ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, January 7, 2020

Kem Cuti Sekolah di Madrasah Darul Atiq

Hampir 2 tahun kami menunggu nak hantar anak2 ke sini. Kali pertama tak dapat hantar rasanya masa tue husbd tak ada di rumah kerja luar. Kali kedua husbd dengan Arief pergi tunaikan Umrah.

Alhamdulillah tahun nie Allah izinkan. Dapat lah kami jumpa Ustaz Azizan untuk bincang kan hal selanjutnya selain urusan kem cuti sekolah nie.

Moga2 Allah pandang usaha kami untuk urusan agama anak kami. Syukur alhamdulilah Allah bukan jalan. Syukur Allah lorongkan hati suami Dan saya ke jalan2 begini di usia meniti 40. Kalau saya atau suami sorang mungkin jalannya agak sukar..

Tapi saya percaya kalau Allah berkehendak walaupun kita sorang tetaplah Allah bukakan jalanNya.

Perjalanan kita tak sama. Ada yg dari muda2 sudah Di jalan agama. Ada yg dah meniti usia 40 baru bermula. Ada yg bermula dari muda Tapi diuji dipertengahan dengan ujian dunia dan tergelincir.. Bertatih semua untuk menapak dengan beban dosa di bahu. Apa kita tahu? Apa hak kita menilai?

Sebab itu faham Sgt bila melihat ada rakan2 yg sukar istiqamah dlm perubahan. Mereka Cuba.. Jatuh.. Cuba lagi dan lagi.. Jalan Allah itu luas.. Dia tetap menunggu.. Jangan lah kita berputus asa..

Saya sendiri nk melabuhkan tudung entah umur berapa.. Sekarang nak istiqamah stokin dan sarung tangan pun pakai cabut pakai cabut.. Ya Allah.. Susah sungguh.. 


Budak dua orang nie bukan kira..panas terik pun diorang main jugak





Aman memandang.
Pertama kali datang sini dah rasa "sesuatu". 
Kali pertama kami datang gelap-gelita sebab sampai malam.


Masa tue tak tau jalan.
Keluar dari rumah lepas asar.
Sampai sini dah nak habis Magrib.
Bayangkan follow waze tiba2 waze tue tak bergerak2.
Aduhhhh kiri kanan hutan.

mak Amana nie Penakut ya rabbi. Saya tutup semua tingkap keta. Tak pandang luar pun. Anak bukak je tingkap kena marah. Nie semua angkara cerita kereta kodok kuning lah. Dari kecik semua dok citer hantu kodok kuning tue😅..
Alhamdulillah sempat kami solat magrib. Sempat kami dengar tazkirah Ustaz Rizam. Balik rumah Puas hati. Bila saya Tanya bila nak dtg lagi? Suami cakap nie dah gaya balik kampung nie.. Haha.. Almaklum kami dua2 org kl dan Selangor je. Pg umh mak /mak mertua dlm sejam dah sampai.. Datang Darul Atiq lebih 2 jam 😆Suami cakap "nanti kita dtg lagi htr anak2"
Ye betul. Sampai juga kami kali ke dua hantar anak. Hantar amirul arief. Dia yg beria mintak dan bapaknya pun nak hantar.


 Arief memang mudah dapat kawan. Nie masa mula2 datang. Ustaz dia hantar gambar
Muka macam sedih lagi. 


 Nie dah happy dah jumpa kawan satu geng le tueee



Ustaz hantar gambar Arief ❤️❤️❤️
Wowww makan dalam talam.
Balik nanti memang Arief suruh semua semua makan dalam talam nampaknya.

Ustaz bagitau.. Arief siap jerit suruh tambah Ayam.. Haishh Arief kalau tak buat selamba dia memang tak sah.. Dia ingat kedai mamak keeee?

 Kawan baik dia..  Kem dua minggu. Lepas seminggu saya datang. Alhamdulilah Arief happy je..

Kami sampai waktu Asar. Jadi suami Dan anak2 lelaki terus pergi surau. Saya tak solat kat surau sebab penuh budak2 lelaki. Tak lama lepas tue Husbd siap msg Tanya mana Arief sebab tak jumpa Arief kat surau. Rupanya Arief bantai tidur tengah2 surau. Selamba badak dia je. Ustaz bagi tazkirah wirid dia tidur. Adohaii Arief.

Masa Arief jumpa saya.. Arief peluk saya. Tak nangis pun. Setitik air mata pun takde 😉. Dia sibuk kenal kan semua kawan2 dia. Kawan dia pun ada sorang tue melepak je dengan kitaorg. Tengah lepak2 dengan saya.. Arief boleh cakap 


"Mama abang nak pegi tangkap belalang. Mama nak balik boleh je. Jangan risau abang OK kat sini. Seronok. Jumaat nanti amik abang ye"

Belalang? Haha. Dia suruh mak dia balik sebab nak tangkap belalang? 😆😆😄
Suara Arief serak. Bila saya Tanya kenapa sura takde nie.. Kawan dia cakap sebab menjerit tangkap belalang...
Eloklah Arief. Mama memang tau Arief memang sesuai tempat2 nature mcm nie. Dia nampak hp saya pun dia tak heran. Belalang lebih utama dari mak dan handphone😅😅



Alhamdulilah minggu ke dua  , imam ke dua saya nie dijemput balik semula ke rumah
Saya sampai je nampak Arief berlari keluar pintu besar madrasah. Pergi area kolam. Saya tak bagi husbd keluar. Saja nak perati apa budak nie buat. Ada kawan dia ikut.. Tiba2 je Arief sedar keta makbapak dia dah sampai. Terus dia datang.


Mama, tunggu kejap. Arief nak tangkap labi-labi.
Haha.labi-labi pulak. Hari tue belalang.😜

Mama, ada orang curi barang. Abang dapat tangkap budak yang curi barang abang tue.
Budak tue curi apa?
Dia curi belalang yg abang tangkap tue!! Abang nak bagi mama. Abang tangkap belalang kayu, askar, paku, tanduk, harimau, Air...Dia pegi lepas kan belalang abang. Penat abang tangkap tau.
Eh camana abang tau nama belalang tue?
Oh abang tengok bahagian atas dia.
Belalang tue pakai name tag ke? 🤣🤣🤣
Abang taulah. Mama mana tau tangkap belalang.
Yelah. Yelah betul lah tue nama belalang tue.
Mama, abang tangkap ikan haruan. Banyak tau. Ikan haruan tue jilat tangan abang. Abg tangkap Guna bakul.
Mana dapat bakul tue? Ustaz bagi ke?
Tak lah. Abang jumpa kat hutan.😳
Kalau biar kat hutan nie boleh jadi tarzan🤣

No comments: