ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, November 10, 2015

Adlan Khairy Yang Istimewa


assalamualaikum semua
ada yang masih cuti ke
jomlah citer tentang khairy yang special
hari2 citer business muak jugak haha
tetiba je cakap muak
bukan saya yang muak
takut yg membaca yang muak haha


  gambar nie masa nak pergi sepupu kawin
dah agaknya anak bongsu
walau banyak lagi ruang kosong kat seat belakang nak jugak menyempit kat mak
dah duduk depan tangan tak reti duduk diam
kejap2 dia tekanradio
kejap lagi tekan air cond
kejap lagi masukan duit siling dalam tempat air cond
haishhh

 
 kalau free saya memang habiskan masa dengan anak2 kat padang
walau badan rasa letih sangat
tapi kalau letih tue masih boleh tolarante lagi
saya gigih teman diorang kat padang


si khairy nie memang budak gigih
saya nak dukung dia ngamok2 nak naik sendiri
baguslah nak
kena gigih jaga diri sendiri
esok lusa kalau mama tak ada
khairy tau bawak & jaga diri
 
sukalah sangat tengok khairy ketawa macam nie
macam takde masalah je
seronok tengok anak ketawa
biar kita jadi mak nie nangis
jangan anak yg nangis
betul tak?
 
mulus je muka
puji anak sendiri :p
nak puji anak siapa lagikan?

khairy belum pandai cakap sangat
so kalau dia nak sesuatu yg dia tak reti cakap dia melalak2
yang mana saya memang tak tahan dengar dia melalak
jadi stress dibuatnya
pastu siap buat gaya sesak nafas 
haiiiiiila anak...

semalam saya tengah solat pun jadi tak khusyuk
saya solat kat tingkat atas
khairy kat bawah dengan amana
amana nak ajak dia main kat taman
khairy mengamok2
terdengar amana tanya banyak kali
 "nak apa ..nak apa..jomlah ikut kakak"
selalu kalau ajak main padang cepat je khairy sarung seliper
nie dia mengamok sangat mesti ada sebab
saya tau khairy lapar
mak khairy jugak yg paham bahasa khairy
dah saya yang jaga dia dari lahir
saya jelah yang paham :)

 
kekadang bawak kat stadium kajang tue
si amana sibuk naik basikal
si arief pun sama
si khairy naik niela
sambil mak dia remote dari jauh haha
nak mengayuh lum pandai

 khairy dah makin paham apa maksud online business mak dia haha
kekadang tengah tulis slip pos laju
khairy pegi kat tempat simpan produk2 tue
dia hulur satu2
adehhhh..pandai sangat nie
yela khairy ikut saya buat online business sejak dia belum boleh merangkak lagi!
ke pejabat pos, jumpa customer, jumpa supplier
khairy memang tak banyak kerenah 
cuma saya jarangla nak COD produk sangat sebab keadaan khairy tue
saya bagitau customer siap2 saya lebih prefer pos sebab khairy tak sihat
kebanyakkannya paham kecuali mak kasim selamat tue haha
takpe itulah pengajarannya
yang kita nie meniaga bukan mengemis
dan saya belajar bertegas & kata tidak 

hidup nie kena ada priority
yang pertama mestilah anak saya terutama khairy yang "special"


1 comment:

aeinna Musa said...

Comeynye anak syurga ni