ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, February 26, 2011

Perhatian Kepada Pemenang Vote&Get GAP Pyjamas For Free

Pada Bionic Women aka Eli saya dah pos hadiah pada Jumaat ye. Walau saya ne dikejar masa saya ingat pada janji saya.hehe. Kalau pos laju ne dah sampai nanti bagitau saya ye. Terima kasih atas jemputan birthday party anak eli.kalau tiada aral memang ila teringin nak pergi.  


Ini hadiah pilihan pemenang. Saya juga benarkan kalau Bionic Women nak pilih T-shirt GAP  yang baru publish dalam blog online saya. Tapi Bionic Women lebih minat dengan pyjamas ne. Saya nak letak gambar sampul siap dengan pos laju punya stiker tapi tak bawak card reader pulak sebab saya ada kat umah mak saya ne..Kelakar sebelum staf pos office tue nak simpan bungkusan pos laju ne saya request nak amik gambar. Dia sengih-sengih je tahan gelak..Lantakle..hehe
p/s: Pada pemenang Kids & Kindergarden harap dapat berikan saya masa ye. Saya akan cuba curik masa rehat lagi untuk ke post office.

Wednesday, February 23, 2011

Sinar FM(Ustazah Nor Bahyah Mahamood) Isu: Suami berat tulang + tak boleh ditegur (Part 1)



Hari ini saya kurang sihat akibat demam yang berlarutan hampir 2 weeks dan terbaring sahaja di dalam kenderaan tapi telinga masih mendengar Sinar FM-radio kegemaran saya&En.Papa. Boleh buat hilang tension tau kalau dengan radio ini. Hari ini Ustazah Nor Bahyah Mahamood(eh dah dapat Datuk tau) adalah tetamu jemputan untuk segmen Masalah Anda. Pemanggil pertama Puan Aini.Boleh kata dia menahan esakan tangisan ketika meluahkan masalah kepada Ustazah. Kesimpulan ceritanya Puan Aini adalah ibu&isteri yang bekerjaya.Telah berkahwin selama 10 tahun. Masalahnya suami yang berat tulang urusan rumahtangga dan membantu ikut mood sahaja.Bila ditegur menengking-nengking isteri.Isteri mana tak stress? Saya rasa untuk megulas lanjut masa adalah terhad dan ustazah sempat memberikan sepotong ayat untuk melembutkan hati suami.

Okla Puan Aini we are in same boat. Kita ibu&isteri berkerjaya yang dihambat pelbagai tugas& tangungjawab.Tanggungjawab di pejabat dah cukup memenatkan dan tanggungjawab di rumah dah cukup memberi tekanan. Kadang-kala saya juga seperti Puan Aini bila datang angin kus-kus lagi-lagi bila PMS setiap bulan membuatkan kesabaran tue makin menipis. Saya ada beberapa cara saya untuk mengelakkan rumahtangga itu panas macam gunung berapi dik kerana tekanan di kirikanan bahu isteri&ibu bekerja ini. Adalah sukar untuk kita mengubah orang aka suami lebih baiklah kita mengubah diri kita dulu.Panjang pulak entry tapi bacalah kalau rajin ye.Ini cara saya.ahaksssss.kadang menjadi kadang ke laut haha


1) tenangkan hati sendiri dahulu-tipu kalau saya tak pernah mengamok atau naik angin dengan bebanan urusan rumahtangga. Tipu kalau saya cakap saya tak pernah menangis sambil melipat atau menyidai kain kerana penat. Dah penat mulalah nak naik anginkan? Baru-baru ini saya dapat caranya saya tarik nafas dalam-dalam dan saya lihat gambar perkahwinan saya yang saya gantung di pintu masuk rumah(masa tue saya sungguh cun haha dan En.Papa pastilah hensem di mata saya)  dan saya berfikir "berbaloikah saya bergaduh dengan lelaki yang amat saya cintai ini kerana sebakul kain baju?" Buang karan!!Terus reda kemarahan itu..

2) pandang kebaikan suami- mungkin suami tue malas sidai kain dan tak pernah lipat kain!!Tapi dia rajin uruskan anak-anak seperti tukar lampin dan mandikan anak-anak,mungkin selalu mop lantai yang kita ne pegang mop pun tak pernah,mungkin suami itu mengosok baju sendiri untuk ke pejabat.Selalu belikan isteri sarapan. Dan paling best mungkin suami tue rajin mengurut kita selepas kita buat semua keja rumah sampai nak pengsan.Mungkin ketika kita tidur kerana kepenatan suami tak benarkan langsung anak-anak ganggu kita supaya kita boleh berehat.

4) berterus-terang dengan suami - cari masa yang sesuai dan cerita kepenatan anda. Suami ne memang tak suka isteri membebel2 so cakap je terus -terang dan selitkan ayat ini "kenapa urusan kewangan keluarga awak suruh kita berkongsi tapi urusan rumahtangga tak boleh pulak berkongsi?" Kalau suami anda punya ego sebagai lelaki ISLAM dia akan berubah mungkin tidak sekaligus tetapi step by step. Tapi kalau anda punya suami yang punya ego TYPICAL MALAY MAN..mmm.. payahla.. andalah nampaknye yang makan hati dan berubah sorang-sorang

5) sayangi diri sendiri - bagi ibu bekerja masa untuk meyelesaikan urusan rumahtangga hanya hari sabtu&ahad sahajakan? Sesekali manjakan diri.Biarkan semua keja or rumah tue berterabur dan silalah takes time untuk diri sendiri. Pergi ke taman bersama anak-anak, shooping berseorangan, mandi kolam bersama anak-anak, pergi salon, pergi spa.Beli barangan yang agak mahal untuk diri sendiri. Duit?? Suami tak bagi? Duit sendiri adakan?Gunakanlah small portion hasil keringat kita bekerja untuk diri sendiri. Reward yourself!! Pasti tekanan anda berkurangan. Shooping - the best treatment for women.Kalau anda keluar untuk aktiviti2 itu masa itu anda boleh guna untuk buat kerja rumah? Lupakanlah seketika.Tiada guna buat semua tue dalam masa yang sama anda menanggung tekanan perasaan yang maha hebat akibat kepenatan dan sakit ati.Pahala tak dapat keja tue pun tak sempurna.

6) buat jadual- ingat anak-anak je ke ada jadual study.Mak pun kena ada tau. Kalau hari ne anda masak tak payahla uruskan hal kain baju.Kalau hari ne anda uruskan kain baju tak payahla masak.Beli sahaja..Senangkan?? Suruh suami tue yang beli. Sesekali anda beli takpela..Kalau suami refused tanya dia awak pilih "awak nak beli makanan atau awak nak uruskan kain baju yang melambak dirumah ?" 

7) think out of the box - anda sedar tak segala jasa bakti anda itu dipandang Allah. Anda sedar tak walau anda punya banyak hutang,duit anda keluar untuk urusan keluarga&anak-anak, ibubapa dan makanpakai di pejabat tanpa suami menghulurkan nafkah tapi duit anda masih berbaki di akhir bulan? Kalau ikut logik duit anda hanya cukup2 makan sahaja. Anda sedar tak anda punya kawan-kawan yang tidak pernah lupakan anda.Kemana-mana pasti ada sesuatu untuk anda dalam kata mudah anda ne murah rezeki. Anda sedar tak anda selalu dapat rezeki terpijak? Anda sedar tak kadang-kadang anda tak sedar sesuatu itu amat mudah untuk anda tak kiralah sama ada urusan pejabat atau lain-lain. Anda sedar tak kalau anda punya masalah anda selalu dibantu oleh orang lain secara tiba-tiba. Anda sedar tak seolah-olah kehidupan anda diaturkan dengan cukup sempurna oleh Allah. Kalau hati tertekan kerana suami tak menghargai atau sebagainya fikirlah bahawa semua jasa bakti anda itu dilihat oleh Allah dan dikira setiap satunya dan dipulangkan dengan cara yang lain pada anda.

