ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, April 28, 2011

Review HOOD VS EVIL COLORING CONTEST @ e@Curve

Saya ada cerita kat sini Amana akan masuk coloring contest. Anak-anak saya dah besar dan makin mudah nak manage. Jadi saya akan cuba masukkan Amana aktiviti yang membolehkan dia bercampur sesama rakan sebaya dia. Kalau hari-hari dok taksa monday-friday, saturday/sunday pulak melopong kat rumah camana minda dia nak berkembang ye tak? Setakat pergi garden & pool je camana anak saya nak jadi creative, kritis dan innovatif. Macam mana dia nak apply paten nanti? haha..Merapu je mama dia. Meh la jenguk gambar ye

Ini sepupu Amana. Saya masukkan hampir 10 anak-anak kenalan untuk contest ini.Kiranya kat sana sepupu En.Papa, kawan-kawan saya dan tak lupa saya jumpa geng blogger. Saya jumpa Wans-orang yang bertanggungjawab ajak saya masuk contest ne. Trimas Wans.Jasamu amat ku kenang. Tengok muka pun tau Wans ne jenis yang mudah buat kawan & asik gelak je. Nanti kita lepak sesama nak? Opis kita dekat je...Tapi mana cukup masa lepak time lunch/ lunch Jumaat.Camana nak gossip haha

Ramaikan? Happening jugak event ne kan? Buat pertama kali saya jumpa Ezzna. Dapatla tengok inlive Dania Yasmine yang banyak menang&masuk contest tak lupa iklan commercial.Kamu comel bangat ye.Baru-baru ne Dania menang Little Princess SOGO. Tahniah ye Dania.


Permulaan event. Opening Dance by Fitness First. Perli ka?? Nanti saya kurus la balik. Bila?? Bila saya susah ati. Sekarang senang hati hehe. Ayu , ila nampak Ayu pun lompat-lompat masa ne.. Ekeke acah je. Saya sampai je orang pertama yang saya jumpa Ayu.ekeke. Mula-mula nampakla seorang adik  ne bawak baby putih mugil. Dalam hati "macam bisa ku tengok?" Nampak je Ayu baru tercakap "lorr itu Amani" Rupanya adik Ayu dukung Amani. Sebab saya sibuk jadi organizer tak rasmi pada kawan-kawan yang saya daftarkan saya tak dapat borak2 dengan geng blogger. Saya nampak diorang berkumpul depan stage. Nak je join tapi si Amana dok dengan sepupu2 dia. Lagipun i malula dengan uolls..hehe

My Sahabat!! Kononnya kami ne busy sangat sampaikan kalau nak jumpa hanya masa kenduri & event macam ne jela. Masa ne jela dapat gosip.Itu pun sikit-sikit je sebab melayan kerenah anak-anak.


My universitymate. Aci ke cakap macam tue. Tak sangka kami masih berhubung walau masing-masing dah anak dua. Kami akan jumpa kalau saya ada event depan office dia atau kalau saya tempah baju di bangunan office dia. Dulu-dulu masa study dialah hantar saya pergi kelas naik motor dia aka besi buruk!! (kami tak cakap..kamu yang panggil motor kamu besi buruk ye) Kalau duit PTPTN /PTPTpu dah habis dia datang umah mak saya & cakap lapar kat mak & makan je apa yg ada kat umah. Selamba badak je. Kalau duit takde dia bukak je beg duit saya & amik duit. Saya pun buat macam tue kat dia.haha

Ada tak anak org lain mewarna sambil hisap botol susu? Takde kan? Organizer siap amaik lagi gambar Amana hisap botol susu. Saya nampak tak tipu tau..  That's my selamba Amana. Like papa, like daughter...ekeke. Eh bukan papa dia hisap botol susu maksudnya En.  Papa pun bukan peduli apa org kata & pandang janji dia tak kacau orang lain..hehe


Kakak mewarnalah ye. Arief nak makan McD. Kakak tak makan McDkan? Sebab kakak kata bunuh baby.. Tapi inilah tempat makan yang paling dekat dengan tempat mewarna kakak.Jadi kakak jangan marah ye..
Senyum je.. Okla mama nak Amana happy je sayang..

Ada improvement dari first coloring contest. Tak sangka dia ikut arahan En.papa suruh warna background sekali.

lamanya kakak ne.. Arief tido dululah ye.. Arief pun dah kenyang makan..Minum susu.Ngantuk pulak

Dah mula buat perangai.. Amik gambar pun tak mo senyum. Penatla tue..

Habuan hari itu. Biskut tue sedap tau.. Malam tue jugak Amana pakai t-shirt walau saya kata saya nak basuh dulu..mmm..budak2 macam tuela. Ada tiket wayang cartoon tue. En Papa dah cakap pada Amana akan hantar saya & Amana pergi tengok wayang. Yahooo..masa yang saya tunggu-tunggu untuk bersama Amana sahaja.pasti relex and tenang. Saya selalu tgok cerita mat salleh .. seems happy bila mommy&dauther days outkan? Ada satu citer yang saya selalu tengok ..Anak & mak macam adikberadik tue.. Apa tajuknya.Adik saya mesti ingat...

Wednesday, April 27, 2011

Review Great Cloth Diapers Change @ Bling Luster -Part 3 (We are in Harian Metro)

Saya dapat emel dari Kak Dot. So saya letak kat sini sbg kenang-kenangan jugak. Tak sangka saya & Arief salah seorang yg join event yang memecah rekod dunia ne. Wakil from Malaysia la kiranya kan?kan?. Ekekeke suka mcmlah dapat duit 1 juta!!

Review Great Cloth Diapers Change @ Bling Luster -Part 2


Kawan-kawan yang tahu saya hadir event ne ada yang bertanya. Ramai ke yang join? Ramai hokey!! Dari 40 yang daftar 39 hadir tau!! Inilah mummy2 and baby2 yang sporting untuk join event ne. Nampak tak saya? Saya dan Arief ada atas kepala Dynaz lebih kurang hehe.Port baik punya. Dapat duduk atas tiang sofa hehe.

  Kak Dot & team yang bertungkus-lumus

Gambar ne jelas sikit.
Ini workstation kami untuk tukar disposal diapers to cloth diapers


Workstation sebelum diserbu mommies&baby2

 Adriana & team
Talk about babywearing

Tengok dia.Mulut terjuih pun comelkan? eee.. geram betul

Ala-ala Dynaz..comelnye buat gaya macam ne

Horeyyyyyyyy ada jugak gambar saya dapat lucky draw


 Arief sedang diukur.Eh ada pulak gambar En. Papa dalam ne

Arief mama dah pesan banyak kali jangan asik hisap jari
Walau Arief sembunyi belakang bantal satu hari pasti orang tau
Kan dah tersebar gambar Arief hisap jari!!

 Eh gambar you dengan Dynaz ada kat I tau
Amik jela kat sini nak?

Anak you pandang bawahla

Nor Farhana Mohamad Fadzil


Nak tengok lagi gambar-gambar masa event ne jenguk sini ye
Hari ne ada msuk kat  harian metro tentang event ne tau.



Gambar paling comel abad ini diambil oleh Amana
Saya pun baru sedar tentag kewujudan gambar ini
Mama, lain kali kita join event macam ne lagi ye. Arief seronokla..Ramai kawan


Monday, April 25, 2011

Review Great Cloth Diapers Change @ Bling Luster- Part 1




Seperti yang pernah saya war-warkan disini dan disini alhamdulilah saya dapat juga join event yang happening ini pada 23/04/11(event pagi) dan 24/04/11(event malam sebab tukar CD after jam 12mlm). Saya hadir bagi kedua-dua sesi iaitu event pagi yang bermula seawal 10.00 pagi dan juga event malam yang bermula pada jam 10.00 malm. Cerita je pun tak best..Biar gambar bercerita
EVENT PAGI

Saya bangun pagi dan keluar bawa anak-anak sarapan & terus beli lauk siap untuk makan tengahari. 
Balik ke rumah dan tinggalkan Arief yang sudah meragam dan terus ke Bling Luster bersama Amana.

 Amana yang teruja dapat goodies bag. 
Dia tak tau dalam tue barang mama dia je.hehe

 Masuk je pakai tag nama

 Banner bersama-sama nama penganjur

Dynas you ne kurusla..camana i nak jadi mcm you ek?
Dia sangat peramah.

Cuba tengok Amana yang selamba tue. 
Dynas sibuk bagi talk dia pulak sibuk bermain di sekeliling Dynas. Tak takut org pun.
Eh perasan tak yang preggy tgh duduk tuelah Hanz-Thehoneybunch

Korang tengok comel tak dia?Wah melongo je saya tengok dia bercakap. Muka dahla cantik. Body dah la mcm anak dara. Opsss dia dah kawin tau!! Dahla peramah & asik ketawa. Saya pun takleh guess umur dia berapa. Dia bagi talk untuk babywearing. Jenguk kat sini ye malaysianbabyweares.org . Akhirnya saya tahu nama dia Adriana Thani. Leturer di Segi College. The best part yang nak tergelak bila saya tanya "you ngajar apa?" dia boleh jawab " i ajar masscom dah takde subjek babywearing kat situ" Sepontan kami sama2 gelak.. Boleh tahan si mummy comel ne melawak ye walau baru 1st time jumpa.


Saya berurut disini. RM10 je utk 10 minit urutan
Murah-murah jugak. Cuba uolls tengok sini sexybysexy.blogspot.com
Nanti saya akan buat entry khas untuk item ini.

Muka bosan Amana bila jam menginjak jam 12.30 tghari. 2 jam bayangkan dia ikut mama dia. Nak tunjuk sangat da penat dia pakaikan cekak yang saya beli utk dia kat patung mickey tue.alahai anak mama ne

Ini goodies bag yang ditaja oleh BabyOrganic

Ini yang saya beli: Beg hijau tue sbg kenangan-kenangan(RM1.99), cekak (RM13), Body Butter Lemongrass(RM14.90) semuanya RM29.89. Masa ne semua cloth diapers dijual murah-murah saya tak beli sebab saya pun ada onlineshop cloth diapers sendiri . hehe


EVENT MALAM

 Kek nela yang dipotong oleh Dynaz & Puan Zatul Hijanah(Mami & Baby Magzine)


 Ambil gambar sebelum keluar rumah.
Abaikan segala yang bersepah di belakang kami

Sampai je Arief kena measure to make sure not exceed  39 inches
Saya ukur kat umah 34 inci tapi kat sini bila measure cuma 31 inci je

En. Papa yang very supportive  untuk bawa mama & anak-anak ke macam-macam event
Love U so much En.Papa

Light refreshment. Semua makan. Semua bangsa ada tau
Malay, Chinese, Indian & pagi tadi ada mat saleh (bukan mat saleh Sinar FM okayy)

Arief di workstation

Anak-anak yang menunggu jam 12.30 malam

Arief sempat lagi mengusik itu ini di Bling Luster

 Me & Kinna
Masa pagi Kinna tidak hadir sebab dia join event Nuffnang & Exora & dengar citer dapat RM700
Horeyyy..Eh..eh ..sapa yang menang ne? hihi

Hanz jadi MC malam itu

Dapat jugak saya spot kak dot.
Saya tak sangka Kak Dotty Putrajaya yang call saya untuk tempah bedung baby adalah Kak Dot yang sama untuk GCDC. Saya masih simpan no hp Kak Dotty yang tempah bedung baby tetiba nombor yang sama msg untuk maklumkan tentang GCDC. Keciknya duniakan Kak Dot?


Saya dapat luckydraw tau & Dynaz yang bagi hadiah. Tingginye dia..

Certificate Arief

Goodies bag yang saya dapat dengan RM20.
Berbaloi-baloi!! Ada lagi vocher dalam tue tau..


Event yang amat berjaya. Thumbs up utk kak dot, hanz and team. Lain kali ila akan cuba luangkan masa utk join event di Bling Luster lagi.

p/s: Adik saya siap wall to wall kat FB tanya kenapa saya pakai baju tidur bergambar dengan Dynas. Eh event ne party pyjamas hokay.. So ikutkan jelah dah tuan umah cakap gitu. Lagipun umah belakang Bling ne je. Habis event terus tido tak yah tukar2 baju lagi hehe. (Alah jeleskan i dapat amik gambar dengan Dynaz? kuang..kuang..*gelak menyakitkan ati*)oopsss hari ne i cuti.. itu yg sakan update gambar..pilih2 gambar pun amik masa jugak hehe.. nasib anak2 dah kenyang kat depan tv tue