ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, July 7, 2019

Mudah melebel nuzyus

Melabel nusyuz itu mudah, memahami perjalanan jerih perih seorang isteri yang akhirnya dilabel nusyuz itu sungguh berat untuk dilakukan.

Asal keadaan seorang isteri pada detik dinikahi adalah taat.

Tahukah anda, sekurangnya ada dua punca yang mendorong isteri menjadi nusyuz:

1. Kerana beliau jahil tentang apa yang diperlukan untuk menjadi baik dan taat.

2. Kerana dinafikan keperluan asas zahiriah dan batiniah oleh si suami secara berterusan. Maka ini mencabar naluri kemanusiaannya dari terus bertahan, beliau memberontak dan meronta minta difahami serta dikembalikan haknya. Keperluan zahiriah ini termasuklah apa-apa keperluan asas yang seharusnya diterima bagi meneruskan kelangsungan hidupnya seperti nafkah makan pakai dan tempat tinggal yang bersesuaian dengan kemampuan suami dan taraf hidupnya.

Dia juga dinafikan keperluan batiniahnya termasuk bimbingan, didikan ,tunjuk ajar serta teguran secara berhikmah setiap kali membuat kesilapan atau kesalahan yang datang dari kejahilan beliau, atau perbuatan tanpa sengaja mahupun oleh kerana keletihan fizikal, mental juga emosi.

Istilah nusyuz itu memang benar ada. Namun seharusnya ia berguna untuk sang suami menjadi lebih ‘alert’ lantas mengambil langkah membetulkan kembali tingkah laku derhaka si isteri.

Bukan sebagai justifikasi penyedap rasa untuk si suami membuangnya.

Setiap suami itu samada dia suami yang masih muda ataupun sudah tua berusia, menceraikan isteri nusyuz di dunia memang melegakan, namun di akhirat Allah akan tanya kembali, apakah yang telah kamu lakukan hingga menyumbang pada nusyuznya isterimu, dan apakah yang kamu telah lakukan atau tidak lakukan bagi menarik kembali isterimu ke jalanKu?

Allah telah berikan kamu kuasa dan ketika itu Allah mahu kamu jelaskan bagaimana kamu menggunakannya?

#kaunselingSAS
#repost

No comments: