ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, March 10, 2020

apa yg isteri mahu dari FB kitab Al hikam

Apa yang Perempuan Mahu Sebenarnya Dari Suami?

Apa yang perempuan mahu sebenarnya dari seorang suami?
Dengar..
Walaupun anda sudah menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri..
… itu tidak bermakna tugas anda telah selesai.
Itu masih belum cukup bagi perempuan yang bergelar isteri.
Sebagai lelaki, saya akui memang sukar untuk memahami apa yang perempuan mahukan daripada kita sebenarnya.
Tindakan mereka selalu bercanggah, dan kata-kata mereka selalu mengelirukan.
Mereka tidak memberitahu kita apa yang mereka mahu dari kita.
Mereka selalu mengharapkan para suami faham sendiri dan sentiasa hidup dengan berteka-teki tentang apa yang mereka rasa.
Perempuan bila tak dipujuk, dia marah. Dan bila dah dipujuk, dia semakin merajuk.
Ada masanya, isteri akan menjadi sangat sensitif. Tiba-tiba boleh menjadi pemarah, dan kadangkala menangis tanpa sebab yang pasti.
Memeningkan bukan?
Apa yang perempuan mahu sebenarnya?
Mengapa perempuan begitu?
Tapi secara realitinya, memahami hati seorang isteri sebenarnya tidaklah rumit.
Sebenarnya, apa yang wanita mahu adalah ingin berasa selamat, ingin rasa ada ikatan emosi dan merasa yakin bahawa kita akan bersama mereka untuk seumur hidup.
Sepanjang tempoh perkahwinan saya,  saya selalu memerhatikan gelagat isteri saya.
Kadangkala bertanya kepada dia apa yang dia mahukan secara berlapik, tanpa dia sedar.
Ada beberapa perkara menarik yang saya dapat kongsikan mengenai perempuan, khususnya isteri.
Berminat untuk tahu?
Teruskan membaca artikel ini..
1. Isteri laparkan perhatian
Berapa kali anda buat kerja lain apabila berbual dengan mereka?
Adakah anda selalu menjawab soalan mereka secara sambil lewa dan menjawab lain apa yang ditanya?
Sebenarnya sifat semulajadi wanita adalah mereka sangat menghargai setiap waktu yang mereka luangkan bersama kita.
Mereka mahu kita memberi perhatian dan terlibat sepenuhnya setiap saat dengan mereka. Dengan erti kata lain, mereka laparkan perhatian.
Sebagai suami, seboleh-bolehnya luangkan masa untuk isteri anda. Fokus kepada mereka.
Pada awal perkahwinan saya, saya selalu mengabaikan perkara ini. Saya selalu lebih fokus terhadap kerja, sepanjang hari dan sepanjang malam. (menulis mengambil masa yang banyak)
Perkara ini selalu membuatkan isteri saya rasa terabai.
Tetapi setelah mengetahui perkara ini, saya cuba mengimbangi masa bekerja dan masa untuk isteri.
Alhamdulillah, tindakan ini memberi impak kepada kemesraan kami kembali.
Saya tahu perkara ini mungkin agak sukar bagi suami yang selalu bekerja lebih masa, tetapi luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari akan memberi makna yang besar terhadap isteri.
Yang penting, gunakan waktu tersebut untuk perhatian sepenuhnya terhadap mereka.
2. Suami yang sentiasa tenang
Wanita menghargai seorang suami yang dapat mengawal emosi dan terbuka untuk membincangkan isu-isu tanpa meninggikan suara atau mengelakkan diri.
Kematangan emosi dan fikiran adalah apa yang wanita mahu dari kita lebih daripada apa-apa perkara lain.
Menurut Imam Ghazali, jadilah seorang suami yang halim.
‘Halim’ maknanya ialah “sabar”, tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal. Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah.
Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..
Jadi, perdengarkan apa yang dikatakan isteri tanpa prejudis dan ambil hati.
Mendengarkan akan membantu isteri melepaskan perasaan yang terpendam, yang mengganggu emosinya.
Walaupun anda tidak mampu menyelesaikan masalahnya – dengarkan dan fahamkan mereka dengan sepenuh hati.
3. Mampu merendahkan diri
Kebanyakkan suami (lelaki), kita tidak dapat lari masalah ego.
Memang benar, didalam rumah tangga kita adalah ketua keluarga. Kita mahu kelihatan lebih dihormati dan membuktikan kita adalah pemimpin terbaik.
Namun, jangan disebabkan ini, kita menjadi seorang yang angkuh, meninggi diri dan kasar.
Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya. ”
– Hadis riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani
Apa yang isteri perlukan adalah seorang suami yang dapat merendah diri, adil dan sopan dalam melayani isteri.
Jangan sesekali memandang rendah atau menghina mereka dan juga ahli keluarga mereka. Isteri adalah sahabat kita, beri mereka penghormatan yang sewajarnya.
Jagalah hati mereka, insyaAllah dengan keberkatan akan hadir rumah tangga anda.
4. Boleh mempamerkan kelembutan (gentleman)
Memang bukan dalam sifat kita lelaki untuk lembut dan gemalai.
Secara normalnya, lelaki selalu sedikit kasar. Baik dari segi pergaulan, percakapan dan tindakan.
Tetapi apabila berkisar tentang rumahtangga, lemah lembut dalam perkataan, pemikiran, dan tindakan akan memberi banyak keharmonian dalam rumahtangga.
Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
– surah al-Nisa’ ayat 19.
Layanilah isteri dengan penuh hormat. Berbuat baik dan bercakaplah dengan perkataan yang lembut.
5. Suami yang kuat
Wanita sukakan lelaki yang kuat.
Tapi ini tidak bermakna kita harus memukul orang lain yang buat silap dan tergesa-gesa menyelesaikan masalah
Kekuatan yang sebenarnya adalah mampu bersabar, mampu mendengar luahan isteri, dan berupaya serta tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup yang muncul.
Tunjukkan kepada isteri anda bahawa anda sentiasa ada disisinya untuk setiap waktu.
Inilah kekuatan sebenar yang diperlukan oleh seorang isteri.
6. Sentiasa jelas dalam menyelesaikan masalah
Kebanyakkan lelaki cenderung untuk tidak fikir berlebih-lebih atau merumitkan sesuatu perkara.
Kita kurang bimbang tentang apa yang orang lain fikir dan tidak menghabiskan banyak masa risau tentang perkara yang kita tidak pasti.
Teruskan untuk memudahkan sesuatu perkara dengan mencari jawapan yang mudah dalam situasi yang kompleks.
Dan membawa perspektif yang jelas dalam sebarang masalah.
7. Humor
Life’s too serious already.
Kadangkala isteri mahu juga ketawa. Humor adalah cara yang baik untuk mengurangkan ketegangan.
Jika anda seorang yang pandai buat lucu, selalulah berjenaka dalam hubungan rumahtangga anda. Jika anda bukan jenis kelakar, maka berkongsilah perkara-perkara yang anda rasa lucu dengan isteri anda.
Ketawa mampu merapatkan jarak diantara dua hati.
8. Menunjukkan kasih sayang
Isteri sukakan perkara-perkara kecil, seperti gerak isyarat yang menunjukkan kepada mereka bahawa kita berfikir tentang mereka.
Ya, perkara ini mungkin seperti mesej whatsapp yang sweet yang tidak dijangka olehnya, belikan makanan kegemaran atau membuat sesuatu perkara untuknya tanpa perlu diminta.
Perkara lain yang mungkin boleh dilakukan adalah termasuk memberi hadiah tanpa sebab, menampalkan nota terima kasih di cermin atau bawa dia makan diluar sekali-sekala.
9. Beri penghargaan kepada isteri
Banyak yang pasangan kita lakukan dalam rumahtangga tidak akan sedari .
Kebanyakan suami (dan isteri) cepat menyalahkan pasangan mereka dengan rungutan dan bebelan, tetapi jarang pula untuk berkongsi apa yang mereka suka dengan pasangan mereka.
Isteri biasanya membahagikan masa pada banyak perkara dalam satu masa dan peranan mereka sering diambil mudah.
Tunjukkan penghargaan anda kepada mereka. Ucapkan terima kasih. Beri mereka pelukan.
Tunjukkan bahawa anda menyedari segala pengorbanan yang dia lakukan akan banyak membantu isteri rasa dihargai dan disayangi.
10. Menerima segala kelemahan Isteri
Daripada mencabar, mentertawakan isteri anda, atau mempersoalkan kelemahan isteri anda, mengapa tidak menerima sahaja semua itu dengan hati yang terbuka?
Jangan tunjukkan kelemahan dia, jangan disebut mengenai sifat-sifat tertentu yang jelik, atau membuat dia berasa sedih tentang sesuatu yang dia sudah merasa kecewa mengenainya.
Secara semulajadi, wanita memang selalu merasakan dinilai oleh orang lain. Dia rasa selalu diperhatikan.
Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.”
– Hadith riwayat Muslim
Jangan pernah menyesal dengan segala baik dan keburukan isteri kita.
Berhenti menghakimi mereka dan terimalah mereka apa seadanya. InsyaaAllah, perkara ini akan membantu mereka rasa disayangi dan selamat bila bersama-sama kita.
Penutup: memahami isteri bukannya sukar.. tapi..
Sebenarnya, bukanlah sukar untuk memenuhi kehendak isteri, cuma kita kadangkala perlu lebih peka dengan mereka.
Mereka ingin perhatian. Mereka ingin disayangi. Mereka ingin sentiasa mahu rasa ada seseorang disisi.
Tunaikan apa yang mereka perlukan ini, pasti ada kehangatan dan kebahagiaan dalam rumah tangga anda.
Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.”
– Surah an-Nisa, ayat 34
Tujuan saya menulis artikel ini bukanlah mendakwa saya suami yang baik, tetapi sebagai peringatan saya sendiri (dan kita bersama) agar lebih menghargai isteri kita.
Semoga kasih sayang dalam rumah tangga anda membawa hingga ke syurga .