8) mengadu pada Allah - kadangkala dek kerana tekanan dan kepenatan yang tertanggung itu kita perlukan tempat untuk meluahkan perasaan.Pada kawan?Boleh tapi pastikan pada kawan yang dipercayai tapi dengan kawan pun kadang-kala kita tak luahkan sepuas hati kerana menjaga maruah suami. Jadi kemana kita nak mengadu? ALLAH. Allah yang memahami walau tanpa kita bercerita.Dengan Allah tak perlu sembunyi tak perlu selindung. Selepas mengadu padaNYA panjatkan doa agar kita diberi kekuatan untuk menjadi ibu&isteri yang kuat untuk melakukan yang terbaik. Doakan agar suami diberi hidayah dan petunjuk betapa sikap suami itu menekan hati isteri. Doalah apa2 sampai hati itu puas.Dan para suami berhati-hatilah bila isteri mula mengadu pada Allah!!

Oklah mesti ada yang baca & kata mana adil!! Asik-asik isteri je yang kena berubah.Suami masih di takuk lama dan mengharap semuanya diuruskan oleh isteri.Isteri tak boleh cakap banyak nanti nusyuz. Hello..Ingat isteri je ke nuzyus..suami pun boleh nuzyuz. Baca sini okies... Nanti  saya buat Part 2 pulak khas untuk suami-suami. Sama-samalah kita berubah untuk cinta hati kita iaitu anak-anak.Adios.Nantikan Part 2 tau..Jangan pulak suami-suami nak panas.Itu kenyataan..haha

Sunday, February 20, 2011

Kanak-kanak Perlukan Riadah

“Didiklah anak-anakmu berenang, memanah, dan berkuda.”al hadis 
Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).”(Riwayat Muslim)

Entry hari ini dimulakan dengan ayat-ayat diatas. Saya amat percaya anak-anak yang sihat adalah anak-anak yang seimbang dari segi akademik dan kesihatan. Buat masa ini saya belum push lagi anak-anak untuk belajar .Ini cuma untuk saya ye.. saya mahu anak-anak enjoy dengan masa kanak-kanak mereka kerana ia tidak akan berulang lagi.

Hari ini adalah hujung minggu iaitu Ahad saya  telah menunaikan janji membawa dua beradik ke taman dan ke kolam renang.Kasihan anak-anak zaman ini hidup di rumah yg umpama blok merpati.Hidup juga umpama merpati.Seawal pagi telah ke taska dan magrib baru kembali ke rumah apabila ibubapa pulang kerja.monday-friday! KASIHAN.. Bila mereka menghirup udara segar?


Ibu-ibu yang bekerja punya masa yang amat suntuk untuk bersama anak-anak. Sedar-sedar anak-anak telah dewasa. Jadi saya tekad walau kerja di rumah beratur macam pelanggan yang nak beli MacDonald saya bawa juga mereka ke taman. Kerja rumah tidak akan habis-habis. Tapi masa untuk anak-anak bersama saya cuma seketika. Bila mereka dewasa mereka dah tak nak ke taman dan ke kolam bersama saya. Ketika itu masa takkan berputar lagi dan mereka tak akan kecil kembali.

Arief yang gembira menaiki buaian 


Senyuman comel Amana.
Senyuman ini yang selalu buat saya "kalah"

Saya bawa pisang sebagai bekalan. Kalau tidak mereka mesti tak makan dan pisang tue ke dalam tong sampah juga akhirnya. Rugi..Rugi.. Pisang bagus untuk proses pencernaan mereka.

Moga kekal kasih dua beradik ini kekal selamanya. Alhamdulilah saya punya sepasang anak yang mengembirakan hati saya. Walau kadangkala tantrum mereka mencabar kesabaran saya tapi merekalah penawar dan racun dalam hidup saya. Bila saya rasa tertekan saya akan bawa Arief tidur bersama dan kami berbual. Arief amat memahami dan akan memeluk dan mencium saya. Serasa dunia tersenyum bersama saya ketika itu.

p/s: Selepas ke taman saya bawa anak-anak ke pool pula. Saya roger Kinna untuk turut serta tapi Amani tak sihat katanya. Oh ye..saya belum ada memory card yang baru. Saya juga tidak rajin untuk usung camera ke sana dan ke sini. Jadi bagaimana saya upload gambar ini? hehe.Nantikan entry seterusnya..XoXo 

Friday, February 18, 2011

Hati ini rasa lega tapi..

Ketika entry ini ditulis rasa lega sebab dah berjaya menyiapkan assigment yang diberi oleh bos pada lewat petang semalam. Isk ayat macamle selama ne tak berjaya siapkan keja..haha.. Bos janji kata nak balik selepas habis meeting di luar tapi bos tak jadi balik sebab meting bos belum habis lagi.(Eh kenapa ayat macam budak2 ne?) Lapangnya hati sebab next Monday apa yang bos nak dah siap cuma tunggu arahan seterusnya

Tapi... hati ini pulak rasa bersalah pada para pemenang sebab saya tidak dapat pos hadiah-hadiah itu pada hari ini sebab busy dan terkejar sana sini.Lagi2 hari ini ada temubual dengan satu universiti. Keja bos pun tolak tepi kejap sebab pihak terbabit dah datang. Selesai  dengan universiti itu sambung pulak keja bos yang ditolak tepi tadi.Jadinya memang saya busy hari ini tapi jangan risau tau janji tetap janji saya akan pos seawal yang mungkin tadi pun sempat calling2 Bionic Women tentang pilihan hadiahnya.

Happy holiday ye kawan-kawan. Kalau minggu ini saya ada masa terluang nak join semua GA. Dah lama tak join sbb mood tak datang + busy.. Tgok kat blog GA/Contest Dr Suzi  ada tag yang saya tak ambil.. Pulak tue contest anak-anak.I Like.. Minggu ne saya cuba ambil yeee.BYE!!!


BALIK CEPATLA MAMA!!
BUKAN ADA METING!!
(okey boboy mama balik sekarang)

Wednesday, February 16, 2011

PERHATIAN: PEMENANG VOTE& GET GAP PYJAMAS FOR FREE DAN KIDS&KINDERGARDEN GA

Diharap kerjasama anda sila emel alamat ke ilasaleh@gmail.com dengan kadar segera sebab saya kalau boleh nak emel hadiah pada minggu ini juga. Rasa berhutang bila hadiah tak dipos-pos.

Vote&Get GAP Pyjamas For Free
Refer pada entry ini saya cakap nak buat lucky draw semula untuk Vote&Get GAP Pyjamas For Free kalau saya tak terima alamat pemenang & pilihan hadiah dari pemenang pada  Isnin(14/2/11).Hari ini telah hari Rabu(16/2/11). Mmm... last chance kalau esok pagi tepat jam 8.00pagi saya tak terima juga emel pemenang kita buat lucky draw untuk semua peserta ini semula . Tadi saya dah comment kat blog pemenang minta emel lagi.

Kids&Kindergarden GA
Pada pemenang Kids& Kindergarden silalah cepat bagi alamat anda. Kat entry pemenang tue katanya akan emel. Tak dapat punnnnnnnnnnnnnnn....
Setakat ini saya cuma terima emel daripada http://www.elizadianna.com/ (pemenang kid&kindergarden-Kategori A).

p/s: Kalau penganjur ada yg senyap tak bagi2 hadiah.tapi saya ne pulak dok kalut mintak alamat. Saya siap tinggal msg kat box lagi tau.. Kesian pada pemenang yang dah bagi alamat tue tau sebab saya nak pos sekali...

Sunday, February 13, 2011

Bila rasa penat..

Bila rasa penat:


1)pakai make-up tebal2 supaya bos/staf/kawan-kawan tak nampak rona-rona kepenatan di muka.tapi tak molah sampai jadi hantu mak limah pulak.

2)luahkan/berkongsi kepenatan itu kepada kawan-kawan yang memahami AKA senasib rutin superwomen zaman kini (erk superwomen). Bila dengar kawan-kawan yang lagi penat baru rasa bukan aku sorang je nak PENGSAN kat dunia ne.kekadang kawan-kawan bagi tips yang best-best untuk hilangkan penat jugak.



3)berbual-bual dengan Arief yang entah paham entah tidak kepenatan mamanya. Selalunya Arief akan jawab balik dan tepuk-tepuk muka mama dia. kadang-kadang dapat ciuman istimewa dari Arief. Hilang rasa penat mama ne.

4)malas nak kemana-mana sebab nak siapkan keja yang tertunggak dan menenangkan diri yang sedang stress akibat kepenatan.Nanti kalau berjalan makin penat;makin stres;makin naik angin.

5)malas nak bercakap dan kalau saya tak balas dah jangan cakap lagi.Pergi main jauh-jauh.

6)tak suka dengar orang bercakap perkara yang lagi menambah stress (please discuss later. i tak leh pikir)

7)terbaring dalam bilik sambil tutup mata & lengan diletak diatas dahi.(mak cakap pakcik2 saya kalau letak tangan di dahi sambil berbaring itu maksudnya menangung masalah yang berat. haha)

8)ingin ke kolam di waktu pagi bersama Amana.Melayan kerenahnya sampai matahari menjadi semakin terik. Rasanya segala kepenatan di tarik matahari pagi.Segala stress hilang melihat kebiruan air kolam dan kicauan burung walau hanya burung GAGAK!!  (kolam ini juga yang akan saya rindu  kalau ada rezeki beli rumah 2 tingkat nanti. Sebenarnya walau hati teringin rumah yang lebih luas tapi hati seakan tak puas tinggal  di rumah kecil ini. Tempoh 5 tahun di rumah ini terasa sungguh singkat. Sedar2 sudah 2 anak lahir ketika tinggal di rumah ini. Sedar-sedar Amana sudah masuk tadika... Sedar-sedar sudah 5 tahun usia perkahwinan kami)


Oh esok cuti sebenarnya dalam kepala dah bersusun keja yg perlu dibereskan terutama urusan kain baju (sort kain, mesin,sidai,angkat kain, sort,lipat.masuk almari ulang lagi setiap hari LETIH!!) tapi rasanya biarlah berterabur. Sanggup ke tengok?Tidak!! nak ke kolam dengan Amana. HILANGKAN LETIH DI KEPALA!!

p/s: Apa anda buat bila anda penat? Jom kongsi

Saturday, February 12, 2011

Mama, Belikanla Amana Telekung.Amana Nak Sembahyang

Oh sejuk sungguh hati mama mendengarnya. Tapi mama asik bertangguh sahaja. Mama tak punya masa nak membelinya. Dalam kepala mama cuma terfikir perlu ke jalan TAR untuk membelinya sehinggala mama baca di blog kawan mama iaitu Auntie Kinna yang ada link dengan online shop yang ada menjual telekung kanak-kanak.

Terus mama order telekung kanak-kanak ne pada Auntie Diyana ne. Hanya RM35 termasuk postage. Murah jika nak dibandingkan dengan minat anak-anak yang sedang bercambah untuk menunaikan ibadat pada Allah.


 Alahai comelnya

 Mama ambil yang saiz B

 Manisnya senyumanmu

Yang paling mama happy Arief juga sudah mula menunjuk minat dan faham erti sembahyang walau baru berusia 16 bulan. Setiap kali Amana rukuk; Arief pun rukuk di hadapan sejadah Amana. Sejuknya hati mama. Satu hari nanti Arief pasti jadi imam yang baik untuk isteri dan anak-anak Arief opsssssss tak ketinggalan juga untuk mama.

Tak sampai hati pulak jadinya saya yang alert pemenang

Saya masih menunggu emel dari pemenang Vote& Get Gap Pyjamas For Free. Pada mulanya kalau tak dapat emel dari pemenang sehingga Jumaat nak pilih pemenang lain. Tapi tak sampai hati pulak.Jadinya saya pulak pergi blog pemenang & tinggalkan massage kat chat box.Kalau pagi-pagi Isnin pun tak ada jugak dalam emel box saya , maka saya akan buat lucky draw semula .

Jangan kata tak bagi chance tau..

Pemenang Kids & Kindergarden

 GA telah tamat pada 6/2/11. Dan juri aka En.Papa telah mencabut nama kanak-kanak dibawah. Meh tgok anak siapa ne???? Pemenang sila emel nama, alamat dan no telefon kepada ilasaleh@gmail.com.

