ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Thursday, July 14, 2022

MUDAHKAH BERHIJRAH?

MUDAHKAH HIJRAH?

Saya lahir KL. Besar di Selangor.
Suami lahir dan besar kl. 
IC kami anak beranak  semuanya 14 (KL)
Kami kerja di bangsar. 
Tinggal di Selangor kerana suami dari mula kawin dah bagitau dia tak suka anak2nya sekolah di KL.
Katanya dia dari kecil dibesarkan di KL dan lebih suka anak2nya duduk dibesarkan di kawasan yang lebih "aman".
Asbab dunia tipu-tipu..
Kami resign meninggalkan berbelas2 K gaji kami. 

Kami jual dua rumah kami. 
Tutup semua loan riba dan hijrah ke kawasan yg jauh beza dari tempat kelahiran dan kerja kami 

Hijrah itu tak mudah tuan-tuan.
Tak semudah disebut di mulut. 
Lebih2 lagi kalau kita berhijrah dengan anak2 sekali.  
Kalau hijrah suami isteri saja okey lagi..

Bila bawak satu family.lagi2 yang biasa selesa semuanya..semua itu perlu diambil kira.
Perasaan anak2.mental emosi anak2 sila amik kira.jgn ikut rasa kita sahaja.

Dan bila ingin hijrah itu perlulah atas persetujuan bersama. Jgn memaksa pasangan anda yg tidak mahu. Nanti berlaku konflik rumahtangga. Dapatkan restu ibubapa. 
Di pihak saya, ibu saya menyokong penuh hijrah ini.
Di pihak suami, suami selesaikanlah dgn ibunya.
Hijrah ini suami yang tekad ingin melaksanakannya dan sy sebagai isteri menyokong kerana ia banyak memberi kebaikan pd masa depan agama kami dan anak2.
Juga setelah mempertimbangkan faktor2 yang memaksa keputusan hijrah ini direalisasikan segera.

Alhamdulillah hijrah kami dipermudahkan kerana "hijrah tempat" kami mungkin berlaku tahun ini tetapi "hijrah gaya hidup" kami telah lama kami buat.

Saya telah berusaha meninggalkan& menyelesaikan riba bertahun2.. 
Suami pula tidak dibenarkan menambah riba.

Kami telah didik anak2 kami hadir kuliah sejak anak bongsu masih bayi siap bawak alas tido baby. 
Anak bongsu tue dah 6 tahun sekarang.  
Tapi jgn salah faham ye walau dah lama hadir kuliah kami tetap tak pandai lagi.
Banyak kena belajar 😓

Sekarang kami penuhi masa dengan hadir kuliah..bawa anak2.. 
Anak2 tak banyak cerita dan bantahan kerana dah dibiasakan sejak bertahun2 berada dalam kuliah. Malah hadir kuliah dan majlis ilmu adalah waktu yg sangat ditunggu anak2.

Anak2 walau makayah gaji berbelas2 K tak dibiasakan dgn branded item.
Bukan kaki ronda shoping complex.bukan kaki wayang.
Boleh makan mana saja hatta tepi pokok tepi parit.mudah dihiburkan walau di diy, nisson,kedai rm2.

Bab shoping complex ini..suami selepas beberapa tahun berkahwin dan ada anak  tak berapa gemar ke shoping complex.
katanya dia dah puas di zaman muda sebab dibesarkan di taman melawati KL. 
Makin berusia makin susah nak jejak kaki ke shoping kecuali setahun sekali utk beli baju raya.jadi anak2 pun jarang meronda shoping complex. Sy yg kadang2 bawa anak2 ke shoping complex itu pun memilih masa dan komplex.
Suami juga di waktu cuti sangat tak suka masuk ke KL kecuali ke rumah ibunya di Taman Melawati. Katanya cukuplah 5 hari bekerja merempuh sesak jam.
Tetapi jika suami diajak ke sungai hutan sangatlah suami suka.
Asbab ini juga anak2 mudah sesuai duduk di kawasan kampung kerana cara bapanya begitu.

Apa yg kami buat sebelum hijrah  ini bukan sebab kami memang rancang nak keluar dari sistem tapi terjadi secara natural sejak saya dapat anak maslah jantung dan  pulang umrah 2015.

Kami juga dah berulang ke tempat hijrah berbulan2 sebenarnya sebelum confirm pindah terus ke sini utk sesuaikan diri dengan orang dan persekitaran.
Dan sebenarnya kami kerap berulang ke sini pada mulanya untuk hadir kuliah agama.

Alhamdulillah urusan hijrah tempat dipermudahkan..
Walau dipermudahkan tetaplah melibatkan kesan emosi yg bukan sedikit kerana kami meninggalkan segalanya yg kami ada selama dua puluh tahun.
Kami org bandar nak sesuai dgn cara hidup desa.tak mudah.
Tetap ia melibatkan emosi dan air mata yg bukan sedikit..
Tiap kali hati sebak saya akan ingat hijrah Rasullulah dan sahabat yang lebih perit..

Insya allah jika diberi "rasa" ingin berkongsi tentang hijrah ini..saya akan share lagi..

Saya share hari ini pun asbab saya dah share perkara ini di comment seorang doktor yang sy hormati 



No comments: