

Ilmu penyusuan, ilmu kelahiran, ilmu haid dan Nifas. Orang lelaki perlu ambil tahu. Jangan dah kahwin bertahun, tapi takpernah ambil tahu darah haid dan nifas isteri.
Sebab itulah saya tekan kat adik-adik dan abang-abang dalam keluarga. suami ni banyak kena belajar bab kesihatan wanita. Tidak peliklah hari ini jika tiba-tiba isteri dah dapat kanser payudara , kanser pangkal rahim tahap 3 tapi suami sendiri tidak sedar. Sedangkan penyakit ini boleh dicegah dan dikesan lebih awal.
Suami perlu faham tahap kesihatan isteri. Jangan abaikan jika isteri kerap demam, jangan abaikan jika haid tidak teratur dan berpanjangan, jangan abaikan jika isteri mengadu payudara sakit, jangan abaikan jika isteri mengadu sakit bahagian ari dan keputihan melampau.
Jangan cakap isteri mengada ngada jika mengadu badan tidak sihat, tidak selesa.
Ada rezeki bawalah isteri jumpa dengan doktor pakar kesihatan wanita. Di sana nanti banyak input yang kita dapat. Sehingga hari ini saya tidak pernah tinggal ilmu ini walaupun sudah berkecimpung dalam bidang perniagaan.
Ikhlas.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#SayangiWanita
Saya pesan kat isteri. JIKA rasa penat sangat buat kerja rumah, jaga anak bantu perniagaan saya. REHATLAH. Jangan stress sangat. Mesej atau call lah, saya sudi dengar dan balik tenangkan awak. Luahkan jangan dipendam. Nak marah, marahlah saya, jangan marah anak, jangan pukul anak.
Jadi suami ni kita kena pandai baca keperluan fisiologi badan isteri. Jika isteri cakap PENAT. Memang penat sangatlah tu, jika dia kata BORING, memang boring sangatlah tu. Jika nampak serabai memang emosi dia tidak stabil sangat dah tu.
Jadi suami berusahalah untuk bagi ruang isteri dapat REHAT dengan cukup, buatlah apa cara sekali pun untuk hilangkan boring dia, stabilkan emosi isteri dengan memberi pelukan dan kata-kata yang baik.
Buatlah apa cara sekali pun gembirakan isteri dan anak-anak. Isteri ni satu kali kita buat baik, 10 kali mereka balas baik terhadap kita.
Dan paling penting jangan sedikit pun abaikan atau remehkan keluhan isteri. Sentiasa hargai isteri. Banyak dah pengorbanan dia untuk kita. Antara tanggungjawab yang paling berat dalam dunia ini adalah menjadi seorang isteri dan ibu. 24 jam setiap hari jaga keperluan anak dan suami. Sakit demam tetap juga bangun malam susukan anak, sakit demam tetap juga penuhi keperluan anak dan rumahtangga lebih-lebih jika suami berjauahan.
“Ya Allah anugerahkan syurga buat mereka yang bergelar isteri dan ibu”
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
Eh dah gaji ye?
Setiap kali gaji berdebar2 mampu ke konsisten dengan misi 1Gram 1Bulan?
Sebab tue hari pertama gaji je terus transfer untuk pembelian 1Gram emas Public Gold tanpa mengira harga naik atau turun
Kalau tunggu hari ke 2 gaji, perasaan nak saving 1Gram emas tue dah menyusut ke 70%. Lebih-lebih lagi bila tengok gaji dah menyusut sebab tolak segala hutang😅
Kalau tunggu hari ke 3,perasaan nak saving 1Gram emas dah makin menyusut ke 50% selepas shopping online🤣
Kalau tunggu hari ke 4..mula goyah sebab dah tinggal baki je untuk sampai next gaji dan terus keluar ayat "tunggulah emas turun lagi"
Hari ke 5... Misi simpan 1Gram emas sebulan telah ditunda ke bulan berikutnya🤐
Bertindak segera sebelum masuk gaji hari ke 2 dan seterusnya tau..
Tak dapat 1Gram dapat 0.5g pun jadilah. Janji konsisten.. kalau konsisten 0.5g ..setahun dah 6gram tau.. lebih kurang RM1200 jugak simpanan anda dalam bentuk emas.. kalau dalam bentuk cash takut tak tahan jeeee.. banyak sangat dugaannya...shoping raya posa, shoping raya haji,shoping cuti sekolah,shoping masuk sekolah🙄🙄🙄
Kbai.
EMAS ADALAH SAVING&PENGHAPUS HUTANG
SUHAILA SALEH
DEALER PUBLIC GOLD
PG00097831
www.wasap.my/60173201998
Dulu masa saya kecil-kecil impian saya nak sangat dapat music box. Terutama kalau dapat music box yg lagu Love Story tue besttt..sampai ke tua tak pernah dapat tau! 😪
Masa di Penang saya lalu di satu stall.. Saya nampak Arief pegang benda comel Nie..Terus teringat anak perempuan di rumah..agaknya dia suka tak kalau saya hadiahkan music box yang pernah saya idamkan?
saya pun tengok dan pusing2.. wahhh music box..lagu pun lembut cuma perlu sedikit kuderat untuk memusing supaya keluarkan bunyi..tak perlu guna bateri.. saya letak dan jalan ke stall lain.. tapi bila balik perlu lalu di stall music box tue lagi. Saya terhenti dan memandang.. nak melangkah tinggalkan stall musix box tue mcm tak mampu.. teringat keinginan sendiri dan anak perempuan..
yup amana selalu suka apa yg sy suka.. jadi saya ambil dan bayar.. bila balik beri pada amana terangguk2 amana suka.. asiklah memusing bagi keluar music.. semua anak test nak bagi keluarkan music.yang sadisnya si Adam comel yang selalunya tak peduli sangat dengan mainan kalau maknya ada boleh berebut pulak dengan kakaknya..adududu
Kalau pergi ke Penang dan ada anak perempuan bolehla hadiahkan music box comel yang murah dan sentimental nie dengan harga hanya RM15.
Saya cakap dengan Amana.. "mama hadiahkan music box nie tapi mama harap bila tengok music box nie Amana selalu ingat kasih sayang amana dengan adik-adik lelaki Amana sebab semua adik2 lelaki Amana Nie Amana yang jaga. Bila besar kalau ada yang adik lelaki tak suka Amana kena ikut cakap diorang sebab lelaki yg lebih kenal lelaki.. masa kecil Amana jaga diorang tapi bila besar percayalah semua adik2 lelaki nie yang akan jaga Amana dari lelaki yg akan merosakkan kehidupan Amana"
Sy Nie dah banyak kali juga ke Penang tapi kali nie baru nampak benda Nie..
Korang yang pergi Penang pernah nampak tak benda Nie?
#publicgoldtour
#publicgold
#april2018
#kokadikgold
Semoga dapat buat full entry untuk kenangan dan jadi guide untuk yang akan ke event ini
Semoga ada kelapangan untuk buat entry tapiiiii percutian ke Taman Negara pun tak buat full entry lagi huwaaaa
Assalamualaikum min. Tolong hide profile bini aku min, dia tak tahu aku pinjam ni.. Ada nak kongsi sikit ni.
Isnin minggu lepas bini aku kena pegi kursus, kursus pertama dia lepas dpt kerja bulan 1 aritu. Anak anak tak dapat hantar pengasuh, pengasuh kena sakit mata satu keluarga.. peh,time ni la nak sakit.. aku cuak dah sebab takut tak terhandle jaga dua orang hero tu..anak ktorg boboiboy kuasa dua. Dua dua tengah melasak.
" abang boleh jaga tak ni? Betul boleh ni?"
Soalan ni dekat 44 kali dia soal aku sblm tido.. Aku nak jaga air muka, aku jawab " boleh yang. Awak gi sekejap je kan..jgn risau lah"
Keesokan harinya,bermula la penderitaan aku,haha..bini aku keluar rumah seawal pkul 7 lebih. Time tu jugaklah anak aku 8bulan tu bangun..dia ni manja mama nya,aku sampai tak tahu nak pujuk camna dah dia tanak susu botol min, aku takde susu original tu.. Nasib baik dia nak minum pakai cawan. Baru nak rest, anak sulong bangun lagi haru.. Habis sepah ruang tamu..lagi aku tegur lagi dia buat, bila dia tumpahkan bedak besepai depan tv min,aku give up..rasa nak call bini time tu min, aku perlukan " sayap kanan " ku.. tengok jam baru pukul 10 pagi! Jatuhla air muka aku baru pukul 10 pagi dah call..tidak!
Aku tak pasti la budak budak ni saja nak uji papa ke, protes mama tak bawak sekali ke.
Adoi, garu kepala aku min,camnelah bini aku hadap mende ni setiap pagi,setiap hari..
Paling sadis aku tak sempat pun nak breakfeast, terkejar kejar settle dua boboiboy tu..
Pukul 2 petang min, baru aku dapat mandi lepas anak tido. Tu pun mandi kerbau jek.takde mood aku nak mandi haha. Dahla kebulur tak makan ape pon lagi, nasib baiklah bini aku dah masakkan.. Tinggal nak panas lauk je..siap masak nasik, aku cekik macam seminggu tak makan, nasik seperiuk tu aku habiskan.
Tengok fon, bini whatsapp ..
" abang, kawan ni ajak teman jalan mall kejap,boleh tak..asar nanti sy balik "
Apa?! Asar..?!! 2-3 jam lagi tu...
" takpe yang,pergi lah.. Abang izinkan " ego sorang suami, padahal dah patah sebelah sayap ni..
Tiba tiba perut aku memulas pulak..ni mesti kes makan lambat,angin masuk. Aku baru nak memerut..dua2 tu bangun dah,adoi..ketuk ketuk pintu toilet,yang kecik meraung mcm nk gegar rumah..takleh jadi ni,aku tahan min,masukkan balik,jap lagi aku lepaskan semula..
Tengah pujuk anak,teringat baju dlm mesin tak jemur lagi! Pkul 4 dah masa tu, aku gi jemur sambil dukung yang kecik..abangnya paut betis aku min,mintak biskut..kenapa bang kau mintak biskut time ni..
Aku tak habis habis tengok jam min,bila nak asar ni..bini aku pon takde call, taknak balik lagi ke? Aku dah separuh nyawa ni..
Anak aku yang kecik tu dduk dalam walker depan pintu.. Agaknya tunggu mama dia, sedih pulak aku tengok..
Bila bini aku muncul depan pintu min,anak2 berlari peluk dia..masa tu aku rasa nak ikut join lari peluk mama. Dan sorak..
" yeyyy mama dah balikkkk "
Hilang penat aku tengok bini balik min,lega..bolehla aku rest kejap..tapi tak sempat rest bini dah soal mcam2..
Kenapa rumah sepah ( padahal 10kali dah aku kemaskan mainan budak ni )
Kenapa baju anak kotor ( baju baru tukar la mama )
Kenapa adik nangis ( dah dia nak susu mama! )
Kenapa kenapa..adoi,aku malas nak jawab,penat dah..mood pn takdek nak layan.
Malam tu anak anak dah tido, bini aku picitkan bahu. Aku tak suruh pon min, tapi bukan picit free..sekali dengan ceramah free aku dapat..
" penat kan bang,uruskan rumah dan ank anak? Walaupun abang tak cakap, saya blh nmpk abang penat. Apepon, terima kasih bang utk semuanya yg abg buat harini"
Simple,tapi menusukkkkk menikam kalbu!
Selama 4tahun kawen ni, aku selalu lupa nak berterima kasih dengan bini..
Aku ingat dia dduk rumah semuanya okey..
Jaga anak sendiri..ok
Mengemas,memasak..ok
Memang dia rajin mengadu penat, stress, tak cukup rehat..
Tapi aku buat biasa je min, sebab orang lain pn surirumah jugak, lagi ramai anak..takde yang mati pon..
Rupanya aku silap,silap besar min!
Surirumah la kerja paling teruk aku pernah buat,penat dia double..kalau gi kerja penat jugak,hadap muka ketat bos,kerja bertimbun,balik jem..
Sekurang kurangnya aku boleh makan dengan tenang..memerut pn tenang takde orang nak ketuk ketuk pintu, masa solat takdek yang panjat belakang..
Satu hari je min, Allah tegur aku..rupanya selama ni aku berlaku zalim dengan isteri..
Aku bukan jenis makan luar min,aku tak pernah curang dr awal brcinta lg, bini aku tu satu satunya perempuan aku kenal n cinta.. Aku tak pernah tengking, pukul dia min,sayang nak mati.
Tanggungjawab zahir batin aku bagi cukup.
Cuma aku kurang melayan dia punya luahan, aduan tiap hari, membebel benda yg sama tiap hari..aku buat buat dengar je la..
Korang yg bernama laki@suami, ko jangan ingat ko la paling penat..tu kat rumah tu double penat wey, kalau bini ko keje, lagi zalimlah ko dr firaun kalau kau tak reti tolong bini kat rumah. Firaun bg istana utk bini tinggal, ko bg rumah nak roboh pn malas tolong bini. Aku nak taubat dah ni..haha
Jom sayang bini masing masing, sayang bini orang tu neraka kirim salam!
Kalau takde 0.5gram manakan datang 1gram
Nah saya nak promo pandora emas TERLEBIH MAMPU MILIK
🎉Sesuai yang nak belajar-belajar pakai Pandora
🎉Sesuai untuk yang rantai tangan pandora yang jenis ringan
🎉Sesuai untuk yang budget-budget
Love Paw Bead (below rm150)
0.53g sold out
0.53g
0.55g
0.55g
0.55g
0.56g
0.56g
0.57g
0.57g
0.57g
0.58g
0.59g
0.59g
0.59g
0.60g
0.60g
0.61g
0.62g sold out
Jangan kata mak Khairy tak payung!
http://www.wasap.my/60173201998
Banyak lagi di Kokoadik Gold
"Lan.. Malam tadi pertama kali aku jejak surau. Selama 9 tahun aku duduk kat sini, tu first time. Padahal surau tu 100 meter je dari rumah aku."
Entah macam mana hari tu Bob mulakan cerita. Rendah sahaja suaranya.
Terasa seperti Allah nak bagi saya SESUATU hari ni. Saya letak fon atas meja. Kali ni saya betul-betul menghadap dia. Dua telinga siap dipasang.
.
.
"Masa masuk surau tu, mula-mula sekali aku nampak tempat orang mandikan jenazah. Aku fikir kalau sekarang aku tak jejak lantai surau ni, mungkin kat tempat jenazah ni yang aku akan sampai dulu."
Malam tu juga pertama kali Bob baca Yasin kat surau. Merangkak-rangkak katanya. Suara ibarat tersekat di kerongkong. Nasib baik imam baca kuat. Boleh turut bacaan. Habis Yasin sambung tahlil dan Isyak pulak.
"Dua jam aku kat surau tu Lan, aku rasa sangat seronok. Ibarat masuk dalam alam lain. Segala hal dunia, masalah duit, masalah keluarga, semua tu aku tinggal."
Sambil bercerita tu, saya perhatikan muka dia. Allah, rupanya inilah keadaan orang yang dapat hidayah Tuhan. Sinar di hati, terserlah di wajah.
"Bayangkan kalau aku pergi masjid kat Mekah Lan. Mesti lagi seronok kan?"
Bila nampak dia dah tak kekok bercerita, saya bertanya. "Apa yang buat kau tergerak hati nak pergi surau Bob?"
Rupa-rupanya seminggu dua ni, asal on the way balik kerja je dia nampak eksiden. Macam-macam. Kereta berlanggar la. Motor tak perasan lori berhenti tepi jalan. Terlentang dengan darah berjejer. Semua tu jadi depan mata.
Terbit dalam hati, "Kalau aku yang eksiden tu, sempat ke aku mengucap? Boleh ke aku mengucap?"
Ada pulak sekali tu ada kawan dia ajak solat Jumaat. Selamba je dia jawab aku malas. Nak tidur. Takdir Allah, lepas je cakap tu, isteri dia telefon, "Bang, anak kita jatuh. Dagu koyak."
Allah. Datang lagi dalam hati dia, Allah bayar cash kat anak aku asbab aku ingkar solat jumaat.
Sebelum ni dia culas soal solat. Jujur dia bagitahu, sampai tahap dah tak rasa apa pun tinggal solat.
Tak ada rasa takut.
Tak ada rasa gerun.
Padahal setiap hari bila tengok kawan-kawan lain buat kerja, sibuk macam mana pun, masuk waktu, diorang akan pergi solat. Tinggalkan urusan kerja.
