ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, May 31, 2010

READMALAYSIA 2010


Name:Read Malaysia 2010
Date:4 - 13 June 2010
Time:11am - 10pm
Venue:Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC),Mines Resort City
Organized by:MINES Event Management Sdn Bhd
Endorsed by:Ministry of Education
Official Radio Station :MY FMMix FMEra FM @ Sinar FM
Official Website:http://www.readmalaysia.my/
Exhibition Categories:Publishing housesBooksellersEducational institutionsOverseas educational centersAcademic schoolsColleges and universitiesProfessionalsPreschooler Education

PAPA: B TERINGIN NAK PERGI BAWAK AMANA.AMANA KAN SUKA BACA BUKU!! JOMLAAAA..

Pencarian Ibu- Johnson Baby


Dah terlepas.. Nak cerita pun buat apa kan?? Lain tahunlaa... Takde ke pencarian utk Papa ..haha..Jangan jeles ye papa2 sekalian..
p/s: Kalau saya tahu awal saya pergi ke?? Tengokla masa tue kurus ke tidak haha..Geli jeee...

Saturday, May 29, 2010

Takde apa nak buat...

Hai Mama..

Apa Arief tengok tue...

Pandai pulak dua-dua tengok camera

Eksyen je ne.. Belum reti kayuh pun..

Si montel dah tak boleh bangun..

Amana dulu memang tak pernah buat aksi terbang macam ne..
Arief ne selalu buat..Rasa macam cute sangat..

Friday, May 28, 2010

Wish Come True

Menduduki tangga ke 2 dalam My Wish List. Gincu Maybline. Beli Semalam. Beli kat Watson depan Central Market . Linda temankan. Siap sanggup cancle niat nak puasa. Sebab kalau dia puasa saya tak nak ajak dia sebab nanti dia haus. Hehe..Logik ke alasan tue... takpe next week kita puasa sama-sama okies ......

Buat pertama kali rasanya gincu saya habis sampai tahap kronik..sampai kena calit guna jarilah.. Selalunya hilang ..beli baru..haha.. saya pulak bukan jenis pakai macam-macam warna... Satu je.. Cewah..Konon setialah tue....


Sebelah yang lama, sebelah yang baru..



Gambar tak lawa & tak clear..
Color Sensational (Cosy Tangerine)
Ini pun dah salah beli.Selalunya saya beli jenis banyak pelembap tapi still color yg sama..
Takpe nanti beli yg jenis rich moisturizer tuee...
Lagipun kat Watson tue sample banyak yg hilang ..tak syok nak beli sebenarnya. Tapi dah kronik sangat..beli jugak


Macam promote gincu pulak..


Dalam wishlist tue tinggal 2 lagi yang belum tertunai iaitu kain batik (senarai ke tiga terakhir) dan senarai terakhir iaitu belanja family makan sama-sama. Takpelah kalau susah sangat nak kumpul semua saya belanja asing-asingla...

p/s: Yang kain hitam (senarai kedua terakhir) dah beli dengan Linda juga. Cuma belum hantar tailor je.Nak hantar sekali dengan kain batik & kain sulam utk buat kebaya (ahaks..da lama tak pakai kebaya..buat longgar je..baru manis utk ibu dua anak..ahakssss..ayat2 cover dah gemukssss)Thanks Linda jadi peneman nan setia ketika menghabiskan duit ... haha..

Wish Come True-Penantian Itu Satu Penyiksaan

Ettienne Aigner Tucson Patchwork


Ini menduduki senarai pertama dalam My Wish List . HANDBEG AIGNER DARI USA!!!!!!!!!!!!
Setelah lebih 2 minggu menanti .. Okla nak story kenapa sampai terseksa menanti... Sebenarnya Ulin dah lama pos dari US. Tapi banyak sangat kastamnya.... haha..Jangan salah anggap ye bukan kastam Malaysia tapi kastam tak bertauliah iaitu Suhada (adik saya) dan kastam kat umah mak saya.

Suhada dah amik dari kawan Ulin iaitu tempat biasa handbeg2 Ulin ditransit supaya selamat sampai dan tak hilang. Office kawan Ulin ne dekat sangat dengan office adik saya. Suhada amik dia simpan dulu then dia hantar kat umah mak pulak.

En. Papa dengan hati suci murni untuk menyakat langsung tak nak hantar saya umah mak. Bila saya merungut ayat yang buat saya lagi berasap "Nah ne kunci keta . Pgla amik sendiri..." Punyalah berasap hati dan otak ne.Dahla mak msg "cantik handbeg angah" (mak dan saya selalu punya citarasa yang sama.Saya dah tua ke?haha) Lagilah hati ne tak keruan nak tunggu turn ke umah mak... (Tiap-tiap hujung minggu kami ada giliran seminggu sekali umah mak saya atau MIL)

Hari ne saya dapat terus upload dari umah mak tau.

Kepada Ulin: Ulin thanks a lot. Angah puas hati sangat.. Memang seperti yang Angah bayangkan kecuali handbeg ne besar. (Angah memang harap sangat-sangat handbeg ne sebesar yang Angah dapat ne..Dalam gambar macam kecik. Kat tangan besar ..suka sangat....Yehaaaa..syokkk)

Kawan-kawan yang minat boleh lihat blog Ulin saya okies...

Trademark di bahagian dalam

Luas..macam-macam boleh isi ne..


Tag..bukti pembelian ..asli ye ...



Adik bongsu saya Sarina bising katanya saya not organized person.. Apa-apalah dik...


Yess... Inilah model mama ..seperti biasa..si cilik Dalia Amana

Boleh Amana pinjam nak bawak pg scholl?

Thursday, May 27, 2010

...Amana buruk...

2 hari lepas amik Amana& Arief dari nursery..Biasalah hiruk-pikuk..
"bye-bye Amana" Wahhhhh macam artis.. Budak2 lelaki pulak tue..Amana buat lambaian Miss World pada kawan2...

Cikgu : Amana banyak peminat..

Haha..banyak peminat? kelakar dengar.. Dalam kereta ada lagi perkara kelakar..

Mama: Amana ramai peminat ye?
Amana: Aahla... (senyum simpul)
Mama: Amana cantik sebab tue ramai peminatkan?
Amana: Aahla..Amana cantik.. (Senyum simpul lagi)
Amana: Mama... (muka sedih & macam teragak2..)
Mama: Ye? kenapa?
Amana: Amana cantik ye? (muka sedih)
Mama: Yela.. Anak mama memang cantik . Kenapa pulak?? (aik..tadi sendiri mengaku cantik ne tanya balik pulak.)
Amana: ...Omar cakap Amana BURUK!!! (muka sedih + mcm nak nangis)
Mama: Haaaaa..(Dalam hati gelak rasa nak guling2..Faham ke maksud
buruk? mungkin dah fahamlah ne)
Mama: Adam cakap apa ?Aman cakap apa (ne nama2 yang familiar
disebut)
Amana: Adam baik..Tak cakap apa2 pun..Aman cakap Amana cantik
Mama: Haaa..cantikla tue..Omar nak usik Amana je...
Amana: Ye ke mama? Cantik ye? mmm.. Amana tau Amana cantik..
Mama: (sabarlah daku..nak gelak guling2 ne..tapi takut si Amana nangis ..senyum je sbg cover perasaan)


Soooooooo..rollllll......... BURUK ke AMANA??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

close up
(mata ok,hidung ada, gigi ada,mulut merah)


gambar jauh sikit..
(itu jari atok tunjuk leher merah kena gigit binatang)
BURUK KE AMANA?
Amana biar sejuta cakap Amana buruk, Amana tetap cantik di mata mama & papa tau.. Lebih cantik jika dihiasi budi perkerti dan agama..Kecantikan hanya luaran sayang..kadang-kadang kecantikan itu membebankan dan buat hati tak tenang sebab perasaan bangga wujud dalam diri...

p/s: Cikgu nursery pernah cakap depan2..
Cikgu :Haaa..ne mama Amana. Aman tue suka Amana."
(Masa ne mak Aman pun ada.Aman dah berlari masuk kereta.Malulah tue.Aman dalam 5/6 tahun rasanya.
Saya:(Dengan selamba) Oh suka Amana. Boleh meh isi borang dgn
Auntie. Nanti Auntie simpan sampai umur Amana 20 tahun."
Ibu Aman: Ne Amana? Girl keeee?? Ingat boy!!
Saya: Gulp...(hehe..Amana baru potong rambut pendek kat kedai
mamak dengan papa dia)
.
.
.
.
.
.
.
.
Sekian.. tak de dah.. Tak yah roll lagi..

Hari Ini Dalam Sejarah

wet beg

menarikan combination CD ne?
tapi yang pikadot love tue saya takkan pakaikan arief!!
marah En. Papa nanti.

Soory ye me-czar pinjam tajuk..hehe.. Hari ini buat pertama kali saya hantar Arief ke nursery tanpa disposal diapers. Saya bagi Cloth Diapers aka CD!!! Saya bekalkan 5 keping sebagaimana saya bekalkan disposal diapers dahulu. Saya juga bekalkan wetbeg color hijau untuk cikgu nursery pulang CD-CD yang telah digunakan nanti. Kalau nak hantar anak-anak ke nursery dengan CD sila ikut tips di sini.
Yang bestnye bila tanya kat Amana "Amana, adik pakai apa?"
Tak sangka dia cakap ada bunyi tau ingatkan pelat sangat "Cloth Dipes"
Dah besar anak mama ne..pandai betul...(Erkk..sesi muntah kelabu tahi dog lagi ker?)

Monday, May 24, 2010

Sesi muntah kelabu tahi dog

Jangan pulak ada yang muntah hijau ye..kerana ini adalah sesi memuji anak-anak sendiri. Perrmited for others that got "dot dot" inside their heart  bak kata En. Papa "SEGALA PEMBACAAN ADALAH DI ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI!!!" (kelakar ayat ne.. macam ayat amaran untuk simpan barang kat tempat simpanan shopping complexkan??)

Banyak kali saya mendengar blog dijadikan bahan bualan untuk serangan peribadi. Pada saya janganlah baca kalau nak mengumpat dan sewaktu dengannya.Lagi satu apa yg terkandung dalam blog tidak mencerminkan 100% sikap pemunya blog. Maybe adalah 50% tapi please dont't judge the book by it's cover..

Sila amik maklum pada yang tak paham (oo..saya cakap ne bagi pihak rakan-rakan seangkatan bukan saya ye..haha.Lagipun blog saya tak citer pasal org lain kecuali pasal saya & family juga mempromote barang sahaja..haha..Tak kuasa den nak story-mory hal korang yang tak berkenaan) Sila bacalah untuk berkongsi kegembiraan dan ilmu aka barang2 yang boleh dibeli (hikhik) . Yehaaa.. sayakan usahawan yg berjaya satu hari nanti.AMINNNNNN

Sapa-saya yang mempunyai hati bersih lagi suci murni silakan menatap dengan penuh minat dan ikhlas ye..

Marilah kita mulakan dengan sesi muntah hijau ..hehe



Mama..amik gambar arief yg hensem ne lagi ye?? Mama tak jemu ke??

Macam biasa ..Amana mesti nak selit jugak..
Tak pe mama bagi selit sebab Amana pandai posing + Amana memang sangat cantik!!!
(muntah hijau kuning di situ..)

Posing maut khas untuk kawan-kawan mama..
Macam soft je wajah Arief dan buat gambar ne sungguh syahdu..
Ne yang mama nak buat frame ne..
(Muntah kelabu tahi dog di situ)
p/s: Nampak macam hidung Arief mancung je.. ahaksss
.
.
.
.
OH ANAK-ANAKKU MAMA SAYANG KALIAN!!!
TIADA GALANG-GANTI
SEMOGA MENJADI ANAK-ANAK YG MAMPU MENDOAKAN MAMA &PAPA DI "SANA" NANTI






































































Saturday, May 22, 2010

HARI IBU- VERSI MAK

Esoknye pulaksambut dengan mak pulak. Saya sponsor kek.Along masak kuehtiaw. Ada bawak ayam grg ala2 KFC. Gambar kami saya tak masukkan sebab semua tak pakai tudung so malas nak masukkan.Lainlah kalau dalam blog private...

Kek coklat stawberry..Sedap jugak
Sebenarnay dah tak tau nak pilih kek apa kat secret recipe tue
dah selalu beli
Percaya tak hampir sejam beli sebab Hari Ibu penuh & berebut2 org beli kek
Kayalah secret recipe kan??


Bestnyeee..Nak lagiii.......

HARI IBU -VERSI MIL

Kebetulan adik ipar lelaki yg bongsu pertama kali dapat gaji maka dengan seronoknya membelanja satu family.Kesian adik ipar lelaki yg kedua tak dapat hadir di saat2 akhir sebab kena g hospital akibat bermain bola.luka so kena jahit.... Saya ingatkan En. Papa supaya menyambut Hari Ibu dan beli kek untuk mama (MIL). Biasalah org lelaki mana tau pasal sambutan2 penting ne. tak tau ke betapa gembiranya hati seorang wanita apabila hari2 penting diambil berat oleh anak dan suami? isk..isk..papa ne..pelupa..semua nak ingatkan.........

Papa beli kek perisa kopi


Amana yg merajuk kerana ditegur oleh saya
Kek maktok dia tapi dia yg ibuk nak potong
macamlah birthday dia

haaaaa... ne adik ipar saya..kosong lagi ne...
walaupun dia tak bersikap ayu spt anak2 gadis lain disebabkan dia anak tunggal perempuan
dalam kata lain tak selembut mana
tetapi hatinya baik seperti saya ..haha


Sukalah tue.. dapat potong kek..pisau pun dia yg nak pegang..

Friday, May 21, 2010

.... masa mama muda-muda ye?...


Amana (gambar di atas lah amana) membelek2 album pertunangan saya dan suami dan tak sangka keluar ayat macam ne:

"mama..mama..ne gambar mama masa muda-muda ye? cantik.."

bukan rasa perasan cantik tue yang teruja .lagipun semua anak melihat mama/mak/ibu mereka cantikkan? tapi penggunaan words perkataan "muda-muda". Rasa takjub pulak bila budak yang tak sampai umur 3 tahun guna words macam orang tua .haha

p/s: Amana dah tak tidur malam dengan pampes tau.. Bagus anak dara mama ne.. Tapi satu je kalau Amana nak apa-apa cakaplah.....Jangan merengek je.Mama & papa tak paham tau. Buat papa naik angin je dengar bunyi merengek yang tak kesudahan & tak tentu butir tue. Adik pun selalu terbangun bila dengar suara Amana macam bunyi langau.(hikhik)

Wish Come True

Dalam Wish List ini menduduki senarai ke 4. Alhamdulilah dah dapat.Mak yang tolong belikan dari cikgu agamanya. saya harap saya dapatlah sekurang-kurangnya membaca 1 muka surat seminggu (kecikkan cita-cita saya?Biar cita2 saya sedikit dahulu dari saya bercita-cita keterlaluan akhirnya langsung tak buat.Allah lebih tahu dan faham niat sayakan?Kita berniat pun dah dapat pahalakan?) Terima kasih ye sahabatku Meczar yang selalu memberi nasihat dan ingatan dalam hal-hal dunia mahupun akhirat.


Ini muka depan

Ini komen berkenaan tafsir Quran ini

Ini tafsir keseluruhan di bahagian tepi



Haa..Ini yang paling suka sebab dia letak makna pada setiap satu perkataan.
So kita akan tahu apa maknanya bukan macam tafsir selalu yang cuma ada keseluruhan .Main teka2 je..dahla ilmu bahasa arab takde..


Ini sampul yang diberi supaya Tafsir ne tak rosak/buruk





Thursday, May 20, 2010

Wish Come True

Ingat tak tentang My Wish List punya entry? Dalam wish list tue ini yang ketiga berada dalam senarai. happy betul Amana. Tak bagi orang pegang.
Review item ne: mmm..Cd lagu tue ok untuk budak2 tapi ada lagi satu tue ingatkan vcd so boleh tgok dia mengajar tapi rupanya just Cd yang boleh didengar.. Saya pun belum habis tengok tapi secara dasarnya begitu.Untuk saya yang tiada tauliah nak mengajar budak-budak ne nampak berat je buku tue lebih-lebih lagi ia bukan VCD yang boleh dibaca sambil tgok buku. Nantilah saya komen lagi..




Bungkusan Pos LajuYg ne ok..Lagu2 yang sambil2 tue ada ajar alif, ba , ta

Yang ne bukan VCD .I think susahla untuk budak2 paham..Buku sampai 3 tapi bukan VCD.Cuma CD..kan susah nak compare dgn buku yang macam heavy tue..




Sokongan suami

Hari ne saya amat-amat gembira.. opsssssss da malam nak update .. nak jugak cerita.. En Papa betul-betul sokong saya nak meniaga..En.Papa carik supplier dan keluarkan modal. Walau tak tau berjaya atau tidak B ucap terima kasih sebab Papa sokong B.. Opsssss.. ibu tersayang pun keluar modal.Modal tanpa interest dan tak nak dibayar dalam masa terdekat....(Mana nak dapat bank macam ne kan??hehe) Mak siap cakap maknak tengok 2/3 tahun akaun meniaga tue ada berapa...

