ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, October 4, 2019

Sembang jumaat intan

Ramai orang salah faham tentang perkahwinan. Mereka anggap masalah yang dialami semasa bujang akan selesai dengan berkahwin.

Nak berhenti merokok lepas kahwin.
Nak tutup aurat lepas kahwin.
Nak berhenti ketagih porno lepas kahwin.
Nak mula uruskan kewangan lepas kahwin.

Hakikatnya perkahwinan bukanlah zon magik yang apabila tok kadi @ wali renjis tangan kata 'sah' terus hidup kita berubah.

Melainkan.. perkahwinan hanyalah 1 bekas yang kosong, pasangan suami isteri itulah yang menentukan mahu kekosongan itu diisi dengan apa?

Kebahagiaan, komitmen, kejujuran, kesungguhan dan tolak ansur atau tak isi apa-apa dan cuma harap pasangan sahaja yang memberikan segalanya.

Oleh itu, jika sedar ada tabiat buruk, berubahlah segera sebelum menganiaya sesiapa.

Status, umur, atau apapun tak dapat mengubah kita melainkan diri kita sendiri yang memulakannya. Bak kata orang putih; "now or never."

.

Ramai perokok masih tetap merokok biar anak sudah berderet.

Ramai wanita tetap tak tutup aurat walau umur sudah menginjak 40-an.

Ramai juga suami yang lepas tangan hal tanggungjawab dan harapkan isteri yang uruskan segalanya dalam rumahtangga.

Ramai juga masih ketagih pornografi biarpun pasangan yang halal ada dah depan mata.

Ramai masih curang biarpun sudah ada pasangan halal masing-masing.

Jika ketika bujang pun kita tak mampu bertanggungjawab ke atas diri sendiri, menahan diri dari kemaksiatan, bagaimanalah dapat mengharap sehelai kertas pengakuan nikah sahaja dapat membendung diri dari maksiat dan kejahilan.

.

Dalam keadaan dunia serba tenat, sesungguhnya yang membenteng diri kita dari maksiat itu bukan akad nikah mahupun sekujur insan bergelar suami/isteri, melainkan taqwa.

Hanya iman dan taqwa sahajalah yang mampu menjadi perisai maksiat.

Namun, ke mana nak bicara soal taqwa?
Kalau subuh pun ke laut.. al-Quran pun dibiar berhabuk..

Astaghfirullah.

.

Muhasabah saya yang menulis.

#selfreminder
#intandzulkefli
#notabaitulmuslim

Repost 2017.

Silakan SHARE jika bermanfaat.

No comments: