ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, October 21, 2017

Happy Birthday to Us

 
bila dah terjebak dengan emas adalah perkara biasa bila nak beli sesuatu akan buat kiraan "kalau beli benda nie dah 3g,dah 4g etc etc ..isk rugi nie"

 lepas tue mulalah tak jadi beli barang idaman hati sebab terasa sayang nak membazir.beli emas takpe sebab bukan pembaziran. ia satu aset..satu simpanan beku.. simpanan yg lama bertahan.
 
tapi kali ini saya mengalah kerana ia bulan kelahiran kami.lagi pun sejak kawin 11tahun lepas belum pernah tukar jam.. jadi mohla kita beli jam ...utk bulan kelahiran kali ini..lagipun cannot tahan tengok jam rosegold tue..anak no 2 si arief pun jatuh bulan oktober juga.tapi tak dapat jam sebab lum reti tengok jam .
 
 
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
 
"Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat."
 
"Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?" tanya saya inginkan penjelasan muktamad.
 
"Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!"
 
Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar, tetapi ditolak. Akhirnya Hafsah bernikah dengan Rasulullah SAW. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!
 
"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat di alam rahim lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah."
 
"Apakah hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"
 
"Mungkin Allah hendak meninggikan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi."
 
"Hikmah untuk kita?"
 
"Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita bermasalah... bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut, Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Aisyah."
 
Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah "abang bayangan" saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang.
 
Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebaik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, "apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?"
 
Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu:
 
"Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah bahwa lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku di awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya bahkan sepanjang jalan menuju syurga!"
 
#Petikan dari Beduk diketuk tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Moga dapat memberi manfaat buat kita semua.
 
 
 
 

Thursday, October 19, 2017

FARM IN THE CITY @ SERI KEMBANGAN

  
Assalamualikum semua
Camana cuti sekolah?
Bagi ibu yang bekerja di pejabat mungkin "tak rasa" sangat bila cuti sekolah
kita ke pejabat dan anak-anak di nursery atau pengasuh
 
 maksud "tak rasa" saya adalah ..
ibu bekerja tak nampak muka anak-anak yang boring, tak sakit hati tengok anak-anak asik hadap tab, hadap tv 24 jam.. dalam masa yang sama sangat kesian tengok mereka terkurung ..kalau cuti sehari dua takpe ..saya bolehlah suruh diorang mandi air sampai kecut jari tiap-tiap hari haha
tapi kalau dah seminggu belas pulak hati mak nie menengoknya
 
 
pad yang tak tau
saya diberi kelonggaran oleh majikan untuk jaga adlan khairy yang special
bekerja dari rumah
seminggu sekali atau kalau ada meeting/ kursus saya kepejabat
 
takkanlah keluar sehari tak amik cutikan?
cliam keja kat umah tapi rongeng kat luar?
amikla cuti betul-betul
hati pun tenang
cuti banyak-banyak nak buat apa?
untuk anak jugak..
so selasa  saya ambil cuti
khas untuk bawak anak-anak berjalan
walaupun dekat janji anak-anak keluar rumah
 
tengok muka semua sedihkan?
nak amik gambar pun berebut-rebut siap pakej main tolak-tolak sampai jatuh .I is pening..
bukan senang tau nak bawak 4 anak keluar
patutnya nak keluar awal-awal pagi
tapi dah 4 anak
akhirnya jam 11 baru amik anak adik saya kat umh mak tau
ya rabbi nak bersiap pun terkial-kial
bayangkan 4 anak camana nak urus semua
yang besar-besar pun wat peel
tapi ku gagahi juga sebab nak anak gembira
walaupun masa bersiap sorang-sorang kena bebel
 
sampai last masuk keta baca doa jalan +  ayat Qursi
saya nak start enjin terpandang seliper khairy
sebelah lain sebelah lain
MASYA ALLAH!!
bila cek masing-masing seliper yang paling buruk diorang sarung..
si adam punya seliper tak bawak!
ya allah...istigfar dah ribu-ribu kali
saya cakap je "cepat semua tukar seliper"
puas control suara sebab dah penat marah masa nak bersiap.
rasa sampai migrin and darah tinggi jadinya
mencicit semua lari tukar seliper and amik seliper adam
anak..anak..
agaknya sebab kurang daya kesabaran dan ketahanan Allah beri 4 je anak pada mak korang :(
 
korang nampak tak tue tiket nak masuk sini
mehla saya type
 
NORMAL RATE
dewasa : rm48
kanak-kanak : rm38
veteran : rm38
 
MYKAD RATE
dewasa : rm32
kanak-kanak :rm27
veteran : rm27
 
kami datang 8 orang
tapi adam tak payah bayar sebab kecil lagi
2 dewasa dan 6 kanak-kanak (4 anak saya dan 2 anak buah ) : RM197
 
