ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Monday, July 30, 2018

Pandora Gold Infiniti Love. Dah 5 biji preorder!

Tak rugi yang preorder bead infinity love Nie
Harga tengah murah
Walaupun berat cuma 1.3+
Nampak kukuh dan tahan
Workmanship batu-batu pink halus tue pun nampak kemas betul
Terlebih berbaloi dengan harga murah
Emas kan tengah murahhhh

Sapa nak order
Order lekas
Sebelum harga emas naik
Depo rm50
Siap baru bayar full

EMAS ADALAH PERHIASAN, SAVING&PENGHAPUS HUTANG
PANDORA GOLD BY GELIGA GOLD
www.wasap.my/60173201998

Saturday, July 28, 2018

Bila dok hotel nak sembang apa?

Saya Free betul
Mehla sembang
Kalau kat rumah ada je benda saya nak buat
Sampai tak menang tangan
Dalam kepala dah beratur list nak buat apa
Kadang-kadang dah sampai malam list tak habis lagi
Nie dok kat hotel Nie
Dah puas bersenda gurau dengan budak-budak
Amana arief pun sibuk dgn Lego dan uno
Khairy mcm biasa melekat kat kaki mak dia sambil tgok tv
Adam keluar masuk almari..kejap lagi dia mesti nangis mintak selamatkan dia yg terperangkap dlm almari..kiki
 
Saja nak sembang ramai yg dah tau
Emas nie multi purpose
Boleh guna banyak kali untuk pelbagai urusan
Sebelum nie sy guna emas untuk bantu selesaikan hutang credit card dengan cepat
#done tebus
Pernah juga guna untuk persiapan masuk sekolah anak
#done tebus
Pernah juga guna untuk persiapan raya
#done tebus

Insya Allah masa terdekat guna untuk modal online business pula
Saya tak tahu orang lain
Tapi dengan emas Nie
-hutang lama selesai
-hutang baru tak ada
-hutang ar-rahnu dapat tebus sebab ditermination nak selesaikan hutang di Arrahnu memang kuat ..so pandailah akan "sorok" cash untuk tebus emas di ar-rahnu
-urusan yang memaksa kita ke arrahnu juga selesai
 
Tak perlu emas banyak-banyak sangat pun
Cukuplah setakat boleh rolling/fungsikan untuk  pelbagai urusan
Tapi kalau yg mampu serba serbi tue terpulanglah nak simpan emas banyak-banyak dari melabur kat skim cepat kaya AKA kayap
Tapi ZAKAT jangan dilupa
EMAS ADALAH SAVING&PENGHAPUS HUTANG
SUHAILA SALEH
DEALER PUBLIC GOLD
PG00097831
www.wasap.my/60173201998
Pajak kejap je
Lepas tue tebus
Masa nie nak beli baju sekolah anak kot haha
Duit cash terawang-awang
So pegi pajak emas.. dapat duit kejap
Masa duit yang kat awangan tue dah terhempas ke lantai
Pg tebus emas balik
Itulah namanya "gadaian/pajakan/cagaran"
paham?
 
Jangan malulah nak pegi arrahnu AKA mengadai
korang buat loan kat bank tue ada ke harta?
Pinjam kosong je kan?
 
Oarang yang pegi pajak gadai nie ada harta..emas tue..
cuma sayang nak dijual
tak meminjam kosong
meminjam berharta kekdahnya haha
 
 
 
buah hati mama
makin bijak
makin nakal
makin manja
 
abangnya dahlah kurus
awak tue adam dahle demok
sabar ye arief dukung adam 
mak cakap adam nie betul-betul ikut muka saya
alhamdulilah
penyejuk hati mama
selalu saya peluk adam kuat-kuat
supaya dia rasa saya sayang sangat kat dia
saya tak nak dia ada rasa sezarah pun yang saya tak sayang dia
berdosa rasa bila dulu saya cakap "saya tak nak mengandung.saya tak sedia.saya tak nak baby"
sebabnya saya masih trauma dengan semua yg saya lalui masa mengandung, lahirkan dan selepas khairy lahir
lagipun saya nak focus khairy je
tapi Allah lebih tahu kenapa Adam hadir dalam hidup saya
Sekarang Adam kesayangan semua tau
 
adalah si kecik tue fikir
entah benda nakal apa lagi dia nak buat
 
 magic khairy
tetap magic sampai bila-bila
 
arief yang buat
 
Dalam banyak-banyak anak..
yang Nie selalu buat saya naik angin..
Tak dia mengacau adik-beradik
Dia mengacau benda yg elok jd rosak
Eh mcm2 lah.....
Kadang2 rasa bersalah jugak..
Lego je ubatnya
dia boleh hadap berjam2 benda Nie
Mcm2 benda yg dia bentukkan
Kadang jadi bangunan..kadang jadi kenderaan
Dia campur2 lego2 yg lama dan baru
Mcm2 binaan..
Takpelah buatlah
Nanti mama belikan banyak2
Arief baik sangat kalau berdua
Maksudnya dia dengan saya je..takde anak-anak lain
dah banyak kali kalau berdua dengan saya dia mendengar kata
bila ramai-ramai tue yg tak boleh control
Trip saya ke Penang follow Public Gold  tue dia sangat baik
Eh lupa pulak saya tak buat entry Trip Public Gold Tour tue lagi haha
 
 
 
Si Magic dan si debab!
 
Saya tak mandi pun tapi saya pulak yang lencun
 
 

Macam mana boleh jatuh cinta dengan emas

Macam mana boleh tersuka dengan emas?

Masa mengandung budak comel dalam gambar nie saya selalu baca posting rakan FB yang selalu share tentang emas... Masa tue ingatkan saya akan dapat baby girl sebab suka sangat baca info emas dan sebelum saya bersalin budak comel nie  sempat saya beli beberapa gram gold bar.

Disebabkan minat sangat dengan emas beberapa hari sebelum bersalin budak comel nie sempat lagi ke Shah Alam pergi amik emas dengan sorang towkay emas..

Rupanya anak yang lahir anak lelaki..mungkin bakal towkay emas.. 😘siapa tahu?? Sebut baik-baik..cakap baik-baik.. Allah akan beri yang baik-baik tau...

siapa cakap lelaki tak perlu emas? Si budak comel dalam gambar nie pun dah ada beberapa gram.. silap hari bulan emas yg mama simpankan utk si budak comel nie boleh guna untuk meminang gadis pujaan nanti.. eh sebelum tue guna emas utk sambung study dulu ye,🤣

Makcik-makcik dan pakcik-pakcik comel dah ada berapa gram emas?

EMAS ADALAH SAVING&PENGHAPUS HUTANG
SUHAILA SALEH
DEALER PUBLIC GOLD
PG00097831
www.wasap.my/60173201998

Thursday, July 26, 2018

Ubtuk suami2 yang beristeri

Suami yang baik adalah suami yang faham keadaan isteri ketika berpantang. Menahan segala kehendak dan menunaikan segala kehendak isteri ketika berpantang. Ini kefahaman saya dan saya rasa ini perlu ada pada setiap suami.

Dari semalam banyak lalu diwall saya  status tentang suami bagi ubat tidur kepada isteri sedang berpantang buatkan ramai yang PM minta pandangan. post ini mungkin terlalu panjang(bagi lelaki). Bacalah dari hati seorang lelaki dan suami yang benar-benar sayang dan cinta kepada isteri. Ya nyawa  ku taruhkan untuk isteri kerana Allah dan Rasul.

Koyakkan@ first degree tear,second degree. Tear,third,fourth(deep tear) Ini kemungkinan berlaku kepada ibu-ibu bersalin. Walaupun darah nifas(posnatal bleeding) mungkin akan kering dalam tempoh 6 minggu dan ini menunjukkan kedudukkan rahim akan berada ditempat asal. Berkemungkinan besar koyakkan tahap pertama dan kedua boleh semboh dengan baik. Third,fourth, Allahu. Yang pernah lalui sahaja memahami betapa sakitnya,betapa sukarnya setiap pergerakkan. Lebih teruk dari cesar.

Walaupun mereka sudah boleh solat,luka dah baik, waktu ini  suami boleh 'mendatangi' mereka. Namun Satu perkara yang kita perlu faham tentang mereka iaitu berkaitan dengan EMOSI(hormone). Ya mereka penat 9 bulan 10 hari, proses labor berjam-jam. episiotomy, Insert branula(kadang-kadang banyak kali kena cucuk sebab urat halus),CTG dan banyak lagi Medical reason  yang perlu dilakukan oleh para doktor dan bidan untuk memastikan ibu dan bayi selamat. Penat jaga anak siang malam menyusu ini satu kemestian.

Ini semua melibatkan EMOSI ibu. Walaupun kita lihat fizikal mereka  sihat, namun EMOSI mereka masih dalam labour room, ada yang  TRAUMA, PENAT, SAKIT masih menghantui mereka. Adakalanya disebabkan peningkatan hormon prolaktin buatkan mereka tidak berkeinginan untuk 'didatangi'. Waktu dan tika ini peranan suami sangat penting. Bantu isteri sebaik mungkin. Jadi suami yang penyayang dan pendengar yang setia setiap keluhan isteri. Sentiasa mengucapkan perkataan dan kata-kata yang baik terhadap isteri. Layan isteri bagaikan dayang melayan permaisuri.

Ketepikan dahulu soal 'CINTA' kita. Fokus kita sehingga isteri benar-benar bersedia. Sihatkan fizikal dan mental(hormone) mereka. Bang banyak lagi cara untuk kita puaskan CINTA kita. Bukan paksa mereka, bukan curangi mereka, bukan guna pelbagai trick yang boleh menambah trauma mereka(Bagi ubat tidur etc). Bang mereka banyak kali 'mati' untuk kita. Jika anak 5, 5x kali mereka 'mati' untuk kita. Alhamdulillah masih ramai suami diluar sana sangat-sangat memahami isteri ketika berpantang.

Apa perlu suami buat?

Berpantang. Suami wajib jadi pawang 100 hari. 

Dapatkan:
-Ikan yang segar
-Sayuran kampong
-Ayam kampong
-Telor ayam kampong
-Daging lembu segar

Bantu isteri:
-Masak untuk isteri, lagi best ikan tu dibakar. Sediakan menu yang sihat, berkhasiat dan menyelerakan.
-Air kunyit dibuat sendiri
-Urutan post natal yang membuatkan isteri lebih tenang.
- berkomunikasi setiap masa untuk elak meroyan.
-'Khidmat' 100% terutama minggu pertama.  "Ada apa-apa lagi  abang boleh bantu sayang ? "
-Pantau luka .
-Bantu isteri bergerak, berjalan terutama ke tandas. Jangan biarkan mereka terbaring sahaja. Berjalan atau bergerak boleh bantu lancarkan darah dan elakkan DVT(Darah beku disalur darah).
-Pastikan isteri minum air mineral dengan cukup.
-Bantu mandikan isteri dan bayi.

Ambil tahu:
-ILMU PENYUSUAN
-Amalan@Pantang larang ketika isteri berpantang
-ingatkan isteri makan ubat yang disediakan oleh doktor
-Jadual pemeriksaan bayi dan ibu diklinik
-Basic urutan untuk ibu berpantang.
-Cara berbedong/bekong
-jamu/vitamin/ubatan untuk ibu berpantang dan selepas.

Dan suami juga perlu faham tanda-tanda isteri melalui fasa post-portum period. Jika ada tanda selalu menangis,termenung ini perlu dirujuk ke hospital.

Paling mustahak dan sangat setuju pesan mak:

"100 hari menahan CINTA sihatkan isteri"

#SayaIzinCopyShare

-EncikMatt-

Wednesday, July 25, 2018

Cik Matt tak habis-habis kisah kerja rumah.. mesti cik matt pun rasa penat kan?

Awal perkahwinan dulu saya fikir LEGALAH, pakaian,makan minum saya semua isteri uruskan. Apabila kahwin nanti senanglah  isteri jaga segalanya,sehinggakan pinggan,sisa makanan yang pun isteri bersihkan.

Sampai satu tahap isteri asyik mengeluh sakit badan,sakit sana sini,rambut mulai gugur,isteri mula kurang senyum,sedangkan sebelum ini orang yang  mudah lemparkan senyuman.

Saya mula muhasabah diri,rupanya LEGALAH saya tu saya letakkan satu BEBANLAH kepada isteri.

Sehinggakan satu masa saya tekat untuk berubah. Saya mula tekat kena sama-sama uruskan rumahtangga atau semua tanggungjawab ini saya kena pikul. Isteri bukan orang surah atau manusia  untuk saya ambil peluang  bersenang lenang dan arahkan buat itu ini.

Suatu hari saya hantar isteri balik rumah mertua,saya kata ada  urusan sekejap,tapi saya balik rumah kemaskan segalanya. Kebetulan ada buat majlis makan-makan untuk keluarga  jadi pinggan,periuk dan sisa makanan bertimbun dalam singki.

Saya masuk bilik saya sepahkan pakaian,tempat tidur. Dan dari situlah saya mula kemas semula sehingga semuanya beres. Dari dapur sehinggalah 4 bilik tidur,4bilik air, depan rumah,belakang rumah semua saya uruskan sendiri. Ya Allah rupanya penat,stres,nak marah semua ada.

Saat itulah saya mulai rasa,betapa penatnya seorang  ibu  untuk besarkan kita,jaga makan minum pakaian kita dalam serba kekurangan.  Dalam keadaan begitu pun isteri tetap layan suami dengan baik lemah lembut siang malam.

Berbeza  Kita suami, balik dari kerja badan  penat boleh rehat sambil tengok tv,sambil order air. Kadang-kadang waktu malam sempat lagi melepak bersama kawan-kawan.

Tetapi tidak isteri. isteri yang bekerjaya balik rumah walaupun penat tetap masuk dapur,tetap uruskan anak,kemas rumah,sempat lagi tanya kita  nak makan apa,nak minum apa. Itu pun kadang-kadang handbag masih lagi dibahu,baju kerja masih lagi dibadan dah buat segalanya.

Allahu banyaknya dosa kita kepada isteri.

Para suami,jika masih pagi berperangai seperti saya sebelum ini marilah berubah. Marilah buatkan isteri kita bahagia,sayang,tenang tidak stres dengan kerja rumah siang malam. Sayangi isteri lebih dari jiwa kita. Hargai setiap kebaikan dalam diri mereka.

Balik rumah nampak bersepah bersihkan,baju,stokin letak ditempat yang sepatutnya. Anak belum mandi ajak anak mandi,jika isteri belum mandi dukung isteri mandikan sekali. Setiap hari belajar untuk iron baju sendiri,cuci pinggan sendiri,kemas tempat tidur,sental bilik air. jika  outstation belajarlah untuk kemaskan pakaian sendiri.

Begitulah dalam perkahwinan,kita sama-sama mencari bahagia,kasih sayang,saling  menyintai,saling memberi dan menerima dan paling utama saling memikul tanggungjawab dalam ikatan perkahwinan yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t.

Percayalah,jika kita bahagiakan pasangan berlipat kali ganda Allah gantikan kebaikan.

P/s: jika tag pasangan,katakanlah jom abang sama-sama kita cari bahagia atau terima kasih abang baca sampai habis.

-EncikMatt-
#LelakiBuQa

Mak ayah pula

"Sorry, sorry, saya salah tempat duduk." Bingkas dia bangkit dan meminta laluan untuk keluar dari tepi tingkap.

Nombor tertera di tiketnya memang di tepi tingkap, tetapi sepatutnya dia duduk di barisan kami.

"Tuan nak masuk sampai ke tingkap? Atau perlu saya berpindah ke tengah dan tuan ambil tempat saya." Tempat sebenar dia di tepi tingkap sedang diduduki seorang amoi yang juga sudah berdiri untuk keluar memberi laluan.

"Eh, takpa! Duduk sini lagi senang. Stay ja." Dia melarang amoi dari keluar dan terus  mengambil tempat saya di bahagian lorong.

"Setiap minggu, 3 kali ulang alik naik kapal terbang, pun boleh salah tempat lagi. Aduh! Sebab pagi tadi saya naik 'seat' 10A. Tu dok bayang balik pun sama. Rupanya, '9A'."

Hati terdetik kagum. 3 kali seminggu? Dia ni buat apa?

"Ada buat bisnes sikit-sikit. Itu dok ulang alik setiap minggu. Rumah saya di Sungai Petani. Di KL ada juga, kawasan Bandar Kinrara."

Fuh, ajaib betul. Hati baru berbisik, dah terus dijawab. Mesti muka saya langsung tak mampu nak cover kekaguman awal tadi.

Hati nakal bergelut lagi. Bisnes apa dia ni sampai kerap turun naik dari Penang ke KL? Lain macam bunyinya. Tak percaya betul perkataan 'sikit-sikit' tu.

Belum sempat ditemu bual lebih panjang,  kru kabin sudah bersedia untuk memulakan demo keselamatan. Saya berhenti untuk beri laluan dan mendapati dia sudah tertidur. Letih sangat agaknya.

***

Masing-masing melepaskan tali pinggang keselamatan sejurus kapal terbang selamat mencecahkan tayar di atas landasan.

"Tuan buat bisnes apa?" Terluncur pertanyaan yang tersimpan sejam sebelum itu.

"Stesen minyak."

"Oh! Petronas ke?"

"Shell. Ada dua tempat. Satu di Bukit Jalil, satu lagi di Sunway."

"Ooo..." Semakin panjang saya melopong.

Betapa awal tadi saya acah-acah percaya dia seorang ahli perniagaan, tapi sekarang saya benar-benar angguk dengan ikhlas.

"Saya duduk di Sungai Petani, sebab dekat dengan mak. Rumah di KL, anak-anak duduk, sebab ada yang belajar di universiti. Senang ulang alik. Tak perlu sewa rumah atau masuk hotel."

Saya mengangguk lagi. Patut mudah berulang alik.

"Maaflah tidur sungguh-sungguh. Sampai 'landing' pun tak perasan. Pagi tadi bangun pukul 3 nak naik 'flight' dari Penang. Petang ni balik semula."

"Eh, sekejap saja?"

"Itulah. Biasanya, saya akan pergi hari Selasa macam hari ni dan balik keesokannya, hari Rabu. Tapi, malam ni dah janji nak bawa mak makan malam. Itu yang balik juga hari sama. Dah janji dengan orang tua, tak elok pula nak batal-batal."

Masya Allah. Dia balik hanya sebab nak bawa mak makan malam!

Rasa terpukul pula tiba-tiba.

Tercongak-congak bila kali terakhir saya bawa mak abah sendiri makan malam.

Nak kira sibuk. Sibuk lagi pemunya stesen minyak ini. Dua buah pula tu. Ulang alik lagi. Masih sempat berjanji untuk makan malam.

Allah.

***

Entah kenapa, tak lena tidur memikirkan kata-kata tuan pemunya stesen minyak. Seperti Tuhan kirimkan dia untuk 'menjentik' hati saya supaya bangun dan lekas sedar.

Baru dua, tiga hari sudah, adik di Sungkai kirimkan mesej. Dicadangkan kami adik beradik kerapkan balik ke kampung. Katanya, sejak kebelakangan ini, mak dan abah mula cepat rindu pada anak cucu. Kesan duduk berdua mula membuatkan mereka direnggut kesunyian.

Sehari sebelum cadangan itu sampai, abah kirimkan video ceramah Ustaz Shamsuri dalam whatsapp group keluarga.

Memang setiap bait kata ustaz seperti mencarik-carik ulu hati.

"Mak ayah, semasa mereka masih mampu urus diri sendiri. Mampu bawa kereta ke sana ke mari. Boleh datang melawat kita. Kita masih belum diuji. Kita belum boleh 'claim' kita anak yang baik.

Tunggu apabila mereka dah mula sakit. Sudah tak boleh bergerak. Tak boleh urus diri sendiri. Ketika itu kita perlu mujahadah. Perlu berjihad. Masa tu, baru kita tau, kita anak yang sayang ibu bapa atau tidak."

Hish, laju pula airmata menonton semula video itu.

Semalam sebelum ke Penang, sempat bisik pada wife, "Abang cadang nak ziarah mak abah, bila-bila hujung minggu, kita set masa free. Kalau budak-budak ni penuh kelas tambahan, abang ziarah seorang pun takpe. Harap, takde mak abah terasa 'hilang' kita."

Isteri tiada masalah. Selama ini pun, kekangannya memang anak-anak. Tetapi alasan, memang ada saja.

Allah mahu menegur, memang macam-macam caranya.

Walaupun, Tuan stesen minyak sudah 'cemuih' naik kapal terbang, tetapi tetap tersalah duduk. Salah tu hanya untuk buka peluang bercakap dengan saya dan menyampaikan mesej dari-Nya.

Dia ada 2 stesen minyak, masih mampu bawa mak makan malam. Kau?

Saya terima mesej-Nya.

Kekayaan tidak akan mampu membeli masa yang terlepas. Ribuan masa juga tidak akan menjanjikan kekayaan.
Tetapi menyantuni ibu bapa, boleh  memberikan kedua-duanya. Kekayaan dan masa.

-Ammar Kamilin-
Dulu, mak luangkan masa, dengar saya baca sifir.

Tuesday, July 24, 2018

Masa lalu dan masa depan

Pagi-pagi sarapan di mamak dengan anak bongsu je.. sebab bawak sorang anak sempatlah tengok keliling.. kalau bawak empat anak..muahaha..nak makan pun sampai tercekik sebab makan laju-laju

Sempat tengok gaya org bercinta..dalam hati..mcm aku zaman dulu2lah tue..

Sempat tengok gaya org veteran..datang berdua je dengan suami.. dalam hati ..sempat ke aku rasa mcm tue...ke salah sorang mati dulu?

Umur kita nie..yg sebaya sayalah..nak menginjak 40.. kita dah berada di pertengahan antara umur muda dan tua... Yg muda dah terlepas.. umur tua belum lagi..jadi buatlah yg sebaik2nya utk sisa masa yg tinggal..masa muda dah lepas takpelah.. biar Allah yg hakimi.. yg tua Nie sempat lagi nak ubah..

Pilih nak jadi yang mana

Dalam hidup nie ada 2 jenis orang yang membuatkan kita tak lupa pada mereka

1) orang yang berbudi kepada kita
2) orang yang membuatkan kita derita

Kita tak boleh pilih 2 jenis orang nie tetapi kita boleh pilih untuk jadi yang mana satu antara dua nie kan?

Jadi orang yang berbudi atau jadi orang yang membuatkan orang lain menderita

Di dalam pernikahan juga ada maksiat?

*Adakah Pernikahan Itu Hanya Sekadar Untuk Mengelakkan Zina?*

Benar, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam memberitahu kita semua bahawa pernikahan itu adalah jalan keluar untuk menjauhkan diri daripada maksiat zina yang keji.

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ يَزِيدَ ، قَالَ : دَخَلْتُ مَعَ عَلْقَمَةَ والْأَسْوَدِ عَلَى عَبْدِ اللَّهِ ، فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ : كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَبَابًا لَا نَجِدُ شَيْئًا ، فَقَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ ، مَنِ اسْتَطَاعَ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu berkata: Kami bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam ketika kami muda, dan kami tidak mempunyai apa-apa (harta), lalu baginda bersabda: Wahai anak muda, sesiapa yang daripada kalian berkemampuan untuk Al-Baah hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya ia lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa adalah perisai untuknya. [Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, hadis no: 4703]

Akan tetapi, adakah perkahwinan sekadar itu? Adakah perkahwinan sekadar untuk menghalalkan hubungan seksual?

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (21)
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa cinta dan belas kasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. [Al-Rum: 21]

Ayat ini menunjukkan bagaimana perkahwinan itu terbentuk dengan dua elemen penting iaitu:
- Cinta, kasih sayang
- Belas kasihan

Sungguh indah huraian Imam Fakhrurrazi. Beliau menyebutkan dalam Mafatih al-Ghaib:

فالمودة تكون أولا ثم إنها تفضي إلى الرحمة ،
Cinta (mawaddah) itu akan mengambil tempat dahulu, kemudian ia akan menghasilkan sifat belas kasihan (rahmah).

ولهذا فإن الزوجة قد تخرج عن محل الشهوة بكبر أو مرض
Oleh kerana itu, apabila seseorang isteri itu telah keluar daripada keadaan yang mengghairahkan disebabkan sudah menjadi tua atau kerana dia sakit,

ويبقى قيام الزوج بها وبالعكس
si suami tetap bersama dengannya, dan begitu jugalah sebaliknya.

Bagaimanakah sebuah perkahwinan yang hanya terbina atas dasar nafsu seksual sahaja dan tanpa cinta dan belas kasihan?

Selain itu, perkahwinan itu juga bukan sekadar hadir dalam bentuk menghalalkan hubungan yang sebelum ini haram. Bahkan ia hadir dengan kewajipan yang perlu dipikul oleh suami dan isteri.

Amatlah malang apabila kita melihat perkahwinan itu sekadar tempat melepaskan hawa nafsu, dan menutup mata kepada aspek-aspek lain.

Adakah kita melihat penzinaan itu sahaja sebagai maksiat, dan menutup mata kepada isu-isu lain dalam perkahwinan seperti kewajipan seorang suami dan isteri yang mana kewajipan-kewajipan ini apabila diabaikan maka ia jua satu maksiat kepada Allah.

Adakah kita tidak melihat isu-isu kezaliman dan penderaan dalam rumah tangga sebagai isu yang besar sebagaimana kita melihat besarnya zina?

#MMMR

Monday, July 23, 2018

Sedekah vs nafkah keluarga

*ِNafkah Untuk Keluarga VS Tabung Palestin*

Apabila masukkan RM1 dalam tabung masjid, tabung dakwah, tabung untuk Palestin, Rohingya; kita akan rasa satu perasaan yang lain, paling kurang kita rasa:"Aku dah buat sesuatu untuk umat".

Tetapi bila pergi pasar, beli barang dapur untuk kita, isteri dan anak-anak makan, beli baju untuk isteri dan anak, bayar sewa rumah yang kita duduki bersama isteri dan anak, kita tak 'feel' apa-apa. Kadang-kadang mungkin terdetik dalam hati "Aduh, keluar duit lagi".

Kenapa? Mungkin kita tak 'feel' betapa besarnya di sisi Allah nafkah yang kita berikan pada keluarga kita.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ دِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ وَدِينَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ ‏"‏ ‏.‏
Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Antara dinar yang dibelanjakan di jalan Allah, dinar yang dibelanjakan untuk membebaskan hambar, dinar yang disedekah kepada orang miskin, dan dinar yang dibelanjakan kepada ahli keluarga. Yang paling besar pahalanya ialah yang dibelanjakan untuk ahli keluarga. [Sahih Muslim, Kitab az-Zakat, no: 995].

عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ "إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلَّا أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتَّى مَا تَجْعَلُ فِي فَمِ امْرَأَتِكَ"
Daripada Sa’ad bin Abi Waqqas radiallahu ‘anhu, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya tidaklah sama sekali engkau membelanjakan harta dengan mengharap keredhaan Allah melainkan engkau akan diberikan ganjaran untuk perbelanjaan itu hatta apa yang engkau letakkan ke dalam mulut isteri mu. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman, no: 56]

#MMMR

#kalau mcm saya nie dah terlebih gemuk..suami bagi cukup makan ke caner? Haha

Sunday, July 22, 2018

Boleh pilih suami lagi best? Pernah juga terbaca..

"Doktor, saya nak mintak balik rumah hari ni boleh?Suami dan mak mertua saya dah bising, anak saya dah 2 malam asyik menangis tak mau tidur."
Tersentak saya mendengar permintaan itu.

Ibu muda beranak 4 ini sedang mengandung anak ke 5 mereka. Usia kandungan 28 minggu. Beliau di masukkan ke dalam ICU disebabkan jangkitan kuman di dalam darah. Sepsis.

ICU= Intensive Care Unit
Unit Rawatan Rapi.

Betapa rapinya rawatan di sini sehingga setiap denyut nadi pesakit di perhatikan. Sehingga setiap titik air yang keluar masuk daripada badan pesakit di kira. Tiada pesakit yang tidak tenat saja-saja dimasukkan ke dalam ICU. Setakat sakit biasa-biasa, tidak perlu di rujuk kepada Pasukan Bius & Rawatan Rapi. Hanya bila keadaan pesakit kritikal.

"Maaf Puan, kami tak boleh benarkan. Keadaan Puan masih kritikal."

Demamnya masih tinggi, 39.6oC.

Nafasnya laju, kerana darahnya berasid disebabkan jangkitan kuman lalu paru-paru bekerjasama dengan buah pinggang untuk mengurangkan tahap asid dalam darah.

Tekanan darah juga rendah perlukan ubat sokongan.
Jantung berdenyut sangat laju.
Kuman juga hidup riang di dalam sampel darah pesakit yang di ambil.

Antibiotic yang di berikan untuk membunuh kuman pun baru dua tiga hari diberikan.

"Susah doktor..anak saya tu baru setahun, dia memang menyusu badan dan tidur dengan saya malam-malam. Dia tak mahu dengan suami atau neneknya.."

Adei..parah..

"Adik, awak ni masih letih, bernafas pun laju tercungap-cungap perlu oksigen..macamana awak nak balik rumah?"

Dia terdiam. Angguk.

"Boleh ka doktor terangkan kepada suami dan mak dia? Tadi mereka datang marah-marah saya sebab saya tak sihat dan tak boleh balik rumah lagi.."

"Boleh adik. Nanti saya bercakap dengan mereka. Adik berehat lah dulu ya? Jangan fikir banyak sangat..kesihatan awak tu lebih penting..Doa minta Allah mudahkan semuanya, ok?"

Begitulah nasib seorang isteri dan juga seorang ibu yang baik. Hal kepentingan diri dia, sentiasa dia letakkan belakang sekali. Dah lah sedang mengandung, sakit tenat sampai kena masuk ICU, anak menangis di rumah pun suami nak dia settle kan juga?? Apa guna awak jadi bapa dia kalau macam ni pun masih kena isteri buat semuanya??

Cuba fikir dalam-dalam, lagi susah ke lagi senang hidup awak kalau awak paksa isteri balik rumah juga dan kemudian keadaan dia makin teruk sehingga tidak dapat diselamatkan? Anak yang dalam perut tu dah pergi bersama dengan ibu dia. Anak awak yang paling besar baru darjah 1. Yang kecik sekali baru umur setahun dan masih menyusu.

Hanya kerana awak tak dapat tidur malam sebab anak awak meragam, awak hilang terus isteri awak tu selamanya. Anak-anak awak turut kehilangan ibu kandung mereka.

Memang la isteri awak tu wonder woman. Semua dia boleh buat. Tapi kekuatan dia pun ada limit juga. Berkorbanlah sedikit masa tidur tu. Tunaikanlah janji nak bersusah senang, sehidup semati dengan isteri awak tu.

Kerja suri rumah, penat. Isteri seorang yang buat memang tak cukup tangan. Perlukan bantuan suami. Kalau mampu carikan pembantu untuk isteri, lakukanlah. Jika tidak, awak sebagai suami lah tolong dia uruskan rumah . Awak sebagai bapa lah tolong uruskan anak-anak.

Ini tidak.

Anak nak ada ramai-ramai. Setahun dua dah nak tambah anak. Isteri awak buat macam dia orang gaji. Bila dia tak sempat urus diri, kurang menarik awak pergi cari tarikan kat tempat lain. Sedangkan masalah ni bermula puncanya daripada suami yang tidak menunaikan tanggungjawab dia dengan betul.

Ada baca perkongsian seorang bapa hari tu, anak perempuan dia yang masih kecil cakap kepada dia, nanti besar dia nak jadi lelaki lah, senang. Kenapa senang? Sebab papa lelaki, balik rumah je boleh rehat main-main telefon. Kalau jadi ibu semua kena buat. Letih! Baik jadi lelaki.

Agak-agak daripada mana anak tu belajar kalau bukan daripada contoh teladan sekeliling dia? Tak hairan lah kalau sekarang ni banyak kes kecelaruan gender.

Dalam setiap perkahwinan ni kena ada semangat kerja berpasukan. Saling bantu membantu, saling bertolak ansur, saling memahami, tidak mementingkan diri sendiri, tidak menjulang ego sendiri, kena sentiasa ada komunikasi yang baik terutama di antara suami dan isteri.

Mohon layan isteri anda dengan baik dan adil. Jangan biar isteri anda merana dalam diam. Dia boleh bersabar. Namun sabarnya ada limit.

Dia boleh redha dengan nasibnya di dunia. Sebab dia tahu, Allah nanti bagi dia pilihan di akhirat untuk kekal bersama dengan suami dia ni, ataupun pilih yang lain yang lebih best lagi.

Thursday, July 19, 2018

Kos haji turun dengan emas?

Saya lupa save gbr Nie dari mana
Mintak halal ye
Yg dah lama kumpul emas bertuah betul
Makcik-makcik kita yg ada simpanan emas jenis lama.. untung bebenor kan?

Simpan emas biar ada objektifnya.untuk saya:

-objektif masa panjang :  tunaikan Haji pula sebab umrah dah buat..

-objektif yg ada tempohnya: selesaikan hutang.impian saya sampai masa saya setel lump sum hutang dengan emas. Ini mungkin untuk kereta. Tak payah tunggu sampai 7-8 tahun. insya allah

-objektif sepanjang masa: persekolahan anak, kesihatan anak

EMAS ADALAH SAVING&PENGHAPUS HUTANG
SUHAILA SALEH
DEALER PUBLIC GOLD
PG00097831
www.wasap.my/60173201998

Wednesday, July 18, 2018

Happy sebab ramai beraya dengan Pandora Gold

 

Benda paling best bila minat korang jadi sumber income
sikit ke banyak tak jadi hal
paling best bila income tue ko beli balik benda yang ko minat tue
so its seems ko tak gunakan wang gaji untuk beli barang yang ko minat
dan paling best income dari jualan barang ko minat tue ko belanja anak-anak pulak
pusing pusing pusing benda tue mengembirakan hidup
kalau tak rasa DULL
buat benda yang sama
 
gaji untuk saya ialah selesaikan segala keperluan anak-anak dan rumah tangga plus parents
 rasa bersalah juga kalau kita kemain shopping sakan
tapi suami ko takde pulak macam tue kan?
oh dia shopping rokok..betul jugak tue haha
 
 bukankah keizinan kerja tue suami juga yang beri
jadi jangan melampau batasan (untuk saya bukan untuk anda)
lagi2 di zaman sekarang ..semuanya RM..
jadi berlebih kurang adalah lebih baik untuk kerukunan rumahtangga
mungkin saya semakin tua haha
 
teringat bila papa bebudak nie tengok tangan saya
"happy betul awak sekarang ye..mcm makin bertambah je.."
jawapan biasa
"eh nie nampak je mcm saya pakai tau..nie saving untuk khairy"
"IYELAH TUEEEEE"
 

Dahla meraban je..meh tengok Pandora Gold yg geng-geng saya beli

Member contest beli

alamak nie tak ingat sapa yg beli
bead paw nie ada yang below RM150

 
yang ada warna warni nie dipanggil enamel
ia tetap emas
 emas tetap emas
ia tetap bernilai
kelebihannya enamel membuatkan Pandora gold lebih  cantik berseri

 
member blogger

 

banyak  member nie beli
member FB

 member university
satu geng
dulu bila dia takde duit dia amik je dari purse saya
saya pun selalu tidur bilik dia
dia lapar dia datang je umh saya "mak,takde lauk nak makan.nak makan sini"
hahaha..selamba gile
mak saya cakap nie anak angkat dia
 

 tangan comel sapa nie? bersinar-sinar pulak tue haha

alhamdulilah
setakat nie smuanya sampai dengan selamat
 

Okey ini buktinya Pandora Gold bernilai
laku untuk panjakan bagi dapatkan pinjaman kewangan dari Arrahnu
bawak Pandora Gold anda ke Arrahnu
Pandora Gold ye bukan Pandora Silver  hihi dan IC sahaja
lepas tue Arrahnu akan buat penilaian dan akan dapat pinjaman
22.0K tue maksudnya mutu emas 916
ada sesetengah Pandora Gold mutu emasnya 750 tau
kalau mutu emas lebih rendah masa nak pajak ..pinjaman akan lebih rendah
masa nak jual semula pun.. nilainya jadi lebih rendah
so buat pilihan yang bijak tau
 
Contoh di atas saya pajak 4 biji Pandora Emas termasuk yang ada batu dan enamel
Arrahnu nilaikan RM936.90
Pinjaman di arrahnu akan dapat 75% dari nilai emas tersebut
Jadi saya dapatlah RM702 sebagai pinjaman
Saya pinjam RM702 nie upah simpannya hanya RM8.03 sebulan
So janganle biarkan lama-lama emas korang kat Arrahnu
Tebuslah emas kita cepat-cepat  supaya tak perlu bayar upah simpan banyak-banyak

kebiasannya bila kita pajak emas nie determination nak menebusnya sangat kuat
so korang takkan berhutang lama-lama macam korang buat personal loan
sampai berbelas-belas tahun ..dushhh.. mengata diri sendiri jugak nie..cerita lama
Bila terdesak baru pajak bukan takde kerja nak pajak selalu
 
 
Mahal ke Pandora nie?
belilah yang ringan-ringan dulu
tapi yang ringan kena layan manja-manja tau
jangan layan kasar-kasar. nanti kemek pulak 
yang ringan ada below rm150 (below 1g)
lepas dah pakai  yang ringan confirm korang usaha nak menabung untuk yang berat pulak
 
kalau 1.5g dah ok untuk saya
Takdelah kemek pun..
kalau berat lebih dari 1.5g biasanya dah lebih RM300
sayang duit pulak kecuali ada duit terpijak
saya beli banyak yg ringan..
suka beli yang 1.1g, 1.2g, 1.3g dah kira okey tue..
ada  beberapa biji je yang  berat untuk bagi balance rantai tangan tue
 
 
Till then jemput like
017-3201998
 
 
 
 
 
 

Solat Paksa -Didik

TAK SOLAT-PENYAKIT KRONIK  YANG BERAKAR UMBI DAN BERANTING PUCUK

Saya lihat ramai orang yang tak solat, baik kanak2, remaja, orang dewasa dan warga emas. Setakat pemerhatian saya, mereka tak solat kerana tidak dipaksa-didik oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa mereka pun dahulu mungkin turut tidak dipaksa-didik oleh generasi lampau. Orang yang tak dipaksa-didik untuk solat akan jadi orang dewasa yang tidak pula memaksa-didik anak mereka. Lalu kitaran tak paksa-didik ini akan terus berhubung dan berantai.

Rasulullah SAW tahu benar solat yang konsisten sukar dilaksanakan jika tidak dilatih semenjak muda. Ini sebabnya baginda menyuruh solat dididik seawal 7 tahun dan didik-pukul (tanpa dera) dibuat ketika usia anak mencecah 10 tahun.

Jika nasib baik, orang yang membesar dalam kitaran ini mendapat hidayah dan mula mengenal Allah melalui pintu yang sebenar iaitu solat. Oleh itu kita perlu saling mengingatkan sesama kita agar menjaga solat. Cuba perhati! Doa hidayah pada ayat 6 surah al-Fatihah yang menjadi rukun  solat didatangkan Allah dengan lafaz JAMAK atau RAMAI - اهدنا الصراط - dan bukannya -  اهدني الصراط.

Ia sebenarnya suatu signifikan betapa kita perlu turut doakan hidayah untuk orang lain yang belum solat atau tidak konsisten solat.

Setelah melihat kecacatan kitaran paksa-didik ini, barulah saya faham mengapa nabi Ibrahim AS berdoa khusus untuk solat dan keturunannya:

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

"Wahai Tuhanku! Jadikan daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

My Lord, make me steadfast in Salāh, and my offspring as well. And, Our Lord, grant my prayer (Ibrahim 14:40)

Percayalah! Apabila Allah sudah hilang daripada jiwa dalam kitaran 5 waktu sehari, nafsu dan syaitan akan mengisi kekosongan itu:

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

Kemudian mereka diganti oleh keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),

Then came after them the successors who neglected Salāh and followed (their selfish) desires. So they will soon face (the outcome of their) deviation (Maryam 19:59).

Jika orang yang kekal solat pun masih terdedah kepada dosa, bayangkan orang yang tak kenal solat?

Orang yang solat, mereka sedar kekurangan dan kelemahan diri apabila melakukan dosa kerana mereka masih dalam kitaran penyembahan kepada Allah 5 kali sehari. Bagi orang yang tak solat, tiada apa lagi peringatan harian yang boleh mengingatkannya betapa alam ini ada TUHAN, ada dosa pahala dan balasan akhirat.

Kesimpulannya, paksa-didiklah diri kita dan anak keturunan kita untuk konsisten bersolat dan mengenal Allah! Jangan hanya solat sendiri, rangkumkan bersama anak keturunan kita kerana ia adalah arahan Allah:

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa.

Bid your family to perform Salāh, and adhere to it yourself. We ask no provision from you. We give provision to you. And the ultimate end is in favour of Taqwā (God-fearing, and piety) (Taha 20:132).

- Abdullah Bukhari  @ 18 Julai 2018 -

Tuesday, July 17, 2018

Simpan emas dibakar api neraka?

ADA YANG KATA JANGAN SIMPAN EMAS ?

Simpan emas dibakar api neraka ?

SALAH KE KAYA ? MASUK NERAKA KE ?

Ramai yang beranggapan bahawa ISLAM ni galakkan untuk miskin, tidak galakkan untuk kaya.

SALAH FAHAM bila ambil firman Allah sekerat sekerat.

Ada beberapa orang yang komen tentang orang yang simpan emas akan dibakar oleh api neraka.

Ramai juga yang keliru dan takut untuk menyimpan emas.

Takut untuk tukar duit kertas kepada emas iaitu real money.

Sedangkan itu termasuk perkara sunnah kerana emas itu sendiri diterima pakai di zaman rasul dan juga ia ada nilai intrinsik pada dirinya sendiri.

Bukannya seperti wang kertas yang langsung tidak ada intrinsik value, makin lama makin ditelan oleh inflasi, makin menyusut nilainya. Inilah permainan currency.

Dalil paling basic yang diberikan adalah surah at taubah ayat 35.

.

Sebenarnya bila kita misquote firman Allah ni akan menampakkan asal simpan emas je kena bakar dalam api neraka.

Persoalannya kena bakar dalam neraka tu berapa jumlahnya sehingga kena bakar ?

Adakah simpan 1g, 10g, ataupun sampai 1 tan baru kena bakar dalam neraka ?

Ayat ni bila tak refer tafsir akan tergantung dan blur. Sedangkan di dalam islam adanya ZAKAT. Itulah penentu berapa kadar harta yang perlu dizakat.

Depend kepada haul dan nisab. Bukan asal simpan emas je kena zakat semuanya.

Sedangkan dia lupa simpan duit kertas pun kena keluarkan zakat sekiranya sudah sampai haul dan nisab.

.

Sebenarnya ayat 35 ni tak boleh ambik gitu je. Sebab ada konteks ayat nya pada ayat 34.

Then kena refer tafsir, common tafsir ibn katsir.

Bila ambil ayat sekerat je akan timbul pelbagai fitnah.

Sebagaimana surah al maaun 4 Allah firman celakalah bagi orang yang solat.

Bila ambil ayat ni sekerat je, timbul masalah aik takkan solat pun masuk celaka masuk neraka ? Kalau camtu baik takyah solat. Kata orang yang kurang faham.

Padahal ada lagi ayat di depannya ayat 5 iaitu orang yang lalai dari solatnya.

Kebanyakannya ambil ayat sekerat untuk menimbulkan fitnah.

.

If tengok dalam ayat taubah 34 dan 35 ni saling berkait 1 sama lain.

Ada 2 kategori manusia yang Allah sebutkan.

1. Golongan rahib dari yahudi dan nasrani yang memakan harta secara batil. Yang mempergunakan agama tujuannya untuk keuntungan duniawi.

Of course lah bila memakan harta secara batil bukan emas perak sahaja tapi benda lain pun tetap haram.

Contoh Awang memiliki emas hasil merompak di kedai emas. Perbuatan Awang itu haram dan berdosa boleh menyebabkan diazab di akhirat.

Tapi tak boleh kita kata, siapa yang simpan emas diazab, dibakar dalam api neraka.

Ini langsung tak boleh nak diterima oleh aqal yang sihat.

Bukan sahaja emas, bahkan harta seperti kereta, rumah pun bila didapati secara batil tetap hukumnya haram walaupun setin sardin hasil dari curi pun tetap haram.

.

2. Golongan yang dibakar kerana simpan emas. At taubah 35

Bila refer tafsir ibnu katsir bukan seperti apa yang difahami oleh segolongan kecil kita.

Dalam ayat ni menyebutkan al kanzu, al kanzu ialah harta simpanan yang tidak dikeluarkan zakat.

Thats y ia diazab kerana menyimpan harta yang tidak dikeluarkan zakat.

Bukannya asal simpan emas, perak terus kena bakar dalam api neraka, pemahaman ini jauh sekali dari pemahaman ahli tafsir dan para salafusoleh.

Bila dah keluarkan zakat ia tidak termasuk dalam al kanzu
( harta simpanan yang tidak dikeluarkan zakat )

.

Yang dimaksudkan dalam ayat ni adalah mereka yang kumpul emas dengan tidak mengeluarkan ZAKAT.

Hadis dari nabi sendiri yang mentafsirkan tentang ayat at taubah ni berkaitan dengan orang yang tidak menunaikan zakat.

Buktinya :

Nabi sendiri pesan :

Tidak seorang pun dari pemilik emas atau perak yang tidak mengeluarkan haknya (zakatnya) kecuali pada hari kiamat nanti disediakan untuknya lempengan-lempengan dari neraka, lalu lempengan itu dipanaskan di neraka Jahannam dan diseterikakan pada keningnya, kedua pinggangnya, dan punggungnya.

Setiap kali lempengan itu dingin diulang lagi untuknya pada hari yang sepadan dengan lima puluh ribu tahun hingga Allah selesai menyelesaikan persoalan antara manusia. Lalu ia bisa melihat jalannya ke surga ataukah ke neraka.
(Lihat Al-Kaba'ir. Hal. 35-36).

.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda: "Barang siapa diberi kekayaan namun tidak mengeluarkan zakatnya, ia akan didatangi ular Syuja' Aqra', terdapat tanda hitam pada matanya, ia melilitnya dan menggigitnya dengan ujung mulutnya seraya berkata:

"Aku adalah hartamu, aku adalah timbunanmu." Lalu beliau membaca ayat ini: "Sekali-kali janganlah orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat.
(H.R. Bukhari. Lihat Al-Kaba'ir, hal. 37).

.

Dalil secara umum berkaitan harta pulak ada nabi sebutkan bukan khusus untuk emas perak.

“Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Barangsiapa diberi harta oleh Allah, lalu dia tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat hartanya dijadikan untuknya menjadi seekor ular jantan aqra’ (yang kulit kepalanya rontok karena dikepalanya terkumpul banyak racun), yang berbusa dua sudut mulutnya. Ular itu dikalungkan (di lehernya) pada hari kiamat.

Ular itu memegang dengan kedua sudut mulutnya, lalu ular itu berkata,’

Saya adalah hartamu, saya adalah simpananmu’. Kemudian beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca,’Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil menyangka 
[HR Bukhari no. 1403]

.

INFAQ SELURUH HARTA BARU BETUL ?

Soal untuk infaq atau sedekah sebahagian atau seluruh harta sepertimana dilakukan Abu Bakar.

Ya aku pun akui aku sendiri tak mampu untuk lakukan sepertimana yang Abu Bakar telah lakukan apabila beliau infakkan seluruh hartanya ke jalan Allah.

Pada aku Abu Bakar beri semua hartanya ketikamana saat darurat iaitu masa peperangan tabuk.

Kat bawah ni hadis tentang Abu Bakar infak seluruh hartanya :

Umar berkata :

Rasululllah shallallaahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kami pada suatu hari untuk bersedekah, dan waktu itu aku tengah memiliki sejumlah harta, maka aku berkata,

‘Kalau ada satu hari dimana aku bisa mengalahkan Abu Bakar, inilah harinya”.

Maka aku datang dengan membawa separuh dari hartaku, maka Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

‘Apa yang engkau nafkahkan kepada keluargamu?’, aku jawab, ‘Sejumlah itu (kerana beliau membagi separuh hartanya )’.

