ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Saturday, August 7, 2010

Contest Saya Sayang Adik

Saya join contest di atas anjuran mama ilah fazilah
Saya pertaruhkan gambar anak2 saya di bawah.


Anak saya Dalia Amana (3 tahun) dan adiknya Amirul Arief (9 bulan)

Ohhh cerita kasih sayang mereka:
Amana adalah anak manja kami. Sejak kehadiran Arief kami nampak api cemburu Amana lebih-lebih lagi Arief yang disenangi ramai kerana tidak banyak kerenah dan bayi yang periang. Seringkali saya lihat Amana menyalahguna kuasanya sbg kakak dan lebih besar dari adiknya. Senyap2 dia kerap menunjuk kuasa veto sbg kakak (eh ini bukan citer kasih sayang..hehe..baca lagi lum habis laaa...)  Tetapi disebalik api cemburu Amana terselit kasih sayang yang tak berbelah-bahagi seperti:

1)kalau kedua-duanya sedang tidur dan tiba-tiba Arief menangis terjaga ; Amana segera bangun sambil terpisat2 mengesat mata dan berkata" Dik..jangan nangis..kakak sini"

2)Arief menangis di dalam buai dan ketika itu Amana sedang tgok cartoon. Amana segera berlari ke buai dan segera mendodoikan selawat Nabi seperti yang saya selalu dodoikan tetapi saya tak tau apa biji butirnya cuma nadanya sahaja yang sama

3) Jika adiknya didukung oleh sesiapa selain saya dan ahli keluarga lain, Amana akan mengekori orang  tersebut sampailah Arief dikembali kepada saya kerana dia beranggapan Arief akan diculik oleh orang lain

4) Dan ini yang buat saya paling terharu.. Amana dan Arief tidur sambil berpegangan tangan... Jika terlepas tangan Amana akan terawang-awang mencari tangan adiknya...

Banyak lagi tapi itu sahaja yang dapat saya senaraikan...

3 comments:

Momma Mia said...

sweet la citer ni. Good girl la akak amana ni... good luck mama

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

TQ...

Iela Fazielah said...

salam terjah... cute betul adik beradik ni..suka tgk pic diaorg.. gud luck ye