ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, December 31, 2017

Selamat tinggal 2017. Welcome 2018

Jujur saya cakap 2017 tahun yang lebih tenang. Tahun yang paling tenang sejak kelahiran Khairy 2013. Bukan mudah nak capai ketenangan bersulam air mata dan kekuatan jiwa. Alhamdulilah kalau di dunia ketenangan sikit pun kita dah rasa bahagia apa lagi di akhirat sana..

Antara kebahagiaan perihal dunia

-sign up Dealer Public Gold..beberapa orang juga sign up Dealer di bawah saya.. i is terkejut juga haha

-dropshipper Amar Jewels..ada juga yg sudi beli bead Pandora Gold dari saya

-kontrak bekerja dari rumah dilanjutkan 2 tahun lagi.

-merasa bonus office selepas bertahun tidak merasa sejak kelahiran Khairy 2013.

-membebaskan diri dari pinjaman PTPTN.alhamdulilah lompat bintang!

-credit card dah potong dua! Lapang otak gue muahahaha

-terapi adalah gold, kucing dan taman sayur in the making.

-adam Ziqri insya Allah normal! Subhanallah.. Allahuakbar.. alhamdulillah.. mengikuti perkembangan anak bongsu dengan debaran.. semoga dilindungi dirimu nak.. Cukupla abangnya Khairy sahaja membuat hati ibumu berkocak setiap masa..


Antara kebahagiaan perihal akhirat

-Dalam sebulan merasa 2/3 kali mendengar kuliah Habib Zenal setiap Jumaat di Setiawangsa. Habib zenal Nie selalu saya tengok hanya di kaca tv ketika cuti  tanpa  gaji 2013 dahulu. Melongo je depan tv sambil berdoa semoga boleh dengar secara live. Selepas 4 tahun baru Allah makbulkan..


 Inilah ketenangan sebenarnya.berada di Taman Ilmu dan taman syurga.. walaupun saya tak dapat mendengar sepenuhnya kerana kalau anak-anak lelaki terlepas kepada saya..huhaha jelah tetapi rahmatnya tetap saya rasai.  Cubalah rakan-rakan dengar di UTube kuliah Habib Zenal pun sudah terasa keberkatannya apatah lagi jika mendengar secara live. Lunak susun katanya.. tepat bicaranya.. penuh ilmunya...


Kuliahnya lama juga hampir tamat menginjak ke jam 12 malam juga. Bermula dari isyak. saya bawa bekal untuk anak-anak kerana dari Kajang memecut selepas magrib.sampai tepat2 untuk Isyak. Selepas itu ngeteh kat mamak haha..laporrr


Anak-anak saya melonjak bila tahu akan dibawa ke kuliah Habib zenal.macam dibawa bercuti pulak.semua akan pakai pakaian paling cantik dan tertib..berjubah anak-anak lelaki saya . Love it...semoga rahmat dan keberkatan kuliah beliau sampai pada kami sekeluarga sehingga tutup mata.


Kebimbangan dunia

-adlan Khairy telah transfer ke IJN. HUKM menyerahkan Khairy selepas 4 tahun no progress. Tapi seperti dijangka doktor IJN juga impress dengan ketahanan Khairy tidak pernah pengsan,pitam ataupun tercungap2 dengan kelajuan jantung ala2 Superman.. alhamdulillah mama anggap Khairy peringatan yang maha hebat supaya parents khairy tidak alpa dengan tipudaya dunia.


Kebimbangan Akhirat

-percayalahbila pelbagai nikmat melingkari kita itu adalah satu ujian. Bila kita alpa sahaja ujian datang lagi.. sesungguhnya selepas pelbagai peristiwa sejak Khairy lahir saya sangat "serbasalah' bila nikmat datang.. Adakah ia kenyataan atau ujian? Perbezaannya hanya satu garisan halus...sebab saya yakin nikmat dan ujian adalah "adik-beradik". Bila ujian datang hati bergelora.. terutama melibatkan ibubapa, anak dan suami. Kerana itu saya berusaha mengimbangi. Tidak terlalu gembira dan tidak terlalu berduka.ini semua permainan dunia kerana di akhirat sana perhitungan yg sebenarnya..


Semoga 2018 bawa ketenangan dan kebahagian yang lebih dalam.. ketenangan tidak mudah dapat..jika dapat itulah syurga dunia semoga membawa ke akhirat.


Selamat tinggal 2017 yang tenang

Selamat datang 2018.semoga Allah lukiskan yang terbaik untuk kami anak beranak yg kerdil


Love,

Ilasaleh

Saturday, December 30, 2017

Keluarga sunnah

Assalamualaikum..hari ni saya nak share sikit beberapa points penting yang saya belajar daripada 4 tokoh yang amat saya kagumi (Ustaz Ebit Lew, Ustazah Fatima Syarha, Ustaz Pahrol dan Ustaz Hariyanto) di Seminar Keluarga Sunnah di Matrade KL, Sabtu lepas.
.
Baca, jgn scroll je.. rugi besar kalau tak baca sampai habis.. sgt bermanafaat... tapi kalau malas baca tu x dapek den nk tolong..
Baca dan perlahan-lahan ubah ke arah yang lebih baik.
Kita usaha sama-sama, ok?
.
.
🔴 Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
.
🔴 Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
.
🔴 Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual.Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
.
🔴 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
.
🔴 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
.
🔴 Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu-- penyayang dan pengasih.
.
🔴 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
.
🔴 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
.
🔴 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
.
🔴 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah saw sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
.
🔴 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
.
🔴 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati--
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 😭
.
🔴 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak--
SABAR.
Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
.
🔴 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
.
🔴 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
.
🔴 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
.
🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
.
🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
.
🔴 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
.
🔴 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
.
🔴 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
.
🔴 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
.
🔴 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
.
🔴 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
.
🔴 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
.
🔴 Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
.
🔴 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah saw.
.
🔴 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
.
🔴 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
.
🔴 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
.
.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga kalian.
.
Ini cuma perkongsian.
Bukan nasihat, atau jauh sekali nak tunjuk bagus.
.
Sama-sama kita berlapang dada,
cuba ikut sunnah Rasulullah,
dan perlahan-lahan kayuh kembali kepada Allah.
.
Sementara masih dipinjamkan nyawa ni.
Kan? 😊

.(C&P....for sharing)

Friday, December 29, 2017

Tabligh

Tuan puan. Hantar hantar anak ke pusat tahfiz bukan niat untuk kita jadikan dia ustaz,imam masjid. Tapi untuk dia kenal itu adalah KITAB Allah. Supaya apabila dia jadi ustaz,ustaz yang ada akhlak. Supaya apabila dia jadi Doktor,doktor yang ada akhlak,supaya apabila dia jadi peguam,peguam yang ada akhlak. Akhlak yang mana ditunjuk ajar oleh NABI MUHAMMAD S.A.W.

Mak ayah. Jika anak nakal di sekolah,susah nak solat, susah nak dengar cakap. Cubalah berjinak-jinaklah ikut jemaah tabligh.

Jemaah ini banyak kebaikan. Mereka banyak cerita tentang IMAN&AMAL. Cerita tentang kasih sayang. CINTA الله dan Rasul lebih dari segalanya.

Saya banyak kali ikut jemaah ini. Banyak kali keluar 3 hari 40 hari. Dari umur 13 tahun saya dah ikut. Alhamdulillah الله jaga sampai sekarang walaupun lepak bersama dengan mereka isap dadah,skin head,punk,grunge,NAZI.

Tapi satu kita fikir,mereka ada benda yang paling mulia dalam diri mereka. Yakni kalimah TAUHID. Sebab itu kita kena dekat dengan mereka. Kena sayang mereka.

Jangan pandang jemaah tabligh itu dari sudut individu. Jika kita pandang individu,kita akan nampak banyak keburukan. Tetapi pandanglah jalan tabligh itu.

Satu perkara yang saya belajar dari jemaah tabligh.
SENTIASA BERSANGKA BAIK DAN SENTIASA ANGGAP ORANG LAIN LEBIH BAIK DARI KITA.

Sebab itu hari ini,saya rasakan isteri lebih baik dari saya. Selalu cakap kat isteri. Saya banyak belajar kebaikan dari awak,banyak belajar kebaikan dari anak. Maafkan saya jika awak nampak banyak keburukan saya.

Tuan puan. Bawalah keluarga kita cinta kepada dakwah,cinta kepada masjid,cinta kepada majlis-majlis ilmu. Tanpa ini semua Bagaimana untuk kita dekatkan diri kepada الله? Fikirkan.

Ikhlas.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Wednesday, December 27, 2017

Bagaimana Pandora Emas Membantu Untuk Bil Rawatan Ibu

 
Selalu saya up status di FB dan entry blog tentang kebaikan dan keperluan saving gold untuk persediaan sesuatu yang tak diduga.
Hari ini saya share kisah benar..
Allahuakbar baik sangat adik Nie..
Padahal baru sangat dia beli charm dari saya.
 
 
 

Hari ini dia dah wassup bagi tau dia pajakan charm-charm Pandora
kalau lihat dari surat pajak
Pajakan tue dibuat di Arrahnu Pos

 


Pajak untuk rawatan kesihatan ibunya...
Semoga anak-anak saya besar nanti sentiasa ingat pada saya juga :)
Setiap ibu pun mesti harap macam tue kan?
Masih ramai anak-anak yang baik walaupun banyak juga cerita anak Tanggang diwar-warkan.

Simpanlah gold..mulahlah alihkan RM kepada Gold
Tak kiralah gold tue GoldBar ke atau pandora emas ke atau emas fesyen ke...
Ia tetap bernilai.. dari uools shopping baju tudung kasut handbag ..
agak2 kalau terdesak boleh terus cagar ke untuk dapat cash money?
Boleh je neli barangan-barangan kehendak juga tapi berpada-pada
sebab langit tak terlalu cerah tau
 
Buka hati..buka minda..save gold.
Tak ada istilah terlewat
Mulakan sekarang
Cukup-cukuplah buat reserch樂
Sebar-sebarkan  supaya ramai buka mata
 
 
Ikhlas, dari Mak Khairy
Dealer Public Gold PG00097832
Pandora 916 Lovers
www.wasap.my/60173201998
 
 
 
 

Tuesday, December 26, 2017

Makan ubat ye khairy

Setiap kali suruh makan ubat banyak cakap budak Nie sebelum ubat mendarat kat mulut dia. Antara dialog biasa..
 
"Ehh kan tadi baru mkn ubat Nie?"
 
"Asik Khairy je mkn ubat.orang lain takde pun!"
 
"Besok jelah makan.khairy Nie ngantuk!"
 
"Doktor nie bagi ubat je...takde pun bagi benda lain"
 
"Khairy penatla nak makan ubat.tak sedap"
 
"Ehh jantung Khairy dah baik dah..mana laju lagi..dah tak payah makan lah kan?"
 
"Jantung dah takde..tak payahlah makan ubat kan?"
 
"Khairy nak berak dulu"
 
Tapi buatlah alasan apa pun.. sekali je sy cakap "nak makan ubat ikut mulut atau makan ubat ikut cucuk?"
 
Terus khairy nganga mulut.kesian jugak sebab kita yg nk makan ubat vitamin sepanjang  preggy pun rasa hazab..ini pulak Khairy sejak lahir... Camana pun makan ubat ikut mulut pun dah 1000 syukur dari treatment yg tak sanggup nk ditempuh tue..
 
Nite semua.semoga esok lebih baik dari semalam.
Assalammualaikum
 
Dulu masa kat HUKM Khairy makan satu jenis ubat. Kesan sampingan ubat tue pada mata jadi Khairy juga perlu buat check up berkala untuk mata
Sekarang dah pindah ke IJN doc tukar ubat lain tapi perlu makan dua jenis ubat. Dengan ubat nie doctor harap kelajuan jantung Khairy dapat turun at least 130 atau 120. Sekarang rance 150-160. Kalau budak normal sebaya khairy below 100.
 
Kalau nak kesan cepat Khairy kena on ubat melalui IV drip then electric shock.
Tapi kami request makan ubat secara oral nanti bila sesuai saya cerita indetaillah.
 
Sedih muka kena makan ubat hari-hari sejak lahir xoxo
 
Jeles nie sebab mama manjakan adam
 
 

Saturday, December 23, 2017

Mixwell Garage again..again..again

 
Assalamualikum semua
Sebenarnya hari makan kat sini saya dah siap masak lauk dan nasi tau
Saya masak ikan siakap sweet sour
Kuahnya dah masa cuma ikan je belum goring
nasi pun dah masak tau
 
Sekalinya bila papa bebudak nie cakap nak makan ke mixweell?
berangin jugak..apasallah tak cakap awal2
haishhh
tapi lepas tue simpan semua lauk
ikan simpan petiais
kuah yg dah siap pun letak elok-elok dalam tuppuware
saya pun rasa perlukan coffee
stress hahaha
 
 
Dulu rasa macam takde tampal pulak lambing nie kat kaunter
ke rabun?
tahla sindrom kertu
 
Mixwell nie bawah bukit
So Nampak lambangnya je dari luar jalan
 
Anak-anak sebut mixwell memang lompat bintang tau
Dah try western lain kat Kajang tapi lum dapat lawan Mixwell
Dengarnya ada satu tempat yang sedap juga
Moringo.. eh camana tah ejaannya
Nantilah ada rezeki pegi situ pulak ye
 
Kesayangan ramai
Budak tak banyak kerenah
tenang dan manja
Dia bagi lalauan kat abang khairy yang masih perasa bongsu haha
 
 Ini saya yang order
chicken peri-peri
pedas dan sedap
 
 
tangan sapa tue?
haishh nie kan mama punya makanan ;P
 
amana, papa and arief order chiken chop sosblack papaer
kalau saya lagi suka yang grill
tekak masing-masing
mana boleh paksa
ye tak?
 
Sup mushroom rasa lain dari biasa
selalu wild supmushroom tue rasa lain
kali nie lebih creamy
lain yang sedap
bukan lain yang tak sedap
 
khairy punya
meatball
sos memang diasingkan sebab diorg tau yg makan budak kecik
tapi khairy tak habis makan sebab mengadap sup mushroom je
baik tak yah order khairy oiii
 
masa dating nie hujan renyai-renyai
sedap betul layan coffe hazelnut dengan sup mushroom
 
 
suka anak-anak
lepas nie sila kembali ke pangkal jalan
dah sekolah ye
 
pepandailah tengok bil terbalik ye
pada yang nak makan sini boleh budget sesiap
(sapa yang gigih baca bil terbalik mesti ada rezeki nak dating mixwell xoxo)
 

Safa marwah nukilan Ustaz Pahrol

Kenapa sampai tujuh kali Siti Hajar berulang alik dari Safa dan Marwah?

Allah kurniakan kita akal dan ikhtiar, cuma jangan bergantung kepada keduanya. Yang memberi bekas Allah jua.

Berusaha sehabis daya tetapi jangan bergantung kepadanya. Pada kali pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh...hati Siti Hajar masih bergantung kepada makhluk.... kalau ada kafilah yang datang, jika ada manusia yang singgah.

Tapi selepas itu... harapannya musnah, dia tidak mengharap lagi kepada dunia dan manusia. Hatinya 'dipaksa' bergantung hanya kepada Allah.

Dan pada ketika itulah bantuan Allah datang dengan cara yang paling mudah. Hanya dengan hentakan kaki bayi kecilnya Ismail...lalu terpancarlah air.

Zam zam, zam zam, berkumpul, berkumpul...berkumpullah segala keberkatan dan kebaikan.

(Kata yang empunya riwayat, pada kemuncak tauhid itu lupalah Siti Hajar kepada persaingan madunya Siti Sarah, kesedihan ditinggalkan oleh suaminya Ibrahim...kerana hatinya puas dengan Allah!)

Zam-zam, zam-zam, berkumpullah kebaikan dan keberkatan... bila hati dipenuhi iman. Dan jalan ke situ dipenuhi penderitaan!

Friday, December 22, 2017

Bangang punya suami! Semoga mati cepat😈

TAJUK TAK SESUAI KE? HABIS TAJUK APA YANG SESUAI?

YATIM DI USIA 4 HARI

Kisah ni berlaku lebih dari 10 tahun yang lepas.Cerita yang membuatkan aku rasa nyeri yang amat.

.....

Di bahagian kecemasan zon merah (kritikal), kami terima seorang pesakit ibu muda.Baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung 4 hari yang lepas.

Muka nya  pucat biru,
Mata hitam nya ke atas,
Bibir nya kebiruan,
Mulut nya berbuih buih,
Badan nya kaku..sejuk.

Kata si suami, isterinya  tiba tiba terkena sawan sewaktu sedang tidur.Dan isterinya juga alami tumpah darah pada waktu yang sama.

Kami staf perubatan bertungkus lumus menstabilkan keadaan ibu yang sangat kritikal masa itu.Bantuan pernafasan segera diberikan.

Dalam masa yang sama doktor lain membuat pemeriksaan dibahagian bawah pesakit untuk melihat kadaran banyak mana darah yang keluar di pad ibu.

Sebaik kain dibuka,didapati habis lencun kain,seluar dalam dan pad dipenuhi darah.Bila doktor memeriksa bahagian jahitan, terlihat sesuatu yang amat mengejutkan beliau.

Jahitan episiotomi ibu terbuka !

Beliau terkejut bukan kerana luka epi itu terbuka disebabkan benang tertetas,
tapi disebabkan luka terlihat seperti dikoyak koyak kan, dan menjadikan keadaan luka sangat sangat teruk.

Doktor sudah mengandaikan satu perkara ini yang berkemungkinan menjadi penyebab si ibu mengalami pendarahan yang teruk.

Doktor kembali berjumpa si suami.

Pada masa ini si ibu sedang diberi bantuan pernafasan terus dari peparu dan sedang menerima pemindahan darah dan ubatan lainnya kerana keadaan semakin tenat.

Doktor dengan suara perlahan bertanyakan pada suami:

Jujur dengan saya ye encik.
Encik ada buat hubungan kelamin dengan isteri ke tadi?

Eh,mana ada doktor.Kan isteri saya baru je bersalin.

Encik,saya minta encik berterus terang dengan saya.Luka bahagian tempat jahit koyak rabak. Tak mungkin kalau isteri buat kerja pun,dia akan koyak teruk macam yang saya lihat tadi.

Si suami akhirnya mengakui yang dia ada melakukan hubungan dengan isteri nya secara paksa.Isterinya meronta ronta tapi dia memaksa.Lepas dia berjaya puaskan keinginannya,dia dapati badan isterinya kejang ,tiba tiba mulut berbuih dan dia terkena sawan.

Allahuakhbar !
Astagfirullah !

Tiada kata yang mampu diucapkan doktor tersebut.Hanya mampu menahan marah dan kesal.

Sesungguhnya Allah Maha Penyayang, Dia telah menjemput ibu itu kembali ke sisi NYA.
Doktor tidak dapat selamatkan ibu tersebut disebabkan kehilangan darah yang terlalu banyak dan mengakibatkan kegagalan fungsi organ dalam badan.

Ada hikmah ibu ini pergi.

Tiada lagi trauma untuk dia hadapi,
Tiada lagi kesakitan untuk dia rasai.

Tapi kasihan pada anak nya yang masih bayi.
Baru ingin merasai kehangatan air susu ibu,
Baru ingin merasai lembutnya belaian ibu,
Kini sudah menjadi yatim kerana nafsu ayah sendiri.

Manusia bila nafsu menguasai diri,hilang pertimbangan diri.

Aku yang mendengar ni pun dah rasa nyeri,apalagi saat yang dirasakan arwah ketika dipaksa bersama dalam keadaan luka masih lagi belum sembuh.
.
.
Nauzubillah Min Zalik
.

#SebuahKisahBenar
#IktibarUntukSemua

Salam Jumaat semua rakan blog

Dia selalu buat mak dia rasa punya anak paling bahagia di dunia dengan senyuman yang paling indah
 
Alhamdulillah Adam, dikau lahir disaat pelangi menampakkan sinar..dan bila dikau membesar semakin bersinar pelangi itu..
 
Jika dikau tahu bagaimana ibumu struggle bersama abangmu si Magic Adlan Khairy dahulu
pasti dikau tak mampu ketawa seperti ini..
 
Alhamdulillah bak kata nenekmu..

Allah takkan selamanya membiarkan kita derita..

Bertahanlah  dengan cara sabar dan solat...

Istikharahla jika keputusan itu bakal menentukan masa depan..

Jangan membuat keputusan sendirian tanpa Allah..

Kita membuat keputusan untuk kita hari ini..

Allah membuat keputusan untuk masa hadapan kita..
 
Salam Jumaat semua
 

Thursday, December 21, 2017

ADAM ZIQRI

 Assalamualikum semua
mehla cuci mata ye
cuci mata dengan gambar adam ziqri
Anak saya Adam sorang je boleh buat mulut macam tue
Sebabnya struktur gigi dia lain dari anak-anak yag lain
 
 
Nie mas amakan kat restaurant nasi arab di Percel 15 Putrajaya
Pestime minum air manga
sedap sangat sampai tak nak bagi orang lain minum tau
 
 
Ini gambar di Impiana Hotel KLCC
nanti kita buat entry ye
 
Ini pun di Impiana KLCC
 
Lobby Impiana KLCC 
 
Alolo
suka betul gambar nie
Sejuk mata mama tengok dia selalu senyum
 
Ini kat rumah kakak saya di Putrajaya
 
Ini kat padang area umh kami 
 
sabotaj snap gambar Adam lena tdo sampai menganga
Penat sangat le tue
 
Impiana Hotel KLCC
 
 Impiana Hotel KLCC
 
 Impiana Hotel KLCC
 
Dalam keta
Dalam keta pun boleh perang Adam dengan Khairy nie
berebut nak duduk dengan mak 
kat Pahang rumah saudara kawin
 
Piza Hut IOI Mall 
 
mak dengan anak sama tembam dah
 
Sama-sama ada double chain hahahaha
 
Tidurlah sayang Adam Ziqri
 
 
 

Spiderman dan orang bogel kiki

Baru-baru nie stay Impiana KLCC jadi bawakla budak ke KLCC sana.. sy sebenarnya memang takkan masuk KL hari cuti. Cukuplah hari bekerja masuk KL. Tak tahan dengan jamnyaaaa..dengan ramai org 😂

Saya pun kalau nak beli apa2  akan beli sebelah Kajang bangi putrajaya.tak trend ke apa ke usia mcm Nie bukan utk trending. Anak-anak pun bukan jenis memilih itu ini.

Tapi semalam mmg dah dekat bawakla jugak.mcm dah jangka jejak je KLCC sy dah nk pitam..dengan ramai manusia.ada pulak pameran cartoons..adoiii..

Akhirnya lari bawak anak ke Petrosains dengan harapan bila keluar hilang semua cartoons Nie. kurang sikit tapi saya tetap pening🤣 sindrom kertu

Arief nampak je Spiderman terus cakap "STOP!SAYA NK AMIK GAMBAR DENGAN AWAK" Khairy kemain teruja muka dia

ada org pakai costume bogel lelaki😎Arief siap jerit "mamaaa jangan pandanggg..org tue tak pakai baju" syukurlah bogel tue dari bahagian belakang sebab dia belakangkan kami..kalau dari depan.. memang mimpi ngeri tgok org bogel di khalayak ramai walaupun hanya coustume😅

Tuesday, December 19, 2017

Tebus Emas di Arrahnu Public Gold

Syukur alhamdulillah
Dah keluar dari asrama Ar-rahnu Public Gold
Bila kita meminjam dengan ar-rahnu secara automatik jadi lebih disiplin sebab tak nak bayar upah simpan banyak-banyak

Tetapi pada saya pinjaman dengan ar-rahnu adalah clear cut case. Tidak ada Hidden cost yang akan accumulate untuk next month.kita sendiri boleh kira dengan tepat berapa upah simpan yang perlu dibayar

Cubalah ubah corak financial kita
Kurangkan pergantungan dengan bank
Kurangkan hutang dalam hidup untuk hidup dengan tenang

PTPTN dah selesai
Creditcard dah Innalillah
Alhamdulillah 🤣

Kalau kurang jelas jemput klik wassup dibawah😘
Suhaila Saleh
Dealer Public Gold
PG00097831
www.wasap.my/60173201998

Wednesday, December 13, 2017

Adlan Khairy dalam Pa&Ma Disember 2017


Selamat pagi semua

Cerita Adlan Khairy di sini

Ia bukan cerita minta simpati

Jauh sungguh dari inspirasi

Cuma coretan dari hati

Untuk si magic Adlan Khairy



Boleh refer link http://majalahpama.my/disahkan-hidap-sakit-jantung-sejak-dalam-kandungan-adik-ini-tetap-aktif-walaupun-jantung-belum-normal/amp/

Tuesday, December 12, 2017

Bagaimana sediakan kelengkapan sekolah anak tanpa bonus?



"Senjata untuk belanjawan persekolahan akhir tahun.kalau cash memang tak sampai akhir tahun duit tue.tulis nama supaya anak-anak tak  berebut" 


-nak harap bonus..nanti tinggal harapan je .. 
-baju kat mall pun habis saiz kalau tunggu bonus🤣



Tak perlu tunggu bonus yang diharap-harapkan
Kalau dapat bonus memang lompat bintang

Fungsikan apa yang ada dahulu
Bukankah itu tujuannya?

9.5gram dapat RM1400
Emas memang tengah rendah sekarang
Jadi pinjaman pun dapat rendah sedikit
Selalunya pinjaman 9.5gram Nie dapat lebih banyak tau

9.5g Nie dipajak di Branch Public Gold
Asik dengar gosip Public Gold dah ada kemudahan ar-rahnu..jadi mestilah nak tau gosip tue benar atau palsu😚
Gosip itu adalah benar😘😘😘

Semoga saya dapat tebus bulan ini juga sebab tak nak bayar upah simpan banyak. 
Itu salah satu kelebihan pinjaman ar-rahnu.Anda akan cepat2 nak selesaikan pinjaman sebab tak nak bayar upah simpan. Jadi ada akan manage financial dengan displin.kalau pinjaman bank..relexla tunggulah bertahun2 betul tak?
Insya Allah

Upah simpan untuk  9.5g dan pinjaman RM1400 Nie adalah Rm24 sebulan(rujuk gambar surat pajak) jadi tebuslah cepat-cepat emas nie supaya upah simpan tak bertambah.

Saya plan nak selesaikan bulan nie juga.jadi bila tebus nanti yang perlu saya bayar adalah RM1400+RM24( upah simpan utk 1 bulan pinjaman): RM1424
 
Untuk pajakan emas tak semestinya di Arrahnu Public Gold sahaja. Banyak pilihan Arrahnu sebenarnya. saya selalu pajak di Arrahnu Pos. Arrahnu Ar Rahn pun pernah..Jadi pilihlah mana yang sesuai dengan anda..Kalau saya saya akan pilih Arrahnu yang dekat dan mudah untuk saya tebus.Kalau jauh alamatnya lamalah emas tue duduk dalam asrama arrahnu haha.. Lagi satu upah simpan rendah..kalau saya tengok upah simpan macam tinggi compare dengan Arrahnu lain saya akan keluarkan secepat yang boleh...

Nak rasa sediakan kelengkapan sekolah anak tanpa menunggu bonus yang belum kunjung tiba? FUNGSIKAN APA YANG ADA.. 

NOTA: Emas yang sama boleh ditunaikan berkali-kali. Boleh fungsi untuk anak masuk sekolah, untuk kelengkapan raya,untuk beli perabot,untuk umrah,untuk Reno rumah,untuk deposit rumah etc etc.. cuba dapatkan 1G dan fungsikan duluuu..nak tau lebih lanjut WA nanti saya guide..


SUHAILA SALEH
DEALER PUBLIC GOLD 
PG00097831
www.wasap.my/60173201998

Jangan kira secra matematik..kiraan Allah lain

Kelmarin aku berjumpa dengan seorang ahli perniagaan. Cadangnya cuma nak dengar kisah jatuh bangun perjalanan beliau berniaga. Rupanya Tuhan mahu beri aku pengajaran yang betul-betul berbekas dalam jiwa.

"Maaflah hari tu tak jadi jumpa, kereta saya rosak. Habis kena repair enjin," kata beliau.

"Wah, teruknya. Macam mana boleh rosak tu?"

Beliau terdiam sebentar.

"Ada kisah di sebaliknya. Allah nak beri peringatan."

Aku meneguk air kopi yang baru dihidangkan sambil memasang telinga.

"Ini saya beritahu sebagai pengajaran saja ya. Bukan untuk saya menunjuk-nunjuk," beliau memulakan cerita.

"Saya sudah sekian lama menyumbang wang untuk sebuah surau. Saya bayarkan bil elektrik surau tersebut. Dari puluhan ringgit sebulan hinggalah jadi seribu lebih sekarang. Setiap bulan tak pernah tinggal, selama beberapa tahun."

"Tapi itulah, kita rasa kita ini pandai."

"Tempoh hari saya beritahu pada pengerusi surau terbabit yang saya nak berhenti menyumbang sekejap. Saya nak rehat 6 bulan. Yalah, dalam keadaan ekonomi sekarang, saya fikir saya nak jimat sedikit duit. Pengerusi itu pun kata tak mengapa, dia akan cuba bayar bil elektrik itu dari duit tabung masjid dan sumbangan yang lain."

"Selang beberapa hari, kereta MPV saya mula meragam. Lampu indicator menyala. Saya rasakan mungkin masalah enjin. Bila bawa ke mekanik, dia kata kalau nak betulkan kena RM7000. Saya biarkan saja, tak mahu repair lagi."

"Suatu hari, saya sedang memandu. Tiba-tiba perasan suhu enjin naik, tak lama kemudian keluar asap. Saya terus berhentikan kereta. Panggil tow truck untuk bawa ke bengkel berdekatan."

"Awak tahu berapa saya kena untuk baiki? RM10,000!"

Tercengang aku dengar. Aduh, banyaknya nak kena bayar. Kalau aku kena memang menangis.

"Bila jadi macam tu, terus saya teringat pada sumbangan surau tadi. Itu perkara pertama yang terlintas dalam kepala saya."

"Kononnya saya nak jimat 6 bulan punya bil, Tuhan ambil dari saya lagi banyak dari itu."

"Kita tak sedar, rupanya selama ini duit kita masuk, kita mampu bayar bil sana sini, semuanya Tuhan yang bagi izin. Kita ingat kita pandai, konon nak jimat, padahal Tuhan yang bagi kecukupan itu untuk kita."

Beliau berhenti seketika untuk menghirup kopi, kemudian menyambung,

"Tapi saya bersyukur, sebab Tuhan cuma ambil RM10,000. Bayangkan apa yang terjadi kalau saya ditimpa kemalangan akibat kerosakan enjin tadi? Mungkin belanjanya lebih besar, mungkin saya atau ahli keluarga cedera. Tentu lebih teruk."

"Tuhan cuma ingin menyedarkan."

"Apa pengajaran yang kita dapat dari kisah saya ini? Kalau awak dah biasa buat sumbangan atau sesuatu amalan, jangan tinggalkan. Jangan rasa pandai, nak rehat atau nak relaks kejap. Jangan."

"Setakat mana yang awak mampu bagi, buat saja. Sikit pun tak apa. Yang penting jangan dihentikan.

"Jangan takut tak cukup atau tak mampu. Tuhan yang cukupkan dan Tuhan yang beri awak kemampuan. Kita mungkin ada buat pelbagai pengiraan matematik, namun hakikatnya rezeki ini sesuatu yang kita tak boleh jangka. Bila-bila masa Tuhan boleh beri dan ambil."

Fuh, tersandar aku mendengar kisah beliau.

Aku teringat amalan-amalan yang aku buat. Kadang rajin kadang malas. Betul, bila dah selalu buat, sampai satu masa kau akan rasa letih. Kau rasa nak rehat sekejap. Konon nanti bila dah puas rehat, boleh sambung balik.

Bila dengar cerita beliau ini, aku terus insaf. Tak jadi aku nak bermalas-malasan dalam memberikan 'hadiah' kepada Tuhan.

Ya, kita ingat kita ini cukup pandai. Waktu tak ada duit, merayu berhari-hari minta bantuan Tuhan. Bila Tuhan sudah bagi senang sedikit, mulalah nak rehat.

Kau lupa, yang izinkan kau untuk beribadat itu Tuhan. Yang izinkan kau untuk bersedekah itu juga Tuhan. Kerja kau, buat saja. Tuhan akan uruskan yang lain-lain. Kau rasa tak cukup, nanti Tuhan akan tambah.

Dia macam ini, duit kau dan rezeki kau yang hakiki, Tuhan dah asingkan siap-siap, langsung tak luak pun. Kau tak perlu risau yang itu. Sekarang ini Tuhan bagi kau lebihan duit, hanya untuk kau sedekah dan dapat pahala percuma.

Tapi kalau begitu pun kau rasa penat dan nak berhenti, kalau duit lebihan itu pun kau rasa kau yang punya, maka wajarlah Tuhan bagi peringatan.

Sungguh aku insaf.

Aku harap kau pun dapat pengajaran juga dari kisah ini. Sama-samalah kita beringat. Dalam harta kita, ada juga hak untuk orang lain. Sikit kongsi cara sikit, banyak kongsi cara banyak, namun jangan ditinggal terus.

Selamat beramal.

Bila anak bertanya tentang Palestine

Apabila anak Anda bertanya kepada Anda, mengapa Anda memberikan perhatian kepada Palestina dan selalu mengikuti berita Baitul Maqdis? Apa yang anda bicarakan? Apa jawaban Anda?

Ceritakan kepada anak Anda :

“Wahai anakku, sesungguhnya Palestina adalah tempat tinggal para Nabi. Nabi kita Ibrahim hijrah ke Palestina. Nabi Luth ‘alaihissalam diselamatkan oleh Allah dari azab yang turun pada kaumnya menuju bumi yang diberkahi, bumi Palestina.

Nabi Daud ‘alaihissalam tinggal di Palestina dan membangun mihrabnya, dan Nabi Sulaiman ‘alaihissalam memerintah seluruh dunia dari Palestina, kisahnya yang populer dengan semut dan berkata : “Hai semut masuklah ke tempat tinggal kalian,” tempat yang disebut dengan wadi an-naml (lembah semut) di Palestina dekat (‘Asqalan).

Di Palestina juga terdapat mihrab Zakaria ‘alaihissalam, sebagaimana Musa ‘alaihissalam meminta kaumnya memasuki Bumi Muqaddasah, ia menamakan dengan Al-Muqaddasah, yakni (suci) dari syirik, dan dijadikan tempat tinggal para Nabi.

Banyak mukjizat yang terjadi di dalamnya diantaranya kelahiran Nabi Isa dari ibunya Maryam, seorang gadis kecil tanpa suami, dan Allah mengangkatnya ketika Bani Israil sepakat untuk membunuhnya.

Di Palestina Maryam ‘alaihassalam menggoyang batang pohon kurma setelah kelahirannya dalam keadaan paling lemahnya wanita.

Termasuk tanda-tanda akhir zaman di Palestina, Isa akan turun di menara putih, dan akan membunuh Dajjal di gerbang Lod Palestina, dan itu adalah tanah Mahsyar dan Mansyar, dan Ya’juj dan Ma’juj akan dibunuh di bumi Palestina di akhir zaman, serta banyak cerita lain terjadi di Palestina, diantaranya kisah Thalut dan Jalut.

1. Anak saya bertanya : “Bagaimana dengan Nabi ﷺ dan hubungannya dengan Palestina?”

Saya jawab : “Dulu kiblat pada awal diperintahkannya shalat menghadap ke Palestina, dan ketika Nabi hijrah ke Madinah malaikat Jibril turun dan beliau sedang shalat, Jibril memerintahkan untuk mengubah kiblat dari Baitul Maqdis ke Mekah Al-Mukarramah lalu masjid tempat beliau shalat dinamakan masjid Dzulqiblatain (dua kiblat).

Demikian juga ketika Rasulullah melakukan Isra’, beliau pergi ke Baitul Maqdis sebelum Mi’raj ke langit. Inilah terminal pertama beliau berhenti setelah berangkat dari Mekah menuju langit, dan beliau menjad imam shalat para Nabi, karenanya tempat ini menjadi maqar para Nabi.

Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada Rasullah : “Masjid mana yang pertama diletakkan oleh Allah dimuka bumi?” Beliau menjawab, “Masjidil Haram.” Aku bertanya lagi, “Kemudian masjid mana?” Beliau menjawab, “Masjidil Aqsha.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak antara keduanya?” Beliau menjawab, “Empat puluh tahun.” Kemudian beliau bersabda, “Dimanapun shalat menjumpaimu maka shalatlah, dan bumi bagi kalian adalah masjid.”

Wahai anakku, Apakah kamu tahu bahwa Abu Bakar Ash-Shiddiq radhiyallahu 'anhu meskipun sibuk dengan masalah kemurtadan orang-orang Arab di Jazirah Arab dengan menyediakan pasukan untuk memerangi mereka agar kembali ke Islam yang benar, beliau tidak membatalkan pasukan yang diperintahkan Nabi untuk pergi ke Syam, meskipun memerlukan kekuatan untuk mengembalikan kestabilan Jazirah.

Apakah kamu tahu masa keemasan penaklukan Islam di masa Umar Al-Faruq radhiyallahu ‘anhu beliau tidak pernah keluar dari Madinah untuk merayakan penaklukan (pembukaan) negeri kecuali Palestina, beliau pergi ke sana sendiri dan membukanya dengan damai, shalat di dalamnya dan menerima kunci untuk menyelamatkan orang-orang Nasrani dari penindasan orang-orang Romawi saat itu.

Kemudian dibuka lagi oleh Shalahuddin di hari bersejarah tahun 583 H hari Jumat bertepatan dengan tanggal 27 Rajab, tanggal yang sama dengan malam mi’rajnya Nabi ke langit melalui Baitul Maqdis. Ini merupakan kesamaan yang ajaib dimana Allah memudahkan pengembalian Al-Quds kepada pemiliknya sama seperti waktu Isra’ dan Mi’raj.

2. Anak saya bertanya : “Kenapa dinamakan Baitul Maqdis dengan nama ini?”

Saya menjawab : “Nama ini telah ada sebelum turunnya Al-Qur'an, ketika Al-Qur’an diturunkan ia disebut Masjid Al-Aqsha, dan dinamakan Baitul Maqdis karena kesuciannya yang istimewa. Karena itu, tanah Palestina dan Syam adalah tanah Ribath, telah syahid di dalamnya 5000 dari kalangan para sahabat mulia, mereka bersemangat untuk membuka Baitul Maqdis dan membebaskannya dari penindasan Romawi. Para syuhada’ masih berguguran sampai hari ini, inilah tanah para syuhada’ dan tanah ribath.”

3. Anakku berkata : “Jadi pentingnya Masjid Al-Aqsha dan bumi Syam seperti pentingnya Haramain, Mekkah dan Madinah, bukankah seperti itu yah?”

Saya menjawab : “Ya, anakku. Allah ﷻ mengumpulkan keduanya dalam firman-Nya, _“Demi buah Tin dan buah Zaitun. Dan demi bukit Sinai. Dan demi kota Mekah ini yang aman.”_ (At-Tin: 1-3).

