ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Sunday, April 21, 2019

Nafkah, pendidikan, kasih sayang kunci kebahagiaan rumahtangga

Bagaimana Ayah Boleh Mewujudkan Syurga Dalam Rumahtangga.

Pertama, selesaikan tanggungjawab nafkah yang asas. Tempat tinggal, makan, pakai dan perkara-perkara asas untuk isteri dan anak-anak. Walaupun masih kurang sempurna pada awalnya, tapi berusahalah agar nafkah dapat dilengkapkan sebaiknya.

Pemberian sedekah yang paling baik adalah buat ahli keluarga, dan usaha yang terbaik, adalah usaha seorang ayah yang bekerja buat melunaskan nafkah ahli keluarganya.

Selesai nafkah, ahli keluarga akan lebih mudah untuk menghormati ayah sebagai ketua keluarga, dan keluarga akan lebih harmoni.

Isteri boleh membantu, tapi yang asas mesti datang dari ayah. Keberkatan berganda buat ayah yang sentiasa berusaha.

Banyak rumah tangga yang porak peranda, bercerai berai kerana banyak masalah dalam isu nafkah, hingga terpaksa melibatkan campurtangan pihak ketiga.

Selesai nafkah sebagai tanggungjawab yang utama, kedua adalah pendidikan, terutamanya pendidikan agama.

Didik anak tentang akidah, tentang hakikat Allah sebagai pencipta segala, dan hakikat dia yang maha mengawasi.

Didik anak berkenaan solat, tanpa jemu hingga anak menjadikan solat sebagai perkara paling penting dalam hidup.

Pesan kepada anak berulang kali, kejut Subuh setiap hari sehingga anak boleh bangun sendiri, bawa anak ke paip air dan tunjukkan jalan untuk berwudhuk, sesekali, uji anak berkenaan hal ehwal perkara dalam solat walaupun anak telah belajar di tadika atau kelas Kafa.

Tengok anak solat, bawa anak-anak lelaki ke masjid dan didik berkenaan dengan adab.

Jangan sampai anak masuk ke usia baligh, tapi masih cacat ilmu dan perlaksanannnya tentang solat. Berat nanti soal untuk ayah di akhirat.

Begitu juga dengan ibadah-ibadah yang lain, namun solat ini mesti diperhatikan seteliti mungkin.

Paling utama, ayahnya dulu mesti menunjukkan contoh agar tidak seperti ketam yang mengajar anak berjalan lurus.

Allahuakbar! Terasa.

Dalam ketegasan mendidik anak, jangan lupa perkara ketiga, iaitu kasih sayang yang dizahirkan hingga anak rasa disayangi.

Sentiasa peluk dan beri pujian yang positif kepada anak. Jika perlu rotan dan ketegasan, jelaskan kesalahan apabila rotan atau tangan diperlukan.

Dengan anak-anak yang masih kecil, bermain dan bergelak ketawalah dengan mereka, anak-anak pada usia ini tidak faham keletihan, kesibukan dan masalah-masalah yang kita hadapi, sedaya upaya kita layan anak-anak bermain walau sebentar, agar ada memori indah bersama yang akan dikenang nanti.

Nafkah, pendidikan dan kasih sayang adalah kunci dalam mewujudkan syurga dalam rumahtangga.

Moga bermanfaat dan sebagai nasihat untuk diriku yang sering lupa.

Copy n paste dari Hisham Sharif

Friday, April 19, 2019

The struggle is real.

"Menguruskan anak tanpa pasangan..."

2 words best to describe – Bukan Senang…Tak Mudah…Serius Stress…!!!

Ada isteri yg tinggal berjauhan dgn suami atas tuntutan keje, sorang utara, sorang selatan (PJJ)…ada juga suami yg keje seminggu 2 minggu direct, xblk umah (offshore, bwk treler dan etc)...bila mengandung, sorang2 p check perut, sorang2 jaga mkn minum, sorang2 buat keje2 umah dan sebagainya…xpela, masih sorang, masih bt apa saja dgn diri sendiri, masih bleh lagi…

Tp once dah ada anak, kehidupan tanpa pasangan tu sgt2 menguji dan teruji…

Byk kali jgak la saya kena jaga anak2 on weekend time isteri bekerja dlu utk 12 jam shja, and guess what? Letih beb…org laki jaga ank pun letih, org pompuan?

Weekend ni, masa nk rehat, nk tdo lama, but as early as 5.30 am anak2 dh bgun…ank2 umur 2 tahun dan 1 tahun time tu…dia bgun sbb pampers dh penuh atau dia lapar susu…wife tgh siap nk p keje dh, wife tukar pampers, dia bg susu, and suh saya sambung jaga…maka bermulalah “my daycare time with my kids”…letak anak2 depan pintu bilik air sbb nk mandi dan mandi xtutup pintu sbb nk tgok apa diorang buat…klu biar, silap2 bleh jatuh katil, bleh p ke dapur dan sebagainya…

Time solat, anak2 main depan sejadah, lipat sejadah, letak mainan kt tempat kita nk sujud, masuk dlm kain pelikat dan sebagainya…kadg2 tu smpai 2,3 kali kena solat, benti solat sbb nk alihkan diorang, nk ubah mainan dan sebagainya…bekpes time! Isteri dah tggalkan moi, so suap moi je bg diorang mkn…klu  diorang lapar lagi, ambik biskut, tuang susu bg lembut, then suap…

Mandi time…budak2 mana xsuka air, cukup2 seronok klu dpt berendam...lpas mandi, main jap, pastu diorang tdo…sejam beb, sejam letak dlm buaian, ayun plus zikir & tarannum…yg si kakak dh tdo sendiri dh…nmpk ja si adik mata dh tutup rapat, saya pun bgun…

“Huuwaaa”…dia jaga plak dh…dia detected saya bgun…hmmm, sambung hayun buaian tu plak…nak buat keje umah, japg bunyi bising dia jaga…dpt la sidai baju, kemas2 mainan skit…bru bleh mkn sarapan…time diorang tdo la, klu nk buang air besar, kena buang siap2, japg dorang bgun, memg ssh dh, memg kena tahan smpai wife blk…then utk mkn tghari, tgok tahap kerajinan…klu rajin, bwk dua2 org p tapau mknan luar…klu xrajin, goreng telur mata ja…dh bgun tdo, main lagi dgn diorang, bg susu, bg moi…

Penah skali tu, tertdo time jaga diorang…bgun2 p cari, dua2 tgh sepahkan bilik, tarik smua baju2 dlm almari dan main bedak…Allahu, satu hal plak nk lipat smua baju2 tu blk, nk lap2 bedak tu blk…suara hati membisik perlahan2, “lagi 4 jam bini nk blk daus, sabar daus, sabar…” berterusan la jaga diorang bedua smpai isteri berhenti keje…dlm 2,3 tahun jgak…

So, kpd para2 suami diluar sana, the struggle is real beb! Saya hadap utk 12 jam je tu, tp bayangkan isteri anda hadap situasi yg mcm tu utk seminggu, utk sebulan dan anda tiada disisinya? Apa yg dia rasa? Dgn penatnya keje, dgn nk kena p ambik anak lg, blk umah jaga lagi, buat keje2 umah lagi, masalah kat ofis lagi, time makan dia yg tunggang-langgang dan semuanya ini dia perlu buat dan hadap SEORANG DIRI?

Call her, show her your concern…! Kuatkan dia, bg dia semangat, minta dia sabar…bila balik umah, ambik alih dan buat keje2 dia selama mna awk ada masa kat umah tu…bg dia rehat plak…mental & fizikal dia bleh "koyak" klu suami x ambik berat bilamana seorg isteri itu terpaksa menguruskan dirinya dan anak2 seorang diri - just by herself and ALONE…jgn smpai dia fikir, ada suami dgn xde suami, sama je…

Don’t….🙏

Akibat menipu.. By firdaus ashakirin

Adakah sesebuah hubungan akan kembali seperti biasa sekiranya pasangannya telah menipu?

Mustahil...hampir pasti, tidak akan kembali seperti biasa atau sebelumnya...kenapa?

Dahulu dia diberikan kepercayaan sepenuhnya, tapi still menipu...jadi masih perlu lagi utk bg kepercayaan yg sama sepenuhnya? Mgkin 50-50 atau mgkin langsung tidak percaya...pendek kata, telah hilang kepercayaan....

Dahulu dia dilayan dgn baik, lengkap serba serbi, tiptop tapi still menipu...jadi masih perlu lagi dilayan sebegitu baik utk ditipu lagi? Sakitnya ditipu itu yg akan mengubah cara layanan...senyuman dibibir pun akan perlahan-lahan hilang...apa yg tinggal? Muka masam, kelat, hati sakit, dingin...

Dlm hati, "sia-sia layan dia baik-baik..."

Menipu langsung tidak memberi apa2 makna melainkan ianya hanya akan menjejaskan hubungan...tambahan pula apabila penipuan itu terbongkar dgn sendirinya dan dgn pertolongan Allah...Allah takkan menyembunyikan kebenaran drpd sesiapapun terutamanya dr seorang isteri yg telah berkorban apa saja utk rumahtangganya...

Jadi, kepada sesiapa yg masih menipu pasangannya, hentikanlah dgn segera sebelum layanan dan kepercayaan isteri hilang...isteri pun susah nk hormat suami yg suka menipu...tinggalkan, bertaubat dan berubah...itu lebih baik sekiranya anda masih sayangkan rumahtangga yg anda ada sekarang...

Jika tidak, teruskanlah menipu...org yg ditipu takkan selamanya bodoh dan takkan selamanya ada utk terus ditipu...

Thursday, April 18, 2019

Kisah doa org teraniya

DOA ORANG YANG DIZALIMI

Seorang nelayan miskin yang hidupnya menanggung keluarga dengan hasil tangkapan ikan.

Malangnya tangkapan ikannya selalu tiada.

Hanya menggunakan jala, dia menebarkannya di tepian pantai dengan harapan akan ada ikan yang tersangkut.

Beberapa kali dicuba, nampaknya tiada razeki buatnya. Begitulah beberapa hari dan dia tidak berputus asa. Dia mempunyai kesabaran dan tekad berusaha yang tinggi.

Pada suatu hari, dia ke pantai lagi, menebar jala dengan harapan ada ikan yang tersangkut.
Beberapa kali dicuba, namun tiada.

Namun, dia mencuba juga dengan longlai dan penuh harapan.
Lalu, Allah mentakdirkan seekor ikan besar terperangkap dalam jalanya... Alangkah gembiranya melihat ikan besar itu.

Sambil menarik ikan tersebut, dia pun membayangkan apa yang akan dilakukan dengan ikan itu...

Akan aku beri makan kepada keluargaku sehingga kenyang.

Kepada jiranku juga harus diberikan.

Selebihnya barulah aku jualkan.

Demikian nelayan itu merencanakan apa yang akan dibuatnya terhadap ikan itu. Razeki yang begitu sukar diperolehi.

Malangnya, ketika itu lalu seorang raja dengan askarnya. Raja itu sangat tertarik melihat ikan besar yang baru diperolehi nelayan itu. Lantas, disuruhnya pengawalnya mendapatkan ikan tersebut dari nelayan...

Sudah tentu nelayan itu sangat keberatan.

Setelah merasakan bahawa dia tidak dapat mempertahankan ikannya itu dari diambil oleh raja, dia pun meminta harga sebagai bayaran.

Dengan angkuh pengawal itu merampas ikan itu dan mengatakan raja tidak membayar harga daripada apa yang dikehendakinya.

Maka, ikan itupun dibawa pergi... 😥😥

Bergenang air mata sang nelayan miskin yang daif dan tak mampu berbuat apa-apa. Haknya dirampas.

Kepada siapa hendak dia mengadu..?

Hanya kepada Allah Tuhan yang satu.

Dia pun menadahkan tangan dan berdoa.

Sementara raja itu, dengan senang hati kerana dapat ikan, disuruhnya tukang masak istana segera masakan ikan itu. Ikan sebesar itu dia seorang saja yang makan.

Malangnya, beberapa hari setelah makan ikan itu, raja telah dijangkiti satu penyakit aneh. Penyakit itu pada mulanya hanya berupa bengkak pada ibu jarinya. Bengkak itu disertai dengan sakit yang sangat mengganggu keselesaannya.

Lama kelamaan mula bernanah.

Tabib istana dipanggil dan setelah dicermati, dia menasihatkan supaya ibu jari kaki raja itu dipotong. Raja enggan menerima nasihat tabib istana dan disuruh carikan ubat untuk sakitnya.
Namun ubat tidak ditemui juga walau bermacam ikhtiar diusahakan.

Beberapa hari kemudian, tabib istana yang merawatnya memberitahu bahawa penyakit itu telah merebak hingga ke buku lali. Kakinya hendaklah dipotong supaya penyakit tidak merebak ke atas. Raja masih enggan menenerima nasihat tersebut kerana dia sayangkan kakinya.
Dia memerintahkan agar dicari tabib lain yang lebih handal.

Seorang tabib dari luar di bawa.

Setelah melihat penyakit di kaki raja, dia pun memberitahu bahawa penyakit di kaki raja itu telah merebak hingga ke betis. Kalau tidak dipotong betis, ia akan merebak ke atas lagi.
Ketika itu, akurlah sang raja.
Lantas betisnya itu pun dipotonglah.

Raja sangat sedih atas kehilangan betisnya.
Namun, kesedihannya tidak tamat di situ.
Dalam keadaan sugul kerana kehilangan kakinya, tiba-tiba negerinya dilanda gempa. Harta benda dan jiwa banyak yang musnah.

Keadaan ini membuatkan raja sangat hairan.

Lalu, raja memanggil seorang ulama dan bertanyakan maksud di sebalik semua musibah yang menimpanya itu.

" Tuanku telah menzalimi seseorang", ulama itu membuat rumusan.

" Seingat beta, tidak pernah beta zalimi sesiapa", ujar raja.

" Cuba Tuanku ingat betul-betul, pernahkah tuanku zalimi seseorang?", ulama itu tetap dengan rumusannya.

Maka, ketika mengimbau kembali apa yang telah dilakukannya, raja pun teringat perihal ikan yang dirampasnya dari seorang nelayan.

Ketika dia merampas ikan itu, dia tidak merasakan itu satu kezaliman. Apalah harganya seekor ikan..

" Perkara kecil di mata tuanku adalah besar di mata nelayan itu", ulama itu mengingatkan.

Raja itu memerintahkan agar nelayan itu dicari dan dibawa mengadapnya.

" Apa yang telah kamu lakukan setelah ikanmu beta rampas?", raja bertanya kepada nelayan itu.

" Saya tidak lakukan apa-apa", jawab nelayan ketakutan.

" Ceritakan terus terang, kamu tidak akan beta apa-apakan", raja memujuk dan menenangkan nelayan yang ketakutan itu.

Akhirnya nelayan itu pun berkata... ;

"Setelah ikan itu tuanku rampas, saya hanya mampu berdoa..."

"Apa doamu?", soal raja

Nelayan pun berkata: "Aku hadapkan wajahku kepada Allah dan berkata...

“Ya Allah, sesungguhnya dia telah memperlihatkan kekuasaannya atasku... Maka tunjukkanlah Kekuasaan Mu ke atasnya”.
.
.
.

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya :-

“Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah”.

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Janganlah kamu berbuat zalim saat kamu berkuasa
~ Maka kezaliman itu membawa akibat penyesalan

Kamu boleh lenakan mata tetapi yang dizalimi sentiasa berjaga
~ Dia berdoa ke atasmu dan mata Allah tidak pernah lena.

Wallahua'lam

Petikkan Dari Ustaz Ahmad Nasir

Monday, April 15, 2019

Banyak lelaki tak Paham kenapa isteri Malas sidai kain

Kenapa isteri rasa malas nak sidai baju?
_______________________________________

"Kenapa tidak bersidai lagi baju-baju ini? Sidai lah dulu"

Si suami mengeluh tatkala melalui lorong belakang rumah yang menempatkan mesin basuh pakaian. Banyak dah baju di basuh, berbakul-bakul. Tetapi sidainya tidak lagi.
Masa ini, si isteri akan menjawab dengan macam-macam alasan. Lagi pula dia sedang memasak di dapur. Habis dah berpeluh satu badan dek kerana bersilat menggoreng mee.

Lengan baju digulung sampai ke bahu. Baju pun sudah diikat ke pinggang. Penat memasak tak habis lagi.

"Hah, sudah siap menggoreng dah pun. Sidai lah baju kejap sementara budak-budak tengah bersiap tu" kata suami tidak habis-habis menggesa si isteri selesaikan menyidai pakaian di luar sana juga. Tolongnya tidak pula.

"Kejap lah bang. Saya penat ni. Berpeluh" si isteri mahu berehat.

"Alang-alang sudah berpeluh tu, pergi lah sidai baju. Biar semua peluh keluar. Exercise !" kata si suami melawak yang tidak pun kelakar. Bunyinya lebih kepada mengarah di telinga si isteri.

Kenapa isteri rasa malas hendak mengikut kata suami ketika itu? Pasti bersebab, kan?

Tak juga si isteri gerak.
Tak kuasa pula dia hendak menjawab.
Si isteri lagi sanggup dilabel malas saja.
Biarlah!

Apa tidaknya. Rupa-rupanya, punca sebenar hanyalah satu saja. Iaitu masalah penjagaan "AURAT".

Agaknya si suami faham atau tidak yang bahawa setiap kali si isteri hendak keluar menjemur baju, dia perlu memakai :

Baju labuh
Seluar labuh
Menutup pergelangan tangan
Memakai stoking
Pakai anak tudung
Pakai tudung labuh menutup dada?

Atau ada hokum yang mengatakan di laman rumah ini semua dikecualikan?

Kalau lah boleh keluar begitu saja tanpa pakai semua itu, pasti sambil menggoreng tadi si isteri sudah boleh menyidai juga. Perempuan kan boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Tapi saat itu, si isterinya sudah berpeluh sakan. Kemudian, hendak di sarung segala kelengkapan. Bilik pula jauh di tingkat atas untuk ambil pakaian. Mana tidak malas jadinya si isteri bila mengenang kudrat yang diperlukan untuk completekan segala kelengkapan pakaian di seluruh tubuh badan.

Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki pula itu perlu ditutupkan. Tiada yang terkecuali melainkan muka dan tapak tangan!
Belakang rumah, sudah sah-sah ada Pak Leman dengan 3 orang anak lelakinya. Rajin pula pagi-pagi berkebun di belakang rumah.

Kiri kanan rumah semuanya ada orang lelaki.

Lainlah kalau kita hidup jauh di tengah hutan. Bertahun-tahun, sekalipun tidak ada manusia yang masuk datang berjiran. Hah, itu mungkinlah boleh si isteri menyelinap keluar menyidai perlahan-lahan.

Boleh saja si isteri pakai ala kadar untuk menyidai pakaian.

Dan hakikatnya begitulah orang kita. Duduk di bandar atau di kampung, dibuatnya macam duduk tengah hutan atau tinggi di atas gunung Everest sana. Konon tiada yang nampak masa keluar menyidai.

Wahai suami
Wahai ayah

Anak bini kita keluar dengan hanya meletakkan tuala di atas kepala. Namun, rambut masih terjuntai jua. Tak tahu pula di mana usaha menutup auratnya. Masa ini dada gebu ternampak jua.

Astaghfirullah!
Perasan kah kita?

Ini semua akan jadi bebanan untuk ke syurga. Setiap aurat yang ternampak oleh yang bukan Mahram isteri dan anak dara kita, akan dihitung dosanya. Hatta seurat rambut yang ternampak itu juga akan membawa dosa. Apatah lagi yang lain-lainnya.Kain batik pendek terselak nampak betis tidak sengaja. Masa menyidai pula  terangkat lengan di sini sana. Lalu terbongkok menonggeng pula tatkala mahu mengambil baju di baldi.
Apa yang orang luar nampak pada isteri atau anak dara kita?
Ya Allah!
Nauzubillah.
Astaghfirullah.

Kesian lah pada si isteri. Kesian juga pada anak dara kita kalau dia pun kena keluar menjemur pakaian juga.

Jangan tidak percaya pula jikalau dalam diam-diam, ada yang memeram rasa. Ada yang menyimpan rindu dendam sebab selalu skodeng isteri dan anak kita menyidai pakaian di luar sana.

Oh, Ngeri!
Ini bukan hal kecil lagi.
Ini isu besar yang selama ini di kecil-kecilkan.

Dekorlah!
Uruskanlah ruang pengurusan pakaian keluargamu.

Wujudkanlah penghadang dinding, tirai mahupun apa saja dekorasi yang boleh dilakukan, asal dapat menutup pandangan mata liar orang sekeliling.

Kali ni, dekor bukan kerana mahu cantikkan taman agar terhias di luar rumah. Tetapi ia wujud kerana mahu memelihara aurat ahli keluarga sendiri.

Bukan itu saja.
Ia juga mampu menutup pandangan orang luar dari rupa pakaian satu keluarga.
Kerana, jika menyidai secara terbuka, maka nampaklah setiap pakaian seisi keluarga. Orang mungkin dapat meneka itu baju tidur siapa. Itu pula pakaian dalam siapa.

Nauzubillah.

Elakkan fitnah.
Wujudkan tabir.
Patahkan pandangan.

Aurat keluarga kita, kita yang jaga.

Sama ada ruang menyidai pakaian diuruskan di dalam rumah saja, pakai mesin pengering atau kita boleh usaha membuat laman rahsia keluarga kita, itu adalah satu usaha yang sangat dimuliakan oleh Allah swt. Kerana buatnya bersebab. Demi menjaga aurat yang tersayang.

Hadanglah pandangan luar dengan tembok batu.
Boleh juga dengan tabir kayu.

Tak pun buatlah taman rahsia yang menutupi lamanmu dengan pokok besar disekelilingnya.

"Sayang, jom lah makan goreng pisang panas yang abang beli ni hah" ajak si suami yang sedang makan goreng pisang panas sambil melihat isterinya menyidai pakaian.

Sambil itu dapatlah menikmati angin luar yang bertiup lembut sehingga masuk ke ruang tertutup mereka.

"Saya suka lah sidai baju sekarang ni bang. Tak payah saya hendak kena pakai tutup seluruh badan masa hendak menyidai. Eh, bagi satu goreng pisang tu" si isteri minta disuap satu goreng pisang ke mulutnya.

"Lah, tinggi tembok dia naikkan dah tu , abah" kata anak sulung Pak Leman sambil memuncungkan mulutnya menunjuk ke arah rumah belakangnya.

"Dah tu kenapa? Kecewa lah tu tak dapat skodeng lagi anak dara dia menyidai pakaian kan? Macam abah tak tahu!" kata Pak Leman. Jauh dalam sudut hati, dia juga agak kecewa. Semuanya sudah tidak lagi terhidang depan mata. Laman jiran belakang dah jadi laman rahsia.

Duhai suami,
peliharalah aurat ahli keluargamu.

Apabila kau mengambil berat akan hal ini, pasti kau akan berusaha melaksanakan satu cara. Yang pasti, dengan niat kau untuk memelihara, pasti Allah akan mudahkan cara.

Tatkala itu juga kedamaian terasa. Rumahmu tidak lagi membuatkan anak isterimu terseksa. Melangkah mereka dengan aman sentosa.

Kini tembok yang dibina menjadi dekor luar biasa!
Lagi elok ia menjadi ikutan jiran tetangga.
Kau juga dapat pahala kerana memulakannya.

#Jomubahyangbiasa
#Kalautakmampumengubah
#Dekorlah

Acik bawang dekor
Khairunnisa Hamzah
Senibina kehidupan di rumah

Thursday, April 11, 2019

Bila isteri dah tak ada.. Kesian semua

“Abah tak pandai masak”

Budak ni datang ke klinik dengan abahnya, mengadu sakit perut dan cirit birit. Budak ni salahkan masakan abah dia. Aku pun periksalah budak tu, sambil-sambil berborak dengan budak tu.

“Siapa yang pandai masak?” soal aku.

“Mama. Mama pandai masak. Mama masak, kita tak sakit perut pun. Hari-hari kita makan sedap,” jawab budak tu. Petah bukan main. Umurnya sekitar 5-6 tahun.

Masa aku periksa perut dia, aku perasan di pinggang hingga ke perut ada jangkitan kulat, ada bekas garu, luka-luka. Setelah itu aku lihat kukunya sedikit panjang dan hitam dibawahnya. Aku pun tanya abahnya.

“Abah, dah lama ke dia gatal-gatal ni?”

Abah dia kelihatan blur.

“Abah tak perasan eh? Ni, tengok ni. Ada panau ni. Banyak juga ni,” beritahu aku.

Abah budak tu pun, bangun dari kerusi dan mencangkung di sebelah anaknya yang sedang duduk di kerusi. Dia lihat perut anaknya.

“Kuku dia pun panjang. Kotor dah tu. Mungkin sebab tu dia sakit perut,” sambung aku lagi, dan ketika itu aku perasan kuku budak tu ada bekas digigit.

Si Abah ambil tangan anaknya dan lihat dan kemudian dia angguk-angguk.

“Jangan gigit kuku tau. Tak elok,” nasihat aku pada budak tu.

“Dulu Mama yang selalu potongkan. Mama— ”

“Along! Please. Dah dah lah tu!” tegas si abah menyeka kata-kata anaknya tu lalu berdiri.

Aku yang sedang duduk di kerusi aku pun menengadah muka dan lihat pada si Abah. Tengah elok dia lihat anaknya, kenapa tiba-tiba dia kata begitu? Aku lihat dia lihat pada anaknya. Di wajahnya terpamer wajah seorang ayah yang hampa.

“Mama dah tak ada… dan abah tahu… abah tak pandai masak. Abah kena belajar,” dia berhenti seketika, aku kira menyeka air mata, kemudian dia sambung “tapi along pun kena belajar. Belajar hidup tanpa Mama.”

“I’m sorry… “ gumam budak tu.

Budak tu bangun dari kerusi, lalu abahnya tunduk dan peluk budak tu sebelum didukungnya rapat ke di dada. Aku dengar budak tu mula menangis tersedu.

“I love you too.” Aku dengar suara si abah kata begitu, mungkin membalas apa yang dibisik oleh anaknya ke telinga.

Sebak pula. Aku baru je periksa isteri dia dua minggu lepas. Datang sebab pening kepala. Masa tu dia tanya pasal ubat kurus. Aku cakap tak payahlah ambil.

“Sorry doktor…” kata si Abah tadi lalu bercerita berkenaan isterinya.

Rupanya masa datang jumpa aku tu isterinya dah ambil pun ubat kurus. Lepas aku tegah tu, isterinya masih ambil lagi. Tiba-tiba satu hari tu rebah masa memasak. Bawa hospital, tapi tak dapat diselamatkan. Doktor kata serangan jantung.

Ada sesetengah pil kurus ada bahan terlarang, dan bahan tersebut boleh akibatkan serangan jantung, sudden cardiac arrest. Namun, aku tak tahulah dalam kes ni berkaitan atau tak.

Apapun, baik elakkan.

Sebenarnya masa lelaki itu bercerita, aku cuba meletakkan diri aku pada situasi dia. Aku dapat bayangkan aku pun akan terkapai-kapai. Hilang arah.

Entah bila kali terakhir aku periksa kuku anak aku. Potong kuku anak mungkin tak pernah. Bila kali terakhir aku mandikan anak aku? Aku tak ingat.

Kalau isteri aku suruh aku pakaikan baju untuk anak aku yang umur 5 tahun tu, mesti aku ambil baju dan hulur pada anak dan suruh dia pakai sendiri.

Kalau tanya aku, kulit anak aku ada jangkitan kulat ke, ruam ke, parut ke, pasti aku pun tak tahu/perasan. Entah bersih tak jika aku yang jaga kebersihan anak aku.

Suruh masak sedap setiap hari? Entahlah...

Tak usah nafi. Lelaki ni tak pandai urus benda rumit sebegini. Perempuan sahaja punya ketelitian dan kesabaran untuk lakukan tugas begitu. Sebab itu lelaki perlukan perempuan dalam hidupnya.

Isteri kematian suami, biasanya boleh besarkan anak-anak. Suami kematian isteri, jika mampu besarkan anak kecilnya sendirian, itu istimewa. Sangat istimewa. Terutama jika lebih satu anak.

Oleh itu, para isteri kena jaga kesihatan baik-baik. Tak perlu buat sesuatu yang mudaratkan kesihatan. Lagipun, kesihatan keluarga biasanya isteri yang uruskan. Suami tak pernah tahu pun dos ubat deman untuk anak.

Para suami, jika isteri minta tolong cuci pinggan, letak baju kotor dalam bakul, buang sampah di luar, siram mangkuk tandas, maka buatlah dengan hati tenang. Sebab, suatu hari nanti bila kalian terpaksa buat benda tu tanpa disuruh, tak mungkin kau boleh buat dengan hati tenang.

Kita pun akan jadi macam abah tadi jika tak sedia. Maka, bersedialah. Aku, kau, kita, semua lelaki kena bersedia.

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Lelaki/Suami/Ayah.

Nota: setiap pesakit bawa pengajaran hidup buat aku, dan aku akan sentiasa kongsi dengan kalian yang follow. Sama-sama memperingati.

Bila Arief naik pentas

 

Kebiasaannya orang yang pandai2 je naik pentas. Tapi siapa sangka anak yang sehingga darjah 3 dan tak boleh membaca pun naik pentas yang sama dengan anak yang bijak-bijak pandai. Tak kisahlah apa yg Arief dapat kan? Mama suka bila Arief gembira..itu sahaja..

Arief tak boleh membaca. Tapi sebagai ibu saya tak pernah salahkan dia. Saya "tinggalkan" dia macam tue saja lepas Khairy lahir. Dia ada depan mata tapi saya hanya pandang amana dan Arief "kosong" ketika itu. Sampaikan adik bongsu tegur saya "khairy tak tentu keadaannya lagi tapi angahh masih ada amana dan Arief. jangan lupa tue"

Saya hantar dan ambil Arief ke tadika begitu sahaja. Yang saya tahu ketika itu lalui hidup sekadarnya dan berjuang untuk "nafas" khairy. Perkara lain tak mampu saya nak kawal. Saya biarkan masa berlalu dan semoga satu hari nanti Allah atur yang baik2 untuk kami anak-beranak. Amana pula sejak umur 4 tahun dah boleh membaca. Bezakan?

Bila semuanya tenang.. saya perlahan2 "ambil" Arief kembali. Saya dah berani tinggalkan Khairy jadi selalu juga keluar berdua dengan Arief. Berbual-bual..ketawa kembali. Layan kerenahnya.. pegang tangannya.. Arief nampak happy. Pernah dia cakap "nanti kita keluar dua orang lagi ye" Dan sampai hari ini Arief tak habis2 cerita tentang dating kami berdua yg lepas ke Penang. Inilah anak manja saya sebelum kelahiran Khairy dan Adam. Amana memang anak papa!

Saya mula tengok pelajaran Arief. Mengaji sama-sama. Tapi nak berkeras sangat pun tak boleh. Mungkin lama hatinya "terluka" dengan pengabaian saya padanya. Saya jumpa cikgunya. Alhamdulillah cikgu darjah 3 masukan Arief ke kelas Linus atas permintaan saya. Cikgunya pun berjanji akan pantau Arief. Cikgunya guide saya beli buku yg perlu. Saya masukan Arief kelas membaca private. Cikgu tuisyen tue mengajar Arief sorang sahaja. Takpelah keluar duit lebih sikit demi anak yang saya abaikan tanpa sengaja ini. Kali pertama dengar Arief membaca jatuh air mata. Lama sungguh saya tinggalkan Arief. Sehinggakan darjah 3 pun tak boleh membaca. Tapi Arief boleh mengaji. Alhamdulillah..

Satu perkara yang saya perasan Arief akan buat sesuatu jika dia nampak kegunaan perkara tersebut. Contoh:

"Mama Arief tengah hafal surah baru. Nanti bila solat Arief boleh tukar2 surah masa solat"
"Mama Arief kena belajar kira duit sebab nanti kat kantin pakcik kantin pulang duit tak cukup pun Arief tak tahu"
"Mama Arief kena belajar baca sebab nak baca komik nie"



Ada yang tanya Arief naik pentas sebab apa..
Arief naik pentas sebab dah berjaya keluar dari kelas LINUS tue.means dia dah boleh membaca.. entah sejak bila ada hadiah untuk budak-budak LINUS saya pun tak tau..

Itu yang saya bantai gelak dengan Arief. Arief pun ketawa. Ketawa sebab kakaknya yang lebih pandai dari dia pun tak naik pentas . Tapi dia yg baru pandai membaca pulak naik pentas.
...
Dengan anak saya bantai gelak tapi bila sorang-sorang saya berfikir sendiri. Allah akan letak sesiapa sahaja yang dia kehendaki di atas "pentas" itu yang dinamakan kuasa Allah dan rezeki di tangan Allah.

Ada beberapa peristiwa yang berlaku dikeliling saya. Sekadar sharing supaya kita yakin yang rezeki memang di tangan Allah. Sudah sampai masa berhenti melihat kejayaan pada A berderet, pada kereta besar-besar, pada rumah berpuluh-puluh bijik.. ini tak bermakna pelajaran tidak penting.sedangkan saya dan suami lepasan universiti..kerjaya yang stabil dari usia muda pasti inginkan anak2 lebih baik dari kami. Tetapi lepas Khairy lahir erti kebahagian hidup berubah pada beberapa sudut.

" Ila adik aku tue sungguh kerja driver..dia boleh je bagi mak aku duit banyak2. Ada yang kerja pegawai pun gigil tangan nak bagi mak duit duit. Dengan aku yang kerja pegawai nie pun dia bagi duit selamba je.. Dia sorang kerja wife tak kerja. Anak 3 orang. Rumah beli landed house. Cuba kita tengok camana rezeki dia"

Kes lain.. si A sewa dewan kawin yang kecil sahaja. Tiba-tiba tuan punya dewan berikan dewan kawin yang jauh lebih besar.siap hiasan cantik. pelamin pun cantik.. tuan punya dewan bagitau ..penyewa yang asal tak nak teruskan sewa dewan yang telah siap dihias cantik dan dewan tersebut diberikan kepada si A. Orang lain berhabis duit nak sewa dewan yang gah tetapi jika Allah berikan rezeki tiba-tiba yang bayar murah pula punya rezeki.

Teringat satu statment pada salah seorang adik saya oleh anak jiran "eh kakak kau tue dulu kan bodoh. Camana boleh masuk universiti"

Amboi amboi amboi...

Hari ini nampak anak orang tue tak pandai..esok lusa kita tak tau..hari ini nampak anak kita lulusan universiti tapi taukah dalam diam apa dia buat belakang kita yang kita tak sangka? .hari ini nampak orang itu kaki maksiat esok lusa dialah pengunjung setia masjid.  setiap takdir hidup boleh berubah..

Banyak kes lain lagi. Bagi yang hendak berfikir pasti nampak pengajaran dalam setiap peristiwa yang berlaku di keliling kita. Tetapi bagi yang "buta" tetaplah tertipu dengan helah dunia.

Sebagai ibu kita usaha sahaja yang terbaik. Yakin sungguh2 rezeki di tangan Allah. Dan didik anak-anak kita supaya ada hati yang baik. Mak saya cakap kalau hati baik insya Allah macam mana pun Allah selamatkan.

Tuesday, April 9, 2019

Lepas Khairy lahir

 

Kak, lepas khairy ada maslah jantung akak mesti banyak saving kan?

Tak jugak.
Akak banyak bayar hutang supaya hutang setel cepat. Senang hati hutang setel sebab akak belajar dari kejadian khairy. Sampai masanya kita terpaksa lepas kan kerjaya demi keadaan yg memaksa. Jadi selesaikan semuanya supaya kita boleh buat keputusan resign tanpa memikirkan hutang dan tak menyusahkan orang lain. Saving ada... sekadarnya supaya kita boleh bertahan dari meminjam. Yang lain serahkan pada Allah.

Akak jugak allocate duit dan masa untuk gembirakan anak-anak. Parents jugak. Biar duit habis tapi senyuman dan ketawa anak2 dan Ibubapa tak boleh dibeli kat kedai. Habis kan masa jugak dengan adik beradik. Bila free jumpa dan belanja makan. Akak belajar dari keadaan khairy.. Bila sakit kita tak mampu dah nak ketawa lagi.. Bila2 masa org yg kita sayang boleh diambil Allah. Mereka bukan hak kita. Jadi masa yg singkat nie kita habis kan dgn mimen-momen yg best dan bahagia. Duit berkepuk2 pun kalau kita mati org lain dapat. Boleh bawak gaduh jugak. Faraid jugak akhirnya🙄Jadi kita sendiri guna utk kebahagiaan bersama. Kita guna kan duit kita sebagai ladang pahala dan ladang kebahagiaan utk org2 yg kita sayang.

At the end duit tak bawak mati walau takde duit rasa nak mati😎
 
 
 
 
Nie gambar kali kedua Khairy kena warded. Gambar pertama kali Khairy masuk wad memang saya tak amik gambar. Nak amik apanya.. Tak sanggup..Muka Lebam bibir lebam.. Lagipun masa tue saya pun dalam pantang lagi.. Asik nangis tgok Khairy kena cucuk sana  sini..

Tiap-tiap bulan Khairy ada appoiment. Mcm2lah procedur.. Amik darahlah..cek matalah..cek jantunglah.. Tapi tetaplah saya bersyukur sebab ada kanak-kanak lebih hebat dugaannya berbanding Khairy
 

Nak tengok camana terseksanya seorang isteri atau ibu senang je..
Tengok je pada luaran. Kalau kurus kering tue meranalah haha.
Dalam gambar nie nampak saya senyum ketawakan? Anak-anak pun cakap lawanya mama kurus..sampai runcing dagu.. haha.. Tapi dalam hati ..tau makan dalamnya camana?
Sampai kurus kering saya masa jaga Khairy
Makan pun tak jadi daginglah
Entah mana khasiat makanan tue pergi
Sudahnya kurus macam zaman anak dara dulu
Lagi kurus kot haha
Perempuan biasalah  pintar bab-bab sorok perasaan nie
Betul kan?
 
 
 
 
 
 
 

Monday, April 8, 2019

Arief dan bola

Arief dah joint kelab bola. Dia nie terlebih tenaga. So kena carik jalan nak salurkan tenaga dia.. Lagipun dah sampai masa beri tumpuan pada Arief pulak. Khairy alhamdulilah makin stabil. Arief joint kelab Bangi FC. Yuran pun alhamdulilah tak mahal sangat. Pendaftaran RM200. Dapat satu sut baju, seluar dan stoking Bangi FC. Bulanan RM50. Training setiap Sabtu & Ahad pagi.


Pagi-pagi kena cahaya duha.. Banyak vitamin dan khasiat. Dulu masa khairy baby.. Saya ronda padang tiap-tiap pagi supaya khairy dapat cahaya duha. Ustaz darul shifa pesan pagi2 baca selawat jantung utk Khairy. Caranya letak tapak tangan kanan pada dada khairy dan mengadap kiblat masa waktu duha dan baca kan selawat Jantung 7 kali . Apa lagi saya ronda padang sekali lah.. Bukakan baju khairy. Letak khairy dalam stroller.. Berpeluh2 kami dua beranak di bawah cahaya duha yang berkhasiat. Now bagi arief pulak bermandi cahaya duha setiap hujung minggu. Semoga Arief makin sihat dan cergas. 


 Keciknye jaga pintu gol haha

Arief dia memang suka berkawan. Jadi biarlah dia bercampur-campur. Belajar focus.. belajar sabar.. Semoga dengan sukan boleh beri kesan positif pada perkembangan Arief. Sejak Khairy lahir memang saya terabaikan Arief.. Jadi sekarang masanya nak gembirakan Arief bila Khairy makin stabil. Semoga belum terlambat untuk gembirakan Arief. Arief lambat membaca. Kami masukan kelas membaca one to one. Alhamdulilah dah boleh membaca.  Sekarang masukan pula kelas matematik yg cuma ada 5 student dan diajar sorang guru. Mahal sikit tapi inilah pengorbanan parents. Takkan selamanya nak biarkan Arief.. Cukuplah terabaikan masa dia kecil2 dulu disebabkan focus pada Khairy. Semoga Allah atur yang baik-baik untuk anak-anak saya.

 Tengok tue ..org pandang depan dia pandang camera haha...

Tiap-tiap hujung minggu kami hantar Arief main bola. Start training jam 8 pagi sampai 10pagi. Selalu suruh Arief isi perut dengan biskut atau roti. Kami pulak pergi sarapan best-best haha.. Bungkuskan Arief makanan. Kadang2 pegi pasar sementara tunggu Arief. Alhamdulilah seronok habiskan hujung minggu dengan anak-anak ...
 
Adam nampak sangat suka bola.  Dia sampai je selongkar tempat bola-bola tue. Kadang-kadang dia dah masuk padang dulu training dengan abang-abang yang lagi besar dari dia. Puaslah menjerit suruh dia duduk tepi je. Adam memang ada gaya pemain bola sebab badan dia walau masih kecik dah nampak tough haha.. Arief kurus kering. Khairy lagilah kecik je.
 
Khairy bila nampak arief main bola. Mulalah request nak kasut bola nak main bola. Tapi saya rasa belum sesuai lagi khairy nak main bola. Tenaga kena banyak. Lari kena laju. Kalau Adam nak main bola saya izinkan. Tapi khairy tak payahlah.. Khairy main tendang2 bola je tepi padang dengan mama.. Mungkin khairy boleh mula dengan sukan memanah. Nanti saya carikkanlah kelas yg reasonable.. Kalau mahal sangat nanti mama carik aktiviti lain yg sesuai utk Khairy  ..
 
Saya nak anak saya sihat dan keluar peluh bukanya nak diorang jadi ahli sukan haha.. Saya tak nak diorang asik dengan gajet jadi pilihannya mestilah sukan di pagi hari. Takdenya anak-anak nak duduk bawah cahaya duha tue tanpa buat apa-apa . Betul tak?
 
 



Monday, April 1, 2019

Hati2 bercakap dgn isteri by firdaus shakirin

“Bro, hati-hati dgn cara bercakap tu…itu bini kau, bukan member…”

Kalau kau nak isteri kau hormat kau, kau kenalah hormat dia jugak…

Suami sekrg ni, dah kurang peka dan alert dgn apa yg dituturnya, cara percakapannya, dgn siapa sebenarnya dia bercakap…bercakap dgn isteri ni, xsama mcm bercakap dgn member…dgn isteri, kau tak boleh ckp “wei, sini jap”, “ooii, ko pekak ke, xdengar aku panggil”, “bodoh”, “lembab” dan sebagainya…

Dengan member, ok lagi, member hadam lagi, member tak terasa dgn kata2 kau, cara kau bercakap…

But dgn isteri ni lain bro, hati dia sensitive, mudah terasa…hati laki dgn pompuan berbeza…kau jgn ingat kata2 kau tu biasa ja, jangan…kau dh buat dia terasa dgn cara kau berckp dgn dia, cara kau panggil dia, cara kau maki dia walaupun kau rasa kau cuma nk tegur salah dia…

Jangan ingat kau suami, kau hebat, kau ada kuasa utk layan isteri kau mcm tu…jgn tunjuk perangai tak matang dan bodoh tu…kau ckp isteri kau biadap bila dia menjawab dgn kasar, tapi sedangkan kau yg kurang ajar dlm percakapan kau…bercakap dgn isteri sendiri mcm org yg hilang akal, anggap isteri mcm xde harga diri, xde air muka…jgn sesedap mulut je bro..

Adab, tatasusila, kesopanan tu perlu ada dlm rumahtangga klu kau nak isteri hormat kau…

Bergantung duit isteri by firdaus shakirin

“Jangan bergantung harap dgn duit isteri”

Hari ini, ramai isteri yg keluar bekerja atau berniaga utk membantu suami menambahkan rezeki keluarga…islam tidak pernah melarang isteri utk keluar bekerja, berniaga, cari pendapatan tapi mereka terlebih dahulu perlulah meminta izin dari suaminya, menjaga pergaulannya dan tidak melanggar syariat yg ditetapkan agama…

Gaji atau pendapatan isteri 100% miliknya…

Jika isteri hulur RM200 atau RM300 kpd suami, maka itu atas keizanannya dan keredhaannya dgn niat utk mengurangkan beban suaminya…dan bantuan ini tidak seharusnya dinilai oleh suami sebagai bantuan tetap, akan dpt smpai bila2…bantuan ini bila2 masa boleh hilang…sbgai cth, jika ditakdirkan tiba2 isteri berhenti keje atas asbab keluarga, anak2, maka sebagai suami, kita akan kehilangan nilai RM200 @ RM300 yg dibantu isteri tersebut…

Klu sebelum ini kita bergantung sepenuhnya kpd nilai tersebut, maka kita akn rasa terbeban dgn kehilangan nilai itu…sebagai suami, seharusnya kita sendiri yg perlu menyesuaikan perbelanjaan keluarga berdasarkan pendapatan kita seorg shja…ini yg patut kita buat sejak kita berkahwin…bekerja atau tidak isteri kita tu nnt, bukanlah menjadi masalah yg besar sekiranya cara hidup, komitmen kita hanya berdasarkan pendapatan kita shja…

Kewajipan suami tetaplah menjadi kewajipan suami walaupun isteri ada pendapatan…itu bukan alasan utk kita mengambil kesempatan...

Abg ada duit lagi? By firdaus shakirin

"Abg ada duit lagi x?"

Wife tanya ptg td sebelum nk grak blk dari kg dia..."ada la sikit lagi, sempat la smpai gaji" sya jwb...

"Klu nk pakai duit, ambik dlm laci bwh skali tu, ada satu beg kecik..."

Saya pun kata xpa, klu nk pakai bru sya ambik...sya tggal dia dgn ank2 kat umah mak dia, trus la blk ke umh sendiri sbb esok keje...setel makan smua, teringat wife ckp dia ada duit lebih klu nk pakai...

Xpenah lagi sya tau yg dia ada letak beg kat situ...

Ambik beg tu, buka zip, tgok, mak aii...byk jgak duit dia...10 ringgit, 20 ringgit, smpai la ke 50 ringgit...tebal plak tu...bila dia simpan...dia xkeje, x berniaga, surirumah sepenuh masa...mcm mana dia ada duit...

Rupa2nya, bila saya topup duit belanja dia, dia ambik sebahagian, dia simpan...selebihnya dia guna...sya blk keje, tgok beg duit dia, nmpk kurang, topup lagi...kadang2 30 ringgit, kadang2 50 ringgit...

Duit yg dia xguna, dia simpan...saya pun xkira hari sebelum tu ada berapa, nmpk kurang je, trus tambah...pernah la terfikir bila nk tambah duit dia tu, byk gak dia pakai...tp dah dia p pasar, dia bli barg, so mls la nk kata apa...

Bab duit ni, klu bleh, jgn berkira dgn isteri...sbb bila kita bg, dia bukannya nk guna smpai hbis...dia akan guna bila perlu shja...dia pun tahu yg suaminya xbrapa nk ada duit...

Dan bila kita memerlukan, dia plak yg bg kita duit walhal dia xde pendapatan, x berniaga dan dia surirumah...alhamdulillah dikurniakan isteri yg sgt memahami, yg pandai kawal perbelanjaan dan menggunakan apa yg ada, seadanya...

pinjam 50 dlu naa...nnt gaji bayar blk...

Kau tu suami by firdaus shakirin

Isteri dah tak cantik? itu bukan alasan kau cari lain...

Isteri tak pandai masak? itu bukan alasan kau cari lain...

Isteri pemalas? itu bukan alasan kau cari lain...

Isteri sibuk dgn keje? itu bukan alasan kau cari lain...

Yg kau perlu tanya adalah diri kau...isteri kau dh tak cantik, apa kau buat utk bg dia cantik blk? Isteri kau tak pandai masak, apa kau buat utk bg dia pandai masak? Isteri kau pemalas, apa kau buat utk nk bg dia jd rajin? Isteri kau sibuk dgn keje, apa yg kau buat utk dia ada masa dgn kau, x sibuk dgn keje dia?

Kau nk cari lain, kau pandai cari alasan, kau nmpk kesalahan isteri...

Tp kau dah buat blum bahagian kau sbgai suami...kau dah setel bab tu? kau didik dia jd mcm yg kau nk? kau bimbing x dia, kau bentuk x dia jd mcm mna yg kau nk...

Klu dah, then dia masih sama, xnak berubah, masa tu kau nk cari lain, kau cari...silakan, selesaikan elok2 dgn dia...

Tp klu kau xbuat tugas kau sebagai suami, kau xdidik dia, kau x bimbing dia, kau x bentuk dia, kau biar je dia then kau nk cari lain, maka kau sebenarnya sedang lari dr tanggungjawab kau...

Kau xkan dpt isteri yg 100% menepati piawaian yg kau nk...kau tetap kena bentuk dia jd mcm mana yg kau nak dgn diri kau tu jadi contoh utk dia...

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang...usaha, jgn hanya tahu mengharapkan kesempurnaan dr seorang isteri...

Kau tu suami...

Isteri bekerja by firdaus shakirin

"Isteri yg bekerja…"

Rumahnya mgkin tidak sekemas rumah mereka yg menjadi surirumah sepenuh masa…Pakaian suami dan anak2 mgkin tidak dibasuh, dilipat dan diseterika setiap hari…dapurnya mgkin tidak berasap sepanjang masa...kerana dia bekerja, dia keluar pagi, balik ptg…

Ada juga yg dh mlm bru smpai rumah…

Sederhanakanlah tuntutan anda sebagai suami terhadapnya…dia juga keluar mencari rezeki seperti anda dan dia buat semua itu utk mengurangkan beban anda…dia sedg membantu ekonomi keluarga…dia "membayar" hutang anda…

Usahlah membandingkan dirinya dgn apa yg dibuat oleh isteri2 yang lain…org lain mgkin masih boleh melayani suami mereka seperti Raja, tp dia hanya boleh melayani anda sekadar kemampuannya shaja…

Dia tahu utk rasa letih, dia tahu utk rasa penat…

Dan dia hanyalah seorang wanita biasa...kudratnya tak sama dgn kudrat anda…tolonglah dia sebagaimana dia menolong anda…kurangkanlah bebanan dia sbgai seorg isteri dgn membantunya melakukan keje2 umah…sederhanakanlah tuntutan anda utk dia memenuhinya…berikanlah dia ruang, peluang dan masa utk berehat juga…

Kerana dia juga bekerja…

Jika anda mampu, dia pasti tidak perlu bersusah pyh utk keluarganya…

Dunia isteri by firdaus shakirin

"Dunia seorang isteri..."

Dunia seorang isteri itu tersangatlah kecil...kiri kanan, depan belakang, atas bawah hanya ada suami dan anak2nya sahaja...

Ini dunianya, inilah segala2nya bagi seorang isteri...

Berbeza dgn kita yg dh jadi suami, kita masih ada kawan2, masih dpt berjumpa kwn2, lepak dgn mereka, buat aktiviti2 dgn kwn2...

Tp bg seorang isteri, x byk kwn2 yg ada or masih available utk mereka...kebykkan drpd kwn2nya juga merupakan seorang isteri yg terikat dgn keizinan seorang suami utk keluar, utk berjumpa, utk ada aktiviti bersama2...

Dan tuntutan tanggungjawab terhadap keluarga itu melebihi tuntutan2 lain dlm hidupnya...jd, teramatlah sempit, kecil dan terhad dunia seorang isteri...

Sbb tu mana2 isteri akan bagi segala2nya utk mengelakkan dunianya drpd hancur...dia akan berjuang mempertahankan dunianya...ini dunianya dan dia tidak ingin berkongsi dunianya ini dgn org lain...dia x rela...

Kalaulah si suami memahami akan perkara ini, nescaya si suami akan mewarnai dunia si isteri dgn kebahagiaan, kegembiraan dan keceriaan sbb dia tahu, hanya ini dunia yg si isteri ada dan dia layak utk rasa perasaan2 yg indah didlm dunianya...

"She always busy in her own world, with her own people in her heart and her mind"