ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, October 31, 2011

Samsung Galaxy Tab Milik Siapa? Amana punya ke? TQ mama eh..


Amboi budak-budak zaman sekarang pasal gajet no 1.

Penah sekali Amana cakap "mama belikan Amana PSP" Saya tercengang-cengang.. "Tue dalam bilik game papa tue bukan PSP?" Jawapan anak-anak zaman sekarang "Mama, itu PS2 bukan PSP..Itu pun mama tak tau ke? Mama lupa?" Ayat glamer dari mulut Amana sekarang "mama lupa ke? papa lupa ke? nenek lupa ke?" Mama cubit baru Amana ingat kot mama ne siapa.. Geram betul... Ne belum 5 tahun mulut dah macam2 cakapnye..


Amboi khusyuknye... Tengok dalam gambar tue ada budak tidur tertonggeng tue Arief. Tunggula bila Arief bangun gerenti berebut galaxy tab tue.. Sapa punya galaxy tab ne?? mama ke? Mama beli ke? Mama memang teringin sangat nak beli.. Kira-kira duit mampu tapi bila fikir-fikir ia hanya kehendak.. Nantila mama menang Samsung Galaxy Tab la bila join contest macam MZ & K.Ayu yang dah menang IPAD2(kena sebut selalu baru jadi doa.AMINNNN)



Khusyuk melihad Samsung Galaxy Tab dgn Acu Pian (bakal BIL saya ngeh ngeh)

Manja gilos Amana dengan Acu Pian. Mcm biasa Arief kan anak mama!!
Berkepit 24 jam dengan saya..

Ini mama Arief sesiapa pun tak boleh sakitkan hati mama!!
Nanti Arief tumbuk!
Sekarang Arief dah pandai teakwando..Sakit woo..


Ini pun mama Amana. Amana sayang mama walau mama suka bebel kat Amana..

Oh jawapan entry ini?
Samsung Galaxy Tab  itu NENEK yang punya
Kelas tak nenek Amana?

Saturday, October 29, 2011

Kebaikan FB kepada kanak-kanak bawah 2 tahun



Budak kecik ne dibenarkan menggunakan FB oleh mamanya
Mari kita lihat apa yang menyebabkan budak comel ini gembira dengan FB









Cuba mummy-mummy buka Islamic-Parenting-Network 
boleh juga melekakan anak-anak dengan video cartoon
untuk belajar huruf hijaiyah


Tapi yang paling tak tahan cartoon kucing yang boleh mengajuk orang di IPhone
pun boleh membaca huruf hijaiyah


p/s: cuma sesuai untuk anak bawah 2 tahun je FB ne. Kalau lebih dua tahun jadi mcm kes saya, elok2 Arief belajar alif, ba, ta tetiba datang si Amana terus di tukar ke cartoon Upin & Ipin...










Friday, October 28, 2011

Ok dah insaf..cukupla dah beli 3 pakej spa dalam sebulan

Saya ada citer kat sini saya ada beli 2 pakej spa di Milk A Deal di dua spa satu di The Royal Malaysia traditional spa (pergi dengan adik ipar) dan satu lagi di Celmonze Innovative Set Treatment at Natural Beaulife (pergi dengan adik bongsu saya)....



Tiba-tiba terbeli voucher utk spa kat atas ne .. Kali ne kat Groupon lak.. Entah lah tiba-tiba je masuk emel Groupon tue.. Bukan salah saya... Betullllllllllll!!!  tak sengaja ne my sahabat sejak kecil tue dah racun saya.. Bukan saya ye.. walau saya yang bagitau ada dua voucher spa tengah running kat Putrajaya & Bangi. Dipendekkan citer (tak mo panjang-panjang sebab nanti nampak saya yang racun dia kiki) kami..kami ye dengan sebulat suara memilih spa di Putrajaya. Alasan yang sama ye sahabat saya ne jadi driver dan dia familiar dengan Putrajaya compare to Bangi. Lagi alasan yang boleh kata kukuh kat Putrajaya ada facial & treatmentnya 2.5jam (halusla konon kulit tue lepas tue). Tapi kat Bangi ada sauna boleh kurus ek?? kiki.. Dahla malas nak bolak balik yang pasti dah beli kat Putrajaya..

En.Papa jangan marah ye.. B beli utk 3 bulan punya stok..oklakan? Kalau papa pegi meeting luar opis baru 3 hari meeting,  papa beli 3 kotak rokok buat stokkan? B ikut papa la ne.. Lepas ne janji dah tak beli dah pakej spa.. Untuk 3 bulan.. Lepas ne B nak tengok pakej photobook je..erkkk... sayangla gambar anak-anak dalam pc je ..dalam blog adalah tapi kalau ada org hack blog habis semuakan?? Betul...  Janji tak beli dah spa ne..PERCAYALAHHHHHHHHHH... Mcm Siti Nurhaliza Nyanyi tue... Oh I lap u papa.. hari ne besaday papakan? B dah beli one slice secret recipt kira okkan??

Eh nak beli sempat lagi..cuba korang klik bawah ne running lagi ke tak??


pssssst..harganya cuma RM68 je
(color bagi kelam takut En.Papa nampak ekeke)







Siapa naik LRT? Korang tau LRT tue boleh refund kalau..


Satu hari di Jumaat yang hening jam 12.40 pada beberapa minggu yang lepas  saya & BFF nak keluar ke CM. Beli tiket kat mesin LRT. Duit telan tapi tiket hilang. Tapi BFF saya yang kena..  BFF tak puas hati dia cakap dengan staff kat kaunter.. Tup-tup akak tue bagi borang cute kat atas ne . Isi borang & pulang semula duit RM1 tue tapi mesti masa tue jugak tau..

Baguskan BFF saya ne.. Dia memang selamba kalau tak puas hati, dia cakap je.. saya je ikut mood kekadang saya malas nak bising  saya diam je, tapi kalau saya dah rasa melebihi paras syiling yang ditetapkan.. siap ye... haha

So korang kalau duit kena telan kat mesin LRT tue jangan segan-silu nak bagitau kakak/brader kat kaunter tue. Dapatkan balik duit korang hatta RM1 mcm BFF saya ne... BFF sila update blog.. hp sikit punya canggih ..BBMla itula inilah tapi tak hapdet..cehhhhhhhhhh


 ADA MULUT TANYA
KALAU TIDAK RUGI!!

Thursday, October 27, 2011

Poligami? Mengapa tidak?

Jawapan daripada  aktivis dakwah, Ustadz Cahyadi :

Jagalah istri, jangan kau sakiti. Sayangi istri, amanah Ilahi. Bila diri kian bersih, satu istri terasa lebih. Bila bisa jaga diri, tidak perlu menikah lagi. Bila suami berpoligami, dakwah akan terbebani. Demarketing menjadi-jadi, dakwah bisa dibenci….’


Beliau penulis buku ini

Janganlah cakap saya anti poligami. Mana boleh mengharamkan yang halalkan? Cuma saya suka baca blog saifulislam. Terbacalah jawapan-jawapan dari seorang aktivitis dakwah Indonesia kenapa dia sendiri tidak berpoligami. Jawapannya pendek dan bersahaja. Dan jawapan kedua seperti di bawah:

karena kita bukan Nabi, istri kita pun bukan Aisyah, maka jangan coba-coba berpoligami” (halaman 238).

Antara kupasan isi buku ini :

Buku ini telah mencetuskan kontroversi di Indonesia, khususnya di kalangan aktivis PKS sendiri, memandangkan ia ditulis oleh salah seorang pemimpin utama yang disegani. Apatah lagi amalan berpoligami itu agak biasa berlaku di kalangan aktivis PKS.
Terima kasih kepada rakan di Yogyakarta yang mengirimkan buku ini kepada saya. Setelah selesai membaca pusingan satu, saya amat berpuas hati dengan isi kandungannya.Ternyata, Pak Cah tidak sama sekali menentang prinsip poligami. Keharusannya di dalam Islam adalah termaktub jelas dengan hikmah yang besar dan pelbagai. Lihat sahaja kematian ramai pria di Ambon, bagaimana nasib wanita dan anak-anak yang ditinggalkan? Islam merealisasikan ajarannya yang sangat fitrah dan cocok sebagai solusi ummah melalui poligami.
Tetapi bukan semua masalah secara mudah harus diselesaikan dengan memilih poligami. Inilah yang cuba diketengahkan oleh Pak Cah di dalam buku ini. Pada saya buku BAHAGIAKAN DIRIMU DENGAN SATU ISTRI ini adalah buku yang ditulis secara fenomenologi, iaitu buku yang membicarakan tentang pengalaman praktis dan bukannya idea-idea teori di dalam kitab Fiqh.
Ustadz Cahyadi menilai sirah, betapa Nabi SAW pada kebanyakan jangka usianya baginda itu tidak berpoligami. Cinta pertama baginda SAW bersama Khadijah kekal hingga ke akhir hayat tanpa menambah isteri. Poligami berlaku di fasa kemudian dalam jangkamasa hanya kira-kira sedekad sahaja dari usia Baginda SAW.
Buku ini mengupas dengan terpeinci fungsi, manfaat dan logik mengapa poligami itu mesti dipertahankan sebagai solusi yang ada di dalam Islam. Akan tetapi buku ini juga mendedahkan dengan sopan tetapi berani, bahawa jarang sekali seorang lelaki menikahi isteri kedua, ketiga atau keempatnya atas fungsi, manfaat dan logik yang ada.


Nak baca lanjut di sini

Wednesday, October 26, 2011

EVERY HUSBAND SHOULD READ THIS...



"Love her …when she sips on your coffee or tea.... She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she "pushes" you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

...
Love her…when she asks you to play with the kids. She did not "make" them on her own.
...
Love her...when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her...when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she's beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She's yours so appreciate her.

Love her...when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Love her…when she buys you gifts you don't like. Smile and tell her it's what you've always wanted.

Love her…when she has developed a bad habit. You have many more and with wisdom and politeness you have all the time to help her change.


Love her…when she cries for absolutely nothing. Don't ask, tell her its going to be okay

Love her…when she suffers from PMS. Buy chocolate, rub her feet and back and just chat to her (trust me this works!)

Love her…when whatever you do is not pleasing. It happens and will pass

Love her…when she stains your clothes. You needed a new thobe (kurta) anyway

Love her…when she tells you how to drive. She only wants you to be safe.

Love her…when she argues. She only wants to make things right for both

Love her…she is yours. You don't need any other special reason!!!!

All this forms part of a Woman's Character. Women are part of your life and should be treated as the Queen.

The Messenger of Allah (peace be upon him) advised concerning the woman:

• Treat the women well.

• The best of you are those who are the best in the treatment of their wives.
 
p/s : Dapat dari FB member

Kokoadik : My Happiest Moment

Ini adalah kali pertama saya menyertai contest dari Nuffnang. Pada mulanya saya ragu-ragu untuk menyertai kerana saya tahu beribu-ribu Nuffnangger yang akan menyertainya. But we must gamble once in our lifekan? Bak kata pepatah Melayu "untung sabut timbul, untung batu tenggelam"  So i decided to join it.. Hopefully judge will take a moment to read it till the last "full stop(.)".

Saya belek-belek semua gambar yang saya ada. Beribu-ribu keping dan saya tidak tahu gambar yang mana akan menarik hati juri. Sebagai seorang ibu my happiest moment pastilah bersama anak-anak. Tiada yang lebih mengembirakan selain bersama anak-anak. Mereka nyawa saya dan chinta hati saya. Kerapkali saya mengambil sendiri gambar saya bersama anak-anak hanya dengan menggunakan camera handphone sahaja. Kadang-kala ok, kadang-kala blur..hehe

Walaubagaimanapun untuk contest Nuffnang + Olympus ini saya memikirkan sekeping gambar yang akan meninggalkan kenangan terindah dan mungkin tidak akan berulang lagi. Dan akhirnya saya mempertaruhkan gambar ini .....


Gambar ini di ambil di POSCO di POHANG. One of largest steel company di  Korea. Kali pertama dalam hidup saya, saya menjejakkan kaki sejauh itu dari negara saya Malaysia. Tarikh saya menjejakkan kaki ke Korea adalah tepat pada hari lahir saya ke 30. Tanpa saya mengeluarkan sebarang perbelanjaan dari poket sendiri; saya di hantar ke sana untuk menyertai satu seminar. Ia umpama hadiah di hari lahir saya. Setuju bukan kalau ia saya kategorikan sebagai  My Happiest Moment? Kalau letak lagi satu gambar boleh?? Rasanya semua my happiest moment ini hendak dikongsi...

Oh ada lambang negara Korea baru betul bukti saya ke sana..
Mmm..Lagi satu gambar boleh?? kiki


Juga salah satu binaan di POSCO
Kalau bergambar menggunakan Olympus PEN Lite E-PL3 and Olympus PEN mini E-PM1
pasti gambar ini lebih cantik dan jelaskan??





Banyak lagi gambar My Happies Moment di Korea, sudi-sudikan jenguk di From Korea With Love dan anda boleh lihat pelbagai my happies moment tercipta disitu dan boleh melihat bagaimana gambar-gambar itu mengambarkan happy photography. Jika saya ditemani oleh anak-anak dan suami selama 17 hari di sana pasti lebih seronok!! Bila saya mampu jejakkan kaki ke sana lagi? My Happies Moment yang tidak akan berulang..


 Tetapi dalam pelbagai gambar kenapa saya pilih gambar itu?
Kerana ia berkaitan dengan Olympus innovation.
See the pharse?

RESOURSES ARE LIMITED,
CREATIVITY IS UNLIMITED


Same goes like camera. Pembuatan camera bukan satu bentuk "resources" tetapi ia adalah satu bentuk "creativity". Setiap tahun malah mungkin setiap  masa atau saat pelbagai jenis atau bentuk camera dihasilkan oleh inventor sebagai pesaingan di antara pelbagai jenama camera terkemuka atau mungkin mengejar invention/creativity dari segi bentuk dan kegunaan yang tidak pernah berhenti malah semakin maju ke hadapan dan salah satunya adalah Olympus PEN Lite E-PL3 and Olympus PEN mini E-PM1! Itulah gambar yang saya pertaruhkan yang punya kaitan dengan Olympus.. satu innovation baru setiap masa dengan motto Olympus Malaysia  "Your Vision, Our Future". Opss sudah seperti advertorial post pula. Cukup sampai sini kerana saya dah ambil terlalu banyak masa judge..


Saya pilih oren kerana warna oren adalah ceria. Ia juga simbol kegembiraan saya. Semoga kecerian sentiasa mengelilingi saya dan dapat saya rakamkan dengan Olympus PEN Lite E-PL3 and Olympus PEN mini E-PM1!

Eh kawan-kawan sudah menyertai atau belum. Meh jenguk sini


Promo Olympus di Midvalley. Sempat lagi snap picture hehe

Tuesday, October 25, 2011

Saya dah mula ketagih spa

Entah apa kena saya ye? Saya beli 2 voucher spa dari Milk A Deal
Ok tak? Saya nak berspa tiap-tiap bulan as a reward utk diri sendiri
Penat-penat keja cuma untuk bayar bil saja ke?? Grrrr... Saya nak manjakan diri jugak
Langsung tak sayang diri. Mehla kita berspa kita amik yang murah-murah je
Below RM50 kira ok .. Sebenarnya saya dah terjangkit dgn MZ
Dia banyak beli kat Milk A Deal jugak..

Saya ada dua adik perempuan yang bujang
Satu adik bongsu & satu lagi adik ipar
Harus jaga hati kedua-duanya sebab merekakan adik-adik saya
Teettttttt ..Berlakon jadi kakak yang baik
 sedangkan nak gunakan mereka untuk membawa kereta & meneman saya..kiki

Jadinya saya beli 2 voucher spa
1.  dengan adik bongsu yang manja..hikhik
2. dengan adik ipar yang mengada2..hikhik

Opsss tapi tak boleh bagi muka sangat..
mereka bayar sendiri sebab masing-masing dah keja..haha..
Cuma saya yang jadi secretary tak bergaji.
Cari voucher(ala milk a deal selalu emel), bayar & make reservation.
Mengada2kan budak dua orang ne?

