ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, September 23, 2018

Abang Cocombee / Kokom

Kegembiraan anak-anak dapat jumpa abang cocombie.. haha..
Amana yang nampak.. melompat2 dia jerit panggil Arief
Arief bukan tau segan
Terus salam mintak nak amik gambar
Korang kenal tak abang cocombie Nie sapa? Tak kenal? Rugilah video diorang kelakar Gile..
 


 yang selalu ada dalam kokom nie.. budak lelaki baju biru pekat dengan biru muda tue
 
tak silap saya.. kokom nie juga yang rekod video2 ustaz habib ali zenal tapi dengan nama Cocombee
 
 

Public Gold Dealer Incentive September 2018

Alhamdulillah merasa lagi insentif Public Gold. Tak ingat dah berapa kali insentif masuk. 4,5 kali atau lebih? Entahla. Baru setahun ++ rasanya saya dengan Public Gold. Tak mengapa saya percaya dengan pepatah orang tua skit-sikit lama-lama jadi bukit. Bukan sahaja dari segi insentif Public Gold tetapi juga dengan bilangan customer. Pasti akan bertambah dari masa ke semasa!

Kebetulan pulak bulan nie saya belum purchase walau 1g pun goldbar untuk diri sendiri. banyak betul nak bayor bulan nie aisehh😂
So insentif yang masuk ke akaun maybank saya nie saya akan transfer ke akaun GAP. Kalau dah niat nak simpan sekurang-kurangnya 1gram sebulan insya Allah adalah rezeki dari mcm2 cara.

Jangan risaulah kawan..kalau nak ikutkan insentif tue tak banyak mana pun saya dapat dari pembelian uools. Lebih kurang rm1++ je.. senang citer rm1 jelah dari pembelian 1g uools yang mana harga hari ini rm174.

Tak banyak kan saya dapat sebagai Dealer dari pembelian 1g  emas uools. Tapi kenapa saya buat jugak?

1. Saya suka emas. Saya sendiri nampak kelebihan emas yang banyak bantu saya keluar dari pinjaman dan kawal financial saya.

2. Saya suka nak guide  seramai boleh  kawan2 bebas dari sifat meminjam dari orang lain. Supaya air muka kita terjaga. Bila terdesak bukan ibubapa atau kawan2 yg kita cari dulu.kita tak tau apa pulak kesulitan yg ibubapa dan kawan2 hadapi sebab pinjaman kita tue. pulak tue yg meminjam bertahun2 tak langsai dah mcm hutang dengan bank pulak. Kalau ada emas kita takkan meminjam lagi dengan orang lain. Boleh gadai ke ar-rahnu atau jual sahaja emas tue.

3. Saya juga nak guide kawan-kawan supaya tak meminjam ke bank lagi .sikit-sikit  nak pinjam bank/ swipe creditcard..sedar tak hidden fees tue banyak . Awalnya memang nak meminjam sikit je kat bank tapi  jadi banyak bila dah buat mcm2 dokumentasi jadi sekali jalanlah meminjam banyak.. meminjam banyak dan tempoh  berhutang pun jadi bertahun-tahun. Kalau ada emas boleh ke ar-rahnu bukan bank. Dan takla bertahun-tahun terjerat dengan hutang.

4. Saya tak ada pencen. Jadi saya suka kalau ada satu perniagaan yg boleh jadi pasif income.Sekarang customer baru puluh-puluh orang. Lagipun baru setahun lebih je Saya dengan Public Gold. Saya positif by the time saya pencen customer saya insya Allah dah ratus-ratus. Customer ratus-ratus insya Allah insentif pun meningkat..bestnyaaa dapat pasif pencen dari Public Gold.

Banyak lagi sebabnya kenapa saya jadi Dealer Public Gold bukan semata-mata insentif yang RM1 tue je 😅..next time kita share lagi ye..

Terima kasih pada tuan Fairuz Aziz, MD Aqila Ali Redza dan introducer Erna Zaabar yang tak jemu-jemu guide saya mak anak 4 Nie..

EMAS ADALAH SAVING&PENGHAPUS HUTANG
SUHAILA SALEH
DEALER PUBLIC GOLD
PG00097831
www.wasap.my/60173201998

Saturday, September 22, 2018

Nak berenti kerja tak?

Disclaimer: jangan pulak kaitkan dgn diri saya. Buat masa ini saya happy dengan kerja saya kerana saya dapat tengok khairy depan mata. Akan datang bila tak dapat tengok Khairy saya tak taula apa perasaannya.. saya tak nak fikir perkara yang jauh lagi.yang saya tahu saya ada setahun lagi untuk kerja dari rumah dan dapat tgok Khairy... Selebihnya tengok aturan Allah.. saya dah merasa bagaimana saya tak bekerja dan Allah "munculkan" rezeki dari entah celah mana.. rezeki itu dari Allah. Lepaskan pada Allah.. Allah akan jaga kita..

"Nak berhenti keje ke tak...?"

Ini berlaku pd saya dan isteri...saya ada ckp kat isteri, nnt anak dah masuk sekolah rendah, darjah 1, berhenti la keje, jaga anak2, besarkan ank2, ajar dia keje2 sekolah...sya xnak pagi2 dia tgu van depan umah sorang2... Umur bru 7 tahun, takut jadi apa2 ja...sya juga xnak pengasuh ambik alih tugas kami utk mendidik anak2...

Sya berdoa semoga niat utk menjadikan isteri surirumah sepenuh masa tu termakbul...dan saya minta Allah cukupkan rezeki saya utk menanggung isteri dan anak2...

Memang dah set sblum kawin lagi pun yg saya nk keje btol2, cari duit, ubah hidup saya supaya saya boleh "letak isteri dirumah"...Planning utk 3,4 tahun akan dtg...

Pastu isteri tanya, "Nanti cukup ke?"
Insyaallah cukup saya kata...kalau tak cukup pun, kita buat bagi cukup...

Nak dijadikan cerita, pengasuh sya mengandung...setelah hampir 10 tahun dia tunggu, dia mengandung...anak yg ketiga, insyaAllah...gembira utk dia, kurang gembira utk saya dan isteri...

Siapa yg akan jaga ank saya yg 3 org tu lpas ni? Budak2 dah besar 3 tahun, 4 tahun, dah kenal org ni, mana mau tukar org baru...then pattern shif plak, 2 org jaga siang, satu org jaga mlm...sbb yg kecik tu masih bf...ikut jadual isteri...

Hmm...xpela, sya ckp kat wife, tnya pengasuh, dia nk jaga smpai bila...dia kata, dia jaga setakat mana yg dia larat...so, mgkin sampai dia sarat la kot...lagi 4,5 bulan...

Sempat kot saya bersedia...

Tapi, kesian pengasuh tu, bukan rezeki dia, dia keguguran dan nk kena pantang...dia ckp xdpt jaga ank lagi dah...jadi, immediately isteri sya ambik smua cuti yg dia ada...annual leave, unpaid leave, mc...smpai hbis...sehinggalah Bos tempat keje call tnya,

"Nak dtg keje atau x?"

Pkir punya pkir, wife ada hutang dia, sya ada hutang sya...dua2 hutang byk lagi...kereta sorang sebiji, ptptn lagi, duit umah lagi, ank2 akan antar ke tadika lagi...dua pendapatan, akan jadi SATU...mcm mna nk hidup? Tak cukup...saving pun xbyk...cukup2 ja...

Wife terpaksa jgak berenti...sya keje sorang...

Baru tgh sesuaikan diri, kami diuji lagi, lepas 6 bulan wife berhenti keje, saya plak diberhentikan keje disebabkan kilang yg saya keje tu nak kurangkan pekerja...sektor oil & gas...ramai yg diberhentikan...dapat gaji 3bln...

Saya dah pening...wife xkeje, sya pun bakal tak keje...dlm satu hari, beratus2 sya apply dlm jobstreet, linkedin...contact smua member2, contact bos2 lama...bos2 lama smua bg respon yg positif, nk sya kembali bekerja dgn diorang...respon dari application sya pun menggalakkan, byk company call panggil interview...

Smua sya p...sya tgok, mna yg bleh bagi gaji yg lebih kurang dgn gaji sya sekarang ni...nak dpt gaji rendah sgt, komitmen byk...sya pun terima la tawaran bekerja di satu kilang ni, gaji kurang 300 dr gaji lama...jauh plak dr umah...baru masuk 2 hari, bos lama berbangsa Cina telefon, bagi gaji lebih 1K dari gaji sekrg...

Allahu...lebih 1K...rupanya, Allah tarik sesuatu utk nak bagi sesuatu...skrg, gaji ada lebih 1K plus 3 bln duit pampasan...

Alhamdulillah, kini dah setahun pun keje sorang, masih cukup...sgt2 ajaib sbb "duit cukup"...walhal dua pendapatan jd satu kot...hutang masih sama...hidup disesuaikan dgn pendapatan yg ada...kalau dlu, bila2 masa bleh p bercuti, skrg ni, kena planning, kumpul duit berbulan2 bru bleh p...beli brg keperluan plak, dulu ambik ja apa nk ambik, masuk troli, skrg kena buat list apa yg xde, beli cuma benda yg xde shaja...

Byk perubahan utk menyesuaikan perbelanjaan dgn pendapatan seorang diri ni...dah tak mewah mcm dlu dah...hidup biasa2 ja...

Tapi alhamdulillah, masih mencukupi sehingga ke hari ni...nasihat sya,cuba sedaya upaya utk penuhi hak2 isteri, hak2 anak2, jgn berkira dgn diorang...then insyaAllah, selebihnya gaji kita tu cukup smpai hujung bulan...Allah yg cukupkan...kalau isteri kirim suh beli apa2, saya jarang skali nk kata tak bleh, mesti bli...sama jgak bila ank2 teringin nak apa2, mesti tunaikan jugak..

Dan hubungan dgn Pemberi Rezeki tu pun kena la jaga elok2...smua yg kita dapat ni, dtg dari-Nya...Dia yg memberi...kalau kita "tak baik" dgn DIA, mcm mna DIA nak "baik" dgn kita...

Kepada isteri2 diluar sana, doa dari kalian yg seorang suami perlukan bagi mencapai impiannya utk meletakkan kalian ditempat yg sebaiknya utk kalian...

Semoga bermanfaat...maaf, pjg sgt...

Tuesday, September 18, 2018

Akaun GAP Public Gold sebagai instrument sokongan kewangan

Saya nak beri hand bouquet made from pengaga Nie pada PG00186718.
Hari nie baru dapat ni PG Code.

Customer nie dah banyak kumpul emas tapi tak pernah ada akaun GAP. Baru-baru nie saya ada share info  dari rakan dealer yang lain tentang  akaun GAP diterima sebagai instrument kewangan untuk menyokong pembelian rumah. Teruja customer saya nie..terus yakin tentang "keajaiban" akaun GAP.

Tetapi customer saya nie bukan nak beli rumah tetapi ingin akaun GAP dijadikan sebagai bukti aset yang dimiliki oleh beliau untuk perkembangan  syarikat. Beliau juga tanya boleh tak emas yang ada di tangan dijadikan bukti sebagai aset? Saya tanya semula..camana nak bagi bukti pada pihak ke tiga? Takkan nak snap gambar longgokkan emas pulak?🤣 Nanti orang tak percaya pula.  Tetapi akaun GAP boleh dijadikan bukti. Boleh print akaun dan boleh lihat  berapa banyak gram emas yang dimiliki dan secara tak langsung  buat anggaran aset yang dimiliki oleh beliau. Public Gold ada juruaudit ya. Bukan syarikat cap ayam😆

Okeylah sampai disini sahaja.. saya diam beberapa hari nie tak update hal ehwal emas bukan bermakna saya pencen emas ye..tiada istilah pencen untuk mengajak lebih ramai sedar tentang kebaikan emas dan "keajaiban" akaun GAP Public Gold.

BTW sesiapa yang joint dengan saya buka akaun GAP Public Gold saya akan beri hadiah hand bouquet made from pengaga ya.lebih besar dari yang dalam gambar!😜 Belakang rumah saya penuh pasu dengan pengaga. Gemok-gemok pulak tue😜

EMAS ADALAH SAVING&PENGHAPUS HUTANG
SUHAILA SALEH
DEALER PUBLIC GOLD
PG00097831
www.wasap.my/60173201998

Ketawa saya tau

Aku nak beli produk untuk anak aku tetiba panggil yang, kejap dear. Siap tanya nama, aku dah gitau nama pun nak panggil yang2 lagi gila ke kau ni.

Apa yang2 ? Geli geleman aku. Kau cantik ke hodoh ke peduli apa aku. Cantik tu tahan sikitlah tapi tetap bodoh, kalau hodoh + bodoh susah nak repair.

Teknik bodoh tetap bodoh.

Terus aku cancel tak jadi beli.

Kau sape ? Bini orang ke, bujang ke tak payah bodoh nak mesra sangat panggil orang sayang.

Takkan laki kau tak rasa pape panggil lelaki lain yang, sayang, dear ?

Semua orang kau nak panggil sayang, geng elgiviti ke kau ni ?

Nak bermanja kurang kasih sayang pun takkanlah sampai nak bersayang2 dengan pelanggan.

Banyak lagi cara nak rapatkan hubungan dengan pelanggan.

Cuba tengok kedai makan thailand, siap perempuan ambik order panggil abang2 lagi senyum sipu pulak, kalau servis tak bagus tetap kat mamak yang juga yang penuh, yang ambik order tu lelaki je.

Muka tegas je lelaki yang ambik order tu, tapi bila nampak orang masuk cepat je dia ambik order, makanan cepat je sampai, siap ada wifi, ada tv, orang duk lama takdak pun muka masam, lepas orang belah cepat2 dia kemas, berdiri je takdak duduk tengok tv pun pekerja dia, tu pasal ramai orang.

Terikut2 sangat geng sipoot tu konon nak kejar sales juta2.

Padahal produk banyak duk bawah katil terdesak sangat sampai guna teknik yang yang.

Arghhh malas aku nak pesan banyak kang nanti kata aku dengki.

Sunday, September 16, 2018

Kelakor

Ok, kali ni kita back up suami pulak ye... Asyik back up isteri je kan... Harap takde la para isteri marah ye... 😜😜😜

Suami ni bukan taknak tolong isteri buat kerja rumah. Dia takut sebenarnya. Risau kang tolong kang, corak kerja tak sama dgn isteri, kena marah gak.

Mana la tak marah isteri tu kan, kalau suruh beli ikan kembung, kembung gak la dicarinya. Kalau takde kembung, dia balik tangan kosong. Suruh beli timun jepun, dibelinya timun biasa. Disuruh beli cabai masak, dibelinya cabai burung. Biasalah tu... 😅😅😅😅

Kalau tolong lipat kain, risau bucu sana tak jumpa bucu sini. Kalau susun pinggan, tak susun sama saiz, sama corak. Bila tolong potong apa², risau silap pisau buah potong ikan, pisau bawang potong sayur pulak.... 😂😂😂😂

Ada gak suami yg kecik hati, bila isteri bukak dan  lipat semula kain yg suami dah lipat. Dgn alasan suami tu lipat tak elok.

Ada masa (BUKAN SEMUA YE), isteri yg terlalu mempertikai bila suami buat kerja rumah. Byk yg tak kena dari kena. Tgk baju anak je cukup. Baju siang lain, baju malam lain. Tapi buat si suami, sama je. Alaaa.... Sesekali tu biar je anak pakai pijama di siang hari. Tak cacat pun aihhhh....

Rasanya kalau isteri tak byk undang², dan bagi kerja kat suami, suami akan tolong dgn rela hati. Terutama isteri yg bekerja, panggillah suami tolong buat kerja. Anda dah cukup penat. Biarlah kerja suami tak sesempurna kerja anda, takpe, mula² mmg begitu. Lama kelamaan nanti, perfect la kerja dia. Tapi kena la suruh hari², lepas 44 hari, Mudah²an dia paham sendiri dah nanti. 😀😀😀

Dan suami pun, kalau hari ni isteri mintak tolong, esok lusa takyah la tunggu isteri minta tolong, terus pergi tanya dia, "ada apa nak tolong yang," kan sejuk hati isteri tu.....💕💕

Jangan main2 dengan 3 benda.pernah jumpa?

Perempuan zaman sekarang huh

Perempuan ni memang unik.

Org kata perempuan tu pendek akalnya berbanding lelaki. Tapi dialah yg jadi pemikir dalam keluarga. Dia yg tahu suami suka apa, anak sulung suka makan apa, anak bongsu tak suka apa. Bila nak order makan, mak la yg tahu apa anak nak makan. Dia tahu anak tu suka baju cemana, warna-warni apa.

Dia juga yg tahu cemana nak motivasikan anak². Dia yg tahu hati ahli keluarganya hanya dari air muka mereka. Bila tahu anaknya berduka, dia lebih sedih dari si anak. Bila tahu suaminya dlm kesusahan, hatinya lebih susah dari suami sampai tak tidur malam. Dan dia berusaha mencari jalan penyelesaian utk membantu walaupun dah acapkali dia dpt ucapan 'jgn seboklah'.

Perempuan bila dia kata dia stress, dia tak tidur macam lelaki. Tapi dia buat apa yg dia suka. Sebab tu masa dia penat pun, dia boleh buat biskut, boleh pergi shoping, boleh main aci kejo dgn anak sbb itu cara dia lepaskan tekanannya. Buat perkara yg dia minat. Dan lepas tu kena perli, 'alahhh perempuan ni kata je penat, ajak gi shoping mall elok je cergas.'

Perempuan, bila dia sedih, dia diam. Bila dia gembira, dia menangis. Bila dia meluahkan, dikata dia tak bersyukur. Bila dia diam, dikata dia yg taknak bercerita. Sedangkan perempuan ini, sibuk ambil tahu cerita setiap ahli keluarganya. Mcmmana suami kat tempat kerja, bagaimana anak2 kat sekolah walaupun di kepalanya dah cukup serabut, di hatinya dah cukup runsing.

Nanti ada yg kata, perempuan punya tanggungan tak sebesar lelaki. Tak perlu lihat jauh sangat, lihat saja zaman sekarang, tanggungan perempuan lelaki dah sama banyak, bahkan mungkin perempuan lagi byk.

Tapi dia tetap tak minta banyak, dia cuma minta difahami & sedikit penghargaan je. penghargaan tu bukan sekadar wang ringgit atau barangan, tapi perhatian. Dengar keluhannya, perbanyakkan memandangnya kurangkan memandang handphone, pandang dia bila dia bercakap, sesekali puji dia, usik dia dgn gurauan yg buat dia tersenyum, peluk dia, jgn tunggu dia menghulur salam baru sentuh dia, belai dia dgn kasih sayang.

Semua tu tiada kos. Tapi yg itupun susah dia nak dapat.

Friday, September 14, 2018

Terus terang je saya no 2

Say bukan jenis maki hamun. Saya bukan jenis pukul2 kalau tak puas hati.saya bukan jenis lempar barang pecahkan barang kalau naik angin..

Yup say pendam.. pendam .pendam..sampai meletup.. ikut mak saya kot haha.. mak saya pun jenis tak banyak cerita.. mak boleh bercerita hal pejabat, Ikan, hal pasar hal mengaji berjam2 tapi untuk bercerita apa yg ada dalam hati dia ..tak akan punya.. saya tengok sikap mak yg memendam rasa dan saya pun ikut sama macam tue..

Saya tahu bila org buat salah pada saya tapi saya lebih suka pandang dan tengok sampai bila org nak buat pada saya . Saya tau org Aniya saya tapi Takdenye saya memgamok2.. sebab? Hati tue dah rasa hancur dan nak  mengamok pun takde kuderat... Lebih seronok bercerita dengan Allah atas sejadah.. lebih seronok bangun malam2 mengadu pada Allah dan paling seronok terbang terus lari pergi Mekah mengadu dengan Rasulullah..

Saya kalau dah makan hati.. aku peduli apa..aku lari je xoxoxo... tapi nak lari tue pikir juta2 kalilah hahahaha... Sikit2 nak lari..sikit2 nak lari baik masuk sukan lumba lari haha

_________________

Orang perempuan, bila dah berkawin, dia akan berubah kepada 2 jenis ni sahaja...

Satu, yg jenis marah kita, dia marah depan2...xpuas hati, dia ckp direct...apa saja, ttg perasaan dia, smua dia tak selindung, tak sembunyi...kalau mrh, kita nmpk dia mrh, klu suka, kita nmpak dia suka, klu sedih, kita nmpk dia sedih, klu merajuk, kita tahu dia merajuk...

Yg kedua, jenis jarang tunjuk apa yg dia rasa...kita sendiri xtahu dia ok atau tidak...dia xtunjuk dia mrh, dia xtunjuk dia xpuas hati, dia xtunjuk yg dia sedih..kita tanya, ok ke, dia akan sentiasa jawab ok...kita tanya, merajuk ke, dia kata x...tapi dia dingin...

Dia tak sama seperti hari2 lain...Dia betul2 ok atau tidak pun kita xtahu...

Yang no 2 ni bahaya...sbb kita xtahu apa yg ada dlm hati dia...apa yg dia rasa...yg ni, kita kena berhati2 lebih, apa yg boleh kita buat, jaga diri kita, jgn buat sesuatu yg boleh membuatkan dia marah, tak suka, sedih, merajuk dan sebagainya...

Minta maaf dgn dia walaupun tanpa sebab...kita takut kita tak sedar yg kita dah membuatkan dia terasa...

Diam dia ada makna...ada rahsia...hnya yg btol2 bijaksana dapat memahami dirinya...

Dont mess with kaum isteri xoxo kelakar pulak

Tgok kaum isteri sekarang ni...

Ramai isteri2 yg dh menceburi bidang perniagaan, dh mula berniaga, ramai yg dh berusaha cari pendapatan sendiri, ada pendapatan sendiri...jadi ejen penapis air, jual produk kosmetik, jual tudung, jual baju budak, jual mknan dan mcm2 lagi...walaupun tak bekerja di sektor kerajaan ataupun swasta, dduk rumah pun diorang dah pandai buat duit sekarang ni...

Tgok fb diorang, wall diorang, penuh dgn produk2 yg diorang jual...dp diorang pun ber-background-kan produk diorang...tiap2 ari up post berkaitan dgn apa yg diorang jual tu...

Diorang yg menjual serba serbi ni, sbb suami tak bagi duit ke? Tak jugak...suami bagi...tapi kenapa masih nak cari duit lagi?

Nak bantu suami dan nak bantu diri sendiri...

Dia nk keluarga dia hidup stabil, xde terbeban dgn masalah kewangan...apa yg dia dpt, sedikit sebyk dia bantu suami dia...bayar apa yg patut...dan apa yg dia nak, yg dia teringin, dia boleh beli sendiri tanpa perlu minta duit dari suaminya...

Win-win situation kan...masalah kewangan keluarga bleh berkurangan, apa yg dia nk dia boleh beli...dgn duit sendiri...ada kepuasan disitu...

Tapi don't take this for granted wahai kaum suami...don't do anything stupid...jgn terlalu selesa dgn bantuan dari isteri...itu bukan kewajipan dia...suami masih perlu memberi nafkah, menyediakan apa yg patut, menanggung apa yg patut...