En. Papa dengan rasminya akan menjaga akaun..Almaklumlah lulusan akaun. saya kira bil pun salah. Kira barang pun salah..haha.. Ala sebab tgok item yang nak dijual terasa seronok sampai salah kira... Sungguh berwarna-warni...

Sebab apa saya nak meniaga?
  • saja nak menyibukkan diri yang dah memang sibuk
  • nak menambah kenalan dan taulan..bestkan jumpa orang-orang di luar lingkungan yang ada sekarang????????
  • sebab darah buat business memang ada dalam diri (haha..time2 nelah kata ada darah meniaga) eh betullah mak saya meniaga tau.Dengan hasil meniaga tuelah mak berjaya kawinkan tiga anak perempuan dengan meriah tau........Mak.. angah bangga dengan mak tau.macam-macam dugaan mak lalui tapi mak masih berdiri dengan teguh..Mak memang kuat semangat....
  • untuk kepuasan diri.... rasa seronok bila dapat bayaran untuk kali pertama. Oh untuk makluman saya belum ada stok barang masa saya promote item tue.Item tue saya beli untuk Arief sebenarnya. saya beli 5 tapi hasil saya promote; 4 saya berjaya jual dan sorang pembeli dah bayar.Saya memang tak mo duit dulu sebab saya kata tunggu gaji tapi pembeli insist nak bayar. Masa dapat duit tue first time rasa nak melompat2 tau.....Padahal kalau nak diikutkan untung RM1 je..haha.. (Teringat masa jadi gf En.Papa pernah tolong En.Papa amik pesanan dan bayaran dari pelanggan.En. Papa meniaga burger sebelum dapat keja tetap) Masa pelanggan bayar kat tangan rasa macam syok je .Nak tau pelanggan tue bayar berapa?RM3!!! Bukan RM3juta!!!!!!!haha..itulah kepuasan meniaga tak sangka saya akan rasa lagi perasaan tue.........
Harap-harap berjaya.dah macam-macam perancangan dalam kepala ne...

Monday, May 17, 2010

Berniaga

Kalau saya nak berniaga, kawan-kawan sokong tak? Boleh tolong promote tak? Tak pernah-pernah nak meniaga tapi bila guna dan rasa boleh jimat teringin nak kongsi dengan kawan-kawan dan dalam masa sama dapt untung sikit untuk shopping. Apa pendapat kawan-kawan?

Saturday, May 15, 2010

Tunjuk rajin...

Amana, mama tau niat murni Amana tapi rasanya Amana salah teknikla..
Amana menbantu 'melipat'kain. rajinkan anak dara saya? ada sapa2 nak buat menantu? Boleh isi borang...

Suami keluar malam...

Apa pendapat kawan-kawan? Marah ? Sakit Hati? Kecil hati? Kecewa? Bagi diri saya setiap orang perlu punya waktu persendirian. Lelaki dan perempuan adalah mahkluk yang berbeza dari segi fizikal dan emosi. Sebab itu kita berpasang-pasangan. Sebab itu kita saling melengkapi dan saling memerlukan.

Oh balik kepada topik asal.. Suami kawan-kawan keluar malam? Saya?? Ye..En. Papa kadang-kadang keluar berjumpa kawan-kawan pastilah memberitahu saya dahulu.Pernah saya dilanda angin kus-kus saya naik angin bila En.Papa bagitau nak keluar. Dan En.Papa tidak keluar mungkin untuk mengelakkan pergaduhan. Sebelum keluar selalunya En. Papa akn siapkan apa-apa yang patut supaya saya tak susah atau penat bila dia tiada (juga untuk mengambil hati hehe) Dulu biasanya dia akan tidurkan Amana dahulu. Dan pastikan saya tidur dahulu supaya saya tidak takut tidur seorang. Tapi sekarang Amana dah besar dan boleh temankan saya.
Sekarang En. Papa jarang keluar malam kerana tahu agak susah untuk saya control dua anak. Tapi hari ini En. Papa keluar berjumpa kawan sekolah yang telah tinggal sama kawasan dengan kami dan saya sedang mengadap labtop bersama Amana yang tak reti duduk diam ini

Masa saya pula?? Pernah saya cuti kerana angin kus-kus datang. Saya cakap nak amik anak-anak dr nursery untuk berjalan tapi atas nasihat En. Papa saya cuma berjalan sendiri. En.Papa kata saya juga perlu masa saya sendiri dan berehat sendiri. Saya ikut saranan itu. Walau di hati teringat Amana dan setiap tempat yg sesuai untuk kanak2 bagai ternampak2 Amana & Arief. TETAPI ye saya rasa seronok dan serasa dapat semangat baru... Saya shopping, makan piza besendirian, beli hadiah untuk anak-anak, beli hadiah untuk jiran yang baru mendapat cucu.. dan saya rasa betul SETIAP KITA PERLU SATU MASA UNTUK BERSENDIRIAN.... jadi janganlah marah-marah sangat kalau suami keluar malam kecuali frekuensinya sudah keterlaluan dan keluar tanpa melaksanakan tugas dan tanggungjawab pada keluarga..
makan sorang jadi order set lunch sahaja

sup ini kegemaran Amana

Walaupun lunch set sahaja seksa betul nak habiskan (ayat2 orang perasan kurus)

oikssss..comotnya pinggan

Friday, May 14, 2010

We Love Money So Much


Haaa.. Apa ne??? Saya belikan untuk Amana. Nenek selalu bagi duit setiap kali jumpa. Saya pulak selalu jadi tukang simpan dan akhirnya entah kemana (pastilah 'ter'belanja hehe)Untuk mengelakkan kejadian itu berulangkali terjadi dan untuk mendidik Amana menabung inilah peyelesaian yang terbaik. TABUNG!!! Beli dua ; pink utk Amana dan hijau untuk Arief. Dah penuh mama bawak simpan kat Tabung Haji okies? Nanti kita naik haji sama-sama.AMIN!!!

Tag oleh Linda

Saya telah ditag oleh si linda. Saya akan jawab tapi jangan jadi modal untuk dijadikan sbg bahan lawak jenaka ketika rehat nanti okies?

1) siapakah diri anda di rumah.
Seorang ibu yang amat menyayangi anak-anak. Kalau boleh apa sahaja yang Amana sebut untuk makan saya nak buat. Kalau saya tak boleh buat saya akan beli. Tapi kalau Amana nak yakyak..sila carik papa.Haha
Saya seorang isteri yang punya kelebihan dan kekurangan. Saya akan masak lauk sedap-sedap untuk En. Papa. (Suami saya mmg hantu makan sambal) Saya akan belajar masak berjenis-jenis sambal. Sambal mak saya, sambal mak mertua asal lauk warna merah suami akan gelar sambal. Saya cuba membersihkan rumah sedaya upaya saya tapi kalau dah tak mampu saya tengok dengan harapan En. Papa akan selesaikan tapiiiiiiii biasanya akan diselesaikan oleh Amana sampai umah jadi kapal karam!!! sadis sungguh bila Amana mula 'mengemas'. En. Papa akan mengemas bila mood dia sampai & bila dia pun tak sanggup tengok anak dara dia mengemas.

2) siapakah diri anda disamping rakan
Siapa? Saya kena tanya sahabat saya meczar dan teman baik saya yang sibuk tag saya nelah. Tapi yang saya tahu kalau dia sahabat/teman baik yang berada di hati ,saya akan cuba sedaya-upaya menjaga persahabatan itu. Sentiasa mengalah di ketika terjadi 'perang' kerana kita punya banyak masa untuk menerangkan di kemudian hari. Betulkan? Persahabatan bukan untuk dikhianati. Pernah terjadi ada org cuba menguji saya & teman baik saya ne tapi saya tak puas hati dan tanya balik pada kawan saya. Betul ke dia ada cakap begitu? Haha.. dan perkara ini kami jadikan modal untuk kami ketawa bersama dan selepas beberapa insident kami tahu niat kamu itu okies...
3) benda yg anda idamkn blm tercapai
dah buat dah dulu sebelum saya ditag. Sila lihat senarai wish lish ye. Tapi itu senarai yang dalam masa terdekat dan saya pasti akan dapat. Saya senaraikan impian di bawah:
  • rumah teras 2 tingkat dan kalau boleh ada ruang tepi untuk tanam macam2 pokok
  • MPV Mazda (baru tadi nampak kat jalan CR9-agaknyalah)
  • duit yang banyak supaya dapat melancong dan beri pada ibubapa, belanja adikberadik tersayang serta orang-orang yang memerlukan.
  • kerja dengan gomen yang punya banyak peluang dari segala sudut
  • ada jugak hati nak sambung study tapi saya sedia korbankan demi anak-anak . Saya belum mampu membahagikan masa yang cuma sedikit ini untuk dibahagi lagi. Masa untuk anak-anak pun cuma beberapa peratus sahaja dari 24 jam.
  • 1 fine day saya pasti akan jejakkan kaki ke Mekah bersama suami dan anak2 (kawan-kawan doakanla ye..)
  • erkk..teringin juga punya business sendiri supaya 'masa' berada di dalam kawalan saya
  • Eh.. terlebih dari 5 lah..haha...ada lagi tapi cukuplah ye...letih nak taip dan yg disebut itu yang paling diidamkan
4) Siapakah nama pasangan anda- Mohd Khairul Fadzli Bin Mansor
5) 5 perkara yg anda suka ttg pasangan anda
Kena bagitau ye? Oklah saya bagitau.Mestilah ada kan kalau tidak buat apa kawin dgn dia,
  • Tidak meletakkan beban kewangan di bahu saya. Saya adalah seorang isteri bukan ketua rumahtangga. Saya sudi berkongsi tetapi bukan untuk dibebani seolah-olah saya ketua keluarga. Alhamdulilah setakat ini semuanya 50-50 dan saya reda serta bersyukur dengan situasi ini.
  • Mengambilberat hal anak2 terutama Amana (En. Papa anda telah punya dua anak sekarang. Sila adil dengan Arief juga okies?)hehe. Suka membelikan mainan untuk anak-anak.Asal ada duit lebih. tapi akhirnya En. Papa juga yang menyorokkan mainan kerana tidak tahan melihat perlakuan Amana yang kaki sepah. Ikut perangai siapa? Sila jawab?
  • Menguruskan kereta & rumah kalau terjadi apa2 misal kereta rosak & rumah dilanda masalah. Tugas saya jaga anak-anak sementara En. Papa pergi menegakkan kebenaran pada orang-orang yang tak paham!!!
  • Mengambil berat hal ibunya aka MIL saya.Mungkin kerana anak sulung dan papanya telah meninggal dan kerana itu dia bertindak sebagai ketua keluarga.Inilah yang menyebabkan saya pilih dia sebagai calon suami kerana pada saya jika dia amat sayang pada ibunya pasti dia juga akan buat begitu pada bakal isterinya (sayalah tue..hehe)
  • Tegas dan punya pendirian sendiri. En. Papa akan bertegas dengan apa yang dia rasa betul dan akan mencari sampai pasti kebenaran sesuatu perkara sbg contoh masalah rumah kami yang membabitkan develepor dan penghuni rumah bawah. sampai ke Tribunal Perumahan tau (Saya suka dengan sikap ini kerana saya cuma jadi mem besar sahaja)Ada masa saya akan coret kes itu nanti untuk info kawan-kawan juga.
  • Eh dah 5 lah..cukup setakat itu sahaja haha..Nanti ada yg kembang sampai tak tidur malam...
6) bile tarikh anda couple
Pada 19/7/ 2003 En.Papa ajak/pujuk/pinta saya jadi heroin dia ekeke. dan saya bagi jawapan pada 3/8/2003. Ketika itu usia saya 23 tahun. Sekarang umur saya 30 tahun. Isk ... dah 7 tahun masih dengan orang yang sama???(Soalan gatal apakah ini?kuikui)
7) Apakah kenangan paling pahit bersama pasangan anda
Adalah.. malas nak ingat.. Pastilah bila air mata saya menitis kerana En. Papa. Itulah kenangan yang paling pahit...
8) lagu tema cinta anda
Adake? Tak tau pulak. Nanti balik saya tanya En. Papa.
9) Apa perubahan yg anda ingin lihat drp pasangan anda
  • Menjadi suami yang dapat menjadi IMAM pada saya dan anak-anak dalam segala hal.
  • Dapat mengajar saya mengaji walaupun saya dah khatam beberapa kali(bukan riak okies) Tapi masih banyak yang tak betul dan pasti lagi bahagia kalau yang mengajarnya adalah suami.Opsss..ajar anak-anak juga supaya macam biasa saya cuma jadi mem besar dalam ini rumah!!!
  • menjadi lebih berdisplin dan pembersih dalam hal-hal di dalam rumah. Ini supaya menjadi contoh kepada anak-anak. Takle saya penat mengemas.Betul tak?
  • Saya suka sikap tegasnya tapi tolong kurangkan ketegasan itu pada saya dan anak2 kerana kami adalah org2 yang sentiasa di sampingnya dan menjadi kesayangannya.
  • Tolong kurangkan volume suara kerana saya tak biasa & tidak dididik untuk bercakap dengan nada high pitch. Kadang-kadang saya confuse dia sedang marah atau cuma bercerita dengan saya. Dan yang paling sadis Amana telah mula bersuara high pitch!!! (Amana please sayang , Amana girl ok?)
  • Tolong berhenti merokok kerana saya belum sedia kehilangan suami dengan anak-anak yang masih memerlukan papa mereka. walaupun insuran/kwsp/simpanan atau apa saja telah diwasiatkan pada saya dan anak-anak takkan sama dengan kehadiran seorang papa dan suami. Adakah lelaki faham perkara ini???
  • Banyak lagi tapi cukuplah nanti ada yang panas telinga..haha
10) saya nak tag..
Meczar, mama faiq, mama raid, shafiza,

