Salam pada kawan-kawan yang memulakan kerja pada hari ini
(kat Terengganu & Kelantan hari nie start keja kan? hai
Naa-Mama Iqy) .
Selepas sekian lama belog nie senyap hari nie dah mula rasa nak update..
Takde hati nak update belog beberapa hari so yg jadi mangsa keadaan adalah FB :)
memang banyak post dari selalu..
muntah darah korang tgok posting kat FB ek.
Takpe lepas nie back to normal hanya update FB bila nak tido je hihi
kot2 ada geng yang rindu kat i kan? statment oh statment.. muntah darah..
Saya cuti sampai Isnin ye. sila amik maklum. Tak yah dok carik2 :P
Korang mesti bukan main sakan beraya sana-sini kan? Meh tengok anak2 KL beraya.
Walau tak macam korang yang ada kampung tapi inilah kami beraya sekian lama.
dah biasa dan bahagia juga...
asalkan suami, anak2 & parents +adik2 ada bersama.
Kelebihannya anak KL cuma tak payah menempuh jam.
Bak kata En Papa kat kawan2 dia
"sapa boleh beat aku. pagi nie kat umah mak aku, tengahari umh mil ,
malam dah ada kat umh sendiri " haha..
kenyataannya tak begitu sebab kalau tahun itu turn umah MIL
kami akan dokla senyap2 seharian kat umh MIL.
kalau tahun tue umah mak saya kami akan dok senyap2la seharian kat umah mak saya.
cuma kalau ada apa2 kecemasan memang boleh pecut masa tue jugak..
Ok meh tengok raya kami tahun ini ye...
Tak sakan sangat sebab ada peristiwa berlaku. dah citer kat
sini.
Malam Raya -McD Taman Melawati
lepas buka posa umah mak tok (nenek En. Papa) singgah McD dgn sil.
malam nie malam terakhir buka posa dengan pak ngah.
Pak ngah nie jadi wakil family En.Papa masa meminang saya.
Masih terbayang aruah mintak lemang masa berbuka
janji Allah dah sampai. siapa kita nak menafikan..
Raya Pertama & Kedua (Ahad &isnin)- Tahlil
No Photo
Raya Ketiga (Selasa) - Manhattan Fish Market Alamanda
En. Papa hantar saya & anak-anak ke rumah mak. Raya ke 3 jatuh hari jadi mak
nanti saya buat separate entry..satu gbr mana best :)
Raya ke 4 (Rabu)-pulang ke istana kecil kami
Masak mehun bodo je sebab dah asik makan rendang ketupat etc etc
#bodo sebab takde sayur. takde daging/ayam hihi
Raya ke 5(Khamis)
Hari untuk diri saya :) En.papa jaga anak2 di rumah
nanti saya buat entry lain jugak
mesti korang nak tau charge & reviewkan?
Raya Ke 6 (Jumaat)
Tragedi nasi dagang kiki
Nanti buat separate entry jugak
Raya Ketujuh -Sabtu
Kenduri kesyukuran + raya di rumah pakcik saya di Subang Jaya
Hihi gambar nie yg saya amik kat umah pakcik saya.
Saja nak tunjuk rupa saya dgn adik bongsu. seiras tak?
Kalau rajin saya buat entry lain sbb ada beberapa keping gbr Amana &Arief
kenduri nie sempena sepupu2 saya akan melanjutkan pengajian kedoktoran di Rusia & Mesir
Adik-beradik bakal doktor. Gembira + bangga parents kan?
Amana & Arief jadi apa ek?
Hari2 mama cuma doa Amana&Arief jadi anak2 yg beriman.berjaya di dunia akhirat.
Raya ke 8 (Ahad)
Arief demam. Biasalah bila mama nak naik keja mulala si Arief demam :(
Nantikan entry setiap hari macam selalu ye :)