ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, August 2, 2021

ALHAMDULILAH SELESAI DENGAN IZIN ALLAH - PROJEK SUMBANGAN EN PAPA


assalamualaikum semua
dah dekat sebulan tak update blog 
last entry hari itu adalah tentang projek sumbangan En Papa
So marilah kita update serba sikit ya
Saya tak letak banyak2 gambar 
Apa yang ada je ye
Sebagai tand aprojek nie dah selesai

TQ pada member2 FB saya yang turut sama menyumbang
pada family yg menyumbang juga
Ada kawan rapat dengan En Papa di pejabat pun menyumbang

Alhamdulilah
Pengalaman yg sangat seronok bila terlibat dengan projek amal mcm nie
Tapi saya awal2 dah buat reminder hanya yg percaya pada saya je boleh joint
Haha..
Maaf ye saya bukan jenis usung camera snap setiap muka penerima ye..
Kita kena jaga maruah penerima
Yang edarkan nie adalah orang kampung di situ

Alhamdulilah kutipan hampir 3k dlm masa 2 hari sahaja
Lepas tue lockdown.
adoii
kami sasarkan boleh dapat kutip lebih lagi sebab ramai kawan FB saya yang masih nak joint tapi saya dah close.

Kami tak nak simpan duit sumbangan kawan2 lama2.
Cash rm700 kami beri pd geng infaq untuk uruskan sumbangan ayam mentah. Kami tak dpt uruskan sebab lockdown.







Status geng infaq En Papa tue
Alhamdulilah hasil kumpul duit kawan2 yg baik budi 100set barang dapat disediakan
Semoga membantu mereka yg terjejas
 


PM dari geng infaq En Papa

Abang nie kawan FB saya. Saya ingatkan perempuan rupanya lelaki. Haha

Lepas dah jumpa baru tau lelaki. So En Papa lah handle lepas tue.

Saya borak2 dengan wife dia je

Kami dpt kumpul 3K. 

RM2300 kami pergi beli barangan kering . 

RM700 kami minta abang tue uruskan belikan ayam mentah untuk orang kampung


Status saya close kutipan. Esoknya lockdown. Kami tak nak simpan duit orang lama2



Sy up status lagi sebab kawan2 masih nak beri sumbangan. 
Kami dah kelamkabut sebab tak sangka esok nak lockdown






Bawak 2 kereta.  mana muat satu keta

Keta MYV. Keta  antik. Keta masa kami baru2 kawin dulu. 



Tempat pengumpulan barang2 infaq. 
Area Kampung nie. Nama kampung je dah buat saya gelak dengan Amana. 
Nama kampung mcm dalam drama tv hahaha
Semoga kereta kami nie dapat banyak buat projek amal lagi.


Antara barangan infaq


Betul2 berterima kasih sangat pada kawan2 yg sudi bersama2 infaq .. Infaq kawan2 tue dapatlah beri setiap keluarga.. Rasanya dpt beri hampir 100 family satu set lengkap.. Maybe lebih sikit..
1 botol minyak cap seri murni/ buroh
2 tin sardin cap ayam
1 pek mehun cap faiza
1 pek jumbo megee cap sedap
1 kicap jalen
1 cili boh Enaq
1 tin susu Teko
1 ekor ayam mentah
Bagi keluarga yg perlu pula boleh ambil tambahan
- tuala wanita
- pampes bayi
-susu bayi

Barang2 ini bukan dari infaq kawan2 tau.
Ini adalah barang2 yg dibeli sendiri oleh geng infaq En Papa tue.
Ini sahaja budget mereka untuk diberi pd mereka yg memerlukan.
Alhamdulillah sumbangan kawan2 tue dapatlah menambah barangan yg ada nie.
Tapi saya letak je watermark saya sebab tak nak disalah guna.
Masa diorang nak keluarkan barang2 yg kawan2 infaq dari kereta saya.. Abang tue terus tergelak bila nampak kicap.. Saya terus tanya kenapa bang?
Abang tue jawab "ya allah.. Betul2 rezeki nie. Tadi kami nak beli kicap tapi budget kami dah habis"
Rupa2nya yg mereka dapat beli dari budget mereka hanya barang2 asas sahaja dlm gbr nie.. Hanya ada beras, telur dan gula..
Sebak tau bila En Papa tunjuk gbr nie.. Nie yg diorg beli.. Memang barang asas sahaja kan?
Rasa berdosa sgt kalau saya ignore je bila saya tahu hal mcm nie..


Status rakan FB saya  yg membuatkan saya dan En papa tak boleh tidur malam 
Terus En Papa pergi beli barang2 sendiri
Bila tengok En Papa bersungguh2 nak tolong kawan Fb saya
Itu yg saya terus war2kan di FB saya
Alhamdulilah kawan2 FB saya ramai baik2
Kebanyakan yg sumbang nie saya tak pernah jumpa tau
Terima kasih atas kepercayaam
Walau kita hanya bertemu di FB
Sebak.. 


Entah berapa troli kami ulang alik
Saya dan En Papa je
Amana jaga adik2 di rumah


Nie sebahagian yg tinggal.Ada yg dah bawak keluar

Ala bongsu bucuk mama nie. TQ jadi anak baik. Tak banyak kerenah sepanjang papa dengan mama uruskan sumbangan nie.





Nie geng-geng infaq En Papa
Geng tabligh ke?
Apa lagi bang pgla khuruj
Saya dah biasa jaga anak2 sorang hahahahaha


SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA YANG BERGERAK ATAS JALAN AGAMA.
INSYA ALLAH



No comments: