ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, September 18, 2017

Penyelesaian PTPTN Mengunakan Akaun 2 KWSP - Part 1

 
 
 
 
 
Alhamdulilah
Alhamdulilah
Alhamdulilah
 
Berjaya melepaskan lagi satu hutang riba
Allah pemudahkan jalannya
 
PTPTN----> ditutup dengan Akaun 2 KWSP
 
"NIKMAT MANA LAGI YANG INGIN KAU DUSTAKAN"


Hutang Riba 1-Credit Card
Hutang riba ini paling saya teringin nak lupuskan
Credit Card nie berhantu
bayar-bayar tak habis
akhirnya
Credit Card saya selesaikan dengan cara fungsikan emas
 
 
 Hutang Riba ke 2-PTPTN
 
Dalam hati saya tidak tenang dan risaukan khairy
Allah "memaksa" saya menyelesaikan satu hutang
Alhamdulilah..manusia nie kalau tak ditekan memang bertangguh sahaja

Memang niat saya nak selesaikan PTPTN melalui KWSP...
Tetapi saya bertangguh kerana ada maslah untuk dapatkan TAC untuk proses I-Akaun
Berkali-kali buat melalui PC di rumah
Siap tukar no telephon husbd
Tak jugak berjaya
Saya dimaklumkan perlu ke pejabat KWSP untuk dapatkan TAC
Kerana itu saya bertangguh

Sehinggalah dua hari sebelum ke IJN dengan Khairy saya dapat "surat cinta berwarna merah" dari PTPTN melalui emel pejabat
Terus berdesup saya selesaikan untuk dapatkan TAC
Selepas dapat TAC buat permohonan pengeluaran PTPTN melalui I-Akaun KWSP
Sehari selepas itu saya kembali ke KWSP bersama full transkrip bukti dah setel pengajian dan thumprint
Dapatlah dokumen seperti dibawah nie

Alhamdulilah
Semoga permohonan pengeluaran KWSP untuk penyelesaian baki PTPTN nie diluluskan
Seronok juga selesaikan pinjaman PTPTN tanpa pinjaman yang lain atau berhutang dengan orang lain
Sendiri selesaikan terasa BANGGA!
Saya nak ringankan bahu saya dengan segala hutang
FOKUS KHAIRY SAHAJA

Saya adalah pembayar tegar pinjaman PTPTN melalui potongan gaji sejak mula dapat kerja
Tetapi pembayaran PTPTN saya terputus bila saya cuti tanpa gaji menjaga khairy
Jadual pembayaran saya tamat next year..lambat lagi tau haha
Tapi saya sukarela bayar awal
Malas nak fikir lagi
Lebih-lebih boleh keluarkan melalui KWSP
Hutang tetap hutang
Jangan buat-buat tak tahu
Jangan tangguh bayar sebab ada KOS PERKHIDMATAN/PENGURUSAN

TQ adik Nur Ammar Hafiz untuk segala perkongsian yang menimbulkan kesedaran bebas hutang dan riba
#PTPTN
 
 
 
 
JEMPUT FOLLOW
KOKOADIK BLOGSHOP- supplement dan produk kesihatan
KOKOADIK GOLD -  Pandora emas / Pandora Gold / Pandora 916
 
 


No comments: