Kalau dah namanya perempuan. Macam-macam masalah kan? Nak mengandung, nak bersalin, nak period pun problem. Sebab tue orang kata perempuan tue complex. Pemikiran pun dah komplex apalagi dari sudut biologi. Saya saja buat entry ne sebab saya rasa sindrom ne makin kronik berlaku kat diri saya. Kesian betul dengan En.Papa bila masa nak datang bulan tue memang saya tak boleh control apa yg saya saya. Tak pasal2 je En.Papa kena sembur ( sori ye bang..sungguh2 tak sengaja). Saya rasa sejak 2/3 bulan selepas bersalin Arief saya dah kena sindrom ne
1) pening kepala yang amat sangat. sampai nak pitam pun ada.
2) jantung berdebar-debar..kekadang rasa kelakar pun ada sebab saya boleh terpikir "eh saya sakit jantung ke?"
2) rasa loya-loya macamla org mengandung.nasib tak muntah
3) mengidam nak makan yang masam-masam, nak minum air manis-manis
4) sakit belakang yang saya sampai nak nangis. Sampai tak tau nak cakap ne sakit sebab nak period atau sebab desicatted disc yang memang saya alami.
5) part ne paling saya menyampah - saya tak boleh nak kawal rasa marah saya. Tak pasal-pasal je saya nak marah. Agaknya bila campur sakit kepala semua tak boleh control. Puas control.. aiyooooo..
Saya gogle dan dapat info
ini. Kita boleh kongsi bersama. Sharing is caring kan?
Sindrom pra-haid atau lebih dikenali sebagai PMS (Premenstrual Syndrome) adalah situasi perasaan dan rasa tidak selesa yang dialami oleh wanita menjelang haid. Ada banyak perkara yang boleh menjadi faktor atau penyebab berlakunya gejala PMS ini. Antaranya ialah ketidakseimbangan estrogen dan progesteron dalam tubuh, kadar gula yang menurun kerana pengeluaran insulin yang meningkat dengan tiba-tiba dan kekurangan vitamin B. Sindrom pra-haid atau PMS ini boleh dikategorikan kepada beberapa jenis.
PMS Jenis A (saya alami ini)
Keadaan yang dialami : gelisah, mudah marah, mood berubah-ubah dan insomnia.
Faktor penyebab : Progesteron lebih banyak dari banyak dari hormon estrogen dan menyebabkan pengeluaran adrenalin dan serotonin. Keadaan ini juga mungkin boleh disebabkan oleh kurangnya vitamin B6.
PMS Jenis C (confirm!!!)
Keadaan yang dialami : Sakit kepala, pening kepala dan jantung berdebar-debar
Faktor penyebab : Keadaan ini hampir sama dengan hipoglikemia, akibat tingginya kadar insulin dalam darah. Keadaan ini juga boleh berlaku disebabkan oleh kekurangan magnesium.
PMS Jenis D (ini kalau tak period pun mudah lupa.makan semut banyak sangat!! hihi)
Keadaan yang dialami : Tekanan, mudah lupa dan insomnia
Faktor penyebab : Kekurangan vitamin B dan juga kadar estrogen lebih rendah dari progesteron. Juga diakibatkan oleh kadar aldesteron yang tinggi dalam darah. Aldesteron adalah hormon yang mempengaruhi keseimbangan cairan tubuh.
PMS Jenis H ( ada kot)
Keadaan yang dialami : Berat badan bertambah, payudara membengkak, perut kembung, tangan dan kaki bengkak
Faktor penyebab : Tingginya kadar aldesteron dan estrogen dalam darah. Kurangnya vitamin B6 dan magnesium
Saya gogle pula cara untuk atasinya dan dapat ini dari
Ratuhati.com. Kawan-kawan ada alami tak? Kalau ada sharela & bagila tips-tips nak atasinya.
elakkan atau kawal tekanan
dapatkan tidur secukupnya
makan makanan dengan karbohidrat kompleks (antaranya beras perang, roti gandum penuh)
mandi air panas
minum teh panas diperah limau atau lemon
untuk perut cramp, minum teh peppermint atau chamomile
makanan tinggi potassium seperti ikan, kekacang
stabilkan kandungan gula dalam darah dengan makan sedikit tetapi kerap
lebihkan serat daripada buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang
elakkan daging merah dan makanan berminyak, berlemak
kurangkan gula, garam (sodium) dan kafein
vitamin E, vitamin B6, minyak primrose mungkin membantu (minta nasihat doktor anda dahulu)
kalsium dan magnesium juga boleh diambil
amalkan bersenam
pengambilan pil perancang boleh mengurangkan gejala PMS tetapi ia mempunyai kesan sampingan
segelas susu panas dengan serbuk kayu manis mungkin membantu
ubat tahan sakit seperti ibuprofen, aspirin boleh melegakan cramp, sakit kepala, sakit belakang dan sakit pada payudara.
elakkan sembelit.
saya juga ada terbaca elakkan minuman berkafein dalam tempoh 2week sebelum peot (mmm patutla minggu lepas saya ngadu dgn En.Papa saya sakit kepala yg amat sangat ingatkan semata-mata sbb minum neslo rupanya plus dgn PMS!!)
Mama tak sihat ye. Meh Amana tolong mama kemas kain ye..
p/s: En.Papa lain kali bersedialah ye..Kalau time2 nak PMS tue paham-pahamla kitaran biologi wife awak ne. Tak payahla heran kalau tetiba je isteri awak ne melenting tak pasal-pasal. Orang yang melihat pun pening apa lagi orang yang mengalaminya pun 2x ganda pening!