ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, August 21, 2010

Ayam Masak Merah Versi Mak

Ok saya dah penat masuk GA jadi saya nak post tentang resepi pulak. Da lama tak post resepi.. Manalah tau ada kawan2 yang tak tau nak masak apa hari ini jadi  boleh guna resepi saya ne. Oleh sebab En.Papa suka semua jenis lauk yang warna merah AKA sambal2 jadi saya akan belajar berjenis2 cara masak sambal..hehe..ini bukan sambal tapi merah jugakkan???

Menu hari ini ayam masak merah versi mak saya..Saya ada versi MIL saya jugak nanti saya akan post bila ada gambar ye kawan2..


Ayam Masak Merah  Versi Mak Saya
Gambar ne baru je ambil 2 hari lepas 
Bukan gambar curik ehsan dari Goggle ye kawan2..


Bahan2(Untuk Setengah Ekor Ayam)
2 Tangkai Serai
1 Ulas Halia
1 Bijik Bawang Besar
3/4 Ulas Bwang Putih
Cili kering mengikut tahap kepedasan anda

Cara Memasak:
1.Mesin semua bahan di atas
2. Panaskan minyak dalam kuali
3.Tuang semua bahan mesin
4.Masak sampai bahan2 tersebut cukup kering dan berminyak
5.Tuangkan sos tomato sekucup rasa.Jangan banyak sangat nanti masam.Tambah air sedikit biar basah2
6.Masukan ayam yang telah digoreng.
7.Masukkan bawang sebagai hiasan + boleh masukan kacang peas
8.Siap dimasak.Angkat dan hidang
9.Burpppppppppp.Dah makan & kenyang

3 comments:

My Biz said...

wahhh menarikssss..lih kak ulin cuba,,, miss mesia dah ni...aduhai...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

hehe.. nanti ulin datang sini lagi.angah masakkan.. ayam masak merah + nasi tomato ok??

Liza said...

eh..hari ni nak cuba nasi tomato k!