pix 9

Saya beli voucher untuk The Royal Malaysian Traditional Spa
Voucher berharga RM45 je..suke..suke
Ada dua lokasi satu di Hartamas & di Taman Permata
So saya amik di Taman Permata sebab dekat dgn umah mil saya
Mudah sangat nak buat appoiment tau
Walau sebenarnya saya hanya  boleh reedem start 4 november 2011
 tapi bila saya kata nak reserved tarikh dulu
terus pihak spa tue kata ok tanpa banyak songeh..bestkan?
Yang ne saya akan pergi dgn adik ipar yang mengada2..hikhik
Saya buat appoiment 19/11/11 (Sabtu)
So macam biasa akan ke rumah mama & lepas tue keluar dengan adik ipar ke spa


photo

Ok voucher ini pula berharga RM48
Celmonze Innovative Set Treatment at Natural Beaulife, Petaling Jaya
Saya beli voucher ini dulu daripada yang atas tetapi sebab katanya date penuh
saya cuma boleh pergi pada 25/12/11
Saya call untuk make reservation katanya tak boleh
Mesti ikut tarikh hanya reedem after after 25/10/11
Hari ne call kan 25/10/11 ?
sekali  hamik ko tarikhnya sikit punya jauh..
Dapat hari krismas 25/12/11
Suka atilah labu..
Harap2 date Krismas itu takde apa2la
Jauh sangat tarikhnya
Pihak spa kata akan call saya semula kalau ada yang cancel tarikh yg awal

Tak sabar rasanya sebab kali terakhir ke spa sebelum kawin
Kesian
Noktah

Happy birthday Amirul Arief

Hari ini 25/10/11(Selasa) genapla Arief 2 tahun
Sepatutnya saya cuti hari ini untuk berlaku adil pada Arief
Masa birthday Amana saya cuti   semata-mata utk meraikan birthday Amana
Tapi hari ini saya tidak cuti kerana esok cuti umum

Kita sambut esok ye.. walau takde agenda apa-apa pun
Yang pasti mama nak bawak anak-anak mama ke taman
Dah berbulan tak ke taman kerana masa membataskan
Tapi esok mama akan kejut anak2 awal2 pagi &
 tinggalkan semua keja utk menemankan anak2 mama hirup udara segar

Jom tengok gambar saya & Arief yang ada dalam simpanan saya
Rupanya sikit je.. Aduhai
Itu pun amik sendiri..

  
 Gambar paling terbaru saya & Arief
Minggu lepas
Fresh from oven

  
da besar dah arief.. hensem pulak tue hehe


  
 Arief baru beberapa bulan.
Mungkin 4 bulan


  
Amboi mata Arief


  
 Saya suka gambar ini..Nampak ceria
Yang tak bestnye saya tak pandang camera


  
 Ini pun baru 4/5 bulan


  
Amboi mcm dinasor kecik terdampar je kat mama
Semua gambar ne saya amik sendiri guna hp hehe


Ucapan hari lahir utk Arief:
Semoga Arief diberi kebahagian di dunia & akhirat,
berjaya di dalam kehidupan & kerjaya,
menjadi lelaki budiman yg tahu menghargai & menghormati wanita,
menjadi imam/contoh yang baik  pada ahli keluarga,
dan dapat menjaga kakak Amana dari orang-orang yang akan menyakitinya
AMIN

Monday, October 24, 2011

Hadiah Kasut dari Pa&Ma / Hubsche &Ginoble dah sampai..Horey!!

Kasut yang ditunggu-tunggu sekian lama dah tiba. Horey!!
Saya ada buat entry di sini
Ini surat yang saya dapat .



Amana tetap nak posing walau demam


 Suka dengan lakaran kotak kasut ne
Kreatif

 Pamplet


Kelakar pulak rasanya sebab kasut ne sebenarnya saya nak claim utk Arief
Tapi saya salah ukur
Terbesar gedabak
Nasibla Amana muat
Walau color biru lebih sesuai utk boy
Kita gunakan motto "Belasah jelah labu"

Kasut ne memang selesa untuk budak-budak
Saya dah telek-telek & belek-belek memang lembut utk kaki kanak-kanak
Harga pun resonable RM70++ rasanya
Yang paling penting Amana suka
Nasibla Arief belum pandai berebut kasut melainkan mainan sahaja
Sekian.

Saturday, October 22, 2011

Kepada yang berkenaan ..ngeh ngeh ngeh.. jangan marah nanti kena jual...


 Nanti b buatkan untuk papa mcm ne..haha


Hadis ini di jumpai dalam buku penulisan Adil Akhyar yang berjudul Haram Merokok!
Di suatu ketika rasulullah bersabda dan sabdanya didengari oleh Abu Hurairah, maksudnya
“Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau ini dan mereka berkata, “Kami adalah umat Muhammad, padahal mereka bukan umatku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umatku, bahkan mereka adalah orang yang celaka.”
Hadis tersebut secara jelas menunjukkan bahawa orang yang merokok ni Nabi tak mengaku umat dan mereka adalah golongan yang celaka. Kenapa celaka? Salah satu sebabnya kita boleh lihat dari segi bagaimana rokok itu sendiri boleh mengundang berbagai-bagai jenis penyakit.
Kalau dah ditimpa penyakit.. tak cukup celaka ke namanya tu?
Perbualan Abu Hurairah diteruskan lagi dengan beliau bertanyakan kepada baginda s.a.w berkenaan asal-usul dan bagaimana tembakau itu dijadikan.

Jawab Nabi Muhammad s.a.w
Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, bersikap sombong dan termasuk orang-orang yang kafir.
Allah bertanya kepada Iblis, “Wahai iblis, apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkanmu?”
Kata iblis, ” Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia tercipta dari tanah.”
Allah berkata, “Keluarlah engkau dari syurga sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga hari akhir!”
Iblis keluar dalam ketakutan sehingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang di namakan pokok tembakau.
Sabda Nabi lagi, ” Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji.”
[UPDATE] AMARAN : MENURUT SALAH SEORANG PEMBACA, HADIS DIATAS ADALAH PALSU DAN TAK BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI RUJUKAN UNTUK DAKWAH. KAJIAN LANJUT PERLU DILAKUKAN. Credit to sabreehussin

p/s: kiki jangan mare ye nanti kena jual..haha

Friday, October 21, 2011

Saya mc hari ini

Hari ne saya tak sihat
Tapi saya datang opis sebab geng kat agency lain dah tanya surat untuk meeting kami
Semalam saya dah dapat signature bos tapi emel pulak buat hal
So saya datang hari ne cuma untuk emel keluar surat tue.
Napa tak emel isnin je?
Kalau surat tue utk dalaman takpelah jugak kalau send isnin
Tapi bila melibatkan ministry /agency luar kenalah keluar cepatkan?
Lagi2 bila collobration dgn agency luar
Kenalah buat elok2 sebab kalau kita buat ikut dan kita je ..apa kata dioarang
sebab kita ne bekerja dengan  membawa nama pejabat jugakkan?
So far saya suka keja dengan agency ne..
Untuk projek ne dah 3 kali mesyuarat, 1 seminar,1 bengkel dengan mereka
So far senang nak bekerja sama..
Team diorang dengan saya pun dah satu kepala hikhik..
Lagilah syok keja

Okla saya nak ke klinik
Dah tiga hari demam saya tahankan saja utk projek ini
So hari ne mostly dah setel bila surat ne dah keluar
& demam ne makin kronik sampaikan smlm mengigil2 dalam selimut

Amana pun demam
Mak bawak lagi ke klinik semalam
2 kalilah Amana ke klinik
En. Papa bawak sekali , nenek bawak sekali
Semalam doctor yg mak saya jumpa kata mayb Amana alergik ubat  /
virus demam kuat sangat  menyebabkan badan merah2 satu badan
Dapat ubat baru & dah makin kurang tapi Arief pulak OTW nak demam
Badan dah dedar2..


Saya tinggalkan kawan-kawan dengan gambar lawak Amana
Tengok gambar ne buat saya tersenyum sekejap
Okla nak ke klinik yg kena naik LRT
mmmmm

.
.
.
.
.
.

.
.
.

.
.
.
.


Camanalah dia terpikir nakbuat aksi ne??
Anak-anak penawar sakit mama

Thursday, October 20, 2011

Inspection New House

Selagi umah kami tue tak siap, bersiap-sedialah ye kawan-kawan blogger!! Setiap kali saya pergi jenguk progress umah tue saya tepek sini. Biarlah nampak tiang-tiang sahaja pun..hehe.. 3 minggu lepas kami ke sana lagi. Sebab apa ye pergi sana? Bukan semata-mata nak tengok rumah... sebab apa ye? lupalak.. banyak makan semut ne..hehe..

