ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, May 24, 2019

Giliran Beraya by Firdaus Shakirin

Kalau suami saya dia akan cakap "kita lagi hebat raya pertama boleh pusing 3 rumah. Rumah mak sendiri, rumah mak mertua, rumah sendiri" haha


**********************************************************************************


Tahun ni rumah suami, tahun depan rumah isteri..."
Giliran balik raya...
Kebiasaannya setiap kali nak raya, maka akan keluarlah posting2 tentang giliran balik... raya...
"Giliran balik raya ni sebenarnya adalah sesuatu yg tak wujud dan ianya atas konsep ihsan seorang suami kpd isteri..."katanya...

Betul, tepat, konsep ihsan, jadi suami xwajib ikut kehendak isteri utk beraya di kg isteri...so,
"Tahun ni rumah suami, tahun depan rumah suami, tahun 2021 rumah suami, tahun 2099 rumah suami"

Mari kita tgok beberapa konsep ihsan isteri dlm rumahtangga kita...

Isteri wajib x buat keje2 rumah? Tak wajib, tp disebabkan dia nk jadi isteri yg baik, dia faham yg suami dia letih mencari rezeki, dia faham yg suami dia xde masa utk buat, maka dia buat...tugas isteri hanyalah melayani suami sahaja, ini kewajipan dia, bukan keje2 rumah...ini ihsan isteri ke atas seorang suami..

Isteri wajib bekerja x? Tak wajib...tempat isteri sepatutnya dimana? Dirumah...jadi kenapa isteri bekerja? Menolong membantu meringankan beban suami dlm menguruskan rumahtangga...meringankan beban, bukannya mengambil alih beban...ada x isteri tolong bayar bil utiliti tiap2 bulan? ada x isteri kongsi bayar ansuran rumah, ansuran kereta? ada, dan bilamana dia buat smua tu, dia tolong bayar, itu ihsan isteri ke atas seorang suami...klu suami dia mampu, dia xperlu utk buat smua tu...dia hanya duduk dirumah tgok samarinda...

Isteri ada hak tak ke atas duit gajinya? Ada, hak sepenuhnya, hak total...suami boleh guna duit isteri x? Klu isteri izinkan dan redha, boleh...klu dia tak izinkan, dan tak redha, xbleh...ada x isteri beli brg dapur dgn duit dia sendiri? bli baju dgn duit dia sendiri? bli ubat dgn duit dia sendiri? Ada...ganti tak duit2 yg isteri belanjakan tu? Kena ganti sbb menyediakan makan minum, pakaian dan perubatan itu tugas suami...isteri rela dan redha guna duit dia utk bli brg2 dapur, pakaian, perubatan atas asbab ihsan isteri ke atas seorang suami...

Isteri wajib x jaga org tua suami? Tak wajib...klu dia jaga dikira apa? Ihsan...kewajipan menjaga org tua suami itu terletak dibahu suami dan adik beradiknya...abg suami, kakak suami, adik suami, ini smua adalah anak dan sebagai anak mereka perlu berbakti kpd org tua mereka...kenapa isteri jaga org tua kita? Sebab kita xbleh nk jaga, kita kena kluar bekerja...maka satu lagi konsep ihsan isteri ke atas seorang suami...

Setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, berlambak2 ihsan seorang isteri kpd seorang suami dan seorang isteri memerlukan ihsan seorang suami hanya 2 KALI SETAHUN, iaitu pada Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Aidiladha...

Itupun selang2, bukan setiap tahun dapat balik beraya rumah org tuanya...

Ihsan seorang isteri tu cukup byk kpd seorang suami, makanya, cubalah bersikap adil dgn meletakkan sesuatu itu kena pd tempatnya...klu dipersetujui tahun ni rumah kita, maka hormatilah persetujuan itu dan tahun depan rumah dia plak...jgn tiba2 berdalih, bagi alasan, cuba utk tidak balik ke rumah org tuanya...

Suami yg sedar akan apa yg isterinya dah buat utk dirinya, dia akan ikut giliran seperti yg dah dipersetujui bersama...bersikap adil dan berihsan kpd si isteri...
Dia bukan anak yatim piatu, dia pun ada mak bapak dan dia pun nak beraya dgn mak bapak dia selagi mak bapak dia masih hidup...Faham deh?

