini juga bermakna hutang terkumpul kerajaan akan bertambah dan begitu juga bayaran interest atau bunga ke atas hutang tersebut. 

Sudah tentu kita perlu akui bahawa masalah hutang kerajaan ini adalah warisan daripada kerajaan sebelum ini. Sebagai contoh, skandal 1MDB sahaja telah membebankan kerajaan sebanyak RM150 bilion. Bayaran interest ke atas hutang 1MDB sahaja adalah lebih daripada RM5 bilion bagi tahun 2019 dan 2020.  Ketirisan yang berlaku sebelum ini selama puluhan tahun mungkin juga telah mengakibatkan ratusan bilion dana kerajaan telah dibazirkan. Akibatnya hutang kerajaan yang hanya berjumlah kurang daripada RM5 bilion pada tahun 1970 sekarang sudah melebihi RM750 bilion atau lebih kurang 50 peratus berbanding Keluaran Negara Kasar (KNK) Malaysia. 

Jika dicampurkan sekali jaminan kerajaan ke atas hutang syarikat milik kerajaan, jumlahnya adalah lebih daripada RM1 trilion atau  lebih kurang 77 peratus berbanding KNK Malaysia walaupun kerajaan mengatakan bahawa ia telah melakukan beberapa tindakan untuk mengurangkan jumlah hutang dan tanggungannya daripada 79 peratus berbanding KNK pada tahun 2017. Ini bermakna purata hutang kerajaan yang ditanggung oleh setiap warganegara Malaysia telah meningkat dari kurang dari RM462 per individu pada tahun 1970 menjadi RM30,674 sekarang ini. Beban hutang ini tidak mengambil kira hutang isi rumah rakyat Malaysia yang berjumlah juga lebih dari RM1 trillion. 

Apa yang tidak dinafikan ialah dengan beban hutang sebegitu tinggi, rakyat Malaysia akan terpaksa menyumbang wang sebanyak lebih daripada RM50 bilion setahun melalui cukai hanya untuk membayar bunga ke atas hutang tersebut. Untuk mendapat gambaran sebenar, kutipan GST oleh kerajaan BN pada tahun 2017 adalah RM44 bilion sementara kutipan SST oleh kerajaan PH pada tahun lepas adalah RM22 bilion sahaja. Ini bermakna kutipan cukai oleh kerajaan adalah tidak mencukupi untuk menjelaskan bayaran interest ke atas kesemua hutang dan tanggungan kerajaan. 

Implikasi daripada semua ini ialah kerajaan kita sebenarnya sekarang sedang terbelit dengan hutang akibat daripada polisi selama ini yang memandang enteng kepada isu hutang kerajaan. Walaupun negara kita belum mencapai tahap krisis yang teruk seperti Greece dan Venezuela, namun kita semua mesti insaf dan sedar bahawa jika kita tidak mengawal pertumbuhan hutang ini, lambat laun negara kita akan sampai ke tahap yang sama terutama sekali jika kerajaan mula mencari sumber hutang daripada luar negara.

Sebagai orang Islam, kita juga jangan lupa bahawa sebenarnya amalan berhutang daripada sumber Riba (atau daripada organisasi kewangan yang mendapat untung daripada hutang-hutang tersebut) adalah satu kemungkaran serius yakni dosa besar dan mengundang kemurkaan daripada Allah. Mana-mana masyarakat yang mendapat kemurkaan daripada Allah sudah tentu tidak akan selamat di dunia dan di akhirat. Kemungkinan besar salah satu daripada kesan kemurkaan Allah kepada masyarakat kita adalah konflik yang semakin serius, sama ada di antara kaum bahkan juga sesama kaum. Ini tidak menghairankan kerana apabila masyarakat berasa hidup mereka sempit akibat daripada masalah kewangan, mereka lebih senang berbalah di antara satu sama lain tanpa menyedari bahawa punca masalah ialah sistem Riba yang sedang mereka amalkan. 

Sebagai rumusan, apa yang patut disuarakan dan dibincangkan oleh masyarakat Malaysia, terutama sekali daripada kalangan yang beragama Islam bukannya jumlah habuan yang mereka telah terima daripada belanjawan ini. Sebaliknya mereka patut berbincang bagaimanakah mereka boleh membantu kerajaan mengurangkan perbelanjaan kerajaan supaya beban hutang kerajaan dapat dikurangkan atau dihapuskan terus satu hari nanti. Sepatutnya masyarakat mempunyai cita-cita yang kuat untuk membebaskan kerajaan dan negara daripada terbabit dengan amalan Riba yang terkutuk. Oleh itu rakyat harus mengkritik mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu, walaupun perbelanjaan tersebut menguntungkan mereka dari segi peribadi. Konsep Maqasid Shariah yang mengklasifikasikan aktiviti atau sektor kehidupan berdasarkan Maqasid Daruriyyat (Keperluan), Hajjiyah (Memudahkan) dan Tahsinyyat (Mencantikkan) perlu digunakan dalam menentukan prioriti atau keutamaan dalam perbelanjaan kerajaan. Akhir sekali, banyak aktiviti kerajaan terutamanya yang berbentuk keagamaan (seperti membina masjid, melakukan aktiviti dakwah, membiayai pendidikan anak-anak, membantu orang miskin dan lain-lain) sepatutnya dibiayai terus oleh rakyat yang berpendapatan tinggi tanpa memerlukan penglibatan dan perbelanjaan kerajaan. Dengan itu perbelanjaan kerajaan boleh dikurangkan di masa akan datang. 
 
Sudah tentu ini memerlukan perubahan sikap daripada semua anggota masyarakat di mana mereka saling gemar bantu membantu di antara satu sama lain serta sanggup berkorban kepentingan mereka sendiri demi memastikan masyarakat dan negara akan sejahtera dalam jangka panjang. Untuk itu, aktiviti dakwah dan tarbiah perlu digiatkan lagi agar masyarakat mempunyai pandangan hidup (worldview) Islam yang sebenar di mana kejayaan yang hakiki yang patut dikejar adalah di akhirat nanti, sementara hidup di dunia yang fana ini adalah untuk menabur bakti, beramal solih dan mengumpul pahala dan bukan untuk mengumpul harta dan kesenangan semata-mata.

Saturday, October 19, 2019

tugas suami osteri dari kaca mata budak 10 tahun

Seloka pagi hari.

Kejadian malam tadi. Sy tukarkan pampes Adam. Tiba2 Arief cakap.

Mama, janganlah tukar pampes kat sini. Arief nak tidurlah.

Eh jangan nak mcm2. Nanti arief besar arief pun kena tukar pampes anak arief. Takkan isteri je buat..

Apa plak mama. Tuekan tugas isteri.

Tarik napas mak dia. Berasap je telinga.. Kena betulkan nie..🧐

Habis apa tugas suami?

Suami kena buat semua benda yg lain. Suami kena carik duit. Suami kena sapu umh , sidai kain, gosok baju, betulkan keta, betulkan rumah kalau rosak, siram pokok dlm pasu kalau isteri tanam pokok (haha gue dah gelak part siram pokok nie) mcm2lah suami kena buat. Tugas isteri 2 je.. Jaga anak dan makan!

MAKAN?😆😆😆

Apasal pasal makan yg dihightlight? Nampak sgt mak dia kuat makan 🤦‍♀️🤦‍♀️. Okla mayb pada pendapat arief bila isteri makan tue adlah sebab suami dah cukupkan nafkah suami dlm pemberian makan minum. 

Tak jadi mak nak bagi tazkirah kat anak lelaki nie. Mostly dia paham apa tugas suami dan isteri cuma kena upgrade lagi. Jaga anak adalah tugas  bersama..

Semoga bila Arief  belajar agama makin dalam ilmu tentang pengurusan keluarga.. Keluarga adalah asasnya.. Insya allah semoga anak2 lelaki faham dengan jelas tugas sebagai suami.. Kena didik dari kecil sebab ilmu nie diserap sedikit2 bukan sekaligus.. Kalau dah besar baru nak cakap pasal tanggungjawab memang payah nanti..

firaun szpanjang zaman

FIR'AUN SEPANJANG ZAMAN

Bagaimanakah agaknya keadaan Fir'aun ketika di zaman Nabi Musa a.s? Bagaimanakah rakyat Mesir boleh menerima pemerintahannya yang disertai dengan kezaliman, kesyirikan Thogut dan amalan sihir yang dikuku-besikan oleh satu sistem kerajaan yang fasik lagi besar pendurhakaannya kepada Allahu SWT?

Maha Bijaksana Allah yang mengekalkan sebutan bagi gelaran Fir'aun di dalam Al-Quran yang membawa maksud Ketua Pemerintah yang Zalim bagi sebuah kerajaan, maka gelaran tersebut terpakai sehingga ke akhirzaman bagi direnungi oleh umat Islam khasnya dan manusia umumnya.

KERAJAAN FIR'AUN

Kerajaan mirip Fir'aun pasti akan lahir apabila Cahaya Islam dihijab dari menerangi dunia ini. Apabila cahaya Islam (Nur) terhijab (buat seketika), ia pasti akan diambil alih oleh kegelapan (zulumat). Kegelapan adalah dunia kehidupan bagi Iblis dan pengikutnya. Iblis membawa pelbagai kegelapan dalam kehidupan manusia dan jin. Kerana itulah di dalam ayat berikut Allah nyatakan dengan sejelas²nya perbezaan di antara orang² beriman dan orang² yang kufur.

Surah Al-Baqarah, ayat 257:

اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

TANDA² KERAJAAN FIR'AUN

Banyak firman Allah yang memerintahkan manusia agar memerhatikan tanda². Ini kerana setiap peristiwa yang berlaku pasti didahului oleh tanda² yang datang sebelum satu² peristiwa tersebut. Dengan yang demikian, manusia terutamanya orang² yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat dapat menghisab dirinya, apakah mereka sedang meniti Jalan Allah ataukah mereka pada pembawaan hidup yang sedang meniti Jalan Iblis. Kerana Allah adalah Tuhan Yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana yang tidak akan mendatangkan azab sebelum mengirimkan RahmatNya iaitu Amaran.

TANDA² KERAJAAN FIR'AUN

Kerajaan Fir'aun mula mengembangkan sayapnya setelah kekalahan Khilafah Islam. Sifat dan sikap kerajaan Fir'aun dikembalikan di fasa akhirzaman kerana kewujudan kaum Bani Israel yang kekal sehingga ke era kemunculan Dajjal. Bani Israel sebenarnya adalah kaum yang telah dilaknat oleh Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s sendiri yang bersebab dari keingkaran mereka yang menyamai keingkaran Iblis la'anatullah 'alaih.

[1] Berleluasanya pembinaan bangunan² pencakar langit

Jika di era Nabi Musa a.s,  Fir'aun telah memerintahkan Hamaan supaya dibuatkan untuknya satu bangunan² tinggi supaya dia boleh sampai kepada Tuhan Musa a.s untuk dia melihat Tuhan Musa a.s dengan niat membunuh Allah.

Surah Al-Qasas, ayat 38:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَل لِّي صَرْحًا لَّعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَىٰ إِلَٰهِ مُوسَىٰ وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

Dan Firaun pula berkata: "Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta".[][][]

Di fasa akhirzaman, para Fir'aun akhirzaman membina bangunan² tinggi untuk membunuh aqidah tauhid, agar manusia lebih mengkagumi ciptaan manusia berbanding ciptaan Yang Maha Pencipta, yang dengan demikian itu manusia akan melupakan الخالق (Al-Kholiq) sebagai Tuhan yang menciptakan segala sesuatu. Lihatlah sahaja bagaimana kerajaan² Fir'aun hari ini berlumba² membina bangunan² tinggi di negara masing². Tanda² ini termasuklah di sekitar Baitullah bagi menghijab makna asal seruan Nabi Ibrahim a.s agar manusia datang ke Mekah untuk menunaikan Haji dan/atau Umrah. Bukan sedikit orang yang tercalar ibadahnya akibat mengkagumi reka bentuk bangunan² yang sengaja dibina dengan cara yang begitu hebat. Sehinggalah akhirnya nanti kelambu Ka'abah itu akan dihiasi dengan monitor² L.E.D kononnya bagi memudahkan talbiyah dan lain² doa yang sepatutnya dihafal terlebih dahulu sebelum melakukan ibadah tawaf. 

Kerana itulah di dalam sebuah hadith diceritakan bahawa kerajaan pertama yang akan diperangi oleh Khalifah Al-Mahdi adalah Arab Saudi atau Tanah Hijjaz. Ianya adalah tanda² kufurnya kerajaan Arab Saudi yang mewarisi tanda² kerajaan Fir'aun.

[2] Fir'aun dahulu membunuh anak² lelaki dan memperhambakan wanita

Di akhirzaman ianya masih berlaku malah semakin diperkuatkan, dimana pembunuhan aqidah dikalangan kaum lelaki² adalah dengan mempromosikan kaum wanita. Kini pelbagai urusan telah dikuasai oleh kaum wanita hatta urusan mencari nafkah keluarga sekalipun. Isu hak samarata sudah menjadi dominan. Dengan berlakunya hal yang sedemikian, Sakinah dalam kehidupan berkeluarga akhirnya hilang bersama hilangnya barokah yang dahulunya menjadi asas kepada pewujudan sebuah keluarga Islam yang digelar keluarga sakinah, mawaddah warahmah. Kerana itulah di negara ini dan kebanyakan negara² Islam yang lain, keluarga Islam didapati semakin mundur bukan sahaja dari segi ekonominya bahkan imannya juga justru itulah kaum Muslimin sangat mudah ditakluk oleh musuh² agama.

[3] Fir'aun mempunyai ahli-ahli sihir yang dikagumi kerana upaya mereka melakukan hal² di luar kebiasaan

Di era Fir'aun akhirzaman, selain dari sihir tradisional, sihir yang menyertai Kemodenan dan Teknologi terus dikembangkan. Jika dahulu, ilmu sihir tradisional digunakan untuk memisahkan seorang suami dari isterinya, Di era Fir'aun akhirzaman, cukuplah sebuah smartphone dan akaun media sosial menjadi penyihir yang mampu memisahkan suami dari isterinya, bahkan pelbagai gejala negatif yang lain berhasil dijana melalui sihir moden ini. Pasti ada orang yang akan menyanggah keterangan ini, tidak mengapa, cuma lihatlah realiti hari ini, bagaimana kemodenan telah begitu banyak melalaikan manusia dari jalan tuhannya. Lihatlah juga bagaimana acara makan sekeluarga atau dengan sahabat handai menjadi hambar apabila setiap orang sibuk melayan smartphone masing². Berapa ramai pula yang mampu bertahan apabila kehabisan kredit smartphonenya untuk sehari penuh? Melainkan dia sudah benar² kehabisan modal.

[4] Di era Fir'aun lahirnya Qorun yang angkuh kerana memiliki harta dunia

Di era Fir'aun akhirzaman, qorun² sengaja diwujudkan bagi memanipulasi ekonomi seterusnya dijadikan idola-idola agar manusia berlumba² mengejar kekayaan dunia sekalipun dengan cara yang zalim dan menindas. Lalu menghilangkan prinsip keimanan disamping gagal menghayati bahawa Allah adalah sebaik² Pemberi Rezeki dengan sifatNya sebagai الرزاق, (Ar-Razzaq). Justru dengan menjadi Qorun, seseorang itu akan merasa menjadi Tuhan yang mampu meletakkan manusia lain di bawah telunjuknya. Kerana itulah, pada hari ini, orang kaya dan mewah duniawinya akan dipuji dan dihormati sekalipun mereka itu adalah kaum musyrik atau dari kalangan pendusta agama.

Demikianlah antara tanda² akhirzaman yang terbentang di depan mata. Barangsiapa yang mengambil iktibar maka dialah yang akan berjaya mengharungi fitnah akhirzaman dan menyelamatkan diri dari ideolologi Dajjal. Jika sebelum kedatangan Dajjal, dia sudahpun tumbang bagaimana mungkin dia mampu berdiri di dalam saf² Taifah Al-Mansyuroh tatkala semboyan Al-Malhamah ditiupkan kelak? 

#akalberagama

"Tepuk dada persoalkan Iman, nafsu-nafsi".

Friday, October 4, 2019

Sembang jumaat intan

Ramai orang salah faham tentang perkahwinan. Mereka anggap masalah yang dialami semasa bujang akan selesai dengan berkahwin.

Nak berhenti merokok lepas kahwin.
Nak tutup aurat lepas kahwin.
Nak berhenti ketagih porno lepas kahwin.
Nak mula uruskan kewangan lepas kahwin.

Hakikatnya perkahwinan bukanlah zon magik yang apabila tok kadi @ wali renjis tangan kata 'sah' terus hidup kita berubah.

Melainkan.. perkahwinan hanyalah 1 bekas yang kosong, pasangan suami isteri itulah yang menentukan mahu kekosongan itu diisi dengan apa?

Kebahagiaan, komitmen, kejujuran, kesungguhan dan tolak ansur atau tak isi apa-apa dan cuma harap pasangan sahaja yang memberikan segalanya.

Oleh itu, jika sedar ada tabiat buruk, berubahlah segera sebelum menganiaya sesiapa.

Status, umur, atau apapun tak dapat mengubah kita melainkan diri kita sendiri yang memulakannya. Bak kata orang putih; "now or never."

.

Ramai perokok masih tetap merokok biar anak sudah berderet.

Ramai wanita tetap tak tutup aurat walau umur sudah menginjak 40-an.

Ramai juga suami yang lepas tangan hal tanggungjawab dan harapkan isteri yang uruskan segalanya dalam rumahtangga.

Ramai juga masih ketagih pornografi biarpun pasangan yang halal ada dah depan mata.

Ramai masih curang biarpun sudah ada pasangan halal masing-masing.

Jika ketika bujang pun kita tak mampu bertanggungjawab ke atas diri sendiri, menahan diri dari kemaksiatan, bagaimanalah dapat mengharap sehelai kertas pengakuan nikah sahaja dapat membendung diri dari maksiat dan kejahilan.

.

Dalam keadaan dunia serba tenat, sesungguhnya yang membenteng diri kita dari maksiat itu bukan akad nikah mahupun sekujur insan bergelar suami/isteri, melainkan taqwa.

Hanya iman dan taqwa sahajalah yang mampu menjadi perisai maksiat.

Namun, ke mana nak bicara soal taqwa?
Kalau subuh pun ke laut.. al-Quran pun dibiar berhabuk..

Astaghfirullah.

.

Muhasabah saya yang menulis.

#selfreminder
#intandzulkefli
#notabaitulmuslim

Repost 2017.

Silakan SHARE jika bermanfaat.

Wednesday, October 2, 2019

Annaku Amirul Arief

Dah 2,3 hari Arief cakap "mama, jom abang banjer mama piza. Abang ada rm20 kumpul duit belanja"

Dah berhari2 buat dek je.. Hari nie lagilah malas. Memang rasa tak boleh bernafas. Tapi arief dah mcm merajuk.. Ok turutkan takut anak kempunan.

Sampai depan kaunter Dominos set yg paling murah rm37++. Tapi sy pilih set lain sebab ada 4 anak kan... Sorang anak rasa.. Semua kena rasa jugak. Cuba berusaha jadi ibu yg adil..

"mama, mahalnya mana cukup duit abang nie"

Mamanya keluarkan not RM100 dari purse sendiri. Arief cepat2 amik dan selit duit savingnya RM20.

"Abang belanja mama tau"

Nak tergelak pun ada. Sebak pun ada. Umur baru 10 tahun dah ada niat nak belanja mama. Mudah-mudahan Arief dimurahkan rezeki yg luas bila dewasa nanti asbab niat Arief yg baik hari ini nak happykan mama.

Sebelum nie Amana belanja mama dia aiskrim. Dengar Amana pangil2 motor aiskrim... Biasalah tue bebudak nie suka perabih duit kat mamak roti dan abang motor aiskrim.. Tetiba "mama, nah eskrim Magnum kegemaran mama"

Terharu. Anak2 bukan kerja pun. Kumpul2 duit belanja yg papa bagi hari2 lepas tue belikan mama dia makanan. Manalah mama tak gemukssss🤦‍♀️🤦‍♀️

Semoga Allah aturkan anak2 mama pekerjaan yg dengannya memberi manfaat pada org lain
Dengan pekerjaan tue boleh berjuang di jalan Allah dan boleh tanggung anak isteri dan menuju ke syurga Allah. Insya Allah.
 
 
Dulu saya berusaha keras untuk Adlan Khairy..
 Kali ini dah masanya berusaha untuk Amirul Arief pula.. Insya allah sampai masa saya share ye..
Sebagai ibu saya tak nak saya menyesal bila dah tua nanti
Saya akan usahakan yg terbaik untuk anak-anak
Supaya bila dah tua nanti takde anak-anak yang akan cakap 'mama dah tau tapi mama tak usaha pun mcm mama usaha utk khairy"
 
Setiap anak berbeza
Jadi kena terima perbezaan tue dan usaha dengan cara yg sesuai untuk setiap anak
Yang penting..anak2 tau yang mamanya dah berusaha sedaya yang mampu..
 
 cerita Arief naik pentas.. Seronok sangat dia..

 

First time dapat jersey nie bukan main seronok dia

 
 
Mama tahu one day Arief akan banggakan mama dan bahagiakan mama.
Cuma masanya belum tiba
Arief dah bersama lalui masa2 mama "jatuh terduduk" dulu pun mama dah sangat bersyukur
Arief & kakak sentiasa faham keadaan mama masa tue
Selalu di sisi mama siang malam pagi petang.
Meminta2 jauh sekali.
Mana mama bawak itula yang korang semua ikut.
Mama menangis korang berdua yg kesat air mata mama.
terima kasih jadi anak mama..
Semoga dengan masa Arief akan jadi lebih matang
Insya alah
Semoga bila besar Arief akan jadi lelaki yg bertanggungjawab dan menghargai anak isteri.
Insya Allah. Amin