ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, August 30, 2019

Mana ada perempuan mcm nie sebelum kawin

Si anak tiba-tiba menjerit tidak mahu keluar dari lif. Maka si ibu menarik kasar tangan si anak untuk dipaksa keluar dari lif sambil turut menjerit. 'AKU BENCI LAH!'. Tetapi mata si ibu ketika itu sedang memandang tepat pada suaminya.

Seolah-olah yang dimarah sebenarnya ialah si suami, namun dilepaskan kepada anak-anak. Terkejut juga aku dan lain-lain yang turut sama berada di dalam lif ketika itu.

Persoalan yang timbul ialah, di manakah salahnya? atau soalan yang lebih tepat lagi, mengapa si ibu yang fitrahnya penuh kelembutan boleh bertindak sedemikian?

Kerana hakikatnya,

Mana ada perempuan macam ini sebelum kahwin. Perempuan ini lemah lembut, tetapi mungkin kerana tekanan hidupnya, membuatkan dia berubah menjadi seorang yang panas baran.

Mana ada perempan macam ini sebelum kahwin. Perempuan ini penuh dengan kasih sayang, tetapi mungkin ada faktor lain yang membuatkan kasih sayangnya menjadi kering kontang.

Mana ada perempuan macam ini sebelum kahwin. Perempuan ini sentiasa cermat dalam tindakannya. Mungkin kerena terlalu banyak yang perlu difikir dan diuruskannya sendirian telah mengubah tertibnya.

Mana ada perempuan macam ini sebelum kahwin. Perempuan ini sifatnya memang pemalu dan lemah lembut. Tetapi mungkin kerana sering tidak mendapat penghormatan dan penghargaan sewajarnya membuatkan dia penat dan terlalu kecewa.

Maka menjadi tanggungjawab kita sebagai suami untuk memastikan isteri yang kita kahwini BAHAGIA hidup bersama kita.

Kesimpulan yang ringkas tetapi besar pengertiannya.

p/s : Lihatlah isteri kita dengan penuh kecintaan dan berusahalah untuk mengekalkan segala yang baik tentang fitrah kewanitaannya.

#najminawawi

Thursday, August 29, 2019

BIG TAS TEA REKO SENTRAL


Hai org2 Kajang dah datang ke @Big Tas Tea
Now kalau mama stress mama dah tak payah drive jauh2 sampai town Bangi nak carik kek kat Secret Recept.
Big Tas Tea nie dekat sikit dah.. Kat Jalan Reko je.. mcm2 kek ada.. Western ada.. Ayam korea pun ada.. Makanan melayu pun ada..

Muka bebudak baru bangun tido
Kena warm up dulu
Makan kek dengan air besh ye?
 

Ke mana-mana pun kena bawak si mungil dan manja nie.
Adam pulak jenis suka rasa semua jenis makanan. Lebih2 lagi kalau presentation nampak menarik..


Mula2 beli satu je.. Tapi  khairy dah nangis sebab si adam asik penyekkan kek dia.. Mcm dlm gambar tuela.. Terpaksa beli 2.. Alhamdulilah habis jugak.. Tinggal sikit2 je utk mak rasa.. Selalunya  memang tak habis. Saya memang tak suka buang2 makanan. Sama ada yg saya masak atau yg saya beli. Kek satu slice RM9.80



Yang saya beli tue Milky Tea Brown Sugar RM7.80
 Yang budak2 punya Ice Blended Oreo RM7 rasanya


Saya makan nasi kukus chicken grill rm10.80

Korean Chiken RM11.80
 
Khairy pernah makan sekali kat restaurant viral korea. Suka sangat ayam korea nie. Tapi saya dah tak berani nak makan kat restaurant korea tue sebab Khairy tegur "mama restaurant nie halal ke?" yang kelakar dia pegi tanya lepas habis makan.. dan saya sebagai mak pun satu.. tak tengok2 label halal..
Korean Chicken nie saya bawak balik sebab Khairy kenyang makan kek. Bawak balik yg makan bersungguh2 dan asik cakap sedap adalah si Amana haha.

 
 
Anak2 saya sekarang pun dah pandai tanya.. "Ehh kita makan tadi ada halal ke? Takde pun logo halal" Walaupun anak soal lepas makan 😅 saya sebagai ibulah yg bertanggungjawab memerhati pemakanan anak2. Sungguh rasa bersalah itu datang bila anak dah telan makanan yg ada keraguan. Sy mintak maaf pada anak2 dan janji semua nie tak akan jadi lagi. Khairy lagi teruk "mama bagi kita makan benda haram ke? Camana nie nak muntahkan ke?" Allahu akbar.. Maafkan mama ye nak.. K
 
Kalau restaurant Melayu/ Muslim.. insya allah tak perlu logo halal pun kita yakin. Tak semestinya takde logo Halal makanan tue tak halal tetapi kalau dah restaurant oversea sah2 bukan Melayu punya dan kita ada rasa ragu2. Kalau dah ragu2 nak makan ke?
 
Orang2 beriman berhenti sebelum HALAL. Apakah berhenti sebelum Halal? Iaitu syubahah. Boleh dengan klip video Ustazah Asma Harun di link ini ye
 
 
  
 
 


 
Korang followlah









 

 

 

 

 

Monday, August 5, 2019

Kau bukan ibu yang baik bila cakap penat?


https://www.facebook.com/KristinaKuzmic/videos/1798216846908692/UzpfSTEwMDAwMDAxNTc3MTYyODoyNjY1NzI3OTkzNDM3NzAw/

Hahaha..
I like it😍😍
Eh salah ke cakap penat?
Kita bukan mak yg baik bila cakap penat?...
Kita tak bersyukur bila cakap penat?
Sesuka hati je judge..


Jadi org bujang pun ramai yg komplen penat. Komplen heatic dengan life..
Ini pulak mak okey.. Bawak 4 anak sekali dalam kehidupan.. Opss terlupa sorang lagi.. Bapaknya.. Dan saya pun tak meninggalkan parents.. Nak bawak semua sekali dlm satu kehidupan yg indah nie.. Heatic tapi bahagia. Indya allah.. Ujian biasalah.. Opss didikan Allah je.. Change it.

Ye saya penat..
Tapi im happy mother. Insya allah.
Kain baju, kemas mainan, kemas habuk, pergi pasar, masak, , membebel, mengemas etc etc biasalah tue. Itu mmg hidup sebagai ibu. Tambah lagi ko kerja..

Paling seronok adalah hujung minggu. Ke sana sini joint aktiviti riadah anak. Hantar amik anak tuisyen dan mengeteh dengan salah sorng anak walaupun secara curi2 takut anak2 lain nak ikut. Paling kecoh bila bawak semua. Tapi practice make perfect. Dah biasa.. Kalau nampak i dok bebel2 tue bior je ye.. 4 anak 4 perangai. Belum mata kena awas tengok anak3 yg lincah. Mulut kena cepat menegur. Walau ko pok pet pok pet sepanjang bawak semua anak i dah biasa je. Mak2 yg telah lalui pengalaman yg sama.. Senyum sambil sengih.. Dan ada acik2 yg cakap "acik dulu pun sama mcm kamu. Enjoy saja. Bebel saja"😆

Yang acah2 good tue.. Sampai tak boleh luahkan dan always nak tunjuk perfect mom tue.. Takpe.. Im not alone. Maybe uools yg alone sebenarnya bak kata mak dlm video yg kelakar nie🧐
Btw saya belum pernah sorok coklat dlm tampon box. Letak dlm meti ais.. Sesaat licin! 😜😜

 
Amacam kari ikan saya? Nampak saya yang masak. Tapi tau tak beli ikan nie saya ke pasar tani dengan 3 anak berderet2? Satu anak main bola.. Oh selamat yang main bola tue paling lasak.. Setiap lauk yg saya masak semua ada bahagian.. Nasi pastilah suami yg beli. Sayur2 yang saya masak dari pasu belakang rumah  anak2 yg siram pokoknya.. Sayur2 yg saya beli adalah bersama anak2.. Proses Moterhood jugakkan?


 Kalau senyum kemain mcm nie masihkah bukan kita ibu yang baik?

 Hujung minggu selalu masak nasi lemak. Senang sampai ke malam. Tapi kdg2 malam kami ngeteh kat luar. Sekadar amik angin..

 Curi2 dating dengan Amana. Anak sulung banyak membantu ibunya. Dari segi emosi dan fizikal. Kena sayang anak sulung lebih supaya dia tak rasa terpinggir sebab asik kena marah bila adik2 buat hal..  Kita jangan cakap je kita sayang.. kena tunjuk dengan perbuatan.. Baru dia tau betapa kita saying dan dia sangat penting dlm hidup kita

 2 anak bongsu tidur kiri kanan saya. Tiap2 malam bergaduh sebab berebut mak.
 Masihkah bukan ibu yang baik walau saya cakap saya penat?

 Ini anak paling lasak. Lasak tue kita pindah ke padang bola.

 Kau tukang masak, kau cikgu, kau bibik, kau pekerja, kau mak kucing, kau mak manusia..
tak penat ke?

 Anak 4 macam2 peel tau. Sorang nak jadi ustaz, sorang nak jadi pemain bola, sorang nak jadi pemanah.. diorg tak tau mak dia dah pegang macam2 kerja sejak jadi "ibu"

 Jadi mak nie makan sayur je..Haha.. Caya tak?

 Anak kucing pun sayang ko. Walaupun ko tak mo layan dia. Anak ko sendiri dah ramai. Lagi ak tambah anak kucing.Tak habis2 kucing beranak..  Haishhh

 Joint aktiviti anak-anak paling best

Mak saya tak baik sebab komplen penat? Kamu tue tinggal dengan mak saya ke?


Ini sebenarnya waktu saya berehat.

Pestime buat bubur durian. Fuhh puji melangit anak-anak. Termasuk adik-adik. Saya sayang semuanya. Saya nak bahagiakan semua di sekeliling saya. Adik2 membesar bersama dengan saya masa saya kecil. Anak2 pula membesar bersama saya bila saya dewasa dan tua.

entah berapa kali curi2 keluar dengan Amana. Bapaknya buat dek je. Sebab tahu saya takde nak keluar dengan sapa2. Anak2 nielah kawan2 saya. Lagi satau adik2 saya.. Soalan suami saya bila Nampak adik saya husbd cakap dengan adik "haaa dah habis gossip?" haha
 
 
Kalau nak tau mak saya baik ke tak baik.. Tengoklah muka saya nie. Nampak bahagia ke muka stress? Mak saya nie memang suka bebel. Suka komplen penat. Sebab memang penat pun. Saya pun penat tgok mak saya tak reti duduk diam. Tapi itulah mak kesayangan saya. kalau mak merajuk saya pujuk sampai mak ketawa. Saya kecik lagi tau.. Tapi saya tak boleh tengok mak merajuk... (Adam kalau saya merajuk dia akan paksa muka saya mengadap muka dia. Dia akan cium berkali2. Sampai saya ketawa baru dia beralih main dengan kakak abang)
 
Penat itu tak boleh dipisahkan dengan ibu.. Dengan ayah pun. Suami pun penat. Cuma camana kita cover balik kepenatan kita. Camana saya cover penat saya? riadah dengan anak-anak. Keluar sana sini dengan anak2.... jadi ibu mana boleh pisah dengan anak-anak...
 
 

Thursday, August 1, 2019

Kasihan anak.. Kasihan isteri..

Orang yg lemah lembut pun boleh jadi pemarah dan baran jika dapat suami panas baran, kasar, bengis. Kenapa? Si isteri nak pertahankan dirinya.. Setahun dua mungkin diam.. Lama2 jadi dendam.. Bila meletop jadi pemarah...

Kalau masa mula2  kenal isteri anda lemah lembut dan lepas tue jadi pemarah.. Tanya diri sendiri.. Apa aku sbg suami dah buat pada isteri ini? Mana perempuan yg lembut dahulu? Kalau dari awql isteri tue jenis kasar pemarah takkan si suami nak buat jadi isteri kan?

------------------

"Dah? Doktor tak check pun!"

Budak 5 tahun ni, dari mula masuk bilik konsultasi doktor tadi, dah buat hati aku berdebar. Ada sahaja benda dia nak sentuh dan usik dengan kasar. Risau aku dibuatnya.

Buka  sahaja perilaku dia kasar, bahasanya pun boleh tahan juga. Bila mak dia tegur, dia menjawab dengan nada dan cara yang agak kasar. Jika tak tahu kesnya, mungkin timbul bibit marah.

Ayah budak ni seorang yang panas baran. Si ibu ada sebut perkataan "pukul" "cekik" "baling" serta perkataan lain yang menggambarkan betapa panasnya baran ayahnya itu.

Selain budak ni, emaknya juga jadi mangsa keganasan berkenaan. Si ibu cuba bertahan, cuba optimis, cuba mengharap, tapi akhirnya terpaksa juga memilih jalan untuk berpisah.

Dah tak sanggup menyorok bengkak dan lebam, menahan sakit, namun paling tak sanggup adalah lihat anak sendiri menjadi punching bag.

Namun, damage is done. Perpisahan itu sudah agak terlambat, kerana apa yang berlaku sebelum perpisahan itu telah meninggalkan kesan.

Setelah berpisah dengan suami, si ibu ingat hidupnya akan jadi aman. Jadi normal. Rupanya tidak!

Si anak telah mewarisi sifat kasar itu daripada si bapa. Cenderung untuk merosakkan barang, atau mencederakan diri jika tidak dilayan atau kemahuannya tidak dituruti.

Dulu, ada ayahnya, si anak mungkin takut nak tunjuk perangai. Bila ayahnya tiada, dia jadi sifat negatif itu menyerlah. Tak salah anak tu juga, dia membesar melihat kekasaran dan keganasan. Dia anggap itu perilaku normal.

Bila jadi begitu, si ibu menjadi terguris hati. Perangai anaknya itu mengingatkan dia kembali pada apa yang dilakukan bekas suami pada dirinya. Dia jadi geram. Jadi marah!

Lama-lama tak dapat bendung marah tu lagi. Akhirnya dia lepaskan geram dan marah terhadap suami, pada si anak. Habis diherdik dan dipukul anaknya. Seteruk mana? Entah.

Nampaknya, kes ini kembali ke petak pertama. Back to square one.

Bezanya, dulu ayah pukul, sekarang ibu pukul, anak pula pukul diri sendiri dan rosakkan barang. Jadi satu rantaian yang entah mana akhirnya. Jadi vicious cycle.

Nasib baik si ibu masih punya kewarasan. Dia datang jumpa saya(doktor) dan memohon si anak dan dirinya untuk dirujuk kepada kaunselor dan pakar psikiatri. Dia mahu kesengsaraan ni hentikan.

Saya rasa dia wanita yang cekal dan bijak. Dia tahu apa masalahnya, dia tak berdolak dalik, dia sendiri datang serah diri. Mungkin demi masa depan anaknya.

Sekarang kalian faham kan, bagaimana keganasan boleh diwarisi. Bukan dari genetik sangat, tetapi daripada pendedahan. Pendedahan yang berpanjangan terhadap keganasan.

Mangsa mungkin jadi pemangsa jika cukup pendedahan. Jika cukup dendam. Paling menakutkan mangsa tak balas pada pemangsanya, tapi orang lain.

Sebab itu, jika anda dibesarkan dengan kekasaran, jika boleh jangan anggap ia sesuatu yang "Alah biasalah, masa kecil pun aku kena macam ni. OK je!"

Kita mungkin OK, mungkin orang yang kita kasari tu tak OK. Ada yang jadi trauma, dan ada yang mungkin jadi lebih ganas dari kita. Tak rasa bersalah ke kerana kita membentuk perilaku ganas pada orang lain?

OKlah. Berbalik kepada kisah anak beranak tadi. Aku harap mereka berdua tadi akan dapat rawatan, dan dapat ubah hidup mereka. Aku doakan mereka boleh hidup tenang selepas ini.

Baran ni perlu dirawat. Perlu ditangani. Perlu dihentikan. Tak ada istilah "aku memang baran" atau "dia memang baran". Jika ada baran, maka hulurlah tangan, mintalah bantuan.

Ada yang sudi membantu!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Sedia membantu