Kemudian datang Abu Bakar radhiyallaahu ‘anhu membawa semua yang ia miliki, dan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bertanya,

‘Apa yang engkau sisakan untuk keluargamu?’, Abu Bakar menjawab, ‘Aku tinggalkan untuk mereka, Allah dan Rasul-Nya’. Aku pun berkata,

‘Tidak akan pernah aku mengalahkan Abu Bakar selama-lamanya'”. (Sunan Abi Daud 2/312 dan 313, no. 1678)

Dalam kes perang tabuk ni, Nabi sendiri memerintahkan supaya keluarkan sedekah untuk berperang, bila perintah tu keluar dari nabi indicator yang terpakai masa ni adalah WAJIB sebab keadaan tengah darurat untuk berperang.

Time ni Abu Bakar nafkahkan seluruh hartanya, Umar berikan separuh daripada hartanya.

Ertinya Umar masih mempunyai sisa hartanya, tapi nabi tak pernah melarang Umar berbuat demikian.

Bahkan nabi masih tanya pada Abu Bakar apa yang kamu tinggal untuk keluargamu ? Abu Bakar jawab Allah dan Rasul.

Ya iman Abu Bakar cukup hebat, tapi tak boleh kita kata iman Umar tak kuat, disebabkan dia masih memegang sebahagian harta.

.

Sedangkan di dalam islam membenarkan untuk adanya harta pusaka untuk peninggalan kepada keluarga.

Harta yang sudah dizakatkan sudah menjadi bersih. Zakat ni dikeluarkan bila dah cukup haul dan nisab.

Bukannya asal ada harta je kena keluarkan zakat. Allah Maha Mengetahui, Dia tahu untuk atur maklukNya, jangan kita melampaui batas, apa yang Dia tak suruh kita pandai2 reka hukum.

Sepertimana solat tarawikh, sunat rawatib, buat amatlah digalakkan dan perolehi pahala, tapi jika tinggalkan jangan kita kata masuk NERAKA sebab itu bukan fardhu.

Samalah antara zakat dan sedekah, zakat itu wajib tak tunaikan boleh menyebabkan kita diazab tapi sedekah itu sunat, buat dapatlah berlipat lipat lagi pahala.

If tanya aku, aku katakan zakat wajib keluarkan bilamana sampai haul dan nisab, jangan lupa untuk bersedekah, terus kan bersedekah sentiasa istiqamah.

Di dalam islam especially di zaman nabi ada sahabat yang kaya raya antaranya Abu Bakar, Usman, Abdul Rahman Auf, Talhah ibn ‘Ubaidllah, Zubair Al Awwam, mereka ini kaya dan pemurah untuk bersedekah.

Tapi zaman sekarang yang bertaraf billionaire pun belum tentu nak bantu golongan fakir miskin, belum tentu nak zakatkan hartanya. Jika seluruh billionaire muslim pada hari ni melakukannya, tidak akan ada lagi fakir miskin.

Yang diamanahkan untuk agihkan zakat pun 1 lagi masalah, time nak kutip zakat penuh kaunter dibukanya sampai seluruh tempat ada, di masjid ada, di pasar malam ada, di kaki 5 ada siap boleh drive thru.

Tapi time nak agihkan, time orang minta zakat, susahnya nak berikan, nak peram sampai bila duit zakat tu ?

So berbalik kepada topik, tak salah untuk orang islam kaya, tapi yang salahnya bila kaya harta tidak dikeluarkan ke jalan Allah especially untuk zakat.

So itulah maksud ayat at taubah 34 - 35, bukannya asal ada harta, kira kena bakar dalam api neraka. Benchmark tu dah disiapkan, bukan kena keluarkan seluruh harta pun, nak keluarkan macam Abu Bakar time darurat pun takpe itu optional.

Monday, July 16, 2018

Trade In Emas Haram ke?

Paham ELOK-ELOK..
islam ITU LUAS.
BACA SAMPAI HABIS 😉

Emas Perhiasan Barangan Ribawi atau Barangan Biasa?

Soalan Inbox:
Salam ustaz,  Saya ada 2 bentuk cincin emas yang tidak muat nak di pakai lagi dan 1 utas rantai emas yg putus, soalan sy bolehkan kalau saya pergi ke kedai emas dan tukar cincin saya dgn cincin yang baru (maksudnya barang tukar barang), duit yang tak cukup saya tambah sahaja? Begitu juga dgn rantai, sy tukar rantai baru dan tambah duit sahaja? Kerana saya ada dengar, emas perlu tukar kepada duit dahulu tapi sejauh mana kesahihannya saya tidak pasti.
Terima kasih sudi jawab soalan saya.

Jawapan:

Isu utama dalam persoalan di atas ialah, adakah emas barangan ribawi atau tidak? Jika emas adalah barangan ribawi, maka memang benarlah apa yang puan dengar tu, emas perlu dijual dahulu, dapat duit dan tambah duit lain untuk dapatkan yang baru. Ini kerana barangan ribawi perlu ditukar sesama berat tanpa ada sebarang bayaran tambahan lagi. Jika cincin asal yang lama 10gm, rantai baru 10gm, jika ada tambahan maka berlaku riba. Untuk elakkan riba, jual dahulu dan dapatkan duit dan tambah duit untuk upah yang baharu.

Isunya, adakah emas perhiasan (al-huliy) itu barangan ribawi?

Semua ulama mazhab bersetuju bahawa emas jongkong, emas dinar, wang emas, biji emas adalah barangan ribawi. Namun dalam isu perhiasan, terdapat perbezaan pendapat dalam isu ini.
Ibn Rushd dalam Bidayah al-Mujtahid menyatakan bahawa terdapat dua pendapat utama dalam isu ini. Pendapat pertama merupakan majoriti mazhab dan sarjana fiqh, emas adalah ribawi walaupun emas yang dibentuk sebagai perhiasan.  Bagi majoriti ulama, hadis Nabi SAW adalah jelas dan mutlak:
"Jangan kamu tukar emas dengan emas kecuali dengan sama berat, jangan kamu tukar perak dengan perak kecuali sama berat, dan jangan kamu jual (emas dan perak) yang ada dengan yang bertangguh. (Sahih Bukhari)
Dalam hadis tidak membezakan emas perhiasan dan emas wang dan jongkong.

Manakala Mu'awiyah bin Abi Sufyan berpendapat emas perhiasan bukan lagi barangan ribawi.
Pendapat Mu'awiyah ini dipopularkan oleh sebahagian ulama mazhab Hanbali iaitu Sheikhul Islam Ibn Taymiyah rh dan muridnya Ibn al-Qayyim al-Jawziyyah. Bagi Ibn Taymiyah rh, emas yang sudah menjadi barang kemas perhiasan sudah  terkeluar daripada sifat asalnya iaitu sebagai wang kerana faktor kos  pertukangan.  Kita sedia maklum untuk menghasilkan perhiasan perlukan pertukangan dan harga emas perhiasan dijual akan ditambah kos upah pembuatan terbabit. Justeru mengambil kira kos itu, tidak munasabah lagi jika emas jongkong dan wang disamakan dengan emas perhiasan. Apabila saya meneliti pendapat Imam Ibn Taymiyah, saya dapati pendapat beliau sebenarnya adalah merupakan salah satu daripada pendapat Imam Ahmad bin Hanbal yang turut mengiktiraf kos upah pembuatan. Ibn Qayyim secara jelas menyatakan, barangan kemas tidak menjadi barangan ribawi selagi mana ia tidak digunakan sebagai wang.

Jika dibandingkan, kedua-dua hujah adalah sama kuat sama ada hujah yang mengatakan ia ribawi atau tidak ribawi. Bagaimanapun, jika dikira dalam aspek praktikal, pendapat kedua lebih praktikal berbanding pendapat pertama. Dengan kata lain, pendapat yang menganggap emas perhiasan bukan lagi ribawi lebih praktikal untuk diamalkan. Ini kerana kos upah sangat tinggi dalam pembuatan barang kemas. Ia meliputi kos upah designer, mereka bentuk, mencampurkan emas dengan logam lain supaya membentuk 916 atau 22k, meleburkan semula emas lama menjadi 999 dan kemudian menjaduikan 916 kembali, menempa dan membentuk dan banyak prosesnya. Contohnya kedai emas akan memberikan kepada kilang emas lama mereka (916) 1kg, mereka cuma akan dapat lebih kurang 950gm sahaja emas 916 atau 900gm sahaja emas 999 daripada kilang, kerana kilang akan ambil lebihan itu sebagai kos upah peleburan dan pembuatan semula.

Atas asas itu Ibn Rushd turut mengemukakan satu pendapat Imam Malik rh apabila ditanya situasi seorang yang beri perak untuk ditempa, kemudian menambah ekstra beberapa dinar untuk upah, beliau menjawab: "Jika keadaan ini merupakan satu keperluan dan sangat menyusahkan, maka aku berpendapat, tidak mengapa"

Atas faktor inilah Parameter Pelaburan Emas JAKIM mengambil pandangan bahawa emas perhiasan 916 ke bawah tidak dianggap barangan ribawi.

Dan berasaskan kajian saya di bawah penyelidikan yang ditaja Universiti Malaya dalam isu transaksi emas di Malaysia, saya bersetuju dengan pendapat bahawa emas perhiasan tidak lagi dianggap ribawi, kerana pendapat pertama agak sukar bahkan agak mustahil  untuk dilaksanakan dalam industri. Emas perhiasan tidak juga dianggap wang kerana kos upahnya yang agak tinggi. Justeru, tidak mengapa jual emas perhiasan secara bertangguh, atau tukar emas lama dengan emas baru tanpa berat yang sama, atau ditambahkan wang sebagai upah.

Menjawab soalan puan, puan boleh sahaja jual emas lama kepada penjual dan bayar tambahan terhadap lebihan upah dan berat emas baharu tanpa memerlukan dua akad dan dua bentuk serahan. Penjual cukuplah dengan mengira sahaja harga emas lama dan tambahan yang perlu dibayar untuk emas baharu.

Copy PASTE
✅TAPI ADMIN MEMBENARKANNYA..
✅AMAT BENAR 👆

Tuesday, July 10, 2018

Bunga Mas - Tai Fook Public Gold

Next target!

Emas yang Nie tak seal so mudahlah pajak di mana-mana Ar-Rahnu
Paling kecik 10g..idaman hati saya..
Lepas kumpul-kumpul sikit-sikit dalam Akaun Emas Gap.. cukup 10gram saya nak keluarkan Bunga Mas..

Tapi nak dapatkan Bunga Mas Nie kena kumpul 10g dulu ..nak kumpul 10g kena ada 1g..nak ada 1g dalam Akaun GAP kenalah ada AKAUN GAP PUBKIC GOLD DULU..

ANDA DAH ADA KE AKAUN GAP PUBLIC GOLD? BOLEH MULA DENGAN SERENDAH RM100... LEPAS TUE BOLEH KE NEXT STEP OK?

EMAS ADALAH SAVING&PENGHAPUS HUTANG
SUHAILA SALEH
DEALER PUBLIC GOLD
PG00097831
www.wasap.my/60173201998

Online je..takde kerja lain ke? Terpakai untuk lakibini

“Selalu tengok kau online. Tak ada kerja lain ke?”

Bukan sedikit yang bertanya soalan begini. Mahu jawab pun rasa serba salah. Sebab ini berkait rapat dengan hati. Kah kah kah.

Jujur. Saya sendiri rasa seperti sudah ketagih dengan gajet, sama ada telefon bimbit mahu pun komputer riba. Kadang-kadang terasa seperti mahu berjumpa psikitari pula. Walaupun begitu, saya cuba alihkan masalah ini dengan menghasilkan sesuatu yang boleh memberi keuntungan. Seperti menulis cerpen, buku, artikel dan sebagainya. Setidak-tidaknya ketagihan itu tidak nampak sia-sia.

“Isteri tak marah?”

Mahu tak marah! Kalau diikutkan, isteri memang marah dengan kecanduan yang berlaku. Masam muka jangan cerita. Sakit hati pun kadang-kadang ada. Tapi semakin lama, semakin saya jumpa kunci untuk meredakan keresahan dan kemarahan isteri. Meh saya kongsikan.

1. Bila kita menghadap telefon, pastikan kerja-kerja rumah pun kita buat juga. Yalah, siapa yang tak marah, kan. Penat-penat isteri buat kerja, suami pula asyik sibuk menguis skrin. Nak kata tak berkerja, dua-dua kerja. Sama-sama penat. Nak kata balik lewat, isteri pun balik lewat juga. Betul kan?

Jadi, kepada abang-abang di luar sana, nak membelek telefon tak jadi masalah. Cuma, sambil-sambil tu, tolonglah isteri buat kerja sama.

Lepas makan, basuh pinggan. Alang-alang basuh pinggan, basuhlah senduk kuali sekali. Kemudian, sapu remah yang bersepah atas lantai. Bila tengok baju berlambak tak basuh, tolong basuhkan. Nanti isteri pula yang sidai. Bila anak lapar nak susu, sinsing lengan untuk menggoncang botol. Bila pampers anak penuh, tolong tukarkan. Kalau tengok rumah bersepah, sambil-sambil duduk tu kemaslah sikit-sikit. Kalau berhabuk, tolong isteri lap dan menyapu. Bila isteri dah lipat kain, suami tolonglah susun dalam almari.

“Ehhhh. Kalau semua suami buat, isteri nak buat apa?”

Bang. Pernah tak kau orang cuba buat kerja rumah yang dah jadi rutin isteri tu?

Bangun pagi, gosok baju. Siapkan anak mandi. Siapkan baju anak lepastu kena pakaikan pula. Belum kira nak uruskan anak yang melalak. Dalam masa yang sama dia pula sibuk nak bersiap. Dah siap, ke dapur pula buatkan sarapan atau bekal air untuk keluarga. Susah bang. Kalau tak percaya, esok boleh cuba. Tak payah banyak. Gosok baju cukuplah. Tengok macam mana krem tangan tu.

Bang. Bila kita ada rasa tolak ansur, saya yakin, kalau abang menghadap telefon, laptop, komputer berjam-jam pun isteri tak akan marah. Jangan kata gajet, kau nak pergi memancing berhari-hari pun dia tak kisah punya. Sebab apa? Dalam sibuk kita dengan dunia kita sendiri, kita juga menyenangkan urusan dia. Percayalah bang.

2. Antara perkara yang tak kurang penting yang perlu diberi keutamaan ialah kepercayaan. Saya yakin, isteri saya memberi kebebasan melayari alam maya atas asbab percaya. Ya lah. Telefon saya tak ada password. Bebas diguna oleh anak-anak. Cuma kadang-kadang bila isteri belek WhatsApp, debar juga rasa walaupun macam tak ada buat apa-apa salah. Hahahaha. Kau orang pun sama, kan?

Lebih dari itu, saya juga tidak menjalinkan apa-apa hubungan jiwa sama ada dengan berlainan jantina atau sesama jenis. Nakal-nakal sikit tu ada lah. Kah kah kah. Itulah faktor terbesar mengapa isteri masih percayakan saya.

Kepercayaan ni ibarat kertas bang. Kertas yang elok ialah kertas yang licin dan tidak ada apa-apa contengan di atasnya. Bila kertas itu di ‘keronyok’ dan digumpal menjadi sebiji bola, pasti bila dihampar semula, kertas itu tidak akan menjadi seperti asal.

Samalah seperti kepercayaan. Atau dalam bahasa kampung saya, TRUST. Bila kepercayaan sudah dinodai, kesalahan itu masih boleh dimaafkan. Tetapi sudah pasti tidak akan sama seperti dahulu.

Sebelum apa-apa berlaku, jangan dirosakkan kepercayaan itu ya.

Abang-abang suami yang dihormati.

Bang. Isteri kita bukan hamba. Juga bukan orang gaji yang boleh dipaksa dan disuruh. Isteri itu dicipta daripada tulang yang bengkok. Dekat dengan hati untuk dikasihi. Jangan rasa tinggi untuk turun ke dapur membantu mereka. Jangan berasa malu untuk menggoncang botol susu. Jangan rasa jijik untuk membersihkan najis anak. Persetankan dengan kata-kata takut bini. Itulah harta kita, jiwa dan raga untuk disayangi.

Keterangan gambar.

Hmmmm. Sebelum main henset, kena tolong buat crust cheese tart dulu. Bukan takut bini tapi bini menakutkan. Hahahaha. Sabar ajelah.