ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, November 17, 2021

Megee Sihat MASYI MEE



Rasanya kawan-kawan ramai yang dah tau sekarang saya memang mencari makanan-makanan yang sihat untuk keluarga kami.  Lagi-lagi untuk anak-anak.. Rasanya dah banyak kali saya update tentang makanan sihat di blog nie. Kalau di FB personal lagilah.. Tak tahan kot kawan-kawan baca bebelan saya tentang makanan sihat nie.. 

Kenapa saya banyak bertukar sumber-sumber makanan kami? Kerana Adlan Khairy yang bermasalah jantung. Sejak itu saya mula menjaga makanan anak-anak. Saya berkawan dengan geng-geng prochoice. Dari mereka banyak ilmu pemakanan yang saya dapat. Dan alhamdulilah anak-anak sangat jarang sakit compare masa Amana&Arief  kecik-kecil dulu. 

Berikut adalah step-step saya mengubah pola pemakana kami. Saya buat sedikit-sedikit. Tak boleh sekali gus sebab serius cakap makana sihat/makanan organik nie lebih mahal dari makanan biasa.

1) Saya bermula dengan makanan sunnah untuk merawat masalah jantung Adalan Khairy. Air zam-zam, habatusauda dan zaiton. Baca di Supplement-supplemet saya Habattusauda di rumah sayaZaiton Amalan Si Khairy Magic untuk jantungnya sejak 6 bulan

2) Selepas itu saya tukar pula gula dan garam. Saya guna gula kelapa organik dan non iodize pink salt. Baca di Gula Kelapa Organik

3) Selepas itu saya tukar pula bahan mentah .. Saya tukar kepada ayam tanpa suntikan dan tanpa antibiotik. Makanan laut pula saya beli di kedai yang tidak mencampurkan formalin di dalam makanan laut mereka. Baca sini Ayam tanpa suntikan + tanpa antibiotik

4) Saya tukar bahan-bahan masakan utama iaitu bawang putih kepada bawang putih lanang dari Thailand. Bawang merah pula saya tak akan beli dari negara Chena. Saya beli dari India, Pakistan atau Australia. Baca di  Bertukar kepada bawang putih lanang

5) Vitamin untuk anak-anak juga dari yang lebih sihat dari di pasaran.  (NO Gelatin, Gluten, NO GMO, NO Soy) Vitamin Sihat Untuk Ank-anak

6) Kicap juga saya bertukar kepada kicap yang lebih sihat. Baca di Kicap Kelapa Organik atau Organic Coconut Amino

7) Saya amalkan vitamin-vitamin untuk meningkatkan imum sistem. Baca di  Vitamin C Pure Liposamol Vitamin C Untuk Melawan Kubik


Nak mendidik diri kita mengawal makan adalah mudah. Tetapi nak mendidik anak-anak agak sukar lebih-lebih lagi dengan pelbagai makanan sampingan yang seolah-olah sudah jadi kebiasaaan antaranya megge. Dulu saya hadkan anak-anak makan meege. Kadang-kadang sampai warning papa diorang supaya kurangkan  beli megee. 

Alhamdulilah itulah untungnya berkawan dengan golongan prochoice / prosafe. Mereka selalu share macam-macam makanan yg sihat dan hampir-hampir sihat compare dengan makanan di pasaran yg penuh dengan pewarna, perasa, MSG.  


Inilah penemuan saya yang terbaru dlm mencari makanan hipster yg sihat untuk anak-anak MEEGE SIHAT AKA MASYI MEE



Cuba tengok gambar nie. Rasa selamat tak nak bagi anak-anak makan Masyi Mee?

Ini full detail ingredient

Nampak tak logo PPIM?
Persatuan Pengguna Islam Malaysia juga mengiktiraf Masyi Mee tau



RM 12 sekotak
Ada 3 pek di dalam setiap kotak.

2 jenis mee
🥬 Bayam 🥕lobak

 3 perisa yang sedap
🍜 Kari
🍲 Tomyam
🍝 Sup ayam blackpepper 


Arief suka sangat Masyi Mee.
Saya memang risau dia nie memang hantu makan megee
Dulu saya bising-bising Arief asik makan megge
Lepas nie takla sebising dulu sejak ada Masyi Mee
Arieflah yang bising suruh saya beli stok banyak-banyak






Belian secara online dan dipos terus ke pintu rumah  
Kos postage pun tak mahal .Ala macam selalu kita beli online lah:
jemput klik


Jika perisa  yang diingini telah habis di link pertama
Jemput wasup 011- 5689 6377  https://wa.me/c/601156896377 
mungkin masih ada lagi stok untuk perisa yang diingini










No comments: