ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK
Monday, September 30, 2013
Won RM300 from Peraduan Detik Raya Terindah. TQ Nestle!
Friday, September 27, 2013
Moga impian menjadi kenyataan
Msa menaip entry nie tgh myusukan khairy Belek2 hp ternampak gbr yg sy ambil beberapa hri yg lepas.
Saya bawa khairy ambil udara di waktu pagi. Dlm jam 8 pagi. Sgt segar udara waktu pagi. Moga membantu utk khairy cpt membesar Dan kuat. Saya pernah bca Cahaya waktu duha Sgt baik utk kesihatan. Nasibla padang depan umh je.. Tak jauh menapak..
Impian sy nk lihat khairy Dan arief bersama2 bermain bola di padang ini. Sebelum tue Sy impikan amana dan Arief memimpin khairy belajar bertatih memijak embun di waktu pagi sebagaimana saya mengajar adik bongsu saya di padang dI hadapan rumah ibu saya dahulu. Nostalgia sungguh bila teringat kembali...
Moga allah memberi Sy peluang supaya impian itu jd satu kenyataan. Aminn
Tuesday, September 24, 2013
Nilam Puri Kondominium, Puchong untuk disewa
Ciri-ciri dan kelebihan:
1) 3 bilik dan 2 bilik air
2) yard utk menjemur baju
3) built-in kitchen cabinet
4) built-in wardrobe di master bedroom
5) air cond di master bedroom
6) tingkat paling atas (tingkat 10) : oleh itu tenteram dan Damai
7) tingkat 10 yang hanya mempunyai 8 pintu (8buah rumah) . Tingkat lain mempunyai 12 buah rumah. Oleh itu tingkat ini lebih bersih dan juga kurang bising
8) parking di Kawasan berbumbung: Kereta terlindung dari terik matahari Dan hujan
9) parking hanya di sebelah lif: memudahkan mengangkat turun/ naik barang2
10) kurang 5 minit dari pasaraya TESCO
Berminat? Call en khairul 012-3279165
Sunday, September 22, 2013
Sayang adik Sayang
Ini lah abg yg sgt sayangkan adiknya. Blog sy Ada problem sejak update guna sony xperia. Bila update guna lappy, Banyk icon di bhgn update post hilang. Sy update blog pun mcm zaman tok kaduk. Kuar kod2 html.. Caner ek?
Friday, September 20, 2013
Won cash RM500! TQ Drypers Changes Worth Making!
Saya joint contest nie. Secara online je. Saya joint dah lama. Sebelum bersalin. Sebab contest ne sangat mudah tak perlu susah payah beli pop (proof of purchase) & pos bagai so saya joint lerrr.. Senang je kongsikan perubahan yang berlaku sejak anda mempunyai anak2.. Senangkan.. Tapi kekadang yang senang tuelah tak menang dan mungkin nak dijadikan cerita rezeki baby baru kot.. saya menang rasanya untuk minggu pertama kot...eh ke minggu kedua.. dah lupalah.. almaklum urat banyak putus bersalin ne
Kalau tak silap saya sepatutnya dapat hadiah barangan drypers worth RM500 tapi hadiah yang sampai adalah CASH RM500!! Alhamdulilah.. Memang tengah nak pakai cash banyak pun.. Syukur sangat.. JointtTanpa modal & dapat cash.. Rezeki baby Adlan Khairy
Thursday, September 19, 2013
First time tdo mlm di bilik mama
Sejak sy pntang kami ank-beranak mmg tdo bwh. Bilik ats tue blh jd tempat tinggal jin klau en papa tak naik kot.. Sejak sy dah kuat nie sy naik ats jugak tp mlm mmg tdo bwh sebab buai baby kt bwh. Boleh byg ruang tamu ada 2 tilam single? Tepi tilam ada buai baby plk.. Hihi.. Mcm umh buruh kontrak indon kt site construction. klau naik tgkt ats berjam bru turun balik..
Sekarang rutin sy mandikan khiry Dlm kul 10.30pg. Siapkan dia dkt sejam lebih. Mandi, tuam, letak minyk etc etc. Kena usaha lebih supaya khiry sentiasa selesa. Nk elak dia menangis. Klau time amana mmg hebat amana melalak. Itu sawan tangis.. Iye ke sawan tangis? Tak penah cek.. Hurmm..
So lps mndikan khiry, mcm lipas kudung sy lak mandi. Selalunya sy dok kt ats smpai zohor. Lps zohor bru turun bwh.. Msk etc etc.. Tgok cmn keadaan khiry.. Itu yg tentukan apa yg sy buat..
Bila kt bilik sy ne waktu siang elok je tdo ats ktil tanpa buai. So mlm ne kul 8 lebih sy try bwk dia kt ats.. Utk pertama kali waktu mlm khiry naik tingkat ats. Alhmdulilh blh tdo ats ktil tp tgh mlm kang hmmmm ... Semoga mlm ne tdo ye nak.. Tak kisah kt ats ke kat bwh asalkn lena ye.. Jgn buat mama papa susah ati ye..
Hp ne senang nk update blog. Smbil baring pun blh ;)
Wednesday, September 18, 2013
Tenangnya bersamamu
Tiap2 hari rutin saya selepas habis pantang adalah uruskan khairy. Tak ada orang lain yg boleh uruskan khairy kecuali saya. Masa mandinya, minum susunya, sikapnya ketika menyusu etc etc.. Dan juga jadual khasnya...Kdg2 terbabas jugak dari jadual sebab kepala mama dia ne bannyak pikir...
Di satu audit dengan adanya khairy rasa sangat tenang. Khairy beri saya peluang yang sangat luas utk luangkan masa padaNya. Setiap ank itu rezeki dan kehadirannya pasti membawa hikmah walau disertakan sedikit dugaan utk ibubapa.. Bertabahla setiap ibubapa.. Jangan ditanya kenapa dugaan itu hadir tapi hadapilah semampu yang boleh..
Mak kata bila jadi seorang ibu; hidup kita bukan untuk diri sendiri lagi tapi untuk anak2.. Tima kasih mak yang selalu beri nasihat, sokongan dan kasih sayang yang tak penah kurang walau anaknya ne dah beranak 3
Anak2 lain ke nursery. Sedikit-sebanyak beri saya peluang uruskan khairy yang sangat manja dan istimewa nie :)
Sunday, September 15, 2013
TQ Impiana & Lightcraft
Di saat2 begini surat cinta dari impiana magazine buat hati sedikit ceria. Insya allah ada kelapangan nanti en papa akan ambilkan. Kalau berkenan nak guna.. Kalau tak berkenan nak let go with reasonable price kat mudah ;)
Tak ingat bila saya masuk contest ne sebab saya kerap beli impiana. Ber"impiana" nak deco umah cun2.. Tak dapat in reality dapat tgok dlm magzine pun jadilah ;)
TQ Impiana!! TQ Lighcraft!
Tuesday, September 10, 2013
ADLAN KHAIRY MOHD KHAIRUL FADZLI
Adlan Khairy nama diberi, bimbang mama sentiasa di hati
Sejak anakanda dirahim lagi
Sehingga kini debaran masih dirasai
''Allah itu maha mengetahui, sgala yg tersembunyi, punya rahsia tersendiri, sbg hamba perlu hadapi.
Doa mama sentiasa mengiringi anakanda yg dikasihi, setiap saat setiap hari, duhai ADLAN KHAIRY
Thursday, September 5, 2013
menyepi
Mohon maaf sebab dah Lama tak update blog ne. "rezeki" dari Allah sedang menguji kami. Jadi tak dapat nak reply emel kawan2. Entah bila dapat menjawab semuanya...
Ini pun saya gunakan hp adik lelaki sy. Hp Lama da mcm rosak. Hp baru so byk contac no yg lost. Jgn Kecik ati kalau saya Tanya "siapa ne"
Bila semuanya reda saya akan berblog spt Biasa ye.. Tima kasih atas doa Dan smbhyg hajat yg dibuat untuk kami