ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, March 31, 2019

Belum Rainforest Resort malaysia 24-26 Mac 2019

 
 Assalamualaikum semua
lama tak update blog
Dah berjangkit macam kawan2 blog..semuanya beralih ke FB
Takpe kita copy dari FB ke blog ye..
Jimat masa haha

Kami bawak anak2 bercuti ke Royal Belum dari 24-26 Mac 2019. Tahun lepas kami dah pernah pergi Taman Negara Kuala Tahan tapi saya rasa macam takde buat full entry. Nanti free saya buat..entah bilalah haha

Kami tinggal di Belum Rainforest Resort Memang untuk tidur semata-mata siangnya kami explore kawasan sekitar. Hotelnya sunyi dan damai. Kami memang datang untuk masuk Royal Belum. Tapi nampaknya tak ada rezeki. Sampai pun dah hampir 6 petang. Lambat sampai sebab ada accident di Terowong Menora. Nak masuk Royal Belum kena ada permit. Tak sempat nak buat. Huwaaa..Jadinya kami cuma ronda2 kawasan sekitar.
 
Tak puas hati sebenarnya sebab tak dapat masuk Royal Belum. Dulu pergi Taman Negara Kuala Tahan sungainya kecil. Royal Belum lebih luas. Nak mandi sangat dengan ikan kelah yg lebih banyak dari di Kuala Tahan. Tapi husbd cakap cukup2lah pergi sungai. Masuk gua pulak lah.. Haha.. Takpe saya dah ada satu list lagi tempat nature di Raub... Ada rezeki boleh pergi..Yang nak pergi gua tue ..carik lah gua sendiri😜 


Kami mulakan dengan isi perut. Royal Belum tak macam Kuala Tahan ye. Kat sini tak banyak sangat tempat makan. Kami makan ni di Belum Cafetaria - Belum Discovery

Naik bot melepaskan gian anak-anak. Naik bot RM250 dari jam 11 hampir 4petang.
Tapi bukan bot besar nie yang kami naik.kami naik bot kecik kat tepi tue...kihkihkih.
Bot kecik kami tersorok.
 
Yang besar nie Houseboat . Boleh sewa ramai-ramai.. Dalam houseboat max boleh 25 orang.. Tido situ.....masak situ . Mandi situ.. Segala2nya di houseboat.. Nak Ronda perkampungan org asli, pergi waterfall, trekking semua dengan houseboat. Kalau tinggal di houseboat boleh  masak sendiri je dalam houseboat.


Duduk diam-diam semua Kapten Adam nak bawak boat nie. Jangan bising-bising ya.. Nanti Adam tak boleh focus..


Amacam ada gaya,mutu & keunggulan tak?
 
Nampak tak Arief tu? Dia nie memanglah tak tau takut.


Adam teropong ayam kat tangan Khairy ke?

Apasal muka mama dah mcm saiz dulang nie? Haha . Takpe janji anak comel kan? Nanti esok lusa mama dietlah haha
 

Senang jaga budak nie. Baru naik bot kejap dah terlentuk. Yang senangnya mana-mana pun dia boleh tido.
 

Tak paham budak nie. Nak mandi sungai je pun nak pakai baju cantik-cantik. Takpelah ikut perangai mak dia zaman muda. Nak g pasar malam pun siat berseterika bagai. Naik angin je nennek diorang kat mak diorang. haha.. Jernihkan sungai belakang tue?

Abang bot bawak kami mandi kat kawasan tersorok. Sebelum sampai ke tempat tue kena lalu dulu sungai yg ada pecahan-pecahan kayu balak .Trekking sikit tapi curam. Nasib takde yg jatuh sungai. Kawasan nie memang arang orang masuk. Batu-batu kat sini siap berlumut-lumut. Licin..



Aman damai hutan nie.. 
 
Btw ada citer kelakar..Masa mandi kat sungai.. Khairy sibuk main tanah.. Korek-korek tanah dia pegi baling kat Arief. Sekali orang yang bawak bot tue tegur "kenapa main taik gajah tue" 😝😝😝
  
 Pertandingan siapa paling lapar.. Tengok gaya Adam paling lapar kan? haha
 

Dulu2 zaman bujang bila member dok panjat gunung, camping memang sy tak akan joint. Sukan pun sy tak joint😆 alergik berpeluh2 nanti makeup cair😂😂 hilang cun😝😝 Dengar org camping.. dok dlm kemah bagai selalu fikir.. Kan lagi best tidor kt rumah dari peluh2 sampai cair make up, kena gigit nyamuk, ada pacat, panas hujan.. Haishh Mcm2 lah..Tapi dah beranak empat ko pulak sibuk cari tempat2 nature.. Terbalik pulak..
 
Btw saya tetap perlu cari tempat tidur yang selesa untuk anak-anak. Siang tue takpelah nak trekking masuk hutan, mandi sungai tapi masa tidur kena jugak carik yg selesa sebab anak2 kecik lagi.. Jadi Kalau saya carik tempat2 nature pun saya mesti cari tempat tdo yang selesa dulu utk anak2.. Camana lah saya boleh masuk tempat mcm nie.. Siap ada selut2 melekat kat baju.. Kasut lekat tanah.. Hadoii.. Anak2 cakap jugak "kotor mama" selamba je cakap "nak masuk hutan tak payah nak Geli-Geli" Cuba zaman muda2 dulu 
 

Okey habis citer mandi sungai dalam hutan. Meh kita explore kawasan hotel pulak. Ini pun tak ronda sangat. Hotel nie damai dan sunyiiiiii. takut nak jenjalan sensorang takut jumpa bunian haha.. BTW janga risau kalau jalan je selalu terserempak dengan staf hotel di mana-mana saja. Tapi dah dasar penakut memang gitulah..


Kengkonon dia cuti kat oversea.
 
Amacam boleh bayang tak camana nature hotel nie?
 
Cepatlah mama!! Asik amik gambar je


Suka tengok buluh-buluh mcm nie

Alhamdulilah 4 orang anak.
Setakat ini Allah bagi.
Saat-saat happy mcm nie masih teringat kata-kata doktor masa mengandung kan khairy
"Anak puan baru dua. Yang dlm kandungan (khairy) belum lagi tentu nasibnya..."
...
Ujian Allah takkan habis selagi kita bernama manusia. Cuma lebih rasa mampu dipikul bila diubah "ujian Allah" menjadi "didikan Allah
 
takut nak mandi kolam. Berkepit jelah dengan maknya
 
Tak pernah terpikir yang saya masih boleh ketawa lagi selepas khairy lahir. (BTW ini Adam Ziqry ; adik kepada Adlan Khairy). Dengan ujian dari setiap sudut. Rupanya hujan ribut taufan petir sambung menyambung itu sememangnya ada pelangi yang sangat cantik..Pelangi akan hilang tetapi harapnya segala cuaca yang datang tetap lah ia dalam rahmat dan kasih sayang Allah untuk kami sekeluarga. Insya Allah. AMIN.

 Perasan bongsu  

 Habis beranilah konon
Menjerit2 suruh amik gambar diorang
Sambil amik gambar kena jerit sekali "Kalau jatuh.. mama tambah cubit yeee"
+
 Muka toya. Biasalah pagi-pagi nak tidur berpeluk dengan mama je tau 

 Si sulung dan si Bongsu. Love both  

 Ada kolam utk budak2 kecik. Okla senang hati mak-mak yg datang. 
 
Okey meh share tempat kami makan malam pulak.
 
Kat Royal Belum susah nak cari makan..  Tak macam di Taman Negara - Kuala Muda. Banyak sangat pilihan. Kat sini cuma ada di houseboat ini yang mana ramai tak tau. Ini pun husband borak-borak dengan guard hotel. Guard tue yang bagitau kat husbd.  Ada lagi satu tempat makan di Belum Cafetaria - Belum Discovery. Lagi satu tempat makan di jeti. Jeti pun tutup jam 9mlm😣. Mungkin kebanyakan stay di houseboat bukan hotel.
 
Houseboat maksud saya adalah jika nak masuk royal belum ramai yang sewa satu houseboat beramai2. Dalam houseboat max boleh 25 orang.. Tido situ.....masak situ . Mandi situ.. Segala2nya di houseboat.. Nak Ronda perkampungan org asli, pergi waterfall, trekking semua dengan houseboat. Kalau tinggal di houseboat so masak sendiri je dalam houseboat. Kami tinggal di hotel so mengagau cari makanan luar. Makan hotel boleh tapi dah datang tempat mcm nie mestilah nak rasa makan makanan special kat sini. Alhamdulilah dipermudahkan..
 
Semalam kami dapat mkn di houseboat. Houseboat yg nie tak sama dgn housebot sewa meronda kat Royal Belum.. Houseboat nie memang tempat tinggal. Memang rumah pun.. Owner tue tinggal sini dengan family dia. Tukang masak isterinya.. Anak2 dia pun ada.. Memang macam makan kat dapur rumah orang  je gayanya haha..
 
Owner houseboat nie pun tinggal kat sini. Selain buka kedai makan diorang jugak bukak kedai runcit. Ramai orang asli beli barang kat sini. Owner houseboat nie cuma masak by request. Owner nie pun ada open tempat bermalam. Paling murah rm90. Paling mahal RM250 sebab siap ada aircond. Tapi janganlah korang harap gayanya berbintang2 mcm hotel kat bandar tueee.
 
Btw ikan tiga rasa tue ikan sungai tauuu.. Sedap manis gebu.. isi mcm rasa ikan terubuk yg besar. Ada tulang tapi tak sebanyak tulang ikan terubuk. Kat sini takde lauk laut mcm udang sotong.. Yg ada ikan sungai dan ayam sahaja..
 
 Putih gile isi ikan. Memang fresh!

Kat houseboat nie siap ada musang. Tue adam mengadap 2 ekor musang le tue.  Saya punya lah risau sebab Adam buat musang tue macam kucing. Adam asik hulur tangan dalam sangkar musang tue

Houseboat nie jual barang2 basah. Ramai orang asli beli keperluan dapur di sini. Ada ikan ternak dalam sangkar. Owner siap suruh saya pilih ikan dalam sangkar tau. Tapi takpelah saya dapat dah ikan idaman saya dlm icebox. Masih fresh walaupun beku. Masa tunggu makanan siap anak owner tue sibuk membasuh ikan.. Ikan puyu kot.. Tak lama lepas tue anak owner tue dapat prancing 2 ekor ikan talapia. Memancing siap pakai lampu suluh kat dahi. Amana siap cakap "hebat lah budak tue macam2 ikan dia kenal. Amana satu ikan pun tak kenal" Saya gelak kan Amana "apa yg amana tau? Amana tau tik tok.. Fb.. Instagram.. Video cartoon"  Tak nak kalah amana jawab "mama lah.. Sapa suruh beli umh kat Bandar.. Beli lah tepi sungai" 😝😝😝



 

 
Risau bawak budak2.. Diorang mmg suka sgt kat sini. Melompat. Lagi bergegar lagi diorang suka😑

Nampak tak contact no tue. Kalau nak datang makan atau nak Tanya bilik boleh call
 
 Okey meh citer waktu balik KL pulak..Masa balik singgah makan kat Restaurant Tasik Raban. Tempat nie lengkap semuanya. Ada surau dan toilet juga. Dah mcm RnR. Kalau waze pun ada.
 
 
Saya ambil ikan sungai.. Memang ikan yg di bakar semua ikan sungai. Kalau ada pun ikan siakap sahaja. Ikan saya ambil nie tak silap namanya kolabo. Sedap cuma saya dah biasa makan dengan kicap cili jadi kurang kick utk saya bila makan dgn kuah asam yg tak pedas. Husb pulak cakap sedap. Bersungguh2 makan siap bertambah.. Anak2 makan lauk masing2 lah.. Adam je dia buat taktik tak nak makan dia pergi letak air laici dalam pinggan dia. Setel! Takde can mama dia nak paksa makan. 
 
Sekianlah citer jenjalan kami sempena cuti sekolah. Bertemu lagi di cuti yang lain.. Kalau dilapangkan rezeki insya Allah kita jenjalan lagi. Takde rezeki kita duduk umh sebab duduk umh pun aktiviti kita anak-beranak memang penuh. Oh BTW Arief dah masuk kelab bola. Kalau rajin mak 4 anak nie share ye... Tak janji dan tak tau bila haha
 
 
 






Tuesday, March 12, 2019

Baiklah diri suami sebelum jadi spt cerita ini. Pergi tak kembali

"Hai Nad. Saya start follow kau since September 2018. I've been thinking a lot about this and now finally saya ada keberanian untuk share my story with you. I saw what you posted. You're very motivated. Remind me of my ex-wife. Hope you ada masa untuk kita chatting." - Ben (bukan nama sebenar)

Dalam akal saya, ini kali ke 9, lelaki bercerita dengan saya kisah hidup mereka. Selalunya mereka akan bercerita tentang masalah kewangan dan beban tanggungan keluarga. Tapi kali ini, kisah yang menyentuh hati saya dan cukup buat saya tersentap. Thank you Ben for letting me share your story. Jika kau baca posting ini saat ini, doa saya kekal bersama kau.

Hai Nad. I'm Ben. Nama Ben tapi saya Muslim. Ben itu cuma nama glamour la katakan. Saya dah lama menetap di Sabah since 2009. Dah macam orang sini rupanya tapi slang Tanah Melayu itu masih lekatlah. Hehe! Saya rasa kau boleh agak apa kerja saya, kan? Posting sana sini. Beruniform. Ya, saya Abang Polis.

Short story, saya baru ceraikan my ex wife which is seorang Mualaf. Saya ceraikan dia masa bulan Mei 2018, 4 bulan selepas itu saya follow your Facebook atas suggestion one of my friend. He said, follow FB Natalia Aivy Dibit, she's a writer, she write about real story, she can be a good listener too.

Okay back to story. Saya ceraikan dia sebab dia kena diagnos oleh doktor pakar sakit mental dengan MDD (Major Depressive Disorder) and AD (Anxiety Disorder). She been follow up under Hospital Mesra Bukit Padang. Masa memula kenal, dia tak menampakkan langsung ada masalah benda ini until one day, selepas 2 tahun kami berkahwin, she changed a lot. Kami dah usahakan untuk kaunseling, doktor pakar juga ada buat family conference tapi hati saya dah tertutup untuknya. Forever. She's a 'Mayat Hidup'. Saya jadi tawar hati bila dia mula ignore saya. Ignore what I want. Saya ke tempat kerja tanpa diurus. Saya hidup jadi bujang balik sebab ada isteri, tapi isteri 'Sakit Otak' dan saya juga mula 'sakit' batin menahan diri. I'm a man. Yes, I need to blow out my desire and my wife always rejected me. Bukan sekali, tapi setiap kali. Saya dah pujuk, jaga makan minum, saya dah macam orang hilang akal. She keep ignoring me until satu malam saya marah, I hit her. She cried. Two days later, I received call from hospital, my wife admitted sebab suicidal attempt. She tried to cut her wrist and throat. Masa itu, saya rasa marah sangat-sangat. People saw me as a failed husband. Husband yang tak mampu jaga wife. I called her parents, I want her to balik kampung and rest there until semuanya lega. Tapi saya lupa. Lupa bagaimana peritnya kami mahu berkahwin dulu. They rejected my call. Oh damn.

My wife, work as a public officer too tapi lain sektor. Dia diberi cuti tanpa gaji untuk berehat panjang. So, dia harapkan gaji saya sajalah untuk makan minum semua. Saya terbeban. Semuanya berubah 360°. Masa sesi kaunseling pun my wife tak bagi banyak respon. Sampai doktor kata, saya tak nampak ini masalah rumah tangga. Saya pun tak tahu apa masalah sebenarnya. I'm clean, yes, wife saya yang bermasalah. Tapi saya ini mudah benar lupa. Dan sekarang, saya menyesal dan saya mahukan dia kembali. This is what happened when kau dah terbiasa 'main luar' kau rasa seakan kau tak salah apa-apa pun. Yup, sebab saya tak pernah kedapatan oleh my wife. Kami tak pernah argue pasal cheating. That's why saya tahu my 'game' akan selalu selamat.

Semuanya terbongkar bila hari saya jatuhkan talak, she cried infront of me. Itulah pertama kali saya nampak dia betul-betul menangis dan macam orang nak putus nafas. And guess what Nad, malamnya saya lagi menangis. Stupid, kan? And now, mesti orang akan kata, padan muka kau. Dalam sedu dia luahkan semua dan saya takkan lupa sampailah sekarang.

"I know this day will come. The day you let me go. The day I become your ex. Saya dah penat berjuang. Saya keguguran 4 kali masa kita kahwin. Saya operation cyst 5 kali, 5 kali itu juga saya dibius penuh. I lost both side of my tube and my left ovary too. And now saya kena sahkan ada kanser serviks stage 3. Tambah lagi dengan depression & anxiety. And you're leaving me. My family buang me since kita kahwin. I convert into Muslim, you never guide me how to attempt prayer, how to mengaji. I go by myself. Saya belajar sendiri dan itu pun bila saya ajak solat sama, you prefer to stay sleep and biarkan solat subuh pass by. Your mom never like me. She likes your ex fiance a lot. She attacking me. She asked me to stay away from you. Dia kata saya bawa sial. Dah kahwin tapi tak preggy lagi. Abortion memanjang. Cyst memanjang. Lastly, apa saja yang tinggal inside my rahim hanya untuk buat you keluar masuk your d''k. I asked Allah, why ini jadi, why?! My husband said Islam itu indah tapi why he never guide me? I lost and thanks to your ex fiance, she asked one of her friend which is ustazah to guide me here. Hari ini when you lepaskan saya, remember, jangan tangisi saya. You called me mayat hidup infront of your ex fiance. She's pretty, kerja lawyer lagi. I know you ada contact dia. I know you ada balik KL and jumpa, makan with your family. She's an angel. Tapi you silap, Ben. Kami ini wanita. Kami tak menjatuhkan sesama diri. Kau lupa dia educated. She fly to Sabah and cari saya. She cried and minta maaf. She pay for my operation masa di Gleneagles. She pay everything sebagai tanda maaf. Dia kata, dia tak tahu saya sakit dan sengsara. Dia cuma tahu kisah saya gagal jadi wife yang baik. Until one day she korek about me. Allah maha besar. My boss, cousin dia. She melutut infront of me minta maaf, she cried minta diampunkan, she kiss my leg, hug my leg. She return me back your ring, ring yang you beli harga ribu ringgit masa di KL. Dia kata both of you ada plan untuk bercuti ke New Zealand, together with your mom. She give me the ticket, she changed to my name. And now saya bagi balik tiket ni. Pergilah. Saya tak layak untuk benda ini. Saya tahu kau dah susah payah nak lepas ke luar negara. Kau turun naik sana sini untuk pelepasan anggota ke luar negara. Sedangkan masa kita kahwin, saya nak bawa kau ke London, kau cipta macam-macam alasan. Pergilah and have fun there. Tapi, jangan rindu saya pula. Saya bukan sesiapa. Kereta yang selama ini saya bayarkan and your big bike, it's okay, saya dah settle kan semua. If you nak bayar balik, terpulang. Segala apa saya spend untuk kau, saya halalkan. I wish you all the best, Ben. My previous religion taught me, love your enemy, forgive others who hurt you. And kerana cinta, I left everything behind. I follow you but saya sedih bila kau tak pernah nak guide saya. Saya gagal tunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam dan gagal jadi isteri yang baik. Saya minta maaf, Ben."

She walk away and never turn back.

Saya tangisi benda ini since May 2018 until today. I tried to call her, unreachable. I ke tempat kerja dia, she's not there. Her boss kata dia dah urus for early retirement. Saya jadi macam orang hilang akal. Saya pernah tunggu dia di Hospital Likas sebab kawan bagitahu sanalah tempat pesakit kanser akan kemoterapi. But, she's not there. Saya cari di Gleneagles juga tiada. Mana-mana hospital swasta pun tiada. I called her family member, macam biasa, tak berjawab.

Until one day, I saw her poster out of hotel. I shocked. A hijabi. I looked at the name. It's her. Yes! Memang dia. I contact the number appeared. It's a seminar. Macam talk for women future. I buy a ticket and attend the event just sebab nak jumpa dia saja. Seminar itu khusus untuk pasangan suami isteri. Tapi ada juga yang datang as single parents. Sepanjang seminar itu, saya mencari mana dia. Until the MC called out her name to be one of the speaker that day. Allahuakbar. She walk from behind dewan and to the stage. She's not the same anymore. She's wearing an off white jubah with shawl. She walk with a million smile on her lips. She wearing a light makeup but her true origin Kelabit faces yang memang cantik takkan pernah tenggelam. She tunduk and ambil microphone from the MC.

"Assalamualaikum, bersyukur ke hadrat Ilahi, kita bertemu hari ini. Alhamdullilah, segala puji bagi Allah."

I cried. Kenapa kali ini cara dia sebut Allah betul-betul buat saya tersentuh. Nasib masa itu my seat agak jauh ke belakang dan tepi dari stage. And I used hoodie. Saya fokus habis masa sesi dia. She talked about her life. Saya tunduk. Tapi satu pun dia tak keluarkan tentang apa saya lakukan padanya. Allahuakbar. Dia cuma kata ;

"I know that day will come. The day my husband will get tired of me. The day I will become mayat hidup for him. Saya takut mahu bercerai. Siapa tak takut. My bestfriend kata pada saya, jangan biarkan dia ceraikan kau. But, I want him to be happy. I want him to have his own darah daging. Zuriat, I mean. And the day came. Aku ceraikan kau dengan talak 3. Saya kumpul keberanian untuk kata, be happy without me. Saya sempat buat lawak kata nanti jangan rindu saya. Dia suami yang baik and he deserved better. I always pray for him sehingga ke saat ini pun, saya selalu berdoa untuknya. Dia police officer, a tall tough guy. A great guy I've ever met."

And the crowd applause. Ada lelaki duduk sebelah saya kata sambil tepuk tangan dia berbual dengan kawan dia "Sekarang mesti laki tu menyesal kasi cerai dia. Talak 3 lagi tu. Nah, kotoh! Kalau perempuan lain di kasi buruk sudah kau di FB, mana mau jumpa malaikat macam ni. Baik, cantik lagi, sudah tu mualaf lagi. Sudah kau talak dia, masih dia puji kau. Gila talak la laki dia ni kalau nampak dia sekarang. Ada kau nampak gambar dia before after tadi tu, gila! Sejuta kali berubah." Saya terdiam. Benar, saya menyesal.

"And my bestfriend, kita jumpa atas kehendak Allah. Allah pertemukan kita. Saya anggap kaulah malaikat yang Allah turunkan untuk bimbing saya sehingga ke hari ini. I become speaker for pertubuhan wanita, NGO, college and many more. Dari seorang mualaf yang sesat, she drive me to a beautiful way of life. She's the one who belikan my first shawl. Jenama Duck pula tu. Dia yang pakaikan. Dia yang selalu ajar saya mengaji. Please babe, come infront. I need you here to be with me. My bestfriend, merangkap my manager."

All the crowd clap their hand. And that time, I shocked. My ex fiance. Bestfriend yang dia maksudkan itu my ex fiance.

Bila saya melihat apa Nad selalu post, saya percaya kuasa wanita bila bergabung, tiada apa yang boleh mengubahnya. And saya tak tahu nak kata apa lagi. Saya tangisi semuanya sejak hari itu. Habis seminar itu, saya cepat-cepat keluar. Saya malu kalau dia nampak saya. Tapi saya salah, dia memang tahu saya datang. Dia panggil saya masa seminar dah habis. Saya terkejut. Dia kata dia dapat tahu saya ada datang hanya selepas talk habis. My ex fiance yang beritahu dia selepas mereka susun nama peserta untuk pengagihan kit. Dia minta maaf sebab sebut pasal saya dalam ceramahnya. Saya tak mampu kata apa-apa. Saya tahan airmata saya tengok dia depan saya. An angel. A very beautiful lady. Saya rasa macam nak peluk, cium dia. Tapi saya tahu, dia bukan milik saya lagi. Saya hulur tangan mahu bersalam, she tunduk. Allahuakar. Dia jaga tertibnya dengan amat baik sekali. Peserta lelaki yang lain juga dia lakukan begitu. Hanya tunduk dan tersenyum.

"Apa khabar sekarang?" Soalan pertama saya selepas lama tak jumpa.

"Alhamdullilah, Allah sentiasa ada dengan saya. Masih ongoing chemo. Botak dah ni. Kalau buka shawl ni, macam alien kot rupa." She laughed.

Ya Allah. Memang cantik kurniaan-Mu. Setiap sisi wajahnya saya tatap. Mahu saja saya belai dia kembali. Kami sempat berbual tentang kerja. Itu sahaja. She busy sebab ramai peserta mahu bergambar dengannya. Dia minta undur diri dari saya. Saya angguk. She walk away for the second time tapi kali ini dia menoleh.

"All the best, Ben. You know I will always pray for you. Fighting!" Dia angkat tangan tanda Fighting pada saya. Saya tersenyum.

Saya berlalu pergi dengan tangisan. Saya menangis sambil drive. Saya drive tanpa hala tuju. Saya tak tahu nak ke mana. Hanya wajahnya bermain dalam akal saya. Rindu. Dan mungkin inilah yang dikatakan jatuh cinta kali kedua dengan isteri sendiri tapi... dia bukan saya punya lagi.

Saya follow perkembangan dia. Dan February 16th, 2019, she left me forever. Gone but never be forgotten. Saya sempat jenguk dia since dia terlantar on December 2018. Hari-hari saya datang. Dia masih senyum, masih sambut saya dengan baik. Masih mahu berbual dengan saya. Dia sempat tunaikan permintaan saya. Saya mahu dengar dia mengaji. Menitis airmata saya.

Dan tinggallah saya, merinduinya setiap masa. Penyesalan yang takkan pernah ada penghujungnya. Saya tahu, bila kalian baca kisah ini, kalian sendiri tahu apa pengajarannya. Buat para suami, jika hari ini isterimu jelek, dandanlah dia. Jagalah dia sebaiknya. Jangan jadi seperti saya. Merindui tanpa penghujung. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi, arwah tak pernah buka aib saya. She's an angel. Saya utamakan kehendak saya sahaja tanpa melihat kesengsaraan dia.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku.

Al-Fatihah, my angel, my muchi, my sweet pie and my wife. Yes, you're my wife, forever.

Aku akan setia mencintaimu. Bimbing aku jadi sepertimu. Kita jumpa nanti that time, izinkan aku lamar dirimu sekali lagi dan biar aku jaga dirimu selamanya.

Dari FB Natalia Ivy Dibit