Kami dah sign agrement dengan bank baru-baru ne. Setelah darab, campur, tolak, kali, bahagi kami amik bank RHB. Rasanya paling ok. Pegi pejabat lowyer then sign agrement. En.Papa bagi satu soalan cepu emas terus orang tue tak leh jawab.kiki.. Patutnya signnye sekejap jadi lama sebab staff dia call bos dia utk soalan cepu emas tue. Dah le sign aggrement banyak giler. Sampai 2 jam lebih untuk urusan tue.. Haiyaaaaa..

Puas hati sebab progress umah ne amat memberansangkan.. Wah ayat.. tak hengat.. Kami buat lawatan hari Sabtu.. Dengan dua budak yang tak reti duduk diam dalam keta.. Sabor jelah..

 Tengok dah naik dah.


 Harap-harap cepat siap. Hari sabtu pun korang keja ye?


 Cantik betul langit ne kan? Subahanallah..


Takjub sungguh dengan hp saya yang biasa ne. Gambar nampak sungguh jelita..
 Tengok langit yang jelita tue..
Jelita? BM berapa SPM dulu kak?


Okey meh nak story. Dulu masa kami beli rumah ne kami cuma tengok show house Phase 1 yang luasnya 20 x 75. Phase 2 yang kami beli  ne saiz kecik sikit 20 x 70. Sungguh tau tertanya-tanya di mana la developer ne nak kecikkan yang 5 kaki tue. Masa sesi inspection ala-ala inspector gajet saya ternampak 2 umah Phase 2 yang siap. Bagitau En.Papa & meneka2 itulah rumah contoh untuk Phase 2. Terus En.Papa redah segala jalan yang tak bertar lagi tue (abis kotor keta yang memang kotor). Rasanya memang umah contoh Phase 2. Dalam tak de perabut lagi tapi semua dah siap. Kami masuk je. Masa tue ada pekerja yang tengah menyapu-nyapu umah. Setelah saya masuk rasanya happy bukan kepalang sebab saya tak nampak pun dimana kurangnya 5 kaki tue malah ada beberapa kelebihannya antaranya:
  • ruang letak keta yang luas. Macam boleh masuk 3 kereta secara berlapis-lapis. Luaskan? Rasanya Phase 1 boleh masuk 2 keta berlapis je.
  • tanah di bahagian belakang seolah-olah lagi luas. So kalau nak extend pun tak rugi sebab berbaloi untuk pecah dinding utk dapat ruang yg lebih luas tue.
  • family hall di ruang atas luas & agak jauh dari tangga. Kalau Phase 1 dekat gile & rasanya kalau Amana& Arief main tolak-tolak ada harapan jatuh tangga.. Nauzubillah..
  • macam ada wayar untuk autogate yg telah siap dipasang di pintu pagar. So kalau ada duit pasang autogate tak yah pecah-pecah dinding & for sure kos jadi lagi murahkan?kan?kan jenet?
  • bilik air master bedroom macam hotel sebab developer tambah para.. Saya pun tak perasan sebab dok main kejar-kejar dengan budak-budak ne je . En.Papa yang bagitau.. Detail sungguh En.Papa ye.. macamla nanti dia rajin basuh bilik air..haha
Kekurangan mungkin ada. Tapi pada saya tak ketara & pada saya  tak material:
  • dapur mcm kecik sikit. Ye ke? Mcm sama je...
  • Master bedroom mcm kecik sikit.. Ok je dengan saiz tue. Maybe dah amik utk besarkan hall sikit tapi tak berapa ketara jugak..
  • tak nampak pun apa-apa lagi..sebab suke dgn pembahagian rumah untuk 2 phase ne
Harap-harap semua berjalan lancar. Harap-harap macam tue jugakla rupa rumah saya nanti tanpa ada sebarang perbezaan yg ketara. AMINNNNNNNNNN

p/s: cepat-cepat call saya nak dapat insentif "Buyer Get Buyer" dengan saya. Boleh emel kat ilasaleh@gmail.com. Ok linda aku tau ko nak komen "jual rumah pulak dahhhhhhhhhh..." contestla, carikkan orang kejalah, cloth diaperslah, jual umahla.. suke..suke.. jumpa ramai orang..kenal ramai orang.. ada kawan-kawan baru.. tapi nak kawan yang baik-baik je..yg hati tak baik tak mo kawan..kiki

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday : Puas hati





MUKA PUAS HATI DAPAT CONTENG DINDING RUMAH
masa ne tak mandi pagi lagi + tengah "berry"
sempat lagi buat keja sampingan

Kenapa mama biarkan je?
Biarlah bukan kat sini je dia conteng..
Kat bilik tidur pun sama
Nanti kalau kita sewakan umah ne pada orang baru mama mintak papa cat

Ikhlas,
Mama yang sporting

Tuesday, October 18, 2011

Me Win Johnson&Jhonson Product..

Bestkan bila dapat barang free? Barang free pun tapi kena usaha ye cik kak. Tak ada rezeki yang jatuh bedebum dari langit. Kalau ada mcm tue baguslah saya jual produk bayi yang jatuh dari langit je..hikhik.. Masa dapat barang ne sengih-sengih je sebab berat. Kalau berat maksudnya barangnya banyak. Yang berat tue baby wipes. Saya memang suka baby wipes sebab boleh cuci mulut anak kalau makan bersepah dalam keta @ cuci tangan maknya yang malas nak cuci tangan lepas lunch sebab nak capai keybord terus.. eee.. berlagak rajin buat keja.. Eh kalau cuci tangan je dah 5 minit jalan ke pantry. 5 minit pun berharga..Pengotornyeee... Dahla penat membebel yang takde noktah ne.. Baby wipes tue memang banyak gunanyakan?Selalu memang saya bawak dalam handbeg yg dibawa kuar dgn anak-anak. Sya tak bawak handbeg opis ne..Banyak harta kerajaan..Haha..Tag opisla... Kalau hilang tag opis tue.. camana nak masuk opis?

Bolehla.. Setakat hantar seciput soalan dapat barang macam di atas ne. Rasanya worth RM50kan? Kat umah dah banyak bedak sampaikan Arief bedakkan katil Amana. Menjerit mama diorang ne. Asal lepa je mesti putih katil yang warna coklat tue. Pelik budak ne, badan sendiri tak nak bedak, sibuk bedakkan katil..


Korang dapat baca tak? Sorry guna hp je.Kalau DSLR mesti clearkan? Noktah, coma pun nampak.kiki.. Inilah artikel yang saya hantar pada Mami&Baby Magzine isu September 2011 dalam ruangan "Soal Jawab Bersama Pakar" . Saya hantar soalan bukan semata-mata sebab nak hadiah sahaja soalannya memang berkisar tentang Arief.. Kalau yang rajin follow mesti tahu kes Arief di sini, di sini, di sini,  disini dan disini. Sebenarnya masalah Arief ne tak pernah berenti tapi saya pun dah malas nak kongsi kat sini.Redokan jelah...  Tengokla dulu gambar si budak bermasalah ne ye


ngeri tak tengok kulit anak macam ne? ini sebahagian je ye

sampai sepet sebelah mata... dah mata tak sama saiz..

 
SOAL JAWAB BERSAMA PAKAR
MAMI&BABY MAGZINE (ISU SEPTEMBER 2011)

Saya mempunyai seorang anak lelaki yang berusia 1 tahun 8 bulan. Kerapkali anak saya mengalami bengkak-bengkak di kulit jika digigit nyamuk ,semut atau mungkin juga serangga lain. Pernah juga bengkak itu kelihatan serius sehingga saya menmbawanya ke hospital. Ia seolah-olah digigit penyengat. Tetapi menurut doktor ia bukan kerana gigitan penyengat. Anak saya akan dibekalkan ubat sapu dan ubat makan untuk menahan kegatalan. Jika saya ke rumah kenalan atau ibubapa pasti anak saya akan mengalami gejala ini lagi. Dan untuk makluman doktor juga ada masanya di bahagian bengkak itu akan keluar bintik yang mengandungi cecair dan kulitnya akan mengeras dan merah. Kadangkala sehingga anak saya demam. Apa sebenarnya masalah anak saya?
Jawapannya : nanti saya type lain kali ye.. penatla pulak nak menaip..hehe



p/s: Kemenangan yang ke 30 untuk 2011