ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Friday, April 30, 2010

Poney Renew Clearance Sale


Discount Duration : Thu, 29 Apr 2010 - Tue, 4 May 2010, 10.30am – 10.30pm
Company :Poney Renew
Location :Main Atrium, IOI Mall, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Brands Offered :Poney,Baby Poney,Renew

Goverment Service Tax -Credit Card


Saya rasa semua sudah tahu berkenaan service tax yang dikenakan kerajaan bagi setiap satu credit card adalah RM50 dan kalau tak silap saya untuk supplementary adalah RM25. Saya tahu tujuannya baik iaitu untuk mengurangkan bilangan kad yang dipunyai oleh seseorang kerana kadar bangkrup dikalangan eksekutif muda akibat penggunaan kad kredit adalah tinggi (haha..mcm akauntan bertauliah je). Anda rasa logik ke cara begini digunapakai ke atas anda? tak kisahlah tapi ini adalah cara yang saya buat untuk mengelakkan pembayarn cukai itu dikenakan ke atas saya!!! Saya tak kuasa nak membazir RM50 pada satu credit card.
Saya punya 3 kredit kad. Yang aktif cuma dua. Satu saya dah tutup (ada ke patut saya apply semata-mata nak jadi member IKEA).Dua lagi saya tak tutup kerana saya memang aktif gunakan kedua-duanya kerana autodebit insuran saya dan anak2 dan satu lagi utk saya berbelanja (membazir duit jeee).
Apa yang saya buat adalah..sob..sob.. saya bayar guna point creditcard (penat tau kumpul hasil dari perbelanjaan yang diluar kawalan hehe.Tapi kena cover balik bayar benda ne..sakit ati tau!!)
Dengar ye kawan-kawan:
10000 ribu point untuk RM50 (untuk Citibank dan CIMB.Bank lain sama kot)
Saya dah buat pada kedua-dua credit card yang aktif tue.Fuhhhh selamat RM100 saya.

Manjakuhappy 1st Anniversary




Kawan-kawan yang berminat boleh layari blog http://manjakuhappy.blogspot.com/ ne.Macam-macam ada!!! Saya nak check-check dompet ada tak duit berlebih bulan ini haha

Thursday, April 29, 2010

Penebusan Hadiah Bersama Anmum

Saya sedikit terkilan kerana hadiah ini cuma boleh ditebus dengan susu Lacta/ Materna sahaja. Kenapalah tak boleh tebus dengan susu bayi. Sudah pasti saya akan dapat berpuluh-puluh hadiah ne dan saya boleh bagi percuma pada kawan-kawan juga..mmm..Tak aci kan?



SUNYI JUGA

Hari ini dan seminggu lagi saya sedikit sunyi kerana teman baik di opis bercuti panjang utk menduduki peperiksaan. Semoga dia akan mendapat keputusan yang paling cemerlang dan akan dapat 3.0++ idamannya.

Saya memang tabik spring pada dia. Dengan dua anak dan suami yang bekerja swasta (faham-fahamlah orang kerja swasta macam manakan?Pasti masa lebih kepada urusan kerja) dan tiada pembantu rumahtangga AKA maid (ohhhhhhh ini yang paling saya kagumi) Dia masih kuat semangat untuk melanjutkan pelajaran.

Bila tiba masa saya? Saya belum ada kekuatan itu walaupun seperti ingin melanjutkan pelajaran juga. Saya merasakan waktu yang ada untuk anak-anak sekarang pun seolah-olah tidak cukup. Rasa seolah-olah terlepas perkembangan mereka saban hari.mmm... satu hari nanti.. harap-harap...

Wednesday, April 28, 2010

ADIK-SARINA

Saya rasa semua antara kita punya adik kecuali dilahirkan sebagai anak tunggal. Saya punya tiga orang adik di bawah saya.Dua perempuan dan seorang lelaki.Tapi kali ini saya ingin menceritakkan tentang adik bongsu saya-Sarina/Adik.

Teringat ketika kecil sebelum saya ke sekolah saya akan buat ikan goreng dahulu dan suapkan dia dgn nasi berlauk kicap. Boleh kata hari-hari saya masak lauk yang sama. Sebab ketika itu saya cuma pandai menggoreng ikan sahaja. Adik saya pun tanpa jemu akan makan lauk yang sama. Saya rasa ketika itu saya tingkatan 1.Tak berapa ingat.Selepas itu saya ke sekolah dan tinggalkannya di rumah jiran AKA saudara kami sebelum adik saya yang bersekolah di sesi lain pula akan mengambilnya.Mungkin lebih kurang 1 jam dia tinggal di rumah jiran itu sebelum diambil oleh adik saya yg lain.