Monday, March 9, 2020

Bila Arief berada di satu majlis bersama Ustaz Wadi Anuar Di Madrasah Darul Atiq



Alhamdulilah Majlis ini telah diadakan dengan izin Allah di Madrasah Darul Atiq    di tempat anak kedua saya Amirul Arief meneruskan pendidikannya

sejuk hati mama tengok gambar anak bujang mama. smoga dikuatkan hati dan semangat untuk belajar ilmu agama. mama tau bukan mudah. mama nak hafal juz amma pun terkial2.. Semoga Allah merahmati perjalanan Arief di laluan agama ..Insya Allah.Amin

 Semoga Allah ringan kan kaki kami sekeluarga ke majlis ilmu
Semoga Allah dekat kan kami dengan alim ulama.
Alhamdulillah baru sebulan Arief Di Madrasah Darul Atiq dah dpt satu majlis dengan Ustaz Wadi Anuar.

Syukur Sgt dgn nikmat Di jalan agama yg Allah beri selepas episod "didikan" yg panjang. Alhamdulillah ❤️
Semoga Arief diberi semangat, kekuatan hati, kesabaran dan kecerdasan untuk serap ilmu agama yg ustaz2 ajar.
Mesti Arief happy papa dia datang sertai kuliah perdana dan majlis tahlil Di sana. Mama tak dapat ikut kali ini. Insya allah ada peluang mama sertai.

 Seronok sangat papa Arief dapat jumpa Ustaz Wadi Anuar.


Itulah Ustaz Rizam- Mudir Madrasah Darul Atiq yang Arief panggil Abi.

Sedikit sebanyak latar belakang Madrasah Darul Atiq



Bagi sesiapa yg berhajat utk menyumbang berbuka puasa, sahur dan moreh utk anak2 Madrasah Darul Atiq adalah dialau-alukan. Sebagai ucapan terima kasih Madrasah kepada pihak penyumbang kami akan hadiahkan bacaan tahlil serta khatam alquran kepada arwah..
Pihak kami mengalu2kan penyertaan dari tuan puan utk menyertai program sumbangan iftar dan sahur setiap hari sepanjang bulan ramadhan sebanyak RM1300 sehari utk menampung seramai 250 org pelajar.
DENGAN INI KAMI MEMOHON SUMBANGAN SEBAN RM200 IAITU SECARA BERKUMPULAN BG MENCUKUPI KOS PROGRAM
Dan sebarang maklumat dan pertanyaan blh hubungi terus.
SEBARANG PERTANYAAN BLH HUBUNGI AZIZAN/UST NASRUL
.


Ustaz Azizan nie adalah ustaz yang menjaga tempat anak-anak lelaki di Madrasah Darul Atiq tempat anak saya belajar. Jemput follow dia juga. Ustaz zizan nie idola Arief haha..  ustaz bukan sekadar ustaz ye. Takjub si arief 😆 Ustaz yg ada skill. Arief Selalu cakap nak belajar naik kuda, memanah, silat dengan ustaz zizan. Dan ada satu video ustaz pecah kan ais atau besi masa persembahan Di Pasantren Al Fatah Temboro Di Indonesia. Semuanya Arief tengok kat fb maknya.. Next time saya share tentang Ustaz Azizan idola Arief nie ye.. Eh nama ustaz sama pulak mcm ex bos saya dulu :)




Sunday, March 8, 2020

selamat hari wanita

Sedari kecil kau dijaga dengan penuh kasih dan sayang. Dibelai, dimanja dan diajar seiring dengan jantinamu, seorang perempuan.

Masa berlalu, kau semakin dewasa, rupa parasmu sungguh jelita. Lengkap dan sempurna sebagai seorang wanita dambaan lelaki. Masa untuk dirimu dicintai dan mencintai.

Menuju ke gerbang perkahwinan dengan penuh harapan bahagia sehingga habis nyawa.  Kau harapkan panas sehingga ke petang. Rupanya hujan di tengahari.

Wahai wanita, usah pernah menyesal dengan apa yang ditakdirkan kepadamu. Kau diuji dengan ujian yang mampu kau hadapi. Allah tidak pernah mensia-siakan kehadiranmu ke duniamu.

Wanita, saat kau menangis dalam hati, Allah menitipkan pahala buatmu. Saat kau menahan sakit, Allah ampunkan dosa-dosamu. Saat kau menanggung derita dihina, dikeji dan disepak terajang, Allah sentiasa menanti doa-doamu.

Wanita, kau dilahirkan berfizikal lembut, tetapi sebenarnya jiwamu sekuat besi waja yang tak mampu dibengkokkan dengan ujian dan dugaan.

Wanita, jangan pernah menyerah kalah. Lalui keperitan ini dengan redha kerana syurga itu mahal harganya.

Buat semua wanita hebat di luar sana, sesungguhnya dirimu umpama bintang di langit malam, biarpun dalam kelam, kerlipanmu  sungguh mempersonakan.

SELAMAT HARI WANITA...

#MaahadazzeinAlmakki
#muhasabahdiri
#ghostwriter
#berdoalah
#TAteam

kuasa sujud

Rahsia Sujud Di Dalam Solat (Ayuh Sebarkan!!!)

Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-

Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?

Sebenarnya:-

1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA  tanda SYUKUR  (HAMBA KEPADA ALLAH)


Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.

“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim) 

Firman Allah SWT yang bermaksud:-

” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45) 

Dari Sudut Tasawuf

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
 ( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.

 Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.

P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan )  Konsep GIVE AND TAKE…

Friday, March 6, 2020

merawat masalah ke keluarga an dan rumahtangga

Merawat Masalah Kekeluargaan dan rumahtangga, hasil tadabbur Surah Yusuf dan Maryam

"... Masa dan sabar, pengubat hubungan..." 

Surah Yusuf dan Maryam sangat indah dan sesuai untuk ditadabburi oleh mereka yang ingin mengambil iktibar dalam masalah rumahtangga dan hubungan kekeluargaan.

Allah berfirman;

لَقَدْ كَانَ فِي يُوسُفَ وَإِخْوَتِهِ آيَاتٌ لِلسَّائِلِينَ

"Sesungguhnya ada beberapa tanda-tanda kekuasaan Allah pada (kisah) Yusuf dan saudara-saudaranya bagi orang-orang yang bertanya." (Yusuf: 7)

1. Surah-surah ini mengajarkannya kita hakikat kehidupan insan bahawa tiada manusia yang terlepas daripada masalah rumahtangga dan kekeluargaan, hatta keluarga para nabi yang hebat. 

Nabi Yusuf alaihisalam diuji dengan adik-beradik yang cemburu dan Nabi Ya'kub alaihisalam diuji dengan anak-anak yang degil lagi derhaka.

2. Kebanyakan musibah dan fitnah bermula daripada niat yang baik, sebagaimana anak-anak Ya'kub alaihisalam yang berniat baik,

Kata mereka;

اقْتُلُوا يُوسُفَ أَوِ اطْرَحُوهُ أَرْضًا يَخْلُ لَكُمْ وَجْهُ أَبِيكُمْ وَتَكُونُوا مِنْ بَعْدِهِ قَوْمًا صَالِحِينَ

"Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia kesuatu daerah (yang tak dikenal) supaya perhatian ayahmu tertumpah kepadamu saja, dan sesudah itu hendaklah kamu menjadi orang-orang yang baik." (Yusuf: 9)

Mereka bertujuan baik, (يَخْلُ لَكُمْ وَجْهُ أَبِيكُمْ) untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang penuh bapa mereka iaitu Ya'kub alaihisalam yang dianggap berat sebelah pada sangkaan mereka.

3. Banyak hubungan kekeluargaan, rumahtangga rosak akibat sangkaan dan anggapan. Sangkaan atau disebut الظن seringkali menjadi alat syaitan merosakkan hubungan sesama manusia.

Kerana itu Allah berfirman;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah bersangka-sangka, kerana sebahagian dari sangka-sangka itu dosa..." (Al-Hujurat:12)

Agaknya, rasa-rasa, mungkin, jangan-jangan... seringkali menjadi racun yang merosakan  perasaan dan hati nurani manusia.

4. Menangis itu lumrah, dalam Al-Quran, Allah menceritakan bagaimana Nabi Allah Ya'kub alaihisalam menangis kerana kehilangan anaknya Yusuf sedangkan baginda ialah Nabi Allah dan demikian Maryam yang menangis dan bersedih sambil mengeluh atas nasib dirinya yang hamil tanpa suami dan bimbang tuduhan buruk orang-orang ke atas dirinya.

Allah berfirman tentang Maryam yang menyebut;

يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَٰذَا وَكُنْتُ نَسْيًا مَنْسِيًّا

"Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi barang yang tidak berarti, lagi dilupakan". (Maryam: 23)

Kata-kata Maryam ini bukanlah bermaksud beliau tidak redha atau berputus asa tetapi mengambarkan bahawa agama ini bukan hitam putih atau semuanya perlu dihukum sebagai halal atau haram, sah atau batal.

Ada kalanya, biarkan sahaja.

Allah abadikan keluhan ini bagi mengambarkan betapa Allah menyantuni keluhan hamba-hamba-Nya dan bukan hanya mahu menghukum sebagai kufur, syirik, kafir, fasik, derhaka dan sebagainya. 

5. Syaitan adalah perosak dan punca sebenar kepada segala perselisihan dan masalah di antara sesama keluarga dan rumahtangga.

Allah berfirman;

مِنْ بَعْدِ أَنْ نَزَغَ الشَّيْطَانُ بَيْنِي وَبَيْنَ إِخْوَتِي ۚ

".. setelah syaitan merosakkan (hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku...(Yusuf: 100)

Kerana itu penting bagi setiap yang bergaduh untuk membaca أعوذ بالله من الشيطان الرجيم bagi meminta perlindungan Allah daripada syaitan.

Sebagaimana dalam hadith Al-Bukhari dan Muslim tentang dua orang yang bergaduh di hadapan Nabi salallahualaihiwassalam dan disuruh mereka supaya membaca تَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ bagi menghilangkan kemarahan mereka. 

Diriwayatkan dari Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda;

إذا غضب الرجل فقال : أعوذ بالله سكن غضبه
“Jika seseorang itu marah, lalu dia mengatakan: a’udzu billah (aku berlindung pada Allah), maka akan redalah marahnya.” [HR. Ibn Adi dalam Al-Kamil]

6. Ubat dan rawatan yang paling mujarab bagi masalah kekeluargaan dan rumahtangga ialah kesabaran dan masa.

Dikatakan oleh ahli tafsir bahawa tempoh perpisahan Yusuf alaihisalam dengan bapa dan ahli keluarganya ialah selama 30 tahun, ada yang berpendapat selama 40 tahun dan ada yang mengatakan tempohnya adalah lebih daripada itu seperti Imam Ibn Jarir Al-Tabari rahimahullah yang meriwayatkan bahawa tempohnya ialah selama 80 tahun lebih.

Para ahli hikmah menyebut;

 الصبر كالصبر مر في مذاقته لكن عواقبه أحلى من العسل

`Sabar itu adalah pahit seperti buah Sibr rasanya, tetapi hasil akibatnya adalah lebih manis daripada madu.. '

Pergaduhan adik-beradik, perpisahan anak beranak, pertengkaran suami isteri, ipar-duai, mertua dan sebagainya memakan masa untuk pulih atau baik.

7. Orang yang gopoh, tidak penyabar dan anak muda yang belum berpengalaman dalam selok beluk rumahtangga, isu kekeluargaan perlulah menahan diri daripada mencampurinya kerana dibimbangi membawa mudharat daripada ubat.

Bukan semua perkara perlu kepada fatwa dan dijawab, 

لكل مقال مقام ، وليس كل ما يعلم يقال

'Bagi setiap ungkapan itu ada tempatnya dan bukanlah setiap apa yang diketahui itu diucapkan..'

Itulah maksud hikmah, mengetahui apa dan bagaimana..

Ketenangan الأناة ialah hasil daripada ketabahan hati dan kemampuan untuk bersabar dan mengawal diri.

Allah berfirman tentang Yusuf yang berhasil mengawal emosi dirinya, agar rahsianya terpelihara;

قَالُوا إِنْ يَسْرِقْ فَقَدْ سَرَقَ أَخٌ لَهُ مِنْ قَبْلُ ۚ فَأَسَرَّهَا يُوسُفُ فِي نَفْسِهِ وَلَمْ يُبْدِهَا لَهُمْ ۚ قَالَ أَنْتُمْ شَرٌّ مَكَانًا ۖ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا تَصِفُونَ

"Mereka berkata: "Jika dia mencuri, maka sesungguhnya, telah pernah mencuri pula saudaranya sebelum itu". Maka Yusuf pun menyembunyikan kejengkelan itu pada dirinya dan tidak menampakkannya kepada mereka. Dia berkata (dalam hatinya): "Kamu lebih buruk kedudukanmu (sifat-sifatmu) dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu terangkan itu". (Yusuf: 77)

Bukan semua isi hati, komen dan perasaan kita perlu dizahirkan, ada kalanya demi mencapai sesuatu tujuan dan maslahat, ianya disimpan dan dipendamkan.

Itulah kematangan hidup.

يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشَاءُ ۚ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ 

"... Allah menganugerahkan al hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, dia telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakal yang dapat mengambil pelajaran..." (Al-Baqarah: 269)

Wednesday, February 26, 2020

nafkah bukan perkara mainan. copy n paste

Tanggungjawab Suami Menanggung Isteri

 Bismillahirrahmanirrahim,

Tajuk berat. Sebenarnya saya tidak ada ilmu lengkap berkenaannya. Namun saya harap setiap pasangan suami isteri akan mula meneliti semula berkenaan hal ini. 

Firman Allah di dalam Surah an-Nisaa’ yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”

Dalam surat al-Baqarah, ayat 233 Allah SWT berfirman mafhumnya: “…Dan kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut. Seseorang itu tidaklah dibebani lebih dari kemampuannya.”

Menurut satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa’i yang bermaksud:
“Ya Rasulullah, apakah hak isteri ke atas kami?” Sabda Rasulullah SAW, “Hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan hendaklah memberi pakaian kepadanya seperti mana engkau berpakaian.”

Setakat yang saya baca dan dengar, adalah menjadi kewajipan suami untuk memberi nafkah kepada isteri secara keseluruhannya. Keizinan dia kepada isteri untuk keluar bekerja tidak membatalkan kewajipannya memberi nafkah kepada isteri. 

Seorang suami itu, hendaklah menanggung keperluan isi rumah dengan kemampuan yang ada padanya. Daripada makan pakai isteri sehinggalah anak semua menjadi tanggungjawab seorang suami. Kelak tanggungjawab ini akan dipersoalkan dihadapan Allah SWT. 

Ok, sekarang saya ingin bertanya, bagaimana kita mengatur perbelanjaan rumah? 

Ada sesetengah pasangan suami isteri membahagikan keperluan rumah sesama sendiri. Tidak ada masalah jika isteri itu redha.

Tetapi cuba perhatikan pula adakah isteri rasa xpuas hati, selalu mengamuk dan buat perangai? 

Jika ada, adalah terlebih baik jika kalian duduk dan bincang semula berkenaan hal ini. Seorang sahabat saya sebelum ini telah berkongsi membuat pembayaran hal ehwal keluarga. Di hati kecilnya selalu mempertikai kenapa sama2 bayar tetapi dia buat kerja di dalam rumah lebih?

Masalah mereka boleh dikatakan selesai selepas segala keperluan rumah ditanggung oleh suami. Selepas itu, sahabat saya tidak berkira lagi walaupun kelihatannya dia seorang bertungkus lumus buat kerja di dalam rumah. 

Islam ini sangatlah cantik. Memang mencari nafkah untuk keluarga adalah tanggungjawab suami. Ini adalah fitrah. Jika suami mampu menyediakan segalanya, maka sebenarnya tiada keperluan untuk seorang isteri itu keluar bekerja. Maka tetaplah isteri itu dirumah membuat kerja di dalam rumah dengan gembira. 

Sekalipun isteri bekerja, harta isteri adalah isteri yang punya. Tidak ada kaitan dengan suami sekalipun dia memberi keizinan. Selesaikan segalanya dari segala bil yang ada, makan pakai isi rumah dan segalanya. Jika tidak cukup barulah meminta pertolongan dari isteri. 

Kepada suami, jangan anggap isteri kalian berkira. Sebaliknya, perkara yang telah ditetapkan di dalam Islam ini memberi impak besar kepada keharmonian sesebuah rumahtangga. Apabila keperluan isteri dilayan dengan baik, maka jiwanya akan bahagia dan dia akan berikan apa sahaja yang suami mahukan. 

Dari sinilah boleh diukur sama ada seseorang suami itu mahu menambah cawangan dan sebagainya. Jika selama ini masih tidak cukup keperluan maka fikirkanlah semula plan lain untuk menambah rezeki. Allah dah berjanji akan memberi rezeki, tapi kita mesti berusaha juga. Jangan tunggu sahaja rezeki datang begitu sahaja. 

Cubalah dahulu, duduk dan bincang kembali. Persoalan nafkah bukan perkara main-main. Ia telah ditulis dalam hukum syara'. Dengan menanggung anak isteri, anda akan jadi super macho, percayalah. Semoga dengan membetulkan kefahaman ini, akan lebih harmoni rumahtangga kita. Ameen...

Sunday, February 23, 2020

faraid cnp dari roslina sabiah & co

.
Suami meninggal, meninggalkan ibu, isteri dan anak lelaki..
.
Ibu dapat 1/6.
Isteri dapat 1/8.
Anak lelaki dapat baki keseluruhan.
Adik-beradik suami terhalang oleh anak lelaki.
.
Walaupun anak lelaki itu bawah umur.. walaupun anak lelaki itu masih kecil.. walaupun anak itu masih janin yang belum dilahirkan.. dia tetap ada hak faraid dia. Kalau tak tau pasal harta pusaka, janganlah tunjukkan sangat kejahilan tu. Isteri ada hak untuk uruskan harta pusaka kerana ada anak yatim yang perlu ditunaikan haknya.
.
Selepas seseorang meninggal, adakah langsung tak boleh gunakan atau ambil harta dia walau sedikit? Adakah semuanya akan terus automatik kena faraid?
.
Nak urus harta pusaka ada tertib dan aturannya. Faraid itu proses yang paling akhir sekali. Sebelum sampai ke faraid kena melalui proses pentadbiran dan pengurusan harta pusaka terlebih dahulu :
.
1)Belanja pengebumian.
2)Selesaikan hutang2 si mati.
3)Badal haji jika belum menunaikan haji.
4)Laksanakan wasiat jika ada (wasiat kepada bukan waris).
5)Laksanakan hibah jika ada.
6)Selesaikan urusan tuntutan harta sepencarian oleh isteri terlebih dahulu
7)Kos pengurusan termasuklah perbelanjaan yang berkaitan dalam menguruskan pusaka.
Dah tolak semua di atas bakinya barulah boleh difaraid.
.
Bahagian anak bawah umur, ibunya boleh jadi pentadbir dan pemegang amanah. Tugas pentadbir termasuklah menguruskan bahagian anak bawah umur tersebut untuk urusan belanja harian, makan minum, urusan persekolahan dan sebagainya. Tak semestinya kena tunggu 18 tahun baru boleh digunakan harta2 tu. Umur 18 tahun tu untuk proses tukarnama dari nama pentadbir kepada nama anak tu. Tapi tak bermakna pentadbir tak boleh gunakan harta tu untuk urusan pembesaran dan perbelanjaan anak tersebut.
.
Sesungguhnya..
Perebutan harta pusaka itu benar.
Penganiayaan terhadap balu dan anak yatim itu benar.
Persengketaan dan salah faham tentang harta pusaka itu benar.
Kejahilan tentang faraid dan harta pusaka itu benar.
Campurtangan dari waris2 yang tidak berkenaan itu juga benar.
.
Kita tidak akan faham jika kita sendiri tidak melaluinya. Maka jangan tunggu nak terhantuk baru nak tergadah. Belajarlah dan ambillah pengajaran dari pengalaman orang lain.
.
“Sesungguhnya orang2 yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)” (Surah An-Nisa : ayat 10)
.
#celikfaraid
#rancanghartaelaksengketa

wasiat dan faraid boleh di tentang. hibah dan harta sepencarian tidak boleh. take note suami. jgn degil!

Melihat begitu banyak kematian di hospital, satu saja yang saya selalu fikirkan. 

Hidup kita ni sangat pendek. Life is so short. 

Waktu mati kita tak ada siapa dapat jangka. Yang saya tahu, mati tu pasti. 

Saya selalu fikir, saya dan isteri kerja berhempas pulas balik pukul 6.30 petang, mestilah harta kami nanti akan sampai pada anak-anak bila kami dah tak ada nanti. 

Rupa-rupanya saya salah.

Yang kita kerja dan simpan harta tu, belum tentu sampai pada anak kita. Terkedu saya. Macam tak masuk akal. 

Tahun lepas saya dan isteri berjumpa dengan Puan Inaz Hashim. 

Niatnya saya nak buat wasiat untuk keluarga sebagai hadiah hari jadi isteri.

Pada asalnya, saya fikir buat wasiat tu mudah. Pergi sekali dah boleh selesai. Lawak sungguh. 

Wasiat tu sekadar membuat pesanan. Pesanan ni boleh jadi pesan supaya ahli keluarga sentiasa jaga solat, jagakan adik-beradik dan apa saja pesanan lain. 

Faraid tu ialah pembahagian harta pusaka mengikut hukum syarak. 

Waktu ni baru saya tahu, wasiat dan faraid boleh ditentang. 

Yang tak boleh ditentang ialah hibah dan deklarasi harta sepencarian. 

Jujur cakap, bila kita dah meninggal dunia, bukanlah semuanya nak diberi pada isteri. 

Ada bahagian untuk mak, ada bahagian untuk ayah. Ada sedikit hadiah untuk adik-beradik. 

Mereka semua keluarga. Mereka semua kita sayang. 

Cuma, banyaknya untuk isteri dan anak. Sebabnya anak masih kecil. Nak membesarkan anak tu perlukan duit. 

Pengalaman membuat wasiat, hibah dan deklarasi harta sepencarian sangat menginsafkan. Bila menulis pembahagian harta tu seolah-olah esok dah nak meninggal. 

Ia ambil masa yang lama sebab pertama perlu senaraikan semua harta. Perlu sediakan dokumen untuk buktikan harta tu memang atas nama kita. 

Harta ni disusun baik supaya ahli keluarga ada bahagian mereka. Ini semua terpulang pada kita. 

Rumah yang dibeli bersama boleh diletak bawah deklarasi harta sepencarian. 

Kereta atas nama suami boleh dihibahkan pada nama isteri. 

Selain tu, banyak perlu difikir pesanan apa yang nak kita tinggalkan.

Yang mana belum buat, saya nasihatkan mulalah awal. 

Sebaiknya, bila kita pergi ke dunia sana, kita tinggalkan keluarga dalam keadaan cukup makan dan minum selama setahun. 

Sungguh, orang Mukmin itu ialah orang yang paling banyak mengingat kematian dan paling baik dalam mempersiapkan bekal untuk hadapi kehidupan selepas kematian.

Redza Zainol
Ambil yang baik, 
Yang buruk jadi pengajaran.

pessnsn dari suami kpd isteri by en matt

Entahlah versi #RoadToJannah seorang isteri ini kadang kala menyusahkan diri sendiri. Sedangkan Isteri-isteri Rasulullah S.A.W contoh terbaik dalam mencari redha seorang suami. 

Untuk cari redha dari seorang suami tidak perlu untuk l isteri itu sanggup  ‘menghambakan’ diri siang malam demi memuaskan hati sang ‘raja’. 

Ramai yang salah faham dalam konsep taat. Taat kepada suami bukan bermakna kamu kena basuh kaki suami,mandikan dia,buka stokin untuk dia. Taat disini kamu menunaikan hak hak Allah swt. 

Contoh. Isteri mahu keluar rumah jumpa kawan kawan atau mahu bermesej dengan kawan kawan lelaki.  lalu suami tidak izinkan. Disini taat perlu ada,jika isteri ingkar ia satu dosa. 

Secara peribadi,saya tidak mengharapkan layanan seperti tips yang viral itu. Kerana terlalu ingin merajakan suami awak sendiri tidak terurus,tidak ceria,mengadu sakit itu ini dek kerana ingin di lihat dimata suami sebagai awak itu isteri solehah. 

Kamu sibuk dengan rumahtangga,sedangkan solat dihujung waktu,aurat tidak terjaga. Bergaul bebas dengan bukan mahram,tergedik gedik buat live. 

Saya dah ramai jumpa dan baca dari inbox dan whatsapp. Siang malam tak kira masa uruskan rumahtangga.  Pada awalnya ia seronok,rasa nak disanjung suami,rasa nak jadi yang terbaik  buat suami. 

Akhirnya sampai satu tahap,awak ‘pancit’,emosi awak penat,jiwa awak memberontak,awak depressed. Suami langsung tidak memuji  awak,tidak hargai awak,bahkan jika terkurang suami pula herdek awak kata lambat!,pemalas! 

Isteri saya minta nasihat. Abang jika sayang ada kekurangan apa apa cakaplah. Bagi tahu lah apa lagi yang perlu sayang buat. Saya kata kepada isteri,jangan buat apa yang awak tidak mampu buat,buatlah apa  tanggungjawab sebagai seorang isteri untuk mencari redha Allah dan Rasul. Jika awak jaga hak Allah dan Rasul,pasti awak akan faham untuk taat kepada suami. 

Saya kahwin dengan awak bukan untuk awak siang malam kena puaskan hati saya. Kita kahwin ini nak saling melengkapi,saling mengecapi kebahagiaan. Apa guna saya puas hati sedangkan awak merana diri. 

Cukuplah sekadar isteri jaga solat,puasa ramdhan,jaga maruah,taat kepada suami dalam perkara ma’ruf. Inilah #RoadToJannah untuk isteri pilih syurga yang mana mereka kehendaki. 

Coretan ini mungkin sesuai untuk saya,mungkin tidak untuk orang lain. 

-EncikMatt-
#LelakiBurQa
Demi Jalan ke syurga.

Wednesday, February 19, 2020

kematian tak kira usia

SORANG LAGI DIJEMPUT PULANG

Tuan-tuan, Asyraf Sinclair dijemput ilahi pagi tadi. Dia tinggalkan semuanya. Isteri yang cantik, rumah yang besar, anak yang comel, harta-harta yang dia usahakan sepanjang hidupnya. Semuanya dia tinggalkan macam tu je. Tanpa sikit pun daya semua yang dia tinggalkan ni untuk selamatkan dia daripada kematian. Tahu-tahu dah kaku.

Itulah ajal, tuan-tuan. Terkejut kita semua dengar berita ni. Baru beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan kesedihan pemergian Abam Bocey.

Kematian datang tanpa di duga. Sekali lalu je, di rentapnya nyawa dari badan. Hilang segala nikmat dibumi. Tiada lagi degupan jantung, tiada lagi mengalirnya darah, tiada lagi hembusan nafas. Terbujur kaku jasad. Mula kebiruan. Sebesar zarah kudrat pun tak mampu menggerakkan apa-apa lagi.

Meraunglah ahli keluarga, sahabat handai yang rapat. Tak sangka! Tak sangka! Semuda ini dah pulang menghadap ilahi? Teringat Allahyarham Hani Mohsin dulu. Pun diusia awal 40an. Tahu-tahu rebah dan meninggal dunia.

Semua yang kita usahakan jadi milik orang lain. Jadi kenangan sahaja. Harta yang berjuta semuanya bukan lagi milik kita. Aset-aset yang menimbun hingga berpuluh, beratus semuanya jadi milik orang lain. Takda satu pun yang membantu kita dari pedihnya saat nyawa direntap dari jasad. Malaikat maut yang datang mukanya tak senyum, tuan-tuan. Dia tak bagi warning. Dia nampak je nama kita dah gugur di Luh Mahfudz sana, dia terus pergi ke kita. Mengintai-ngintai kita. Tepat waktu ajal kita tiba, dia rentap tanpa belas kasihan nyawa kita.

Nahh, tercabut nyawa dari badan. Keras kejung terus jasad kita.

Kot lah masa tu kita diberi keizinan untuk dapat tengok keadaan jasad kita yang dah terkaku tu. Mesti menangis punya tuan-tuan. Takut yang amat. Ini rupanya kematian. Pandang pula isteri yang tak habis menangis memeluk jasad kita, tengok orang ramai mula berkerumun dekat jasad kita. 

"Allah Akbar! Apa aku nak buat ni? Aku dah mati! "

Masa tu tak teringat apa dah tuan-tuan. Cemas yang teramat sangat. Terbayang kebaikan apa yang aku dah buat sepanjang aku hidup ni?

"Kalau tahu mati hari ni, mesti aku dah buat sedekah tak putus sampai habis harta. Bantu ramai manusia."

Takutnya, tuan-tuan. Terpandang lagi rumah kita besar-besar, kereta kita puluh-puluh, dalam akaun ada duit berjuta. Tapi bukan milik kita lagi. Kan kita yang usahakan semua tu dulu bagai nak mati? Allahu, Kita dah mati. Nampak adik beradik kita yang datang, ada yang miskin, yang kita tak pernah bantu pun sepanjang kita senang dulu. Nampak pula ibu ayah kita datang, tak sudah lap air mata menangis. Padahal sepanjang hidup kita, sikit pun kita tak pernah peduli nasib ibu ayah kita. Makan diorang, rindu diorang, susah diorang.

Kedudukan kita yang besar, diganti oleh orang baru. Sehari lepas kita mati. Esoknya dah ada meeting untuk gantikan kedudukan kita. Kita pergi macam tu je tuan-tuan. Tak tertinggal apapun untuk orang kisahkan kita lagi. Tinggallah kita dalam kenangan sahaja. Segala sanak saudara, isteri, kawan-kawan. Semuanya akan teruskan kehidupan mereka seperti biasa tanpa kita. Sedih tu paling lama pun berbulan je tuan-tuan. Lepas tu masing-masing dah mula terima takdir kehilangan kita. Harta yang dulu kita kumpul bagai nak gila tu, semuanya jadi hak milik orang lain dah. Bukan atas nama kita lagi.

Seram, tuan-tuan. Itu lah pun realitinya kehidupan. Tinggal kita pilih nak kehidupan yang macam mana sahaja. Nak dongak langit lagi dengan kekuatan dan kejayaan di bumikah? Nak bangga dengan dosa ubah jantina kita kah? Nak bangga dengan fitnah-fitnah kita hingga ada insan yang terduduk jatuh ke?

Semoga Allah tempatkan ahli keluarga kita, sahabat handai kita yang dah pergi dijemput ilahi ini bersama dengan mereka-mereka yang mendapat syafaat. Sesungguhnya mereka ini juga pernah buat kebaikan pada umat islam waimah sebesar zarah.

Kita yang masih hidup, harta berjuta, aset berpuluh, beratus, jangan takut memberi. Tutup mata je. Tak akan rugi satu habuk pun. Semua yang kita bantu ni esok kita mati, diorang ni antara yang akan ingat kita dan doakan kita atas kebaikan kita. Tak mestinya anak yatim, tak semestinya rumah orang-orang tua. Banyak lagi dekat luar sana. Yang fakir, yang mualafnya, yang ditimpa ujian bertalu hingga tidak tinggal secebis pun makanan.

Mana tau esok giliran kita pulang menghadap Maha Pencipta? Sekurang-kurangnya semalam ada juga buat kebaikan. 

Setiap inci harta yang kita ada tu nanti akan dipersoalkan kelak. Agak-agak nak jawab apa tu nanti? Nak jawab yang harta ni kita kumpul banyak-banyak sebab nak tunjuk kejayaan kita pada manusiakah? Nak cakap yang kita nak jadikan ni semua sebagai motivasi supaya orang islam bersemangat nak ubah ekonomi? Nak jawab yang kita kumpul ni semua untuk anak-anak kita? Itu sahaja? 

Jangan tak tau, tuan-tuan. Yang akan jawab setiap soalan malaikat nanti bukan mulut kita. Mulut kita ni suka menipu. Suka cakap benda yang merapu-rapu. Mulut akan tertutup rapat. Yang akan jawab nanti anggota badan kita ni.

Bergetar tak sudah, tuan-tuan. Waktu tu tinggal menyesal je. Paling menghantui waktu tu apa tuan-tuan? Segala kata takbur kita sepanjang di bumi yang penuh tipu daya ni. Semua orang yang pernah tebal muka mohon simpati pada kita, kita akan teringat balik muka sorang-sorang dan menyesal tak sudah. Merayu kita nanti mohon pada Tuhan untuk dihidupkan beberapa minit supaya dapat kita sedekahkan segala harta kita ni.

Tapi waktu tu. Dah terlambat, tuan-tuan. Bunyi dengus malaikat yang datang pun, dah rasa nak bercerai badan kita dah. Menggelupur. 

Aku yang menulis,
Tuan Amir Danau

P/s : Akhir zaman ni macam-macam misteri yang wujud. Tengah gelak, tau-tau mati. Tengah bersukan tau-tau mati. Tengah sedap meratah anak dara orang, tau-tau mati. Tengah konfiden muda lagi, tau-tau mati. Tengah konfiden dari lelaki jadi perempuan, tau-tau mati. Tengah rasa diri gangster besar, tau-tau mati. Dalam kubur, malaikat tak panggil dah nama kita Dato Seri ke, Ayahanda ke, Tiger Komando Southern ke, Hang Jebat ke, takda. Tinggal tunggu nak kena sapu je sampai pecah dada, habis berkecai tulang temulang dalam kubur nanti. Try lah offer duit pada malaikat time tu. Duit berjuta kan. Try kawtim macam dekat bumi kalau lepas. Bergantung pada amalan dan kebaikan kita di dunia.

Monday, February 17, 2020

wahai perempuan belajar satu benda suami kau bukan tuhan. dia nak tunjuk sangat ko tak mampu bayar bila dia takde. Allah hantar org lain bayar bagi pihak kau. jangan takut sgt nak tinggalkan lelaki tak guna🙄

“Abang tolong sekejap ja bang. 5 minit pun tak sampai. Tolonglah.”

“Kita kerja teruk, kita bagi duit, kita juga nak jaga anak?” Suaminya dah tinggi suara. Berderau juga darah.

Isterinya meletakkan anak kecil yang didukung ke badan suami dan disambut kasar. Kemudian terus si isteri menolak stroller bayi yang juga ada anak kecil dengan laju. Suaminya menengking seorang lagi anak yang mungkin dalam usia 5-6 tahun supaya behave, duduk baik-baik dan jangan main jauh.

Dalam beberapa minit, kami yang masih beratur melihat sahaja isteri bergegas ambil barang kemudian meletakkan di dalam troli barangan. Terus suaminya cakap,

“Puas hati? Ingat senang nak dukung anak kemudian tolak troli barang yang kau teringin semua ni?”

Isterinya jawab, “bukan saya teringin bang, inikan untuk rumah kita.”

“Diamlah, mulut tu belajar diam.”

Terus makcik di belakang barisan kami menjerit, “dari tadi aku perhati je kau ni. Kahwin dah ada anak, nak main-mainkan bini kau. Kalau kau menantu aku memang aku kerjakan. Kau ingat perempuan ni level sama dengan pelacur?”

Semua diam.

Suaminya muka kelat, terus kasi bayi yang dipegang kepada isterinya sambil isteri terpaksa menolak satu stroller lagi. 

“Kau jadi perempuan, jangan taat tak bertempat. Lelaki gini patut tak payah jadi suami. Jenis sombong, ego, hei perempuan tu beranakkan anak kau lah! Eee aku tak bolehlah!” Makcik itu menyambung. Udahnya drama tersebut jadi macam menakutkan. Janganlah ada sesi bertumbuk bagai. Debar jadinya. 

Terus suami ambil stroller dan tarik anaknya yang seorang lagi keluar dari situ. Tinggallah si isteri dengan bayi dan troli barangan yang dibeli.

Elok semua orang beri beliau laluan ke depan dan dapat bayar. Semasa nak bayar, beliau call suami sebab duit semua di tangan suami. Lalu menangis depan kaunter. Dia cakap “maaf sangat, kena kansel boleh? Duit ada dekat suami saya.”

Dan terus ada magik, 2-3 orang termasuk saya dan barisan kami kasi ja berapa yang ada. Total dalam RM192 gitulah. Dia dapat bayar dan kami suruh tunggu sebab takut nanti suami dia marah pula dapat mana duit.

Kami pergi hantar barang sama-sama ke kereta dan cakap kepada suaminya “bang, ni kami belanja.” Suaminya terkejut besar. Muka serba salah.

Kami pun baliklah ke rumah masing-masing. Sesekali jadi hero begini rasa puas. Seronok dapat bantu.

Kawan-kawan, di luar sana ada ramai wanita yang berusaha berhenti kerja dan jadi ibu kepada anak-anak. Buat berbagai hal dalam rumah dan berkorban kerjaya semua demi nak perhatikan pelajaran dan perkembangan anak.

Kita yang hebat, suami yang bekerjaya, lelaki yang Allah kata bagus menjadi pemimpin, jadilah manusia yang ada timbang rasa.

Wanita yang kalian marah itu adalah ibu kepada anak kalian. Tolonglah ada simpati dengan kelemahan yang dia ada.

Orang yang kita sayang dari awal akad nikah, berubahlah macam mana rupanya, bentuk tubuhnya, apa sahaja pun, sayangilah sebaiknya.

Bak kata seorang Ustazah dalam kuliahnya itu hari saya tak ingat siapa,

“Seorang gadis itu cantik di bawah jagaan ibu bapanya, dan berubah menjadi hodoh sekiranya dapat suami yang tak pandai menjaganya.”

Cantik dan hodoh itu adalah didikan, ajaran, bantuan, pertolongan dan kehormatan dari suami. 

Hina, cerca, benci dan meluah marah kepada perkara yang tak perlu adalah keburukan, lebih lagi di khalayak ramai. Dan ia mengundang banyaknya perkara yang tak elok. 

Hormati, sayangi dan kasihi isteri kita. Kita terima dia elok-elok, layanlah juga sebaiknya.

Buruk dia, buruk kita juga.
Baik dia, baik kita juga.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Belajar.

Wednesday, February 12, 2020

en matt caj rm1k utk konsultansi

Kenapa isteri nampak tak cantik,tak manja macam dulu. 

Ada kenalan ajak minum kopi. Ada hal mustahak katanya nak bercerita kepada saya. Selesai kerja dan solat saya terus ke kedai kopi jam 5 petang semalam. 

*Posting ini agak panjang tetapi sangat berbaloi untuk dibaca.

Saya ingat dia nak luahkan masalah apa. Rupanya masalah isteri. Mengadu isteri dia sekarang susah nak layan dia,tak macam dulu. Dulu manja manja,pakai lawa lawa,wangi wangi. Sekarang ada anak 3 entahlah mat nampak serabai,ajak bersama pun bermacam alasan. 

Saya diam,dengar saja apa yang dia nak luahkan.  Setelah diluahkan semua. Saya kata betul  nak selesaikan masalah yang kau hadapi ni?  Yelah matt,betullah. Serius beliau jawab.

Baik jika begitu boleh tak lepas magrib nanti kita sembang rumah kau. Tapi jangan bagi tau isteri sekarang. Otw 10 minit nak sampai rumah baru info isteri. 

Brother ini setuju ajak saya jadi tetamu beliau. Selesai solat magrib kami otw ke rumah beliau. 10 minit nak sampai rumah barulah dia maklumkan kepada isteri ada tetamu nak datang. 

Hmm belum apa apa lagi dah kena bebel. "La.. kenapa tak maklumkan awal awal,kelam kabut la saya nak kemaskan semua rumah ni!!." 

Kau dengarlah mat,belum apa apa lagi dah bebel. Saya kata takpa,teruskan kita sembang rumah. 

Saya dijemput masuk. Wife beliau senyum dalam penat,tetapi saya dilayan dengan baik sebagai tetamu. Saya duduk disofa yang empuk diruang tamu.

 Kenalan saya ini duduk bertentang dengan saya. Setelah parking dengan elok,beliau memanggil isteri dan order air untuk kami. 

"Sayang buat air kopi,tak payah letak gula,matt tak minum air manis. Buah buah tu potong,nanas bawa keluar sekali" 

"Dari jauh saya dengar. Kejap bang,kejap bang nak pakaikan baju anak kejap"

Saya cuma diamkan diri sehinggalah kenalan saya ini bersembang. Apa yang beliau cakap tu semua masuk telinga kanan,keluar telinga kira. Saya dah jumpa apa yang perlu beliau baiki. 

Sedang rancak bersambang tiba tiba waktu isyak dah masuk. Beliau ajak solat isyak,tapi suruh saya jadi imam,sebab tak biasa jadi imam. 

Anak isteri berebut nak join solat berjemaah. Isteri beliau pun join sama. 
Selesai solat,doa Isteri beliau ucap terima kasih katanya jarang dapat solat jemaah begini. Seronok jika abang ajak anak anak solat. Kenalan saya ini muka merah padam. 
Wajah isteri beliau nampak happy. 

Habis disitu. 

Dalam perjalanan menghantar saya pulang di kedai kopi tadi. Ketika itu saya mula merungkai segala pertanyaan beliau tadi. Saya jawab....

Pertama. Kau buat wife kau itu macam orang suruhan. Kau order je apa yang kau nak. Boleh jadi segala pakaian,makan minum kau pun isteri sediakan. Boleh jadi juga kunci kereta pun kau tanya isteri,sedangkan kereta itu kau yang pandu. 

Betul tak apa yang aku cakap ni. Kenalan saya ini jawab Ya. 

Saya sambung lagi. Beb isteri kita ini bukan kilang OEM. Semua benda kita boleh order. Kita boleh reject. TAPI isteri ini anugerah dan amanah dari Allah untuk kita jaga dan beri kasih sayang kepada mereka. 

Kenapa dia dah tak cantik,tak terurus,tak wangi,tak manja. SEBAB segala urusan dia kena lakukan. 

Dari masak,sental jamban,buang sampah,mop lantai,mandikan anak,siapkan pakai makan minum anak sehinggakan seluar dalam yang kita pakai pun dia ambil kira warna apa,berapa helai. 

Tiba tiba kita balik kerja,kita nak dia layan kita macam raja,nak dia  nampak cantik,wangi,manja. Cuba kau fikir,mana kudrat dia untuk layan kita jika segala mak nenek dalam rumah itu dia yang uruskan. 

Tadi. Anak anak dan wife kau suka sangat dapat solat berjemaah. Inilah tujuan aku nak jadi tetamu kau kat rumah. Nak kau fikir betapa keluarga kita ini perlukan kita sangat.

Mereka dahagakan kasih sayang,mereka dahagakan agama,dahagakan akhlak yang baik untuk kita persembahkan. Jika nak jadi imam pun kau malu,tak pandai macam mana kau nak jadi pemimpin kepada 3 anak perempuan kau nanti. 

Kenalan saya ini tunduk,sedar dan sebak. Terima kasih matt buatkan aku sedar. Banyak dosa aku kepada keluarga. Siang malam aku kerja,keluar melepak,karaoke. Insyaallah matt aku tekad nak berubah. 

Dia tanya berapa kena bayar. 
Saya caj rm1000.
Dia tanpa soal bagi rm1000
Saya bagi semula. Saya kata RM1000 ini bagi kat wife kau malam ini. 

Dia kata selalu transfer ke akaun isterinya saja. Saya kata anak dah 3 pernah tak bagi nafakah cash kat isteri. 

Malam ini balik minta maaf kat isteri. Hargai dia. Bagi hadiah duit ini rm1000. Cakap kepada dia berkat kebaikan awak Allah bagi rezeki kepada saya. RM1000 tak mampu nak beli bahagia,tetapi dengan memberi pasti mendatangkan kebahagiaan. 

Mulai hari ini belajar masak dengan aku,ringan tulang kemas rumah,buang sampah. Picit picit betis isteri. Ajak anak isteri solat magrib dengar kuliah di masjid. 

Hidupkan amal dalam rumah dengan baca Al Quran dan hadith. 

Jika rumah kita hidup dengan suasana agama,Allah datangkan nikmat bahagia yang tak pernah kita rasai sebelum ini. 

Semoga bermanfaat..
Kami bersurai. 

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Wednesday, February 5, 2020

Arief kini pelajar di Madrasah Darul Atiq



Assalamualaikum semua
Saya nak share cerita anak ke dua saya lagi; Amirul Arief
Sebelum nie saya ada share tentang Arief yang joint  Kem Cuti Sekolah di Madrasah Darul Atiq
Sebenarnya kami masukan di di kem cuti sekolah di madrasah Darul Atiq adalah sebagai persediaan untuk Arief meneruskan ilmu di sana.
Kami ingin dia cari kesesuaian di sana.
Dan kami juga ingin tunggu jawapan Arief sama ada dia ingin teruskan belajar di sekolah biasa atau bertukar ke madrasah.
Alhamdulilah akhirnya Amirul Arief memilih untuk bertukar ke Madrasah Darul Atiq.

Ada kawan2 yang tanya macam mana saya tergerak hati nak hantar anak ke Madrasah Darul Atiq Di Batang Kali. Banyak lagi madrasah lain. Kat area rumah kami Bangi Kajang pun banyak.. Kat rumah mak tok  arief Di melawati pun ada madrasah juga.

Suami saya yang mula2 tahu tentang madrasah darul atiq sebab Selalu ikuti online kuliah Ustaz Rizam mudir Madrasah Darul Atiq. Kira hard core fan. Sampai kan sanggup ke madrasah darul atiq naik motor sebab nak carik jalan ke sana sebelum bawa kami pula. Sampai umh entah berapa pagi. Sampai saya risau sesat ke apa.. Yelah madrasah tue ke dalam juga.. Bukan tepi jalan...



Gambar Amirul Arief yang terkini. Selepas 2 minggu baru kami datang lawat Arief semula. Dan boleh bawa Arief keluar. Kmai bawa diaberkelah di air terjun sekitar kawasan madrasah. Tak jauh pun. Dalam 15 minit perjalanan sahaja dari madrasah.


Ustaz cakap boleh bawa Arief outing 11.30 pagi. Tepat 11.30 mama sampai. Sampai je Arief jumpa papa dulu sebab mama duduk je dlm Kereta. Masuk je dlm Kereta mata Arief berkaca-kaca. Arief terus peluk mama. Sepanjang perbualan dengan Arief alhamdulilah dia suka belajar di sini. Cuma rindu kan rumah sahaja. Mcm biasa cerita2 nature pasti jadi satu kewajipan.


MAMA, ABANG KENA KEJAR DENGAN KERA. NASIB ABANG LARI LAJU! ABANG PANJAT POKOK PISANG. NAK AMIK PISANG RUPANYA ABANG PEGANG BONTOT KERA😆😆


Belum lagi cerita lebah, kelulut, biawak, cicak kobeng, sesumpah, ikan, udang dan entah mcm2 jenis binatang. Tak lupa cerita mistik pasal hantu dan alam bunian. Baru 2 minggu je mama tak jumpa Arief. 🙄

Mama ambil Arief dengan rindu yang sarat.
Mama pulang kan Arief dengan rindu yang tak berkurang malah bertambah-tambah lebih2 bila tengok Arief yg makin hendsome berjubah dan berkain rida'.
Mujor madrasah nie ada pelajar lelaki sahaja kalau tidak mungkin Arief bakal jadi rebutan 😆😆😆

Arief belajar apa? Buat apa kat sini? Baca Quran ke? Lagi belajar apa?
Hari2 Arief sembahyang tahajut. Ustaz kejut mcm nie.. Tahajut.. Tahajut.. Terus semua org bangun.. Lepas tue tidur kejap. Bangun balik solat subuh. Lepas tue makan. Lepas tue balik bilik mandi. Naik surau solat duha dan solat hajat. Lepas tue baca kitab. Baca Quran. Baca hadith.

Mama tau Arief solat hajat Arief doa apa?
Arief doa apa?
Arief doa mama datang Darul Atiq hari Sabtu jumpa Arief.
(senyum Arief dengan mata berkaca dan peluk saya)

Jalan ini bukan mama yg pilih.
Bukan juga papa yg tentukan.
Tapi jalan ini Allah yg beri petunjuknya.
Sejak khairy lahir belum pernah mama buat keputusan sendiri untuk masa depan mama dan anak2.
Jalan ini Allah beri jawapannya dan Allah permudahkan jalannya ke sini.
Mama akan sentiasa bersama Arief dan sokong Arief melalui jalan ini.
Jalan yang pastinya tak mudah.
Kita melawan arus moden Arief.
Sedangkan yg belajar agama sendiri secara berlapik dan secara terus menyatakan belajar agama tiada masa depan. Kdg2 bila membaca tulisan mereka dan mendengar Ayat2 yg keluar dari mulut mereka dihadapan mama.. tertanya2 juga ada kah mereka menyesal dengan ilmu agama yg mereka tuntut? Sedangkan mereka masih hidup juga dan berkeluarga juga hasil menuntut ilmu agama. Tidak kah mereka bersyukur? Masih ramai yg ingin menyuap sesudu nasi pun tidak mampu.
Tetapi mama percaya golongan yg negetive ini hanya sedikit dan ramai yg belajar ilmu agama berada Di "class" yg tersendiri. Yang negetive ini mereka sendiri yg tidak tahu cara meletakkan ilmu mereka dan tidak percaya dengan ayat "jika engkau bersyukur aku tambah nikmat tetapi jika engkau kufur siksaanku snagatlah pedih "

Ujian mereka mungkin urusan dunia tetapi mama dah merasa bagaimana urusan akhirat ini menyelesaikan ujian dunia mama.
Dengan solat, doa, Quran entah dari mana pelbagai rezeki dan bantuan datang dan segala kekusutan dan kesukaran hidup mama terlerai.
Hidup mama makin tenang dan merasa cukup walaupun tidak kaya. Sampai masanya yang jadi hak mama akan jadi hak mama. Jika bukan hak mama sampai bila2 tak mungkin jadi hak mama. Kalau ada apa2 keinginan atau maslah mengadu saja pada Allah. Semudah itu saja. Penyelesaian pasti datang.
Mereka tak alami jadi biar kan mereka dengan kepercayaan mereka. Kita tetaplah dengan keyakinan kita.

Sebagaimana mama tak pernah putus asa melalui jalan dengan Khairy adikmu dulu seperti itu juga mama tak akan putus asa dengan jalan Arief.
Sebagaimana mama beri masa, harta dan kuderat untuk khairy macam tue juga mama akan buat utk Arief.
Insya allah.







Balik dari hantar Arief bukan mama yg bercucuran air mata tapi nenek yang asik mengesat air mata.
Arief bukan sahaja dapat sokongan mama Tapi juga sokongan dari nenek.
Nenek suka sangat bila Arief iqamat depan nenek. Nenek puji sedapnya suara Arief.


Jauh lagi perjalanan kita.
Mama doakan yg terbaik utk Amirul Arief yg mama selalu gelar "Hero Mama"

Tulisan saya adalah berkenaan diri saya sendiri yg saya alami. Tak berkaitan dengan org lain. Perjalanan yg saya lalu bersama anak2 saya tak akan sama dengan perjalanan kamu.


kemas arief pakai serban 
alhamdulilah
semoga dewasa dengan baik di Madrasah Darul Atiq