PEMENANG KATEGORI A:



http://crazyabtcontests.blogspot.com/2011/01/kids-kindergarten-by-siapa-saya-sayalah_22.html


http://www.elizadianna.com/2011/01/kids-kindergarden-by-siapa-saya-sayalah.html



PEMENANG KATEGORI B:
.
http://danish-full-of-luck.blogspot.com/2011/01/kids-kindergarden-by-siapa-saya-sayalah.html


Tahniah mummy ye. Please hantar sebelum hari Rabu ye sebab kalau tiada aral nak pos hadiah hari  Jumaat (18/2/11)

Thursday, February 10, 2011

Managment Training Program - Nestle

Selepas graduate saya pasti adik-adik pun tercari-cari keja. Kebanyakkannya pasti cuba mencari keja goverment dengan pelbagai keistimewaan yang digembar-gemburkan dan pelbagai keburukan private yang diwar-warkan. Saya juga tidak terkecuali begitu. Alhamdulilah orang kata kalau itu rezeki kita tak kemana. Pasti itu yang terbaik utk saya ketika itu &kini.

Tapi setelah saya bekerja dan mempunyai pelbagai kenalan dari pelbagai sektor pada saya segala yang dimomokkan itu ada yang benar dan ada yang tidak benar. Adik-adik kena alami sendiri. Misalkata adik-adik tiada rezeki bekerja dengan goverment apa salahnya keja dengan private sector dengan syarat keja dengan private sector yang memang establish.Selalunya Kadang2 bonus private 3/4 month walau dalam kita digembar-gembur dgn kegawatan ekonomi? camano tue??Increment gaji pula 300-400++ setiap tahun.

Kalau dapat bos yg memang perihatin sebab dia sayang kita kerana kita pekerja yang rajin aka berkaliber ada macam2  lagi keistimewaan. Risau company bangkrup? Jangan risau ada kawan akak dah banyak lompat company setiap kali lompat company dia ikut bos dia yang pasti bawak dia dan akan fight supaya dia dapat gaji yang setanding malah lebih lagi Eh bukan sebab scandal tak baik tau cakap macam tue..hehe

Tapi when you get more pastila kena give more. win win situation. Apa salahnya bujang2 keja kuat bukan ada anak yang nak dikelek & hsbd. Akak dulu bujang-bujang tak lekat kat umah ye dik non..manjang keja luar  sampai adik lelaki perli "ko keja pramugari ye?" sebab asik usung beg beroda ke huluhilir. Tapi bila dah kawin & ada anak slowlah sikit.... Sebab tue masa akak bujang2 akak memang all out sebab akak tak tau mampu ke akak masa dah punya tanggungjawab untuk hilang manjang dari rumah... Tapi kalau ada urgent meeting kat luar &bermalam kenala kawtim dengan En.Papa. Salah sorang kena ada kat umah untuk jaga anak-anak. kalau dua-dua meeting parah..kena resque 911!!

Okla mulai hari ini kalau akak (tetiba je jadi akak..haha sbb kawan2 saya yang  mungkin baca  blog comel ini kebanyakkannya dah punya keja tetap & best2 like MZ-leturer, AyuArjuna-leturer, Kina-LA cukai, Liza-cikgu, Ibu MuqryNuryn -QS, Zaza-owner kiddy dan ramai lagi) so label  HUNTING FOR JOB/ VACANCY khas utk adik2 yang baru graduate/masih tercari-cari kerja.

Untuk entry pertama bagi label  HUNTING FOR JOB/VACANCY? ialah Nestle Managment Trainee Programme.

Ini syarat-syaratnya


Cepat-cepat sebelum terlambat kerana ia akan tutup end of Febuary 2011. Submit secara online di www.jobstreet.com/my/nestle .

p/s: Entry ini juga khas utk adik bongsu kesayangan yang juga cuba mencari persekitaran dan angin yang lebih menawan dan sepoi-sepoi bahasa di company lain.

Wednesday, February 9, 2011

Pemenang Contest Vote & Get GAP Pyjamas For Free

Pada para peserta mtk maaf sebab dah janji nak announce jam 1-2pm hari ini  tapi saya pengsan  akibat makan ubat. Saya mc 2 hari.Sakit tekak dah 3 hari tak sangka berlarutan sampai demam. Semalam balik opis pun dah mengigil-gigil.Makan ubat & panadol semua tak jalan jugak. Ini pun meyibuk sbb En.Papa bukak pc. 

Pemenangnya dah ada. Smlm saya gunting2 nama 14 peserta dan mintak kawan tarik satu dari kepingan kertas tue. dan pemenangnya ialah :

14.Bionic Women
 
Sila emel pada ilasaleh@gmail.com nama,alamat dan no.tepon. Kalau sehingga Jumaat info dari pemenang tak dapat saya akan buat luck draw semula okies?

Tuesday, February 8, 2011

Update GA: Kids & Kindergarden

Kepada mummy-mummy yang telah join sila semak gambar anak-anak anda yang cute sama ada sudah tersenarai atau belum.

Kategori A- Jenguk sini
Kategori B- Jenguk sini

Hadiah pula adalah:
 2 hadiah untuk kategori A (ada 18 peserta)
 1 hadiah untuk Kategori B (ada 6 peserta)

Oleh itu jumlah peserta adalah 24 peserta. Kalau ada yang tertinggal maklumkan dengan segera di entry ini.

Update Contest : Vote & Get Gap Pyjamas For Free

Sebab saya dah janji nak bagi pyjamas so janji perlu ditunaikan walaupun contest ne tamat awal. Terms & condition yang dinyatakan sebelum ini peserta kena vote sebanyak 25 kali tapi disebab contest ini ditutup awal jadi untuk memberi keadilan saya akan pilih seorang  pemenang secara lucky draw.

Hadiahnye nanti adalah pyjamas. Pemenang  jenguk di sini dan pilih mana2 pyjamas yang masih available sahaja.

Dan lagi satu saya tak boleh nak tunjukkan saya buat lucky draw tue sbb seperti yang saya maklumkan di sini sim card saya rosak. Saya memang ambil gambar melalui hp sahaja. So tak leh snap-snap gambar masa saya buat lucky draw. saya harap kawan-kawan paham. Don't worry takde pilih kasih di sini sebab semuanya sama;  saya kenal semuanya thru blog.

Ini adalah list peserta dan saya rasa tiada yang tertinggal. Esok jam 1-2 tghari saya akan umum nama pemenang.

1.Nafisa
2.Nadiah
3.Shida Syakirin
4.Cute Mum
5.Shima Emi
6.Farasakura
7.Syhima Emi
8.~emi
9.Mama Zharfan
10.Linda
11.Zai Kulim
12.Jue Isteri Ibu
13.Kejora
14.Bionic Women
Kepada para peserta sila aleart ye. Sebab saya cuma umum nama pemenang di sini. Saya busy lately ne dan risau tak dapat nak reminder di blog pemenang.Terima kasih kerana memahami.

Sunday, February 6, 2011

JANGAN CIUM-CIUM NANTI KENA KAWIN!!!


Kejadian: Saya merajuk dengan En.Papa. Jadinya untuk memujuk En.Papa dok cuit-cuit muka saya. Sikit pun tak rapatkan muka.Saya yang menjuih-juihkan mulut dengan gaya mengejek.. Tiba-tiba je Amana melompat & jerit "JANGAN CIUM-CIUM; NANTI KENA KAWIN!!" 

Terdiam dan terkesima saya & En.Papa. Lepas tue kami tergelak-gelak dan bertanya "Siapa ajar Amana cakap macam tue. Amana menjawab dengan selamba "Cikgulah ajar". Fahamlah saya itu ayat yang cikgunya gunakan untuk mengelakkan anak murid dari melakukan perkara-perkara yang tak elok di tadika. Budak-budak zaman sekarang kan advance. Takut tengok macam-macam kat internet sekarang budak 5 tahun pun dah pandai dot dot dot...

p/s: Amana tayang botol air tue sebab Ucunya (adik bongsu saya) yang selalu jadi sekutunya belikan khas untuk Amana masuk tadika.Bertuah Amana semua makcik2 sayang padanya (eh macam tajuk lagu Camelia pulak)
STICKY POST  HINGGA 6/2/11

Nak join clik entry ini
Mari tengok senarai peserta  KATEGORI A !!
Mari tengok senarai peserta KATEGORI B !!