Thursday, May 13, 2010

My Wish List

Berikut adalah impian yang bermain di fikiran untuk ditunaikan:


  • Handbeg Aigner -saya beli dari kakak sepupu saya; kak Ulin (dah beli pun.cuma tunggu shipping dari US je.tak sabar ne hehe)
  • Gincu Maybeline-memang dah habis.(Saya dah cuba Loreal, Bodyshop,Mac tapi semua buat bibir luka cuma Maybelline je yang sesuai. Semua yang saya tak boleh pakai; saya bagi kakak saya hehe)
  • CD Amana iaitu CD Cepat membaca AlQuran Al-Furqan dari Adik.Bijak.com (Moga-moga Amana berminat nak belajar daripada dia asyik menyanyi lagu Mila & Akim yang tak membantu peningkatan intelektual , baik saya kenalkan dengan alif, ba,ta)
  • Tafsir Al-Quran. Di rumah saya cuma ada Al-Quran tetapi tiada tafsir. Sahabat saya yang menyedarkan saya tentang ini (TQ meczar) Saya dah pesan pada mak dan harganya lingkungan 90++. saya suka yang macam mak punya kerana tafsirnya pada setiap satu perkataan bukan keseluruhan ayat. Jadi saya akan tahu erti setiap perkataan itu. Dan pada bahagian tepi baru tafsir keseluruhan. Mak beli pada guru agamanya.
  • Cloth Diapers untuk Arief . Saya dah try yang mak saya beli dan pada saya memuaskan hati saya. So sekarang saya sedang cari yang paling sesuai dari segi kos dan kualiti.saya nak beli banyak. Nak cuba fully CD. En.Papa pun setuju .(jangan lupa ongkosnya 50-50.)
  • Kain batik untuk dipadankan dengan kain kebaya sulam Bandung yang saya beli dari adik saya. (Erkkk kebaya?dah lama tak pakai.hikhik)(Linda anda diwajibkan untuk temankan pada hari Jumaat ini jugak!!)
  • Kain hitam untuk dibuat skirt panjang (Linda please teman aku nanti bila-bila okies)
  • Belanja makan mak ayah+ adik2 saya. Saya nak belanja mereka kerana tak pernah saya belanja makan satu keluarga. Niat ne dah tertanam sejak Amana lahir. Saya nak belanja sbg tanda penghargaan kerana menjaga saya ketika saya pantang Amana & Arief. Susah betul nak kumpul ramai-ramai sebab masing-masing dah berkeluarga dan ada urusan tersendiri.(Emak ada sebut nak makan nasi beriani kat Putrajaya. Tapi bukan kat tepi highway tue. Mak kata ada masuk dalam Jalan-jalan Cari Makan yg Serina Chefwan jadi hos. Ada kawan-kawan yang tahu? saya nak cuba penuhi apa yag mak nak makan.kalau mak kempunan meyesal saya nanti.Kawan-kawan yang tahu tolong tinggalkan komen. Saya dah cuba search tapi tak jumpa; mata rabun kot hehe)




inilah kain baju kebaya sulam yang perlu saya padankan dgn kain batik yg saya nak beli

Cloth Diapers untk Arief tersayang
Inlah handbeg Aigner idaman kalbuku

CD Cepat Membaca Al-Furqan Al-Quran untuk anakdara si Amana