ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, February 25, 2018

Wings @Bangi Sentral

 
 
 
 
Assalamualikum semua
Perkara yang paling best dalam hidup seorang ibu adala melihat senyuman anak-anak
Anak-anak suka sangat kalau bawa mereka keluar dan makan-makan
Tak kiralah makan apa
Asalkan mak diorang belanja haha
 
Saya suka belanja anak-anak makan kat tempat baru
Nak bagi anak-anak rasa
Kalau sedap kita akan repeat banyak kali
Kalu tak kena tekak sekali tue jelah kita makan
 
Saya amik combo 12 pices tue RM39.90
Oh stall WINGS nie kat Bangi Gateaway
Saya malas nak bawak anak-anak tempat lain
Tempat ronda kita orang area Bangi, Kajang and Putrajaya je
Bangi Gateaway, IOI Mall, Alamanda (ini jarang-jarang)
Itu ajelah nak redah ke KL?
Kirim salam ..tak kuasa
Tapi kalau saya ke pejabat saya selalu pergi NU Sentral
Makan-makan je haha
Cuci mata
 
Anak magic Adlan Khairy  dengan anak tembam Adam Ziqry saya 
 
Amirul Aried 
semoga mama ada kesabaran yang tinggi nak layan kerenah Arief
Kesabaran tuelah harga yang mama kena bayar selepas mama "terlepas pandang" kewujudan Arief sejak Khairy lahir.. mama akan ganti perlahan-lahan ye..
BTW Arief kan hero mama!
Insya Allah one day Arief akan jadi anak lelaki yang paling menyejukan hati mama
 
 
Inilah set RM39.90 tue termasuk 2 bekas air
Yang perisa sambal tue memang pedas gile
Sapa tahan makanlah ye
 
Amana yang sekarang asik moody
Ank perempuan sorang gitulah
Anak-anak saya nie kalau jalan sensorang dengan saya elok je perangai
Tapi kalau keluar ramai-ramai berempat sekali gus
masing-masing buat perangai
So kalau korang Nampak ada mak yang keluar dengan anak berderet-deret
Buat pekak jelah kalau dengar mak tue membebel
Bukan senang nak handle
Tapi saya tak suka tinggalkan anak-anak saya
Sangat jarang saya keluar bawak salah sorang je
Hati saya tak senang kalau anak saya tak cukup 4 depan mata
Tapi kalau bawak semua jadi mak lampir haha
 
Tak payah ada yang gatal nak snap picture ke apa ke kalau nampak parents marah anak-anak
Korang bukan tau peel apa yang anak tue buat sampai mak naik angin
keja bodoh je record video pastu viralkan
Terbaru kes yang pakcik tabligh diviralkan buat benda tak senonoh dalam LRT
Masa tengok video tue dah rasa lain macam..
rasa macam fitnah je
tup-tup Ustaz bit Lew up status dalam FB bela pakcik tabligh tue
Ustaz Ebit Lew kenal pakcik tue dari dia kecil
termasuk Ustaz Ebit kenal anak-anak pakcik tabligh tue
Pakcik tabligh tue memang selalu naik turun LRT untuk kerja agama
dan dengarnya ada seorang lelaki india juga bela pakcik tue
Orang yang hidupnya atas nama Allah akan dipelihara Allah dari keaiban
 
Memang takde kerja manusia nie asik nak viral!
Baik viral cerita kucing atau ank-anak korang
Bosan sangat hidup korangkan sampai nak kena rakam video hal orang lain?
 
 
Itulah bekas airnya
Tak habis pun
Tapi bekas tue bawak balik
Saya dah plan nak tanam sayaur dalm bekas tue
Rupa-rupany plan anak-anak pun ada
Diorang isi mainan dalam tue xoxo
 
Adam tak heran apa pun
Janji dapat makan
Janji mama ada
sebab tue adam debab
Senang hati
 
Belikan anak-anak sorang satu lego
Terbang rm20 mak
 
Si pendek kat belakang tue mampu tengok jelah 
Semoga Allah beri rezeki masa dan kewangan untuk saya penuhkan  dengan anak-anak dan mak ayah saya.. termasuk adik beradik saya.. masa untuk belajar tentang agama..
takutkan? umur dah 40 tapi ilmu agama macam tue jugak.. semoga Allah beri kelapangan masa.. Insya Allah
 
 
 
 
 

Friday, February 23, 2018

Makhluk paling penat

Kalau kita mandi, nampak banyak rambut isteri di lantai.

Kalau kita sapu rumah, banyak rambut yang bersibai.

Kalau kita tengok sikat, banyak rambut yang berumbai.

Jangan salah faham, tu bukan rambut makhluk halus atau pontianak harum buah kelibai.

Itu rambut isteri kita.

Sebab apa rambut isteri kita banyak gugur?

1. Tekanan.

Tekanan di tempat kerja, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan sikap kita. Dan tertekan dengan masalah diri pun ya juga.

2. Hormon yang tidak stabil.

Ini tugas kita kena bantu dengan cari atau usahakan ubat dan herba. Boleh tanya farmasi atau bawa isteri untuk check up selalu kesihatan dia.

3. Pengambilan Ubat-ubat yang tertentu.

Pengambilan ubat yang melebihi dos juga menyebab rambut isteri kita gugur. Kalau dia selalu pening kepala, biasanya kita hulur sahaja panadol padanya. Mungkin kita sebagai suami boleh legakan dengan merawatnya sendiri. Saya pernah up status tentang cara merawat isteri.

4. Kekurangan nutrisi akibat daripada diet yang tidak betul.

Kadang, isteri sanggup tak makan sebab nak kurus. Kadang pula isteri kita makan tak kena diet. Makan tu makan ni jadi ada kekurangan yang menyebabkan keguguran rambut.

5. Produk rambut

Penggunaan produk rambut yang kerap seperti pewarna rambut, penyering rambut dan juga bahan untuk kegunaan meluruskan dan kerintingkan rambut.

Ini saya kongsi adalah berdasarkan apa yang saya faham. Andai salah dan tak betul, komen dan tambahkan saja.

Kita nak semuanya baik kan?

InsyaAllah, bila kita lihat rambut isteri banyak gugur, kita faham bahawa sudah sampai masanya kita menghiburkan dan merawat sendiri isteri kita.

Mereka mahkluk paling penat!

Berilah sedikit masa untuk mereka rehat.

#sweeterapi

Sunday, February 18, 2018

Jaga solat

Jika kita mahu lihat KEBAHAGIAAN dalam rumahtangga. Lihatlah solat kita. Dimana solat seorang suami. Bagaimana solat subuh seorang suami.

Bagaimana solat isteri dan anak-anak. Dimana isteri  ketika azan dilaungkan terutama solat magrib. Adakah masih di hadapan TV? Atau masih di dapur?

Tuan puan. Jika kita cuai dalam menunaikan solat. Kebahagiaan, ketenangan akan jauh dari kita. Anak-anak akan jadi tidak tenang, anak-anak akan jadi degil susah dengar cakap.

Suami. Persiapkanlah isteri untuk mereka solat. Jangan hanya isteri sahaja sibuk mandikan anak-anak, kemas pinggan mangkuk di dapur, angkat baju di jemuran menjelang waktu magrib.

Jagalah SOLAT الله akan jaga kita.

-EnCikMatt-
#LelakiBurQa

Thursday, February 15, 2018

Bila duit gaji isteri patut digunakan?

Topik IKIM.fm pagi ini mengenai Undang – Undang Keluarga Islam di Malaysia sangat kena dengan perkara yang saya hendak tulis sejak beberapa minggu lepas.

Pn Siti Shamsiah, Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Syarak IKIM menjawab soalan pendengar yang ingin meminta cerai kerana campur tangan mertua yang menyebabkan suaminya tidak membayar nafkah kepadanya.

Pn Siti menekankan pendengar itu perlu menyelesaikan hal nafkah itu terlebih dahulu dan kemudian uruskan masalah mertua. Penceraian bukan penyelesaiannya. Pn Siti menyambung lagi bahawa suami WAJIB menyediakan perkara - perkara utama kepada isteri iaitu:

1. Rumah – tak kira lah lah sewa atau beli, asalkan mengikut kemampuan suami.
Saya pernah mendengar ceramah Prof Harlina Siraj yang menceritakan kalau suami mampu beli rumah teres sahaja untuk isteri, ia jauh lebih baik dari rumah banglo atas bukit yang dibeli isteri.

2. Makan minum – Prof Har pernah bercerita tentang kisah dia masa mula – mula berkahwin dulu. Dia akan senaraikan shopping list dan setiap kali hujung bulan, dia akan ambil shopping list itu dan pergi shopping barang dapur. Maknya melihat saban bulan Prof Har berbuat demikian sehinggalah suatu hari maknya berkata, “Salah ni apa yang Har buat. Makan minum ini tanggung jawab suami. Biar dia buat.” Sejak hari itu, suami Prof Har mengambil alih tugas itu dengan duitnya sendiri dan beliau masih ingat bagaimana besarnya hati suaminya menceritakan kejayaannya membeli barang dapur untuk keluarga, “Abang dah beli telur satu tray. Elok2 semua telur tu abang pilih. Ikan pun segar – segar.” Bila melihatkan bahagianya suaminya bila menceritakan itu semua, Prof Har tidak mahu lagi mengambil hak itu dari suaminya. Prof Har sambung, “Kalau suami puan – puan mampu beli kangkung dan ikan kembung, makan lah itu. Berkat insyaAllah.”

4. Pakaian - ini mungkin peluang untuk suami sama - sama memelihara aurat isteri.

5. Perubatan – kalau isteri sakit, suami perlu bawa isteri berubat dan membiayai perbelanjaan ini. Kalau zaman sekarang, takaful untuk isteri dan anak – anak itu semua sebenarnya perlu disediakan oleh suami.

6. Perhiasan – wanita memang tidak asing dengan perhiasan. Suami perlu menyediakan perhiasan untuk isteri. Hud Saleh selalu membeli barang – barang untuk saya berhias tapi tricknya adalah mesti mengikut taste dia, “Isteri ini adalah perhiasan untuk suami. Mestilah saya beli perhiasan mengikut taste saya supaya menyejukkan mata dan hati saya. Baru syg dapat pahala, saya pun dapat pahala.” Isteri, kalau suami mampu beli Zhulian, pakailah. Jangan minta Tiffany pula.

7. Pembantu – kalau isteri biasa ada pembantu rumah sebelum berkahwin, suami mesti menyediakan pembantu untuknya selepas berkahwin. Zaman sekarang ini kalau suami tak mampu, cukuplah sediakan wang untuk penjagaan anak, belanja panggil part time maid dan paling penting sekali pembantu semasa dia berpantang selepas melahirkan anak.

Selain itu, suami perlu juga memberi nafkah wang walaupun sedikit untuk isteri setiap bulan. Kalau mampu RM10 pun, itulah yang perlu diberikan. Beritahu pada isteri, “Ini yang abang mampu, kalau ada rezeki lebih, abang akan tambah.” Isteri, hargailah keikhlasan suamimu itu.

Pn Siti memberitahu bahawa ini adalah ajaran Islam dan kita patut mengikutnya. Sebab apa? Supaya ada KEBERKATAN dalam rumah tangga. Bila ada keberkatan, harmoni dan sejahteralah rumah tangga itu.

Habis tu bila nak guna duit isteri yang bekerja?

Saya pernah mendapat soalan ini dari adik – adik yang lebih muda. Lebih – lebih lagi dalam era kedasyatan ekonomi zaman sekarang.

Saya pun pernah bekerja dulu. Bahkan gaji saya memang lebih tinggi dari Hud. Dulu lah. Tapi kami tetap mengamalkan ajaran di atas itu. Duit saya jarang sangat disentuh. Pun begitu, duit – duit isteri bekerja masih boleh diperlukan dalam situasi begini:

1. Untuk perbelanjaan kecemasan seperti baiki atap rumah – duit saya semasa bekerja dulu biasanya digunakan untuk perbelanjaan begini – kereta kena sagat, bumper kena langgar motor, tangki air rumah pecah lalu merosakkan atap. Memang jumlahnya besar tapi one-off. Bak kata saya, barang 20 tahun sekali.

2. Untuk percutian – isteri – isteri boleh berbelanja duit sendiri untuk perbelanjaan pulang ke kampung atau bercuti bersama keluarga. InsyaAllah perbelanjaan begini menggembirakan. Isteri biasanya tak kisah mengeluarkan duit untuk berlibur begini.

3. Untuk beli hadiah – duit isteri boleh digunakan untuk beli hadiah pada suami. Saya jarang beli hadiah pada Hud sebab saya tak tahu nak beli apa. Tapi kalau saya boleh kongsikan hadiah yang tidak pernah saya lupa beri setiap tahun pada dia adalah satu bahagian korban. Setiap tahun bila tiba raya korban, saya akan ambil dua bahagian dan satunya diniatkan untuk dia. Guna duit saya sebagai hadiah untuk Al Qawam saya yang sentiasa berusaha menyediakan pelbagai benda untuk saya sepanjang kami berkahwin.

4. Bila nampak poket suami kering, terutamanya di akhir bulan – haa masa ini isteri boleh guna duit sendiri untuk tampung makan – minum keluarga sebab duit suami mungkin sudah habis. Perlu bijak membaca hati suami bila dia nampak kedekut untuk keluarkan duit di akhir bulan tu, faham – fahamlah. Guna duit kita pula. Yang penting, awal – awal tu beri hak pada suami untuk menjalankan tanggung jawab dia memberi nafkah kepada keluarga.

Prof Har pernah bercerita yang dia selalu buka dompet suaminya sembunyi – sembunyi. Jika tinggal duit seringgit – seringgit dalam tu, dia akan masukkan not RM50. Itulah hadiah untuk suami. Ringankan beban untuknya di masa yang betul.

Kesimpulannya, bagaimana teruknya ekonomi sekarang, jangan campur adukkan gaji isteri dan suami kemudian rancang perbelanjaan keluarga dari situ. Ini bukan cara yang Islam anjurkan.

Biarkan suami urus dulu kewajipan yang dia perlu tunaikan, kemudian barulah isteri datang membantu.

InsyaAllah moga berkat rumah tangga. Aminn.

Wednesday, February 14, 2018

Adlan Khairy dalam PA&MA Febuari 2018

Adlan Khairy
Kamulah baby magic
Kesayangan mama
Terima kasih Intan Jastina Penolong Editor PA&MA atas persetujuan supaya artikel ini bukanlah satu artikel untuk meraih simpati..
Semoga ibu-ibu yang punya "bayi magic" tidak putus asa. anak kita mungkin punya "keistimewaan" tetapi percayalah Allah iringan anak-anak kita dengan 1000 rahmat dan rezeki
Semoga Khairy terus kuat dan bertahan.... mama doa Khairy boleh jadi doktor jantung supaya Khairy boleh rawat diri sendiri nanti..teringat masa kita "berkampung" di wad satu doktor muda yang hensem pujuk mama "akak nak tau saya ada kawan yg jd doktor jantung ..dia cakap dia jadi doktor jantung sebab nak rawat diri sendiri"

Lagipun Khairy selalu bagi arahan sebelum ke IJN "MAMA NO CUCUK-CUCUK.MAKAN UBAT JE BOLEH" Wahhh sapa doktor? Siapa pesakit? Haha.. Jadi semoga beroleh title "Doktor " satu hari nanti yeee
 
Walaupun hari-hari Khairy cakap nak jadi bomba ..  tapi mama doakan Khairy boleh jadi doktor,bomba dan ustaz🤣🤣🤣
 
Walau jenis sakit jantung yg Khairy hadapi Nie hanya 1% sahaja dalam kategori svt dan sangat jarang anak-anak hadapi lebih2 dari dlm kandungan mama yakin Allah akan sembuhkan khairy
 
 
Khairy memang baby magic.. sampai besar tetap MAGIC MAMA
  
Kenangan itu.. di Mekah kita harungi semuanya bersama kakak..pernah kita terpisah dengan pakcik Madan Jai dengan nenek kat sana..haha.. Allah nak latih mama jadi kental di Mekah. Allah didik mama bergantung padaNYA bukan pada manusia
 
Khairy dalam artikel PA&MA Febuari 2018
 
Pada yang berminat nak baca cerita Khairy sejak lahir dan perjuangannya untuk terus bertahan dan masih bergembira di sisi mamanya bolehla baca di label ADLAN KHAIRY
 

Sebelum mati kena ingatkan anak2

Tidak lama lagi kita nk pergi dah...
Pesan pada anak-anak kita...💟

👵🏻👴🏻1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan; se elok2nya kain selimut/cadar putih. blh beli d kedai uniform sekolah..

👵🏻👴🏻2. Sentiasa sediakan wipes, gunting & pemberat dlm 500g bersama kain-kain batik serta selimut putih /cadar..

«Lepas confirm tak ada nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:

👵🏻👴🏻3. Gunting seluar dalam, bersihkan najis-najis besar n kecil. Penting, sebab, setiap manusia yang diambil nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering..

👵🏻👴🏻4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah..

👵🏻👴🏻5. Ambil minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat..

👵🏻👴🏻6. Ambil kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat. Sumbat hidung & telinga sekiranya ada lendir..

👵🏻👴🏻7. Tutup rambut dengan selendang..

👵🏻👴🏻8. Posisikan jenazah dalam keadaan kaki ke arah qiblat..

👵🏻👴🏻9. Letakkn pemberat atas perut utk mengelakkan perut membuncit..

👵🏻👴🏻10. Ambil kain batik lepas/selimut putih, ditutup jenazah..

👵🏻👴🏻11. Maklumkan AJK surau, buat laporan polis &   hospital..

👵🏻👴🏻12. Dimandikan..

👵🏻👴🏻13. Solatkan jenazah, seelok2nya lepas solat fardu mudah2an dapat berkat lebih 40 org jemaah org alim..

👵🏻👴🏻14. Kebumikan jenazah

❤Paling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat mereka..❤

*Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir.*

❤Sharing is caring❤

Pesan pd anak2 ketika makan bersama @ berkumpul beramai 2..agar anak2 tahu fardhu kifayah.
**Sama2 ingat mengingati**

Saturday, February 10, 2018

IJN 070218

 Assalamualikum
Lama simpan citer nie
Sebab mula-mula Khairy ke IJN saya stress
Tak boleh nak accept dengar macam-macam treatment
kali nie saya share sebab dah tenang sikit
Lagipun dah masuk 4 kali tau pegi IJN
4 kali baru share dengan member-member blog
Sebabnya saya tak sanggup bila fikir treatment jantung Khairy nie
electric shockla, masuk wayar carik sarafla, bakar sarafla, install peacemaker
Sudahnya semua saya tak bagi buat hahahaha
 
Terima kasih sebab masih ada  rakan-rakan yang masih wassup tanya tentang Khairy
jadi saya update untuk rakan-rakan dan juga kenangan
one day Khairy pasti akan baca blog nie
 
Salamat datang anak magic mama Adalan Khairy ke IJN
Selamat tingggal HUKM
 
Pada mak-mak geng jantung
 Deposit dah naik. Tahun lepas RM50 tahun ini RM60...
  Tue deposit je tau total bil untuk ubat dan jumpa doktor biasanya RM500++
  Yang guna GL atau insuran ok no problem
  Yang cash macam kami jangan lupa sediakan ongkosnya😂
Alhamdulillah sejak Khairy lahir ada saja Allah siapkan ongkos medical utk Khairy
semoga rezeki Khairy mencurah2 dari langit mcm musim tengkujuh.
Amin.. Doakan juga ya geng-geng  semua
 
Anak-anak yang lain semua dah dididik untuk sama-sama terima keadaan magic Khairy. Dulu Amana dan Arief akan teman ke HUKM. Tertidur, tahan lapar sebab takut terlepas nombor anak-anak dah biasa. Sekarang giliran Adam Ziqri teman abangnya. Syukur takde seorang anak merungut. Nak tengok anak mana berani merungut 🤣
Setakat nie semua berebut2 nak teman Khairy pg hospital. Masa kat HUKM sampai saya kena halang anak-anak lain dari masuk bilik Prof Bilqish. Bukan doktor yang interview Khairy.Anak-anak lain pulak yang "macam-macam" dalam bilik Prof Bilqish ..Kenangan..masakan boleh lupa doktor yang menjaga Khairy sejak lahir di HUKM.
 
 

 Biasalah jenjalan IJN mestila amik masa.  Nak timbang berat, ukur tinggi, EC, jumpa doktor anda last amik ubat.. Dulu kat HUKMSc dah mcm hospital sendiri.. Next appoiment sebelum puasa...
Alhamdulillah Kalau masa puasa wahhhh memang menguji kesabaran iman yg senipis bawang nie


 Dos naik lagi.. Dos yang lepas initial dos sahaja.. Kali nie double . Boleh pulak Khairy cakap "Khairy makan ubat mama hadiahkan mainan tau"
 
Khairy pernah tanya "jantung Haily laju ye? Sebab tue kena jumpa doktor selalu? Nanti Haily mati cepat ke? Haily sihat je.. "
Nak jawab banyak-banyak kang maknya yang menitik air mata.. saya tak selalu fokus pada jantung dia.. saya selalu cakap..Khairy paling bertuah dalam kesemua anak mama.. paling murah rezeki walau belanja besar sejak dari dalam perut lagi🤣

Amana tak ada kakak abang hanya ada adik
Arief tak ada abang hanya ada kakak dan adik
Adam tak ada adik cuma ada abang dan kakak
Khairy semuanya ada abang ,kakak dan adik
Terus Khairy ketawa lebar..ohh Haily paling bertuah ye mama?
Alahai anak..semoga panjang umur..kalau 5 tahun boleh bertahan.. 15 tahun lagi pun boleh..50 tahun lagilah bolehh..
 
 
 
Kalau haily makan semua ubat Nie mama hadiahkan robot tak?
Boleh je tapi kalau setiap kali suap ubat nak satu robot.. hahaha.. memang mama bukak kedai jual mainan lepas nie..🤣🤣

BTW doc bagi berita gembira..gembirala jugak..rasa selamat sementara 😘 doctor cakap 'khairy makan ubat dulu ye..tunggu Khairy 20kg..syaratnya Khairy kena sihat aktif macam sekarang.. kalau tak sihat aktif sekarang jugak warded bakar saraf tue"

Okla alhamdulillah utk sementara.. anak mama mesti boleh "lepaskan diri" dari treatment tue jugak.. nanti Allah akan tolong mcm selalu.Amin!
TQ untuk doa semua..semoga doa semua sentiasa ada utk Adlan Khairy Magic
 
 
 

Supplement Kurus Yang Disyorkan Doktor Zubaidi Haji Ahmad

  
Assalmualikum semua
Masa saya full time meniaga Ekstrak Kacip Fatimah dahulu rai sangat customer yang inta saya carikan supplement untuk kuruskan badan
Tapi saya tak berani nak syorkan supplement sebarangan
Saya cuma akan syorkan jika supplement itu berasakan herba dan juga disyorkan oleh doctor
Masa customer selalu tanya tue saya cuba mampu jawab
'saya belum jumpa supplement yang SELAMAT"
 
Tapi sekarang alhamdulilah akhirnya saya dah jumpa
ASAM GELUGOR KELUARAN FRIM
 
 
 
 
 
KENAPA ASAM GELUGOR FRIM?
 
 
1.Asam Felugor Frim disyorkan oleh Doktor Zubaidi
Jemput baca 2 entry yang telah dikeluarkan di blog beliau
 
 
2. Asam Gelugur ini telah dilakukan kajiannya oleh FRIM
 
Kajian yang dilakukan oleh pihak Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) ke atas khasiat nutrisi buah asam gelugur memperakui bahawa asam gelugur membantu dalam menukarkan lemak kepada tenaga dimana unsur HCA yang terkandung didalamnya akan membakar kandungan lemak sekaligus menukarkan ia kepada sumber tenaga yang akan digunakan oleh tubuh badan, ia juga akan membantutkan keinginan selera makan seseorang dan mengawal berat badan sesiapa yang memakannya.
Melalui banyak kajian pihak FRIM juga mendapati bawah asam gelugur boleh bertindak sebagai bahan anti fugal (membantut pertumbuhan kulat), anti-mikrobial (kawalan kutu dan hama) serta ciri ciri ubat uabatan bagi mengurangkan berat badan.
Ekstrak buah asam gelugur tidak digalakkan diambil oleh ibu yang hamil. Ia boleh diambil selepas melahirkan anak bagi mengecutkan saiz rahem dan menghalang pengeluaran darah istihadah yang berpanjangan.
 (Petikan dari article  https://www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad/posts/1567323803287689)


3. HTC FRIM diiktiraf bersih dan halal
 
 
Bagaimana Asam Gelugor bertindak dalam membantu mengurangkan berat badan?
Jemput baca article diatas
 
 
 
 
 
 
Berminat?
Refer banner di atas
 
 
 
 
 
PRODUK-PRODUK LAIN 
SUTRA Manjakani Feminine Wash -RM30
 
 
 
Lotion Semambu untuk masalah campak RM40
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, February 6, 2018

Adlan khairy my little survivor

Banyak yang saya belajar sejak Adlan Khairy lahir
Bukan tak sayang anak yang lain
Tetapi anak ini mengajar banyak perkara
Kita rasa selesa sebenarnya tidak
Kita rasa cukup ibadat sebenarnya terlalu kurang
Kita rasa dah kukuh financial sebenarnya bersandarkan hutang
Kita rasa dah cukup bahagia sebenarnya hanya bayangan
Kita rasa kita kuat  baru Allah beri satu "tamparan" dah terhuyung-hayang
Allah bagi 2,3 "jentikan" dah hampir tersungkur menyembah bumi
Alhamdulillah masih ada iman yang mak pahatkan dari kecil jadi masih mampu berdiri utk jadi bekalan sepanjang hidup
Adlan Khairy berbaju hijau tak pernah putus asa untuk hidup sejak dari dalam perut.. sejak dari dalam perut dikesan maslah jantung..sampailah lahir..sampailah umurnya 5 tahun tak pernah putus asa untuk terus hidup..
Masakan kita sebagai ibu yang dewasa tidak sekuat dia..malukan?
Melihat dia bersemangat dalam hutan.. cekap selamatkan diri walaupun terjatuh tergolek..tersangkut pada akar pokok..
Rasa syukur sekalipun dia tak pernah nampak mak dia mengalah dengan keadaan kecuali atas tikar sejadah.
Semoga terus jadi anak yang berjuang untuk hidup..
Assalmualikum and salam duha semua..
 
 
Khairy yang boleh kata saya "control" bukan main laju dia berlari dlm hutan, memanjat2 tebing,perdu2 pokok..menyelit celah2 pokok sampaikan sy menjerit suruh dia perlahan sebab sy dah tak nampak dia.Dan yg paling geram depan mata dia jatuh masa turun dan terjatuh celah2 akar pokok..tapi cepat pulak dia tangkap akar pokok lain dah mcm bergayut kat celah2 akar pokok.. mungkin inilah "sukan" yg sesuai utk khairy.. sampai emak dia pun dia lupa🤣
 
Khairy yang dulunya saya pantau 24 jam
sekarang dah tak larat nak pantau
siap dia lari2 sampai hilang dari pandangan
Tidakkah sebagai mak kita rasa bahagia menguruskan si survivor?
 
 
Saya nak snap gambar jeram tue
Sekali Khairy berlari sesuka hati
Terus tetmasuk gambar dia
Memang saya membebel
Bebel sebab kalau salah step, khairy mengelogsor masuk jeram...
Tengok batu tue senget.. mengelogsor teruslah jawabnya
Nie muka kena marah hahaha
 
Khairy sumpit lagi jauh dari maknya
Maknya yang terkial2 haha
 
Letih abang nie layan Khairy
asik nak menyumpit je kejanya
 
Sapa nak lawan dengan Khairy?
 
 
Nantikan entry tentang "percutian"Khairy
Tunggu mama rajin xoxoxoxox