Saturday, February 5, 2011

Engagement Day My BIL

4/2/10(Khamis) -Cuti sempena CNY telah dimanfaatkan oleh my BIL untuk mengikat tali pertunangan dengan org Mersing. Hopefully semuanya berjalan lancar sehingga hari pernikahan. Dijadualkan tarikh pernikahan pada bulan Jun tahun ini juga. Horeyyyyy dapatlah kita jalan-jalan ke negeri orang. Keluar dari Kuala Lumpur untuk melihat gunung-ganang, lautan dan sebagainya. Sorilah ye takde gambar bakal pengantin kecuali gambar saya & anak-anak sahaja.haha

Arief yang ceria kerana dapat berjalan jauh


Ini adik bongsu MIL saya.Mudakan??Kami panggil Ucu.Ucu teringin anak lelaki jadi Arief adalah sasarannya.hehe

Anak Jepun sesat.
Panas2 pun dia boleh pakai stokin panjang?

Suka sangat gambar ne. Rasa classic

Camana tah gambar ne jadi macam ne. Tapi I like it

Okla Auntie Wani & family.
Insya Allah tiada aral kita jumpa lagi Jun nanti ye..


Wednesday, February 2, 2011

Macam mana ne???

Macam mana nak buat bila memory card handphone rosak ye?? Smlm saya copy gambar untuk masuk dalam blog. Saya gunakan card reader. Bila masukkan balik memory card dalam handphone.langsung tak boleh baca. Pagi ne saya try lagi gunakan card reader pulak. Card reader pn takleh baca memory card ne.

Frust sungguh sebab banyak gambar saya & anak-anak dalam ne.. Baru-baru ne saya ada amik gambar Arief & ayah saya dan ada gambar yang saya amat-amat syahdu bila tengok tapi saya tak pasti da transfer dalam pc ke belum. Kalau kawan-kawan tau caranya.let me know okeyyyyyyyyyy. Much appreciate...

@ Cuti Hari Wilayah

En. Papa macam biasa urusan kereta.Aligmentla, servicelah  itula inilah. Lagipun kami nak jalan jauh masa cuti raya cina. Jauh sangatla kononnya..hehe..ke Johor je. Tapi risau jugakkan? Johor  tengah havoc dengan banjir. Semoga semuanya dipermudahkan. Sebab En.Papa ada urusan jadi En.Papa bagi kebenaran untuk saya& anak-anak berjimba-jimba ke rumah emak.

Sebenarnya nak ajak mak g KL beli sesuatu tapi mak ada janji dengan clientnye kat umah. Sudahnya saya, along, adik ketiga saya, amana & Arief ke JJ@ Cheras Selatan. Tengok gambar jela ye. Semua gambar budak2. Gambar makcik2nye enggak ada..

Oh adik saya baru je dapat keta ATOS kuning.Happy sunggguh naik keta baru adik saya..Saya lum mampu nak beli 2nd car lagipun saya &En.Papa keja sama tempat jadinya tiada keperluan untuk tambah kereta.Buat masa ini saya bercita2 nak tambah umah tapi entah bila tertunai.hehe



Macam biasa si cilik Amana dahulu


Si mungil Arief
I'm back!!


Inilah yang Amana suka

Macam naik kuda betul ye?


Ini gambar dalam keta pulak tadi kuda

Haa..Mama pun join?Nasib tak pecah keta ne..hehe


Letak gambar ne sebab rasa Arief sungguh comel

Ini pulak saja letak.Kot2 nak join contest "Me&Baby Shooping"


Amana ne memang "rajin" sikit nak jalan
Dia cemburu tengok adik dia relek2
Ada harapan roboh cepat
Ini pun dah bunyi


Buat perangai sebab mama tak nak bagi susu!!