ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, February 24, 2021

CERITA ISTIHARAH

 



Dulu saya tak tau Sy boleh meniaga

Bila dapat khairy...

Sy tak pernah rancang nak niaga pun
Semuanya kebetulan..
Sy mencari penawar or ubat or supplement sebab masa tue Sy sendiri tak sihat sebab tak jaga kesihatan diri masa pantang lepas lahirkan khairy.
Produk utama Sy ekstra kacip Fatimah utm.
Harganya rm90 sekotak.
Sebulan Sy boleh jual 100 kotak tak termasuk produk lain.
So sebulan 9k sales saya tak termasuk produk2 lain.
Jualan Sy seorang. Tanpa ejen.
Tak mampu nak handle ejen2 bagai nie.
Sales ye.. Keuntungan lain. Rendah la dari 9k.
Tetapi memang mengganti gaji pejabat yg saya tinggalkan demi khairy.
Dapat pula tunaikan umrah kurang 2 tahun Sy meniaga online.
Keja pejabat 10 tahun tak pulak sampai tunaikan umrah😪
Anak2 punya statment "mama lagi kaya bila meniaga dari keja pejabat. Mama berhenti kerja jelah. Niaga and jaga kita org je"

Harga kos tak perlulah Sy cakap ye.
Kang bocor plak rahsia terpendam🤣
Btw nak dpt harga kos yg tinggi mesti restok barang juga tinggi pada setiap kali restok.
Kalau takde permintaan ingat berani ke saya nak beli 100 kotak setiap kali restok? Nilainya lebih 5k ye..
Belum produk2 lain..
Btw mak beri saya modal lebih 5k masa sy mulakan perniagaan. Sy pulangkan semula dlm tempoh sebulan sahaja.
Dan saya rolling keuntungan niaga utk restok barang, utk bil2 perubatan khairy, utk tabung mekah dan lain2 lagi.
Sy takde proper akaun pun. Keluar masuk terlalu laju dan Sy tak sempat nak monitor Lebih2 dengan menguruskan 3 anak serentak termasuk khairy yg perlu perhatian khas kerana masalah jantungnya.
Berat badan saya turun mcm zaman anak dara. Rasanya kurang 20-30kg dari asal. Haha.
Tak perlu DSSS.
Badan yg penat dan hati yg sedih pun menyumbang pada penurunan berat badan saya masa tue.

Saya tak pandai niaga pun.
Allah yg bantu.. Dan juga kebetulan saya seorang Blogger ada blog sendiri.
Sy jual di personal blog sahaja.
Dan produk yg Sy jual itu hasil kajian universiti tempatan dan disyorkan doktor.
Doktor tue pulak folowers dia ribu2 lemon😆
Semuanya kebetulan.
Kita manusia tiada daya upaya melainkan dengan bantuan dan kasih sayang Allah.

Jangan melihat sesuatu kejadian itu bala atau malapetaka.
Angaplah ia ujian tanda Allah sayangkan kita.
Kenapa Sy tak resign dan meniaga terus?
Jawapan istikharah menunjukkan Sy perlu masuk pejabat.
Tak semudah itu Sy nak tinggalkan khairy di tangan org lain.
Lilahitaala sy masuk pejabat dengan hati yg berat.
Hasil niaga yg cukup masih tak yakinkah Sy utk resign?
Sy yakin tapi istikharah tak benarkan.

Semuanya ada hikmahnya..
Bak kata seseorang pd saya "Ada perkara yg Allah nak ila selesaikan dulu sebab tue kena kerja semula"
Ya dan salah satunya Allah nak saya selesaikan semua hutang riba saya.
Allah nak Sy siapkan backup yg cukup utk saya tunaikan impian ibu saya.
Allah nak saya memberi pada satu tempat yg kini jadi rumah kedua anak saya dan mcm2 lagi.
Allah juga pasti lebih tahu dengan situasi kobid yg bakal mencengkam ini walau ketika Sy buat istikharah utk masuk kerja atau resign itu di tahun 2015
Dan Sy melihat semuanya dlm sudut kasih sayang Allah.
Bila Allah beri jawapan istiharah gengamlah sampai ke liang lahad.

Allah suruh kerja pejabat.. Sy kerja.
Allah tak bagi niaga sesuatu produk. Sy tak akan buat.
Allah suruh resign.. Sy resign.
Allah suruh bertahan.. Sy bertahan..
Istikharah tak pernah mengecewakan saya sehingga saat ini. 💝










No comments: