ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, May 31, 2017

Ebit Lew di Bulan Puasa

Hari ini cuti, sibuk masak untuk bidadari dan anak-anak. Semua anak-anak bersorak sibuk tengok macam kapal terbang mendarat dalam rumah. Sebab jarang-jarang ayahnya masak. Ya Allah. Maafkanlah diriku ini...

Kelakar campur sedih sayu sangat.....sebab terbayang bidadari saya hari-hari masak. Mak saya dulu pun begitu.begitulah kebanyakan wanita...anak-anak kata ayah nak ini..nak itu..nak ini..menjerit-jerit. Dia tak tahu ayah dia bukan pandai macam umi dia masak.

Isteri lak senyum-senyum tengok suami..sibuk rakam suami dia masak. Ambil gambar..hehe...orang bercinta memang macam tu yer..duduk-duduk nak ambil gambar. Sayang, tunggulah di luar biar abang masak..nanti malu..tak jadi...Sayang rehat yer..tengok masa buka nanti..

Baru tahu sebab apa wanita suka upload makanan kat fb..yerlah sebab dia masak. Dia penat. Dia seronok. Tu jer...hee..

Cuba tengok isteri, sambil masak boleh layan suami..sambil masak boleh buat susu anak. Sambil masak boleh kemas rumah. Sambil onn mesin basuh. Kutip baju. Beribu kerja satu masa...

Saya masak macam mengaji. Solat. Betul-betul khusuk. Yerlah macam orang baru ambil lesen kereta. L....dapur pun bersepah..dah siap baru kemas..

Lihat seorang isteri mereka berpuasa sama dengan kita suami. Mereka bekerja, sama dengan kita cari rezeki. Jika tak kerja di luar, kerja di rumah 24 jam tak habis-habis.

Tapi bila sampai rumah kebanyakannya isteri jaga anak-anak. Kita sedap-sedap dapat solat isya dan Tarawih di masjid. Jumpa kawan-kawan di masjid. Isteri sibuk urus anak sepanjang malam. Buat yang anak-anak masih kecil.

Isteri sibuk uruskan anak-anak. Lepas tu mereka juga bangun sahur awal. Ada pula suami pesan isteri jangan lupa kejut sahur. Kalau tak kejut abang tak puasa. Jika tak bangun, marah isteri.

Kasihanilah ibu dan isteri kita. Sayangilah mereka. Mereka tolong kita cari duit tanpa harap balasan. Mereka jadi bibik 24 jam di rumah. Bibik pun ada gaji dan ada waktu bekerja.

Isteri jadi tukang masak yang pakar. Masakan mereka dengan doa dan bersih. Sentiasa cari menu baru dan fikir apa nak masak untuk suami..laku rancangan masak. Selebriti masak. Sebab nak beri yang terbaik buat suami. 24 jam fikir nak masak apa. Ya Allah...

Lepas tu jadi cikgu anak-anak kita. Mereka cikgu math. Mereka ustazah fardhu ain. Mereka guru mengaji. Mereka guru kaunseling. Mereka guru displin. Mereka cikgu bahasa. Semua mereka kena ajar anak-anak. Mereka cikgu adab akhlak. Berapa elaun nak bayar untuk semua subjek. Tapi mereka buat semua tu kerana cinta.

Lepas tu mereka pelayan dan menjadi hiburan anak-anak. Anak menangis mereka tahu nak apa. Anak kecil belajar cakap. Isteri kita faham. Mereka tahu semua bahasa anak-anak.

Mereka tidurkan semua anak-anak. Lepas tu mereka pakai cantik-cantik layan suami lagi. Macam-macam jenis suami ada. Nak macam -macam layanan. Isteri dah penat sepanjang hari..

Mereka jadi jam loceng. Suami ada hp. Tapi harapkan jam isteri bunyi. Suami dan anak-anak bangun waktu berbeza-beza.

Buat saya dan semua suami. Jom kita buat semuanya sama-sama dengan isteri kita. Cintai dan sayangi mereka. Hargai mereka.

Ucapkanlah cinta dan sayang pada mereka. Pegang tangan mereka ucapkanlah. "Sayang betapa bertuahnya abang dapat sayang. Terima kasih sudi jadi isteri abang. Abang benar-benar bersyukur dapat sayang. I love u sayang. Abang betul-betul cintakan dan sayang sayang.."sedap sayang masak. Pandainya sayang. Ya Allah hebatnya sayang buat semua kerja ni..

Bantulah mereka bersama-sama buat kerja rumah. Sekali sekala atau selalu selalulah kita siapkan buka puasa. Kita siapkan sahur. Kejut isteri dan anak sahur. Buat surprise buat isteri dengan kita kemaskan rumah. Mop lantai. Kemas mainan anak-anak. Basuh tandas. Isikan minyak kereta isteri. Siapkan baju isteri dan anak-anak. Kemaskan buku sekolah anak-anak. Basuh baju. Jemurkan semuanya. Angkat baju. Lipat baju. Kemaskan katil kita dan katil anak-anak. Layan anak-anak.

Kita tidurkan semua anak-anak. Sekali sekala beri isteri rehat awal. Kita urus anak-anak. Nikmat bila kita dapat lihat isteri kita berehat. Wajahnya masa tidur nikmat buat seorang suami. Gembira campur sebak tengok wanita ini tinggalkan semuanya untuk bersama kita..berilah juga duit belanja dan apa yang kita ingin untuk kita berilah juga kepada mereka.

Doakanlah isteri kita. Doakan orang yang kita sayangi. Tiada hadiah paling berharga atas semua itu melebihi mendoakan mereka-ebit lew

#www.transformjiwa.com
#jelajahsekolah2017

Sunday, May 28, 2017

En matt lagi..suka baca..







2 hari lepas kejadian berlaku depan mata saya. Seorang bapa meluku anak disebabkan buat bising dalam masjid. Saya  tengok rasa nak terajang. sungguh. 2 perkara yang saya rasa hilang sabar dan paling saya benci: 

1)Orang pukul anak  dikepala dan pukul anak di kalayak ramai. Pernah  zaman belajar dulu. Saya dan rakan-rakan  ROTAN balik seorang ustaz sebab rotan badan dan kepala anak depan kedai runcit. Sehinggakan polis datang leraikan kami. Ish! Sungguh  memang pantang saya tengok kanak-kanak kena pukul. Siap kami pesan kat adik tu. Kau kena ingat balik apa yang bapa kau buat. Nanti besar kau balas balik. Allahu,ini angin zaman bujang. Sekarang jika berlaku depan saya, memang saya tazkirah  2jam  orang pukul anak di public. 

Jika kita selalu pukul anak,tidak mustahil anak ini akan jadi kaki buli di sekolah. Mereka akan lepaskan DENDAM  kepada orang-orang yang lemah dari mereka. Jiwa mereka akan lebih memberontak jika didenda setiap kali melakukan kesalahan. 

2) Suami  pukul isteri. Tidak kiralah depan orang ramai atau di rumah. Ini paling saya benci. Awak ingat tubuh badan isteri PUNCH BAG?. Tolonglah HANTAR balik isteri awak ke rumah ibu bapa mereka jika awak jenis kaki pukul. Tidak kiralah isteri awak salah atau tidak,pukul isteri sehingga luka ini sangat zalim dan memang jenis otak udang. nabi s.a.w tidak pernah pukul anak-anak,isteri-isteri baginda. 

para ibu-ibu semua. Jangan jadi mangsa keadaan. Jangan biarkan diri anda dizalimi. Jika ditampar,diterajang,ditumbuk tolong bertindak. Terus ke pejabat agama. Call mak ayah kandung awak. Jangan biarkan diri awak  terus dizalimi bertahun-tahun. JANGAN SESEKALI AIBKAN SUAMI DIFACEBOOK walaupun dizalimi. Di facebook ia tidak mampu menyelesaikan masalah anda,bahkan ada yang 'bertepuk tangan'. 

Para suami dan ini pesanan kepada diri saya sendiri. hargailah isteri kita. jika mereka salah,betulkan mereka dengan hikmah kasih sayang. Sungguh bang, mereka pernah 'mati' untuk lahirkan anak kita. 100% jiwa dan diri mereka serahkan kepada kita. kitalah yang akan bentuk mereka. Saya selalu pesan kepada diri sendiri. jika isteri ada 1 kelemahan lihat 1000 kelebihan dan kebaikan yang dia ada. 

Sebelum nak pukul isteri, sebelum nak angkat tangan tampar isteri. Fikir juta-juta kali, tubuh itulah yang siang malam penat jaga rumah tangga. 24 jam standby jika anak sakit. Patutkah tubuh yang lemah itu kita pukul? Jika kita rasa dia tidak mampu ikut kehendak kita,tidak mampu bahagiakan kita, lepaskanlah mereka cara yang baik sebagai mana kita 'ambil' dari mak ayah mereka. 

"Marah tidak mampu bahagiakan kita. Rasa  cinta dan sayang pasti bahagia akan datang"

-EncikMatt-

#HentikanBuli
#SayaIzinShareCopyPaste

Thursday, May 25, 2017

Berapa baki PTPTN korang?

  
Assalamualikum semua
Jomlah share citer tentang PTPTN pulak
asik-asik emas je
Nie citer kisah benar ye
sebab citer hal sendiri haha
 
siapa tak habis-habis lagi PTPTN?
Saya start buat potongan gaji masa tahun 2003
masa saya mula-mula masuk kerja
tapi masa saya cuti tanpa gaji jaga khairy tue terus terputus bayaran PTPTN
dah takde gaji.. nak potong apanya? kiki
saya pembayar tegar tau..bukan saja-saja tak mo bayar
 
alhamdulilah sejak masuk keja 2003 tue  Allah gerakan hati nak bayar PTPTN
sekurang-kurangnya dari 28K tak termasuk interest tue banyak yang dah habis tau
Tinggal RM8842.48 je tauuuu
KORANG?
eleh senyum-senyum kambing pulak .. jangan mareee...
 
 
Tahukah anda jika pinjaman anda dibuat di bawah tahun 2001 anda tidak layak menyelesaikan PTPTN anda secara lumpsump menggunakan Akaun 2 KWSP anda?
Jika bayaran lumpsump dibuat kesemuanya anda akan dapat rebate 15%....
so kalau saya setel semua saya boleh dapat potongan 15%
15% diskaun = RM7516.47
 
 
Frust rasa sebab saya tidak layak nak gunakan KWSP untuk hapuskan PTPTN saya nie.  Kalau saya bayar secara biasa lebih kurang 3 ke 4 tahun baru habis.  Takpe saya ada caranya supaya bayaran 3-4 tahun ini akan diselesaikan dalm tempoh 7 bulan ke 10 sahaja.Insya allah..
 
"Ala bayar jela secara biasa..habis jugak knanti.. 3 tahun pun je bukan lama sangat..." Mak saya pesan sejak Khairy lahir "khairy nie lahir sebagai ujian, rezeki, penunjuk yang tersirat dan peringatan supaya sentiasa bersedia semua perkara. Jika boleh selesaikan sebarang hutang atau apa-apa dengan segera selesaikan secepat mungkin.Tangguhkan nafsu untuk shoping atau apa sahaja asalkan tiada hutang.hati senang..,bebas riba, bebas hutang.. meniaga pun senang"
 
Kalau khairy tak ada..saya relex je kot.. tak sedar diri dengan kenyataan biasa "alaaa..nanti habisla hutang tue jugak nanti..." sebab tue rasa sayang angat-angat dengan khairy..dialah penyejuk hati saya..penguat untuk saya melangkah walau apa pun badai yang datang.. haha kecik hati amana & arief kalau baca..semua anak kita sayang tapi akan ada seorang anak yang akan mengajar kita erti sebenar satu KEHIDUPAN..
 
cuba teka cara saya pendekkan pinjaman PTPTN nie dari 3/4 tahun ke 7-10 bulan? cluenya saya masih gunakan KWSP ..tapi ikut jalan lain.. sapa bijak bistari cuba teka caranya..hihi... kalau rasa tak dapat teka boleh WA saya haha..jomlah sama-sama bebas hutang..bebas riba..hati senang..jiwa tenanag...Insya Allah
 
 

 
JEMPUT LIKE FB SAYA BERKAITAN EMAS
017-3201998
PANDORA 916 BY GELIGA GOLD
DINARPAL
PUBLIC GOLD
POWER GOLD

Wednesday, May 24, 2017

KEK BUAH KUKUS PREMIUM

  
 
 
Assalamualikum semuaaa
Promo kuih raya dah bermula muahahaha
Mari saya kenalkan  KEK BUAH KUKUS PREMIUM
 
 
 KEK BUAH KUKUS PREMIUM  nie bukan untuk raya sahaja ye
sekarang pun dah boleh order
kalau korang pegi buka posa rumah sapa-sapa
bolehla bawakkk
amik hati tuan umh terutama mak mertua dan kakak iparrrr
abang ipar tak payah amik hati sebab kebiasannya ikut je apa kata kakak ipar kan?kan?kan?
 
 
KEK BUAH KUKUS PREMIUM  nie saya dah rasa
buka sesaja dapat advertorial
bukan bayar upah untuk saya buat entry nie ye
TIDAK SAMA SEKALI
 
 Dari apa yang saya rasa
KEK BUAH KUKUS PREMIUM  NIE:
-tak berminyak
-tak manis letinggg..manis-manis buah gitu
-moist. ada sesetengah tue rasa kering tak best
-padat isinya
-berat kalau pegang sebelah tangan tue tak boleh lama-lama nanti lenguh
 
Nampak tak? banyakkan buah tue?
kaya dengan buah-buahan
itu yang manis-manis buah rasanya
 
 
gambar-gambar yang supplier bagi memang lawa bangat
ada customer tak suka gambar supplier sebab katanya camera trick
 
sebagai bukti saya memang dah makan dan dah rasa
saya amik gambar sendiri
inilah rupa packaging KEK BUAH KUKUS PREMIUM  
sesuai untuk dijadikan buah tangan
packaging lawa
rasa pun sodapppppp 
mak mertua &kakak ipar mesti bertambah sayang kiki
 
  tue gambar KEK BUAH KUKUS PREMIUM 
saya yang amik jugak nie ye
tengok pun rasa dah meleleh air liur kan?
 
sebab tue saya tau beratnya nak memegang kek nie
lenguh sebelah tangan
sebelah lagi pegang camera haha

nah dari tepi ketebalan 
tebal dan padat
padat dengan buah dan kasih sayang haha
 

Berminat?
KEK BUAH KUKUS PREMIUM
012-3504140(SHELA)
RM35 sekotak
postage sekotak RM10.50(semenanjung)
lebih dari tue discuss dgn towkay ye
 
 
 
 
 PREMIUM

Monday, May 22, 2017

200G EMAS PUBLIC GOLD HADIAH UNTUK ADLAN KHAIRY


Assalmualaikum semua,
Monday Blues tak?
Jemput baca sehingga habis jika sudi
Minggu lepas saya  ke pejabat kerana ada mesyuarat dengan bos
Jam 12 tengahari lebih kurang baru saya berkesempatan membelek handphone.
Ada PM dari member blog..
 
X: Ila, kita dah daftar under ila tau untuk PublicGold
 
Saya: Ye ke? Thank you ye sudi daftar dengan ila jadi pelanggan PG(hati dah bunga-bunga semangkuk)
 
X: Ila, kita daftar jadi dealer tau.. Ayah kita sebenarnya yang daftar jadi dealer bawah ila.
 
Saya: Eh ye ke? Ingatkan jadi pelanggan..jadi dealer terus?. Mana dapat detail ila? (hati dah bunga-bunga setaman)
 
X: kita carik no handphone ila dalam FB. Mintak staff PG tue carikan no PG Code ila dengan no handphone tue...terus  dapat  detail ila dari sistem PG..
 
Saya: ye ke? Ya allah ..terima kasih banyak-banyak... sampai macam tue cari detail PG ila.terima kasih sangat..tak tau nak cakap apa...
 
X: Ila kita daftar dengan 100GRAM EMAS tau.. tapi bukan ayah je tau..kita pun daftar jadi dealer bawah ayah.. kita pun daftar 100GRAM EMAS juga.. walaupun kita daftar bawah ayah kita tapi ila tetap akan dapat komisyen sebab ayah bawah ila..dah tanya staf PG tadi.. kita siap mintak staf tue kirakan komisyen ila..adalah dalm RMXXX
 
Saya: (tak mampu nak kata apa..200GRAM dalam sehari??)
 
X: nanti ayah kita akan bawa kawan-kawan dia yang memang simpan emas untuk daftar...ramai lagi nie ayah nak bawak..semua nie untuk anak-anak ila terutama khairy..
 
Saya: (air mata menitik.menitik..menitik...bila sebut khairy hati mana tak sebak)

X tue adalah member blog saya .. semua gambar nie member blog  tuela yang bagi. Member blog tue swap emas GENEVA dengan emas PUBLIC GOLD dan terus register jadi DEALER. Kami tak pernah jumpa.tapi kami selalu berjumpa di alam maya.. dulu selalu masuk contest anak comel di majalah dan blog..pernah anaknya no 1 dan arief (anak kedua saya)dapat no 3..saya sendiri ingat-ingat lupa kedudukan contest dlm PA&MA masa tue..
 
Masa dapat pm dari member blog nie.. tak tau nak cakap apa..terkesima pun ada.. terkejut pun ada tapi sungguh terharu dan sebak bila semuanya diniatkan untuk anak-anak saya terutama adlan khairy.sesungguhnya rezeki tue rahsia Allah.. rezeki khairy umpama hujan dari langit.menitik tak menentu masa tapi tak pernah berhenti..sama seperti air mata saya yang tak pernah henti mengalir sejak kelahirannya..

Nampak tak? tue kat bahagian introducer no PG Code saya: PG00097831
(detail semua saya padam untuk keselamatan member blog nie)
 
 
Insya allah komisyen ini akan saya berikan pada khairy..sesuai dengan niat rakan blog ini.. terima kasih sangat-sangat..kalau khairy faham ..mesti dia pun terharu sebagaimana saya rasakan sekarang...
Dalam hidup nie kita tak akan dapat kasih sayang semua orang, tak akan dapat pengertian semua..kalau ada walau seorang pun  yang sayangkan dan memahami kita dan anak-anak seharusnya kita bersyukur.. INIKAN PULA RAMAI YANG MEMAHAMI DAN SAYANGKAN KITA DAN ANAK-ANAK..alhamdulilah bersyukur sangat-sangat...
 
ACTIVE & AUTHORISED PUBLIC GOLD DEALER
SUHAILA SALEH
PG00097831
 

 
JEMPUT LIKE FB SAYA BERKAITAN EMAS
017-3201998
PANDORA 916 BY GELIGA GOLD
DINARPAL
PUBLIC GOLD
POWER GOLD

 
 
 

Friday, May 19, 2017

Kebumikan aku bersama tongkat itu

"KEBUMIKAN AKU DENGAN TONGKAT ITU!"
 
Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
 
Segar lagi dalam ingatan pada tahun 1995, Dato’ Wan Muhammad bin Syeikh Abdul Aziz, (mantan Ketua Pengarah JAKIM) mengajar kelas kami. Pada masa itu beliau adalah Pengarah Institut Pengajian Tahfiz al-Quran iaitu nama lama Darul Quran, JAKIM. Beliau menceritakan kisahnya bertemu dengan Pak Rashid seorang lelaki dari Padang, Sumatera di sebuah restoran milik lelaki itu. Dengan terharu, lelaki itu menceritakan kenangan manis paling berharga buat dirinya adalah diziarahi oleh ulama tersohor Nusantara yang turut berasal dari Sumatera iaitu Prof Dr. HAMKA. Dalam pertemuan itu, HAMKA menasihatinya dengan kalam hikmah yang sangat tinggi nilainya:
“Jangan hanya leka mencari rezeki tetapi lupa Yang Maha Memberi rezeki.”
Ternyata nasihat Buya HAMKA  itu sangat seiring dengan firman Allah ini:
رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ
Ertinya: (Ibadat itu dikerjakan oleh) lelaki (beriman) yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan (al-Nur [24:37]).
 
 
Buya HAMKA juga menghadiahkan Pak Rashid novelnya yang terkenal “TENGGELAMNYA KAPAL VAN DERVIJCK.” Ternyata hadiah HAMKA itu sangat dihargai Pak Rashid dan ia masih elok disimpan walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu. Dato’ Wan Muhammad kemudiannya meminjam novel itu dan langsung menghabiskannya pada malam itu menjelang subuh. Tertarik dengan kenangan itu, saya juga turut mencari novel HAMKA itu dan merasai peritnya jiwa seorang lelaki bernama Zainuddin yang digambarkan oleh Buya HAMKA dalam karyanya itu.
 
Subhanallah! Itu baru sebuah pertemuan dan pemberian berharga antara HAMKA dan Pak Rashid, bagaimana agaknya jika hadiah kenangan itu datangnya dari manusia paling mulia di alam semesta ini iaitu Rasulullah SAW?
 
Bertitik dari kisah guru saya itu, saya ingin berkongsi kisah menarik seorang sahabat Rasulullah SAW yang mahukan “tongkat pemberian Rasulullah dikebumikan bersamanya.” “DIA ADALAH ABDULLAH BIN UNAYS RA.”
 
Kisahnya, selepas perang Uhud Rasulullah SAW melalui tempoh yang sukar. Musuh Islam melihat kekuatan umat Islam semakin merosot berikutan kekalahan dalam perang Uhud. Sampai berita kepada Rasulullah bahawa Khalid bin Sufyan al-Hudhali (ketua kabilah Hudhayl yang sangat berpengaruh) berhasrat mengumpulkan kekuatan tentera untuk memerangi Madinah. Baginda lalu menghantar Abdullah bin Unays RA untuk membunuh Khalid di Uranah (sebuah tempat berhampiran Arafah). Oleh kerana Abdullah tidak mengenali Khalid, baginda SAW memberi petanda kepada Abdullah:
إِذَا رَأَيْتَهُ وَجَدْتَ لَهُ أُقْشَعْرِيَرَةً
Ertinya: (Cara mengenal Khalid adalah) apabila kamu melihatnya, bulu roma-mu akan berdiri tegak (kerana kehebatan fizikal dan karisma Khalid) (Musnad Ahmad).
Ketika melihat Khalid di Uranah, Abdullah benar-benar merasai seperti apa yang disifatkan baginda. Pertemuan antara Abdullah dan Khalid berlaku pada penghujung waktu Asar. Abdullah risau pergelutannya dengan Khalid akan menghabiskan waktu Asar sebelum sempat dia solat. Berikutan itu, Abdullah mendirikan solat dengan isyarat kepalanya (bagi pergerakan sujud dan ruku’). Cara solat ini memang disebut dalam al-Quran:
فَإِنْ خِفْتُمْ فَرِجَالًا أَوْ رُكْبَانًا فَإِذَا أَمِنْتُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَمَا عَلَّمَكُمْ مَا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَ
Ertinya: Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya (al-Baqarah [2:239]).
 
Ketika berada hampir dengan Khalid, Abdullah berpura-pura mahu mengikut Khalid dalam rancangannya mengumpulkan kekuatan tentera bagi menyerang Rasulullah SAW. Khalid mulai percaya cakap Abdullah dan ketika Khalid leka, Abdullah berjaya membunuhnya (Musnad Ahmad).
Kejayaan Abdullah dipuji oleh Rasulullah SAW dan baginda menghadiahkan sebatang tongkat kepadanya. Abdullah bertanya apa hikmah di sebalik hadiah tongkat itu. Baginda pun bersabda:
يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ أَعْطَيْتَنِي هَذِهِ الْعَصَا قَالَ آيَةٌ بَيْنِي وَبَيْنَكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Ertinya: Abdullah bin Unays bertanya: “Wahai Rasulullah, mengapa Tuan memberiku tongkat ini?” Rasulullah menjawab: “Ia menjadi tanda antara kita berdua pada hari kiamat kelak,” (Musnad Ahmad).
 
Selepas peristiwa itu, Abdullah “tidak pernah berpisah daripada tongkat itu.” Beliau meletakkan tongkat itu bersama pedangnya. Gelagat ini tidak lain membuktikan cinta luar biasa Abdullah terhadap Rasulullah SAW. Pada hari kematiannya, tongkat itu turut dikafankan bersamanya. Subhanallah! Sungguh dalam cinta Abdullah kepada Rasulullah SAW. Dia mahu apabila bangkit di Mahsyar kelak, tongkat itu menjadi penghubung erat antaranya dan Rasulullah SAW.
 
Aduhai! Kita semua sudah jauh daripada zaman baginda SAW. Kita juga tidak bernasib baik mendapat hadiah kenangan dari baginda dalam bentuk tongkat, pedang, selipar atau jubah. Pun begitu, kita masih memiliki warisan lain daripada baginda iaitu al-Quran dan al-Sunnah sebagai tanda kenangan. Percayalah! Kita jika teguh menghayati keduanya, hidup kita akan sentiasa dibimbing oleh Allah. Andaikan sahaja keduanya itu sebagai “TONGKAT KENANGAN” daripada Rasulullah SAW untuk kita. Hayatilah firman Allah ini:
قُلْ أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْهِ مَا حُمِّلَ وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ وَإِنْ تُطِيعُوهُ تَهْتَدُوا وَمَا عَلَى الرَّسُولِ إِلَّا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ
Ertinya: Katakanlah lagi (kepada mereka): " Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasulullah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu. “DAN JIKA KAMU TAAT KEPADANYA NESCAYA KAMU BEROLEH HIDAYAH PETUNJUK;” dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata" (al-Nur [24:54]).
 
Ayuh kita sama berdoa agar bersama dengan baginda di akhirat kelak:
اللهم إنا نسألك مرافقة نبينا صلى الله عليه وسلم في أعلى جنة الخلد
Ertinya: “Ya Allah! Kami mohon pada-Mu kebersamaan dengan nabi kami SAW dalam syurga yang tertinggi lagi kekal.”
 
 
* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

Wednesday, May 17, 2017

Hadiah hari guru

assalamualikum semua
hari guru makin dekat
anak-anak nie teringin nak meraikan cikgu
anak saya dah 2 orang bersekolah
amana dan arief
 
bila anak-anak sebut hari guru
saya faham
mereka teringin nak beri sesuatu pada guru
setelah carik dan mencari
inilah yang within budget
nak bagi emas untuk semua cikgu
GULPPP
 
tunggu mak khairy jadi jutawan ye
amin
insya allah
 
anak-anak kemain suka tengok fridge magnet nie
sebab ada nama anak-anak di situ
tapi satu jelah kesilapan saya
saya tak tanya nama panggilan anak-anak di sekolah
kengkonon nak surprise kat anak-anak
 
amana cakap "mama, cikgu panggil amana nie DALIA kat sekolah"
arief pulak"mama, cikgu panggil arief nie AMIRUL kat sekolah"
mama korang pulak cakap "nak ke tak nak?"
hahaha
banyak pulak komplen ye
mama marah baru tau
 
 
saya beli dengan ex officemate
bolehla follow FB dia JULAIHA
dia memang jual craft
dia dulu resign sebab anaknya special
 
hampir-hampir saya pun resign sebab anak saya pulak magic
tapi sekarang saya follow the flow
saya ikut je apa allah aturkan
sebab aturan allah terbaik
saya takde rancang apa-apa dah
ikut je
asalkan anak-anak selalu dengan saya
hidup mati seorang ibu hanya untuk anak-anak
 
macam mak saya juga
mak selalu cakap tak ada orang yang lebih sayangkan angah(saya le tue) selain mak
dan saya tahu apa yang mak saya cakap tue SANGAT BETUL
seorang ibulah paling sayang anaknya
kalau mak saya takde separuh nyawa saya hilang
mak saya sekarang pun dah tua
boleh lagi ke sana kemari tapi semua tue semangat mak je..
kalau ikut kuderat hurmm
sebab mak saya kerap sakit jugak sekarang nie
syukur adik bongsu saya dan adik lelaki duduk dengan mak
doakan mak saya sihat selalu supaya nyawa saya selalu ada :)
 
 
 
 

Sunday, May 14, 2017

REZEKI EMAS APRIL 2017


Assalamualikum semua
hari nie dah isnin
jangan moody ye semua
sebab tak nak semua moody meh kiter citer yang best-best
 
haiii pagi dah update blog?
pada yang sering tertanya-tanya blog nie ada schedule post ye kawan-kawan
kadang-kadang korang baca hari nie
tapi entry tue saya maybe dah buat 2 minggu lepas hahaha
 
oleh sebab itu..dah masuk minggu ke dua Mei
 barulah saya tergedik-gedik  nak update cerita  April KOKOADIK GOLD
jom baca, buka hati, buka minda & doakan saya
kalau minat WA 017-3201998
boleh joint walau sekadar untuk cuci-cuci mata
 
bestkan bila2 masa nak beli emas duit selalu ada
pernah dengar tak?
ORANG ADA DUIT; BELUM TENTU ADA EMAS
TAPI ORANG ADA EMAS; DAH TENTU BERDUIT
 
 
 
 
alhamdulilah sorang rakan sekolah terbuka hati nak buka akaun di Public Gold
Akaun Public Gold nie macam akaun bank Maybank korang tue jugak
bezanya kat Maybank simpan duit fiat RM
kat akaun GAP Public Gold simpan gram EMAS
 
 
tak cukup jadi pelanggan Public Gold
member sekolah nie sign up jadi delaer Public Gold pulak
alhamdulilah
semoga maju jaya
share-share kebaikan emas pula pada rakan-rakan beliau
 
dulu beliau nie pencinta Pandora silver
beliau selalu baca cerita-cerita emas saya
arrahnu, fungsikan emas, emas yang makin meningkat naik etc etc
beliau jual semua set Pandora silver
dapat XXXXK terus sign up jadi dealer
alhamdulilah
bila dah tekad kan?
bila dah terbuka hati dan mindakan?
tak toleh kiri kanan terus BUAT & JALAN TERUS
 
 
 
 
alhamdulilah nie pula member comper
semoga menabung dengan konsistent ya
 
kalau uools nak tau sekarang nie kebanyakan contest hadiahnya emas tau
betapa bernilainya dan glamernya emas nowdays
sampaikan sekarang hadiah contest pun diberi emas
selalu dulu dapat voucer je
kalau voucer emas pun selalunya pertandingan yg libatkan syarikat emas macam habib, wah chan etc etc
tapi sekarang contest yang tak melibatkan syarikat emas pun ditawarkan hadiah emas
acaner tue?
bernilai tak emas sekarang?
 
oh pada yang tak tau ..comper tue member2 yang join contest
lama dah tak joint contest haha
nantila bila lapang-lapang
kekadang saya beli POP (proff of purchase) untuk contest
pastu kejung je POP dalam purse haha
 
ini pula member FB
adik nie selalu follow FB saya juga
saya takdela citer emas 24 jam dalam FB tue
saya suka citer campur-campur macam blog nie
terutama  tentang anak2 kesayangan
tapi sekali saya update tentang emas
 mesti ada point
mesti ada isi
mesti ada ceritanya
semoga beri manfaat pada yang lain
FB saya?
 
 
 
ehemmm
nie mesti member-member opis kenal
takkan tak kenal akauntan jelita opis kita?
alamdulilah kalau akauntan pun nampak kelebihan emas
agak-agak emas nie ok ke tak?
 
jangan terlambat ye
masih rendah untuk buka akaun Public Gold RM185 sahaja
cepat-cepat WA saya 017-3201998
dah beberapa hari harga emas turun menjunam
hati-hati sebab sekali dia naik balik nanges kita nak kejar
jangan tangguh nak sign up sementara harga emas tengah turun
sebabnya nak sign up public gold nie ikut 1g harga emas bukan ikut RM
 
masa emas tengah turun nielah
elok sign up sebagai customer /delaer @  tambah gram dalam akaun GAP PUBLIC GOLD
boleh WA 017-3201998 untuk consultation
sampai puas hati saya cerita
takde sorok cerita
insya allah
 
ehem dangle cincin yang customer dah dapat
saya pun berkenan jugak
sebab sama macam cincin tunang saya dulu
cuma cincin tunang saya ada zig zag kat keliling
 
 
ini bead aeroplane pulak
ada orang minat emas fesyen lama
ada orang minat jenis moden macam nie
nie semua inspired Pandora silver
Pandora silver bukan tak bagus tapi nilainya tak  naik..
kalau Pandora silver uools boleh jual semula hanya pada group /peminat Pandora silver sahaja
buat mas aini takde arrahnu yang terima perak untuk pajakan kecuali DINARPAL
itupun nak pajak dapat pinjaman pun sikit kottt
 
  Pandora 916 (emas) ia boleh difungsikan di 3 tempat
1.pada group atau peminat Pandora 916:
-korang up je nak jual as used item pun berebut-rebut orang beli
2. boleh arrahnu
-baca kat entry PANDORA 916 DIPAJAK DI ARRAHNU POS...korang taulah betapa benilainya "mainan kenit-kenit" nie
3.kedai emas
-trade in / jual kat kedai emas mesti diorang amik . sebab emas tetap emas..
 
alhamdulilah ini kali kedua customer order rantai tangan love clips
tak sabar nak tunggu sorang customer tayang rantai tangan love clips yang dah siap tue
 
 
Saya adalah
-dealer Public Gold
-agent Dinarpal
-stokist Powergold
-dropship Pandora 916 by Geliga Gold (insya allah one fine day saya nak jadi ejen Geliga Gold.kumpul modal banyak2 dan kumpul customer banyak-banyak.bukan mudah nak dapat TRUST customer tau)
 
FOLLOW di KOKOADIK BLOGSHOP
 
 
 

Tuesday, May 9, 2017

Aeroplane mendarat

 Alhamdulilah
Seorang lagi customer bahagia mendapat bead Pandora
Peminat Pandora nie mereka kadang-kadang ada berjenis-jenis set tau
Ada yang tema cinta, ad ayang tema cartoon, ada yang teman travel

 
 Antara koleksi terbaru
Kalau ada sesiapa yang istimewa konvo jemputla order dengan saya ye
 
 Pada yang suka bintang-bintang
Geliga gold ada keluarkan bead ikut bintang-bintang kelahiran

 
Ini memang impian saya
Kenapa bukan gambar color emas?
sebabnya ia belum keluar
Saya memang dah bagi tau bos Pandora saya
Saya nak booked yang nie

 
Patut tak saya mintak bead nie dari Amana? haha
 
Ini pun lawakan?

 Customer saya dah preorde yang dangle butterfly nie
Kedua-duanya lawa di mata saya
 
ehemmmmm 
impian saya yang ini telah menjadi nyataaa
alhamdulilahhhh


JEMPUT LIKE FB SAYA BERKAITAN EMAS
017-3201998
PANDORA 916 BY GELIGA GOLD
DINARPAL
PUBLIC GOLD
POWER GOLD
 

Monday, May 8, 2017

Raya tahun nie nak bagi duit raya apa?





Masa kecil makayah bagi kita duit raya
Kita kata : okla sebab kita anak dan belum keja memang patut dapat duit raya

Masa kita dewasa makayah bagi anak kita duit raya
Kita kata : okla sebab anak kita tue cucu .mak pun dah takde tanggungjawab apa.duit pun dah berlebih.pencen ada.anak-anak semua dah lepas.

Kita pulak bila nak bagi mak ayah duit raya?
Mak ayah kita memang dah tua. Mungkin dah tak ada hutang langsung kalau dari muda bijak merencana hidup.sedang elok pencen semua hutang rumah kereta selesai.pencen pun ada.. anak2 semua dah lepas dan berkahwin.

TAPI betul ke makayah kita yang tua tak ada keinginan?
Orang tua kebanyakannya yang normal memang dah tak ada keinginan lain kecuali satu MENUNAIKAN UMRAH ATAU HAJI


Kos umrah dan haji semakin meningkat. Emas kalis inflasi dan berkemungkinan emas yang diperlukan untuk menunaikan haji/umrah ketika itu semakin sedikit tetapi RM untuk menunaikan haji/umrah semakin banyak.



Apa kata hari raya tahun kita kita mula memberikan makayah kita "duit raya"?
 Tapi kita tukar kepada EMAS RAYA.
 Emas dijangka RM500 per gram pada 2020. 
 1G sekarang dalam RM200++.
 Lagi 3 tahun sahaja RM500. Gunakan kesempatan yang ada ketika ini.

ACTIVE & AUTHORISED PUBLIC GOLD DEALER
SUHAILA SALEH
PG00097831
017-3201998

  
JEMPUT LIKE FB SAYA BERKAITAN EMAS
 
 

Friday, May 5, 2017

Aku sakit ke tak? Demi Khairy & Adam

ini adalah realiti seorang ibu
bila sakit tetap buat macam-macam kerja
kalau saya sampai tak bangun tue
maksudnya memang saya dah habis daya
memang tak larat sangat
 
kebiasannya saya akan bertahan jugak untuk Khairy
sekarang dah ada Adam lagilah saya tak boleh sakit
Bila saya tak sihat ..saya susah hati
susah hati mengenangkan adam si tembam dan khairy si magic

 ok nanti kita jumpa nenek ye
bulat je mata
nampak makanan le tueee

 kemain lagi khairy gelak
kalau dibiarkan memang habis adam kena buli
 tak sangka saya boleh jaga 2 budak nie..
itulah kekuatan seorang mak kan?
kalau jaga anak je lainlah
saya juga kena buat keja pejabat
kena masak
kena kemas rumah
tetiba lupa ada sakit belakang
yup makan supplement
kalau tak makan
mau ko pengsan  kat tangga haha
habis anak ko jadi apa?
malukut di tepi gantang?

adam nie badan dia tembam
dah le tembam ..manja
dahle manja... bulat
dah le bulat .. tak tau nak cakap apa lagi
yang pasti sangat hargai kehadiran dia selepas khairy
saya gelar adam baby emas
sebab masa mengandungkan adamlah saya terjebak dengan emas

 makan memang no 1

 sekarang adam dah amik alih tempat khairy
adam je 24 jam dok atas pangku saya
manalah khairy tak sakit hati kiki

 nie gambar paling baru
gambar masa adik ipar saya kawin 30/04/17
adam macam muka saya rasanya
haha semua anak ko cakap muka ko
tapi bila org tengok ..diorang cakap anak-anak muka papa diorang
rasa ehhh ye keeee?

 ini gambar masa adam 3/4 bulan
adam sado :P



 

Thursday, May 4, 2017

Beli Gold bar macam beli Gula-gula je

Assalamualikum semua
Pada yang belum tahu
saya nak war-warkan 
saya sekarang dah jadi DELER PUBLIC GOLD

ACTIVE & AUTHORISED PUBLIC GOLD DEALER
SUHAILA SALEH
PG00097831

Saya dapat jadi dealer dengan PROMO MELETOP masa tue
Kebiasaan untuk jadi delaer ADALAH DENGAN  100G EMAS (20K)
Tapi saya dapat joint dengan harga promosi
Saya ingat nak simpanlah emas-emas yang saya dapat hasil joint dealer
nampaknya baru je saya share di group gambar-gambar emas nie
terus disambar rakan
alhamdulilah terima kasih daun keladi
 
  Orang banyak duit dan celik emas
terus beli tanpa banyak soal


Pada yang teringin juga nak mulakan simpanan emas
jemput wassup saya di 017-3201998
Anda boleh buka akaun Public Gold dengan 1gram sahaja
Harga 1Gram untuk hari ini adalah RM192 (02/05/2017)

Pastikan anda daftar melalui dealer
kerana ada rakan saya yang daftar sendiri membayar RM215 
(harga retail tanpa jadi pelanggan Public Gold) 
Jika anda didaftar oleh dealer sah Public Gold
 harganya adalah harga pelanggan akaun Public Gold iaitu RM192(untuk date 02/052017)
 Di situ rakan saya telah rugi hampir RM20++

Apabila anda membuka akaun Public Gold anda
Anda managed sendiri akaun anda
Anda nak beli
Anda nak ambil 
Anda nak simpan
Hanya anda yang uruskan 
Tak perlu campur tangan dealer anda


Bagi yang tingal di Kuala Lumpur dan selangor
Diatas adalah cawangan Public Gold 
Jadi anda boleh ambil emas-emas anda dari cawangan yang dinyatakan diatas ye



Tahukah anda emas diramal RM500 untuk 1gram pada 2020?
Jangan terlambat memulakan simpanan emas masing-masing 

ACTIVE & AUTHORISED PUBLIC GOLD DEALER
SUHAILA SALEH
PG00097831


JEMPUT LIKE FB SAYA BERKAITAN EMAS
017-3201998