Ketika dia tadika dan pandai berkata-kata dia punya seorang kawan baik bernama Shikin. Kawan dia ketika kecil boleh dikatakan mewah. Mcm2 jenama budak-budak yang dia ada. Miceylah apa lah.. Adik saya kerapkali bercerita pada saya & kakak tentang apa yang kawannya ada. Ayat-ayat pujukan kami "Nanti bila akak dah keja , akak belikan apa yang adik nak." Dia akan tersenyum dan gembira sekali.. (Nak menitik pulak air mata teringat semua ne)

Untuk mengotakan janji gaji pertama yang saya dapat ketika menjawat jawatan yang lebih baik walaupun ketika status kontrak adalah sebuah jam tangan ELLE yang dipilih sendiri oleh Adik. Dan sampai sekarang masih elok. Nak tahu jam itu lebih mahal dari jam yang saya beli untuk diri sendiri ketika itu.Rasanya jam itu lebih dari RM300 (ye kan dik?).
Tiap-tiap bulan walaupun sikit saya akan bagi duit shoping padanya. Kalau birthday atau hari raya ada tambahan sikit. Kalau shoping sama-sama sah-sahla saya yang support. Dan yang terbaru hadiah kerana menjaga saya ketika pantang anak kedua adalah handbeg Charles& Keith.

Itu baru saya ye.. Belum lagi abangnya manjakan dia. Dia ke ITM membawa kereta yang dibayar sepenuhnya oleh adik lelaki saya AKA abang dia. Walaupun cuma sebuah kereta Aerobeck Special Edition (waktu ini kereta ini baru di pasaran tau ). Yang terkini mak mengadu dia ada percubaan untuk membawa kereta MyV adik lelaki saya yang baru dibeli untuk emak pulak. (Mengada-ngada atau tidak adik saya?) Dan yang palinggggggg terkini telah mengendeng abangnya membelikan satu lagi handphone pada abangnya dengan alasan handphone telah rosak.

Belum lagi kakak saya-Along dan seorang lagi adik perempuan saya -Ada memberi baju, kain, duit dan lain-lain lagi..

Sesungguhnya kami kakak dan abangnya telah cuba mengganti semua yang tidak dikecapi ketika dia masih kecil mengikut kemampuan kami mmm.. dan mungkin atas permintaan/pujukan dia.

Sekarang alhamdulilah ADIK dah besar pun.Kini berada di ITM dan berada di semester akhir dalam Kejuruteraan Awam. Saya rasa sungguh puas kerana dalam keadaan dia yang dimanjakan oleh kakak dan abangnya dia masih mampu manage dirinya untuk berada di landasan yang betul dan hampir mendapat ijazah. Kalau tidak masih terngiang-ngian ugutan mak setiap kali peperiksaan besar adik makin hampir "Kalau adik fail, siap angah sebab manjakan adik sangat!!"

Sungguh syukur kerana BONGSU cuma seorang.Kalau ramai? kopak kakak ini tak boleh bernafassssssssss

adakah saya kurus atau perasaan?

Semalam Hari Harta Intelek. Terjumpa dgn Pn Dottie Azlina yg jadi speaker tue. Kiranya saya jumpa dia live 3 kali.

1-Masa bawa deligasi Indonesia ke KPDN ,Putrajaya (masa ne tak mengandungkan sesiapa..haha..lawak ayat ne..tahun 2008 kot)
2-Masa mengandungkan Arief .Masa ne dia datang opis. Dia siap cakap "biasalah org mengandung.Sabar ye..."(taulah kalau saya prgnt..tuhan je yg tau huduhnya mcm mana)
3-Semalam (HHIN'10)

Masa jumpa tue seronoklah sbb jarang jumpa. Cuma dapat borak sikit je sbb sesion utk dia talk dah tiba.. Tau apa dia cakap" Eh..lainnye youuu"

Owww.. so saya perasan dia kata saya kuruslah.Apa pandangan anda?

Linda-aku tau ko nak kutuk
Myza-mesti ko pun nak kata "tak kurus punn"

Biarlah janji saya perasan dan perasaan : selepas lahirkan Arief saya jauh lebih kurus dari lahirkan Amana!!! Dan bak kata2 Abg Mie :Kalau anak ke 3 saya akan jadi supermodel!!! AMINNNNNNNNN

Testing

Akibat mempunyai dua blog, saya mengalami masalah untuk post..Alahai pening sayalah..

Watch out for Ramah Mesra Bersama Drypers Truck

Rasa nak pergi yg tarikh 1 Mei 2010. Sekali lalu je ke rumah MIL.lagipun minggu ini giliran umah MIL. Harap2 hubby setuju..Selalunya tiada masalah utk rekreasi anak-anak kecuali kalau bangun LEWATTTTTTTTTTTTT

Monday, April 26, 2010

HEROIN&HERO





DALIA AMANA (2 TAHUN 9 BULAN)
AMIRUL ARIEF (6 BULAN)

BERSYUKUR

hari ne berlaku sesuatu yg amat mengembiraka hati. berkaitan suami kesayanganku.semoga apa yg berlaku akan berkekalan dan bukan hanya sementara. kalaulah papa tau b gembira sangat..
jangan hangat2 tahi ayam okies???

Saturday, April 24, 2010

hari ini hari sabtu

apa yg saya buat hari ne?? selepas hubby beli sarapan bermulalah rutin sbg isteri dan ibu..mmm..lebih kepada ala2 maid je rasanya.. basuh baju (opss mesin lah yg buat), sidai kain,lipat kain, lap dapur yg kotor gila....... habis semua tue..taraaaaaaaaaaaa
lepak tdo bersama anak bujang kesayangan ..

mlm ne nak g makan chicken chop best kat cheras..

ok..ok..nak pg potong rambut boy.. suami yg potong....

opsss..saya nak tumpang sekaki "papa potong rambut B jugak!!"

Friday, April 23, 2010

BabyIbu Giveaway: SecretBargains

hehe..nampaknya ini adalah entry kedua yang bertuah..atau saya yg bertuah..

syarat2 yg babyibu perlukan:

1.ok..saya dah tampal iklan utk contest ne..

2.bagi syarat kedua pulak..review utk pertandingan yang ditaja oleh http://secretbargains.blogspot.com/ adalah saya suka sebab ini adalah pertandingan yg saya masuk utk kali pertama dalam arena blogging ini. saya belajar mcm mana nak tampal kat sidebar.. etc etc.. habis credit saya call sahabat baik saya tanya macam2 tau...dulu blog saya yang lama saya cuma masukkan gambar2 peribadi sahaja takde tampal2 contest mcm ne..
harap2 usaha saya diamik kira ye.. hehe

3.Pastilah hadiah 1 iaitu baby phat beg..lawa..merah mak ngah.. i likeeeeeeee
dan review saya ialah blog http://secretbargains.blogspot.com/ menjual barang2 yg dibeli di outlet2 yg dijamin keasliannya (ececeh) puji sikit.dah review cakap mcm tue saya percayalah...diharap saya mampu membelinya satu nanti.tapi sebelum beli dapat free satu bolehkan?kan?kan? (free sbb menang contest ne) hehe. Blog ne kawan baik dgn blog http://babyibu.blogspot.com/ yang dah lama saya menjadi silent reader.

Tapi kalau dapat berikan saya hadiah kedua iaitu Sunglasses Liz Claiborne itu pun okey jugak.
Inilah lebih kurang rupa saya jika memakai kacamata tersebut. Model di atas adalah anak dara kesayangan saya.

Saya juga akan buat pose ala-ala model profesional seperti gambar di bawah.
(abaikan segala sepah-sepah itu ye yang penting aksi yang penuh keyakinan dari model cilik berusia 2 tahun itu)



4. Saya tulis dalam BM sebab tak sabar2 nak masuk pertandingan ne. dalam BI take time sikit...

5.Utk maklumat mengenai pertandingan ne sila tgok sini http://babyibu.blogspot.com/2010/04/babyibu-giveaway-secretbargains.html (jujurnya saya letak shortcut mcm ne) soory ye saya budak baru belajar. saya dah link tau dua2 blog ne .jangan disqualify saya pulak

ENTRY PERTAMA

tiba-tiba terasa ingin membuat satu lagi blog.sebenarnya saya telah lama menjadi blogger sejak 2007. tapi blog ini khas utk diriku mencatat segala yg ada di fikiran dan mungkin di hati. tidak terhad kepada cerita keluarga sahaja...

di atas permintaan suami kesayanganku, blog terdahulu diletakkan private. maka blog khas ini milikku untuk meluah segala rasa di atas kapasiti sbg anak, adik,kakak,isteri dan mama kepada orang-orang yang amat kucintai.......