Nota kaki : Tu la, dulu org suh kawin jiran sebelah, xmau...nk jgak org jauh2 sbb nk ada feel 'balik kampung' konon...nah, padan muka...hehe 😎🙏👈

Friday, May 17, 2019

Saya & Kucing

 
 
Kasih ibu
Tengok kucing-kucing nie teringat diri sendiri
Penat Okey bukan tak penat
Duduk dalam rumah pun penat
Non stop keliling dalam umh nie...
Kalau pakai jam yg ukur langkah tue entah berapa ribu langkah gamaknya..
Naik turun.. Naik turun.. Depan belakang.
Keja tak jugak habis-habis.
Yg housewife fahamlahkan?
24jam mcm tak cukup.
Lagi2 Kalau anak kecik lagi.
Dah besar insya Allah relek dan kurang bebel dah kot. Haha

Kain baju, masak memasak, kemas mengemas.
Tak termasuk menguruskan anak kecik. Mandi entah berapa kali. Nasib tinggal Adam je yang tak reti mandi sendiri. Khairy dah Pandai urus diri dia.
Eh Kalau tulis tak cukup buku.
Belum lagi Keja pejabat. .

Tengok mak kucing tue.
2 anak dia menyusu.
Yg lagi sekor tue dapat duduk kat kaki pun jadilah.
2 ekor tue mcm khairy dengan adam. Asik bergaduh berebut mak dia. Yg dok kat kaki tue mcm arief dengan amana. Dapat manja sikit2 pun jadilah.

Tipulah Kalau tak pernah Marah anak2. Tapi anak2 dok melekat jugak. Tak takut pun. Makan nak bersuap jugak😂

Itulah ajaibnya jadi Ibu. Ko marah camana pun anak melekat jugak mcm gam gajah🤣🤣🤣
 

Thursday, May 16, 2019

9 RAMADAN HARI LAHIR KHAIRY IKUT BULAN ISLAM

 gambar sekarang- khairy dah besar , mak dia pun dah membesar haha

gambar 5 tahun yang lepas- mak dia kurus kering sampai runcing dagu dan takde pipi..
khairy kecik lagi


Sungguh terlupa yang anak magic seorang nie lahir bulan ramadan. 9 ramadan. Dilahirkan secara ceser. Di usia kandungan 34minggu. Disebabkan maslah Jantungnya doktor tak izinkan lahir normal. Sebenarnya doktor plan nak ceser ketika 36minggu. Kalau nak tau khairy dah start check up every week bermula di kesan ada maslah Jantungnya Sekitar 6,7 bulan dlm kandungan. Ya Allah memang letih nak mengadap HUKM setiap Minggu tetapi itulah pengorbanan. Bukan sebulan sekali.. Setiap minggu😢

Hari doktor buat keputusan nak percepatkan tarikh ceser saya dah cakap dengan husbd "kenapa ye saya rasa doktor nak suruh saya bersalin awal" sedangkan masa tue belum lagi jumpa doktor.. Dan masih ingat doktor cakap lepas check up "Jom kita keluarkan baby nie cepat. Saya tak boleh tunggu. Saya yang kena sakit Jantung tengok rate Jantung dia macam nie. Laju laju laju tup tup drop pulak below normal. Bahaya. Cukuplah kita tunggu. Semua organ dah lengkap. Berat pun cukup. Insya Allah semua selamat walaupun tak cukup Minggu. Kira dah nak dekat 36 Minggu. Boleh dah tue.. Kita cezer lagi awal ye? "

Dari Awal2 mengandung kan khairy lagi instinct saya lebih kuat. Saya rasa tak sedap hati sejak awal mengandung kan khairy. Saya dh mula ricky tentang ceser sebab saya ada maslah tulang belakang.. Sedangkan masa tue dua anak sebelum tue bersalin secara normal dan masa tue tak kesan pun lagi khairy ada maslah jantung. Sampai suami cakap "kenapa asik tanya doktor pasal ceser je. Awak nak bersalin ceser ke? "

Instinct seorang isteri dan Ibu jangan dipertikaikan. bak kata org tembus langit ke 7😆

Selamat hari lahir Adlan Khairy anak magic. Insya Allah semoga bila dewasa khairy boleh bantu kanak2 lain yang ada maslah mcm khairy. Mama doakan yg baik2 utk Khairy dari sejak sebelum khairy menjengah dunia lagi.

Adlan Khairy tetap rasa dia bongsu walau sekarang ada Adam Ziqri. Dia akan Pastikan dia sentiasa duduk, tidur di sebelah saya. Itu yg asik bergaduh dengan Adam. Kalau Adam tertidur di tempat lain masih lena tetapi Khairy tidak.. Dia akan tunggu sampai semua orang dah lelap mata untuk carik maknya juga. 😍


 

Tuesday, May 14, 2019

Air Zam-zam dan Khairy

Dulu masa khairy mula2 di kesan ada maslah Jantung saya ikut semua cakap doktor.. Makan ubat.. Checkup regular.. Tak bawak khairy keluar sebab nak elak dia dijangkiti penyakit. Kalau demam biasa pun kesannya lebih teruk dari budak lain sebab Jantung dia akan bekerja lebih laju.. Dah laju lagi laju.. Jantung dia boleh stop mcm tue saja. Rate khairy tidur pun mencecah 180. itu yg buat doktor khairy... pesan banyak kali "Pastikan khairy jangan sakit harta demam sekali pun. Usaha supaya khairy selalu sihat"

Dan syukur alhamdullilah.. Walau saya nie menurut kata2 doktor tetapi Allah beri saya satu keyakinan yang khairy akan bertahan dengan air zam-zam. Dan saya terbaca "air zam2 ini tergantung dengan niat". Khairy tak pernah putus air zam2 masa kecil.. Khairy minum susu bersama dengan portion air zam2.. Setiap kali minum susu. Dan setiap kali itu pasti saya niat kan supaya khairy bertahan dengan Jantung magicnya.

Saya tak ingat bila tapi khairy juga dah dibiasakan makan makanan sunnah iaitu minyak zaiton. Salah satu kebaikan zaiton adalah menguatkan Jantung. Saya masuk jugak dlm Susu khairy.

Hasilnya Alhamdulilah khairy bertahan sehingga kini. Baru2 nie khairy warded sebab denggi tapi of course lah doktor lebih fokus pada Jantungnya. Bila doktor cek record khairy sehingga 6 tahun bertahan dengan SVT dan sehingga umur 5 tahun baru dapat rate Jantung mcm kanak2 lain (sebab tukar ubat) doktor sangat impress khairy bertahan tanpa operation.. Tanpa pernah pitam dan pengsan..Siap doktor India cakap "mommy kena banyak2 syukur dia nampak sgt sihat mcm budak2 lain dengan SVT dari dlm perut mommy lagi"

Pada yg suka bash makanan sunanh, air zam2 atau perubahan alternative. Terpulang pada uools semua. Saya dah laluinya. Anak saya khairy dah melalui proses semua nie dari kecil bertemankan semua yg mampu sy usaha kan.

Yup sy juga makan supplement. Ekstrak kacip fatimah utm yg doktor Zubaidi Ahmad syorkan. Pelik betul bila org bash sesuatu yg melalui proses penyelidikan oleh universiti tempatan.

Berdosa dan salah ke kita cari kesembuhan dari pelbagai cara. Saya percaya makanan sunanh dan saya juga ambil supplements yang dikaji oleh universities. Bukan makan produk timbang kilo.

Adlan khairy si magic SVT memang mengubah cara pandang, cara berfikir dan cara mngurus kehidupan dari segi kesihatan, urusan agama, financial dan pelbagai urusan lain. Jangan harap sebelum khairy lahir saya nak telan2 zaiton, habatusauda, kacip fatimah, vco etc etc. Saya juga mula percaya pada emas yg merupakan wang sebenar sepanjang zaman. Mula jauhkan riba dan hutang. Saya suka baca tentang madu, zaffron, fenugreek dll berkaitan makanan tambahan.

Syukur dengan perjalanan masa dengan khairy saya ditemukan dengan ramai rakan yang berilmu dalam bidang Masing2. Saya ambil yang mampu dan menurut hemat saya baik dan sesuai utk saya dan anak2. Ilmu agama banyak yg Bagus2 yg saya tak tau sebelum nie. Ilmu financial bantu sy bebas 2 hutang dan tidak berhutang lagi.

Setiap apa yg berlaku ada hikmahnya. Khairy lahir memang satu hikmah yg besar dlm hidup saya. Bersyukur sejak dia lahir.. ALLAH tunjuk kuasanya.. ALLAH tarik banyak perkara yg saya ada masa itu. Tapi yg saya syukur saya tak pernah sekali pun salahkan Allah cuma saya doa saya mampu bertahan dan lalui semuanya. Alhamdulilah Allah tahu saya jenis tak suka bergantung harap pada orang dia beri saya income yg boleh kata sangat memuaskan walaupun ketika saya tak ada slip gaji.

Btw saya bukan anti vacc, bulan anti pantang dan segala anti anti tue.. Tapi saya percaya pada Allah, percaya pada mereka yg bijak pandai tetapi bukan yg ego dengan ilmu yg secubit cuma sampai memperlekehkan org lain. Kita takkan tahu semua ilmu. Ilmu Manusia umpamanya kita letak Hujung jari di dalam Lautan dan jangan lupa pengalaman setiap orang dalam Hidup tak sama. Sikap dan kepercayaan mereka terhasil dari pengalaman yg mereka lalui. Jadi yg tak pernah lalui stop judging. Mungkin mereka lebih bahagia dengan pendirian mereka. Sama mcm doktor yg dlm keratan akhbar nie. Pengalaman hidap kanser mengubah cara pandang hidupnya tentang kesihatan.
Lihat Lagi


Friday, May 10, 2019

Drama Ramadan 1- 5

 


Drama Ramadan -Day 1
 Tgh sibuk buat nasi grg utk sahur.. Khairy turun.. Soalan pertama "kenapa khairy bangun mama tak tidur tepi khairy?"  Haha. Bukan nak tanya makanan sahur.. Aduhaii....

 Kes semalam tak habis lagi rupanya. Bergaduh dgn Adam berebut nak tidur sebelah mak. Khairy bengang sampai keluar statement "Adam ingat mama sayang Adam sangat ke? Adam ingat Adam sorang je ke anak mama? Orang lain nie bukan anak mama? Adam sorang je nak manja dengan mama?"

Comel sgt rambut khairy dlm gbr nie. Mcm rupa cendawan😝
Selamat berpuasa semua. Mcm2 drama anak-anak. Bulan posa nie lebih banyak episode.. Bertabahlah
 
 
Drama Ramadan - Day 2
 


 Arief balik sekolah nampak pemandangan adik2 tengah menikmati makanan. Punyalah dia hangin. Mengamok sakan..

Arief nak buka posa ke? Umur Arief dah 10 tahun tau. Kalau tak solat 7 tahun dah boleh pukul. Khairy baru 6 tahun. So arief nak buka posa ke?...

Arief pahamlah tue maksud mak dia.. Tapi menjawab jugak "arief umur 6 tahun dah posa penuh!"

Wah tak mau kalah budak nie nampaknya "ye ke posa penuh? Mama yg suap Arief makan masa 6 tahun"

Kahkahkah. Amana dengar jawapan mak dia dibantai ketawa kuat-kuat siap perli. "Perasan puasa penuh!Padahal mama yang suap dia ponteng posa"

Arief terus mandi tarik muka. Tunggu dia keluar bilik air saya cakap "arief nie tak tahan ujian. Baru tengok adik makan sikit tak tahan. Nanti arief lagi besar.. Arief kerja.. tengok orang makan Sedap2.. Arief nak buka posa ke? Tak kuat iman namanya"

Diam je. Agaknya badan dah kena air. Sejuk sikit hati dia kot. Mudah dengar kata..

Mama, Arief puasa penuh boleh dapat Beyblade?

Halah.. Halah.. Halah.
Baik mama buat kerja pejabat 🤣🤣
 
Drama Ramadan- Day 3
 
 
 
Hari nie hampir2 tak sempat sahur. Syukur pes utk masak mehun dah siap. Kalau tak nanti Arief pun joint semangkuk dgn kawan2 mengadu dgn ustazah dia tak sahur. Selamat smlm sempat sahur😆

Ada masa kita terlepas waktu sahur... Saya pun pernah.. Dan sebulan posa tahun nie tak taulah Kalau ada kejadian terlepas sahur mcm tahun2 lepas. Semoga tak terjadi😢...

Semalam arief cerita kawan2 dia mengadu dgn ustazah tak sahur. Diorg mengadu lapar sangat. Arief cakap.. 2 org je dlm kelas arief sahur. Yg lain tak sahur.. Saya terus tersentap.. Alamak malunya Kalau anak aku ngadu dia tak sahur sambil mengadu lapar kat ustazah..

Itu yang gigih buat pes utk mehun/mee goreng/kuwetiaw. Campak je. Smlm saya tersedar 30 minit sebelum subuh. Ya rabbi.. Sungguh pes menyelamatkan keadaan.. Alhamdulilah Allah bagi izin kami bersahur.
 
Drama Ramadan - Day 5 (day 4 skip)


 Korang pernah tanya anak2 yg berbuka awal tak alasan dia berbuka? Seronok dengan alasan diorang😝

Khairy kenapa nak buka posa?...

Sebab khairy lapar lah.

Habis tue kawan khairy tue boleh je posa penuh kenapa?

Biarlah dia.. Dia tak lapar.

Kenapa khairy lapar dia tak lapar?

Dalam perut dia banyak simpanan makanan. Perut khairy langsung takde simpan. Mama tak nampak ke perut khairy nie kecik je.

OK sampai situ dah ketawa. Esok mama sambung sesi soal jawab lagi😝😝😝
 

Arief & 7th Fireball FC Football Carnival.

Sabtu lepas arief joint 7th Fireball FC Football Carnival. Beria2 ajak mama dia teman. Apakan daya anak ramai so kena bahagj tugasan 😜

Papanya hantar ke SK kompleks Klia. Mama pulak kena htr Amana tuisyen pagi2 Sabtu. So kena tidur rumah nenek nak pinjam keta sebab satu keta masuk bengkel. 2,3 minggu jugak😭patah kaki nak setel hal anak bila satu keta masuk bengkel.

Amana habis tuisyen 2.15pm ...terus ke event opis kat uptown Bangi. Syukur lah dekat2 sini je eventnya.

Arief balik bukan main seronok bercerita macam2. Tapi ya rabbi gelap terus. Satu hari je dah tukar color kulit Arief. Takpe yang penting seronok. Satu gambar je ada ..Ini pun dapat dari coachnya.. Sebulan posa nie takde training bola mesti Arief bosan haha

Thursday, May 9, 2019

Jangan terburu-buru bercerai

Semalam ada yang bertanya...maka aku ulangi jawapan yang dulu-dulu.JANGAN TERBURU-BURU BERCERAI  😥

Kajian menunjukkan mereka yang bertahan dengan rumah tangga yang 'belum' bahagia, akhirnya akan mendapat kebahagiaan,  berbanding mereka yang bertindak
membubarkan perkahwinan (bercerai) kerana merasa tidak akan bahagia.

Sebesar mana pun  perselisihan, jangan tergesa-gesa bercerai, kerana mungkin masalah yang sama akan berlaku juga jika kita berkahwin dengan orang lain.

Adakalanya, yang salah bukan pasangan kita, tetapi diri kita sendiri. Justeru, selagi kita tidak berubah, kita akan bermasalah dengan siapa sahaja...samada dalam perkahwinan  ke2, ke3 dan seterusnya.

Ada baiknya, jalani tempoh bertenang. Lari dulu daripada situasi dan kondisi yang menekan, untuk bersunyi-sunyi diri bermuhasabah dan mencari kesalahan diri. Bila sudah agak tenang, kembalilah dengan azam untuk memperbarui cinta.

Jangan lupa untuk memperbaharui rasa cinta, luahkanlah kata-kata yang baik untuk mencairkan prasangka, meleburkan curiga dan memadamkan dendam.

Kata-kata yang baik, insya-Allah akan mengundang kebaikan. Jauhi sama sekali kata-kata yang kasar dan kesat, walau bagaimana marah atau kecewa sekalipun.

Carilah topik-topik yang menarik untuk diperbualkan. Mulakan perbualan yang santai dan mesra tanpa topik-topik yang terlalu serius.

Berikut adalah  antara kaedahnya:
• Berdoa kepada Allah SWT agar mengilhamkan kata-kata yang baik dan menarik semasa memulakan perbualan bersama pasangan.
• Menerima dan berkongsi hobi dan rasa dengan pasangan.
• Ulas apa yang anda dengar, lihat atau baca dengan pasangan serta kaitkan dengan situasi terkini dalam rumah tangga.
• Sekali-sekala masak bersama resipi kesukaannya.
• Jangan prasangka dan curiga, sebaliknya selalulah memaafkan, selagi pasangan tidak melanggar syariat.
• Amalkan peraturan 24 jam. Jangan biarkan “gencatan suara” melebihi 24 jam. Mujahadahlah untuk meminta maaf secara rasmi atau tidak rasmi dalam tempoh kurang daripada itu.
• Tempoh-tempoh yang dirasakan sukar dalam perhubungan (atau ketika berlaku krisis) hendaklah diisi dengan amalan habluminallah seperti solat, munajat dan taubat.

Jangan selesaikan masalah dengan satu masalah yang lain. Jangan bercakap, apalagi bertindak ketika  terlalu marah. Marah tidak akan menyelesaikan masalah!  

Memperbaiki dan mengukuhkan kembali hubungan tidak akan bermula sehingga anda mula mengambil langkah pertama. Mulakan dengan berkomunikasi dengan pasangan. Diiringi dengan perbuatan ketekunan mendengar. Mungkin kekok pada mulanya tetapi ia banyak manfaatnya.

Saya percaya, membina satu teras dan asas dalam pembentukan hubungan rumah tangga yang kukuh berteraskan islam, perlukan satu panduan yang lengkap dan menyeluruh. Sepertimana yang saya sediakan dalam ebook Bawa Cinta Kita Ke Syurga.

Dapatkannya disini >> cintasyurga.com

Wednesday, May 8, 2019

Lubuk pahala suami by en matt

Cara saya nak dapat pahala mudah sahaja. Bagilah masa kepada isteri untuk rebut amalan dibulan ramadhan ini.

Isteri saya kata dia nak khatam Al Quran sebelum akhir ramadhan. Maka antara perkara yang perlu saya fikirkan supaya tidak sibukkan isteri dengan rutin harian dia seperti bulan bulan lain.

Saya perlu rancang supaya bulan ini tidak terlalu lama 'outstation' . Jika saya outstation isteri perlu uruskan urusan rumah dan perniagaan saya. Jika sibuk dengan urusan urusan begini,makanya target untuk habiskan 30juzuk lebih awal mungkin tipis.

Pendapat saya. Lubuk suami untuk dapat pahala,berilah masa@ 'me time'  kepada isteri
Untuk dia lebihkan masa mengabdikan kepada الله atau apa yang kita rasakan isteri perlu masa untuk diri dia sendiri .

Ya tugasan di rumah,jaga anak  itu juga pahala. Namun bagaimana dengan amalan amalan seperti Al Quran,zikir,solat dan aktiviti aktiviti yang mereka suka. Terutama keperluan emosi dan fizikal isteri.

Bila ada makcik makcik datang jumpa saya. Mereka katakan  waktu tua inilah baru ada masa untuk sibukkan diri dengan amal. Itu pun 'merangkak' baca Al Quran, solat kadang kadang tak boleh nak berdiri lama dah.  Dulu terlalu sibuk dengan urusan rumahtangga sehingga terabai amalan amalan dengan Tuhan.

Dari perkongsian beginilah saya rasakan,saya tak boleh beri tekanan kepada isteri hanya  dia semata uruskan rutin dalam rumah. Takkanlah pinggan yang kita guna pun isteri perlu basuh juga. Itu belum urusan anak anak dari mandikan anak,saiz pampers sehinggalah baju tidur anak pun ada diantara suami tak ambil tahu.

Jika isteri hamil dalam masa yang sama perlu jaga anak demam,anak kurang upaya,anak masalah jantung,anak kanser lagilah emosi dan fizikal mereka terbaban.

Sebab itulah kenapa saya suka masuk dapur,kemaskan rumah dan tidak mengharapkan isteri urusankan segalanya tentang keperluan saya. Kerana saya nampak kesannya. Isteri lebih tenang,mudah menerima teguran dan cukup memahami tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Moga asbab kebaikan.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#IsteriAnugerahTerhebat

Sunday, May 5, 2019

8 nasihat utk suami by Ustaz Ahmad Nasir

8 NASIHAT UNTUK PARA SUAMI

1. Hargai isterimu sebagaimana engkau menghargai ibumu, sebab isterimu juga seorang ibu dari anak-anakmu.

2. Jika marah boleh tidak berbicara dengan isterimu, tapi jangan bertengkar dengannya (membentaknya, mengatainya, memukulnya).

3. Jantung rumah adalah seorang isteri. Jika hati isterimu tidak bahagia, maka seisi rumah akan tampak seperti neraka (tidak ada canda tawa, manja, perhatian). Maka sayangi isterimu agar dia bahagia dan kau akan merasa seperti di syurga.

4. Besar atau kecil gajimu, seorang isteri tetap ingin diperhatikan (perhatian) Dengan begitu, maka isterimu akan selalu menyambutmu pulang dengan kasih sayang.

5. Dua orang yang tinggal sebumbung (menikah) tidak perlu berlaga ego, bertelingkah, siapa menang siapa kalah. Kerana keduanya bukan untuk bertanding melainkan teman hidup selamanya.

6. Di luar banyak wanita idaman melebihi isterimu. Namun mereka mencintaimu atas dasar apa yang kamu punya sekarang, bukan apa adanya dirimu. Saat kamu menemukan masa sulit, maka wanita tersebut akan meninggalkanmu dan punya lelaki idaman lain di belakang mu.

7. Banyak isteri yang baik. Tapi di luar sana banyak lelaki yang ingin mempunyai isteri yang baik dan mereka tidak mendapatkannya. Mereka akan menawarkan perlindungan terhadap isterimu. Maka jangan biarkan isterimu meninggalkan rumah kerana kesedihan, Sebab ia (isteri) akan sukar sekali untuk kembali.

8. Ajarkan anak laki-lakimu bagaimana berlaku terhadap ibunya, sehingga kelak mereka tahu bagaimana memperlakukan isterinya

Saturday, May 4, 2019

Happy wife happy life by Hisham Sharif

Happy wife, happy life.

Antara kunci kebahagiaan rumahtangga adalah kebahagiaan seorang isteri. Hendak buat isteri bahagia, tidak semestinya hanya dengan ajak 'shopping' sahaja.

Pertama, kita sebagai suami perlu sentiasa pastikan isteri dan seluruh ahli keluarga terdidik dalam suasana agama.

Bangkit awal pagi, solat Tahajjud dan membaca Al Quran, zikir dan majlis-majlis ilmu, halaqah dan kerja-kerja kebajikan, semua ini akan melembutkan hati isteri.

Suami perlu sentiasa beri dorongan agar isteri sentiasa ada masa untuk mengisi rohaninya dengan perkara-perkara agama.

Kedua, orang perempuan ini kuat, tapi mereka juga penat. Ringankanlah beban mereka di rumah.

Bukan dengan mengambil alih tugas-tugas asasi, tetapi sekurang-kurangnya sedikit, agar isteri tidak rasa bahawa hanya dia yang buat semua perkara sedang suami hanya berehat-rehat.

Jaga anak ketika isteri memasak, mandikan anak diwaktu pagi ketika perang hendak ke sekolah, beli lauk ketika hari isteri memang diketahui super penat.

Ketiga, pujilah isteri pada kadarnya yang sesuai, puji masakannya sebagai contoh, dan lakukan dengan hati yang penuh ikhlas.

Kemudian, dengarlah luahan katanya, cukup dengan menjadi pendengar setia, isteri akan rasa dihargai dan bahagia.

Happy wife, happy life.