ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, February 16, 2014

Salam semua. ADLAN KHAIRY di sini...


Assalamualaikum semua..
Alhamdulilah Adlan Khairy kini menginjak 7 bulan.satu tempoh yg penuh debaran bg ibu yg dikurniakan "rezeki" seperti ini. saya pernah katakan yg sy akan share gbr Khairy kalau Khairy confirm sihat...

Tapi kini sy ubah fikiran.sampai bila sy nk sorokkan wajah Khairy.. ye sy bkn artis nk buat statment gini tp sy ada kwn2 yg sgt ikhlas mengikut perkembangan kami ank-beranak terutamanya sejak kelahiran Khairy.
Kalau Khairy tak sihat saya tak nk share ke gbr Khairy? Patut ke sy menyorok ank mcm tue? Tak adil utk Khairy.Khairy pun ank sy mcm Amana.. mcm Arief.... 

sy dah tekad sy akan kumpul sebanyak2 kenangan bersama Khairy. Saya akn masukkan Khairy pelbagai contest sepertimana Amana dan Arief. Semua tue akan sy simpan sebagai kenangan yg tak boleh dibandingkan nilainya dengan apa pun..

Khairy dah sihat ke? Sy terlupa..sy terkhilaf.. bila sy letak sasaran Khairy akan sihat sebelum tamat cuti separuh gaji.. sy terlupa kuasa bukan di tangan sy.. tapi sy masih bersyukur..khairy masih mampu bersama sy kemana-mana pun, masih keletah,masih ceria walau di sampingnya umpama bersama bom jangka..  khairy masih mampu menceriakan hari saya..masih mampu membuat sy tertawa & memeluknya erat bila air mata tak henti mengalir.. khairy pasti balas pelukan sy dengan pandangan seolah2 mengerti..Bersyukur sy masih punya kesempatan memeluk,mencium,mendodoi dan tidur bersamanya saban hari... Biar mesin itu menunjukkan angka yg sangat mengecewakan sy tetap melihat khairy sebagai anak yg sihat!!

Mohon maaf saya tak bersedia nk share masalah kesihatan  Khairy di sini tapi saya dah sedia nk share raut wajah kesayangan saya..

Bila tengok gambar ne..terasa jauh pandangannya melihat masa depannya..

Nakalkan khairy buat muka mcm nie?

Tertawa ceria dlm buai bila diagah saya.. mcm homei je..mcm cute je.. bercahaya matanya..tanda gembira yg amat sangat...

Hai kawan2 mama..

Lena tidur.. khairy memang obses dengan bedung..dah 7 bulan pun nk berbedung.. amana usia bru sebulan dah memberontak bila kena bedung..

Ini gambar paling baru..gambar masa teman sy hantar EKF kat customer.Khairy jarang meragam dlm kereta..alhamdulilah..mudah sy nk amik abg kakak dia dr nursery, pg umah makayah, pg kedai.. khairy mesti khusyuk tengok keadaan luar kereta..kdg2 khairy renung je muka sy yg tgh drive kereta..kdg2 khairy meragam  nak susu..saya akan sumbat susu masa trafic light merah kiki... masa hijau sy cabut balik botol susu..khairy pun sabar tunggu sampai next trafic light.. mudahkan jaga khairy? Mungkin sebab yg menjaga nie ibunya sendiri...ya allah rambut ko nak macam HAFIZ!!!!

Nie gbr khairy masa bru hbis pantang..wajah tak berapa sihat lg..

Assalamualaikum kwn2 mama..nk lagu nasyid satu tak? Khairy blh nasyidkan.. Tak boleh menahan tengok tangan mcm tue dengan puting dlm mulut..khairy dah tak hisap puting avent nie dah..

Sebelum kawan2 habis baca entry nie dan bukak blog lain pulak..saya.mohon sangat2 kawan2 dapatla kiranya hulurkan sedikit doa untuk  kesejahteraan dan kesihatan Khairy. Semoga khairy sentiasa bersama saya hingga akhirnya..moga dapatla saya tengok khairy ke tadika..sekolah rendah..menengah dan seterusnya...terima kasih untuk doa kalian

Ikhlas,
Mama Adlan Khairy




6 comments:

Khai♥Rin : anies said...

Hola amana...eh, hola khairy... :-)

Khai♥Rin : anies said...

P/s akk kalu rajin check la peti surat nnt yek

transformed housewife said...

Comelnya Khairy. Muka dia tenang je. Inshallah Knur akan sentiasa mendoakan kesihatan Khairy.

Noorharizah Azfar said...

insyaAllah.

ibu yang positif akan sentiasa kuatkan anak-anak mereka.

Zah doakan anak akak sihat ya!

norhidana miswan said...

ila nyer ntry kata2 ila mmg sentiasa meruntun hati, tulisan ila tak penah tak bt dana sebak sedih tau kalu psl khairy.... insyallah dana sentiasa doakan kesihatan khiry, yg comei nih... geram tgk rambut kenteng khiry tuh...

takpelah ila, kami kwn2 di alam maya nih, sentiasa doakan yg terbaik utk khiry, moga dia sihat hendaknya... nnti kalu ila dh sedia nk kongsi cerita kami sedia sama2 baca, tp kalu tgk khiry tuh keletah mcm bby normal je...

dulu masa aiyan kecik dia lg kecik dr khiry, sebelum dia setahun kesian sgt tgk aiyan lemah je, kurus sgt... tp alhamdulillah skrg dh bertambah aktif walaupun lubang kt jantungnya lum sepenuhnya terttp

Ida Khairani said...

Good mommy!