Hari ini cuti jadi menguruskan pendaftaran Amana di Tadika Restu. Ada jugak sesuatu yang dibuat sempena cuti 5 hari.. Eh org lain cuti 3 hari kenapa saya pulak 5 hari?? Saya cuti annual leave 2 hari.. Saja tambah cuti.. Ada baki tau.. Alhamdulilah Arief ne tak selalu sakit.. Amana dulu mmg cuti rehat tue untuk standby Amana tak sihat je.. Tiap-tiap bulan sakit & kekadang 2/3 kali sebulan .. Ingatkan cuti 5 hari ne nak ke mana-mana; sudahnya ter"senyum" je kat rumah.. Nasibla hari Ahad ada sambutan birthday ayah saya yang ke 60. Seronokla anak-anak jumpa nenekatok & makcikpakcik yang jarang2 jumpa tue.. Tapi macam biasa galaxy tab nenek jugak jadi mangsa hehe.. Ucapan pada ayah "semoga ayah sihat dan gembira selalu"
Sambung citer tadika Amana ne.. Kenapa pilih tadika ne? Sebab kukuh nak letak dia sama tadika dengan anak rakan saya (Azi) yang menjaga Aman&Arief (tak mo cakap pengasuh sebab saya anggap dia rakan saya). Senang naik van sama-sama. Relevan ke alasan tue?? hihi.. Tengok anak Azi umur 5 tahun dah boleh membaca so pda saya okla tadika tue.. Azi kata hantar 3 bulan je anak dia dah pandai baca.. Testimoni dari orang yang boleh dipercayai.. Kalau boleh saya nak masukkan Amana ke Little Calips sebab sahabat saya anaknye ke situ. Dan penekanan agamanya boleh tahan bagus.. Kecik2 si Muqry dah bersolat.. Itukan impian saya ..Mendidik anak-anak dari kecik bersolat..Tapi Little Calips kat Puchong ne mcm jauh je dari umah Azi. Saya tak nak tukar anak-anak di bawah jagaan orang lain. Bukan senang nak cari orang yang jujur.. Mungkin rezeki Amana di Tadika Restu ne & the best part mulai tahun depan aka tahun Amana masuk tadika nanti mereka dah mula panggil cikgu mengajar Iqra'.. Alhamdulilah..
Cuba tengok gambar atas ne, tadika ne ada pentas.. Tadika ne rumah corner so luaslah.. Sebab tue boleh buat pentas bagai. Amana siap cakap "Mama , pentas tue tempat menari ye?" Menari je tau ye.. Mama suruh study & mengaji bukan menari.. eeee.. takpela untuk sampingan apa salahnya.. Saya nak Amana mencuba semua perkara untuk serlahkan potensi dia. Tak mo takut-takut atau malu-malu..
Jumlah keseluruhan RM720. Tadi saya baru bayar RM100 je. Transport kira lain. Kena bincang dengan orang van.. Takpela yang penting ada Iqra di sini.. Oh lagi satu tadika yang jadi impian saya adalah PASTI & sekali lagi jauh sungguh dari rumah Azi & van tak masuk ke situ. Bagus tau selain yurannya murah yang paling penting penekanan agama amat kuat di situ. Anak BFF saya belajar di PASTI.. Wah macam-macam doa dihafal. Mamanya pun tak tahu..haha.. Pada saya anak-anak masa kecik nelah yang kita kena letak base agama pada mereka. Kalau pun mereka tergelincir tidakla seteruk orang yang tiada asas agama (personal opinion ye.. disamping kekuatan anak itu + doa ibubapa yang tak putus) .. Harap-harap anak-anak saya sentiasa mengikut perintah dan jauhi larangan Allah..Amin.. Kita merancang, Allah juga menentukan..