ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, April 30, 2012

TUDUNG LABUH MENGHADKAN PELUANG PEKERJAAN?

Ini kisah benar ye. Takde yang benar melainkan benar-benar belaka.

Saya dan sahabat saya dah bersahabat sejak sekolah rendah. Tapi sebab dia bijak so dia masuk sekolah teknik dalam line engineering. akak yang pandai nie tersadai kat sekolah lama amik sc tulen. tulen mak... bukan LGBT :) Kitaorg selalu jumpa masa cuti sekolah. Masa sekolah- sekolah da namanya budak-budak. Kejap pakai tudung kejap idak.. Dalam sekolah bertudung, masa jenjalan tidak.. lepas tue saya masuk matrik sains and sahabat saya nie amik course line2 construction. dah dia memang sekolah teknik ye tak?

Satu hari mcm hari2 yang selalu dia datang umah saya masa cuti semester universiti. Kitaorg nak jenjalan pg kedai area umah je rasanya. Saya nampak perubahan dia.. Bertudung labuh. Tapi tahla kenapa takde hati nak jadi polis pencen... soal or tanya memacam..  Saya buat macam biasa je.. Dia pulak jadi polis pencen .. 

oh kitaorg bahasakan diri ko=awak dan kita=saya
pink- sahabat saya
biru-saya

eh ko tak nak tanya kita apa2 ke?
tanya apa?
ko tak nampak ke kita pakai apa ne?
nampak, tudungla.. habis tue?
kita pakai tudung labuh nie!
yela habis tue?
takde komen ke?
nak komen apa? baguslah ko pakai mcm nie.. perubahan yang baik.apa yang pelik?
bagusla ko ne. takde pun komen apa2. Bila kita pakai macam nie mcm2 komen kita dapat.
ada yg kata kita susah dapt keja sebab pakai macam nie lagi2 kita line construction
allah yang bagi rezeki. ko jangan risaulah..
mmm..yelah

Lebih kurang macam tuelah perbualan dua sahabat sejak kecik. Dari budak hingusan sampai anak dah dua kami masih rapat dan saling menyokong antara satu sama lain. berbalik kepada tajuk entry... Alhamdulilah sahabat saya belum pernah sukar nak dapat keja. Walau dia keja line construction dan swasta pulak tue yg mana syarikatnya didominasi kaum chayanunalif dia berjaya pegang jawatan sbg asistant manager n ada ura2 dipromote naik ke jawatan manager. Umur macam saya ye gaji dah .... kang kalau sebut kene bebel pulak sebab dia hari2 baca belog saya.auwwww...ekeke.. org kata kalau chayanunalif nie suka dengan cara kita keja diorang memang promote kita habis-habisan itulah yang berlaku pada sahabat saya. Bos dia nie bawa dia pindah dari company lama ke company baru dan fight berapa salary yg patut sahabat saya dapat sesuai dgn kelayakan dan experiancenya..Bestkan?so kepada yang nak bertudung labuh atau memasang niat nak bertudung labuh jangan gusar kerana janji dan rezeki Allah ada dimana2.

Walau sahabat saya nie dah berubah penampilannya; tak pulak saya terlintas nak hindarkan diri. Sahabat saya nie tak pulak nak berdakwah berlebih-lebihan atau menegur tak pasal2 sehingga saya rasa tak selesa. Dia tetap sahabat yang saya kenal dari zaman kecik. Tak ada yang berubah kecuali penampilannya. malah dia penah teman saya shoping masa zaman bujang-bujang dulu. Dia pun tolong pilihkan baju utk saya dengan statment  "ko beli baju nie.kan ko pakai baju2 macam nie". Ala baju saya pun bukannye  baju nampak ketiak T___T. Amana pakaila baju nampak ketiak haha.. Dia pun tak susah hati nak pilihkan..

Alhamdulilah sekarang nie saya dah mula rasa sesuatu.. Bukan nak tujuk baik ok. Kalau dulu saya selamba badak je pg swiming pool pakai suar pendek & tak bertudung. Sekarang saya malu gilerr nak buat peel macam tue.Saya mesti pakai suar panjang & pakai tutup kepala ala2 skaft. Tak penah sahabat saya nie tegur atau jauhkan diri sebab saya dan dia dah tak sama penampilan.NEVER!

Saya respect pada mereka-mereka yang bertudung labuh di luar sana yang fight dgn enviroment zaman sekarang nie utk buktikan potensi mereka. Sekarang pun dah banyak baju-baju muslimah yang trendy. Cantik-cantik pulak tue. For my lovely sahabat- I adore you in and out! Muahhhhh

Quote Of The Day:
Hidayah itu milik Allah. Tapi hidayah itu perlu dicari juga.
Janganla tunggu sehingga ajal dah tiba.

p/s: Mulai hari nie gatal-gatallah nak buat quote of the day.

Friday, April 27, 2012

Cerita Sinar FM. Dato Fadzilah Kamsah kata boleh jadi anak derhaka..

Macam biasalahkan saya memang suka dengar Sinar FM. Suka gelak-gelak dengar bebelan krel, kak ungku & Salih Yakob. Selalu buat mood saya happy sangat bila dengar radio nie. Jem tengah jalan pun tak heran! Tapi serius tadi saya rasa nak nangis .. Panggilan dari seorang ibu yang merindui anak lelaki sulungnya.

Sedih betul dengar cerita dari ibu tue. Katanya anaknya dah setahun tak balik rumah. Sebabnya isteri anaknya (menantu)  kecik hati dengan makcik  nie. Tak silap saya makcik nie siap call anak dia & anak dia sendiri yang cakap "tak balik jenguk mak sebab wife dia kecik hati dengan mak" Kekecikan hati menantu tue disebabkan kenduri menantu baru (adik lelaki tue) dibuat di hotel. Masa anak sulung kawin hanya dibuat di rumah. Makcik tue siap cakap "dulu makcik takde duit sekarang baru ada duit nak buat kat hotel".  Itu cuma cerita sebelah pihak ye. Kita tak tahu apa puncanya menantunya kecik ati. tak bolehla nak berat sebelah dengar citer ibu mertua jekan?

Makcik nie siap cakap "belajar agama pandai. Belajar tingi-tinggi kat UIA tue haa tapi takkan tak tau berdosa buat ibu macam nie"  Lebih kurang gitulah ayatnya. Serius makcik nie dah kecik ati sangat dekat anak dia..

Tapi pada saya yang  paling penting adalah anak lelaki tue. Biarlah wife dia nak kecik hati sepuluh tahun pun dengan mak mertua & bini dia tak mo balik tapi apasal dia sebagai anak lelaki sulung tak balik je rumah mak dia sendiri? Bini tak mo balik so ko pun tak boleh balik ke? Ko tak reti bawak keta ye? Bini ko je yang reti bawak keta? Ibu tue cakap lagi anak menantu dia selalu balik umah besan dia means parents menantu dia sebabnya sebelum nak ke umah besan dia perlu lalu umah dia dulu. Ibu nie pun cakap dengarnya menantu dia baru je bersalin. Diapun tak tau menantu dia mengandung & dah bersalin. Weiiiiiii ko tak rasa rindu ke nak tatap muka mak sendiri? Setiap kali pegi umah mertua lalu umah mak sendiri  tapi ko tak singgah pun. BAGUS PUNYA ANAK!!

Part paling sedih adalah bila Sinar FM beri peluang makcik nie  buat ucapan untuk anak dia.  Siap merayu ok. Saya yang bukan anak makcik tue pun nak meleleh air mata. Tak taulah anak makcik tue.. Lebih kurang macam nie ucapan makcik tue:

"Nak balikla. Mak rindu nak tengok anak & cucu.
Mak nie sakit jantung.
Tak lama lagi mak nak masuk IJN.
Sebelum apa-apa jadi kat mak datangla jumpa mak"

Salah sorang dari tiga DJ Sinar FM mintak sebut nama anak makcik nie.
tapi kasih seorang ibukan? Nak tau apa jawapan makcik nie?

"Tak bolehla sebut nama anak makcik.
Anak makcik orang berpangkat kat Putrajaya tue.
 Nanti kalau orang dengar malu pulak anak makcik tue.
 Nanti dia malu dengan kawan-kawan kat tempat kerja"

Ok sesiapa yang merasakan dia mempunyai persamaan seperti di bawah:
-study kat UIA
- keja Putrajaya
-pangkat besar
-isteri baru bersalin
-dah setahun tak jenguk mak

Silalah jenguk mak anda sebelum terlambat kerana kata Dato Fadzlilah Kamsah anak-anak yang membuatkan parents kecik hati kerana tak menjenguk ibubapa sehinggakan parents tue rindu boleh  jatuh tahap ANAK  DERHAKA (lebih kurang macam tue ayatnya silala dengar selalu kat Sinar FM. Selalu ada kata-kata hikmah Dr FAdzlilah Kamsah)



Setahun tak jumpa mak pun relex jekan?
I tak jumpa seminggu pun dah panas punggung nie
Tak dapat jumpa mak,  call untuk gosip-gosip pun jadilah


p/s: En. Papa keja Pahang 2 hari jadiknya saya  & anak-anak ber'kampung' kat umah mak.
Syok gilosss

Thursday, April 26, 2012

Garrett Popcorn @KLCC

Yang membuatkan saya terrrrringinnnnnnnnnnnnnnnn sangat nak makan Garrett Popcorn nie sebab madammondoq. Madammondoq beli Garrett Popcorn  kat USS Singapore. Dalam entry Madammondoq Garrett nie ada mention Garrett nie ada  jual kat KLCC. So  apa lagi zasssssssss ..  Sekarang nie boleh kata twice a month saya & adik ketiga saya -Ada lunch KLCC. Bila  saya dok membebel nak merasa so adik saya pun mencarinya di celah-celah outlet2 KLCC.

Bertuah punya adik-adik niekan? Kita boleh mengadu & minta tolong. Mcm2 tolongla.. Sejak2 saya ada anak lagila saya memang perlukan pertolongan adik-beradik. Kalau tidak; i tak tenang  tau kat tempat keja time anak sakit.Kalau orang lain tak memerlukan pertolongan adik-beradik meraka masa nak membesarkan anak-anak itu terpulang tapi kami adik-beradik sejak kecik mmg rapat walau suka bergaduh. Dah kepala lain-lain takkan takde gaduh kan? Adatla tue.   So bila mereka tahu Amana/Arief tak sihat/ saya outstation berebut-rebut mereka nak jaga.

Bayangkan masa mak jaga Amana ; kakak saya sanggup time lunch datang umah mak utk uruskan Amana. Kadang-kadang adik saya yang Ada nie pun amik cuti untuk lepak dengan anak-anak saya. Belum lagi adik bongsu saya  yang memang jadi babysitter sepenuh masa. Teringat-ingat adik lelaki saya mandikan Amana& Arief masa dalam pantang. Penah korang mandikan baby atas meja makan? Tak penah kan? haha. Adik lelaki saya mandikan Arief dalam baby tab tue. Baby tab tue letak atas meja makan. haha...Memang kecoh satu rumah. Sebab tue adik-beradik saya sangat-sangat sayang & tak pernah angkat tangan pada anak-anak saya sebab mereka merasa susah payahnye menjaga anak-anak saya dari merah darah masa dalam pantang. Melihat anak-anak saya dah besar, bijak, sihat, adalah kepuasan untuk diorang sebab diorang pun banyak saham dalam menjaga anak-anak saya. Heiiiiiiiiiiiii kata nak citer hal popcorn.. Dah meningkat tua mmg suka membebella..


Yeye dah sampai.
 Nak beli yang mana satu nie. Semua nampak sedap!
Angah bawak mengucap. Itu popcorn je hokayy


Yang mana satu? Idaman kalbu.
Semua mahal. Nasib poket tengah kembung haha


Snap cepat! I nak masuk belog i jugak


Mak aii popcorn pun sampai ratus-ratus
Oh itu dua tin.
Okla setin pun RM50?
Tapi yang RM109 tue mesti tak sesedap yang RM199 tuekan? *tamak*
Ok kalau  tak sanggup pg beli popcorn pasar malam

Tapi yang best tue cuba tengok kat tepi tue pulak
"Do not flash our popcorn"
Haha tengok gambar dalam hp nie baru perasan. Serius!
"Kekwat ek popcorn, nak amik gambar pun tak boleh"


Hampir licin

Akhirnya selepas beratur panjang


 Siyes! Sedapppppp sangat!
Besar-besar, Rangup-rangup. Manis-Manis
Bila bawak balik Amana & Arief makan tak berenti-renti
Sekarang Amana asik cakap "mama belikan popcorn"
Jawapan "nantila mama carik lagi dengan mak da"

Satu pek kat atas tue RM16.
Dua pek RM32.
Satu utk saya, satu utk Ada.
Puas hati dapat bawak balik popcorn Gerret utk anak-anak

Sesuaila tagline "Share the love"
Sebab yang RM16 nie pun dah banyak & puas makan. Terlebih agaknye
So korang carik lagi satu kawan bahagi 2=  jadi RM8
So BFF?
Macam tak biasa :))))

Wednesday, April 25, 2012

ME WON TOMEI- FLY AWAY WITH MOMMY THIS MEI

Sambungan entry semalam
Rupanya saya antara 50 peserta pertama
Hantar gambar mak sahaja (tak boleh ada org lain ye) 
bersama dengan slogan 
Tengokla slogan saya yang very stright foword tue
Yang penting dapat jadi 50 peserta pertama T____T



Saya ingat lagi saya buat entry nie masa pertabalan agong
Cuti hari Rabu
En.Papa pergi opis ada keja
Masa tue jugak ada gegaran tsunami
Saya rasa tau 2 kali

Kali pertama rasa
ok buat relex je
Kali kedua rasa terus call  En.Papa
"Pa balikla ada gegaran nie. B takut"
Pada saya kalau nak mati ke apa2 biarla  mati anak beranak
Boleh pikir gitu?

Tapi bila En. Papa reply;  buat hilang rasa  takut saya + buat saya tergelak
"ooo kat Bangsar nie pun saya ada nampak ombak"

Cehhhhhhhhh..main-mainla..
Rupa-rupanya En.Papa dah ada depan pintu rumah
Sabar jelah..

p/s: Saya dapat advertorial post. Macam tak caya jer
Tapi bukan dari Nuffnang ye. jengjejeng
Next Entry ye.
MUAHHHHH

Tuesday, April 24, 2012

Saya menang percutian ke?


Saya tak boleh buka FB ye kat opis tapi bila ada geng-geng yang tag nama saya di FB automatik akan masuk dalam gmail saya.

Emel pertama yang saya dapat sebelum lunch dari Nik Nor Aty (geng comper nie). Masa tue dah tertanya.. Tapi saya pun sedapkan diri. Agaknya dia baru baca saya menang contest Jacob

Lepas lunch masuk  emel Kak Ayu Rafikah pulak ucap tahniah. Wahhhhhhh sudah tak boleh duduk diam nie. Takkan Kak Ayu pun nak ucap tahniah contest Jacob. Kak Ayu dah lama tahu saya menang Jacob. Tapi apakan daya.. I tak boleh tengok FB.. sob sob..Ada IPAD tapi  perap kat umah. Padan muka hihi.  Nasibla dapat pinjam kejap HP hubby yang canggih tue. Dapatla tengok sesikit. Contest kat atas nielah. Nanti saya balik umah saya bukak netbook saya, saya  citer lebih lanjut ye.. Sukanya kalau dapat hadiah percutian..Best.. best..

Monday, April 23, 2012

Iye! Saya memang pemalas! So what? Sebab saya nak beli mop robotik :)

 hehe
Statment macam gangster kampung pisang je kan? 

Kalau yang selalu baca mesti tau saya ada sakit tulang belakang
nama saintifik dessicated disc
Doktor ada cakap dengan En.Papa
sakit nie sakit orang manja
Saya disyorkan tak buat banyak keja rumah 
& tak boleh naik motor
Part tak payah buat keja umah tue saya  suka *wink wink*
Tapi part tak boleh naik motor sedih sikit..

Tapi dah namanya isteri & ibu
Cuba bagitau camana kita nak duduk je?
Nak tgok rumah macam tempat kucing beranak ke?
Hari-hari nak beli lauk kat luar ke?
Boleh ke kita sebagai ibu&isteri nie duduk diam?
Kecuali ada maid.
Tapi ada maid kang sakit darah tinggi pulak dengan peel maid

Baru-baru nie nak tunjuk kuat
Saya vakum umah, selalunya keja vakum nie En.Papa yang buat
Wahhhhhhhhh, puas hati memang bersih..
Kalau perempuan yg buat keja umah mestilah bersihkan?
Amik ko terus sakit belakang 2 hari
Bravo, bravo!!

Jadi saya insaf la kejap
Tak beranilah nak tunjuk kuat & rajin lagi
Baik saya fikirkan kesihatan diri
Kalau sakit sapa yg susah?
Saya jugak yg menanggung sorang



Tadi saya dapat emel nie dari kakak opis
Jadinya saya nak syorkan En.Papa beli
Kalaulah En.Papa pun dah tak suke nak mop umah 
ekeke

Yang tak tahan tue promosi
"Harga RM600 dengan jaminan seumur hidup"
Iyelah tue?
Promote tak henggat

Siapa ada beli?
Sila review & tinggal komen kat sini ye

Sunday, April 22, 2012

Usaha untuk mendapatkan anak meh baca citer kawan saya.

Saya pernah bagitau kenapa saya suka berbelogkan? kalau tak penah baca boleh baca kat sini. Salah satu yang saya suka menerusi belog saya kenal ramai orang di luar lingkup hidup saya sekarang. kalau tidak kawan2 opis & kawan sekolah&uniersiti . Saya memang suka berkawan. kalau org lain tak suka tak pe.. PEACE...  Kenapa? Bila kita ramai kawan kita tahu pelbagai cerita baru di sekeliling hidup kita. Kalau kita cuma berada dalam lingkungan yang sama sahaja ; asik2 citer yang sama jer. kalau kawan pejabat; citer pejabat, pejabat, pejabat. Kalau kawan universiti; sc komputer, sc komputer, sc komputer. kalau kawan satu kondo; citer maintance, maintanance, maintanance (hai kinna!! muahh! tapi dgn kina ne memacam kitaorg citer dari kes anak, cloth dipers, air takde, citer akta, citer event opis ) Haha nampak benor mama suka ada ramai kawan ye?Bila ramai kawan makin luas pandangan kita. macam-macam pengalaman mereka kita boleh jadikan iktibar. Kita akan lebih bersyukur tentang kehidupan. Insya Allah.

Melalutla i nie, ok tengok tajuk ye. Saya kenal Atiqah nie masa Hi-Tea Jacob. Baik budaknya. Atiqah nie pemenang minggu ketiga Ibuku Inspirasiku. Dapat IPAD jugak macam saya. Walau pestime jumpa adalah calling2 & msg jugak. Apa lagi citer contest le haha. Masa borak-borak kat hi-tea tue nampak dia seronok citer tentang anak-anak. tanya saya tentang anak-anak. Dia ada bagitau dia baru dapat baby. Takde pulak dia citer tentang masalah untuk dapat bayi. Tapi semalam saya baca kat Harian Metro ada cerita tentang dia. pada yang tak tau, Jacob akan masukkan salah seorang  GP prize pada setiap minggu dalam Harian Metro sempena Hari Ibu. Sebab tue Atiqah terpilih. baca dulu citer bawah nie dulu ye..



Dalam citer nie Atiqah ceritakan dia mengidap PCOS(Sindrom Polisistik Ovari) yang membuatkan Atiqah tidak dapat mengandung. So Atiqah buat rawatan dengan semangat dari ibu tersayang. Hasil rawatan dan of course dgn ketentuan Allah Atiqah pregnant. Pada kawan-kawan yang sukar mengandung dapatkanlah rawatan ye. Doktor pun sarankan lepas setahun tak mengandung agar jalani rawatan. kadang-kadang kita tak sedar kita ada sakit. Isu anak nie memang isu yang sensetif, saya pernah merasakannya. Anak adalah pinjam-pinjaman jadi janganlah kita menghina bila ada keluarga/kawan/kenalan kita yang tak dapat anak. Berikan sokongan bukan memalukan mereka especialy dengan perkataan "mandul". Please ye.. Jangan sakitkan hati kawan2/adikberadik atau sesiapa yang lambat dapat anak. benci orang-orang macam nie! Serius!

Masa tengah amik gambar nie. Mak atiqah cakap.."eh muka macam samalah" haha.
Bila balik umah Amana tengok gambar "eh macam muka mamalah"

Mak pun suka sebab dapat kenal Mak Atiqah .
 Siap ajak datang kenduri kawin adik bongsu nanti hehe.
Mak pun mcm saya suka berkawan.

Alhamdulilah
menerusi belog tau tentang contest
dari contest dapat kawan baru

Saturday, April 21, 2012

Tolongggg! Selamatkan saya! Bila obses melanda!

Saya ada satu perangai kalau saya dah suka dgn kualiti atau sesuatu service tue memang saya malas nak carik-carik tempat lain dah. Tapi kalau dah sampi tahap obses nie susah gakkan? Adoiiiiiiiiiiiiii. Habisla gue duit gaji lum dapat tapi dah "ter"labur. Tapi dah cantik. Kalau tak grab awal-awal kang melepas macam dialog sebelum nie

KAK, SORI SESANGAT ITEM YANG AKAK NAK TUE DAH SOLDOUT

Menyesal sudah tak berguna lagi
Sungguh tepat perumpamaan tue
Masalahnye sekarang asikla tertunggu-tunggu update 
Semua cantik-cantik
Ini antara yang saya dah "ter"beli
Saya memang obses dengan shawl sekarang nie




Yang bawah nie tak de model 
Tapi tetap menawan kalbu saya
Dah lama tak pakai bawal
tapi saya suka sebab 
Tudung bawal nie ada corak



 Nie semua saya dah order tapi saya lum dapat lagi
camana nak dapat kalau lum bayar haha *gelakkan diri sendiri*
tak sabarnye nak pakai

Nak tengok tak yang saya dah penah beli & pakai?
Lagi cun dari pengantin tau!
Membuatkan saya sama muda dengan bakal pengantin haha
Jangan mare ye..

 CAK!!!
Yang pengantin umur 25, yang kakak pengantin umur 32
*alamak terbocor umurlah...*
Nampak sama kan?kan?
Tuela kalau nak nampak muda silalah pakai shwal / tudung dari

Sedang susah hati sebab tertungu-tunggu update shwal lagi
Takut terjebak & terlaburkan duit lagi
Tapi takkan nak remove FB- Borongshawls
Oh tak boleh, tak boleh sebab ini butik online kesukaan i tau!!

I sebenarnya dah penah review jugak kat sini
Tapi dah obses memang suka promote banyak kali
T________T







Friday, April 20, 2012

Yes! Yes! My BFF won her first contest!

Horeyyyyyyyy!! My BFF menang set periuk yang menjadi idaman gue!
Minggu ke 5 nie
 Suka..Suka..
Seronok sebab setelah puas memujuk dia masuk
barulah dia terbuka hati.
 Itu pun dengan pujukan yang berupa "rasuah"
I bagi BFF baca entry i yang menang IPAD tue.
Kita menang mestilah nak BFF kita menang jugakkan?
Baru namanya BFF
Nak menang sorang2 bukan BFF namanya haha
Pulak tue menang contest yang sama
SO SUWEET

Akhirnya taraaaaaaaaaa
BFF menang periuk yang harga RM500
Boleh pinjam tak? Alolo bolehla..
Yes! Lepas ne i got partner in crime nak join contest
Seronok sebab lepas dah menang nie gerenti dia nak join lagi
So ada geng nak bergosip
Lepas nie kim salamla nak gosip pasal masak, anak-anak je
Lepas nie ada gosip terbaru
CONTEST!!
WELCOME MY BFF TO THE WORLD OF CONTEST  MUAHHH!


p/s: BFF nanti nak amik hadiah, nak ikut. Tapi jangan tanya jalan ye. Sila tanya En.Papa dulu sebelum pergi. Ngeh Ngeh






Thursday, April 19, 2012

US! Here we come!

Mula- mula sebelum pergi US kita kena buat persiapan dulu betul tak? Mula-mula tengok dulu cuaca. Sejuk ke tak sejuk ke? Kang ko sorang pakai baju sejuk yang macam guni tapi orang keliling cute je pakai kot yang cun-cun ekeke.. Buat malu orang Malaysia je tau..

Kalau korang beli baju sejuk nak pg oberc korang beli kat mana? Kat bundle ek?? Tak ngaku ye?? ekekek.. Ala apa salahnye beli baju bundle.. Dosa ke? Tak pun... Beli jelah tapi makesure sila basuh tau. Kang dapat penyakit gatal-gatal baru tau. Baju-baju bundle tue dah jauh terbangnya sebelum korang jumpa. So basuhla dulu. Janganla buat peel terus pakai.

Oh tapi my mummy nie mana nak beli bundle. Alahai baru nak pg US dah panggil mummy. Geli tekak. Okla tapi mak nie mana nak beli baju bundle, sebab pada mak sekarang adalah masanya mak rasa apa erti kesenangan. Senang ye bukan mewah sebab mak dah penah lalui 1001 kesukaran masa kami kecik-kecik.  Konsep mak bila kita ada duit ; apa salah merasa duit yang kita usahakan. Kalau duit takde kenalah ikut apa yang mampu. See? Senang betul kan ikut konsep mak i nie?

Kalau poket kembung-kembung sila berbelanja as reward diri
 kalau poket kempis-kempis sila sedar diri.

 Eh pantun dua kerat la...
So mak pun menghabiskan duit kat Winter Time - Moments of Warmth
Warmth sangatla.. eeee..



Biasalah i kan anak kesayangan mak
so i yang try dulu; siap feeling sejuk lagik muahaha
Ada gambar adik-adik i tapi malas i nak masuk kat sini
Sapa suruh amik gambar  tak pakai tudung?Pulak tue pakai baju tidur
Nak kena betullah budak2 nie!

"Nanti sapa2 nak pg oversea pinjam je kot mak ye, tak payah beli-beli"
Wah jimat mak i tau. Tapi nape anak-anak mak boros terutama yg bongsu tue?
" Ala adik pandai carik duit biarlah dia belanja duit dia. Kalau tidak nanti tak happy keja. Kalau adik tak habiskan duit adik  nanti orang lain yang belanja duit dia"
Ye ke? Sapa nak belanja duit dia?
"Amana dengan Ariefla"
Waaa.. sampai ati mak kutuk anak Angah, mak tak tau ke Adik tue sejak Angah keja  asikla paw duit Angah.
"Mak tau. Sekarang apa lagi paw la adik"
I LOIKEEE 


 Eh sayalah.
30 tahun lagi mesti muka saya macam mak kan?


Mak!!
Nak ikut!

Tuela mak suruh buat insuran tak mo
Angah pandai cakap, pandai IT, banyak kelebihan Angah tau
Mesti angah boleh berjaya lebih dari mak

Gulppp
Ejen insuran
Nantila angah pikir
Tapi minat jugak sebab...
Angah nak g US macam mak
Haha
Tak ikhlas betullah


Tak ikut pun takpelah sebab mak belikan wristlet Coach


Ini adik bongsu saya. Dah terbukti mak lagi sayang adik.. Loratla adik nie..
Mak beli handbeg untuk hantaran adik *gedix*

Mak beli macam-macam untuk anak2 & menantu. Eh menantu dapat jugak? Soalan untuk menantu. Kalau pegi mana-mana atau mak mintak bantuan menantu ingat mak tak? haha.. INGATTTT (eh menantu yang mana yang jawab nie) Yang lagi tak tahan bakal menantu pun dapat. Elehhhh.. Aik jeles ke? I ok jer.. Anak2 & En.Papa mak belikan baju. Anak2 perempuan dapat wristlet kecuali adik dapat handbeg (menci), adik lelaki dapat sling beg Coach (kulit lagi. Sabar..sabar..Jeles nie) Menantu lelaki dapat baju. Mcm2 lagi yang mak beli utk kawan-kawan & group2 insuran mak. Tak yahla letak semua gambar ek. Agak-agakla nak show off pun.. Haha..


p/s: Mak je pg US. I gedik je lebih. Mak pergi sponsored by company insuran mak. Fully sponsored. Mak dah terlepas dua trip. Satu ke Indon-adik bertunang so mak cancle. Satu ke China- mak masuk hospital sebab slipdisc dan alhamdulilah mak dapat peluang ke US without any delay lagi. US, China, Ethan adalah impian mak selepas ke Mekah. Alhamdulilah murah rezeki mak sebab mak memang baik dan pemurah. I love you mak. *la tak habis lagi ke ucapan hari ibu*

Wednesday, April 18, 2012

Surat Tidak Rasmi


Assalamualaikum kawan-kawan mama,

Amana kecik ati dengan mama. Setiap kali Amana mintak IPAD mama mesti cakap " buat homework, baru boleh main IPAD" . Tapi bila Amana dah siap homework mama asikkkkkkkkkla guna IPAD. Bila mama habis guna IPAD; bateri IPAD pun dah nak habis. Kejap je Amana dapat main.

Ada sekali tue Amana nak main IPAD, mama boleh cakap macam nie "tengok level bateri nie, kalau bateri IPAD nie dah tinggal 50% baru mama bagi Amana main" Masa tue bateri ada 98% lagi. Sampai ati mama.. Kan ke lama sangat nak tunggu bateri IPAD tue sampai 50%. Kalau mama cakap Amana boleh guna lagi 10 minit ke 15 minit ke okla jugak. Ada ke bateri tue jadi penanda arasnya?
Geram Amana..

Tapi mama baik jugak setiap kali nak tido mama bagi Amana main kejap sebelum Amana tido. Mama masa tue dah tido sikit-sikit (tido-tido ayam) kat sebelah Amana. Bila mama suruh simpan Amana simpanlah. Nasibla adik tak kacau kalau tidak semua setting IPAD nie lari. Ada sekali tue keyboard IPAD nie split. Mama sampai tanya kat FB camana nak cantumkan balik. Nasibla mama ada kawan masa universiti tolong mama. Mama tue mana tau sangat pasal gadget terkini . Nama je amik sc komputer. Sekarang nie asik buat keja fail-fail lagila tak tau sangat pasal IT.Papa lagi pandai..

Gambar yang Amana attach nie; gambar masa mama suruh Amana buat homework.
 Amana ngantukla..
Mama ingat Amana buat homework tau sebab Amana pegang pensil sambil tido
T______T

Terima kasih sebab kawan-kawan mama sudi baca
Jangan bagitau mama ye taktik Amana buat homework tue :)

Sekian

Thanks& Regards,
Dalia Amana Bt Mohd Khairul Fadzli 
18 April 2012



p/s: camana pun peel anak-anak kita. Kita tetap sayangkan mereka. Betul tak?

Tuesday, April 17, 2012

Nostalgia


 Mak dan saya. saya anak kedua.
 Baju yg mak pakai tue rasanya baju nikah mak. Muat lagi sampai anak dua.
Baju nikah saya? Ada kat mak andam so mana tau muat lagi ke tidak..
ekeke..alasan baikkkkkkk punya!

Dari kecik sampai besar asik menyempit je dengan mak. 
tapi masa saya kecik2 rasanya saya lagi rapat dgn ayah saya

Yang pakai skirt merah tue kakak saya. Sikit punya kurus daa.
Yang belah kiri sekali adik bongsu mak saya. Busu Jali. yang lain saya tak kenal

Tak sangka dah berpuluh-puluh tahun gambar2 nie masih ada
saya korek semua gambar lama untuk  HiTea Jacob
Bila tgok semua nie lagi semangat saya nak beli photobook
 supaya 20 tahun lagi anak2 boleh tgok gambar masa mereka kecil bersama saya & En.Papa
Seperti mana saya boleh tengok gambar-gambar saya masa kecil bersama mak

Sekejap je 20 tahun tue.Percayalah...

Monday, April 16, 2012

Monday Blues betullah!

Kalau Monday mesti blues, asal blues mesti Monday. Aduhai.. Memang hari nie saya terjebak dengan Monday Blues. Saya kalau boleh, sedaya upaya tak akan EL hari Isnin sebab tak mo bos fikir saya ada penyakit Monday Blues. Lainlah kalau saya memang apply cuti Isnin. Itu kes lain ye. Ingat bos tak perati ke kalau kita asik cuti Isnin tau. Dia perati.nanti dia perli..woooooo tak mo.Bernanah telinga nie.. Tapi hari ini saya pun dapat penyakit Monday Blues nie. I EL hari nie huwaaaaaaaaa.....

Ok kenapa saya EL? Sebagai clue cuba tengok Amana? Amana pakai helmet Erra Pajira. So pastilah Amana naik motorkan? Kenapa naik motor? Sebab keta buat hal!! Sendiri tanya, sendiri jawab.  Nak kena kungfu keta nie tau. Semalam elok je bila En.Papa anak-beranak pergi kedai. Tapi elok jugakla bila pagi2 nie keta tak boleh start. En.Papa naik atas rumah carik peralatan nak jadi Handy Mandy. Sama je.. Memang bateri kong..


Rindu bangat nak naik motor Erra Pajira nie tau.

Amana memang suka naik motor. Pestime En.Papa bawak Amana naik motor pg tadika bukan main suka. Balik je terus update al-ala celebrity "mama kawan Amana semua tengok motor papa sebab motor papa bunyi brommm, broom.pastu motor papa besar, pastu helmet Amana cantik" Tak tau ke helmet tue JPJ tak luluskan? tak tau ke motor nie dah penah kena inspection JPJ? GRR... mmmm.. tapi sebenarnya mama pun suka naik jugak haha

Keta dah 6 tahun macam tuela. Baru2 nie tingkap buat hal. Sayang kta nie. Keta nie beli dua bulan lepas kawin dari 2006. En.Papa pun dah makeup keta nie. Saya takkan jual keta nie. Habis bayar keta nie baru pikir beli keta baru. Mak saya memang pantang beli barang tak habis bayar pastu sibuk menambah hutang beli yang lain. Akhirnya satu harta pun tak lekat. Itu konsep maklah.. Saya ikut je sebab org tua lebih dulu makan garam kan? Kecualila kalau anak dah bertambah &keta dah sempit / keta lama mmg rosak kronik so okla nak tukar keta. tapi kalau kejanya asik menukar keta apa kes.. Kalau anak Pengiran Brunei oklakan? hehe

Lagi satu kes air kat umah takde. dari sabtu. En.papa pg tanya maintance katanya paip air bocor untuk blok kami je. Sedang dibetulkan. Baguslah dari hari sabtu tak elok2. Korang nak bayar ke bil air nie? Kat dapur air asik mengalir. Nak tutup tak boleh.Kat bilik air pulak air sikit punya slow. Bagus2! 

KERETA ROSAK + AIR TAKDE= PEFECT MATCH =EL

p/s: Hati sedikit lega bila msg kat bos bagitau keta rosak ; bos reply balik "OK" . Kalau diam je maksudnya bos marah, kalau bos jawab maksudnya dia tak marah.haha. pandai2 je buat hipotesis sendiri..


Friday, April 13, 2012

Full Entry Hi-Tea Jacob



Muakla kome-kome asik baca entry Jacob ye? Apa nak buat dah inilah gambar yang ada. Sabor jelah ye. Baru-baru ne i buat Teaser Hi-Tea Jacobkan? Kali nie takde teaser2 dah. Kali nie  buat full entry. Dah namanya full mestilah banyak gambar sabor ye.. tengok jelah sambil sediakan baldi.. Kot-kot termuntah. Senang bila dah sediakan baldi siap2.. Bukan sediakan payung sebelum hujan ye. Kita tukar sikit "sediakan baldi sebelum muntah" :)  Kalau boring scroll cepat2 sampai gambar paling akhir. tapi kalau nak lagik cepat, klik pangkah je haha.. Terlalu banyak gambar yang istimewa. kalau boleh nak masukkan semua...



Saya terlewat beberapa minit. Adik bongsu kesayangan sayalah yang amik saya kat umah. En. Papa jaga anak-anak untuk bagi wife dia berjimba-jimba. Tapi sebelum kuar berjimba-jimba saya sediakan sarapan untuk hubby&anak-anak. Nasi lemak sotong lagi :) 

Mula-mula datang sila register dulu ye

Kita tengok deco-deco & makanan dulu ye.
Dahle sampai lambat.Makanan  tengok dulu ye?






Ok dahlah ye? Dah kenyangkan? Meh sambung citer..


Ada 3 aktiviti yang best untuk kami semua
1. Pertandingan Memasak
2. Pertandingan Teka-Teki
3. Video Istimewa Untuk Ibu



1.Pertandingan Memasak

Peace!! Mak sporting sangat senyum sepanjang masa

Mak, kita nak masak apa ne? Takde sambal pun? Camana nak masak?haha

 Ini anggur tau..

Mak, mak amik telur banyak-banyak tue nak masak nasi lemak ke?

Dapat sorang satu meja. Apron dapat dua. Satu mak. Satu anak

Seronok main masak-masak dengan mak. Tetiba je saya tak reti masak haha

 Mak dengan bangganya dengan makanan berkhasiat Jacob.

Haha. En.Papa takkan makan nie. Judge kata sandwich saya sedap tau. 
Dalam biskut tue ada sandwich telur. 
Saya&mak je yang buat sandwich Jacob perisa telur wink wink wink

Lepas penat main masak-masak; kita main makan-makan pulak
Mak beware ye kencing manis nanti

 And also gosip time muahaha


2. Pertandingan Teka-Teki

Pertandingan nie kita dikhendaki menulis jawapan yang sama
 dengan ibu kita berdasarkan soalan yg diberi oleh 
emcee Joceylyn AKA Sayang
Saya pun tak ingat apa yg saya suka sangat time nie

Mak pun ketawa besar jugak

Mak ketawa lagi :)

3. Video Istimewa Utk Ibu

Saya ada citer kat sini, saya ada buat recording untuk Hi-Tea Jacobkan? Itulah yang video yang ibu-ibu kami sedang tonton. Nak je saya masukkan video saya tapi malulah pulak hehe. Semua kat sini ibu-ibu.Mana pulak anak-anak yang chumel-chumel tue?

Kami semua berkumpul kat belakang pentas untuk beri bunga pada ibu kami selepas tayangan video selesai. Kami yang belakang pentas pun nangis; apa tah lagi ibu-ibu yang tengok video tue. Dengar video kawan-kawan yang lain pun buat kami nangis. Hidayat je yang berjaya menahan perasaan .
 Selepas itu, pihak Jacob benarkan kami menontonnya bersama-sama ibu kami.
So sahdu ye...
Oh tayang IPAD free nampak? hihi

 Touching moment.. Love u so much mak!

Selepas itu upacara penyampaian hadiah. Ala contest yang masak-masak & teka-teki tadi. tak sangka saya dapat saguhati. dapat hamper Jacob + voucer Jaya Jusco RM50. Tempaat pertama Atiqah dari Putrajaya & Atiqah jugak pemenang IPAD minggu ke tiga. Untungkan? Atiqah siap tanya saya "kak Ila menang minggu ke duakan? IPAD ke IPAD 2 kak? Boleh tengok? ekekek
 Event yang memang meninggalkan kenangan manis pada saya dan mak
Saya takkan lupa sampai bila-bila.
 Event macam nie belum tentu dapat saya hadiri lagi bersama mak.

Joceylyn AKA Sayang. Emcee yang happening
cameraman yang sporting & selalu senyum tengok gelagat kami

JACOB...
Thanks for everything....