ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, February 26, 2019

Solat lah utk rumah tangga bahagia dan tenang

BUKAN KERANA SEKS TETAPI TIDAK SOLAT

Rumah tangga zaman moden hari ini terlalu sibuk. Tidak kenal rehat. Suami isteri, keluar pagi, balik senja untuk mencari nafkah. Begitu juga anak-anak, pagi ke sekolah, petang kelas tuisyen dan aktiviti-aktiviti kokurikulum lain.

Hujung minggu pula ada kalanya dipenuhi dengan program ziarah keluarga, majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan banyak lagi.

Apabila sibuk sudah keterlaluan, kita tidak akan dapat menikmati hidup. Hidup akan lebih tenang, jelas, teratur apabila kita mula memperlahankan langkah.

Stephen Covey, seorang pakar motivasi Barat menggunakan analogi seorang penebang pohon yang menggergaji kayu selama beberapa hari secara terus-menerus.

Kerja memotong pokok tanpa henti-henti itu membuat mata gergajinya menjadi semakin tumpul. Gergaji yang tumpul itu tidak lagi efektif dan produktif berbanding gergaji yang tajam. Maka, sudah tiba masanya penebang mengasah gergajinya.

Begitulah jua dalam kehidupan berumah tangga perlu ada masa yang diperuntukkan untuk merehatkannya (sementara) agar rumah tangga itu dapat mengembalikan semula kekuatannya. Dalam Islam, rehat itu adalah dengan berzikir.

Rasulullah telah bersabda kepada Bilal, “Wahai Bilal! Bangunlah (untuk azan), rehatkan kami dengan solat.”

Dalam sabdanya yang lain, Rasulullah bersabda: “Rehatkan kami ya Bilal dengannya, (iaitu dengan sembahyang) wahai Bilal.”

Dan zikir yang paling utama ialah solat. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.” (Surah Thaha 20: 14)

Justeru, untuk “merehatkan” rumah tangga kita adalah dengan mendirikan solat. Rumah tangga tidak cukup rehat, umpama pemandu yang sudah keletihan dalam satu perjalanan yang jauh. Dia mungkin hilang kawalan akibat tertidur atau hilang fokus sehingga boleh menyebabkan kemalangan.

Maka begitulah keadaan dalam sebuah rumah tangga yang suami, isteri dan anak-anaknya yang tidak mendirikan solat, maka akan berlaku banyak masalah yang boleh menjerumuskan ke arah kebinasaan.

Tidak lama dahulu, mantan Kadi Besar Negeri Johor, Mohd Nooh Kadri menyatakan bahawa sebahagian besar daripada 3021 kes cerai yang berlaku di Johor pada tahun tersebut terdiri daripada pasangan suami isteri yang mengabaikan amalan solat masing-masing.

“Tiga punca utama penceraian yang banyak berlaku di Johor termasuklah masalah ekonomi, jurang komunikasi serta ketidakpuasan hati dalam perhubungan seks.

“Namun apabila diselami dengan lebih mendalam, setiap permasalahan yang timbul adalah bertilik-tolak daripada amalan gaya hidup pasangan suami isteri yang mengabaikan solat mereka."

“Apabila ditanya, kira-kira 90 peratus daripada pasangan yang merujuk kes cerai kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) mengaku tidak menjaga solat sedangkan Allah SWT telah berjanji akan memberi jalan penyelesaian kepada umat yang bertakwa,” katanya.

Mengapa tidak solat menyebabkan impak negatif dalam kehidupan rumah tangga? Bila seseorang hamba tidak solat, maka hakikatnya dia telah putus hubungan dengan Allah SWT.

Antara makna solat ialah silah – yakni hubungan. Bila hamba Allah tidak solat, dia akan hilang kekuatannya untuk menghadapi ujian dalam hidup termasuk ujian dalam rumah tangga. Ia akan menjadi gelisah, bimbang, marah,  putus asa dan kecewa apabila berdepan dengan masalah rumah tangga.

Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan, ia berkeluh kesah. Apabila ia mendapat kebaikan, ia amat kikir kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang tetap mengerjakan solatnya.” (Surah al-Ma‘arij 70: 19-22)

Dengan mengerjakan solat (yakni solat yang khusyuk), terbinalah empat rasa yang sangat penting dalam kehidupan, sama ada yang secara umum atau khususnya di dalam sebuah rumah tangga.

Untuk penjelasan lebih lanjut, Dapatkan ebook lengkap bawa cinta kita ke Syurga.  layari www.cintasyurga.com

Cuma RM30 sahaja sehingga 28 Februari. 2 hari sahaja lagi.

Thursday, February 21, 2019

Bila Amana Pakai Spec


Hari tue saya sibuk Tanya hal spec mata kanak-kanak di FB..
Ahamdulilah ramai yang beri feedback
Dah buat pun untuk amana
Tinggi power dia 175 dengan 225
Saya dulu pun start dengan 115 kot
Sian amana mesti susah nak fokus masa cikgu mengajar...
Tak ke klinik mata pun
Kalau ada masalah selain Rabun optometrist nie akan buat surat refer ke doktor

Buat di Prisma Optometrist Bangi - Kompleks Diamond
Comel jugak kan?
RM199. Tak over budget janji segera.
Kesian kat amana Kalau lambat siap spec dia.

Actually rasa sangat bersalah kat Amana
Tak sangka tinggi betul power mata dia
Yang buat saya sedar mata dia teruk masa pergi Kuliah Al Waqiah di UKM
Saya suruh Amana baca tulisan di slaid
Amana tak dapat baca
sedangkan saya yang pakai spec dan ketika itu tak pakai spec boleh baca tulisan kat depan bilik kuliah tue
Sian Amana
Semoga dia boleh belajar dengan lebih selesa lepas nie...

So kawan2 kalau anak cakap tak Nampak tue bawak2lah cek mata diorang ye
Ada kedai mata cakap budak2 kena bawak klinik dulu
Bukan saya tak pernah bawak Amana kat kedai spec mata sebelum nie untuk  check power mata dia.. Tapi mesti akan staf kedai spec mata tue cakap kanak2  kena pergi klinik mata dulu..
Saya pergi sini elok je diorang buatkan spec mata amana
Kalau ada problem selain Rabun, optimetries nie akan buat surat refer ke klinik..

Alhamdulilah selesai satu kes anak haha







 

Friday, February 15, 2019

Singgah Masjid Cantik di Seri Damansara

 

 kami hadir di majlis kenduri di Sri damansara
Kenduri rakan sekerja yang dan pencen
 Singah solat Di satu masjid
Masjidnya sangat cantik
Dari bawah dah cantik
Sampai depan masjid pun tenang pemandangannya...
Dah mcm kat Istanbul pun ada
Masuk dalam masjid pun bersih
Dan paling best masjid tak berkunci pun dah tak nampak Sesiapa pun jaga
Maksudnya terbuka untuk Sesiapa singgah dan beriktikaf
Nak kata takde harta berharga.. nampak lcd TV.. Nampak tabung masjid..
Alhamdulilah semoga masjid yg cantik ini dipelihara Allah dan menjadi tempat persinggahan melepas lelah dan pastinya untuk beribadat.
Semoga di jauhkan dari yg berniat sebaliknyq
 
Masjid almukarmmah
 
susah betul nak amik gambar semua
nie dah hilang satu anak
bapaknya lagilah lesap haha

anak yang hilang tue makan eskrim rupanya
 

Thursday, February 14, 2019

Ke kasih yg keletihan-ustaz pahrol joui

BUKAN KERANA KEBENCIAN TAPI KELETIHAN

Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a. katanya: “Suatu ketika Rasulullah SAW keluar pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri menuju ke tempat solat dan melalui sekumpulan wanita.

Baginda bersabda: ‘Wahai kaum wanita bersedekahlah. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan bahawa kalian merupakan majoriti penghuni neraka.’

“Salah seorang wanita yang fasih dan bijak bertanya: ‘Mengapa wahai Rasulullah?’ Baginda menjawab: ‘Kalian banyak melaknat dan derhaka terhadap suami. Dan tidaklah aku menyaksikan orang yang memiliki kekurangan akal dan agama yang dapat menghilangkan akal kaum lelaki yang setia daripada salah seorang antara kalian.’

“Mereka bertanya lagi:

‘Apa yang dimaksudkan dengan kekurangan agama dan akal kami, wahai Rasulullah?’

“Baginda menjawab: ‘Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan separuh daripada kesaksian seorang lelaki?’ Mereka menjawab: ‘Benar.’

Baginda berkata lagi: ‘Bukankah apabila wanita mengalami haid, maka dia tidak melakukan solat dan puasa?’ Mereka menjawab: ‘Benar.’ Baginda berkata: ‘Itulah (bukti) kekurangan agamanya’” (Riwayat al-Bukhari no. 298)

Oleh sebab itu, setiap suami yang mencintai isterinya pasti berasa bimbang dengan amaran dan peringatan daripada hadis ini.

Betapa tidak, tegakah kita melihat isteri yang tersayang terhumban ke dalam neraka hanya kerana lidahnya yang memaki hamun dan hatinya yang tidak bersyukur?

Cakap suami dilawannya, dibentak dengan suara yang tinggi. Mulutnya begitu berbisa, tajam dan menyakitkan.

Isteri yang sedemikian perlukan bantuan. Dia sedang “sakit”. Tetapi, bukan mudah membantu orang sakit yang sentiasa berasa dirinya benar dan sihat.

Silap pendekatan, dia jadi semakin menyinga. Isteri begini terlupa bahawa selagi suami tidak menyuruh kepada yang haram dia wajib taat.

Dia terlupa membesarkan pemberian suaminya yang kecil. Dia sudah tidak ingatkan lagi bahawa jalannya menuju ke syurga adalah melalui pintu ketaatannya kepada suami.

Malu, taat, setia dan khidmatnya hanya untuk manusia bernama suami.

Kepenatan menguruskan rumah tangga bukan alasan untuk meninggalkan perkara-perkara asas yang menjadi teras kerukunan rumah tangga.

Begitu juga sekiranya dilihatnya ada kelemahan dan kekurangan pada diri suami ... semua itu tidak boleh dijadikan sebab untuk melawan dan memberontak. Selagi tidak menyalahi akidah dan syariat, maka selagi itulah isteri wajib taat.

Belajarlah daripada Asiah, isteri kepada Firaun laknatullah. Walaupun suaminya sejahat-jahat manusia tetapi dia masih mampu menjadi isteri yang solehah hasil ketaatan dan kebaikan yang dicurahkan kepada suaminya. Kecuali menyembah tuhan selain Allah SWT, itu sahaja yang tidak dituruti oleh Asiah.

Segala suruhan Firaun yang selain itu dilaksanakannya dengan sepenuh hati. Ertinya, beliau terus melaksanakan perintah yang baik walaupun datangnya daripada seorang yang jahat.

Para isteri harus sedar bahawa mereka tidaklah sebaik Asiah dan suami mereka tidaklah sejahat Firaun.

Hanya kadangkala suami terlupa, sedikit berang kerana keletihan, menjadi penyengap kerana ada sesuatu yang dirisaukan, tidak senyum kerana masalah di luar rumah, maka janganlah pula si isteri menjadi pemarah, pendendam dan peleter yang tidak mengenal maaf.

Ingatlah bahasa yang baik datang daripada orang yang baik. Tetapi jika bahasa kasar, kesat dan kotor itu petanda jiwa yang kotor. Bahasa dan kata sangat besar kesannya dalam hidup berumah tangga.

Diceritakan dalam kitab-kitab tradisional bahawa bahasa si isteri apabila berkomunikasi dengan suaminya hendaklah menggunakan bahasa yang baik.

Masih ingat apa pesanan Allah kepada Nabi Musa a.s. ketika baginda diperintahkan bertemu dengan Firaun?

Firman Allah yang bermaksud: “Dan berkata-katalah kepadanya (firaun) dengan lembut dan baik. Semoga dia mendapat peringatan.” (Surah Thaha 20: 44)

Hanya dengan bahasa yang lembut, intonasi yang lunak dan adab yang sopan, hati suami akan “cair” untuk mengasihi dan menyayangi. Sebaliknya, kata-kata yang kasar dan intonasi yang tinggi akan ditolak secara terang-terangan atau secara diam-diam walaupun isi¬nya kebenaran dan kebaikan.

Allah mengingatkan kita melalui firman-Nya yang bermaksud: “Jika kamu kasar dan keras, nescaya orang akan lari daripada kamu.” (Surah Ali ‘Imran 3: 159)

Menurut kajian, sikap cerewet adalah salah satu punca yang menyebabkan rumah tangga tidak bahagia. Isteri yang cerewet hanya nampak yang cacat, busuk, kurang, pahit dan hal-hal yang negatif sahaja.

Sedikit tersilap, boleh menjadi punca kemarahan yang berjela-jela dan sukar diredhakan. Ada sahaja yang tidak kena kerana dia memang mencari yang “tidak kena”.

Dia sering berjaya mencari “nila yang setitik” untuk merosakkan susu yang sebelanga.

Tindakan suka melaknat dan tidak membesarkan pemberian suami ialah penyebab utama kebinasaan kaum wanita.

Namun, itu bukan bererti suami harus berlepas tangan dan berasa selamat dengan autoriti serta haknya sebagai suami. Si suami harus ingat jika isteri berterusan dalam keadaan begitu dia juga tidak selamat.

Mengapa?

Kerana dia wajib mendidik dan menyelamatkannya. Isteri yang baik akan lebih mudah masuk ke dalam syurga sekalipun suaminya jahat, tetapi suami yang baik sangat sukar masuk ke syurga jika isterinya jahat.

Di bahu para suamilah letaknya tanggungjawab menyelamatkan isteri yang suka melaknat dan tidak bersyukur itu.

Selain istiqamah mendidik dan memberi peringatan, si suami harus tidak jemu-jemu mendoakan isteri yang sebegitu.

Malah yang paling penting, bantulah mereka agar sering bersedekah dan bersedekahlah bagi pihak mereka. Jangan hanya mengeluh dan memendam rasa tetapi berusahalah untuk memperbaiki keadaan dengan tindakan-tindakan yang lebih konstruktif dan produktif.

Bagi suami yang pemberang pula ingat, jangan lawan api dengan api ... nanti rumah tangga terbakar dan cinta akan terpadam. Tidak semua leteran kerana kebencian tetapi ada kalanya lebih bersifat luahan.

Justeru, bersabarlah pada sesetengah leteran yang hakikatnya hanya satu rintihan dan pengaduan.

Contohi Sayidina Umar al-Khattab yang rela “menelinga” dan berdiam diri dengan leteran isterinya lantaran menghargai ke¬susahan isterinya yang keletihan menguruskan rumah tangga dan menjaga anak-anak.

Padahal Sayidina Umar di luar rumah bukan sahaja digeruni oleh musuh-musuh¬nya, bahkan syaitan sekalipun tidak akan lalu di tem¬pat dia lalu!

Sebagai suami, Sayidina Umar sedar bahawa bukan semua leteran itu satu kebejatan tetapi banyak antaranya hanya satu luahan cinta daripada kekasih yang keletihan!