As long as u behave, u will get something from ur wife...but when u start doing something stupid, something wrong, u won't get anything from them...selagi awk bertanggungjawab, selagi tu dia tak berkira, once "tanggungjawab" tu awak abai, awk lupa, then from A to Z dia akan ungkit...

Remember this...don't mess with kaum isteri zaman sekarang ni...

Isteri yg bekerja yg nak berhenti dengar sini

Isteri yg bekerja, kalau nk berhenti, dgr sini...

Bila awk bekerja, awk dh terbiasa ada pendapatan sendiri, duit sendiri...awk nk apa, awk bleh bli...tp bila awk dah berhenti keje, awk dh xde pendapatan sendiri dah, sumber kewangan awk hanyalah suami...

Kalau awk nk beli brg, kena mintak duit kat suami...klu ada, ada la, klu xde, xdela...kena pendam, kena simpan, lama2 drpd nak beli, terus tak jadi beli...

Ada yg sekali mintak, suami bagi...ada yg kena mintak berkali2...ada yg kena marah dlu baru dpt duit...awk jgn hairan dgn perkara ini...awk akan kelihatan seperti "pengemis", meminta "sedekah" dr suami sendiri utk nak beli brg yg awk hajati...

Namun, awk lebih kenal siapa suami awk, awk lebih tahu kemampuan dia...jika dia berkira dgn awk, maka awk perlu berhati2 bila awk dh xde pendapatan sendiri...jika dia tak berkira, maka awk berhenti pun xde masalah...tapi sentiasa berbelanja dgn ukur baju dibadan sendiri...

Hidup bersederhana...

Jangan ambil mudah..sampai masa amik balik

Suami, jangan ambik mudah...

Apa yg isteri buat utk kita hari ni, tolong jgn ambik mudah...jika dia bekerja, dia tolong bayar bil, tolong bayar duit rumah, duit kereta, duit babysitter smua tu, tolong jgn biar, jgn tak tanya langsung, dan serah bulat2 seperti itu tanggungjawab dia...

Itu masih tanggungjawab suami...beban yg perlu ditanggung suami...bila kita ada kemampuan, gaji dah naik, ambik alih blk apa yg sepatutnya kita bayar...jgn biar...

Jgn bila isteri bayar itu, bayar ini, kita rasa kita ada duit lebih, bleh beli dron, bleh bli kereta control, bli playstation, bleh tukar rim, bleh tukar kereta, bli motor besar dan sebagainya...

Jgn terlalu selesa dibantu isteri...

Sbb akan sampai satu hari nanti, isteri akan ckp, dia dah penat, dia dah letih...dari dulu smpai skrg, dia bayar itu ini sendirinya, dgn duit gaji dia...walhal itu bukan tanggungjawab dia...

"Abg x pernah tanya duit saya cukup ke tidak...abg x pernah rasa nk ambik balik smua tanggungjawab2 abg tu bila abg dh mampu...hidup abg plak semakin selesa, semakin hebat...apa yg abg nk, abg senang2 ja bleh dpt...apa yg isteri nak, abg xpnah tanya, tak pernah ambik tahu...saya dh tak larat dh hidup mcm ni...saya nak kembalikan smua tanggungjawab2 abg kpd abg blk"

Masa tu kita akan rasa terbeban...sbb bantuan & pertolongan tu dah hilang, dan kita plak dah tambah komitmen bulanan yg baru akibat terlalu selesa bila sentiasa dibantu isteri...

Jangan lepas tangan...satu hari nnt, sikap kita tu yg akan menyusahkan kita balik...percayalah...

Bila mati tiada sesen harta atas namanya.berani?

Siapakah lelaki ini? Sungguh memahami perempuan xoxoxo

Selain en Matt, Dr Zulkifli...lately suka baca FB lelaki ini.. memahami sungguh perasaan isteri2 xoxoxo..cuba korang plak baca..

"Sayang, boleh abg tahu kenapa lately ni, syg suka marah2...?"

Kita sebagai suami, tanpa kita sedari, kita sendiri yg membebankan isteri...tak nak mengaku kan? Xpa, baca bwh ni...

Kita ambik baju yg isteri lipat, tarik, habis semua yg disusun terabur...then siapa yg nk kena lipat blk, susun? Isteri...

Kita mkn, hbis mkn kita letak pinggan dlm sinki, siapa yg nk kena basuh pinggan tu? Isteri...

Kita balik keje, buka baju campak sana, letak sini...siapa yg nk kena kutip, buh dlm bakul, buh dlm mesin basuh? Isteri...

Klu nk list kan, ada byk...stokin dh pakai byk hari, dibiarnya dlm kasut, smpai bau dh hapak...mkn jajan, mkn kacang, usung sana sini, jatuh, berterabur dlm umh...bgun tdur, tggal selimut, hbis mandi, letak tuala merata2...

Semua tu benda2 simple, yg kita sebagai suami pun BOLEH buat...tak perlu isteri TOLONG buat utk kita...

Angkat baju, tarik elok2, letak blk...baju tak sepah...hbis mkn, basuh pggan, simpan lauk dlm peti, kmas dapur...letak baju dlm raga, dlm mesin...bgun tdo, lipat selimut, hbis mandi, sidai tuala...

Isteri bila dah selalu marah2 tu sebab dia asyik kena buat keje yg SAMA setiap hari...dia penat, dia letih...dia tegur kita berulangkali dh, kita xnak dgr...bila dia suka mrh2, kita plak tak suka...

Tolongla ringankan, kurangkan beban dia...dia pun manusia...

Wednesday, September 12, 2018

Murano Pandora Gold

Yang nak murano tue
Nie dah ada
Murano nie konsepnya memang untuk perhiasan
Jangan pulak cakap kumpul Murano sebab nak gadai
Ketawa pulak orang😜

Akak dah pernah tanya dik..
Akak pernah beli Murano batu yg diikat emas
Staf ar-rahnu tue cakap tak terima untuk pajak kalau hantar sebijik  murano tue sebabnya batunya lebih banyak dari emas..
TAPI kalau buang batu tue dan jual emas yg diikat pada Murano tue; ar-rahnu terima..

Ingat tau murano Nie untuk cantik..
Bagi rantai tangan pandora lip lap lip lap
Baru naik seri
Tak mahal dik
Nak tau harga boleh wassup akak

EMAS ADALAH PERHIASAN, SAVING&PENGHAPUS HUTANG
PANDORA GOLD BY GELIGA GOLD
www.wasap.my/60173201998

Tuesday, September 11, 2018

Haaaa... Beli jangan tak beli..

Abah saya selalu cakap,

"Nak makan apa, beli...duit boleh cari..."

Sampai ke hari ni, bila dah berkahwin pun saya masih guna pakai ayat ni...saya pesan kat isteri, kalau ada benda yg dia teringin, bgtau saya, saya akan usahakan utk beli...

Apa yg kita akan dapat sekiranya kita berkira dgn anak bini sendiri? Duit kita semakin bertambah? Kita semakin kaya...? Sama ja pun...duit habis mcm tu jgak...

Isteri nak beli pencuci muka, kita kata xpyh, kita beli rokok, xpe? Isteri nak beli produk kecantikan, kita kata xpyh, kita tukar rim, xpe? Isteri nak beli pakaian dlm, kita kata pakai je yg lama, kita beli kasut berjenama, xpe?

Jangan terlalu berkira dgn anak bini...apa yg kita dapat pada hari ini sgt2 berkait rapat dgn mereka...cubalah utk tunaikan apa yg anak bini nak, insyaAllah Allah akan bls berlipat kali ganda lagi jika kita tak berkira dgn anak bini kita...

Nak percaya atau tak, terserahlah...dapat tengok anak bini tersenyum gembira tu lebih bermakna drpd ada duit berkepok2...

Sunday, September 9, 2018

La Tahzan

Kenapa kita sukar memaafkan?

Sebab kita rasa, ujian itu datangnya dari makhluk...kita lupa yg sebenarnya Allah yg dtgkan ujian itu, melalui makhluk yg bernama manusia...

Maka apabila kita jatuh akibat perbuatan manusia,kita xbleh nk bangun,sbb hati kita,jiwa kita, kita dah sandarkan pada manusia, kekecewaan,kelukaan dan kesedihan itu yg buat kita jatuh...

Sedangkan jika kita fikir dalam2, ujian itu dari Allah, maka kita akn mudah utk menerima dan redha dgn harapan, Allah tahu apa yg terbaik utk kita dan Allah sayangkn kita...Allah nak uji keimanan kita...

Orang yg hatinya bersandar pada Allah, tak akan terlalu kecewa apabila jatuh,...bahkan dia bangun kerana Allah, dia berubah kerana Allah..

Dan dia memaafkan kerana Allah sbb dia percaya,Allah pasti menjanjikan dia ganjaran atas apa yg dia telah lakukan...

La Tahzan...Allah ada...

Wednesday, September 5, 2018

Pandora gold boleh gadai di arrahnu?

Saya selalu dapat pertanyaan:

i) diterima ke pandora gold untuk gadaian?
Ya, laku. Bak kata staf kat ar-rahnu pos "kalau hujung bulan akak nak pakai duit sikit2 je.bawak je pandora kecik2 nie kat sini.nanti gaji ajak tebus balik. Upah ar-rahnu pun sikit je kalau pandora kecik2 nie.

ii) diterima ke pandora enamel(berwarna)?
Diterima tapi ada tolak nilainya seperti emas berbatu.

iii) diterima ke pandora berbatu untuk gadaian?
Diterima tetapi pastikan berat emas tue lagi banyak dari berat batu.

Begitulah info yang saya dapat dari ar-rahnu pos. Demi nak membuktikan betulkah pandora emas nie bernilai untuk dijadikan koleksi pada customer2 saya.. jadi saya pun gadaikan emas-emas pandora saya.

Rujuk gambar ye.. saya gadaikan pandora solid gold(hanya emas sahaja), pandora enamel(berwarna), pandora berbatu untuk pengesahan yang pandora gold diterima di Arrahnu pos...ada satu lagi ar-rahnu di Jalan Raja Laut pun terima pandora gold saya lupa nama ar-rahnu tue.

Tapi ada juga ar-rahnu yang hanya terima emas solid sahaja, ada batu langsung tak boleh, berwarna tak boleh; hanya solid gold!  Saya takkan pergi ar-rahnu mcm Nie..cerewet sangat hahahahahaha..saya pangkah terus!

EMAS ADALAH PERHIASAN, SAVING&PENGHAPUS HUTANG
PANDORA GOLD BY GELIGA GOLD
www.wasap.my/60173201998

Monday, September 3, 2018

Adam Ziqri kini 2 tahun

Adam Ziqri hari ini dua tahun
Alhamdulillah
Bersyukur Adam sihat dan normal
Bersyukur kerana hasil detail scan itu hanya ujian sementara untuk menguji kebergantungan mamanya pada Allah atau mesin ciptaan manusia.
 
Sangat bahagia kerana Adam menghiburkan kami sekeluarga dengan keletah comelnya
Sangat bahagia kerana Adam menjadi anak yang tidak banyak kerenah malah memahami mama perlu memberi perhatian lebih pada abang Khairy.
Sangat bahagia kerana Adam selalu menemani Khairy ke IJN dan tidak pernah buat perangai ketika konsultasi kami dengan doktor.
Sangat bahagia kerana Adam selalu mengejutkan saya yang keletihan dan tertidur sebelum sempat isyak.
Sangat bahagia kerana rumah ini bertambah mural yang kreatif hasil kerja tangannya
 
Semoga Allah melindungi anak ini hingga akhirnya dan menjadikan anak ini anak yang menyenangkan semua.. Insya Allah..
 
Boston Cake RM70
tak sangka kat secret recipt ada kek below RM90 untuk whole cake haha
Tapi yup kek nie kecik je
Sesuai sangat saiz cake nie untuk kami sefamily tak payah nak simpan lama2 ..
selalu kalau beli yg besar tue bila tak habis ..simpan peti ais..
kek simpan lama2 bukan sedap dah..buang..membazir... amalan syaitan
Kek nie sekali hadap pun boleh habis
Tak sangka sedap Boston cake nie
 
 
Beli set pizza yang RM59++
 
sedap rasa eskrim hihi
 
4 anak dah kan?
Perjalanan yang dah panjang dalam rumahtangga nie
12 tahun kan?
haha.. purak2 lupa
 
meh kakak tolong adam ye
 
 
Saya dah dua tahun tau!
Hari ini saya dua tahun!
Bukan ke mama cakap setiap kali besday anak mama nak hadiahkan emas 1g supaya bila kami dah 18tahun kami ada 18g sekurang2nya?
Mana emasnya mama?😂
Bohong yeeeee mama?...
Mama nak kena babap Nie!
 

Sunday, September 2, 2018

Bersediakah jika isteri pergi dulu? Part 2

Sambungan - Part 2

Bersedia?

Sudah tentu tidak, kerana kebiasaanya yang tua akan pergi terlebih dahulu. Itulah aturannya. Jadi kita leka, kita tidak menduga.

Pada usia 39 tahun, isteri saya dijemput pulang ke negeri abadi.

Sesungguhnya kami sekeluarga tidak bersedia. Hari saya hantar beliau ke hospital, saya anggap paling lama pun dia akan bermalam sehari dua di hospital dan akan dibenarkan pulang.

Ye lah, sakit perut dan muntah sahaja pun.

Namun dalam masa 2 hari sejak hari pertama beliau jatuh sakit, dan 3 hari selepas dimasukkan ke hospital dia pergi meninggalkan saya dengan 3 anak yang masih kecil.

Benar, kematian itu adalah sesuatu yang tidak tertangguh.

Beliau meninggal dunia akibat jangkitan kuman yang menyebabkan kegagalan pelbagai organ dalaman. Di dalam bahasa hospitalnya "severe sepsis with multi-organ failure".

Punca jangkitan? Saya dan para doktor masih tidak dapat jawapannya.

Mulanya, sangat sukar untuk percaya kata-kata doktor yang isteri saya sedang tenat dan sangat kritikal. Sukar untuk hadapi doktor demi doktor dari pelbagai team yang mengungkapkan keputusan yang sama.

Luluh bila para doktor berkata yang mereka telah lakukan yang terbaik namun harapannya adalah tipis. Jiwa jadi kosong, hilang dan terbang bersama suara doktor yang membawa perkhabaran sebegitu.

Wajah anak-anak kecil datang bersilih ganti. Bagaimanakah hidup kamu nanti tanpa seorang ibu. Bisakah ayah ini menjadi keduanya untuk kamu semua.

...........................

Usai selesai urusan di bilik mayat, jenazah dibawa ke Masjid Besi, Putrajaya untuk disembahyangkan.

Baby Khaleed yang kebetulan ada berhampiran van jenazah mendepa-depakan tangan kegembiraan ke arah van seolah melihat ibunya datang untuk mendukungnya.

Habis hiba mereka yang melihatnya.

Usai solat Asar, imam masjid menawarkan agar saya mengimamkan solat jenazah.

Tuan sendiri imamkan arwah isteri yer? pinta imam.

Jangan ustaz balas saya, walapun teringin namun saya pasti tidak mampu untuk melakukannya.

Ustaz imamkanlah pinta saya.

Baiklah, namun tuan harus bercakap sedikit nanti kepada para jemaah usai solat nanti yer, pinta imam. Baik, jawab saya.

Selesai solat saya berterima kasih kepada semua jemaah dan memohon agar dimaafkan isteri saya anda ada kesalahan dan dihalalkan segala makan minumnya dan jika ada hutang tuntutlah dengan saya.

Seterusnya jenazah di bawa ke kuburan.

Peluang terakhir ini saya ambil untuk turunkan sendiri isteri ke rumah terakhirnya . Anak-anak ada memerhati kelibat ibu mereka buat kali terakhir.

Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik dan cepat.

Allah telah mempermudahkan segala urusan isteri saya yang sememangnya ketika hidup beliau sangat suka membantu dan mempermudahkan urusan orang lain.

Semoga segala amalan baik beliau ketika hidup diterima Allah SWT.

Ameen Ya Rabb.

.............................

Semoga para pembaca dapat mengambil ikhtibar dari kisah saya.

Sentiasalah bersedia kerana hidup ini singkat.

Belajarlah mengurus rumah tangga bagi suami yang tidak pernah mencuba membantu isteri di rumah. Belajarlah vakum dan mop lantai, cuci pinggan mangkuk, sidai baju dan sebagainya.

Belajarlah juga menguruskan anak, menukar lampin, buat susu dan medodoikan mereka sekiranya selama ini hanya isteri yang melakukannya.

Belajarlah memasak serba sedikit agar perut-perut yang kosong dapat diisi bila pasangan tiada di sisi.

Belajarlah menjadi kuat kerana peluang yang ada untuk menguruskan pasangan yang meninggal perlu digunakan sebaiknya.

Belajarlah dan biasakanlah diri dengan jenazah. Mandikanlah jenazah jika ada peluang kerana mungkin pengalaman itu dapat digunakan ke atas pasangan kita nanti.

Belajarlah jadi cekal kerana ketika itu anda perlu membuat banyak keputusan. Banyak soalan perlu dijawab, nak diuruskan di mana? nak dikebumi di mana?nak dibawa balik ke mana? nak mandi dan kafankan di hospita atau di rumah dan pelbagai persoalan yang harus dijawab.

Belajar juga menjadi imam solat jenazah, mungkin itulah solat terakhir yang kita bersamanya.

Sesungguhnya mati itu adalah pasti.

.

#diariseorangsuperdaddy

Bersedia kah jika isteri pergi dulu? Part 1

PART 1

Saya selalu membayangkan yang abah atau emak yang akan pergi dahulu. Lazimnya begitulah kerana faktor usia mereka yang semakin tua.

Jadi saya cuba bersedia dari segi emosi dan fizikal jika perkara itu terjadi. Saya sudah ada skrip tentang bagaimana ianya berlaku dan apa yang harus saya lakukan.

Namun, pemergian seorang isteri adalah perkara terakhir yang saya jangkakan. Tidak pernah membayangkan yang dia akan pergi secepat itu.

Demi Allah saya tidak bersedia.

Namun itulah hakikat yang saya dan anak-anak perlu terima. Setiap yang hidup pasti akan mati. Kami akur kami redha.

Sepanjang hidup saya, sudah ramai saudara mara dan sahabat handai yang telah pergi dahulu. Ramai juga yang telah saya bantu sempurnakan jenazah mereka hingga ke kuburan.

Sudah agak biasa bagi saya memandikan jenazah dan masuk ke liang lahad. Saya cuba menabur bakti buat kali terakhir untuk semua yang saya kenali dan sayangi.

Namun menguruskan arwah isteri adalah sesuatu yang diluar jangka.

Di dalam keadaan yang masih terkejut dan sangat berduka, saya mencuba yang sebaiknya. Memandikan jenazah isteri adalah suatu pengalaman yang sebolehnya tidak ingin sama sekali untuk saya lalui.

Pahit dan luluh melihat sekujur tubuh yang tidak lagi bernyawa yang pernah meneman siang dan malam saya selama belasan tahun.

Pilu ketika menggosok dan membersihkan tangan kaku yang pernah menyuapkan makan ke mulut ini, yang menggosok baju yang dipakai ini yang berpenat lelah menguruskan tiga anak kecil ini.

Pilu ketika membersihkan bibir yang pernah mengungkapkan kalimah cinta, yang pernah berjanji untuk bersama hingga ke akhir usia, yang pernah berpesan untuk menjaga amanahnya bila dia tiada.

Allahuakbar, hanya tuhan yang tahu betapa ingin saya memeluknya ketika itu dan menangis sepuasnya.

Namun saya tahan, saya gagahkan diri meneruskan hingga ke akhirnya.

Ketika selesai dikafankan, anak-anak saya di bawa masuk.

Saya kaget, gementar, berombak dada, tersekat nafas dan hampir longlai rasanya. Apakah yang harus dikhabarkan kepada si kecil bertiga bila melihat ibunya.

Khaleef tiada reaksi ketika saya menceritakan yang ibunya telah tiada. Sesungguhnya dia belum mengerti ketika itu.

Beliau hanya mencium dahi ibunya bila disuruh dan mengucapkan selamat tinggal.

"Goodbye mommy, I love you" ungkapnya apabila disuruh.

Begitu juga Khaleel, yang agak keberatan melihat dan mencium ibunya dan berat untuk mengungkapkan sebarang kata.

Ketika baby Khaleed diberikan kepada saya, kepiluan mula melanda. Namun saya cuba mengungkap kata. Cuba untuk memberitahu yang ibunya kini sudah tiada.

Namun, saya rebah.

Baby Khaleed segera disambar dari pelukan saya.

Allahuakbar, saya tidak kuat. Sesungguhnya saya tidak kuat untuk melihat bayi sekecil itu yang harus berpisah dari kasih sayang seorang ibu.

Kelam rasanya dunia.

Kosong rasanya jiwa.

.

bersambung.

#diariseorangsuperdaddy

Saturday, September 1, 2018

Sambutan hari lahir dan kemerdekaan khairy


Senyap sikit 2,3  hari nie  sebab memantau Khairy
Khairy tak sihat
Sampai cikgu tadika call minta ambil Khairy
Bagi dia rehat sepanjang hari
Nampak pucat Khairy..

Hari nie 29/8 Khairy nak pergi sekolah jugak sebab ada sambutan birthday cikgu..birthday cikgu ye bukan birthday dia😆
Sedangkan dalam group wasup cikgu dah bagitau sambutan birthday bulan Mei sampai Ogos termasuk Khairy.
Cikgunya cakap 14 murid sambut birthday..
Alhamdulillah Khairy nampak happy di tadika

Mak dia gelak je bila semalam khairy cakap "haily kena pg sekolah mama sebab birthday cikgu Khairy"
Masa mak hantar tat sedap ..Khairy terkejut sebab dia tak tau mak dia order last minute..

Alhamdulillah balik sekolah kemain happy khairy.. tunjuk semua goodies bags yg ibu2 lain beri.. semoga ibu2 yang beri dimurahkan rezeki

Esok harinya pulak 30/8/18 sambutan merdeka.khairy main warna-warna kanvas
Balik je dari tadika..

"Mama tolong haily lapar..haus.. haily main warna-warna"

Best ke?

Best best.. sambil suap dia makan dia cakap dia warna2.. lukis2.. penat katanya tapi best..

Khairy tak pernah maslah nak suruh bangun pergi tadika.Laju je kalau kejut pagi. Mungkin seronok kat tadika tue.. cuma Khairy nie tiap kalau balik memang wajib dia tdo.. memang dia penat.

Nanti dah sekolah pagi petang masa darjah satu camanalah ye.. semoga dimudahkan urusan Khairy.. kalau Khairy duduk nsery terkejar2 nak ke sekolah sebab nak ikut jadual van camanalah.. risau pulak.. lagipun masa tue kontrak keja dari rumah mama dah habis.. adudududu..tapi tak apalah lagi setahun punya cerita.semoga Allah tentukan yang baik2 untuk Khairy. Mcm biasa mama yakin Allah dah aturkan yang paling sempurna dan indah2 untuk anak magic mama nie