*FAMILY PAKEJ (2 DEWASA 2 KANAK-KANAK: RM116)*
 
lepas bayar dapat beda nie
jangan lupa guna voucer RM5 kat kedai cenderamata tue
saya terlupa
sedeyyyyy
 
 yang baju ada reben love tue anak sulung saya-Dalia Amana
Yang tengah tue anak adik saya no 3 (yang teman saya kesini) - Kasih Alesya
Yang putih melepak tue anak adik bongsu saya- AAisya Sofea
Yang terselit tak nampak muka tue anak saya -Adlan Khairy Si Magic
 
Siapa Saya?
Sayalah ibu yang akan sentiasa berjuang untuk kebahagiaan dan kegembiraan ana-anak
Semoga saya sihat selalu demi anak-anak tercinta
 
Adik no 3 saya --> Suhada tapi saya panggil Ada je
Yang tepi tue anak bongsu saya Adam Ziqri
Awatla kenalkan semua nie?
haha
manalah tau ada blogger baru drop by sini :)
 
nasiblah adik no 3 datang teman
kalau tak haru-biru saya kat sini
maceh Ada
nanti kita buat trip lagi
bawak anak-anak jalan
 
 
 
anak pompuan senang nak diarah
anak lelaki mak suruh pandang kamera..
belakang yang dia bagi hadoiii
ralit tengok ayam
 
panas lit lit woii
apa taknya kul 12 orang dah balik
korang baru hegeh-hegeh nak sampai sini
*tepuk dahi*
 
 
nak amik gambar burung hantu
tapi adam asik toleh-toleh je
sudahnya ko amik gambar.. orang lain snap gambar ko gitu..haha
 
korang rasa tue tikus ke arnab?
 
 
adam asik buat muka je datang sini
takut agaknya
 
adam ziqri si bongsu kesayangan
buah hati saya yang terkini
makin manja ..makin comey..makin dot dot dot
 
amirul arief
anak lelaki pertama dan anak kedua
memang banyak mencabar kesabaran saya
semoga bila dewasa dialah peneman sejati maknya
dalam marah seorang ibu tetap sayangkan anak
dah keluar dari perut kita kan?
takkan anak buat salah kita nak pandang je?
sampai anak tak tau mana salah..mana betul..
 
arief pernah bagitau dia tak suka makcik yang bawak van dulu compare pakcik yang bawak van sekarang..
bila saya tanya kenapa tak suka makcik tapi suka pakcik?
arief jawab "makcik tue suka membebel"
tak sentap ko rasa? haha
 
"HABIS MAMA NIE KAN SUKA MEMBEBEL KAT ARIEF. ARIEF TAK SUKA MAMALAH?
TAK SAYANG MAMA?"
 
 
"MAMA LAIN..MAMA KAN MAMA ARIEF..LAHIRKAN ARIEF.MAMA BISING BEBEL PUN TAKPE..JANJI ARIEF BOLEH DUDUK DENGAN MAMA"
pandai pulak arief beli jiwa mama dia
mulut arief nie memang manis..masa kecik2 dulu lagi manis..
arief nie kalau duduk berdua je dengan saya..memang behave
tapi kalau ramai-ramai..ya allah.. tak terkawal dibuatnya
 
 
 khairy sekarang pun dah pandai buat perangai
sejak-sejak ada adam dia dah makin melompat
tapi sebenarnya sejak tukar ubat jantung
rasa ketara perubahan dia
dulu tak sangat macam nie
saya yang jaga dia dari merah darah
saya tau sangat perangai dia
bukan je dia melompat kemain..dia pun dah tak boleh control nak buang air
kadang-kadang sampai terkencing dalam seluar
dan kerap sangat kencing ..minum air macam biasa je
takpe nanti mama tanya doctor ye
 
 
kat sini ada tempat naik kuda
beria-ia budak-budak nie nak naik kuda
sorry mama tak approved
 
arief tak takut binatang
yang lain melompat-lompat lari
arief dengar cakap bila saya nak snap gambar
yag lain..bertempiaran lari
behave pulak kat sini ye arief?
mesti dia happy mama bawak dia jalan kan?
itu yang dengar kata sikit tueee
 
sebab khairy takut dengan semua binatang
arief amik gambar dengan ayam jelah ye
 
yang bestnya kat sini kebanyakan binatang lepas bebas tau
ko jalan-jalan ko nampak ayam
ko jalan-jalan ada je kura-kura
ko jalan-jalan ada je burung
ko jalan-jalan ada je ular..eh? haha
ular takdelah..nampak sangat membohong
 
 
sombongla hai si khairy nie
saya nak amik gambar.. dia bagi pandangan sisi je
dah habis hensemla tue
 
nampak sangat anak-anak happy bila datang sini tau
bebas berlari
bonding time dengan cousin
nampak macam-macam binatang
mak dia jelah yang jenuh tahan mendukung adam
mengekor adam jalan sana-sini
yang adik saya pulak tak habis-habis kira budak-budak nie
cukup ke tak 6 budak haha
dah macam cikgu tadika gayanya
 
 
saya bawak stroller adam
kang dia nak tdo jenuh nak mendukung
kang balik berjalan maknya masuk hospital sakit belakang pulak haha
nie bawak stroller pun belakang saya rasa sengal yang amat
sebabnya tetap banyak mendukung adam
dukung beras 8 kilo lebih
tak ko sengal?
yang ada penyakit desiccated disc nie lagila terasa sengalnya
balik umah mak terus terbaring haha
 
 
makanan binatang pun guna vending mecine
pandai betul owner nie buat duit kan?
tabik spring!!
 
 
bila da letih kitaorang rehat
bergosip kejap tapi mata melilau pandang anak-anak 
 
tengok gambar arief lagi
bagus betul arief ikut cakap mama
haha
mama terasa pelik
 
ada satu tempat  tue owner nie buat macam kolam kecik
disediakan jaring ikan dan baldi kecik
korang tangkapla ikan dalam tue
nampak mudah tapi tak sesenang yang disangka tau
anak-anak saya dapat tangkap ikan kecik
keciknya macam berudu
mula-mula khairy pegang "mama haily dapat ikan"
lepas tue aisya si anak buah pulak "mak ngahh dapat ikan"
lepas tue si kasih pulak "mak ngah tengok ikan nie"
 
ya rabbi mati jugak ikan tue haha
bila budak-budak tue pegi tempat lain..saya tengok ikan kecik tue
alhamdulilah masih bernyawa dan berenang ;p
 
 
adam si body builder
"ayam nie adam sembelih suruh mama goreng pun sodapppp"
 
aisya anak sulung kepada adik bongsu saya
actually adik bongsu saya sedang berpantang
jadi saya bawa aisya nie berjalan
kesian dia dok terperap masa maknya berpantang
dalam masa yang sama nak bagi adik bongsu saya dan ipar saya uruskan baby yang baru lahir
baby adik bongsu saya kurang sihat
bersalin di azzahra bangi
lahir sahaja terus dikejarkan ke hospital putrajaya dengam ambulan
ada jangkitan kuman
on antibiotic..
7,8 hari jugak kat hospital
 
terkenang  khairy di hospital dan saya habiskan pantang di hospital
tengok gambar bayi adik yg berselirat wayar..
dan pakai oksigen buat air mata saya menitik laju
sama macam khairy
alhamdulilah khairy kini berlari-lari walaupun belum normal jantungnya
insya allah satu masa khairy akan sembuh sepenuhnya
 
anak sulung saya
tangan kanan saya
tetap setia di samping saya
walau saya membebel selalu
anak perempuan sorang
dia relex je
adik-adik lelaki berebut mak
nak dok tepi mak, nak tido tepi mak, nak makan tepi mak
berebut sampai bergaduh
dia pandang saya wat muka selamba
sekali dia buat ayat
"berebutla korang..kakak tetap anak perempuan sorang kesayangan mama"
lagi naik angin adik-adik dia
haha
 
si adam manja terkini
seteru khairy haha
 
 
  amana memang jaga setiap adik
bila dapat adik baru ..dia sayang yang paling kecillah
 
adam main dengan ayam jelah ye nak
itu je yang sesuai utk budak kecik
 
melekap kat cermin
 
seronok sangat anak-anak tengok rakun
rakun kan namanya? 
 
burung nie memang lepas je
mainlah korang puas-puas
jangan mati sudah 

 budak nie memang layak main dengan ayam je
kuda dalam kandang pun dia takut kemain haha

 takut gile tengok gambar nie
macam rakun tue nak lompat kat adam kan?
masa nie saya amik gambar pun seram-seram haha
patutla anak penakut..ikut mak dia rupanya haha
 
kat sana ada tempat rehat
pastikan bawak air banyak-banyak
kitaorang nie beli air mineral sampai 4 botol
yang bawak dari rumah pun habis
hauslah
jalan kemain
berpeluh-peluh
tengahari pulak tue
budak-budak nie siap lari-lari
 memang hauslah
 
gambar arief saja
 
masa nie anak-anak berpeluang tengok live arnab/tikus nie beranak
diorang megadu kat saya
"mama tadi ada arnab beranak..kat kaki mama dia penuh darah..pastu kitaorang bagitau kakak tue..kakak tue amik mak arnab nie..kakak tue tekan-tekan perut arnab nie.terus keluar lagi banyak anak..kesian arnab tue kan mama.. banyak darah nak keluarkan anak dia.."
 
'MACAM TUELA MAMA NAK KELUARKAN KORANG SEMUA TAU TAK?"
 
terus khairy peluk saya
"siannya mama sakit macam arnab"
 
EHHHH BUDAK NIE..KITA PULAK MACAM ARNAB :P
nie lagi sorang..layak main dengan ayam je..itupun takut jugak
 

 kul 3 baru kitaorang keluar dari Farm In The City
Lum Zohor
saya tak nampak pulak ada surau kat situ
budak-budak nak main lagi
tapi bila cakap lum solat
semua paham..alhamdulilah
semua cakap nak solat sama-sama
alhamdulilah
kita nie sebagai orang lebih tua
dimana-mana pun kita pergi kena ingatkan tentang solat pada anak-anak
barulah melekat SOLAT tue kat kepala anak-anak
biar susah sekarang
jangan susah kemudian
dah jadi rebung baru nak terpekik-pekik suruh solat
biar memekik sekarang
kui kui kui

 arief suruh amik gambar macam nie..layannn

 tue si aisya "ratu merajuk"
khairy nak pujuk dengan mainan dia..sambil nyanyi lagu Aisya yang tengah hot
Adam malas nak layan
mama dok tepi dia..dah cukup utk dia

 
 
khairy pulak merajuk..bagusla gilir-gilir merajuk

 sampai makanan terus diam masing-masing.
adam makan garlic bread sampai 3..
kemain suka dia


 air khairy..mama je boleh minum

 manalah tak jadi body builder
menikmati setiap inci makanan haha

 okey dah senyum sebab dah dapat makan

 main kurus khairy si  magic
makin debab adam si body builder

 malas kasih nak layan..baik kasih makan
amana paling happy..tiba-tiba dia duduk tepi mama haha
sangat jarang dapat peluang duduk tepi mama
asik-asik anak lelaki je kan?

mama diet makan nie je haha
nampak sangat membohong

 

 alhamdulilah misi untuk gembirakan anak-anak tercapai
walaupun maknya naik migrin mengurus kesemua kanak-kanak ribena nie
tapi bila balik tengok anak-anak yang tersenyum puas
hati ibu mana yang tak gembira
malah dengar cakap
"siapa tak tolong kemas mainan tak dapat jalan"
mencicit semua mengemas
 
hati anak-anak perlu jugak kita jaga
bukan dimarah sahaja
ada masa bebel, ada masa sayang, ada masa manja
barulah mereka bahagia jadi anak kita
saya cuma nak jadi ibu yang membahagiakan anak-anak
saya tak nak usia kanak-kanak mereka berlalu macam tue sahaja
lepas nie saya nak buat photobook  gambar-gambar ke sini
nanti bila besar mereka ramai-ramai boleh tengok semula
 
Alhamdulilah diberi kelapangan dari masa dan sedikit rezeki  untuk bahagiakan mereka
walau tempatnya dekat sahaja
tapi bukan itu yang penting di mata anak-anak
masa yang kita peruntukan untuk mereka
dan kesanggupan kita untuk beriadah dengan mereka itu yang lebih utama