ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Wednesday, June 30, 2010

Lucky Draw By Shasha

Haiiiiiiiiiii..senang betul nak dapat duit zaman sekarang sesenang utk dihabiskan. Saja je join so kawan-kawan joinlahhhhhhh kat sini

 saya tag mama tomei2 dan mama haziq

Tuesday, June 29, 2010

Baby Cute Contest


Saya masuk contest ne tau. Kelakar betul saya salah faham saya ingat tak perlu buat entry cuma send gambar anak sahaja dan butir-butirnya, put banner & put link kat blog list sahaja... sampailah penajanya iaitu BabyStufLetgo, Only4Contest dan Idakhaileesha hantar emel bagitau tak jumpa post dalam blog saya...
Sorry sangat2 penaja ye... saya dah buat ne janganlah disqualified saya...


Saya pertaruhkan gambar Arief sebab pertandingan ne untuk baby berusia 0-9 bulan sahaja ... Amana tak boleh join kalau tidak saya dah masukkan Amana jugak..
dan TARAAAAAAAAAAAAAAAAAA....
.
.
.
.
.
.

.
.
.
TOP 5!!!!!!!!!!!!



AKHIRNYA TERBALAS JUGA PENAT LELAH SAYA MASUK MACAM2 CONTEST KALAU SAYA MENANG INILAH CONTEST YG PERTAMA SAYA MENANG!!!!!!!!!
YEYE


BESTNYE KALAU DAPAT HADIAH NE KAN??
.


Cutest Baby In Purple By Mama

 Sekali lagi saya masuk contest..Contest CUTEST BABY IN PURPLE  Dan saya pertaruhkan gambar anak dara saya yang saya cintaiiiiiiiiiiiiiii ini...........



Sebab tue Amana pakai baju color unggu. Tulisan pun unggu sebab semangat unggu!!!

Ditaja oleh  MY-KIDSZONE, APPLE OF MOM'S EYE & JEMARI ART  tapi saya dapat tau hasil blogwalking kat Mama/ Contest/Giveaway.

Nama : Dalia Amana Mohd Khairul Fadzli
Umur: 2 tahun 11 bulan
Tarikh Lahir: 6/7/07
Emel: littlemummydaddy@gmail.com
Nama id follower: BABY( MAMA AMANA & ARIEF)


 





Oh sekali lagi saya diingatkan oleh penaja kerana terlupa letak banner penaja-penaja ..jadi saya editla post ne sebab nak masukkan banner penaja  Apasallah saya ne makin pelupa.Mungkin sebab masa tue buat ketika jam 1 pagi... Hehe.. Ok puan penaja SAYA DAH BUAT JANGAN DISQUALIFIED SAYA YEEEE

Dilog Sahaja






Amana: Adoi!! sakitlah dik
Arief: Apa ne tekan Arief kuat2. Arief tarik telinga kakak pulak






Amana: Senyum dik

Arief: Eh..kakak tak pandang cameralah





Amana: Mana nak pergi dik.Mama lum abis amik gbr

Arief: Ada mainan kat tepi tueee...Nak amik dulu



Amana: Cepat mama...Amana dah buat muka cute

Arief: Cute tak mama? Arief buat muka tembam



Amana: Adik ne berat sangatla

Arief: Mama kata cute sebab debab




Amana: Yesss..senyuman paling menawan abad ini

Arief: Mama...dah penatttttttt..Nak susu....

Merangkak

Arief dah 8 bulan. Sekarang dalam proses merangkak. Dulu mungkin masa Amana saya rasa tertekan bila macam lambat je milestonenya. Umur 1 tahun 3 bulan baru dia berjalan tegap. Tapi time Arief ne saya lebih relex.Saya percaya anak2 punya perkembangan sendiri. Asal nampak aktif dan perkembangan mengikut umur tiada apa nak dirisau. Manalah sama nak org lain dgn anak kita bukan?/ Doa yang terbaik sahaja...


 
Sujut syukur ke hari ne sebab AMan tak kacau Arief?


Tue tengah hisap jari

Alahai comelnya..Jarak lagi dekat..

Aikkk..tetiba si nakal ne interframe pulak!!!

Monday, June 28, 2010

Happy Depavali

Hehe.. Orang nak sambut bulan posa saya pulak sambut depavali ye?? Hehe taklah. Kawan-kawan tau tak sekarang ne banyak tailor dah tak terima tempahan?
Yeye.. saya dah cop kat tailor yang best untuk hantar kain pasang saya. Next week saya hantar. Minggu ne tak boleh sebab En. Papa ada hal.

Raya tahun ne apa tema saya punya baju?? Yeeeeeee...HAPPY DEPAVALI.......KAIN SARI!!! Sebab tuelah saya bagi title Happy Depavali. Kain sari ne panjangnye 6meter tau. Saya 4m dah cukup. So lebih 2meter lagi ingatnya nak Amana buat baju kurung sama dengan saya. tapi tailor tue tak jahit baju budak. takpe adik  ipar saya boleh jahitkan. Bolehkan Linda??? hehe

Kain sari ne pada saya pattern & corak  macam kain songket tapi kain songket tue tebal. Sari ne nipis. Rasanya tak panas. Pada sayalah..

Saya buat tayangan umum kain-kain yang saya beli..Kalau kawan-kawan minat .. beli kat depan Semua House tue ada satu kedai jual baju2 India.Sebenarnya banyak kedai lain tapi kami malas nak ronda sebab nak jimatkan masa. Kedai kecik ne pun dah rabun mata kami memilih. Sila cuci mata kain-kain yang saya beli.



Saya punya

Saya punya jugak


Ini kakak saya punya.Kulit dia putih

Ini adik tengah saya punya. Dia yg request nak color unggu

Ini adik bongsu saya yang request.
Dia nak turqoist saya rasa ini warna paling dekat

Adik ipar saya , saya dah belikan kain sulam kebaya dari Bandung untuk raya tapi dengarnya dia dah pakai ke opis hehe...

p/s: Kami tue maksudnya Linda kawan opis. Kalau pasal habiskan duit dialah yang banyak tolong haha!!

Saturday, June 26, 2010

NisaChoc Giveaway

Haaaaaaaaaaa..sapa2 yg minat nak order coklat order kat sini  nisachoc. Ne saya tepek contoh coklat yg nisa buat.


CANTIKKAN???
BUDAK2 MESTI SUKAAAAAAAA

LOVELY GIVEAWAYS CONTEST



Masuklah pertandingan ne kalau nak tudung free & nak merasa jadi model kat blog sendiri ditaja oleh lovelygift .Sejujurnya saya lum penah pakai tudung-tudung jenis macam ne sebab macam tak yakin je nak pakai. Org lain pakai lawa je saya tengok... Perasaan sendiri..Haha

Tapi kalau saya menang saya akan pakai and tempek gambar saya kat sini haha.Tudung ne lawa2 dan nak tauuuuuuuuuuuuuu diorang yang taja Tiz Zakiah dalam citer Nurkasih!!!! My lovely Malay series...
Suka sanagt cerita tue.Jatuh hati pada Remy Ishak!!!

Friday, June 25, 2010

Cabutan Bertuah Happy Father's Day

Ini En. Papa  dan Amana.Kalau bukan sebab contest ne saya tak masukkan gambar En.Papa. Amana lebih attach dengan papanya dari saya.Ini diakui oleh ibu saya di sini.

Masa party besday Amana yang pertama.Amana pun lum pandai jalan lagi.

CONTEST ANDA BERSAMA SI COMEL

Contest lagi.Tah kenapa saya makin rajin masuk contest haha. Contest di taja oleh my lovelly live & bIFA's Collezion. Marilah join ramai-ramai.

Senang je masuk contest ne. Letak gambar anda bersama anak anda / anak org lain yg penting ada budak2.hehe...

Ini gambar masa Amana kecik. Nampak kurus pulak saya haha.Ne masa kat Langkawi.

Ok saya tag Mama Haziq,Mama Faiq dan Mama Tomei2.  Sila buat ye kawan2.

KERANA KAMU AKA KERANA DIA

En. Papa telah ditemukan dengan seorang chinese man yang amat berjaya dalam perniagaannya. Saya anggap berjaya apabila dia dinobatkan antara yang mencatat jualan tertinggi  di dalam perniagaannya bukan masuk MLM .....Adalah...

Dia beri beberapa tips yang amat berguna untuk kawan-kawan yang ingin menceburi business kecil2 atau besar-besaran. dan suami saya bercerita pada saya dan saya ingin kongsi dengan kawan-kawan. Chinese man ne bukan fluent pun cakap Melayu tapi dia cuba juga berinteraksi dalam Bahasa Melayu dengan suami saya.Saya pun pernah jumpa dia dan dengar cara dia brcakap. Very funny tapi seronok sebab dia berusaha nak cakap Melayu.Saya ubah dalam bentuk dialog.Bestla sikit..hehe

Pelakon:
i) EP= En. Papa
ii) CM= chinese man

Tempat:
Di sebuah restoran makanan vegetarian terkemuka di Kuala Lumpur(haha..En. Papa tak makan sayur tapi masuk jugak temankan chinese man ne. Maybe dia fikir kena bawak ke restaurant vegetarian so En. Papa tak akan ragu-ragu status halal.hehe)

CM: Khai.rul, kamu mau tau apa yang menyebabkan business  kamu boleh berjaya
EP: mmm..Apa ye?

CM: KERANA KAMU!!!

EP: Kerana kamu ..mm..kerana saya?? Kurang faham Mr.CM

CM: Pelanggan akan membeli atas 3 perkara . Pertama kerana kamu. ke dua kerana produk kamu dan ke tiga baru syarikat kamu.

EP: Boleh jelaskan lebih lanjut Mr.CM. saya kurang faham...

CM: Kamu tau kenapa org cina boleh berjaya?

EP: Kenapa?

CM: Kerana kami mementingkan pelanggan. Kami akan beri yang terbaik pada pelanggan. Kami tidak akan berkata "TIDAK" pada pelanggan. Kami pandai ambil hati pelanggan. Kami akan sedaya-upaya menjaga hati pelanggan. 1st immpression adalah penting. Ketika itu kamu mesti ambil hati pelanggan kamu. kamu mesti ada kebolehan untuk mengetahui sama ada pelanggan kamu benar-benar serius atau tidak. Orang yang serius membeli lain dari orang yang cuma mahu main-main.

EP: mmm...betul..

CM: Kamu mesti friendly dengan pelanggan. jangan harap pelanggan yang friendly dengan kamu. kamu mesti kelihatan peramah dengan pelanggan. Jangan buat muka macam tak ada rezeki. Kamu mesti mengalu-ngalukan kehadiran pelanggan. jangan buat muka serius. jangan pandang pelanggan dengan muka pelik bila dia masuk kedai kamu atau jumpa kamu. Kamu kena tolenrate dengan permintaan pelanggan di samping kamu ada juga untung . Walaupun sedikit sudah cukup. Memang kamu rasa untung sedikit mulanya tapi dia mungkin akan jadi return customer kamu dan bawa pelanggan-pelanggan lain kepada kamu. Kena pikat hati pelanggan. Ikat hati dia. Beri gift walau sedikit untuk gembirakan hatinya. walau kecil kadang-kadang itu yang buat dia ingat pada servis kamu. Jangan tamak.. Sekarang semua hujung jari dia boleh cari org lain kalau tak puas hati dengan kamu. Oleh itu KERANA KAMU perniagaan kamu akan berjaya... Dan selepas itu baru produk kamu dilihat dan juga kekukuhan syarikat kamu. Ingat ye Khai.rul KERANA KAMU pelanggan akan cari kamu bukan produk bukan syarikat...tapi KERANA KAMU!!!

Adoi panjang pulak dialog tapi macam itulah lebih kurang. Saya juga percaya kata-kata Mr.CM itu sebab saya pun adalah seorang pelanggan. Sebagai contoh saya punya supplier ne. Bukan takde supplier lain untuk cloth diapers ne. Berlambak supplier lain (alamak riak pulak haha) yang kami ada. En.Papa juga kata kita tak perlu harap seorang sahaja supplier .Tapi sampai sekarang En. Papa juga lebih suka kami jumpa supplier yang sama sedangkan En. Papa ne lebih selektif. Kat Perak, kat Selangor ne je kami ada 2/3, kat Negeri Sembilan pun kami ada..tapi kenapa kami masih pilih DIA? Kadang-kadang boleh dapat harga lebih murah sikit dengan orang lain dalam  2/3 rimggit untuk satu item tapi pada kami yg baru nak mula meniaga ne 2/3 ringgit pun pentingkan? Tapi kenapa kami masih pilih dia?

aaaaaa...pandai pun KERANA DIA!!!

Thursday, June 24, 2010

DA UNTUNG KE??


Ramai yang bertanya.."da untung ke ko punya on-line shop?"
Saya tak naklah menipu teman-teman atau gebang sana sini mengatakan kami untung besar.

Pada saya selagi saya tiada cash di tangan sama nilai dengan modal +  stok juga tiada di depan mata itu namanya belum untung!!!
Tapi yang boleh saya jawab dengan rasa kesyukuran "ye saya telah pulang modal. dan duit itu dirooling untuk memastikan stok tidak pernah putus"

Dengan usia on-line shop yang cuma berusia cuma 1 bulan 6 hari kami telah pulang modal dan duit modal sekurang2nya ada separuh ditangan. Dan separuh lagi adalah stok. Ok lakan?

Nanti kalau duit kat tangan dah sama nilai dengan modal dan stok kami memang berlambak2..baru saya kata
"IYEEEEE KAMI UNTUNG!!!"

p/s: acountant AKA En. Papa stright betul tau.

Wednesday, June 23, 2010

Mama minta maaf Amana


Ingat tak enty ini Saya ada selit tentang nak beli bedak compax yang baru kerana dah hilang dan nyatakan mungkin Amana bawa ke school. Mama minta maaf banyak2 sayang.. Mama tak sengaja tuduh Amana. Mama ingat Amana bawak lagi dalam beg school Amana macam Amana pernah bawa blusher mama sebelum ne. Rupanya mama terselit bawah dokumen-dokumen kat ofis mama. Kawan mama yang jumpa . TQ Sal.. Kalau tidak sampai ke sudah mama ingat Amana buat main..

Mama minta maaf ye Amana.......

Kereta terbakar


Nampak tak gambar ne. Tadikan ada kereta terbakar on d way nak g office. Nasib masa tue tak jam. Di Lebuhraya MEX (highway Purajaya-KL). Rasanya tak de kemalangan jiwa.Rasanya owner dia sempat keluar sebab nampak seorang kakak macam menangis kat tepi sambil ditenangkan oleh peronda lebuhraya.


Dah takdir diakan? Kalau masih valid insuran dikira total lost mungkin  tak payah bayar apa2 kalau takde insuran..mmm... sedih jugakla... Yang penting tiada nyawa terkorban.

p/s: Mohon dijauhkan dari saya &family. Dahle kereta satu je...

Nama anak2 saya, anak anda pula?

Rehat timeee..yehaaaaaaa..waktu senggang utk diri sendiri.........

Walau tak ditag, saya menjawab pertanyaan dari kawan sekolah lama saya dahulu. Kami sekolah rendah dan menengah bersama-sama. Tapi rasanya mungkin lebih rapat ketika di sekolah menengah jika dibandingkan di sekolah rendah.

Ok menjawab pertanyaan beliau. Ini maksud nama anak-anak kesayangan saya.

Dalia Amana
-Dalia=petunjuk (saya pernah gogle nama  ini dan tiba-tiba keluar maksud ini, selalu yang saya jumpa dalia= bunga, itulah sekali saya jumpa PETUNJUK.
-Amana=org-org yang beriman/bertakwa


Amirul Arief
-Amirul=pemimpin
-Arief=yang bijaksana

Saya tag pada mezcar,mama faiq naufal, mama haziq, mama tomei2,wansteddy tales, ayuarjuna dan sesiapa yang baca blog ne..
Kalau buka follower postla komen kat sini boleh saya baca nama anak-anak anda pula..hehe.Persediaan untuk nak no 3 nantiiiiiiiiii...lama lagi yeeeeeeee..haha

p/s: Bos saya pernah suruh saya tukar nama Amana sebab katanya tak sesuai sebab Amana ada sawan tangis dan asyik sakit masa umur bawah satu tahun.hehe

Tuesday, June 22, 2010

Jeles dengan En. Papa

Isnin lepas makayah saya jaga Amana sebab dia demam. Arief saya hantar ke nursery juga sebab mak saya tak boleh angkat2 benda berat sebab sakit slip discnya. Amana tak perlu diangkat dia dah boleh berdikari cuma bila demam kena manjakan lebih je..

Hari ini mak singgah  rumah untuk bagi botol susu Amana yang tertinggal di ruma mak. Ayat mak yang buat saya jeles kat En. Papa...

Mak :Amana lagi sayang papa dia dari angah (saya)la mak rasa. Dia asik sebut nama papa dia je.Papa itu, papa ini..macam2 papa.tak sebut nama angah pun...
Saya: Amana memang anak papa..Arief tue mesti sayang angah (ayat cover line)lebih dari papa dia..

p/s: Walau papa garang Amana tetap sayang papa lebih dari mama. Macam ne mama pun nak garang jugak!!!

Ibu Kasya Giveaways


Giveaways Contst ne pun mudah nak masuk.Tak payah buat entry, tak payah jadi follower tapi put banner kat side blog and link dengan blog  Journey to an endless love: Ibu Kaisya. Blog owner ne pun akan buka onlineshop di http://dapur-kaklong.blogspot.com. Buat masa ini masih security lagi as private blog.Maybe tengah cantik2kan blog seperti blog online saya dahulu.

Huffaz cilik











Ada baca keratan akhbar ini??? Huffaz cilik ini benama Darwisya Adrianna . Anak ini mampu menghafaz 30 surah Al-Quran  (anugerah Sijil Hafazan 30 surah terakhir dari Akademi Darul Huffaz) .Mampukah kita? Malu rasanya bila lihat anak ini mampu sebegini.. Tabik pada ibunya. Bagi saya kalau Amana dah mampu baca alif ba ta pun dah rasa happy apalagi ibu anak ini pasti bangga, gembira semuanya bercampur-baur... Kalau nak tau lebih lanjut klik di blog  darwishndarwisya ini.

Macam2 tips ibu anak ini berikan tetapi mampukah kita? Setakat ini saya dah mula bagi Arief tgok CD nasyid Al-Furqan. Saya tak nak didik dia melihat cartoon sebagaimana saya tersilap mendidik Amana. Tapi saya masih berkesempatan membetulkannya. Harap-harapnya........

Happy Fathers Day

Ahad lepas kami adik-beradik menyambut Hari Bapa. Tak adilkan sambut Hari Ibu beria-ia tetapi Hari Bapa buat sambil lewa. Walau saya kurang sihat saya gagahkan jugak. Tapi saya tak bawa apa2 kali ne. Along bawa sate dan Ada bawa kek. saya bawak dua budak yang banyak ragam ne.. Termasuk saya yang banyak ragam hehe...
 



Antara kenangan dengan ayah yang saya tak boleh lupa:
-masa saya darjah 4 saya rasa saya boleh score ujian Matematik tapi resultnya cukup mengecewakan dan saya menangis dan sepanjang malam ayah pujuk saya
-masa saya prgntkan Arief dan Amana menghadapi masalah untuk dijaga nursery saban hari ayah setia ambil Amana di rumah.mmm.. tak terbalas rasanya kasih ayah pada cucunya dan saya
-ayah selalu bagi duit belanja lebih pada saya (tak adilkan)
-ayah selalu nyorokkan saya dalam kereta masa kecik2 sebab saya tak mo tinggal dengan nenek dan nak ikut makayah pergi kebun
-sampai darjah 2 kot saya masih tidur dengan ayah
-kalau saya tak sihat ayah tak kisah saya ponteng sekolah tapi mak amat stright sebab mak pentingkan displin pada anak2

Sekarang ayah dah tak berapa sihat sangat dan setiap kali solat saya doakan ayah akan sihat dan bahagia di akhir kehidupannya dan jika diambil Allah dengan cara yang paling baik dan mulia. AMIN.

p/s: Walaupun ayah kita orang-orang biasa bukan Dato, bukan Datuk, bukan Tan Sri, bukan PM, bukan TPM tapi mereka tetap ayah kitakan? Walau dia tidak seperti ayah orang lain yang boleh dibangga2kan seperti "OOO..my dad CEO at company bla bla bla" tapi mereka tetapi ayah yang memberikan kita merasa sukaduka hidup di dunia ini.kan?? Angah sayang ayah sangat tau macam tue jugak dengan adik-adik yang lain..

Berdarah (Untuk Yg Baligh)

Wahhhhhhhh..Time to rest selepas masak & mencuci apa2 yang patut. Anak2 tengah bergolek2 kat tepi & En. Papa menjadi baestfriend dengan TV sejak2 Piala Dunia ne. Saya pun dah tak dapat tengok tv lagi.Waaaa..Nasib ada blog tercinta ini.......Ok saya ada cerita baru tentang Amana lagi....

Setiap Sabtu & Ahad Amana memang mandi dengan saya. Dia akan tolong saya mencuci baju dan tudung. Walaupun lebih banyak main tapi itulah antara kualiti time saya & Amana. Saya juga akan gosok gigi Amana & shampookan rambut Amana.


Saya tak rasa cikgu kat nursery sanggup shampoo rambut Amana sebab Amana ne memang penakut mandi rambut. Dulu dia tak macam ne. Tapi sejak saya prgntkan Arief kami dah tak bawa Amana  ke kolam renang (atas advise doctor sebab setiap kali saya prgnt saya ada infection yg teruk pada telinga walau air yang termasuk dalam telinga amat sedikit. Atibodi badan saya memang low setiap kali prgnt..Dugaan mengandung saya terima dengan reda..). Hampir setahun jugak dan selepas saya habis pantang Arief pernah sekali kami ke kolam renang (ala bawah rumah je). Amana jadi terlalu takut dengan air. Sepanjang kat kolam dia menangis.



Ini buktinya dulu Amana tak takut mandi kolam. Ini kat kolam dewasa tau. Kami selalu biar je dia berenang sendiri tapi dengan pengawasan & safe guard kat lengan tue. Umur dia bawah setahun dia dah pandai berenang sebab tiap2 minggu bawak ke pool. Sekarang?? Takut air...



Alamak dah terkeluar tajukla.. Ok.Sambung balik. So minggu lepas saya mandikan Amana kebetulan saya p#ri#d. Amana dah ternganga bila tengok bilik air penuh dengan warna merah.

Amana: Mama kenapa ne??? (muka confuse)
Saya: Kesiankan? Mama berdarah.
Amana: Kesian mama..(muka sedih) Sakit ye??
Saya: Sakittttttt..Nanti kalau Amana dah besar & berdarah bagitau mama ye..(Saya rasa ini tanggungjawab ibu untuk mengenalkan anak-anak dengan proses baligh merekakan? So ini adalah permulaan pembelajaran untuk Amana)
Amana: Taklaaaaaa..Amana tak berdarah..
Saya: Nanti akan kena.. nanti bagitau mama..
Amana: Terdiam (berfikir)

Habis sesi mandi dalam sejam kemudian.

Amana: (Menangis2.. dan berlari ke arah saya) Mama!!!
Saya: Kenapa? (kalut jugakla)
Amana: Amana berdarah... Amana berdarah macam mama.......(menangis)
Saya: Mana???
Amana: Neeeeee.. Akitnyeee (Sambil tunjuk ibu jari kaki yang luka)
Saya: (senyum ..senyum dan senyum akhirnya jadi senyum sumbing..) Ooo..kenapa?
Amana: tersepit. Berdarah macam mamakan?
Saya: mmm.. Meh mama taruk ubat...

p/s: Suci dan lurus jiwa anak-anak

Saturday, June 19, 2010

Give Aways Batik Sarung


GA ini sehingga 03/07/10 dan ditaja oleh BAtik Sarung On9. Kat sini jual batik-batik.Lawa tau.

Rugi betul tak tau ada on line shop jual batik ne ada, Sebab last week habis pusing jalan TAR carik batik yang sesuai sebab nak padankan dgn kain kebaya dari Bandung.Gmbar kat atas nielah. Walaupun tak puas hati dengan kain yang dibeli tue (dahla mahal!!!) tapi dah berbulan kain kebaya Bandung tue tersadai dalam almari so terpaksa beli jugak.. Bila balek2 blog ne rasanya kain batik sarawak yg sesuai adalah yang ini. Sesuai sangat kan?? Mesti kawan-kawan setuju...

Wansteddy Giveaway



GA ini ditaja oleh Wansteddy Tales Blog dengan kerjasama blog Wansteddy Studio. Sebenarnya senang je nak masuk contest ne tak payah buat entry pun. Saya yang suka-suki buat. GA ne tamat 12/07/10. Kawan-kawan punya banyak masa nak masuk.



Kalau kawan-kawan masuk blog Wansteddy tue mesti kawan-kawan suka. Blog tue sweet macam blog baby girl tau.. Blog ne macam blog personal.Macam blog saya nelah..hehe
Wansteddy Studio pula adalah blog business-online. Tak sangka tau lepas masuk macam2 GA ne baru tau ada macam2 online business yag kreatif gilerrr. Salah satu yang suka kat blog ne ialah dia da tawarkan buat dolly. Nak tau dolly ne apa??Salah satu cth dolly spt di atas. Nak tau lebih lanjut klik sini..

Friday, June 18, 2010

Dietlaa...

Haha..Hari ne Jumaat tak turun makanlah...
Nak diet setelah makan nasi lemak lauk juadah berbuka puasa semalam dengan Linda pagi tadi. Sedar tak sedar hampir habis nasi lemak satu bekas besar tue. Linda pulak bawak ayam goreng.. Wahhhh..kenyang kami so tengahari ne diet tapiiiii macam nak order kat En.Papa roti jhon kat Masjid Negara je..Inikah yang dinamakan diet??

Rehat lama ne.. Tak g jalan2 pun cuci mata di CM / UO..Tengah bulan ne. Poket dah mengempis hehe...Tapi rasanya nak turun bawah beli bedak compax haha.. dah hilang rasanya pasti Amana bawak pergi school lagi......

Nextweek Jumaat saya dan Linda ada plan baikkkkk punyaaaaaaaaaaaaa

Give Away Selipar Jepun Pink


Menarik tak kawan2. Kalau Amana dapat ne memang jadi teman tidur dialah. Saya rasa belum lagi saya dapat blog macam ne.Adik ne baru 19 tahun tapi berseni orgnya.Boleh menjahit,melukis dan sebagainya. Cuba jengah blog dia. Patung-patung ne sesuai untuk anak-anak. Jenguk blog SELIPAR JEPUN okies kawan2!!!

By the way saya order flushies ne untuk birthday Amana yang bakal menjelma tak lama lagi. Nanti kalau saya dah dapat saya akan review. Dari saya beli patung mahal-mahal kat luar baik saya beli flushies ne yang da sentimental value dan ada mention sempena birthday Amana. Betul tak??

p/s: Kis (owner Selipar Jepun) thanks sebab sudi terima tempahan akak  walau di saat akhir dan semster Kis pun dah mula.  TQQQQQQQQ... Inilah bakal-bakal businesswomen yang berjaya... Insya-Allah

Thursday, June 17, 2010

I LOVE U CONTEST







Ini adalah pertandingan melalui blog ke blog yang kedua saya sertai. Kali pertama saya tidak bernasib baik (sedihhh..) saya harap kali ini saya berjayalah mendapat mana-mana hadiah.

Pertandingan ini ditaja oleh Little Kids Photography , Little Mama’s LOVE  dengan kerjasama Mom Bloggers Planet sehingga 15 Julai 2010. Jadi kawan-kawan mari sertai ramai-ramai untuk memeriahkan suasana tapi bagi saya yang menang haha....


Saya telah baca blog Little Kids Photography dan yang paling menarik minat saya ialah  kerana ia ada pakej untuk :

i) Happy Moment (RM297) yg mengandungi 5 pakej iaitu New Arrival, Aqiqah, Birthday, Family,Frendship
ii)Baby in Beely (RM297) yang mengandungi pakej Mummy Tummy dan Mother Nature
iii)First Year (RM297) yang mengandungi pakej New Angle, Miracle Angle
iv)Curious Angle(RM297) yang mengandungi pakej Little Artist, Little Explorer,Little Chef, Little Model)
v)First Celebration (RM297) yang mengandungi pakej Merdeka Days, Hari Raya, CNY, Depavali & Christmas.

Tetapi dalam banyak2 pakej tue yang paling menarik hati saya ialah HAPPY MOMENT pada pakej NEW ARRIVAL. Kesanggupan photograper datang ketika itu dan pada masa yang tidak menentu amat berdedekasi.Ya... memanglah sbg pelanggan kita bayar tetapi tak ramai photographer yang sanggup dipanggil bila2 masa seolah2 Doctor yang sedang On Call pula.Ye tak??




Untuk Little Mama's Love pastilah pada penawaran perkhidmatan Phography juga. Itulah kelainannya.Kebanyakan blog/site yg jual barangan bayi belum satu pun yang saya jumpa menawarkan juga perkhidmatan photography sekali.Pernah ke anda jumpa.SAYA? Belum lagilaaaaaaaa...

Saya harap saya dapat memenangi mana-mana pakej fotography supaya dapatlah gambar anak-anak saya yg cute ini diambil oleh photographer yg profesional.Agak-agak boleh tak anak saya jadi model Puan Photographer??



Untuk perhatian Puan2 Penaja saya telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan. Berikut adalah syarat-syarat berikut. Walau nampak semak saya nak mudahkan penaja mengira markah2 saya..Hehe



1) SYARAT PERTAMA

Who Can Join?

This is a contest specially created for existing followers/Facebook fans of the following blogs (any or all):

a) Mom Bloggers Planet - saya adalah follower
b) Little Mama’s Diary - saya adalah follower
c) Little Kids Photography -saya adalah follower
d) Little Mama’s LOVE -saya adalah follower
e) Malaysia Online Shopping Guide -saya adalah follower
f) Hence, the contest name, I Love U Contest - saya dah letak besar2 tajuk kat atas tue tau


2) SYARAT KEDUA

a) MUST – Put contest banner in your entry  and your blog’s sidebar  with link back  to this contest page-semua sudah dibuat

b)  MUST – Put link in your entry to Little Kids Photography and Little Mama’s LOVE
-saya dah nyatakan ini adalah penaja-penajanya dan link sekali  di awal entry

c). MUST - Answer these two simple questions in your entry
i) Name one of the photography package by Little Kids Photography -
HAPPY MOMENT ( AQIQAH)

ii)Name one of the item on sale at Little Mama’s LOVE Baby Boutique -
LITTLE KIDS APRON

d) MUST – Write short opinion “What’s interesting about Little Kids Photography and Little Mama’s LOVE?”- saya telah buat di dalam entry


5. MUST – Leave a link to your entry at the comment box at Little Mama’s Diary.com- saya dah tingal komen kat post Bila Rasa Bosan + Ada Duit extara. APa Anda Buat? saya juga tinggal komen post pada post I Love U contest ini. Saya komen 2 kali di tempat berbeza ada dapat markah lebih tak?hehe


Must Put Links

http://littlemamadiary.com/i-love-u-contest-by-little-kids-photography-little-mamas-love-baby-boutique-

http://littlekidsphotography.com,http://littlemamalove.com -sudah juga


Optionals

And, these are OPTIONAL things that you can do to get EXTRA MARKS. OPTIONAL means not compulsary, okey? The extra marks will help as tie breakers.



1. OPTIONAL – Follow Little Mama’s LOVE Baby Boutique with Google Friends Connect- DAH BUAT

2. OPTIONAL – Create an account/register with Little Mama’s LOVE-dah register

3. OPTIONAL – Join Little Mama’s LOVE Mailing List (simple, enter email only – see Mailing List box on left sidebar) -DAH BUAT


4. OPTIONAL – Follow Little Kids Photography with Google Friends Connect - DAH BUAT

5. OPTIONAL – Like Little Kids Photography on Facebook-saya dah buat atas nama Suhaila Saleh


6. OPTIONAL – Follow Malaysia Online Shopping Guide with Google Friends Connect - DAH BUAT

7. OPTIONAL – Like Malaysia Online Shopping Guide on Facebook- saya buat atas nama Suhaila Saleh


8. OPTIONAL – Follow Little Mama’s Diary with Google Friends Connect- DAH BUAT

9. OPTIONAL – Follow Mom Bloggers Planet with Google Friends Connect - DAH BUAT