Ibnu Abbas berkata: At-Tin adalah negeri Syam, Az-Zaitun negeri Palestina, bukit Sinai adalah gunung di mana Allah berbicara kepada Musa alaihissalam di Mesir, dan al-Balad al-Amin adalah Mekah Al-Mukarramah.

Allah ﷻ berfirman : “Dan sungguh kami telah tetapkan dalam kitab-kitab setelah di catat di Lauh Mahfuzh bahwa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang shaleh.”_ (Al-Anbiya’: 105) salah satu tafsirnya bahwa umat Muhammad mewarisi tanah suci.

4. Anakku berkata : “Sekarang aku paham pentingnya Palestina dan Masjid Al-Aqsha, sebagaimana aku paham bahwa shalat didalamnya dilipatgandakan menjad 500 kali lipat, apakah ini benar?”

Saya menjawab : “Ya, itu benar, dan jangan kamu lupakan anak-anak palestina dan penduduknya dari do’amu. Semoga Allah memberkahimu nak.”

Thursday, December 7, 2017

shoping baju sekolah anak

 
 
Assalamualaikum
Lama tak borakkan
asik copy paste je  macam sambal paste
sorry tak taula
tak pandai manage masa kot sampai terbiar blog nie
konsepnya yang penting di dahulukan
banyak benor yang penting
 
khairy
adam
amana & arief
keja opis
masak
sidai kain
kemas umah sesikit.sesikit pun berjam.kalau nak datang sila bagi warning. umah saya hurmmm saya umah anak 4 .. sana sini barang diorang. lagi-lagi sekarang cuti sekolah. sila paham jangan main terjah nanti dapat jelingan maut haha
 
 tiap kali cuti sekolah dok memikir apa nak buat dengan bebudak nie
yang pasti tiap-tiap petang saya kerah semua main padang
cukupla korang sakitkan mata mak dengan hadap ipad
so petang sila pegi beriadah
syukur sangat rumah depan padang
lepas asar saya izinkan diorang main padang
kedengaranlah diorang menjerit panggil geng kat sini
 
saya ambil cuti semalam
saya memang dah plan dengan adik-adik saya
saya dah bagitau diorang siap-siap
kalau nak jalan kena dua minggu pertama sahaja
sebab selepas tue saya tak boleh
saya nak focus dengan keja opis
walaupun dah buat fail awal tapi saya bukan jenis yang boleh tenang-tenang nak keluar sedangkan  sedar yang banyak keja opis lum siap
jadi better dua minggu terakhir jangan kacau saya
saya jadi rimau kalau orang kacau masa saya tengah busy xoxo
 
mulanya nak pegi main kat equin park tapi adik saya share ada kedai jual baju sekolah dah viral
harga not bad dan kain sedap
haha saya tak pernah terpedaya dengan jualan murah macam nie
tapi adik dah ajak
I follow
lagipun alahai kat IOI Putrajaya tue je
dekat sangat dengan umah mak kitaorg
 
cer tengok harganya
not bad kan?
kiranya satu baju/seluar dalam harga rm15
murahlahkan?
selalu kalau amana beli baju kurung sekolah semua rm20++
kalau pegi beli baju dengan nenek dia
amboi amboii beli kat butik
baju je dah rm27++
lum kain ye..so kalau sepasang dah rm60++ jadinya
amboiii
baju sekolah amana bukan sepasang..
biasanya baju sekolah amana 3 pasang sekola agama.. 3 pasang sekolah rendah
 
nie kedainya
ground floor ..paling hujung
baju sekolah satu bahagian kecik je
bagus jugak tak letih saya nak mencarik-carik
tapi kain utk sekolah agama takde kat sini ye
 
 
lepas tue bawak bebudak main kidszoona
puas hati masukla sorang rm10
bawak stokin dari rumah
kalau tak korang kena beli stokin
wajib pakai stokin termasuk parent
boleh mak korang take a break kejap
apasa muka makin tembam adam ziqri?
 
 
adam happy gile datang sini
rasanya nie pertama kali dia datang dengan dah ada kaki
sebelum nie baby lagi
adam pusing satu kawasan
mcm pak menteri
bagus je adam main sensorang
tak nangis pun
mudah jaga adam
terima kasih adam
 
anak adik bongsu saya -aisya sofea
 
sayang adammm
 
binaan tue amana yang buat
ada gambar dalam album kat situ dia follow sampai jadi 
tue apasal si khairy tue nangis pulak?
nangis sambil pegang belon?
apa-apalah
 
 
 
saya ada benda nak share tentang khairy
nantilah bila lapang-lapang ye
semoga ingat nak share "benda" tue
 
dah lapar makan pizza
bawak 3 budak lelaki
rasa nak terbalik dunia haha
 
 
khairy memang jeles dengan adam
soalan khairy sekarang "mama sayang khairykan?kan?"
sebelum adam lahir mana pernah tanya
rasa terancam le tueeeee
 
 
dulu mama cakap mama tak nak adam sebab nak tumpukan pada abang khairy
sekarang mama tau mama tak boleh pisah sesaat pun dari budak debab nie
lagi-lagi muka adam memang macam mama
nenek selalu cakap macam tue
 
 
tiga dara pingitan
bila besar nanti pun mesti rapat tau
jangan gaduh-gaduh sesame sepupu
kalau mak korang gaduh ...korang jangan campur
bior je
sebab adik beradik gaduh camanapun akan baik jugak
gaduh-gaduh manja kekdahnya
 
 
nanti sambung ye
semoga ada kesempatan utk bersiaran
ke tunggu 2 minggu lagi?
lepas kerja bulan disember siap?
hahahahaha