Masa tu lah dia mula teringat. Ada kawan-kawan yang sama jawatan, gaji lebih kurang, tapi sebab jaga solat, Allah mudahkan urusan kerja. Rezeki pun tak tersangkut. Hidup bahagia je.
Teringat ada juga kawan-kawan yang jenis tak solat, tapi berjaya. "Istidraj" saya betulkan sebutan Bob. Dia tak nak kena ujian istidraj tu.
Bila dia renung balik, umur dah nak masuk 40. Dia sedar mungkin ini takdir hidupnya. Nak gaji besar rumah besar mungkin dah tak dapat. Dia redha. Tapi kalau dunia pun dah tak seberapa, akhirat pun terabai, tambah rugi la hidup dia.
Atas sebab hidayah Allah, dia nekad nak jaga solat. Tak peduli lagi apa orang nak cakap. Apa orang nak perli. Dia tak kisah dah cakap orang semua tu.
.
.
Bila cermin diri sendiri, saya sedar diri ini pun tak memberati solat. Masih ada lompong sana sini. Waktu solat tak terjaga. Rukun dan tertib berterabur. Khusyuk dan hati tak pernah bertemu.
Alasan biasa kita sibuk dengan kerja. Pernah kita fikir, sepenjang hidup berapa tahun kita nak kejar dunia? Paling lama kita boleh hidup 70 - 80 tahun. Tu dah kira bonus tu. Kalau mula kerja umur 20, 60 dah nak pencen. Maknanya 40 tahun kita abaikan solat? Berbaloi ke dengan nak hadap akhirat yang kekal abadi tu?
Hakikatnya inilah kita yang sebenar.
Manusia lemah yang sering kejar dunia hingga lupa kepada Pencipta dunia itu sendiri. Kita lupa tujuan asal kita diciptakan. Kita lupa mana yang utama, mana yang sia-sia.
Jangan tunggu diri hilang upaya baru nak tersedar. Jangan tunggu ditarik nikmat baru nak kenal Tuhan. Jangan jadi apa-apa kepada anak isteri baru tahu arah kiblat.
Baiknya Allah ni, sejahat-jahat manusia atas muka bumi ni pun boleh berubah jadi sebaik-baik manusia dengan asbab hidayah-Nya itu.
Asalkan kita sentiasa buka mata. Buka hati untuk perhatikan petunjuk dari Tuhan. Insyaallah hidayah akan masuk ke jiwa kita. Teruskan berdoa kepada Tuhan minta dibukakan hati kita semua.
Andai ada keluarga atau kenalan kita yang lalai solat, teruskan menegur dengan baik. Teruskan berdoa untuk mereka.
Insyaallah,
Doa yang baik dari pasangan,
Doa yang baik dari adik beradik,
Doa yang baik dari ibu ayah,
Doa yang baik dari jiran tetanga,
Doa yang baik dari kawan sejati,
Pasti akan dimakbulkan Allah.
.
.
Ya saya kini mengerti.
Inilah SESUATU yang Allah nak bagi.
HIDAYAH buat saya. Dihantar melalui kawan yang telah rasai sendiri lazatnya hidayah itu.
.
.
Terima kasih Allah,
Azlan Noor
Kongsi inspirasi
Saya dan suami memang tidak berapa gemar sambut event-event penting. Tarikh penting pelbagai anniversary dan harijadi pun dibiarkan berlalu begitu saja.
Namun, pada tahun ni ada sesuatu yang membuatkan kami bermuhasabah semula.
Dulu selalu dengar ceramah ustazah. Bila dah lama berkahwin, kita jarang spend masa bersama pasangan. Kita terlupa yang sebenarnya peranan kita bukan hanya masak di dapur serta jagakan anak-anak. Manakala suami pula bukan hanya cari nafkah, keluar pagi pulang petang.
Dalam perkahwinan, kita saling memenuhi keperluan emosi masing-masing. Kita mahu berbual mesra sambil berpandangan, kita mahu jalan berpegangan tangan, tersenyum dan 'rasa sesuatu' (Kuch kuch hota hai kata SRK). Kita juga mahu lihat pemandangan cantik bersama orang yang kita sayang dan lari dari celahan suara anak-anak.
Allah jadikan perkahwinan ni sangat special. Memenuhi keperluan emosi selain tuntutan nafkah zahir, batin dan untuk dapatkan zuriat.
Kenapa special?
Keperluan emosi ni adalah fitrah kita sebagai manusia. Dan ia dapat dipenuhi melalui jalan perkahwinan. Tahu tak, kita juga boleh penuhi keperluan emosi ni di luar jalan perkahwinan. Orang bercouple, contohnya. Tetap bermesej, berdating, berbual, berpandangan, berpegangan tangan dan sebagainya. TAPI semuanya jadi berdosa dan jatuh hukum haram. Sebaliknya, melalui jalan perkahwinan, semuanya halal dan mendatangkan pahala. Allah redha, timbul pula rasa bahagia. Subhanallah!
Pergi la dating balik dengan pasangan macam masa mula-mula kahwin. Tinggalkan anak-anak pada mak ayah atau pengasuh. Pergi tengok wayang sambil kongsi popcorn, keluar makan tempat mahal sikit, makan suap-suap. Tak pun jalan-jalan tempat cantik sikit sambil selfie banyak-banyak. Eh banyak lagi lah boleh buat bersama!
3 bulan lepas, masa birthday hasben (yang tak pernah pun disambut sejak 8 tahun kahwin) kiteorang pergi celebrate kat atas bukit Cameron. Masuk ladang lavender sambil selfie banyak-banyak. Beli aiskrim perisa lavender dan kongsi berdua. Masuk kedai cenderahati, beli pulak keychain gambar lavender yang boleh tulis nama tu. Tulis cantik-cantik, Aniza ❤ xxx.
Lepas tu ke Bharat Tea Plantation. Kat situ ada jual kek potong dan pelbagai desert. Kalau datang ramai-ramai rasanya takde la nak makan situ kot. Tengok harga pun terpelanting biji mata.
Tapi bila fikirkan special occasion, kiteorang pilih kek mahal pun rasa ok jee..duduk di satu seat hujung sambil tengok ladang teh dan hirup green tea. Makan kek pun cuba bersuap-suap walaupun tak biasa.
Nak turun ladang teh tu pun sambil tarik tangan pasangan. Sebelum ni kalau minta tolong tarikkan tangan nak bangun atau pegang tangan nak lintas jalan maybe tak rasa apa-apa. Disebabkan ni special occasion, rasa special sikit dalam hati.
Balik dari dating ringkas tu, upload gambar dalam ig. Saja la buat kenangan. Ada la komen kawan-kawan. Gula tumpah la, banyak semut la, diabetis teruk la..
Saya senyum aje la. Padahal mereka tak tahu kami baru nak 'jalan-jalan' penuhi keperluan emosi lepas 8 tahun kahwin. Huhu!
Bila bermuhasabah, kami sedar,
"Sebenarnya, orang couple dah lama buat benda macam ni. Rugi la bila dah kahwin dan ada hubungan yang halal tapi kita abaikan je apa yang sepatutnya kita boleh buat"
Begitulah..
#payung_rumahtangga
Ingat tak status saya tentang cara-cara surirumah boleh saving di Public Gold dengan ketepikan sedikit belanja dapur setiap minggu?
seminggu saving rm10
2minggu dah rm20
1 bulan dah dapat rm40
2bulan rm80
Insya Allah 4 bulan dapat 1 gram
Setahun mungkin boleh dapat 3gram atau lebih
Kebiasannya lebih😍
Alhamdulillah dah ada surirumah menyahut cabaran
Tapi terus daftar Akaun GAP RM1k dan dapat 5g++ terus! Sampaikan saya pun tersilap kira.. ingatkan 4++gram je.haha
Tahniah!
Inilah bakal-bakal surirumah yang akan "pencen" dengan berjaya dan bergaya di usia veteran nanti.
Doakan semoga saya juga berjaya jadi surirumah berjaya yang pencen dengan emas yang mampu buat saya lalui usia tua dengan ketenangan dan selesa. Insya Allah
EMAS ADALAH SAVING&PENGHAPUS HUTANG
SUHAILA SALEH
DEALER PUBLIC GOLD
PG00097831
www.wasap.my/60173201998